Wednesday, April 25, 2012

Diari 350 – “Jalan-Jalan Di Muzium Madinah..”

24 April 2012, saya membawa jemaah umrah saya berjalan-jalan di sekitar masjid Nabawi.

IMG_2531

Kami membincangkan mengenai sejarah masjid Nabawi dan perkara berkaitan dengannya

IMG_2527

Sesi “Tanyalah Ustaz” di buat di laman Nabawi

IMG_2563

Selesai penerangan, jam 11.30 pagi, kami menziarahi muzium Madinah

IMG_2567

Di muzium ini, banyak memamparkan sejarah pembinaan Masjid Nabawai

IMG_2568

Terdapat gambar quran zaman Saidina  Uthman yang terdapat di Muzium Top Kapi Istanbul.

Quran yang dibaca oleh Saidina Uthman ketika beliau dibunuh terdapat di Taskent Uzbekistan.

Saya pernah menulis mengenainya dahulu

http://www.ustazamin.com/2008/11/jom-kongsi-pengalaman-mushaf-uthmani-di.html

IMG_2573

Mudir Muzium menerangkan mengenai kedudukan makan Nabi SAW

IMG_2579

Beliau juga menunjukkan gambar-gambar palsu mengenai makam Nabi SAWa yang terdapat di internet.

IMG_2581

Di Muzium ini juga terdapat replika surat-surat Nabi SAW

IMG_2583

Surat ini dihantar oleh baginda SAW kepada pembesar dunia sebelum kewafatan Nabi SAW.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

25 April 2012 jam 8.00 pagi

Diari 349 – “Usrah Cuti Sebulan…”

Pada bulan April 2012 ini, saya banyak tiada di tanah air.

Bermula 4-11 April ke Palestin, selepas itu program bersama IKIM di Sabah dari 13 hinggaa 15 April 2012.

Pulang dari Sabah terus ke Palestin dan Umrah pula dari 18 April hingga ke 2 Mei 2012.

Dalam bulan April ini, tiada pengambaran bagi program Usrah TV9.

Bagi rakan pengacara, Ustazah Asni juga tiada di tanah air. Beliau juga menunaikan Umrah.

Sewaktu saya sampai di Madinah 22 April 2012, saya terus menghubungi Ustazah Asni dan suaminya Ustaz Nasir.

“Jom pekena kopi” ajak saya.

Kami minum di hotel Movenpick.

“Usrah kira cuti sebulan lah ye ustazah..” kata saya pada ustazah Asni.

“Aaah ustaz, tapi saya dah buat advance 2 episod” kata Ustazah Asni.

“Nampaknya penerbit kita rehat sikitlah ye..” kata saya tersenyum.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 8.00 malam

IMG_2517

Bersama Ustaz Nasir dan Ustazah Asni..

Diari 348 – “Pemandangan al-Quds Dari Jabal Zaitun..”

Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :-

“Demi Buah Tin Dan Zaitun”

Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis.

Mt. Of Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi.

Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”.

Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati.

Orang Yahudi bersembahyang menghadap ke arah Timur kerana mereka meyakini ‘Messiah” itu akan datang dari Timur.

Bagi kita orang Islam, akhir zaman Islam akan dipimpin oleh Imam Mahdi yang kemudian terkepung dengan Dajjal dah akhirnya Allah turunkan Nabi Isa dari menara putih di Syam membantu Imam Mahdi dan bersama tentera muslimin membunuh Dajjal. Tempat Dajjal di bunuh ialah di pintu kota Lud.

Saya pernah menulis perkara ini dahulu.

http://www.ustazamin.com/2009/05/universiti-kehidupan-64-nak-tahu-tempat.html

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 8.00 malam

IMG_2486

Al-Aqsa dari atas Jabal Zaitun

IMG_2500

Bersama ahli rombongan lelaki

IMG_2511

Ahli rombongan perempuan

IMG_2512

Mahmood, pemandu pelancong kami kala ini..

Tuesday, April 24, 2012

Diari 347 – “Batu al-Quds..”

21 April 2012, seperti biasa, pada hari-hari akhir, saya akan usahakan agar semua ahli jemaah dapat bertemu dengan imam nombor satu al-Aqsa, Syeikh Abu Yusuf Sunainah.

Sebagai imam nombor satu al-Aqsa, banyak sejarah al-Aqsa dan tempat-tempat  ditunjukkan pada kami yang orang lain tidak dapat bawa.

Salah satunya ialah makam Nabi Sulaiman a.s dan bekas singgahsana baginda Sulaiman ini. Hanya beliau sahaja yang ada memegang kunci makam ini.

Para jemaah melawat makam Nabi Sulaiman.

Kami mendengar kuliah pendek Imam Abu Yusuf. Beliau optimis dengan kebangkitan Islam di akhir zaman ini.

“Cuba lihat apa belaku di Libya, Mesir, Syria lain-lain tempat, anak-anak muda mahukan pengamalan Islam yang lebih sempurna” kata beliau.

Di akhir pertemuan saya meminta izin pada Syeikh Abu Yusuf untuk meminta batu al-Aqsa. Ia boleh diambil kerana bukan tanah haram.

“Ya, boleh, kamu boleh ambil apa sahaja, tapi kalau di imigresen tentera Israel tanya, jangan kata batu ini dari al-Aqsa” kata Syeikh Abu Yusuf.

“Kenapa?” tanya saya.

“Kerana tanah dari al-Aqsa mampu menaikkan semangat umat Islam” tambah beliau.

Sebenarnya, membawa batu dari al-Aqsa bukan asli dari saya. Ia telah dibuat oleh Sunan Kudus (Salah seorang Wali Songo). Beliau meletakkan batu asas masjid dan madrasahnya dari batu al-Aqsa.

Saya juga ingin meletakkan batu asas rumah HIV yang dibina, rumah anak yatim al-Ijabah, dan tapak pusat pendidikan al-Amin yang dirancang dengan batu dari al-Quds ini, paling kurang tanah ini diberitahu oleh Allah sebagai tempat yang Allah berkati sekelilingnya.

Saya ada bawa lebih, sapa nak boleh jumpa saya :)

IMG_2465

Saya menterjemahkan kuliah yang disampaikan pada Jemaah

IMG_2467

Di akhir majlis, Imam Syeikh Abu Yusuf berdoa untuk semua agar semua yang hadir diberikan kebaikan dan juga kepada zurait-zurait kami yang hadir.

IMG_2482

Batu-batu al-Quds, Allah berfirman bahawa kami berkati sekeliling masjid al-Aqsa ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 7.20 pagi

Diari 346 - “Sama Aje Rupanya..”

20 April 2012, saya membawa jemaah untuk berjalan sekitar “Old City Of Jerusalem”.

IMG_2448

Kami sampai ke “Wailing Wall” atau tembok ratapan bagi orang yahudi.

IMG_2449

Di sini terdapat Rabbi (imam orang Yahudi) sedang mengajar kitab taurat (seakan sedang mengajar tafsir)

IMG_2452

Saya memerhatikan, terdapat orang yang tidur di dalam kelas ini. Mmm, dalam konteks tidur dalam majlis ilmu, sama aje..

Selepas ini mungkin ada slogan..

“Jangan tidur dalam kelas macam Yahudi…”

IMG_2459

Islam tidak menafikan kemanusiaan, jika kita hendak datang ke masjid mendengar kuliah, mandi dulu biar segar badan, bagi penceramah pula, tingkatkan cara penyampaian agar lebih interaktif dan menarik agar para pendengar lebih bertenaga ketika mendengar.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 12.15 tengah malam

Diari 345 - “Catatan Santai Hebron..”

Perjalanan ke 7 Palestin kali ini tidak lama kerana hanya 3 hari sahaja di sini.

Ini kerana selepas di Palestin, saya dan rombongan akan ke Mekah dan Madinah.

Ingin saya kongsikan detik-detik  ke Hebron kali ini

IMG_2434

Dalam perjalanan ke Hebron, saya melihat satu belon, rupanya ia adalah kamera belon yang dihadapkan ke Jerusalem untuk memantau orang Islam di al-Quds

IMG_2441

Anak-anak kecil di Hebron agak lebih agresif, menjual hadiah dan meminta sedekah, kehidupan di Hebron adalah antara yang susah kerana ia adalah wilayah di bawah Hamas. 

IMG_2444

Polis dan tentera yang mengawal masjid al-Khalil di Hebron

IMG_2447

Kawalan di sini lebih ketat dibandingkan dengan Jerusalem kerana masjid Khalil al-Rahman telah dibagi dua antara orang Islam dan orang Yahudi.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24  April 2012 jam 12.00 tengah malam

Monday, April 23, 2012

Diari 344 – “Pengalaman Wardina Ke al-Aqsa..”

4 April 2012 hingga 11 April 2012, saya bersama krew al-Hidayah TV3, membuat pengambaran di Palestin ini.

Kami menzirahi banyak tempat dan banyak kembara yang menyentuh hati melihat kedaifan muslim di sini.

Pada hari-hari akhir, berjalan di medan al-Aqsa, saya meminta Wardina, pengacara baru al-Hidayah berkongsikan perasaannya mengenai al-Aqsa ini.

Dengan tiba-tiba Wardina mengalirkan air matanya memberikan pandangan jujur.

Tapi, Wardina bukan keseorangan memiliki perasaan demikian, setiap ahli rombongan yang saya bawa biasanya pasti menitiskan air mata di bumi barakah ini.

Semoga Allah sentiasa melindungi tempat ini dari perkara yang tidak diingini

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

23 April 2012 jam 6.00 petang

Diari 343 – “Kembara Universiti Kehidupan al-Quds ke 7..”

18 April 2012, saya bersama 44 orang ahli kembara Universiti Kehidupan al-Quds kali ke 7 bertolak ke KLIA jam 10 malam.

19 April 2012, turun di Amman jam 6.00 pagi, kami sarapan dan terus ke Allenby Bridge, dan kami sampai jam 11.00 pagi.

Hari ini adalah hari dalam sejarah kerana 13 ahli rombongan saya tertahan sehingga jam 3 petang, tapi Alhamdulillah semuanya dibenarkan masuk ke Palestin.

Sementara menunggu, saya memerhatikan sekeliling, hari ini bendera Israel di pasang separuh tiang.

“Kenapa ye?” bisik hati saya.

Setelah selesai semua urusan pemeriksaan, saya bertanyaa kepada Mahmud, pemandu pelancong yang telah menunggu kami sejak jam 9.00 pagi.

Rupanya hari ini adalah hari peringatan “Holocaust” satu peristiwa yang berlaku pada peperangan dunia kedua, seramai 6 juta orang Yahudi dibunuh secara sistematik oleh tentera Nazi German.

“Apakah tiap-tiap tahun harinya adalah 19 April? tanya saya pada Mahmud.

“tak, sebab hari peringatan tersebut mengikut kalender Yahudi” jawabnya ringkas.

Pada jam 10.00 pagi, seluruh Israel akan berhenti selama 10 minit, berdiri dan bertafakkur mengingati peristiwa ini.

Biasanya, jika bicara mengenai kejadian Holocaust, orang akan mengetengahkan 3 individu iaitu :-

Ann Frank, seorang budak yang mempunyai dairinya dan menulis saat-saat akhir sebelum dia dibunuh. Diarinya itu telah diterbitkan menjadi buku.

Elie Wiesel, seorang yang terselamat dari pembunuhan “Holocaust”, menulis banyak buku mengenai kejadian ini dan mendapat Nobel Keamanan.

Simon Wiesental, seorang yang terselamat dari peristiwa “Holocaust” dan membina pusat memburu kembali para jeneral dan tentera German yang terlibat dengan peristiwa ini.

Apa pun kata Hitler,

“Ku tinggalkan sedikit orang yahudi ini untuk kamu tahu siapa mereka..”

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

23 April 2012 jam 6.00 petang

IMG_2437

Kenangan bersama ahli rombongan di masjid Khalil al-Rahman, masjid  makam Nabi Ibrahim di Hebron Palestin.

Tuesday, April 17, 2012

Diari 342 – “Anak-Anak Tafiz dan Yatim al-Ijabah..”

Walau dalam apa kesibukan sekalipun, saya akan mencari masa bersama dengan anak-anak yatim dan tafiz al-Ijabah.

16 April 2012, jam 6.00 petang, saya bersama mereka di dalam majlis tahniq di rumah ibu saya di USJ 4 Subang Jaya. Tamat program, pengisian kuliah dan semangat untuk menjadi pelajar cemerlang dan insan berguna bagi agama, bangsa muslim dan tanah air diberikan.

Satu harapan saya, semoga mereka semua menjadi pelapis pada kepimpinan akan datang…

IMG_2417

Di sebelah saya ialah ibu tercinta

IMG_2427

Kuliah bersama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, semoga menjadi manusia cemerlang dunia dan akhirat, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 9.00  pagi

Diari 341 – “IKIM “Bisikan Syaitan Dalam Rumah Tangga..”

16 April 2012, 10.20 pagi..

“Ustaz, hari ini kita mula lambat sikit ye sebab iklan banyak” kata DJ Irwan yang mengendalikan rancangan kali ini.

Hari ini, kami membicarakan mengenai “Bisikan Syaitan Dalam Rumah Tangga”.

Habis rancangan, pengarah radio IKIM, Haji Nik Roskiman bertemu saya..

“ustaz, mari kita minum dulu..” ajak beliau.

Kami menuju ke kantin IKIM.

Kepenatan program di Sabah masih terasa dan kami berbual-bual mengenai kisah-kisah di Sabah.

Secara peribadi, program di Kundasang patut di teruskan di tempat-tempat lain kerana banyak manfaatnya.

IMG_2410

Rancangan secara langsung bertajuk ‘Bisikan Syaitan Dalam Rumah Tangga”

IMG_2414

Bersama Tuan Haji Nik Roskima, pengarah radio IKIM.fm

Bagi siapa yang tidak sempat mendengarnya, bolehlah mengikutinya di sini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 9.00  pagi

Diari 340 – “Program IKIM di Kundasang Sabah..”

Pulang dari Palestin 11 April 2012, saya memenuhi undangan ke Sabah bersama IKIM bermula 13 April 2012 hingga 15 April 2012.

Program amal di Kundasang Sabah ini dianjurkan bersama oleh IKIM.fm, Islamic Aid Malaysia dan beberapa lagi.

Untuk program masakan, bersama kami ialah Chef Yang Jamil, seorang Chef yang terkenal dengan program-program amal.

Penduduk di sini adalah dari suku Dusun dan di Kundasang penduduk yang beragama Islam lebih 50 peratus, bakinya ialah Kristian dan agama nenek moyang.

IMG_2290

Anak Muslim kita, dari suku Dusun Sabah

IMG_2302

Warga IKIM

IMG_2329

Berbaju hijau, Chef Yang Jamil

IMG_2354

Sesi taaruf DJ IKIM

IMG_2358

Ceramah untuk warga Kundasang

IMG_2359

perkongsian bertajuk kekeluargaan

IMG_2367

Bersama Presiden Islamic Aid Malaysia

IMG_2393

Keindahan ciptaan Allah di Sabah

IMG_2396

Kenangan bersama beberapa ahli rombongan

Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 8.50  pagi

Bicara Ilmu 58 – “Sutrah..”

Ketika kita solat kita disunatkan untuk meletakkan penghadang sebagai tanda kita solat.
Penghadang ini dinamakan “sutrah”.
Di Malaysia, kita tidak dibiasakan dengan sutrah ini, tapi di negara Arab perkara ini biasa.
IMG_2251
Contoh sutrah di masjid Nabi Syuaib.
Pengalaman Asas Hikmah”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 April 2012 jam 8.30 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 102 – Bertemu Dengan Keturunan Sahabat Tamim ad-Dari r.a

“Nama saya ialah Nasir at-Tamimi” kata Imam Nasir seorang Imam di masjid Nabi Yusak.

Nabi Yusak adalah seorang Nabi yang merupakan anak murid Nabi Musa.

Beliaulah yang menemankan Nabi Musa ketika Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir di Majma’al Bahrain. (Kisah dalam surah Kahfi).

Imam Nasir at-Tamimi menerangkan kisah Nabi Musa. Di akhir penerangan beliau berkata..

“Saya adalah keturuanan Tamim ad-Dari”

Ahli jemaah saya tidak memberikan apa-apa respons, tapi saya terus memalingkan muka saya padanya.

Tamim ad-Dari adalah seorang sahabat. Beliau adalah seorang nelayan. Satu ketika beliau dan kawan-kawannya yang lain telah tersesat di lautan dan terdampar di satu pulau. Di sana, beliau telah bertemu dengan Dajjal.

Setelah terlepas dari pulau ini, beliau menemui Nabi SAW menceritakan kisahya bertemu Dajjal .

Saya pernah menulis mengenai kisah Tamim ad-Dari ini.

http://www.ustazamin.com/2010/09/universiti-kehidupan-164-danau-phi-phi.html

Tak sangka, keturunannya ada di sini dan menjadi penjaga kepada makan Nabi Yusak.

IMG_2221

Imam Nasir at-Tamimi, keturunan sahabat Tamim ad-Dari

IMG_2228

Kenangan di makam Nabi Yusak

IMG_2226

Nabi Yusak, anak murid Nabi Musa a.s

Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 8.15  pagi

Jom Kongsi Pengalaman 101 – “Al-Aqsa Di Gali..”

8 April 2012, saya membawa ahli rombongan melihat al-Aqsa dari satu sudut di bahagian tembok ratapan Yahudi.

Di sini ramai pelancongan. Ada pelancong Kristian dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Kristian, ada rombongan Yahudi dari US dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Yahudi.

Ketika ahli rombongan saya sibuk mengambil gambar, saya duduk hampir dengan pemandu pelancong Yahudi yang membawa rombongannya dan dia menceritakan mengenani al-Aqsa.

Memang secara terang-terangan, mereka beranggapaan bahawa al-Aqsa adalah kuil ibadah mereka. Dan memang mereka bercita-cita untuk membangunkannya kuil mereka di atas al-Aqsa.

IMG_2208

Saya saja mendengar penerangan orang Yahudi pada rombongan mereka

6mr14

memang mereka bercita-cita membangunkan kuil mereka di atas al-Aqsa. (gambar adalah kuil idaman Yahudi di atas al-Aqsa)

IMG_2202

Kawasan galian di al-Aqsa

IMG_2204

Betul-betul di tengah adalah tembok ratapan dan kita boleh lihat kawasan galian di belakangnya.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.50 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 100 – “Ropol-Ropol Jubah Yahudi..”

“Jubah Yahudi mabuk mana dia ni pakai..”

Saya teringat skrip cerita P.Ramlee..

Memang pakaiana orang Yahudi ada ropol-ropol di pinggangnyaa

IMG_2157

Cubaa kita lihat dipinggang budah Yahudi ini, ada ropol-ropol tali

IMG_2184

Tali itu berasal dari kain yang dipakai di dalam baju mereka. Dia dijadikan macam baju singlet.

IMG_2182

Ada juga yang memakai kain itu di luar baju mereka.

“Ilmu Asas Pengalaman”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.40 pagi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...