Tuesday, July 31, 2012

Bicara Ilmu 86 – “Usrah, Kisah Nabi Musa a.s..”

Usrah baru-baru ini membicarakan mengenai kisah Nabi Musa, sebenarnya, rakaman ini telah dibuat pada bulan Febuari 2012.

Rakaman ini dibuat dibeberapa lokasi.

Secara peribadi, saya gembira dapat kongsikan kisah para Nabi ini di lokasi tempat kejadian.

Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.

Bagi yang tidak sempat mengikuti, boleh layari di bawah.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Julai 2012 jam 5.45 petang

Bicara Ilmu 85 – “Qiamulllail, Perbahasan Di IKIM..”

Alhamadullillah, saya menghabiskan kembara Jejak Rasul di Mekah pada 27 Julai 2012..
Pulang Dari Mekah, banyak program Ramadhan telah menunggu.
Isnin 30 Julai 2012, saya bersama di dalam IKIKfm, membicarakan mengenai Qiamullail.
Siapa yang tidak sempat mengikutinya, bolehlah melayarinya di bawah.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rababihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
31 Julai 2012 jam 5.30 petang
Ustaz Amin Ikim
Kami mulakan dengan persoalan yang dikirimkan melalui FB kerana dalam dua minggu yang lepas, ia adalah rakaman dan para pendengar tidak berpeluang untuk berinteraksi secara langsung.
semoga memberi manfaat

Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.

Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-

1. Jika kita ditempat kita

2. . Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)

Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

“Ilmu Pelita Hidup”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Julai 2012 jam 5.00 petang

Sunday, July 29, 2012

Bicara Ilmu 83 – "Tarbiyah Ramadhan Untuk Pasangan Suami Isteri" ~ ADMIN

Tarbiyah Ramadhan kali ini khusus ditujukan kepada para suami & isteri..Bagaimana mendidik 5 unsur iaitu roh, badan, akal, nafsu, hati dalam menghadapi kerenah suami isteri...selain daripada itu tarbiyah untuk anak-anak kepada ibu bapa juga diceritakan oleh Al Fadhil Ustaz antaranya setiap manusia tidak lari dari membuat kesalahan & cara terbaik adalah memaafkan. Sama-samalah kita menghayati video di bawah.~ADMIN


Friday, July 27, 2012

Bicara Ilmu 82 – "Tarbiyah Ramadan Membentuk Peribadi Manusia" ~ ADMIN

Pada kali ini kuliah bertajuk bagaimana ramadhan mentarbiyah diri manusia yang dijadikan dengan 5 unsur iaitu roh, badan, akal, nasfu & hati....Al Fadhil mensyarahkan tarbiyah Ramadhan dari sudut yang lain iaitu Ramadhan mendidik roh dengan membanyakkan membaca Al Quran contohnya...Ramadhan mentarbiyah badan dengan apabila berpuasa seorang itu boleh melakukan rutin seperti biasa...kita hayati bersama video & sambungan di bawah ini semoga kita semua dapat manfaat & iktibar dari video di bawah insyallah. ~ ADMIN


Tarbiyah Ramadan Bahagian 01



Tarbiyah Ramadan Bahagian 02



Tarbiyah Ramadan Bahagian 03


Thursday, July 26, 2012

Universiti Kehidupan 232 - “Tawadhuknya Para Ulama Mekah..”

Banyak menghadiri majlis ulama’ di kota Mekah ini saya mempelajari satu perkara..

Saya mempelajari erti tawadhuk pada ilmu.

P1000667

Jahil sangat diperangi dalam Islam tetapi ketahuilah jahil boleh berlaku dalam dua perkara:-

1. Orang yang malas menuntut ilmu

2. Orang yang telah rasa cukup dengan ilmunya, maka berlakulah jahil kali kedua.

25 Julai 2012, saya menghadiri majlis ilmu Habib Taha  bin Hassaan Fada’ak.

P1000665

Majlis ilmu ini bukan sahaja dihadiri oleh orang awam, tetapi para ulama lain juga menghadiri masjlis ini.

P1000671

Ia disampaikan oleh beberapa orang ulama’, gambar di atas Habib Taha memegangkan pembesar suara pada ulama lain ketika ulama lain mengajar satu bab dari ilmu.

P1000675

Hadir juga di masjid ini malam ini ialah Habib Umar al-Jailani, padahal Habib Umar seorang tuan guru besar dan punyai pengajiannya sendiri, tetapi beliau juga hadir di majlis ilmu orang lain untuk mendengar majlis ilmu.

P1000681

Budaya ini di Malaysia agak kurang, amat sedikit para ustaz duduk di majlis ilmu ustaz lain yang mengajar. Berbeza dengan para ulama Mekah.

Yang bukan anak muridnya, mereka tidak membenarkan untuk mencium tangan, cepat-cepat akan ditarik tangan mereka, kalau kita dapat mencium tangan mereka, mereka akan mengambil tangan kita dan menciumnya kembali.

P1000688

Semoga Allah jadikan saya dan pembaca sekelian orang yang tawadhuk pada Ilmu, tidak sombong dengan pengetahuan dan tidak takabbur dengan kehidupan.

Jam 3 pagi, kota Mekah masih sesak, kota yang tidak pernah tidur….

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat'”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.15 petang

Diari 400 – “Sedekah Air Ketika Tarawikh..”

Beberapa masjid yang saya kunjungi ketika solat tarawikh di Mekah ini, saya dapat mempelajari  berbagai cara untuk bersedekah.

P1000630

Salah satunya sedekah air mineral ketika solat tarawikh

P1000631

Air mineral disediakan buat jemaah yang solat

P1000664

Masjid di sekitar Mekah, ada yang buat 20 rakaat dan ada juga yang buat 11 iaitu 8 rakaat dan 3 witir.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.20 petang

Diari 399 – “Bagaimana Orang Arab Bersahur..?”

Salah satu gambaran yang kami perlu ambil adalah bagaimana orang Arab bersahur.

Kalau yang memang faham, hampir mustahil untuk masuk ke dapur orang Arab mengambil gambar perempuan mereka terutama orang Saudi.

P1000628

Saya punyai kenalan, Habib Ahmad Saga, sejak lima tahun lepas, setiap kali ke Mekah pasti akan ke rumah beliau.

24  Julai 2012, kami berbuka puasa sehingga ke sahur di rumah Habib Ahmad.

P1000626

Beliau menjemput saya dan krew jejak Rasul untuk berbuka sekali. Kesempatan itu saya memohon izin untuk mengambil gambar bagaimana keluarganya menyediakan sahur.

P1000637

“Boleh, boleh” kata Habib Ahmad.

Di rumah beliau, kami dihidangkan dengan berbagai makanan, minuman dan buahan.

(Gambar di atas kami sedang makan buah Tin)

P1000640

Orang Arab di sini tidak tidur pada waktu malam, Mereka akan menjemput kawan-kawan mereka, berselawat, berbual dan berbagai aktiviti sementara para isteri menyediakan sahur.

P1000644

Bagi kebiasaan orang Arab, sahur mereka adalah roti di lawan dengan berbagai lauk.

P1000667

Bagi golongan ilmuan dan para Ulama kota Mekah pula, selepas tarawikh, mereka akan mengadakan majlis ilmu, selawat dan zikir sehingga jam 2.30 pagi.

25 Julai 2012, saya bersama krew sekali lagi menghadiri majlis ilmu di rumah Habib Taha bin Hassan Fada’ak.

P1000685

Dan selepas majlis zikir, mereka akan bersahur bersama-sama. Tiap-tiap malam, ada sahaja majlis ilmu atau zikir di kota Mekah.

Tuan rumah mengambil fadhilat memberikan makan sahur pada orang berpuasa.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

26 Julai 2012 jam 3.00 petang.

Diari 398 – “Berbuka Puasa Di Masjid Sekitar Masjid al-Haram..”

Berbuka puasa di Masjid al-Haram tidak seperti di Madinah.

Di Madinah, ramai orang yang menginfaqkan buka dengan berbagai makanan, dari roti sehingga nasi berlauk, tapi di Mekah, makanan tidak boleh dibawa masuk di masjid atau ruang legar masjid.

P1000660

Saya berbuka dengan penyelia tesis Phd saya, Prof Dr. Ahmad Hidayat Buang.

“Prof doakan utk Phd saya ye..” pinta saya.

“InsyaAllah, doa, doa juga, tapi jangan tak buat” jawab Prof sambil tertawa kecil…

Secara peribadi, menulis bawah penyeliaan beliau memang best, walaupun agak tegas, tapi beliau membimbing saya di dalam dunia akademik.

P1000618

Ramainya tetamu Allah kala ini sehingga jalan dipenuhi oleh Muslim dari seluruh dunia.

P1000662

Kalaulah bersatu, masyaAllah, pasti memberi impak besar pada dunia.

P1000658

Kita boleh lihat orang berinfaq dengan berbagai cara, ada dengan makanan, ada dengan plastik membawa kasut dan ada dengan tisu.

P1000620

23 Julai 2012, saya bersama Haji Arshad berbuka puasa di sebuah masjid di Mekah. Buka puasa ini dianjurkan oleh Haji Arshad bersama sumbangan sahabat-sahabat maya beliau.

P1000621

Buka puasa anjuran orang Malaysia di masjid ini dibuat sebulan penuh.

P1000623

Memberi makan orang berbuka, Allah berikan pahala puasa orang itu pada kita tanpa mengurangkan pahala orang itu.

Di masjid selain masjid a-Haram, buka puasa dihidangkan berbagai makanan hasil infaq dari orang ramai.

Sebenarnya, banyak cara kita boleh beramal, persoalannya mahu atau tidak sahaja..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi'

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

26 Julai 2012 jam 2.30 petang.

Diari 397 – “Studio al-Haram..”

Untuk mengambil gambar di dalam masjid al-Haram dengan menggunakan kamera besar adalah mustahil saat ini.

Jadi, mana-mana stesyen TV yang ingin mendapatkan visual di dalam masjid (setelah mendapat izin Kementerian Penerangan mereka) akan diberi masuk ke dalam Studio al-Haram.

22 Julai 2012, saya bersama Azlan, krew Jejak Rasul diberi kebenaran untuk masuk ke dalam Studio al-Haram.

Ketua Studio al-Haram pula orang India bernama Iqbal, cara dia bertutur bahasa Arab, saya tahu dia dari India. Satu terus berbicara dengannya dalam bahasa Urdu. Ia  memudahkan kami meminta visual itu dan ini setelah saya bercakap Urdu dengannya.

Alhamdulillah, saya bersykur pada Allah dan berterima kasih pada Allahyarham ayahanda saya Ustaz Abdullah Mohd Said yang menghantar saya belajar di Pakistan di dalam bidang tahfiz, belajar di sana memberikan saya  satu bahasa lebih yang amat berguna kerana orang India dan Pakistan adalah bangsa perantau yang ada di mana-mana. Kalau kita boleh berbahasa dengan mereka, mudah untuk mesra dan meminta tolong dengan mereka.

P1000600

Masjid al-Haram di kawal dengan 30 biji kamera. Semuanya dikawal dari bilik ini melalui peralatan canggih,  kecuali tiga sahaja yang dikawal oleh manusia. 

P1000604

Cuma, apa yang menarik, salah satu kamera yang dikawal oleh manusia dikendalikan oleh orang Melayu Indonesia, cuba lihat nama di atas, salah satu namanya

“Abdullah Abdul Aziz Jawa”

P1000599

Kamera di Masjid al-Haram sangat canggih, walaupun ia diletakkan di tiang-tiang yang jauh, tapi ia boleh mengambil gambar jemaah dari dekat sehingga buku yang para jemaah baca pun boleh dilihat. Ia bagi memudahkan para pegawai keselamatan memantau aktiviti yang mungkin salah di sisi undang-undang Arab Saudi.

P1000601

Di studio al-Haram ini juga, kamera masjid al-Nabawi dipantau.

P1000616

Semua rakaman akan disimpan di satu penyimpanan untuk rujukan selama beberapa tahun.

P1000615

Di sini saya mendapat satu pengajaran. Cuba bayangkan diri kita yang mempunyai rakaman bagi perbuatan baik dan jahat kita.

Setiap detik ia dirakam oleh malaikat kanan dan kiri kita. Ketika dibentangkan di akhirat nanti, tidak boleh kita tipu apa yang kita buat.

Dipaparkan pada kita apa yang telah kita buat di hadapan ramai sehingga rasa malu seolah-olah gugur daging-daging muka.

Tapi bagi dosa dan kesalahan yang sempat ditaubatkan di dunia, maka rakaman ini akan di padam.

Rasullullah bersabda:-

Orang yang bertaubat (dan taubatnya diterima) seperti orang yang tidak melakukan dosa.

Semoga Allah rezkikan saya dan sahabat pembaca sekelian orang yang sentiasa bertaubat kepada kesalahan kita

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

26 Julai 2012 jam 2.00 petang

Tuesday, July 24, 2012

Bicara Ilmu 81 – "Ramadan Al Mubarak suatu perjuangan." ~ ADMIN

Sempena bulan Ramadan kuliah kali ini membicarakan topik bertajuk Persediaan dalam menghadapi Bulan Ramadan Al Mubarak. Antara isi kandungan kuliah kali ini Al Fadhil menekankan bagaimana Ramadan membentuk diri manusia secara zahir & batin..penekanan mengenai deria manusia bagaimana orang yang berpuasa menjaga deria mereka daripada menahan nafsu..marilah sama-sama kita menonton video di bawah agar kita dapat menghayati isi kandungan kuliah tersebut insyallah..~ADMIN

Ramadan suatu perjuangan bahagian 01



Ramadan suatu perjuangan bahagian 02





Ramadan suatu perjuangan bahagian 03



Monday, July 23, 2012

Diari 396 – “Apa Orang Mekah Buat Pada Bulan Ramadhan..?

Apa orang Mekah buat pada bulan Ramadhan?

Kalau ada 1000 warna kehidupan, maka 100o kisah boleh diceritakan..

Saya menelifon sahabat saya, orang Arab di Mekah, tidak berangkat sejak pagi,

Jam enam petang, baru dia menghubungi saya kembali..

“Maaflah Muhamad, saya tidur, letih sangat, ini pun zohor belum buat lagi, astaghfirullah..” katanya.

Saya tidak mahu melihat kehidupan orang biasa, saya mahu ikuti kehidupan para Alim Ulama di kota Mekah, apa mereka buat?

Sabtu 21 Julai 2012 jam 11 malam, saya menziarahi rumah Habib Muhamad Jamalullail di Ruseifah.

Dari segi keturunan, beliau ada pertalian dengan Raja Perlis.

Sampai dirumahnya, saya dan krew Jejak Rasul dipersilakan masuk.

Malam ini, selepas tarawikh, rumah Habib Muhammad Jamalullail dikunjungi ramai orang.

Di sini, pada bulan Ramadhan, di adakan majlis zikir, bacaan al-Quran dan bacaaan selawat.

MasyaAllah, bergema bumi Ruseifah dengan zikir…

Krew Jejak Rasul dapat merakamkan majlis malam ini walaupun agak terhad. InsyaAllah akan dapat di kongsikan nanti.

Selawat dan nazam dibacakan dengan indah sekali sehinggakan melewati jam 2.00 pagi, terasa masa berlalu cukup pantas tanpa menjemukan.

Habis majlis, kami semua bersahur Nasi Mandy kambing bersama-sama di rumah Habib Muhammad Jamalullil.

“Ustaz, boleh tak minta Habib doakan, saya belum dikurniakan anak lagi” kata salah seorang krew.

Waktu bersalaman dengan Habib Muhammad, saya menyampaikan hajat salah seorang krew ini, dengan wajahnya yang bersih dan jernih, Habib Muhammad kemudian mendoakan.

Kemudian, beliau mengambil pen dan meminta saya menyalin sesuatu.

Beliau memberikan dua doa pendek.

“Amalkan ayat ini, insyaAllah Allah akan anugerahkan anak yang soleh/solehah pada kamu semua” kata Habib Muhammad.

InsyaAllah, siapa yang lama berkahwin dan belum dikurniakan anak boleh jumpa saya dan saya akan panjangkan amalan dan doa ini untuk kita semua.

P1000586

Bersahur di rumah Habib Muhamad Jamallullail

P1000587

Bersama Habib Muhammad Jamalullail, bertemu orang Alim menambahkan ilmu dan perkongsian amalan para ulama kita..

__________________________________________________

Ahad 22 Julai 2012  jam 5.00 petang…..

Pada petang ini pula, saya dan krew Jejak Rasul menghadiri majlis ilmu  di Hamra’ Mekah (berhampiran dengan Suuq Hijazi).

Majlis ilmu disampaikan oleh Habib Umar al-Jailani, ulama Ahli Sunah bermazhab Syafie di kota Mekah.

Petang ini, Habib Umar al-Jailani membacakan kitab hadis pesanan Rasullullah kepada Ibnu Abbas.

Salah satu yang menarik perhatian saya petang ini ialah kisah Nabi Ayub a.s ketika baginda Ayub diuji dengan sakit..

Begitu detail dan cermat beliau menyampaikan kisah ini menerusi hadis-hadis Nabi sehingga semua yang datang cukup sunyi, khusyuk mendengar penyampaikan Habib Umar.

Saya turut sebak ketika iktibar dicungkil dari kisah Nabi Ayub ini. Beginilah para Ulama’, oleh kerana penyampaian dari hati, maka ia cukup menyentuh dan memberi kesan sehingga  bangkit perasaan ingin mencontohi insan mulia dari segi akhlak dan amalan mereka.

Pengajian habis jam 6.00 petang.

Beginilah sebahagian contoh apa orang Mekah buat pada bulan Ramadhan.

Orang ahli ilmu dan orang soleh dengan majlis ilmu dan zikir mereka.

Semoga Allah rezkikan kita untuk hidup dan duduk bersama orang yang soleh dan solehah, amin..

P1000592  Habib Umar al-Jailani, Ulama Mazhab as-Syafie di kota Mekah

P1000590

Majlis ilmu di bulan Ramadhan

Nabi SAW bersabda:-

“Barangsiapa menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadhan, akan ditulis bagi setiap langkahnya ibadah yang diterima dan dia akan bersama aku (Rasullullah) di bawah perlindungan arasy nanti” (rujuk kitab Durrah an-Nasihin)

P1000593

Para alim ulama’ hidupnya penuh dengan usaha mencari keredhaan Allah, khidmatnya pada masyarakat luar biasa, semoga Allah jadikan saya dan kita semua orang yang menjadikan hidup kita untuk mencari keredhaan  Allah walau apa bidang yang kita ceburi, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan’

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekkah Mukarramah

Isnin 23 Julai 2012 jam 3.00 petang

Diari 395 – “Jumaat Dan Ramadhan Pertama Di Kota Mekah bagi tahun 1433 hijrah..”

Jumaat 20 Julai 2012…

Hari ini hari pertama Ramadhan, jatuh pula pada hari Jumaat. Munurut Hadis dari at-Tarmizi, terdapat 12 waktu mustajan doa pada hari Jumaat.

Kelebihan ini ditambah lagi ia adalah bulan Ramadhan.

P1000570

Untuk hari pertama, kami tidak dapat merancang sahur dengan baik, hanya makan roti nan Pakistan dan air kosong. Ini kerana, kami balik dari pengambaran pada malam sebelumnya agak lambat, lepas mandi terus tidur kerana keletihan.

P1000574

Tengah hari, kami keluar untuk solat Jumaat, dalam keadaan sahur yang tidak terancang dengan baik, bahang panas cukup meletihkan, melihat papan tanda air zam sahaja sudah cukup menjadikan air liur tertelan beberapa kali.

P1000575

Alhamduillah, kami dapat solat tidak jauh dari Ka’bah, masih terlihat dengan mata. Khutbah hari ini cukup baik.

Sangat jarang khutbah di Masjid al-Haram membicarakan mengenai perjuangan dan jihad, tapi khutbah pada hari ini membincangkan mengenai perjuangan Palestin dan juga rakyat Syria.

Oleh kerana topik agak menarik, jadi mata tidak layu walaupun panas dan keletihan.

P1000577

Petang ini, selepas Asar, saya dan krew Jejak Rasul membuat pengambaran di Jandariah, melihat gelagat masyarakat menyambut Ramadhan pertama.

Jam enam, semua krew sudah keletihan sehingga kami duduk sahaja di kaki lima sebuah kedai yang tutup. Semua dudu diam tidak terkata apa-apa..

P1000580

Tak larat untuk pulang ke hotel, kami hanya membeli makanan dan air sekitar tempat ini.

P1000581

Cuaca yang panas membuatkan seolah-olah mahu buka semua baju, kasut dan apa yang ada di badan..

Ha.. ha.., secara peribadi satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan..

P1000583

Alhamduillah, sangat gembira meneguk air pertama ke tekak, dengan kesyukuran kami menunaikan solat bergilir-gilir di tempat yang terlarat…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

23 Julai 2012 jam 2.15 petang.

Diari 394 – “Malam Pertama Ramadhan Di Mekah 1433 hijarah..”

Khamis 19 Julai 2012 jam 6.30 petang..

Dengan bantuan Abang Arshad, saya dan krew Jejak Rasul diperkenalkan dengan Pak Abu dari Cantumas Travel.

Pak Abu mempunyai hotel yang dipajak di Ghazzah.

Kami semua telah sampai di hotel Pak Abu dan beliau mempersilakan kami mengambil gambar Mekah dari atas hotelnya.

Pemandangan sungguh cantik, di Malaysia kala ini telah diisytiharkan puasa jatuh pada hari Sabtu sedangkan di Mekah, kami semua sedang menunggu pengisytiharaan puasa.

“Nanti Maghrib kita dengar, kalau ada bunyi meriam maka esok puasalah tu” kata Pak Abu.

“Meriam dia orang tembak dari mana?” tanya saya.

“Dari Jabal Hindi” terang Pak Abu yang telah lama tinggal di Mekah ini.

Saya menghayati pemandangan matahari yang terbenam di celah-celah bukit di Mekah.

Dari atas hotel ini juga, kami dapat menyaksikan tanah perkuburan Ma’laa, salah satu tanah perkuburan di Mekah dan di sini juga terdapat makam Saydatina Khadijah, isteri Nabi yang sangat menjadi tulang belakang pada perjuangan baginda.

Para isteri Nabi yang memberikan zuriat hanya dua orang sahaja iaitu Saidatina Khadijah dan juga Saidatina Mariah Qibtiyyah seorang wanita berketurunan Mesir.

Orang Mesir cukup berbangga kerana bangsa Mesir telah ditakdirkan menjadi isteri kepada dua orang Rasul hebat iaitu Nabi Ibrahim (Siti Sarah) dan Baginda SAW (Saidatina Mariah)

Walaubagaimana pun, anak Nabi dari Mariah Qibtiyyah iaitu Ibrahim, meninggal waktu kecil dan dalam sejarah Nabi juga menitiskan air mata ketika pemergian anak kecil baginda iaitu Ibrahim.

Dari kejauhan, saya memerhatikan jam besar Wakaf Raja Abdul Aziz, muka jam ini berwarna putih pada siang hari dan akan bertukar menjadi hijau pada malam hari.

Salah seorang jurutera jam ini ialah orang Melayu Malaysia.

Matahari mulai tenggelam, jam sudah menunjukkan pukul 8.10 malam.

“Tak ada meriam ni, Ramadhan hari sabtulah tu” kata Pak Abu.

Tiba-tiba…

“Gedegum..” satu bunyi kuat menggegarkan kota Mekah.

“Haa, esok puasa, maknanya, di Mekah tak nampak, tapi anak bulan nampak di tempat lain, sebab itu lambat sikit dapat isytihar” terang Pak Abu.

“Alhamdulillah”, bisik hati saya.

“Allah masih membenarkan aku masih hidup untuk beribadah di bulan Ramadhan" syukur saya tidak terhingga di atas anugerah ini.

Ya,, selamat berpuasa pada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekkah Mukarramah

23 Julai 2012 jam 1.30 petang

IMG_4569
Kawasan runtuhan dan pembangunan di Mekah, masjid Kucing telah di roboh, hotel telah di roboh, tetapi terdapat satu kubur dan sebuah telaga yang ditinggalkan..

“Saya pun tak tahu kenapa mereka tak robohkan telaga dan kubur ini” kata Pak Abu.

Padahal banyak lagi bangunan hebat, lama, bersejarah telah diroboh. Kalau sidang pembaca tahu boleh kongsikan bangunan apa ini, kelihatannya seolah-olah tempat penting..

IMG_4577

Abang Rahman Salim, jurukamera TV3

IMG_4581

Pemandangan al-Haram dari atas hotel Mira Ghazzah

IMG_4582

Matahari terakhir syaban 1433 bersaman 2012

IMG_4583

Tanah perkuburan Ma’ala, di sini terdapat makam Saidatina Khadijah

IMG_4595

Pemandangan Jabal Nur yang terdapat Gua Hira…

Macam tinggi kan?

IMG_4599

Terowong Sulaimaniyyah, sempena dengan nama Sultan Turki

IMG_4609

Pemandangan masjid waktu Maghrib

P1000566

Kenangan dari puncak ketinggian di kota Mekah

P1000567

Malam ini, sempena awal Ramadhan, kami makan Nasi Mandy kambing

P1000568

Kalau orang Arab, satu hidangan macam ini, dua tiga orang sahaja, kita Melayu tujuh orang pun tak habis..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...