Thursday, September 3, 2009

al-Ijabah 18 - Isu Muslim Di Gereja : My Side Story

Semalam, tiba-tiba saya menerima satu massage dari sahabat saya Helmi:-

“Salam, dah lama tak mencarut. Ari ni dalam sejarah ana mencarut, hilang sabar beb, cite HIV kuar Buletin Utama, tapi Yayasan Budi dapat nama, astagfirullah. Semoga Allah tetapkan keikhlasan hati ustaz”

Saya yang tak tahu apa-apa cerita membalas massage:-

“tak apalah Mi, kita buatlah kerja kita, yang ikhlas akan konsisten”

Helmi membalas balik massage:-

“Ntah la, ana pun x tau macam mana nak cakap, perasaan tadi, tetiba je rasa geram, lepas tu terus istighfar. Takut niat marah, tak kena tempat”

Malam tadi, 3 September jam 1 pagi, saya dan ahli jemaah umrah saya naik ke Gua Hira’. Pukul 3.30 pagi waktu Mekah, saya mendapat satu telifon dari Azim yang baru melihat berita melalui internet.

“Ustaz, ada tahu cerita pasal rumah HIV”

“Apa dia?” Kata saya.

“Entahlah ustaz, semua diaorang kata HIV tu Yayasan Budi yang buat”, kata Azim.

Saya mula rasa pelek.

“Aik!.. dah dua orang ni, apahal?” Bisik hati saya.

Pagi ini, jam 7.30 pagi 3 September 09, saya menghubungi sahabat saya, Abang Azizi dengan massage.

Tak lama lepas itu, massage saya dibalas:-

“lembu punya susu,sapi dapat nama, itu yang saya tak pergi semalam sebab ustaz yang usahakan dari awal, rumah Budi yang jadi hero. Tak apalah ustaz, Allah lagi tahu niat budi hati kita. Semalam Buletin Utama “berkat Ramadhan Rumah Budi selamatkan orang HIV dari gereja. Terasa gak saya, tapi tak apalah, Biarlah Allah aje yang balas kebaikan kita ini”

“Aik, apa cerita ni?” Bisik hati saya lagi.

Kali ini, saya menelifon Kak Liza.

“Kak, apa cerita sebenarnya?”

“Tak adalah ustaz, dia orang buat pelancaran hight lightkan Yayasan Budi, macam dia yang buat mula-mula.

“Kita pun dijemput semalam majlis pelancaran, Cuma pukul 7.30 pagi ustazah tu telifon, program pukul 11.00 pagi, kenapa bagitahu last minute, macam tak mahu jemput kita aje, padahal saya hari semalam tu, ada program dengan Majlis AIDS, tapi saya terpaksa cancel kan”

“Sebenarnya Yayasan Budi tu, ada suami dia kat sana, sebab tu dia nak hight light sana” kata Kak Liza yang menerangkan kenapa tiba-tiba Yayasan Budi yang dilambung. Rupanya, pegawai yang ditanggungjawabkan menjaga hal ini, suaminya berada di dalam Yayasan tu.

Saya beristighfar panjang. Saya terus menghubungi beberapa sahabat dari MAIS.

Nurhani Salwa yang sedang sibuk dengan programnya hari ini, membalas massage:-

“Salam, keputusan semalam, bantuan bulanan rm 25 000 sama rata untuk dua rumah. Pendahuluan RM 140 k untuk 2 rumah. Paper report tak betul. InsyaAllah, MAIS sentiasa berlaku adil. Mohon dijelaskan pada semua.”

Nurhani memberi komen pada tulisan dari akhbar Kosmo yang di dakwa silap memberi laporan mengenai MAIS.

Dalam kekecohan ini, saya ingin bercerita, My Side Story mengenai isu muslim di gereja ini dan apa sebenarnya yang berlaku.

23 Jun 09, pertama sekali saya menjejakan kaki ke gereja tempohari. Saya dijemput untuk memberikan ceramah pada saudara seIslam kita di sana tetapi saya tidak terkeluar apa-apa perkataan. Bukan kerana mereka pesakit HIV, tetapi kerana tempat itu di gereja.

Hati ini rasa sangat terpanggil untuk mengeluarkan mereka dari sana.Selepas itu saya sibuk menguruskan pelajar ke Turki.

Pulang pada awal Julai, saya mulai berusaha kembali. Saya menghubungi sahabat dari MAIS untuk urusan ini.

5 Julai, mesyuarat di rumah USJ 6, penempatan sementara penghuni HIV di sini. Ia dihadiri oleh Nurhani dari MAIS.

7 Julai 09, pagi ini, sekali lagi saya menziarahi mereka di gereja ini. Semangat semakin berkobar-kobar untuk melihat mereka dikeluarkan.Malam ini, sahabat dari MAIS, dari berbagai unit sama-sama turun ke rumah USJ 6, rumah penempatan sementara untuk pesakit HIV yang telah mula kami keluarkan, untuk berbincang mengenai usaha yang boleh dibuat.

Perbincangan malam ini berakhir dengan bahagian Riqab (yang dipertanggung jawabkan menyelia rumah kebajikan) memerlukan rumah ini berjalan setahun, barulah bantuan dapat dipertimbangkan.

Sahabat yang membantu saya ada yang menangis kerana jawapan ini. Ini kerana, kebanyakkan mereka bukan mempunyai kemampuan dari segi kewangan,

Saya dapat meredakan kepanasan mesyuarat malam ini.Semua niat baik. Saya mengharapkan terbaik pada malam ini.

13 Julai pagi, rentetan dari mesyuarat yang tidak berpenghujung ini, saya dibawa oleh Nurhani Salwa untuk bertemu sendiri dengan Dato’ Adzib, pengerusi MAIS.

Dato’ begitu terkejut kerana maklumat yang beliau dapat selama ini ialah penghuni di situ tidak mahu keluar.Dato’ Adzib meluluskan RM 50 000 dan diletakkan di bawah seliaan bahagian Riqab.

Pada petang ini, saya menziarahi lagi saudara seIslam di gereja ini. Tekad untuk mengeluarkan mereka sebelum Ramadhan dikuatkan lagi.

Rombongan petang ini disertai oleh sahabat dari Media dari Sinar Harian dan Malay Mail serta NGO lain.

Rabu 15 Julai 09, Saya, dan sahabat dari MAIS bersama-sama menemui En. Mohd Johar, Pengurus Besar Hospital KPJ Selangor, dahulu dikenali sebagai SMC memohon katil untuk pesakit.

16 Julai, surat khabar Sinar Harian mengeluarkan artikel mengenai penghuni di gereja ini.

Pada waktu petang, saya menghadiri mesyuarat di MAIS yang dipengerusikan oleh Dato’ Khusrin, pengerusi JAIS. Dato’ Khusrin mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.

Hari ini, barulah Yayasan Budi muncul. Ketika pembentangan, wakil mereka berkata,

“kami tak tahu apa-apa ni, kami cuma diminta untuk terlibat dengan perkara ini”. Ada pegawai yang terlibat, bersungguh-sungguh mencadangkan Yayasan Budi.

Saya pun tak tahu apa sebabnya.

23 Julai, saya dan Kak Liza melihat rumah di Petaling Jaya, disebabkan banyak rumah yang menolak untuk disewakan apabila mengetahui bahawa rumah ini adalah untuk penempatan HIV.

30 Julai, penghuni yang sudah bersama kita, mulai berpindah ke rumah baru ini. Pada ketika ini, rumah kosong, mereka terpaksa tidur di simen. Saya dan beberapa sahabat menguruskan tilam dan toto dari rumah Anak Yatim al-Ijabah.

Rumah di Petaling Jaya ini sudah mula diduduki dan semakin ramai yang dapat dikeluarkan.

7 Ogos, MAIS membelikan barang-barang keperluan rumah ini seperti tilam, mesin basuh dan sebagainya.

17 Ogos 09, bahagian riqab MAIS membuat taklimat pengendalian HIV bersama Rumah Ukhwah (kita), Yayasan Budi dan dari NGO, PENAWAR.

Hari ini barulah saya dapat berita, Alangkah kecewanya saya apabila mendapat tahu rupanya, suami pegawai ini, adalah dari Yayasan Budi. Patutlah bersungguh-sungguh ingin melibatkan Yayasan ini.

20 Ogos, dua hari sebelum Ramadhan, hanya tinggal dua orang sahaja muslim yang masih di dalam gereja itu. Ini kerana, mereka mahu melihat perjalanan rumah yang ada dahlulu. Jika bagus penjagaanya, barulah mereka mahu mengikut kami.

Hari ini, 20 Ogos, lawatan Dato’ Khusrin ke Yayasan Budi di Kuang dan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Petaling Jaya.

Dari awal lagi, saya selalu sebutkan pada sahabat-sahabat yang terlibat, saya tak kisah ke mana mereka diletakkan, asalkan mereka dikeluarkan dari geraja ini.

Cuma saya ingin menceritakan My Side Story ini, kerana ada sahabat yang kecil hati dan menganggap serong pada MAIS. Semua orang telah mempunyai peranan di dalam usaha ini.

MAIS telah banyak membantu, Cuma sahabat wartawan perlu tahu cerita sebenar, takut tersalah lapor seperti di dalam KOSMO.

Yayasan Budi hanyalah NGO yang terpilih kerana ada orang kenalan di dalamnya. Tapi, saya secara peribadi, saya tetap berterima kasih pada mereka, kerana mahu menerima pesakit HIV seperti yang telah dibuat oleh Yayasan al-Ijabah.

Cuma, barangkali, pelancaran semalam menyebabkan ada pihak yang tersinggung dan sahabat dari wartawan yang tidak mengikut cerita dari awal, ada yang tersalah lapor.

Yasasan Budi yang dipilih untuk pelancaran semalan bukan dari awal membuat rumah HIV ini. Mereka hanya pernah membuat rawatan penagihan dadah.

Mereka hanyalah rumah yang dipilih oleh seorang pegawai untuk melaksanakan usaha ini, dengan budget yang mudah lulus untuk itu, mereka memulakannya baru-baru ini.

Sebelum ini, mereka tidak pernah pun menjejakkan kaki ke gereja tersebut. Cuma, ketika terpilih, barulah mereka ke sana.

Walauapa pun, saya mengharapkan terbaik untuk semua umat Islam.

Bagi sahabat-sahabat dari MAIS yang ikhlas dari awal, jutaan terima kasih atas nama umat Islam keseluruhannya.

Bagi sahabat dari Yayasan Budi, terima kasih kerena mula bersama dalam usaha ini.

Bagi sahabat dari Yayasan al-Ijabah, terus ikhlaskan niat. Kita membantu adalah untuk mencari keredhaanNya.

Bagi sahabat dari wartawan terima kasih kerana bersama mewar-warkan kisah ini.

Terutamanya dari sahabat wartawan dari Sinar Harian dan Malay Mail, antara yang awal bersama-sama mewar-warkan perkara ini.

Hasil penyebaran dari sahabat-sahabat ini, maka seluruh sahabat wartawan lain dapat turut sama-sama mewar-warkan.

Bagi pembaca yang belum mengikuti kisah ini dari awal, bolehlah melawat entri di bawah. Yang telah bersama-sama, terima kasih kerana membantu dan mendoakan.

Semoga, semua terus diberikan keikhlasan di dalam membela Islam dan Umatnya.

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
3 September 09, jam 9.30 pagi

24 comments:

RAYSS Melaka said...

Asslmkm Uszt.Saya dah pernah merasai seperti ape yang ustz alami.Kadang2 kita boleh merasa kecewa tapi ingatlah ini pun juga ujian dari Allah SWT.Lembu punya susu Sapi dapat nama.

Syurga fakir dunia said...

Salam ustaz, saya mengikuti blog ustaz hampir setiap hari dan mengikuti perkembangan ini dari awal. agak terkilan juga tapi apapun sebagai murid ustaz (yang belajar secara virtual dari radio, tv dan blog)... saya yakin ustaz tau bahawa inilah ujian menguji keikhlasan kita. Kalau kerana Allah apa segala, peduli lah apa orang kata, tak berterima kasih pun tak mengapa, kerana balasan Allah tiada taranya. Itu pun ustaz juga secara tak langsung tanamkan dalam jiwa saya yang jahil ini. Teringin benar nak menyertai dan membantu tapi setakat ini hanya bantuan doa dan apa yang ada sahaja. Teruskanlah ustaz jihad kebaikan ini, Allah pasti tunjukkan kebenarannya nanti, pasti insyaAllah!

Anis Hartini Haron said...

geramnya.... penat jer meeting la.... jumpa MAIS la... bertekak sana bertekak sini.. last² org lain yg dapat baik....

mana boleh jadi nie... ini tak adil... politik org UMNO...
ops...

babai Ustaz... balik jgn lupa beli kurma besar²

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Teruskan perjuangan. apa ada pada pandangan manusia? Moga-moga usaha Ustaz ini mendapat pandangan Allah diakhirat kelak.
Amin yarabbal alamin......

Hasnunniza Hashim said...

Salam Ustaz.
Yang nak ambil/cari nama/pankat/darjat/kuasa... Bukan dapat apa pun..biarkanlah... Asalkan niat kita settingnya betul. Teruskan niat murni Ustaz(walaupun ramai yang akan cuba cari kesempatan)

Shahabudeen Jalil said...

Tak baik ckp mcm anis tu.. Kalau awak ckp mcm tu, adakah awak berjuang kerana nama ??

Saya akui mmg lumrah dunia orang berebut nama. Tapi bagus cara ustaz ulas isu ini dengan ustaz bagi rentetan peristiwa spt artikel di atas ini.

Sekurang-kurangnya Yayasan Budu tu tak pergi hijack pulak program orang lain lepas ini.

Saya yakin Yayasan Budu ini bukan saja berjuang untuk dapatkan budu dan berudu sahaja, malah juga untuk mendapatkan nama. Dah ada nama, senang la nak kutip derma.

Cuba kaji selidik, siapa di belakang Yayasan Budu ni.

Sekarang nie, apa dia nak buat, lantak dia la. Tapi kita pastikan dia tak ke hulu ke hilir kutip derma untuk rumah nie. Tapi last2, tembolok tokey-tokey Yayasan Budu yang penuh.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM W.W.. SAYA JUGA SALAH SEORG FOLLOWER BLOG UST..ARI NI SAYA TERPANGGIL DGN ISU NI...BIASAKLA DALAM MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN BYK ARAL YG BIASA KITA TEMPUHI DAN BILA DAH JUMPA JALAN PENYELESAIANYA ORG LAIN PULAK AMBIK NAMA...TAPI ITU SEBENARNYA UJIAN YG ALLAH BERIKAN UTK MENGUJI SEJAUH MANA KESABARAN DAN KETABAHAN KITA.SAYA RESPEK DGN KETABAHAN DAN KETENANGAN UST DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.TERUSKAN USAHA UST DALAM MENYEBARKAN DAKWAH..

Chemm said...

Salam ustaz. all this while saya hanya silent reader. mengikuti perkembangan ustaz.di blog ini. dr mula2 ustaz start kenal pesakit HIV sampai dpt rumah yg baru nie. saya kagum dgn ustaz dgn usaha ustaz dan rakan2. smalam bila tgk berita. mmg saya pun geram betul. kenapa tv bagi laporan salah. yes kita bukan nk membangga2kan diri. tp x patutla mcm nie. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. harap ustaz dan rakan2 x putus asa. kami akan sentiasa menyokong dr belakang. Amin.

Shahabudeen Jalil said...

bagus la.. sekurang-kurangnya.. silent2 reader yang hanya nak ambil maklumat tanpa menyumbang apa2 sudah mula bersuara dan menyumbang.

Sekurang-kurangnya dengan isu ini, silent2 reader ini tidak lagi menjadi silent.

Kita tengok apa reaksi pandangan dari Yayasan Budu pulak lepas nie.

Leenoh said...

Salam Us.Amin & rakan-rakan.

Biarkanlah apa yang telah berlaku itu asalkan mereka tidak melampau, kalau membuat sesuatu kerja bukan kerana Allah itulah akhlaknya.

Ana juga mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Us.Amin dan rakan-rakan sejak awal lagi dan blog ustaz ana linkkan di balog ana lagi utk memudahkan ana mengikutinya.

Kalau ana ada kemampuan ana pun sanggup jadi orang suruhan utk menjayakan rancangan ini tetapi bila ana fikirkan ana tiada kemampuan itu.

Membuat sesuatu dengan semangat iman, Islam dan ihsan di dalam diri insya Allah akan mendapat keredaan Allah.

Mereka yang melakukan kebajikan kerana bangsa atau lain-lainnya tanpa bersandarkan kepada Allah atau dalam ungkapan yang lain dikatakan tidak ikhlas kerjanya akan sis-sia sahaja. Ustaz lebih memahami hal ini. ana cuma mengulang dan memberi semangat dan motivasi sahaja kepada ustaz dan rakan-rakan.

Sentiasalah mengingatkan dan berpesan kepada diri sendiri bahawa kita melakukannya kerana Allah. Inilah sahaja benteng mempertahankan keikhlasan kita.

Apapun ana sentiasa mendoakan kejayaan anda sekalian.
Insya Allah berjaya.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, sy dan ibu sy stiap hari ikut perkembangan blog ustaz sbg silent reader. hati ni mmg terkilan sbb pikirkan jasa ustaz n rakan-rakan x disebut langsung. mmg geram. tp mcm yg ustaz ckp smua ni ujian Allah. harap ustaz bersabar

Anonymous said...

Salam.. Utz, Yg baik dtg dari Allah begitu juga sebaliknye. Isu ini hangat, cuma sy mohon utz post mortem balik semua. Jgn kerohkan keadaan. Utz nie pakar rujuk tapi jgn sampai menjadi contoh yang kurang baik. Bykkan selawat. Knowme

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Semua orang berlumba-lumba nak buat baik, dan semua orang diuji dan sentiasa berhadapan dengan konflik bila nak jadi baik. Saya rasa ustazah tu pun sama, dan dia dah cuba buat yang terbaik. Semua pihak ada silap, tetapi paling silap adalah membetulkan kesilapan dengan mengaibkan orang lain. Sepatutnya teguran diberi yang diberi. Hubungi ustazah tersebut dan minta penjelasan, tentu beliau ada alasan.Saya pun mengikuti isu ini dari mula.Ustaz pun ada sahabat dari MAIS yang boleh dipercayai. Lagipun, ini ustaz amin punya side story, kena dengar ustazah tu punya side story, barulah boleh buat kesimpulan. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana Media yang buat silap highlightkan Yayasan Budi, orang lain yang mendapat kesan berpanjangan.Tak pasal2 Yayasan Budi pun dapat saham dicaci sebab 'hijack' program orang lain. Melainkan ini bentuk 'teguran' zaman moden, ana rasa Ustaz lebih arif..

Anonymous said...

salam ustaz, saya gembira dengan penyelesaian isu ini... terima kasih kerana ustaz bersungguh dalam hal ini...

mungkin ada hikmah di sebaliknya. saya akui apa yg Mais esp yg dato bentangkan pada majlis itu adil di mana dia dgn jelas menyebut 2 yayasan iaitu al-ijabah dan budi... dia jelaskan juga secara terperinci hal itu termasuklah peruntukan iaitu RM25K utk dua yayasan setiap bulan. Dia ada sebut juga nama Ustaz dan Dr Jahid tetapi mungkin dia tidak sedar ustaz tiada di Malaysia agaknya…

apa yg dikatakan Dato pada sidang medianya jelas memperkatakan peranan dua yayasan ini... dan diumumkan juga MAis akan membuat satu penempatan/kompleks untuk pesakit seperti ini yg agak besar keluasannya di serendah yang dijangka akan siap dlm tempoh 8 bulan ke setahun… Itulah kesampingan berkat usaha Ustaz di mana projek yg saya fahamkan tertangguh (yg diplan Khir) akhirnya dipercepatkan….

dan dia terangkan juga walaupun kompleks itu siap, peranan dua rumah yayasan ini tetap berperanan seperti biasa… bagi saya seperti ustaz kata sebelum ini, lebih banyak NGO tampil lebih bagus, dan itulah juga harapan saya…. Dan ia sedikit demi sedikit termakbul..

sebabnya jumlah pesakit HIV/Aids Islam bukan sedikit, tak termampu kiranya hanya satu atau dua NGO yg tidak kenakan yuran membuatnya... oleh itu saya seperti ustaz bersyukur dengan tampilnya NGO yg mahu sama2 buat di mana saya yakin sepenuhnya pencetus utk membawa kuar sahabat kita di gereja itu adalah daripada ustaz...

cumanya kedatangan wartawan tidak teratur (ramai yg sesat).. paling lewat adalah dari TV3 (disebabkan itu laporan yg kuar pada berita itu tidak begitu tepat)... malah wartawan ini sebenarnya tidak mendapat info yg lengkap.
Seharusnya pihak MAIS esp bhgn PR membuat terlebih dahulu press release supaya ia dapat diedarkan kepada semua press yg hadir.. so info lengkap akan diperolehi walaupun press ada dtg lewat...

buat saudara shahabudeen... saya paham perasaan anda. saya kenal agak lama juga Prof Dr Jahid Sidek dari Yayasan Budi. Di kalangan sahabat2nya, ada yang memanggilnya Tuan Guru... Dr ni adalah juga pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah… Dr Jahid bersara dari Universiti Malaya di Jabatan Pengajian Islam… pada majlis itu pun, saya rasa Dr Jahid pun terkejut dgn kehadiran ramai press….

Tapi paling utama yg saya suka mengenai hal ini adalah niat Ustaz Amin utk membawa kuar penghuni Islam di Gereja akhirnya tercapai… itu paling utama dan itu kejayaan besar… lupakan saja laporan silap sesetengah media kerana ia memang kerap berlaku sekiranya tiada perancangan awal, info diperolehi tidak lengkap dsbnya…

Paling utama, saya tersangat gembira usaha Ustaz Amin berjaya dan termakbul… Cuma sayang majlis rasmi sebegitu, Ustaz Amin pula tiada… dalam hati, kalo ustaz ada, InsyaAllah kekeliruan itu tidak akan timbul…

Anonymous said...

SALAM USTAZ ,

SY TURUT MENGIKUTI PERKEMBANGAN TTG HIV INI DAN SKRG SY TURUT SAMA MEMBANTU USTAZ. APAPUN HAJAT USTAZ ALLAH TELAH TUNAIKAN UNTUK BAWA KELUAR PESAKIT TERSEBUT DARI GEREJA.

CUMA PENGAJARAN BUAT BHGN RIQAB MAIS, "KALAU PUAN NAK BUAT PERASMIAN ATAU APA2 YG BERKAITAN PESAKIT TERSEBUT, PALING KURANG AKHLAKNYA JEMPUTLAH RAKAN2 YG BERJUANG SAMA DALAM ISU NIE. KOMPUTER DAN KERTASKAN ADA...BUATLAH SURAT DGN AWAL DAN JEMPUT. PEJABAT USTAZ AMIN PUN BUKAN JAUH DGN BAGUNAN IDRIS SHAH, SEKSYEN 9 JE..." NIE TAK...PROGRAM HARI TU..HARI TU BARU NAK JEMPUT"...ITULAH SEBABNYA HAL INI JADI MASALAH. NASIHAT SY BUAT SAHABAT DARI BHGN RIQAB MAIS...BILA ADA MASALAH JGN MUDAH MENANGIS, BELAJARLAH JADI PROFESIONAL. KITAKAN ORG ISLAM.

CUMA TERINGAT, SATU HARI BILA YAYASAN AL-IJABAH NAK BUAT PERASMIAN DARUL UKHUWWAH SEMPENA KEHADIRAN DATO' KHUSRIN, ADA PIHAK KATA...TAK PERLU BUAT, SEBAB DATO' NAK DTG ZIARAH. TAPI YAYASAN BUDI BOLEH PULAK? MCMANA YEK...FENING-FENING...DIMANA KEADILAN?

APAPUN, PDGN SY BUAT USTAZ, KIRA-KIRANYA USAHA NIE BOLEH MEMECAHKAN UKHUWWAH DAN MENIMBUL BYK FITNAH, USTAZ AMIN BG JELAH PESAKIT TERSEBUT UTK YAYASAN BUDI URUSKAN SEMUANYA. JADI USTAZ BOLEH TUMPUKAN DENGAN USAHA YANG LAIN. CONTOHNYA ORG-ORG WARGA EMAS YANG TERBIAR. DAN TAHNIAH BUAT USTAZ YANG SGT MENJAGA DENGAN BAIK TERHADAP ANAK-ANAK YATIM SERAMAI 70 ORANG.

"KEPADA ALLAH KITA BERSERAH SETELAH BERUSAHA" DAN "ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR".

JGN SEDIH-SEDIH USTAZ, SY YAKIN ADA HIKMAH SEMUA NIE. KALAU PERLU USTAZ SERAH SEMUA PESAKIT PADA YAYASAN BUDI PUN OK. DAN USTAZ BOLEH PERGI KE USAHA YANG LAIN. YANG PENTING MEREKA DAH KELUAR DARI GEREJA , MELALUI USTAZ DENGAN IZIN ALLAH.DAN USTAZ MENDAPAT KEBAIKAN DARI APA YG USTAZ USAHAKAN BERSAMA SAMA SAHABAT.

AIR MATA PAGI JUMAAT....

Anonymous said...

SALAM USTAZ ,

SY TURUT MENGIKUTI PERKEMBANGAN TTG HIV INI DAN SKRG SY TURUT SAMA MEMBANTU USTAZ. APAPUN HAJAT USTAZ ALLAH TELAH TUNAIKAN UNTUK BAWA KELUAR PESAKIT TERSEBUT DARI GEREJA.

CUMA PENGAJARAN BUAT BHGN RIQAB MAIS, "KALAU PUAN NAK BUAT PERASMIAN ATAU APA2 YG BERKAITAN PESAKIT TERSEBUT, PALING KURANG AKHLAKNYA JEMPUTLAH RAKAN2 YG BERJUANG SAMA DALAM ISU NIE. KOMPUTER DAN KERTASKAN ADA...BUATLAH SURAT DGN AWAL DAN JEMPUT. PEJABAT USTAZ AMIN PUN BUKAN JAUH DGN BAGUNAN IDRIS SHAH, SEKSYEN 9 JE..." NIE TAK...PROGRAM HARI TU..HARI TU BARU NAK JEMPUT"...ITULAH SEBABNYA HAL INI JADI MASALAH. NASIHAT SY BUAT SAHABAT DARI BHGN RIQAB MAIS...BILA ADA MASALAH JGN MUDAH MENANGIS, BELAJARLAH JADI PROFESIONAL. KITAKAN ORG ISLAM.

CUMA TERINGAT, SATU HARI BILA YAYASAN AL-IJABAH NAK BUAT PERASMIAN DARUL UKHUWWAH SEMPENA KEHADIRAN DATO' KHUSRIN, ADA PIHAK KATA...TAK PERLU BUAT, SEBAB DATO' NAK DTG ZIARAH. TAPI YAYASAN BUDI BOLEH PULAK? MCMANA YEK...FENING-FENING...DIMANA KEADILAN?

APAPUN, PDGN SY BUAT USTAZ, KIRA-KIRANYA USAHA NIE BOLEH MEMECAHKAN UKHUWWAH DAN MENIMBUL BYK FITNAH, USTAZ AMIN BG JELAH PESAKIT TERSEBUT UTK YAYASAN BUDI URUSKAN SEMUANYA. JADI USTAZ BOLEH TUMPUKAN DENGAN USAHA YANG LAIN. CONTOHNYA ORG-ORG WARGA EMAS YANG TERBIAR. DAN TAHNIAH BUAT USTAZ YANG SGT MENJAGA DENGAN BAIK TERHADAP ANAK-ANAK YATIM SERAMAI 70 ORANG.

"KEPADA ALLAH KITA BERSERAH SETELAH BERUSAHA" DAN "ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR".

JGN SEDIH-SEDIH USTAZ, SY YAKIN ADA HIKMAH SEMUA NIE. KALAU PERLU USTAZ SERAH SEMUA PESAKIT PADA YAYASAN BUDI PUN OK. DAN USTAZ BOLEH PERGI KE USAHA YANG LAIN. YANG PENTING MEREKA DAH KELUAR DARI GEREJA , MELALUI USTAZ DENGAN IZIN ALLAH.DAN USTAZ MENDAPAT KEBAIKAN DARI APA YG USTAZ USAHAKAN BERSAMA SAMA SAHABAT.

AIR MATA PAGI JUMAAT....

Shahabudeen Jalil said...

Tetibe muncul ramai anonymous kat atas nie.. ntah ler.. mereka nie menyamar ke atau orang yang berbeza.

Ramalan saya, ini konco2 MAIS dan Yayasan Budu yang dah terkena dengan isu ini. Sekarang cuba nak neutralize.

Apapun, usaha yang bagus.

Nak buat majlis rasmi, bukan macam nak pergi makan sarapan di kedai mamak. Nak buat majlis rasmi, kena ada surat rasmi, kena ada jemputan rasmi, kena ada tempat rasmi, kena ada protokol dan cara tertentu.

Kalau nak kelentong pun, bagi ada asas. Baru nampak kita ni tukang kelentong yg hebat sekurang-kurangnya. Takkan la majlis pukul 11.00, buat jemputan pkl 7.40 ???

keh keh keh.. rasmi betul.

Sebenarnya sejak awal, saya dengar cerita mengenai kemunculan Yayasan Budu tu saya dah syak sesuatu. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Harinie terbukti la.

Saya nasihatkan kepada Yayasan Budu, telefon Ustaz Amin, minta maaf dan jelaskan perkara sebenar.

Jangan plak dok mintak ustaz buang artikel nie macam geng MAIS dok mintak ustaz buang artikel berkenaan kritikan terhadap MAIS.

Artikel biar ada kat sini, biar anak cucu tengok, macam-mana kaedah orang nak hijack program orang lain.

At least mereka pun boleh belajar cara hijack nie.

Jangan sebab perbalahan ini, orang HIV plak yang terabai. Harap2, semua akan kembali normal.

Anonymous said...

salam shahabudeen,

rasanya saudara menembak sembarangan... kebetulan saya pnh duduk bersebelahan dgn bersama saudara, berbual dgn anthony gomez mengenai pesakit hiv bersama saudara (brapa kos setahun dia gunakan, brapa ramai bole ambil pesakit hiv, semua kita tanya), dan sama2 melihat mereka bersama saudara buat pertama kali setelah dijemput...

spt saya kata, majlis rasmi... ye kami ada terima fax jemputan drpd mais sehari sebelumnya... jika jemputan last minute, bg pihak saya, saya tidak tahu....

cuma saya harapkan kita berfikiran agak terbuka dan merenung sekejap.. tak semua yg kita dengar/lihat di paper atau berita di TV itu betul... kalo pasal jemputan, itu mmg salah MAIS krn lmbt inform kak Liza, begitu juga dgn tiadanya press release...

harap saudara faham

twistal said...

Salam...
ALLAH tahu apa yang dia lakukan.. mungkin bermula di sini, masing2 boleh menginsafkan diri ttg apa yg berlaku pada zaman skrang...

saya tak terkejut malahan perkara sebegini berlaku dimana2 pun..
ALLAH sengaja menguji perkara ini untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita dapat menegakkan syiar ISLAM..

saya harap, ustaz dan sahabat2 ustaz teruskan perjuangan ustaz dalam mengukuhkan kedudukan masyarakat ISLAM...

ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar.. insyALLAH

Shahabudeen Jalil said...

ok..

apa masalahnya jika awak duduk sebelah saya dengan apa yang paderi gereja tu cerita pasal perbelanjaan mereka.

Jgn la ckp separuh jalan.

OK.. awak ni siapa ?? perkenalkan diri.. kalau tak leh letak nama kat atas, letak kat bawah.

Ini tetibe dok main letak2 clue nie.. camna org nak kenal ? pelik betul.

Pehtu tuduh orang pulak yang tembak sebarangan. Ye la.. dah awak tu tak letak nama. Kalau awak letak nama, tahu le kita sapa yang ditembaknya, ini org MAIS ke ? orang Gereja ke ? orang Kuil ke ?

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

Mengikut Standard Operating Procedures (SOP) Penganjuran Majlis Rasmi... Jemputan perlu dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis dilancarkan.

Sila rujuk di sini

http://www2.treasury.gov.my/pdf/treasuryuser/majlis_rasmi.pdf

Terima kasih

SJ

Unknown said...

salam bro SJ
hati2 sikit bila berbicara..jgn nak main serkap jarang jer.. ("Ramalan saya, ini konco2 MAIS dan Yayasan Budu yang dah terkena dengan isu ini. Sekarang cuba nak neutralize.")
Ini ke akhlak seorang saudara Muslim yg nak membantu saudara Muslim yg lain???!!Jgn cakap mcm ribut..tindakan mcm siput..!!!
Dah lama saya perhatikan komen bro ni..kebanyakannya hanya nak menjatuhkan pihak lain..Astaghfirullahhal azim..Nauzubillahminzalik..

Shahabudeen Jalil said...

Dah sah sah saya tulis situ RAMALAN. RAMALAN bukan tuduhan. SPM dulu BM dpt brapa ?

Hantu-hantu anonymous pun diam membisu (atau diam bersetuju), ini pula hantu lain.

Memang nak jatuhkan orang lain. Menjatuhkan orang yang nak hijack rancangan orang lain terang-terangan.

Salah ke nak jatuhkan orang yang berniat jahat ?

Nauzubillah.

Ckp biar dengan fakta, bukan dengan buta mata.

Anonymous said...

sesungguhnya saya sangat gembira untuk hidup saya; Nama saya Vargas cynthia maye, saya
tidak pernah terfikir bahawa saya akan hidup di bumi sebelum tahun tamat. Saya telah menghidap penyakit berbahaya (HIV) untuk 5 tahun yang lalu sekarang; Saya telah
membelanjakan wang yang banyak untuk pergi dari satu tempat yang lain, dari gereja-gereja

untuk gereja-gereja, hospital telah kediaman saya setiap hari. cek berterusan sehingga menjadi hobi saya tidak sehingga Bulan lepas, saya telah mencari melalui internet, saya melihat bukti bagaimana DR. Ben membantu seseorang dalam menyembuhkan penyakit HIV beliau, cepat saya disalin e-mel beliau yang (drbenharbalhome@gmail.com) .Saya bercakap dengan dia, dia bertanya kepada saya untuk melakukan beberapa perkara tertentu yang saya lakukan, dia memberitahu saya bahawa dia akan menyediakan herba kepada saya, yang beliau lakukan, maka dia meminta saya pergi untuk pemeriksaan perubatan selepas beberapa hari selepas menggunakan penawar herba, saya bebas daripada penyakit ini boleh membawa maut, dia hanya meminta saya untuk hantar kesaksian melalui seluruh dunia, dengan setia am melakukannya sekarang, saudara-saudara sila, dia hebat, saya berhutang dalam hidup saya. jika anda menghadapi masalah yang sama hanya e-mel dia di (drbenharbalhome@gmail.com) atau hanya WhatsApp dia di: + 22893464014.He juga boleh menyembuhkan penyakit seperti Kanser, Diabeties, Herpes. Lain-lain Anda boleh menghubungi saya di email: vargascynthiamaye1995@gmail.com

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...