“Ustaz, boleh tak kami nak jumpa. Ada hal penting ni” kedengaran suara seorang kakak dari telifon saya.
“InsyaAllah, nanti kak jumpa saya selepas saya habis mengajar hadith di Yayasan Restu ye,” jawab saya.
Hari ini selepas kelas hadith bersanad di Yayasan Restu, telifon saya sekali lagi berbunyi:-
“ustaz, dah ada kat ofis ke?, kami dah nak sampai ni” katanya.
“Oh, ingatkan, nak jumpa dekat Yayasan”, bisik hati saya.
Ye ye.. sekarang juga saya bertolak kak. Dalam lima minit lagi, insyaAllah, saya sampai” kata saya pada kakak yang tidak saya kenali ini.
Sesampainya di ofis, sudah ada seseorang yang menunggu saya. Saya mempersilakan orang ini masuk. Dia membincangkan mengenai anak yatim al-Ijabah yang diusahakan.
Lima minit kemudian, dari cermin ofis, saya melihat, masuk dua orang perempuan. Pekerja saya mempersilakannya duduk sebentar.
Saya cepat-cepat menghabiskan perbincangan dengan orang pertama tadi.
Selepas orang ini meminta diri, saya mempersilakan kedua-dua orang kakak ini masuk ke dalam ofis.
“Ye kak, apa yang boleh saya bantu? Kata saya.
“Ustaz, saya dengar, ustaz sedang usahakan untuk mengeluarkan orang-orang Islam tu dari gereja ye.” Salah seorang dari mereka memulakan perbualan.
“Bukan saya kak, tapi sahabat-sahabat semua,” kata saya.
“Abis, ustaz nak letakkan dia orang ke mana? Tanyanya lagi.
“Doakan kak, kita sedang usahakan alternative semampu yang dapat. Kita pun tak mahu keluarkan mereka, kemudian mereka terabai. Setakat ini, yang masih mampu uruskan diri telah mula dikeluarkan. Tetapi yang terlantar, kita perlukan keperluan-keperluan yang banyak juga kosnya. “
“Terima kasihlah ustaz,” katanya.
“Kenapa kak?” kata saya kerana tidak faham sebab ucapan terima kasihnya.
“Sebenarnya, antara penghuni di situ adalah adik kami.” Kata salah seorang dari kakak ini.
“Beberapa bulan dahulu, dia hilang dari pengetahuan kami, hinggalah akhirnya pihak hospital hubungi saya. Pihak hospital menyuruh saya mengambil adik saya ini dari sana. Rupanya dia telah terlantar tenat.” Kakak ini menjelaskan.
“Saya membawanya pulang ke rumah saya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menguruskan dengan baik. Hinggalah ada pihak yang mencadangkan agar saya menghantarnya ke gereja ini” dia meneruskan ceritanya.
“Kami tak ada pilihan ustaz. Di Selangor tidak ada tempat yang dibuat oleh orang Islam. Ketika di gereja ini , mereka menjaga adik saya dengan baik. Mereka suapkan dia makan, jaga ubatnya, mandikan dia, sapu ubat pada badannya, Alhamdulillah banyak peningkatan dia ustaz. Dari diusung, sekarang dia sudah boleh berjalan seperti biasa”. Katanya lagi.
Saya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba, saya diajukan soalan yang saya tak tahu cara terbaik untuk menjawabnya. Ia ibarat gunung yang cuba dihempapkan ke atas kepala saya
"Ustaz, berdosakah kami menghantarnya ke gereja ini ustaz? Kami tidak ada pilihan. berdosakah kami ustaz?" Soalan itu diulangkan kepada saya.
Saya boleh memberikan jawapan:-
“Kak, haram hukumnya, kena keluarkan, tak boleh macam tu, kena tawakal,.. bla..bla.bla.."
Atau:-
“Kak, sabarlah, biarkan saja dia di sana, Tuhan bersama orang yang sabar.. bla.. bla.. bla..”
Atau
“Itulah, kita orang Islam ni,macam nilah, orang lain boleh buat, kenapa kita tak buat,.. bla.. bla..bla..”
Atau seribu jawapan yang lain. Tapi, mana satukah jawapan terbaik? Saya boleh berikan jawapan beserta dalil-dalil Quran dan Hadith tetapi ia hanya memberitahu saya,
"Emmph, cakap aje pandai, apa yang kau dah buat?"
Akhirnya, dengan suara yang rendah saya memberikan jawapan yang tidak ada kena mengena dengan soalan.
“Kak, doakan ye, kita usahakan yang termampu”
Secara peribadi, saya memang mengakui bahawa, saya terlalu daif dan lemah. Kita boleh sembunyikan kisah ini untuk menyembunyikan kelemahan diri kita. Atau kita kena jujur mengakui bahawa kita memang lemah.
Paling kurang, dengan mengakui kelemahan diri, kita tahu, di mana untuk bermula. Jika tidak rasa, kita mempunyai kelemahan, nanti kita akan mencipta alasan untuk merasionalkan, kenapa kita tidak berbuat sesuatu.
“Tuhan, aku tidak tahu apa jawapannya. Tapi, adakah isu ini sindiran dariMu Tuhan, jika ini sebagai sindiran mengenai rapuhnya Ukhwah Islamiah kami umat Islam, ia satu yang perlu diperbaiki segera, bantulah kami Tuhan” Bisik hati saya.
Sehingga ke akhir pertemuan, saya tidak mampu berkata apa-apa. Hanya senyuman terus cuba diukirkan walaupun terlalu pahit rasanya.
Semoga Allah memberi kekuatan untuk seluruh yang cuba mengusahakan perkara ini. Semoga Allah titiskan juga keikhlasan kepada mereka, dan semoga, cita-cita mengeluarkan sahabat seIslam kita dari gereja ini ditunaikan Allah, amin…
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Bandar Hilir Melaka
9 Julai 09, jam 1.00 pagi.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
8 comments:
mudah-mudahan usaha saudara semua dipermudahkan Allah dan menjadi peringatan kpd orang lain
Ustaz Amin,
I like this entry very much.. touching sgt²
Salam...
1)Apakah status pendapatan sy, sekira nya sy berniaga ditepi jalan dgn menjaja air secara kecilan-kecilan. saya berniaga tanpa lesen. maklum saja la perniagaan baru nak mula dan bukan secara tetap...
2) apakah hukum menggunakan kad kredit 0% intrest iaitu KAD KREDIT VISA PETRONAS MAYBANK. Ianya hanya mengenakan yuran proses oleh pihak penjualan barangan dan bukannya bank yg mengenakan yuran tersebut. sy tidak tahu sgt ttg fiqh muamalat. sy berharap sgt ustaz dpt memBerikan sy jawapan konkrit dan jelas. harap dpt membantu sy dlm mencari yg halal...
salam...ustz sy xde nk komen apa2. cuma nak menganggu seketika.nak ucap bebanyak t.kasih. sbb memberi nasihat n komen yang positif kpd saya. terima kasih sgt. if ustz ingat saya peserta teman muhasabah al-hidayah 2007. n sy yg paling melucukan buat ustz dan ustz zahazan...ok ustz maaf ganggu...selamat berjaya dan selamat berjuang...doakan kejayaan sy juga
Assalamualaikum, Tahniah ustaz. Saya tertarik dengan apa yang ustaz postkan kali ini.
Sifat penyayang, pemurah dan kasihan itu sepatutnya di tanam dan diperkukuh dalam jiwa semua umat Islam. Mungkin sekarang baru kita terkejut apabila kasih sayang, pemurah dan kasihan telah dijadikan bahan dakyah orang bukan islam untuk menarik perhatian orang-orang islam agar menganut agama mereka. mereka tidak lagi menggunakan pedang untuk berdakyah.
Dalam diri kita ni dah ditanam dengan maddiyah dan kebendaan yang sangat dalam. Sehingga setiap perkara yang kita buat kita terlalu menilai pulangan kebendaannya terlebih dahulu melebihi pulangan balasan pahala dan ganjaran dari Allah Taala. No money no job. Sebab itu gagasan dakwah kita agak lambat saya rasakan.
Tidak dinafikan kekuatan ekonomi sangat penting dalam menjana kemajuan ummah. Kerana Hampir2 kefakiran itu membawa kepada kekufuran kepada ALlah.
Kita perlu menjuarai isu-isu kemanusiaan ini degan lebih kesungguhan lagi. Saya berharap dapat bersama ustaz suatu hari nanti dan membantu apa yang terdaya.
Tahniah sekali lagi ustaz dan kawan-kawan. Good job!!
Menangis saya baca web ini. Hajat sangat nak tolong. Boleh saya tahu caranya?
Alhamdulillah & syabas pd ustaz & team utk merealisasikan impian pewaris2 bg pesakit2 ini. Bagaimana caranya utk menjadi sukarelawan?
tak pe lah hamba allah tu sekeluarga pasti gembira adiknya telah berada dengan selamat dan dah sihat sgt di istana budi,rumah yang mendapat sokongan penuh oleh MAIS kerana keikhlasan mereka menjaga penghuni,berbanding darul ukhwah?,ijbah?
Hari aids mestilah di sambut, sekurang2nys untuk memastikan komuniti terpinggir ini tidak terus terpinggir,apa masalah ustaz? walaupun perayaan sambutan diadakan di luar gereja,bacaan doa tetap berkumandang sebelum perasmian. cara ustaz menulis ini pun dah stigma,nak jaga orang HIV tapi stigam dan diskriminasi ustaz masih tebal,patut lah byk masalah
Post a Comment