Friday, July 17, 2009

Al-Ijabah 13 – Isu Muslim Di Gereja, Rahsia MAIS terbongkar

Rabu 15 Julai 09, "Nyet nyet…" satu massage datang ke telifon saya:-

“Makluman : Meeting tergempar penempatan HIV dengan TSU MAIS esok jam 3 petang di tingkat 10. Surat & agenda akan di beri lewat petang ini.”

“Alhamdulillah” bisik hati saya. Sahabat dari MAIS memberi kepercayaan untuk saya hadir ke dalam mesyuarat tergemparnya.

Lewat petang ini, saya menerima surat jemputan melalui fax. Saya lihat senarai yang hadir. Semua pegawai-pegawai MAIS. Saya seorang sahaja yang bukan. Antara agenda esok ialah mendengar laporan dan membincangkan mengenai apa yang telah dibuat.

Malam ini, setelah memenuhi undangan ceramah Isra dan Mikraj di UM, saya bersama Sharil Kadir dan beberapa lagi bertemu dan membincangkan mengenai gerak kerja usaha mengeluarkan pesakit HIV ini dari gereja.

Perbincangan berlarutan hingga jam 4 pagi.

Pagi 16 Julai 09 jam 10.54 pagi, sekali lagi, telifon saya menerima massage mengenai mesyuarat petang ini. Kali ini dari Nurhani.

“Meeting petang ini Dato’ Khusrin Chair, Alhamdulillah”

“Alhamdulillah,” bisik hati saya. Dato’ Khusrin adalah pengarah JAIS merangkap S/U MAIS.

Hari ini, akhbar Sinar telah mengeluarkan artikel mengenai penempatan pesakit yang berada di gereja.

Jam 3 petang, tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Saya mula melangkah masuk Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah.

“Oh, ustaz ni, saya kenal ustaz ni” kata Ustaz Abdul Halim Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS.

Saya bersalam dengan semua ahli mesyuarat lelaki yang hadir pada hari ini.

“Ha.. Pegawai MAIS duduk sebelah kanan, NGO sebelah kiri, biar senang sikit nak bincang” Kata Dato’ Khusrin.

Hadir pada hari ini juga ialah dari En. Mohd Yusof dari Yayasan Budi, Imam dan bekas Nazir masjid Batu Arang Rawang, masjid paling dekat dengan gereja ini.

Dato’ Khusrin memegang akhbar Sinar sambil memulakan muqaddimah mesyuarat.

“Hari ini, kita akan bincangkan gerak kerja yang mesti dibuat segera, ni.. surat khabar pun dah keluar ni” kata Dato’.

Setelah membuka mesyuarat, Dato’ meminta saya membentangkan apa yang telah dibuat.

Saya memberikan sedikit kertas kerja yang sempat dibuat. Pembentangan pada hari ini tertumpu kepada Modus Operandi dan masalah yang dihadapi.

Setelah selesai, Dato’ mempersilakan pula En Yusuf dari Yayasan Budi membentangkan.

“Emm, maaf, saya hanya diberitahu pagi ini, jadi saya tidak membuat persediaan apa-apa, tapi kami sedia menerima pesakit ini” kata En. Yusof.

“Nanti, kami akan cat balik bangunan yang ada dan boleh kita masukkan katil” tambahnya lagi.

Pada peringkat awal, pegawai yang ada nampak begitu memberi memberi sokongan dan kepercayaan pada Yayasan Budi. Saya hanya diam. Kelebihan yang ada pada Yayasan Budi ialah mereka ada tanah dan tempat.

“Apa pandangan ustaz kalau Yayasan Budi buat," tanya Dato’ Khusrin pada saya.

“Saya tak kisah, sesiapa yang buat, asalkan mereka keluar dari situ. Sebab ini memang maruah kita. Cuma, persoalannya, adakah penghuni di sini ingin ikut Yayasan Budi sebab mereka tak kenal pun orang dari Yayasan Budi, walaubagaimana pun, saya boleh bantu untuk yakinkan mereka” kata saya.

“Kalau macam tu, nanti ustaz bantu yakinkan mereka ye”, kata Dato’ Khusrin.

Mesyuarat diteruskan lagi. Beberapa persiapan untuk Yayasan Budi dibincangkan.

“Walaubagaimana pun, apa yang telah dibuat oleh Ustaz Muhamad perlu diteruskan tak? Adakah pesakit yang ada nanti kita pindahakan pada Yayasan Budi” kata salah seorang dari ahli mesyuarat.

“Mmm, betul juga tu, dia orang dah yakin dengan ustaz ni” kata Dato’ Khusrin.

Akhirnya Dato’ Khusrin memutuskan agar apa yang saya buat diteruskan. MAIS akan sama-sama membantu.

“Lagi apa ye?” Kata Dato’

“Mereka perlukan kenderaan untuk ke hospital dan masjid” kata saya.

“Oh, ye, kita bagi nanti van jenazah yang ada” kata Dato’

“Van Jenazah? Sesuai ke?” kata salah seorang dari ahli mesyuarat.

“Kita ubah la balik”, jawab Dato’ Khusrin denga sedikit senyuman.

Mesyuarat petang ini meresolusikan bahawa, memang perlu ada rumah alternatif kepada pesakit HIV ini. MAIS akan mengetuainya dengan kerjasama Yayasan Budi dan Yayasan al-Ijabah.

Peruntukan RM 50 ribu telah diluluskan dan akan dibuat pembiayaan awal bagi mewujudkan kedua-dua penempatan ini.

“Alhamdulillah” bisik hati saya.

Saya sangat gembira petang ini. Gembira bukan kerana peruntukan kewangan permulaan telah ada. Tetapi, gembira kerana sahabat-sahabat dari MAIS telah bersama-sama turun ke padang.

Memang mereka telah lama berbuat perkara-perkara yang hebat dan besar-besar untuk Islam. Tetapi, perkara ini, memerlukan perhatian segera kerana ia membabitkan maruah umat Islam.

Hari ini, saya melihat bahawa, sebenarnya, warga MAIS memang sentiasa peka kepada isu umat Islam yang ada. Kita perlu bantu agar segala maklumat umat Islam sampai pada badan ini.

Hari ini, rahsia MAIS terbongkar. Kata-kata orang ramai bahawa MAIS tidak berbuat apa-apa sebenarnya tidak benar.

Fasa pertama untuk menubuhkan rumah alternatif telah berjaya. Fasa kedua ialah melaksanakan perjalana rumah ini dengan baik. Kalau pun tidak lebih baik suasananya dari gereja yang ada, paling kurang setaraf dengan apa yang mereka sediakan.

Syukur padaMu Allah yang telah menyatukan hati-hati kami untuk membela agamaMu. Satu yang terus ku pinta, agar terus diberikan keikhlasan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan perkara ini.

Syaitan akan berusaha memecah belahkan kesatuan yang ada. Paling kurang, dia akan merosakkan hati dengan membisikan rasa hebat di dalam amalan yang dibuat. Jika ini berjaya dilakukan, maka setiap amalan akan hambar nilaiannya di sini Allah.

Terima kasih kepada seluruh sahabat pembaca yang terus mendoakan, yang terus bersama-sama membantu sama ada dari sudut material, tenaga, idea dan sebagainya, sahabat dari wartawan dan blogger yang mewar-warkan perkara ini dan sahabat-sahabat dari Yayasan yang membangunkan perkara ini.

Sesungguhnya, apa yang kita buat, bukan kerana kehebatan diri kita, tetapi kerana Allah memberi kita peluang untuk mencari keredhaannya dengan jalan ini. Mungkin, mengharapkan pahala ibadah, ia masih belum cukup untuk menyelamatkan kita di akhirat.

Syukur padaMu Allah. Semoga, akidah umat Islam akan terus terpelihara dan semoga, Islam agama kasih sayang, bukan hanya dibentangkan di pentas forum, tetapi dapat diterjemahkan dengan perlaksanaan. Agar, Islam agama kasih sayang, dapat dirasakan di hati oleh semua yang ada.

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Jumaat 17 Julai 09, jam 8.39 malam.
Dato' Khusrin mempengerusikan mesyuarat pada petang ini
Yang hadir, sebelah kiri gambar ialah sahabat dari MAIS dan sebelah kanan gambar sahabat dari NGO
Bersama Imam dan bekas Nazir masjid Batu Arang, Rawang

Selepas mesyuarat, berbincang pula dengan Pengarah Hospital Klang untuk tindakan lanjut.
Semoga semuanya terus dibantu Allah, amin...

8 comments:

Leenoh said...

Salam Us.Amin.
Tahniah dan terima kasih kepada anda semua kerana berusaha menebus maruah bangsa dan Islam.
Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada anda semua sepanjang masa serta pertolongan dalam semua aspek supaya tugas fardu kifayah ini berjalan dengan lancar dan berjaya akhirnya.

A traveler looking for the right path said...

Salam dan tahniah ustaz. Hanya ada iringan doa dan rasa malu pada diri sendiri kerana banyak hajat dan niat nak buat kebaikan tapi belum satu pun terlaksana. Semoga Allah memberkati segala usaha ustaz untuk kebaikan umat Islam di sini dan di mana saja.

Anonymous said...

salam,

Elok rasanya klu penagalaman ngo yg mengendalikan mangsa hiv dapat diambil kira. saya cadangkan team ustaz bleh berbincang ngan badan seprti PERNIM.

Mrs Sophy said...

Salam Ustaz,
semoga kerja2 dan usaha Ustaz mendapat balasan dari Allah. Hanya doa yang dapat saya panjatkan pada Ilahi agar diberi kekuatan dan kesihatan agar dapat menjalankan kerja2 amal. Amin.

esamdyunos said...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin Nya segala hajat yang baik serta doa orang yang mahu melihat orang Islam terbela nampaknya mula membuahkan hasil.Teruskan usaha. Saya sentiasa mendoakan dari jauh agar usaha murni yang ustaz hajati termakbul dengan jayanya. Saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan merasa amat bangga kerana dapat seorang sahabat yang sentiasa membela nasib bangsanya yang seagama dengannya.Masih teringatkan Plastine.

Rantong said...

saya doakan MAIS & para pendakwah dapat selesaikan masalah ini. saya bisa membantu.

_______________________
View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ustaz,
saya amat teruja melihat usaha yang dilakukan demi maruah agama dan saudara seislam kita.
Ustaz, bgmana saya boleh menyumbang untuk aktiviti ini? Saya ingin menyumbang sesuatu yng boleh digunakan di pusat ini memandangkan rezeki yang saya dapati itu tidak pasti samada halal ataupun riba. Oleh itu, saya berhasrat utk mendermakan saja wang tersebut. Harap ustaz dapat memberikan jalan. Tq

Anonymous said...

Salam ustaz...
Alhamdulilah MAIS da istiharkan nak bagi bantuan rm 50,000.Semoga dapat meringankan perbelanjaan sebelum ini...Kalau mcm tu jgnlah kutuk2 MAIS lagi...