Friday, April 19, 2013

Universiti Kehidupan 244 – “Kenapa Gaza Diserang?”

Negara Palestin atau Israel dibahagikan kepada tiga area, iaitu area “A” untuk orang Palestin, Area “B” untuk orang Israel dan Area “C” untuk kedua-dua bangsa ini.

Contoh Area “A” adalah Jericho, Hebron dan Gaza dan Contoh Area “B” adalah Qaryat Arba’ manakala contoh Area “C” adalah Jerusalem.

Walaupun area “A” diberikan kepada orang Palestin, tetapi 5 perkara tetap di bawah orang Israel iaitu:-

1. Api

2. Ruang Udara

3. Elektrik

4. Tentera

5. Hak Sepadan yang mempunyai Imigresen.

Gaza adalah satu wilayah yang diperintah oleh Hammas, sama seperti di Hebron. Masyarakat di kedua daerah ini memilih parta Hammas di dalam pilihanraya. Tetapi kenapa Gaza yang diserang bukan Hebron.

Ini kerana, wilayah Gaza bersepadan dengan Mesir, ia mempunyai sepadan yang dapat menghubungkan Area “A” dengan dunia luar.

Ketika Hammas menang di Gaza, mereka meminta kelima-lima hak di atas terutamanya hak sepadan yang mempunyai Imigresennya sendiri.

Oleh kerana kedua-dua pihak berkeras, maka akhirnya Israel melancarkan serangan pertama pada tahun 2008.

Masyarakat di Gaza diserang, tetapi tidak bermakna di wilayah lain tidak diserang dan tidak mendapat tekanan.

Kini, banyak bantuan dapat disalurkan ke Gaza lantaran ia mempunyai sepadan dengan Mesir.

Bantuan dapat disalurkan melalui Mesir.

Boleh kita bayangkan di wilayah yang tidak ada laluan untuk bantuan sampai?

Ya.., kita hanya mampu berbuat apa yang termampu, baki, kita serahkan pada Allah. Bak kata pepatah Arab..

Wali kulli zamanin daulah wa rijal (bagi setiap zaman itu ada yang mendapat kuasa dan pemimpin yang memerintah).

Hari ini, ada yang diatas dan ada yang di bawah, yang diatas jangan sombong kerana hari ini hanyalah hari dia, esok lusa pasti akan digilirkan putaran ini.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Zaman”

al-Faqir Ila rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

19 April 2013

IMG_8099

Tembok 8 meter yang memisahkan antara Area “A” untuk Palestin dan Area “B” untuk Israel

IMG_8100

mural yang dilukis pada temnok pemisah

IMG_8102

setiap kali memasuki area “A” iaitu untuk Palesatin, akan ada papan tanda merah dan ingatan bahaya bagi rakyat Israel.

Thursday, April 18, 2013

Universiti Kehidupan 243 – “Hebron Yang Malang..”

Setiap kali sampai di Hebron, setiap kali emosi akan disulam dengan hiba, terharu dan semangat untuk membantu.

Apa boleh buat, kedai-kedai ditutup, kebenaran berniaga tidak diberi, anak-anak kelaparan hingga berebut-rebut sedikit bantuan yang kami bawa.

Tapi, yang penting bukan banyak atau sedikit, tetapi perasaan dan kesedaran mahu membantu.

17 April 2013, saya dan ahli rombongan sampai di Hebron, ingin saya kongsikan gambar terkini dari kejauhan ini..

IMG_8104

Pemeriksaan yang ketat oleh tentera Israel di sana sini..

IMG_8106

kedai yang tutup dan lengang,,…

IMG_8109

IMG_8111

Anak Hebron bersama salah seorang ahli rombongan..

IMG_8112

Anak-anak berebut-rebut mendapatkan sedikit hadiah yang kami bawa..

Universiti Kehidupan 242 – Perjalanan Palestin Universiti Kehidupan 16 (UK 16)

Isnin 15 April 2013

Hari ini bermulalah perjalanan Universiti Kehidupan ke 16. Rombongan kali  ini disertai oleh 52 peserta.

Datang dan datang lagi, saya mahu menjadi ahli batul Maqdis atau seperti yang disebut di dalam hadis “Aknaf Baitil Maqdis” dan saya mahu kongsikan dengan ramai orang.

Sesungguhnya, tempat ini secara peribadi, di tepat ini, memang terasa keberkatannya dan ingin saya kongsikan dengan ramai orang.

Setiap tahun, hanya 30 ribu sahaja pengunjung Islam ke sini, sedangkan lebih 3 juta pengunjung kristian datang.

Hasilnya, bermula 2013, Baitul Maqdis telah dibahagiakan untuk orang Yahudi dan orang kafir juga.

Setiap hari, selama dua jam pada waktu pagi, Baitul Maqdis dicemari oleh kaki Yahudi dan kafir.

Apa yang ingin dikatakan? Orang Islam tidak hadir dan memakmurkannya. Semoga satu hari nanti, ketika Baitul Maqdis dibanjiri oleh orang Islam, hak sepenuhnya diberikan kembali pada Muslim, amin…

IMG_8077

Rombongan Universiti Kehidupan ke 16 (UK16), rombongan Aknaf Baitil Maqdis, semoga ahli rombongan semuanya diberkati, amin..

IMG_8089

Bermula tahun 2013, selama dua jam waktu pagi, Baitul Maqdis terpaksa diberikan pada orang kafir dan Yahudi,

sedih melihat keadaan ini, semoga saya dapat terus membawa pengunjung untuk memakmurkan Baitul Maqdis dan semoga sesiapa sahaja yang datag termasuk di dalam golongan “Aknaf Baitul Maqdis”, amin..

Diari 418– Temasya Sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin

“Hari ini saya berkumpul dengan anak murid saya ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, satu hari nanti saya ingin berkumpul dengan kamu semua di tempat lebih hebat, di dewan Parlimen, di Dewan Perniagaan yang hebat, dan majlis perbentangan kertas kerja peringkat Antarabangsa, kamu adalah pelapis kepimpinan akan datang…”

Inilah antara petikan ucapan yang saya berikan pada anak murid saya dari Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) di majlis Temasya sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) kali ke lima.

13 April 2013, bermula jam 9.00, pagi, temasya sukan telah diadakan. Saya memang tidak sempat untuk mengikutinya sejak awal, hanya sempat untuk merasmikan majlis penutup temasya sukan ini.

Ia melibatkan juga ibu dan ayah pelajar. Semoga anak-anak pelajar ini terus cemerlang di dalam hidup mereka, insyaAllah.

IMG_7788

Allah menyukai orang mukmin yang kuat tubuh badan mereka.

IMG_7813

Walau di tengah terikan panas, tapi anak murid saya ini tetap bersemangat

IMG_7842

Sama-sama melaungkan Asmaul Husan

IMG_7844 

IMG_7854

Ucapan perasmina penutup

IMG_7861

Unit fotografi

IMG_7922 

IMG_7976

ini adalah dari Maahad Rendah Sains al-Quran al-Amin (MARSAA). KIta memulakan MARSAA bermula darjah 4, ia adalah sekolah rendah yang menggabungkan hafalan al-Quran dan Akademik

IMG_7982

IMG_8019

IMG_8064

Pemenang keseluruahan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

18  April 2013

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...