Wednesday, December 19, 2012

Universiti Kehidupan 234 – “Respons Dari Pendedahan Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Saya mendapat berbagai respons dari artikel yang saya tulis mengenai “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem”.

Saya tidak berkesempatan untuk memberikan komen segera kerana kala ini saya bersama dengan Krew TV3 menyempurnakan rakamanan untuk program Motivasi Pagi TV3 di Palestin, Jordan dan Turki.

Perjalanan ke Palestin bermula pada 12 Disember hingga 19 Disember, ada rombongan lawatan ke al-Aqsa yang menyertai perjalanan ini. 

Semua jemaah rombongan Palestin telah pulang pada awal pagi 19 Disember 2012, saya akan bertolak ke Turki bersama krew pada petang ini.

Apa yang saya ingin tekankan ialah, apa yang saya kongsikan bukan rekaan, saya tidak punyai kepentingan apa-apa atas pendedahan ini, saya bukan ahli politik yang inginkan kisah popular, saya adalah seorang muslim yang punyai tanggungjawab ke atas agama yang saya cintai ini, dan saya tidak akan berkompromi dengan perkara macam ini.

Kalau pembaca sekelian telah lama mengikuti blog ini, dengan izin Allah, saya adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan saudara muslim kita di gereja pada tahun 2009. Mereka adalah orang HIV muslim yang tidak punyai tempat perlindungan.

Kenapa saya berbuat perkara yang saya tidak punyai kepentingan apa-apa? Ya, bukan untuk popular, tapi untuk tidak kelu di hadapan ilahi apabila saya ditanya mengenai, “apa yang kamu buat ketika saudara seIslam duduk di gereja?”

Pada ketika itu saya menerima berbagai respons, ada yang kata saya penipu, ada yang kata ini agenda untuk menjatuhkan parti itu dan ini, tapi apa yang mereka buat? Apa orang yang kata itu buat untuk agamanya?.

Saya bersumpah atas nama Allah agar Allah ajar orang seperti ini.kerana mereka kurang ajar dengan Allah dan Rasul.

Saya saksikan waktu itu, tak kira dari apa parti, ada yang cuba memainkan isu  tersebut untuk kepentingan mereka. Tapi saya tidak nafikan, tidak sedikit juga yang begitu ikhlas membantu hingga akhirnya pada kala ini, rumah perlindungan HIV Muslim dapat dibangunkan.

Kala ini saya menerima seribu satu respons. Sama seperti tahun 2009, ada yang kata saya mereka-reka perkara ini.

Ada yang kata saya pro parti itu dan ini.

Ada yang kata pada saya “berapa kerajaan bayar ustaz untuk cerita ini?”

Saya berterima kasih juga yang ikhlas bertemu dan berbincang dengan saya, ada dari jabatan agama, ada dari Pas, ada dari Umno, ada dari PKR, ada orang perseorangan. Yang ikhlas tetap dengan keilkhlasan mereka, tapi yang berkepentingan, tidak habis-habis memperbodohkan orang lain.

7 Disember 2012, saya dihubungi oleh Cawangan Khas Bukit Aman yang mahu bertemu dengan saya. Sahabat di sekeliling saya agak terkejut. Mungkin membayangkan akan menghadapi tindakan. 

Ketika itu saya terus menghadiahkan fatihah untuk guru-guru saya. Saya berterima kasih pada mereka yang mengajarkan saya untuk menjadi orang yang tegas dan berani  berhadapan dengan apa-apa demi agama, bangsa dan negara.

Jam 5 petang 10 Disember 2012, seramai 4 pegawai Cawangan Khas Bukit Aman dan seorang pemerhati  menemui saya.

Perhatian mereka pada keselamatan agama, kerana jika perkara ini tidak di kawal, satu tahap ia akan meletupkan huru hara besar pada negara tercinta ini.

Pertemuan itu berjalan dengan baik, secara ringkasnya, yang saya mahu kongsikan dari pertemuan itu ialah…

MANA-MANA DI ANTARA KITA YANG MELIHAT, ATAU TAHU KEGIATAAN KRISTIANISASI PERLU MEMBUAT LAPORAN PADA POLIS DAN PIHAK BERKUASA AGAMA.

Kadang kala, kita tahu, kita lalui, kita temui tetapi kita tidak buat apa-apa tindakan. Biar kegiataan mereka ada di dalam pengetahuan polis dan pihak berkuasa agama.

Jangan hanya bercakap di kedai kopi. Kita perlukan tindakan.

Ini kerana, jika perkara ini berlaku, akhirnya ia akan meletup dan boleh menjadi huru hara besar dalam negara tercinta ini.

Biar orang politik tidak percaya pada pendedahan ini, bagi kita yang sayangkan agama dan negara kita, buatlah sesuatu sesuai dengan kemampuan dan bidang kita.

Mana-mana orang dari apa-apa bidang, sama ada media, pihak berkuasa agama, pihak berkuasa tempatan, ayuh, pertahankan kedaulatan agama di negara tercinta ini. Semua kita bertanggungjawab di atas agama kita.

Saya ucapkan terima kasih pada semua yang ikhlas dalam hal ini. Saya doakan dari kejauahan, dari masjid al-Aqsa, siapa sahaja yang ikhlas dan membantu agama Allah ini, akan Allah berikan pada mereka dan zuriat mereka kebaikan yang banyak, kekayaan hati, kekayaan iman dan harta, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan.

Doakan saya, hamba yang daif ini,  di atas apa saja yang saya buat, semoga Allah bersama kita semua, amin…

“PadaMu kami berserah ya Allah, agar diberikan pada hamba ini kekuatan di dalam membelaMu dan nabiMu…”

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

19 Disember 2012 jam 8.35 pagi.

Thursday, December 6, 2012

Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Disember 2012 jam 1.15 pagi

P1020300

Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Saturday, December 1, 2012

Diari 415 - Makam Nabi Samuel

Kenapa saya sangat suka bumi Palestin ini?

Ya, ia satu bumi yang disebut di dalam al-Quran, bumi para Nabi, banyak perkara yang dapat kita pelajari di sini dan sebab itu saya namakan ia sebagai perjalanan "Universiti Kehidupan"
Kesempatan kali ini, saya menzirahi makam Nabi Samuel, seorang Nabi yang menjadi hakim di zaman Talut dan zaman Nabi Daud a.s
 Nabi Samuel adalah antara Nabi yang berusaha menghakimi pesalah pada zaman Talut dan Nabi Daud dengan adil dan saksama. Selain dari menjalankan tugas baginda sebagai hakim, baginda juga giat berdakwah untuk kaumnya.
 Pada waktu ini, makam Nabi Samuel telah di ambil sebahagianya oleh orang Yahudi. Mereka bersembahyang dan berdoa di dalam makam ini.

Orang Yahudi akan menggunakan lilin di dalam meminta hajat mereka.Gambar di atas adalah gambar tempat lilin yang terdapat di hadapan makam Nabi Sameul.
 Orang Yahudi bersembahyang di sini dengan berbagai cara, ada yang membaca kitab, ada yang berdoa dan ada yang meniupkan trompet dari tanduk binatang (insyaAllah kita akan kongsikan di Youtube nanti)
 Banyak makam para Ambiya di sini telah dibagi dua, sebahagian untuk orang Islam dan sebahagian untuk orang Yahudi, antaranya makam Nabi Ibrahim di Hebron, makam Nabi Daud di Jerusalem dan lain-lain lagi.
Di atas makam ini adalah masjid, dan oleh kerana makan di bahagian bawah ini telah diambil oleh orang Yahudi maka orang Islam membuat altar dibahagian atas sebagai tanda makam Nabi Samuel di bawahnya.
Satu lagi yang saya suka menjejaki makam para Nabi ini ialah kitab-kitab sejarah setempat yang tidak terdapat di negara kita.  Saya sempat merujuk kitab sejarah yang menukilkan sejarah Nabi Sameul di sini.
Makam Nabi Samuel ini terletak di atas bukit dan ketika tentera Salib datang ke sini, mereka menamakan kawasan ini sebagai "Mountain Of Joy". Ini kerana Baitul Maqdis dapat dilihat dari atas bukit ini. Ia hanya berjarak 4 kilometer sahaja.

Dari atas bukit ini juga, tentera Salib merancang untuk menawan Baitul Maqdis.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
30 November 2012 jam 10.30 malam

Diari 414 - "Perjalanan Universiti Kehidupan Ke 10 al-Aqsa"

26 November 2012, bermulalah perjalanan Universiti Kehidupan ke 10 al-Aqsa. Perjalanan kami kali ini agak mencabar tetapi menarik dengan pengalamana baru kerana dua sebab, 

Pertama,  kala ini tentera Israel sedang asyik mengebom Gaza, kami akan dapat melihat reaksi orang Palestin dan orang Israel di Jerusalem.

Keduanya ialah kerana kehangatan kempen Israel untuk menolak permohonan Palestin menjadi status  dari "non-member observer entity" kepada non-member obsever state" seperti yang diperolehi oleh Vatican City di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Kala ini, orang Palestin di Bethlahem mengibarkan bendera Palestin di banyak tempat, mereka keluar ke jalan raya memberikan bendera kepada orang ramai sambil menyanyi dan melaungkan takbir. 

Kami sampai di lapangan terbang Queen Alia di Amman pada jam 5.50 pagi waktu tempatan. Kala ini, perbezaan jam Malaysia dengan Jordan adalah lima jam sedangkan dengan jam di Palestin adalah 6 jam.


Rombongan kali ini agak cepat juga, dalam sejam lebih kami telah selesai berurusan dengan imigresen. Kami terus ke Jericho, sebuah kota yang digelar dengan "City Of The Moon"
 Menikmati makanan di Jericho memang mengasyikkan terutama pada musim sejuk kerana perut mudah merasa lapar kala ini.
 Waktu Subuh kala ini di al-Aqsa ialah jam 4.52 pagi, jam 4.00 pagi, saya dan rombonga telah ke masjid. Setelah semua jemaah masuk ke Masjid, saya duduk sebentar menikmati suasana sejuk di pagi hari di masjid  di kawasan al-Aqsa, masjid yang penuh barakah.
 Waktu solat di Jerusalem
Gambar kenangan rombongan UK 10 (Universiti Kehidupan ke 10) di Yafa, pantai tempat Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan.
 Suasana di Bethlahem ketika mereka menunggu jawapan dari undian status Palestin sebagai  "non-member obsever state"
 Anak-anak mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk.
Ramai yang keluar di jalan untuk meraikan keputusan yang akhirnya usul yang dibenangkan oleh Mahmood Abbas di terima di PBB.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
30 November 2012 jam 9.00 malam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...