Saya mula mengenali En. Johar Pengurs Besar dari KPJ Selangor Specialist Hospital ketika berurusan mengenai sumbangan katil oleh hospital ini kepada rumah HIV Darul Ukhwah.
Hari ini 11 September 09, En. Johar dan warga KPJ Selangor Specialist Hospital bersama warga Ijabah berbuka puasa bersama-sama di Kompleks 3 C Sunway.
Majlis bermula jam 6.15 petang dengan bacaan selawat dari kitab Dibaie.
Saya suka membawa selawat dari kitab Dibaie kerana ia mempunyai makna yang lebih mendalam di dalam usaha mencintai Nabi saw.
Allah dan para Malaikat itu berselawat ke atas Nabi. Dan Allah mengajak seluruh orang beriman untuk berselawat.
Amalan selawat bukan sahaja mempunyai banyak kelebihan, malahan, biasanya, orang yang banyak berselawat, jiwanya lebih halus.
Kami menunaikan solat Maghrib bersama-sama.
Selepas solat, majlis jamuan bermula. Kemudian ia disusuli dengan penyampaian bantuan berbentuk beg sekolah, dan duit raya.
Malam ini, KPJ Selangor Specialist Hospital telah menyumbangkan sebanyak RM 5000 kepada Yayasan al-Ijabah dan warganya telah menyumbang RM 1000.
Semoga Allah menggandakan apa yang tuan-puan berikan di dalam gandaan yang tidak ternilai.
Sebelum berpisah, KPJ Selangor Specialist Hospital menyediakan ayam KFC untuk anak-anak al-Ijabah. KFC sekarang di bawah KPJ.
“Haai, gemuklah anak-anak kita ni” bisik hati saya.
Terima kasih kepada En. Johar dan KPJ Selangor Specialist Hospital.
Alhamdulillah, sekarang ini, telah ramai masyarakat yang perihatin terhadap anak-anak yatim. Keperluan makan dan minum, memang telah dijanjikan Allah untuk dicukupkan
Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu ? (Surah Dhuha ayat 6)
Ada janji dari Allah mengenai terbelanya anak-anak yatim.Tetapi cabaran di dalam menjaga anak-anak yatim yang paling besar ialah makanan rohaninya. Pembentukan akhlak dan syaksiah mereka. Ini yang paling mencabar.
Kepayahan membentuk mereka inilah, hingga Nabi pernah menceritakan besarnya kelebihan usaha ini. Jika ada ganjaran besar, bermakna, cabarannya juga besar.
Terima kasih sekali lagi pada En. Johar dan KPJ Selangor Specialist Hospital. Semoga Allah terus memberi rahmat pada hidup kita semua.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan’
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
16 September 09 jam 11.25 pagi
Solat jemaah bersama-sama
Sumbangan kepada anak al-Ijabah
Terima kasih pada En. Johar dan warga KPJ
simbolik sumbangan katil
1 comment:
bukan saja cek besar pintu.. gambar katil besar pintu pun ada.. he he he.
Apapun, tahniah kepada En. Johar.
Post a Comment