Saturday, October 31, 2009

Bicara Ilmu 9 – Program Anda Bijak Jauhi Zina

“Ustaz, confirm ye 29 Oktober ni” kata Timbalan Pengarah Anda Bijak Jauhi Zina 2009 yang dianjurkan oleh JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya.

Program yang sudah beberapa kali tertangguh ini merupakan program tahunan bagi JKP Balai Islam Kolej.

“Saya banyak tahun terlibat dengan program di sini, tapi tahun ini, tajuk dia agak direct sikit” kata saya pada AJK.

Biasanya tahun-tahun lepas cuma tajuk cinta sahaja.

Hari ini 29 Oktober 09, jam 9.00 malam, saya dijemput sebagai ahli Panel di dalam Forum “Jangan Jadikan Cinta Kita Fitnah” yang merupakan salah satu agenda program “Anda Bijak Jauhi Zina”.

Rakan ahli panel ialah Haji Noorazman yang merupakan pensyarah di UIAM.

Saya ingin berkongsi isi penting di dalam program ini.

1. Manusia mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai.

2. Cinta merupakan satu perasaan senang dan tenang terhadap sesuatu. Ada orang, perasaan ini pada kerjaya, pada binatang, pada kereta dan ada pada manusia

3. Apabila perasaan ini semakin dalam ia akan dipanggil cinta dan apabila ia semakin dalam lagi ia dipanggil sebagai “Asyik” (perkataan di dalam bahasa arab “Ain, Syin dan Qaf”)

4. Orang yang telah sampai ke tahap asyik ini, dia tidak akan merasa susah dan menderita terhadap apa yang dilakukannya demi perkara yang dicintai walaupun orang lain melihatnya susah.

5. Cinta perlu dikaitkan dengan keimanan, barulah sesebuah cinta itu mendapat kekal dan selamat di dunia dan akhirat.

6. Mencintai Allah, satu yang senang disebut tetapi amat payah ingin diusahakan.

7. Untuk mendapat cinta Allah, kita kena latih diri kita untuk cinta al-Quran dan mencintai kebaikan.

Itu antara isi penting di dalam forum ini. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada JKP Balai Islam Kolej Ibnu Sina Universiti Malaya di atas usaha mengadakan program yang baik ini.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Oktober 09 jam 2.00 petang

IMG_0003

IMG_0026

IMG_0025

IMG_9954

IMG_9975

IMG_9976

IMG_9986

Thursday, October 29, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 78

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Ziema Asskum,Ustz sya x dpt excess blog yg ustz bgi 2.blh bagi no phone/email dia(ttg kls mgaji alquran kat Shah Alam)tq coz mbntu sya. 2009-10-26 1:42 AM

albairaha@yahoo.com

Turn Lelaki b'kata tidak akan kembali kpd isteri w'pun bapanya bangkit dr kubur. Menceraikan semasa isteri mengandung 3 bulan. Menghabiskan wang isteri yang bari dikahwininya. Mempunyai perempaun lain tetapi tidak memberitahu keluarga isteri. Keluarga isteri tidak membenarkan. tidak membenarkan lelaki itu melihat anaknya apabila lahir. Apakah hukumnya? 2009-10-26 1:19 AM

1. bercita-cita untuk tidak kembali pada isteri haram hukumnya, kalau tak suka kena cerai dengan cara yang baik

2. Menceraikan isteri ketika mengandung sah, edah isteri sehingga bersalin

3.Menghabiskan wang isteri, jika dengan zalim, haram, jika isteri beri dengan kerelaan, tak mengapa

4. Mempunyai perempaun lain tetapi tidak memberitahu keluarga isteri. Ia bukan syarat. Jika mampu, maka harus berkahwin

5. Keluarga isteri tidak membenarkan lelaki itu melihat anaknya apabila lahir – tak boleh. Haram memutuskan atau cuba memutuskan perhubungan antara ayah dan anak. Walau ayah terlalu teruk, ia tidak menggugurkan haknya untuk melihat anak

nak tau macamana orang yang kat bermimpi dia bertemu nabi muhammad tapi dia tak pernah jumpa sebab nabi muhammad dah lama wafat 2009-10-26 6:21 AM

mimpi boleh terjadi. Nabi kata, jika melihat Nabi ketika mimpi, bermakna memang lihat sungguh kerana, syaitan tak akan dapat menyerupai Nabi.

Guest salam ustz,btl ke haram jika kita mgunakn org dlm utk mdpt krja.adkh rezki trsbt hrm.2009-10-26 6:11 AM

Haram jika menafikan hak orang lain dan kita tidak layak.

nur salam ustaz..batalkah wuduk jika keluar keputihan..bolehkah solat dengan adanya keputihan?tq ustaz 2009-10-26 4:11 AM

tidak, nak solat kena bersihkan

Fadley Kami membekal "DADIH ONE" segar serta menerima tempahan untuk sebarang majlis. sila hubungi 018-260 4006 2009-10-26 3:34 AM

Selamat berniaga

intan assalamualikum ustaz. benarkah di zaman ini ada orang yang diizinkan melihat alam ghaib dan boleh berbicara dengan roh yang telah meninggal dunia. 2009-10-26 2:59 AM

Wallahualam...

Guest salam ustaz, boleh kah saya khatam quran dengan membaca versi terjemahan sebab takut silap bahasa arab 2009-10-26 2:15 AM

Bagus tapi tak nama baca quran, namanya baca terjemahan

Guest ustaz, berdosa ke seorg anak jika berkerci hati dengan sikap ibunya, yang tiba-tiba tidak mahu bercakap dengan anaknya 2009-10-26 2:09 AM

Pujuk, ibu tak mahu bercakap ada sebabnya

Cahaya Salam Ustaz, boleh terangkan berkenaan "Menurun" 2009-10-26 7:54 AM

Wallahualam..

tonet, Salam Ust Klu ank sy dpt bguru dgn Ust, kan ke elok.... B'apa usia ek yg d bolehkan bsekolah d Yayasan Al-Ijabah? Tp prblm nya d cni, ank sy bkn ank Yatim 2009-10-26 7:53 AM

Sekolah kita menerima sesiapa pun, Cuma asrama yang ditaja, hanya anak yatim dan anak orang susah

tonet, Salam Ust Naluri sy kuat mgatakan yg ank sy 1 hari nanT akan jadi mcm Ust bdasarkan ciri2 yg ada pdnya sejak b'usia 9 bln lg n sy x henti2 bdoa agar ank sy 'Adam' akn mjadi seorg Ust bila dewasa kelak.... 2009-10-26 7:51 AM 2009-10-26 7:51 AM

boleh, doakan jadi ustaz yang tawadhuk

Cahaya Salam Ustza, perkara yang perlu dielakkan(buruk/negatif) semasa hamil 2009-10-26 7:43 AM

Perkara dosa dan makruh

tonet, Salam Ust Klu sy nak sekolahkan ank sy d Al-Ijabah, blh ke Ust? 2009-10-26 7:43 AM

insyaAllah

Cahaya Salam Ustaz, amalan terbaik untuk ibu mengandung, dan amalan untuk suami juga.TQ. 2009-10-26 7:41 AM

Berbuat baik dan al-Quran

nak tau Saya apabila baca yasin semua kerja berjalan lancar..tapi kalau tak baca satu hari mesti macam-macam dugaan saya terima. adakah saya terkena sihir. 2009-10-26 6:34 AM

tak, tapi bermakna hidup anda akan lebih cemerlang dengan al-Quran

nak tau kalau isteri bersumpah tak benarkan kita menyentuhnya semasa marah. tapi dia dah menyesal. bagaimana dengan sumpahnya. 2009-10-26 6:25 AM

tak apa, abaikan

nak tau boleh ker nak bagi kusyuk solat masa imam baca surah panjang dengan menyebut nama Allah dalam hati 2009-10-26 6:23 AM

boleh

sam bolehkah kita guna pelaris untuk kedai? kalau xboleh, apakah ayat2 alQuran yang mesti saya amalkan untuk melaris kedai saya? 2009-10-26 4:51 PM

amalkan ayat seribu dinar

pencari adakah sudah terkeluar seseorang itu dr Islam sekiranya dia menghina Allah dgn lisan ketika dia sedang marah...x solat..tp masih tau mengaji al-Quran? 2009-10-26 4:34 PM

menghina, rosak iman, kena taubat dan kembali mengucap dengan benar

ceri Saya baru gagal di dalam peperiksaan pada attempt yang kedua.Mintak ustaz doakan untuk kejayaan saya pada resit next april,may clip_image0012009-10-26 11:49 AM

amin, semoga Allah bersamamu

Guest ustaz..knpa sy slalu diuji dgn keadaan yg bole menjatuhkn maruah sy cthnya org memburuk-buruk sy padahal perkara itu x benar, sedangkn spjg hidup sy x penah suka berckp dgn perkra yg menjatuhkn maruah org. 2009-10-26 11:42 AM

Allah sedang memberi mu kebaikan yang kamu tidak perasan

Guest ustaz..apa maksud hujan turun dengan lebat sampai banjir hampir memasuki rumah 2009-10-26 11:41 AM

Wallahu alam, kena tanya orang sastera tu...

Guest Assalammualaikum ustaz,Ustaz saya berharap sangat ustaz dapat beri doa yang ustaz baca pada akhir rancangan tanyalah ustaz. 2009-10-26 11:19 AM

InsyaAllah, (bagi sesiapa yang telah ada, boleh tak paste kan dekat ruangan komen)

tonet, Salam Ust Blh x Ust bukak cawangan Yayasan Al-Ijabah kat JB? Senang ckit nak jenguk ank nanT... 2009-10-26 9:57 AM

kita memang bercita-cita untuk membuka seluruh tanah air

hidayah.sk salam.Boleh tak tidur dulu sblm solat isyak kemudian bangun ditgh malam utk solat Isyak diikuti mail ke tahajud kalau tak tidur dulu? 2009-10-26 8:30 AM

boleh jika yakin tak terlepas

Guest Adakah najis bulu kucing yang dah tertanggal dari tubuhnya. 2009-10-26 7:55 AM

Ada yang berpendapat najis, dan ada yang berpendapat ia adalah antara najis yang dimaafkan jika susah nak jaga. Ada yang berpendapat tidak najis.

Bagi saya, jika ia payah nak jaga, maka termasuk di dalam najis yang dimaafkan, tetapi jika bulu tu saja-saja buat songkok ke, maka jatuh hukum najis.

mawarpepel salam, jodoh adalah ketentuan tuhan..adakah jika kita berusaha tapi kalu tuhan kata tu bukan jodoh kita, maka kita xkan bertemu jodoh dgnnya?? 2009-10-27 7:14 AM

benar

cik_im Salam, Ustaz. Salam Ziarah. 2009-10-27 4:44 AM

salam

Ziema Ass'kum.ustz blh x anak sya ddk dlm rumah anak ytm slm smiggu dlm cuti sklh.utk mbri sitausi sbnr khdpan mjdi anak yatim.lbh sedar dah bsyukur pdNYA. 2009-10-27 3:04 AM

Boleh, tapi istikharahkan dulu, kita tak tahu, adakah itu cara terbaik

Guest dulu sy pernah menyalahgunakan panel klinik dgn gunakan nama saya utk merawat ibu mcmana nk ganti balik duit rwtn yg dibyr oleh sykt 2009-10-27 2:52 AM

Bayar balik pada syarikat

mekah tp klu ada org bercerita tentang mekah dan apa yg berkaitan hati sy jd sayu rindu syahdu dan airmata akan mengalir 2009-10-27 2:43 AM

Alhamdulillah, semoga Allah merahmatimu

Guest benarkah tak sah sembahyang kita kalau kita terlebih baca tahiyat awal spt waala ali muhammad 2009-10-27 2:39 AM

Tak benar

Guest ninikash apa yg ditulis tu gunakanlah ruangan ini sebaiknya kesian ustaz amin nak jawab 2009-10-27 2:32 AM

Doakan saya

Guest apakah hukumnya kt gunakan barang pejabat spt pen atau kertas fotostet utk urusan peribadi bagaimana nak membersihkan harta yg tlh kt gunakan itu 2009-10-27 2:29 AM

Sedekah dan zakat

usop ustaz.boleh tak amal ayat2 qoran utk pemanis wajah.cth mcm ayat drp surah yusof.2009-10-27 1:00 PM

boleh Cuma baca niat kerana Allah

udin ustaz.ada tak ayat2 yg pendek2 utk d amalkan utk pelaris kedai.niaga slow sgt skg ni.sya x mau jmpa bomoh tkut syirik. 2009-10-27 12:58 PM

Bukan anda seorang, kebanyakkan begitu, doa dan amalkan ayat seribu dinar

mat rantau ustaz.ank sya d beri nama HAZRA.apakah maksudnya?ada kawan kata itu nama non muslim atau mungkin nama yahudi.betul kah?salam. 2009-10-27 12:54 PM

tak, Kha, Zai, dan Ra – Hazra bermakna meneka

faqih yg d kasihi.ustaz.maaf.psal hukum makan brg2 rampasan yg hendak d lupuskan sbgmana yg d tnya oleh sdr fadli itu sya x berapa jelas sbb ada khilaf. ada yg mengatan x boleh.sbb yg d rampas itu tetep hak milik tuannya,cuma ia bersalah krn langgar undang2.tp ianya dberikan tanpa rela oleh pemil 2009-10-27 12:43 PM

Jika barang yang kita rampas itu memang milik pemilik, maka memang haram, seperti pencuri yang mencuri kemudian, ingin membuang harta itu dan kita ambil, maka tak boleh.

Tapi, barang yang dirampas itu, telah gugur milikan kerana ia tidak sah pemilikannya kerana dari awal, pemilik mengetahui bahawa, barang tersebut perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya milik yang sebenar. Jadi, dia cuba mengambil hak sebuah negara dan dia memahami jika dia ditangkap, maka pemilikannya akan lucut. Maknya, lafaz itu telah diketahui sedari awal.

Jika dia diberitahu bahawa, boleh menebus dalam waktu tempoh tertentu, maka kita tak boleh ambil hak itu.

Apabila, hak yang telah gugur dari tuan tadi lafaznya akan dilupuskan, maka ia sudah tidak dinilai lagi sebagai sebuah harta, maka sesiapa yang boleh memanfaatkan kembali barang itu, boleh mengambilnya

Wallahu alam..

ismail ustaz.salawat apakah yg seeloknya d baca untuk anak yg degil 2009-10-27 12:39 PM

fatihah

Guest salam.apakah hukum seorang lelaki memakai cincin perak? 2009-10-27 12:15 PM

Harus

Guest assalamualaikum ustaz, kalau nak hantar anak [yang tak yatim] belajar tahfiz di Yayasan Al-Ijabah boleh tak?2009-10-27 9:16 AM

Boleh tetapi tidak ada tajaan, tertakluk kepada temuduga

Anggerikdesa Bolehkah kita membuat tahlil aruah mengikut hari cthnya 7,14,40 dsbnya 2009-10-27 9:05 AM

Ada perbahasan yang panjang.

Pada saya, jika anak-anak menghadiri majlis tersebut, dan sama-sama membaca ayat-ayat al-Quran itu, maka boleh.

JIka orang lain baca, ada khilaf, sampai atau tidak, tapi kalau anak yang baca, maka pasti sampai jika ikhlas

Anggerikdesa Salam..bolehkah wanita membaca doa dgn tgn dikeluarkan drpd telekungnya2009-10-27 9:02 AM

Boleh

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Putra Height

29 Oktober 09, 10.00 pagi

Universiti Kehidupan 120 – Klip-Klip Iman

27 Oktober 09, jam 8.00 malam, saya dan beberapa orang sahabat berada di Kuala Selangor untuk melihat tapak cawangan Rumah al-Ijabah (jika jadi).

Kami dan tuan tanah berjanji akan bertemu di tapak rumah ini jam 9.30 malam. Jam 9.00 malam, saya sudah sampai di lokasi.

“Haji, dekat mana? Saya dah sampai dekat sini ni” kata saya pada tuan tanah.

“Ustaz, saya lambat sikit, ini dari Shah Alam, mungkin dalam setengah jam lagi baru sampai”. Kata tuan tanah.

“Lambat lagi ni, apa nak buat ye” kata saya pada ahli rombongan yang bersama saya.

“Kita ke Kampung Kuantan tengok Klip-Klip nak nak?” salah seorang ahli rombongan mencadangkan.

“Mmm, ok juga, kalau tak, nak buat apa?” Kata saya.

Klip-klip adalah sejenis binatang yang mempunyai cahaya di belakang badannya. Dahulu, TNB, pernah menjadikan kisah Klip-Klip ini tema iklan mereka.

Kami sampai di Jeti Klip-klip di Kampung Kuantan. Ramai orang sudah balik dan ada juga yang baru datang seperti kami.

Untuk menaiki sampan, kita perlu membayar RM 40.00 dan sampan boleh memuatkan seramai 4 orang.

Setiap penumpang akan dibekalkan dengan sebotol air mineral dan kami diwajibkan memakai jaket keselamatan.

Saya memerhatikan keadaan gelap sungai di Kampung Kuantan ini. Airnya keruh dan suasana jam 9.00 memang sudah sunyi. Barangkali tidak banyak rumah di sekitar sungai ini.

Kami mula melangkah masuk ke dalam sampan. Teringat ketika kecil-kecil dahulu, waktu datuk saya membawa saya balik ke rumahnya di Parit Yani Batu Pahat. Waktu tu, mesti naik sampan untuk melintas sungai.

“Kalau nak cantik, datang pada 1 hingga 6, dan 18 hingga 26 bulan Islam. Waktu tu, bulan tak ada. Kita boleh tengok dengan cantik Klip-Klip ni sangat terang”. Pak Fuad, pemandu sampan mula berceloteh.

“Aaa, cuba tengok sana tu, kalau kita tengok satu saat, kelipnya tiga kali, itu jantan, kalau satu saat sekali, itu betina. Dia menerangkan.

Klip-Klip jenis Tener, Valida dan Malaccae yang terdapat di kampong Kuantan ini ialah antara 2000 spesis Klip-Klip yang terdapat di dunia. Ia akan berkumpul di pokok Berembang yang terdapat di sini untuk mengawan.

“Bila musim mengawan dia orang ni Pakcik” Tanya Helmi.

“Klip-Klip ni macam manusia, tiap-taip hari dia nak, tiap-tiap hari ada” kata Pak Fuad sambil tersenyum.

“Kalau datang lepas Maghrib memang cantik la, sebab banyak, kalau dah pukul 10 dah kurang, sebab dia dah mula mengawan. Jadi, tak banyak, dua Klip-Klip tu dah jadi satu. Kalau kita tangkap dia, memang ada tengah melekat dua” kata Pak Fuad lagi.

“Macam tangkap khawlatlah ye” kata Helmi sambil yang lain turut ketawa.

Saya memerhatikan Klip-klip yang cantik berkelip seperti lampu-lampu kecil yang dipasang ketika hampir hari raya.

Saya merenung dan teringatkan ayat al-Quran di dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang berbunyi:-

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,

Makhluk lain pernah ditawarkan untuk di amanahkan di bumi, memikul agama, kefardhuan dan amanah-amanah yang lain. Semua mereka tidak berani memikul tanggung jawab itu. Kemudian Allah jadikan Adam dan Adam bersetuju membahu amanah ini.

Di dalam tafsir at-Tabari menyatakan, yang dikatakan amanah ialah jika berbuat baik akan diganjarkan dan jika mengabaikan akan dibalas.

Berkata pula Qatadah di dalam Tafsir Ibnu Kathir, amanah itu ialah agama dan segala kefardhuan.

Cuba banyangkan, si klip-klip, hidup dan mati tanpa tanggung jawab. Tak akan ditanya pasal solat, pasal zakat dan lain-lain. Tapi, manusia, semua akan ditanya.

Di dalam Tafisr at-Tabari, Abu Darda’ telah meriwayatkan dari Rasullullah saw, lima perkara, sesiapa yang datang dengannya pada hari kiamat dengan iman, akan masuk ke syurga.

1. siapa yang menjaga solat lima waktu, wudhuknya, rukuknya, sujudnya dan waktunya

2. Memberi zakat dari harta yang baik dan tidak akan berbuat demikian melainkan orang yang beriman

3. berpuasa Ramadhan

4. Haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu

5. Menunaikan amanah

Kita lihat pula apa yang terakam di dalam tafsir Qurtubi,

Abdullah bin Amru bin al-Ash telah berkata, barang pertama yang Allah jadikan pada diri manusia ialah kemaluannya dan Dia berkata, ini adalah amanah Aku letakkan padamu. Maka janganlah kamu pakainya melainkan dengan hak. Jika kamu menjaganya, aku akan menjagamu. Maka kemaluan adalah amanah, dan telinga adalah amanah, dan mata adalah amanah, dan lisan adalah amanah dan perut adalah amanah dan tangan adalah amanah dan kaki adalah amanah. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tiada amanah baginya.

Jadi hidup kita adalah amanah. Si Klip-Klip terbang dan hinggap tanpa soalan di akhirat. Tetapi kita, setiap saat, akan ditanya mengenai segala amalan-amalan dan tanggung jawab yang dibuat. Adakah ketika bertemu Allah, kita di dalam keadaan yang diredhainya atau sebaliknya.

Semoga terus kita mempertingkatkan diri, semoga Allah terus membimbing kita, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Oktober 09 jam 8.45 pagi

IMG_9819

Nampak tak cahaya-cahaya kecil dari pokok Berembang ini

IMG_9823

 

IMG_9824

ia antara tarikan dunia di Malaysia. Semua memaparkan kebesaran Allah

IMG_9826 

IMG_9833

IMG_9834

IMG_9837

IMG_9855

Rumah yang kami lawat di dalam cita-cita membuka cawangan rumah al-Ijabah (jika diizinkan Allah)

IMG_9858 

IMG_9861 

Kawasan rumah. Semoga dipermudahkan, amin…

Tuesday, October 27, 2009

al-Ijabah 35 – Ke Arah Yang Lebih Besar

Hari ini 26 Oktober 09 jam 3.30, saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat di tingkat 28 Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Saya bersama Abang Azizi bertolak dari Shah Alam jam 2.30 petang. Sampai di Maybank, Haji Othman (yang membantu kita membuat Air Mineral UADC) telah sampai dan akan bersama di dalam mesyuarat petang ini.

Agenda hari ini ialah membincangkan system autodebit bagi sesiapa yang ingin bersama-sama menyumbang aktiviti Yayasan al-Ijabah

“Setakat ini ada beberapa Yayasan sudah bekerjasama dengan kita, antaranya Yayasan al-Jenderami” kata En. Yusli Yahya pegawai Maybank.

“Oh, Ustaz Hafiz ye” kata saya.

Yayasan al-Jenderami lebih dahulu ditubuhkan dari kita dan saya juga selalu ke sana dahulu. Sahabat kita di sana ada perkampungannya dan berbagai aktiviti yang telah dibuat di sana.

Pegawai ini memberitahu, banyak pertubuhan amal yang sudah bekerjasama membuat program autodebit, tetapi kebanyakkannya bukan dari pertubuhan Islam.

Program autodebit yang dijalankan membolehkan sesiapa yang ada akaun di Maybank untuk bersama-sama membuat saham akhirat bagi potongan terus dari bank.

Bukan amaun yang penting, tetapi keikhlasan dan istiqamah.

“Memang semua kita mahu membuat perkara baik, tetapi, jika ia diuruskan dengan professional, ia akan lebih laju lagi” kata salah seorang pegawai Maybank ini.

Setekat ini, ada beberapa urusan yang berkiatan dengan orang Islam yang telah bersama-sama di dalam Maybank2U dan autodebit. Urusan ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan zakat bagi beberapa Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri.

“Jika semua ok, insyaAllah, dalam bulan Disember 09, kita boleh mulakan sistem ini” kata pegawai ini.

Saya berterima kasih pada sahabat-sahabat dari Maybank ini yang sama-sama ingin membantu urusan kewangan Yayasan al-Ijabah.

Semakin baik ia boleh diuruskan, semakin jauh ia boleh pergi.

Bermula dengan menjaga anak yatim dari sudut pelajaran dan tarbiahnya, kita telah mula menghantar mereka ke luar Negara menyambung pelajaran.

Saya mengharapkan agar, satu hari nanti, cita-cita untuk menubuhkan Universiti Wakaf, Universiti percuma bagi anak-anak, yatim dan orang susah dapat dilaksanakan.

Kita di Malaysia agak terlambat perkara ini. Tetapi di Negara Arab, Pakistan dan India, telah banyak universiti dan kolej wakaf.

Universiti al-Azhar yang telah berdiri lebih 1000 tahun, hasil wakaf seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Cuba bayangkan, bagaimana untungnya orang yang bersama-sama membangunkan university ini.

Semoga ia terus dibantu Allah.

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Oktober 09 jam 9.00 pagi

IMG_9731

Bersama pegawai Maybank di Menera Maybank Kuala Lumpur

IMG_9733

Bermula perkenalan di dalam rombongan ke Palestin awal tahun ini, Haji Othman, bertali leher, sekarang bersama dengan pasukan Ijabah

IMG_9739

Sistem ini telah banyak dipakai oleh pertubuhan amal, tetapi yang Islam tidak banyak menyertainya.

IMG_9749

Semoga terus dibantu Allah, amin…

al-Ijabah 34 – Cawangan Rumah al-Ijabah di Kuala Selangor

26 Oktober 09, jam 12.00 tengah hari, saya menghadiri mesyuarat akhir penubuhan cawangan Rumah Anak Yatim dan Hafiz al-Ijabah yang dengan izin Allah akan ditubuhkan di Kampung Kuantan Kuala Selangor.

InsyaAllah, dengan izinNya, ia akan mula beroperasi pada Januari 2010. Konsep yang akan dipakai sama seperti di Subang Jaya ini, iaitu kita akan menekankan pelajaran dan pembentukan syaksiah. Mereka juga akan menghafal al-Quran.

Setakat ini, anak Ijabah, ada yang pernah diuruskan ke Turki dan sekarang ada yang berada di Mesir, menyambung pelajaran ke sana. 

Selain dari kekosongan untuk pelajar seramai 10 orang berumur 7 tahun dan 10 orang berumur 13 tahun, kita membukan lagi 20 orang anak yatim lagi bagi sekolah rendah sahaja tidak mengira umur bagi cawangan Kuala Selangor ini.

Saya menjemput sidang pembaca yang mengenali anak-anak yatim untuk bersama menjadi warga al-Ijabah.

Untuk permulaan, poskan surat mati ayah, surah beranak anak, dan i/c penjaga ke alamat:-

No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, 40 100, Shah Alam Selangor

Atau faxkan ke nombor :-

03- 5880 1886

Selain itu, kita mempunyai kekosongan jawatan bagi guru tahfiz dan penjaga anak yatim bagi cawangan Kuala Selangor ini.

1) Guru Tahfiz Utama merangkap penjaga - gaji RM 1500

2) Guru Tahfiz 2 merangkap bahagian disiplin - gaji RM 1300

3) Guru Tahfiz pembantu merangkap bahagian kebajikan gaji - RM 1000

Saya juga mengalukan jika jawatan (1) dan (2) adalah suami/ isteri

Syarat bagi guru adalah orang yang berdedikasi dan mempunyai semangat mahu berjuang membela anak-anak yatim dan orang susah, tegas tetapi penyabar, amanah dan berkasih sayang.

Bagi yang berminat, boleh poskan atau faxkan resume, sijil yang berkaitan ke alamat dan nombor di atas.

Jika ustaz-ustaz yang belajar di pondok, cukup hanya resume sahaja.

Temuduga akan dijalankan nanti.

Semoga satu hari nanti, konsep rumah anak yatim dan tahfiz yang kita lagangkan ini dapat dikembangkan ke seluruh Negara.

Semoga Allah terus membantu kita, amin….

“Mencari Kepulangan Yang Diredai”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Oktober 09 jam 8.24 pagi

Monday, October 26, 2009

Jawapan Pada Persoalan 78

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guest ust, ape maksud name nadiah? ke, dalam islam dipanggil 'nadia'....maksud sy, bukan ayat yg 'falyad'u naadiah'.....itu sy tahu maksud.... ke, kena panggil 'nadiyya' mcm ayat quran 'fa ahsanu nadiyya'? syukran ustaz... barokallahu fiik. 2009-10-24 6:53 AM

Maknanya panggilan

http://hjarshad.blogspot.com Salam Ustaz..dah confirm penerbangan KT berapa.. 2009-10-24 6:26 AM

belum

fadli ppkp sya adalah penguatkuasa kesihatan d smpadan.boleh kah kita ambil atau makan brg2 rampasan yg msih elok tp akn d lupuskan.tkut2 mbazir sbb bleh d guna 2009-10-24 6:02 AM

kalau lafaznya akan dilupuskan, maka boleh

shah2 bangunan kerajaan tlh d robohkan.sya ada ambil kayu sikit utk buat rumah stelah d izinkan oleh pihak yg merobohkan.apa hukumnya?t/kasih 2009-10-24 5:58 AM

kalau lafaznya, ia tidak digunakan lagi, maka boleh

azrain apakah saranan ustaz agar kita istiqamah dan tetap pendirian dlm kebaikan.utk dunia dan akhirat.shukran 2009-10-24 5:54 AM

untuk istiqamah ada tiga syarat

1. niat dan tekad

2. kurangkan pilihan

3. doa

busu jln yg ptut d tmpuhi oleh org2 yg ingin kmbali kpangkal jln.apa yg shrusnya d buat tuan? 2009-10-24 5:51 AM

http://hjarshad.blogspot.com busu....jln yg lurus.. 2009-10-24 6:28 AM

abu sya ada nafsu tp tkut nak kawen sbb anu kecik.x than sgt sya onani jer.camna tu. 2009-10-24 5:49 AM

kalau ada kemampuan, kena kahwin

awang kecik ustaz.iman ambo lemah lagu mana nok perubatnya.malas solat.suka wat maksiat..tulung ustaz.ambo x tau lgu mana nak stat. 2009-10-24 5:47 AM

banyakkan baca “la haula wala Quwwata illa billah” kemudian, mulakan dengan jaga solat dulu. Dalam solat ada doa mintak hidayah. “Ihdinas siratal Mustaqim”. Dengan mula jaga solat, Allah akan jaga yang lain insyaAllah

amin ustaz..boleh tak ustaz buat satu buku mengenai rentetan perjalanan al ijabah n pengembaraan ustaz d sluruh dunia.ttu byk yg menarik 2009-10-24 5:44 AM

insyaAllah, sedang diusahakan

peranakan mm maaf lah nak tanya sikit tentang laut mati ni..kenapa laut mati ni mati sape yang bunuh? 2009-10-24 9:55 PM

istilah bahasa sahaja, bermakna tiada hidupan di dalamnya

khalidalwalid ust, klu kita nk mendirikan rumah, bulan dan hari apa yg sesuai? 2009-10-24 12:58 PM

mana-mana pun boleh

SJ Kalau nak tunggu hari baru nak dirikan rumah nak tunggu hari dan bulan, jenuh la bro. Takyah la jadi sesat.. 2009-10-24 4:39 PM

Guest saudara SJ,nasihat tu dh bagus tp kena la berhemah..camne org nk ikut islam kalu kita sndri xbhemah.. 2009-10-25 11:22 AM

intan assalamualaikum ustaz, saya cadangkan ustaz bukukan perjalanan yang ustaz lalui.dapat dijadikan pengajaran dan nasihat berguna. 2009-10-24 11:00 AM

insyaAllah sedang diusahakan

khalidalwalid ayah saya tlh meninggal stlh selesai dimandi dan dikafankan saya lihat di dahinya masih mengeluarkan peluh sejuk apakah tandanya 2009-10-24 7:34 AM

semoga tergolong di dalam hamba yang soleh

ka ada org kata kad kredit haram penggunaannya wlupun kita bayar sepenuhnya dan tdk pernah dikenakan denda sbb lewat byr 2009-10-24 7:27 AM

kalau konvensional memang haram, jadi, tukar pada Islamic

khalidalwalid salam ustaz kiranya kita semaye tahajjud lps tu semaye taubat semaye sunat tolak bala dan smbhg hajat akhirnya kita doa sekali arung sbb dah nak suboh 2009-10-24 7:23 AM

boleh

khalidalwalid benarkah kata org cd al quran tak boleh di pegang jk tdk berwuduk 2009-10-24 7:18 AM

tak benar, sebab CD tidak ada syiar al-Quran. Tetapi sebagai adab, boleh jaga seperti jaga mushaf.

mohd ustaz...kalau nak beli moto,setahu saya takde pinjaman2 bank ni,so, mcm mana nak tau konvesional ke tak?..tq 2009-10-24 7:13 AM

kalau loan dari kedai itu sendiri, ia riba’ sebab berasaskan faedah

Guest apakah hukum menunaikan umrah menggunakan wang pinjaman tanpa faedah 2009-10-25 2:26 PM

Harus jika pasti boleh bayar balik kemudian

kgalai salam ustaz..bolehkah solat tahajjud di buat secara berjemaah (saya dn ibu sya) .tkasih 2009-10-25 2:24 PM

boleh

Haiza Najwa Ustaz..anak luar nikah lelaki[demi Allah tdk kna mngena dgn sy] btol ke tak bley mwalikan dan jd imam solat..mcm tk adil jer..or, it's another bidaah? 2009-10-25 2:15 PM

Tak betul, asalkan sahaja syarat menjadi imam dia penuhi, maka boleh..

doraemon salam usaz, apakah cara utk mengamalkan pendinding pd rmh bg elakkan gangguan makhluk halus / manusia jht? 2009-10-25 2:13 PM

pastikan bukan azimat, sebaiknya, bacakan ayat-ayat al-Quran

doraemon salam ustaz, apa hukum kalau ibubapa seorg anak membelanjakan duit simpanan anak mereka utk tujuan tertentu yg mana duit itu diberikan oleh org lain? 2009-10-25 2:11 PM

boleh jika tidak menzalimi

koche salam ustaz, apakah hukumnya tidak membuang bulu ketiak dan bulu dikemaluan. tk 2009-10-25 9:50 AM

sunat yang dituntut

Ingintahu salam ustaz, batalkah wuduk saya jika terkena pada kain yang ada airmani? tk 2009-10-25 9:46 AM

Tak

shariff salam singgah.Boleh tak kita percaya kepada ilmu gerak anggota dimana tiap=tiap anggota yan bergerak ada tafsirannya 2009-10-25 8:00 AM

jangan sampai menjadi keyakinan,

abuaim mcm mana nk htr soalan 2009-10-25 2:52 AM

hantar di blog ini, kalau email, lambat sikit saya jawab

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Putra Height

26 Oktober 09, 9.26 pagi

Sekilas 25 – Isu Sejadah Berdiri

26 Oktober 09, seperti biasa, hari ini, saya dan anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah sama-sama di dalam majlis bacaan selawat menggunakan kitab ad-Dibaie. Memang program setiap Ahad, anak-anak ini akan dibiasakan membaca selawat dan sirah Nabi.

Tamat jam 6.30 petang, saya membawa 15 orang dari mereka ke Bukit Jelutong untuk menghadiri majlis kesyukuran seseorang yang memasuki rumah barunya.

Majlis di pimpin oleh Ustaz Ramadhan dari Gerbang Perdana. Ia dimulakan dengan membaca Yasin, tahlil ringkas dan akan ditutup dengan solat meminta hajat, sejurus selepas solat Isyak.

Sewaktu menunggu solat Isyak, tiba-tiba saya dihubungi oleh kak Safiah dari seksyen 8.

“Ustaz, datanglah sini (seksyen 8), ada sejadah berdiri di rumah jiran saya ni, ramai orang berkumpul untuk tengok ni” kata Kak Safiah.

“InsyaAllah kak, saya dalam majlis ni, selepas majlis ni, nanti saya datang” jawab saya ringkas kerana telah hampir waktu isyak.

Selepas majlis di Bukit Jelutong ini selesai, saya bersama Ustaz Esamuddin (sahabat saya) pergi ke Seksyen 8, ke rumah jiran Kak Safiah.

Sesampainya saya di sana, ramai orang berkumpul di sana. Saya melangkah masuk ke dalam kawasan rumah.

Saya bersalaman dengan yang hadir, saya bersalaman dengan Dato’ Khusrin, pengarah JAIS. Beliau merupakan jiran tuan rumah ini.

“Saya dah hubungi Darul Syifa’, mereka kata tak ada apa-apa, lipat balik saja” kata Dato’ Khusrin.

Beliu juga menghubungi Dr. Amran Kasimin dan Dr. Amran juga menyatakan perkara yang sama.

Saya melangkah masuk. Diiringi dengan orang ramai.

“Alamak, kenapa dia orang semua follow ni, dah macam tok bomoh masuk rumah aje” bisik hati saya.

Saya dipersilakan masuk ke dalam bilik tempat sejadah yang dikatakan berdiri ini. Saya mengambil gambarnya dari berbagai sudut.

Sejurus sahaja mahu keluar dari bilik ini, beberapa orang bertanya saya. Keadaannya seperti seorang doktor yang keluar dari bilik pembedahan dan dikerumuni oleh orang banyak.

“Macam mana ustaz, apa pandangan ustaz” Tanya mereka.

“Tak ada apa-apalah” kata saya.

Saya memberi pandangan saya secara ringkas mengenainya.

Di sini saya ingin berkongsi pandangan mengenai kejadian sejadah berdiri ini.

Sebenarnya, perkara seperti ini bukan pertama kali saya dengar. Pertama sekali saya dengar di Mekah beberapa tahun lalu.Pada pertama kali saya dengan kisah ini di Mekah, saya membayangkan sejarah itu benar-benar berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahyat.

Rupanya ia hanyalah sedikti sahaja dan tak sampai suku sahaja yang ternaik. Sebenarnya kita boleh buat terutamanya jika sejadah itu baru. Kita lipatkan dan naikkan seperti itu.

Beberapa sahabat saya yang belajar di Ummul Qura’ Mekah, berbual dengan saya mengenainya.

Saya pernah menziarahi beberapa orang ulama’ Pattani di bukit Jiyad, Mekah. Mereka tidak memandang perkara ini satu yang besar kerana Allah boleh buat apa sahaja yang Allah kehendaki.

Saya bersetuju dengan pendapat ini iaitu Allah boleh menunjukkan kekuasaannya pada siapa yang Dia kehendaki. Bukan sahaja sejadah berdiri, lebih dari itu pun boleh berlaku jika Allah ingin membuatnya. Di dalam surah Yasin, Allah menyatakan bahawa:-

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.(surah Yasin ayat 82)

Di dalam tafsir Ibnu Kathir, pengarang membawakan sebuah hadith mengenai kekuasaan Allah untuk mengazab dan mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Di dalam tafsir al-Qurtubi pula menyatakan bahawa, jika Allah ingin menghendaki sesuatu, tidak Dia berasa letih.

Pada saya ia tidak mustahil berlaku.

Cuma, jangalah peristiwa sejadah berdiri ini diceritakan dan kita merasa takjub dengan sejadah itu, kita rasa takjub dengan surau itu, kita rasa takjub dengan rumah itu dan sebagainya.

Jangan pula kita jadikan sejadah itu satu barang keramat untuk disimpan lantaran anehnya kejadian ini.

Jangan pula kita rasa seram sejuk untuk membetulkan sejadah yang dikatakan seolah-olah sedang berdiri itu sedangkan ia tidak boleh sama sekali memberi mudharat dan manfaat pada kita.

Jangan pula kita berbangga bahawa ia berlaku di surau kita, di tempat kita.

Di setiap kejadian aneh yang berlaku ada tanda-tanda kebesaran Allah. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quraan itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? (surah Fussilat ayat 53)

Dan, di dalam setiap perkara yang berlaku juga, syaitan akan mengambil peluang untuk menyesatkan akidah anak Adam.Di dalam al-Quran, Allah berfirman:-

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (al-Hijr ayat 39)

Jadi kesimpulannya, mengenai sejadah berdiri, ia tidak mustahil berlaku tetapi kembalikan semua peristiwa yang berlaku pada kekuasaan Allah. Jangan sampai syaitan berjaya memesongkan akidah kita dengan peristiwa aneh yang berlaku.

Semoga, dengan sentiasa memohon hidayah, Allah akan pelihara iman kita di mana sahaja kita berada.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 Oktober 09 jam 8.45 pagi

IMG_9693

Petang ini, saya bersama anak ijabah membaca selawat-selawat dair kitab ad-Dibaie

IMG_9700

Sejadah yang dikerumi ramai orang di Seksyen 8 Shah Alam

IMG_9701

Jika nak dikatakan aneh, ia sebenarnya boleh dibuat dengan manual

IMG_9704

Mula-mula saya dengan mengenainya di Mekah, saya membayangkan bahawa ia berdiri sungguh hingga ke hujung benang di bawah sejadah

IMG_9709

Pada saya, peristiwa ini tidak mustahil berlaku tetapi jangan sampai ia melupakan kita pada Allah

Saturday, October 24, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 77

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

azmi kkrp salam ustaz.apakah hukumnya kita mengunakan cd alqoran yg d cetakrompak utk blajar alquran. 2009-10-21 4:07 PM

Jika mampu, beli yang original, jika tidak, boleh belajar dengan cd tu jika tidak ada cara lain yang lebih mudah, dan,  dalam waktu yang sama kumpul duit untuk beli yang original.

Lin Salam, jika sbhyg sunat cara duduk antara 2 sjd, takbir kena bdiri dulu atau blh terus duduk. 2009-10-21 10:32 AM

Boleh duduk terus

ungu salam ustaz.nak tanya berkaitan solat witir.bolehkah dibuat 3 rakaat dgn satu salam, atau kena juga kombinasia 2+1.terima kasih in advance ustaz... 2009-10-21 8:41 AM

sunnahnya, tiga rakaat dua salam

mas salam utz, apa hukumnya jika baca surah yassin atau kursi dlm tulisan rumi 2009-10-21 5:13 AM

Jika boleh merubah makhraj, maka haram sebab tulisan dengan rumi kadang-kala tidak tepat dengan makhraj sebenar.

Guest salam ustaz..dlm program pangilan agung adakah cara solat itu sama dgn perempuan(x ade beza lelaki dgn perempuan)sbb sy mengikutinya.. 2009-10-22 1:22 AM

Sama kecuali kaedah anggat tangan bagi perempuan, ketika takbir dan sujud

Kak Nor Samb. - Di WP ada bbrp rumah anak yatim yg daif. Boleh x sy minta resit jk sy bank in & gmana dgn akadnya? 2009-10-22 1:08 AM

Wallahu alam, di WP saya tak tahu.

Kak Nor Salam Ustaz, smlm sy call MAIS minta nama rumah anak yatim yg daif di S'gor. Sy nak agihkan zakat EPF. Katanya dlm senarai mrk tak ada yg daif. 2009-10-22 1:06 AM

Wallahualam..

Doraemon salam ustaz, apakah amalan2 terbaik ketika berpindah ke rumah baru? bagaimana kaifiyat nya? 2009-10-21 11:23 PM

Bacakan surah al-Baqarah

Guest salam ustz,nk tanya ada sahabat saya mengaku diri dia keturunan rasulullah,benarkah wujud keturunan rasulullah? 2009-10-21 6:18 PM

Benar dan masih wujud, boleh minta dia tengok salsilah keluarganya

timun Liku2 jalan keTuhanan 2009-10-21 5:07 PM

mat bom ada tak doa utk cepat kawen ustaz.sya slalu onani sbb x mampu nk than nafsu 2009-10-21 4:16 PM

doa dalam bahasa melayu pun tak apa.Minta doa Allah beri kemampuan untuk berkahwin.

azri ustaz.macamana nak buang sial akibat sihir?saya bila baca qoran badan jd panas dan x tenteram. 2009-10-21 4:14 PM

Jika panas badan, banyakkan berselawat, gabungkan antara amalan baca quran itu dengan selawat

man ma apakah hukumnya pinjam wang dgn bank konvesional yg jelas ribanya krn terdesak.sbb bank islam tolak permohonan pinjaman 2009-10-21 4:11 PM

jika tiada pilihan dan sangat terdesak, maka diharuskan

azam bagaimanakah tanda orang2 yg terkena sihir.dan boleh tak kita jumpa bomoh utk mengesahkanya.? 2009-10-21 4:09 PM

Sakit yang tak tahu puncanya. Tak payah jumpa bomoh, bacakan ayat kursi dan akhirkan dengan selawat setiap kali lepas sembahyang. Jangan tinggal sembahyang, banyakkan sembahyang sunat

hr assalamualaikum ust. ada pndapat kata haram mencukur kening walaupun untuk suami?dan ada mengatakan boleh untuk suami? bagaimana ust 2009-10-22 10:39 AM

saya berpegang dengan haram.

Guest apa maksud mimpi dibenci org 2009-10-22 7:46 AM

Akan disayangi

surihani apa hukumnya lelaki pkai rantai bkn dr emas.. 2009-10-22 7:12 AM

paling rendah makruh dan boleh jatuh haram

surihani ustaz.klu lelaki ketiks brckp dgn wanita bukan muhrim tanpa memandg muka apa mksudnya? adakah lelaki itu ingin menjga pdgn mata @ berdendam sesuatu? 2009-10-22 7:11 AM

kena tanya dia, saya tak tahu kenapa dan tak boleh jawab bagi pihak dia

Ziema Ass'kum..Ustz slmt kmbli.sblm puasa ustz ada janji nak kenalkan dgn kwn ustz yg nak buat kls mgaji alquran.saya tunggu atau ada no yg perlu sya hbungi 2009-10-22 6:26 AM

Berhubung dengan dia http://albairaha.blogspot.com/

nor salam. berdosa tak kalau berniat puasa ganti tapi x puasa. saya berbuka kerana rasa x sihat.. 2009-10-22 4:01 AM

tak sihat tak apa, jangan saja-saja, haram

a'in salam,bolihkah kita sempurnakam solat sunat witir setelah azan subuh kita masih bersolat@ada baki satu rokaat 2009-10-22 3:49 AM

waktu sembahyang malam berakhir dengan masuknya waktu subuh

Guest Ustaz, saya suka laungkan azan disurau (x ada bilal khas ditugas) utk dapat fadhilatnya. Jika waktu subuh hampir masuk, apakah yg lebih utama/afdal, tahajjud & lepas peluang azan atau siap utk azan tapi lepas tahajud? mana yg lebih afdal/fadhilatnya? 2009-10-22 3:33 AM

Azan lebih utama

hj mat betulkah salawat syifa tu bidaah dan ada unsur yg bercangah dgn agama.sya ada dgr drp 1 tokoh ugama di you tube. 2009-10-22 2:13 PM

itu pandangan dia, jika kita nak ikut pandangan dia dan yakin, tak mengapa. Perbahasan dan perbalahan seperti ini tak akan habis.

Yang penting kita berselawat. Kalau tak nak dengan selawat syifa pun, selawat yang lain..

ucop ustaz.brapa rm kah jmlah wang smpan yg ptut d kna kan zakat..mmber ckap rm 8500.tp ada yg ckp 5000.mna yg btul ni?tlg ustaz..keliru nih 2009-10-22 2:10 PM

setiap negeri memang kadang kala tak sama. Tapi, kalau nak pahala lebih, cari pandangan yang bayar tinggi sikit.

badri sya ada 1 ank dgn isteri dulu.tp x prnah ambil thu psal ank itu krn d halang oleh bkas metua dlu2.berdosakah sya ustaz. 2009-10-22 2:06 PM

jika kita telah usaha, tapi dihalang, maka kita tidak berdosa

kunhi salahkah seorg bapa mendoakan spaya ank nya yg d bela bkas isteri itu gagal dlm hidup sbb x dbenarkan utk dia melawat n bela ank nya itu.apa hukumnya 2009-10-22 2:02 PM

Jangan berdoa kerana dendam. Berdoalah kerana Allah. Doakan anak itu Berjaya dan akan mencari kita kembali

arzah salam ustaz..apakah amalan utk menguatkan jiwa dan menghalang keburukan makhluk trhadap kita? 2009-10-22 1:56 PM

ayat kursi setiap kali lepas solat

suzila bapa ada seorang ank dgn lain ibu.tp kmi x pnah jumpa.berhakah dia dgn harta bapa sedangkan bapa tlh meyerahkan kpd kmi semuanya smasa hidup. 2009-10-22 1:52 PM

kalau dah serahkan ketika hidup, maka bermakna bapa telah hibahkan harta tersebut. Jadi, tak ada bahagian pusaka untuk yang lain.

samda adik sya derhaka dgn ibu dan bermusuh dgn sya..apa yg prlu sya lakukan? 2009-10-22 1:49 PM

doakan tanpa putus asa agar dia sedar

zaharah ustaz,sya miskin n x brplajaran.x de adik bradik kndung.tp rmai adikbrdik tiri yg kaya n brplajaran.kami x bersilratulrahim oleh krn keadaan.brdosakah 2009-10-22 1:47 PM

jika hati masih merasakan persaudaraan, tidak mengapa. Yang dikatakan memutuskan silaturrahim apabila hati telah hilang persaudaraan kerana benci

azani1 ustaz..ada tak doa utk meyatukan keluarga yg berseteru dan terputus akibat pencerian ibubapa.t/kasih 2009-10-22 1:42 PM

Setiap yang nak berbaik, selalu sedekahkan fatihah pada yang nak memutuskan

hr assalamualaikum ust. apa hukumnya orang kafir pegang al-quran? 2009-10-22 10:40 AM

tak boleh, di dalam al-Quran Allah menyebut:-

Sesungguhnya Al-Quraan ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Rabbil 'alamiin Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quraan ini?

(Surah al-Waqiah ayat 77- 81)

Kecuali atas niat dakwah..

sabri zain apa doa terbaik utk saya amalkan bg elak kecacatan pd bayi yg bakal lahir nanti.terima kasih 2009-10-23 12:28 AM

surah Yusuf

sabri zain ustaz.saya dan isteri dah berusia 37 thn.skang isteri mengandung tp byk implikasi.saya cadang nak 'ikat' rahim utk elak mngndg lg nanti.apa hukumnya 2009-10-23 12:27 AM

harus

BARD tangan patah dan bersimen (balut)dari jari sehingga siku. bagaimana hendak ambil wuduk?adakah tinggalkan bahagian tersebut dan basuh bahagian yg laiN? 2009-10-23 12:20 AM

Pandangan yang paling ringan begitu.

BARD UST.bagaimana sekiranya solat jumaaat tetapi tidur atau lewat datang dan tak dengar khutbah?adakah sah? 2009-10-23 12:18 AM

Sah

BARD ust, bolehkah jika kita mendengar azan terus solat tanpa menunggu azan habis? 2009-10-23 12:17 AM

boleh

SallehAman Adakah dibolehkan tidak menyimpan janggut? Benarkah alam bunian wujud?Yakjut & Makjut itu siapa? 2009-10-22 5:12 PM

Persoalan janggut, perbahasan luas, ada kata boleh dan ada kata tidak, alam bunian termasuk di dalam alam ghaib.

Yakjut & Makjut minta beli bukunya, ada banyak buku membahaskan mengenainya.

Soal 1 Assalamualaikum ustaz..Adakah sifat Allah cuma 20.Bukankah 99 nama Allah termasuk juga sifat-sifat Allah . Terima kasih 2009-10-22 5:04 PM

Semua sifat yang baik adalah sifat Allah. Perbahasan sifat 20 itu ialah, ia sifat yang mesti kena tahu untuk menyelamatkan akidah dari tersalah tafsir mengenai Allah

Guest ustaz.. tempat simpan mknn saye, bnyk lipas n najisnya, dah pakai racun lipas pon tetap ade. mcm mane hukum makanan saye , adekah x suci ? 2009-10-22 4:41 PM

Jika dah termasuk payah nak diurus, maka bersihkan semaksima yang mampu, bakinya adalah dimaafkan

Guest salam ustaz, maaf nak tanya ustaz ada anak? 2009-10-22 2:44 PM

Anak saya terlalu ramai termasuk yang HIV yang baru kita seliakan baru-baru ini.

Guest Terima kasih ustaz krn sudi mjwp soalan kami semua wpun remeh,smga ustaz dirhmati Allah sllu. 2009-10-22 2:43 PM

Terima kasih, begitu juga anda

mohd Kalau beli moto secara hutang,harga moto tu akan tggi sikit, adakah terlibat unsur riba? 2009-10-24 1:27 AM

kalau system konvensional, maka ia adalah riba

mohd Salam ustz...Kalo zakat pendapatan yg dibayar secara tahunan,kadarnya adalah 2.5%, kalau dibayar secara bulanan,adakah 2.5% jgk kadarnya?...tq 2009-10-24 1:22 AM

kalau kira bulanan akan jadi lebih sedikit

a'in ustaz,haji yg mabrur balagan syurga,bgmana seorg yg dpt hj mabrur tiba2 dipghjong dia byk lakukan dosa besar adakah jaminan syurga baginya 2009-10-24 12:50 AM

syurga urusan Allah, jangan menghukum syurga seseorang.

Bagi orang itu, wallahu alam, itu dia dengan Allah

umi Salam, ustd. Apa hukum isteri bersama suami yg tak sembahyang. 2009-10-23 4:33 PM

kena tegur dan selalu ingatkan, jangan redha. Redha dengan maksiat bermaka syubhat

zura slm. apakah hukumnya ank-ank oku menerima bantuan berupa biasiswa dari pertubuhana agama lain cthnya agama buddha@hindu..mohon pjelasan dr ustaz.. t 2009-10-23 11:23 AM

jika tiada pilihan, harus dengan syarat :-

tidak ada apa-apa upacara keagamaan yang disyaratkan untuk ikut.

tanpanam assalamualaikum..ana pun igt nk tanya soalan kemusykilan jg tp soalan2 yg ditnya oleh shbt2 pun blum djwb lg..lain kalila..tq ustaz 2009-10-23 8:14 AM

ok

Guest Salam. Mohon jelaskan hukum wanita pakai perfume utk bina rasa confident sbb badan berbau 2009-10-23 6:50 AM

Tidak berwangian pada wanita bukan bermakna berbusuk-busukan.

Boleh pakai dengan syarat, tidak dengan niat menarik perhatian dan wangian itu pun bukan jenis yang “over-over”

mas slm ustz,perlukah anak permpun membyar fidyah utk ibunya yg menigal dunia jika ibunya pernh meniglkan solat n puasa 2009-10-23 5:58 AM

jika diwasiatkan, maka wajib, jika tidak, maka sunat anak itu membayarnya

faisal salam ustaz, kalu ustaz ada kesempatan masa utk buat entri psl "ikhlas x menafikan hak", moga bermanfaat...dah 2 kali sy tgk ustaz tulis. 2009-10-23 3:30 AM

insyaAllah, kalau ikut hati, banyak nak kongsi, Cuma kemampuan masa amat terbatas, doakan...

yati68 Salam..hukum ayat alquran dijadikan ringtone dan berbunyi ketika di dlm tandas..berdosa ke tak? 2009-10-23 2:11 AM

dosa..

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

24 Oktober 09, 12.25 tengah hari

Friday, October 23, 2009

al-Ijabah 33 – Panduan Membuat Rumah Kebajikan

Pada 13 Oktober 09 lalu, saya ada beberapa urusan di Medan Indonesia. Muqaddimah perjalanan saya dikejutkan dengan berita dari Abang Azizi yang mengatakan bahawa ada 40 orang anak yatim di Sungai Buluh yang terpaksa keluar dari tempat kediaman mereka.

Cadangan yang diberikan oleh Abang Azizi agar kami dari al-Ijabah mengambil tanggungjawab bagi kesemua anak-anak yatim ini.

Ketika saya berada di Indonesia, Abang Azizi telah memulakan urusan ini. Akhirnya, kami diberitahu bahawa, mereka kena keluar kerana beberapa sebab dan mereka telah pun dapat mengatasi masalaah mereka. Jadi, pihak al-Ijabah tidak jadi mengambil mereka kerana mereka telah dapat menyelesaikan masalah mereka.

Permasalahan mereka sebelum ini ialah ada pihak yang tidak berpuas hati dengan mereka kerana, pengusaha rumah ini menggunakan anak-anak ini untuk menjaga beberapa kedainya bagi menjana ekonomi.

Sebenarnya sidang pembaca sekelian, kejadian di atas banyak terjadi terutama yang melibatkan rumah-rumah kebajikan. Anak-anak yang berada di dalam rumah kebajikan ini diarahkan untuk bekerja sedangkan sepatutnya mereka, dengan keadaan umur mereka sekarang, mereka kena duduk dan memberi tumpuan kepada pelajaran.

Kalau sekali sekala, sebagai mendedahkan kepada mereka pengalaman, tidak mengapa, tetapi tidaklah menjadi sebagai satu kewajipan.

Itu yang kita dapat lihat ada di antara anak dari rumah anak yatim, dari sekolah tahfiz, dari rumah kebajikan menjual kelendar di stesyen minyak, menjual CD, menjual buku, duduk di kedai menjual barang-barang dan sebagainya.

Ada yang meminta saya untuk menuliskan bagaimana ingin membuat rumah kebajikan. Ramai orang yang lebih layak bercerita dan ramai yang lebih berpengalaman. Tetapi sedikit yang saya tahu, ingin saya tuliskan agar dapat dikongsikan, semoga mendapat manfaat bersama.

Untuk membuat sebuah rumah anak yatim yang baik, seeloknya, seseorang perlu mengumpulkan tenaga dari sahabat-sahabat yang dipercayai dan sama pemikiran dan yang ikhlas di dalam kerjanya. Walaupun ikhlas tidak dapat lihat, tetapi akan dapat dirasa.

Hindarkan kawan-kawan yang suka memburukkan orang lain di hadapan kita, kerana nanti satu hari nanti, pasti dia juga akan memburukkan kita dihadapan orang lain.

Cari kawan yang boleh berterus terang dengan kita. Jika dia tidak puas hati dengan kita, dia tidak akan jumpa orang lain dulu, dia tidak akan mengumpat kita, tidak mengata kita di belakang kita. Dia akan bertemu dengan kita dan akan berbicara dengan jujur mengenai diri kita.

Kita juga perlu jujur dengan kelemahan diri kita. Jika kita ditegur dan benar teguran itu, jangan sekali-kali kita rasa terhina untuk memperbaiki kelemahan diri ini.

Setelah kita dapat mengumpulkan tenaga yang ikhlas, kita bahagikan bidang tugas.

Tenaga yang ada, perlu dipecahkan kepada dua bahagian:-

1. Bahagian Pemegang amanah

2. Bahagian Perlaksana

Bahagian Pemegang Amanah merupakan bahagian yang akan membuat polisi bagi sesebuah rumah kebajikan. Bahagian ini akan menyusun segala peraturan dan undang-undang berkaitan rumah. Selain itu, bahagian ini juga yang akan mencari dana dan kewangan sesebuah rumah amal.

Bahagian perlaksana pula merupakan bahagian yang menjalankan perjalanan sesebuah rumah amal. Bahagian ini memerlukan orang yang boleh mengorbankan masa untuk rumah kebajikan ini. Dia tidak memikirkan keperluan rumah.

Keperluan rumah kena disediakan oleh bahagian pemeganag amanah.

Saya ada pendirian mengenai keikhlasan.

“Ikhlas tidak menafikan hak”

Jadi, orang yang berada di dalam bahagian perlaksana perlu dikira sebagai petugas yang perlu dipenuhkan keperluannya. Jika ia boleh dinamakan sebagai gaji, maka kita perlu membayar gaji mereka. Jika ia dinamakan elaun, maka, elaun mereka perlu dibayar.

Kebanyakkan rumah amal, apabila yang mencari dana juga adalah orang yang menjalankan rumah, akan timbul beberapa masalah.

Antara masalah yang akan timbul ialah:-

1. tekanan kerana keperluan rumah tidak cukup

2. ungkit mengungkit kerana dia rasa dia telah banyak berkorban dan orang lain tidak membantunya.

3. mudah timbul fitnah kepadanya kerana dia pencari dana, dia tidak ada kerja lain. Nanti orang akan mudah fitnah bahawa dia mencari dana untuk dirinya. Ini banyak berlaku kepada pengusaha rumah kebajikan

4. apabila keperluan rumah tidak dicukupkan, maka yang akan menjadi mangsa adalah anak-anak di dalam rumah kebajikan ini. Mereka yang akan kena bekerja untuk membayar sewa rumah, yang kena menjual itu dan ini untuk membeli beras dan makanan, yang kena meminta derma untuk memenuhkan keperluan rumah.

Kenapa perkara yang keempat boleh berlaku? Kerana, tidak ada bahagian pemengang amanah yang membantu mencari dana.

Membuat rumah kebajikan memerlukan jemaah perlaksana yang baik. Kadang kala, pengasas tidak mengambil orang untuk membantunya kerana dia takut, nanti orang lain akan jatuhkannya dan mengambil alih rumah tersebut.

Dan banyak juga perkara sebegini berlaku. Kerana apa? Kerana dari awal, kurang keikhlasan dan ada kepentingan.

Sebab itu dari awal, pilih kawan-kawan seperjuangan dengan ikhlas. Pilih mereka dengan istikharah, dan antara anugerah yang paling besar yang diberikan Allah di dalam sesebuah perjuangan ialah, sahabat-sahabat yang ikhlas.

Semoga kita akan terus berusaha untuk akhirat kita. Ketelusan amal di dunia akan membawa ketelusan hisab di akhirat.

“Mencari Kepulangan Yang Diredai”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

23 Oktober 09 jam 9.45 pagi.

**** artikel terdahulu mengenai rumah anak yatim di Sungai Buloh yang ingin ditutup

http://www.ustazamin.com/2009/10/al-ijabah-29-haaaaaaaaah.html

IMG_9541

Mesyuarat Majlis Tertinggi Darul Ukhwan Yayasan al-Ijabah

IMG_9543

Badan Pemegang Amanah Dan Perlaksana Perlu diwujudkan dan saling membantu

IMG_9552

“Kebenaran Tanpa Peraturan Akan Dikalahkan Dengan Kebatilan Yang Berperaturan”

Thursday, October 22, 2009

al-Ijabah 32 – “Semoga Terbaik Dari Allah”

21 Oktober jam 10.30 malam. Saya baru sahaja sampai ke rumah dan dua orang sahabat saya sedang menunggu untuk berbincang mengenai perihal asrama lelaki al-Ijabah dipecah masuk dan banyak barang-barang yang telah dicuri termasuk passport salah seorang pekerja al-Ijabah.

“Dia orang ni, rumah anak yatim pun nak curi juga ke “ kata saya.

11.40 malam, setelah habis berbincang, saya menghidangkan bihon goreng untuk sama-sama makan. Baru saya perasan, satu massage dari Kak Liza yang telah dihantar sejak pukul 10.47 malam,

“Kalau penghuni meninggal di Darul Ukhwah, nak urus dengan siapa”

“Allah.. apa hal pulak ni? Kata saya.

Saya terus menghubungi Kak Liza, rupanya, seorang penghuni kita tiba-tiba meracau dan tidak sedarkan diri.

Saya dan dua orang sahabat ini terus memecut ke Darul Ukhwah di Petaling Jaya.

Sesampai di Darul Ukhwah, saya melihat saudara kita ini terbaring di atas katil hospital, diletakkan ditengah ruangan rumah, dengan al-Quran digital diletakkan di telinga.

Pertama sekali saya memandang wajahnya, saya agak terharu. Penghuni yang ini memang baik orangnya, tidak banyak bercakap, menjaga solat dan dia antara yang dikeluarkan dari gereja tempohari.

“Ustaz, saya ada pengalaman semacam ini, biasanya, kalau pesakit, tiba-tiba tak kenal orang, meracau, kencing merata, tak hiraukan orang lain, biasanya nak sampai masa dah ni” kata Mat, salah seorang penghuni Darul Ukhwah.

“Memang, setiap pesakit HIV, dia tidak akan tahu serangan seperti ini, nanti saya dan semua yang ada di sini juga akan melalui perkara yang sama” Mat menambah.

“Kalau macam tu, kita bawa dia ke Hospital sekarang” kata saya.

Penghuni-penghuni yang lain, terus memakaikan baju saudara kita ini, memakaikan pampers dan menguruskan keperluan dan kad-kad hospital, rekod rawatannya.

Semua ibarat sebuah keluarga, yang diikatkan dengan agama yang memerintahkan kita saling berkasih sayang.

Bagi pesakit HIV, hanya ada satu hospital sahaja di Semenanjung ini, iaitu hospital Sungai Buloh. Dua orang dari Darul Ukhwah memangku saudara kita ini di dalam van.

Kami terus memecut ke hospital Sungai Buloh. Sesampai di hospital ini, terus ke bahagian kecemasan.

Sampai ke bahagian kecemasan, salah seorang penghuni terus turun,

“Dari Darul Ukhwah” katanya pada kaunter pendaftaran.

Petugas hospital yang telah mengenali rumah kebajikan ini terus mengambil katil beroda, dan Mat memapah saudara kita ini ke atas katil tersebut.

Kami semua mengiringi hingga ke dalam bahagian kecemasan. Malam ini, bahagian kecemasan tidak sibuk, hanya ada beberapa orang yang kelihatan di atas katil, diberi rawatan kerana kemalangan.

Petugas terus membuat pemeriksaan. Memasukkan air ke dalam badannya, mengambil darah untuk diperiksan dan membuat pemeriksaan di badannya.

Doktor di hospital ini yang telah biasa dengan pesakit HIV bertanyakan beberapa soalan pada sahabat dari penghuni Darul Ukhwah ini.

Setelah menguruskan kemasukkan ke dalam wad hospital, doktor perempuan ini berkata:-

“tak apa, kamu boleh balik dulu, nanti apa-apa hal, kita akan maklumkan” katanya pada kami.

Dalam perjalanan pulang dari hospital, saya tidak banyak bercakap. Hanya terus berdoa yang terbaik untuk sahabat kita ini.

Semoga Allah terus memberi kesihatan dan peluang umur baginya untuk beramal, dan jika ini penghujungnya, saya bersyukur kerana, ia berakhir bersama kita, bukan di dalam naungan gereja tempohari.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

22 Oktober 09 jam 8.40 pagi

IMG_9498

Pendaftaran di bahagian kecemasan

IMG_9499

Semoga Allah terus memberi kebaikan kepadanya

IMG_9501 

IMG_9502

IMG_9503

IMG_9504

IMG_9506

Semoga Allah terus memberi kesihatan dan peluang umur baginya untuk beramal, dan jika ini penghujungnya, saya bersyukur kerana, ia berakhir bersama kita, bukan di dalam naungan gereja tempohari.

Wednesday, October 21, 2009

Jawapan Pada Persoalan 76

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan

Zara Alhamdulillah, sessi ini byk memberi info pd sy. Dapat belajar dari soalan orang lain. Syukran Jazilan Ya Ustaz 2009-10-15 11:56 PM


alhamdulillah


SJ Better cari kaedah lain.2009-10-15 4:05 PM


Citratus Saya tak pasti samada di masa lampau, ada zakat2 yg tak tertunai..terutamanya zakat simpanan. Macamana saya nak cover semula? TQ 2009-10-15 2:59 PM


Anggarkan hingga hati tenang

Citratus Salam, bagi zakat simpanan, saya mengikut kaledar masehi..iaitu setiap bulan Jan. Adakah saya mesti ikut kalendar islam iaitu tiap bulan muharram? 2009-10-15 2:57 PM


Setahun simpanan mengikut kalendar hijrah


Aida Assalamualaikum ustaz. apakah hukumnya jika saya membuka cd Al-Quran utk dengar tapi sekali gus saya terikut2 dgn bacaan tu sdgkan saya takde wuduk. 2009-10-15 2:23 PM


boleh


Guest Ustaz, apa hukumnya jika kita beli dan makan beras yang sememangnya kita ketahui ianya beras diseludup(elak cukai) 2009-10-15 11:02 AM


Syubhat

culatupai Assalamualaikum ! Tertidur seketika (3-5minit) adakah wudhuk batal? 2009-10-16 3:58 AM

tengok cara tidur, jika terangkat papan punggung, maka batal


Zailani apa hukum terima korban, yang diberi oleh commercial bank 2009-10-16 3:54 AM


boleh


Zailani Salam Ustaz. selepas sembahyang magrib, kita keluar kejap, tapi masih dalam kwasan masid, masuk blik untuk isya, kena sembahyang sunat masjid tagi tak 2009-10-16 3:53 AM


Masih dalam kawasan, tidak perlu

Guest salam ustz, brp jum. ank2 jagaan ustaz d i al ijabah skrg? 2009-10-16 3:22 AM


70


Guest Salam ustz,klu akikah ank lelaki n prmpuan adkh jum bhgn lmbu brbeza atau jum bil kmbing brbeza? 2009-10-16 3:20 AM


Kambing dua ekor untuk lelaki, jika korban dua bahagian. Tapi, sunnah akikah ialah dengan kambing

Guest Salam,bgaimana nk ajr ank umr 7 thn yg sk tgking sy n suami n sk mnjwp.ank ini ank agkt. 2009-10-16 3:18 AM


Doakan

Guest Salam ustz,bapa sy x byr fdyh utk puasa yg d tingglkn krn skit. Skrg di a mmpu puasa tp enggan gnti n byr fdyh. adkh sy prlu mlgsaikn sgl fdyhnya apbla dia mniggl nnti?sy ank prmpuan n x bkerja. puas sy nsht tp dia x ambl pduli. 2009-10-16 3:10 AM

Terlepaslah tanggung jawab puan

Guest Salam ustz,apa hkmnya jk ibubapa kt brhtg mgunakn alsn utk kt yg sdg bljr n dia ckp nnti kt yg akn byrkn sdgkn kt x th n x mmpu nk byr adkh kt brdosa? adahal itu hanyalh alsn mrk shj. sy x pasti adkh mrk ada bg sy duit tu.Tp spnjg sy d IPTA sy bkrja p time n bapa amt jrg bg duit.kkk n abg bg. 2009-10-16 3:03 AM


Pelajaran salah satu nafkah yang perlu disediakan oleh ayah. Kita tak wajib membayarnya, tetapi sangat digalakkan untuk membantu ayah membayar hutang tersebut


salman. boleh kah kita makan minum dlm keadaan msih berjunub ustaz? 2009-10-17 5:53 AM


boleh


Abdullah ustaz..ada tak doa utk cepat jumpa jodoh..umur dah 35..tp x de jodoh lg.nak mndi bunga takut haram.risau saya ustaz 2009-10-17 5:51 AM


Teruskan doa


Hasya Nida' Diyanah salam ust, berapa percent jumlah akohol yg boleh dlm pengunaan produk seharian kite misalanya shampoo rambut la katakn... 2009-10-16 8:06 AM


Tengok syor tanda halal dari JAKIM

Guest Ust, apakah hukum jika tak mahu bersalin lagi kerana sy dah 2 x operate. Kalau bersalin lg mesti kena operate lg. Dosakah sy? Sy dh ada 4 anak. 2009-10-16 5:53 AM


Kalau memang dah mudharat, tidak berdosa

Guest Ust, byk ulama yg kaitkn gempa di padang dgn ayat quran, 17:16, 17:58 & 8:52. Pengalaman ustaz disana, bagaimana? Ada kebenarannya ke? 2009-10-16 5:50 AM


Wallahualam


guest salam ustaz, apa hukum memakai syampu rambut yg boleh melebatkan rambut tp dalam masa yg sama syampu tersebut boleh menghitamkan rambut yg beruban? 2009-10-16 5:21 AM


harus jika bahannya halal

AMF ustaz jual la air minirel Uztaz online... senang nak beli 2009-10-16 4:17 AM


Belum lagi, insyaAllah nanti..

Hijau Wali utk perempuan yang bapanya(tiada) & tiada saudara lelaki. Bapanya ada saudara lelaki tetapi berlainan bapa(ibu sama)? maksudnya adik tiri lelaki bapanya (berlainan bapa tetapi ibu sama) Bolehkah? 2009-10-16 4:10 AM2009-10-16 4:09 AM


Boleh, tapi biasanya kalau dah terlalu jauh macam tu, orang pohon wali hakim


myceramah.com Assalamualaikum semua, Jemput ke myceramah.com untuk menonton kuliah. Terdapat ratusan video kuliah disajikan untuk rohani anda! 2009-10-18 2:23 AM


terima kasih


@iman askm,ustaz kenapa surah at-taubah tak boleh baca bismillah? 2009-10-17 2:30 PM


Sebagai penegasan terhadap kisah di dalamnya


Lin sy menegur ibu sdr krn kemungkrn dlm umh nya. krn ego beliau akan myakiti hati sy tiap kali jumpa. takut sy mgkn hilang sabar, sy menjauhi diri. 2009-10-17 10:37 AM


Boleh dan telah selesai tanggung jawab anda


Lin Salam, blhkh sy pegang n baca quran dirumah dgn berwuduk tapi x tutup aurat dgn sempurna. 2009-10-17 10:30 AM


Boleh tetapi kurang adab


Pencari Kebenaran Salam ustz..1)Zakat pendapatan kena kluar secara bulanan atau tahunan?..2)Utk zakat wang simpanan,bape inggit kena ada dlm bank baru kena kluar zakat?2009-10-17 9:25 AM


Ada dua pendapat, yang berpendapat kena bayar bulan kerana zakat pendapatan diibaratkan seperti kita mendulang emas, dapat terus kena bayar.

Zakat simpanan RM 5000


nor ustaz.berapakh nilai @jumlah wang simpan yg ptut d kluar kan zkat skg ni.?nk tnya tpt zakat sini x de ustaz. 2009-10-17 6:04 AM

2.5 %


azri bapa saya benci saya dan x pernah peduli dgn saya.dan sya d besarkan oleh kluarga angkat selepas ibubapa sya brcrai.dosakah sya jika x jumpa bapa sya 2009-10-17 5:59 AM


berdosa


JJ saya ni cepat putus asa n lemah semangat dlm soal ibadah..kerja.belajar.apakah cara utk menanganinya? 2009-10-17 5:55 AM


Banyakkan baca selawat tafrijiyyah


Guest Assalamualaikum w.b.t . Apa hukum apabila kita sudah berniat untuk puasa ganti dan puasa sunat , tetapi apabila seminit dua sahaja subuh tiba ... 2009-10-18 10:33 PM


Sah

ahmad Assalamualaikum ustaz, ana xbrpa arif tntg istilah Rawahu al-sittah, Rawahu al-Syaikhan, Muttafaqun 'alaih, Hasan sahih, Hasan gharib, Tafarrada . 2009-10-18 2:20 PM


Panjang nak terang tu. Tapi itu semua istilah di dalam ilmu hadith, buku pun banyak ada, boleh cari..

Doraemon Salam Ustz, terkini sy melihat CIMB ada menawarkan kad kredit dgn konsep Ujrah. jika dibandingkan dgn konsep bai al inah dr sudut syariah.. mana lebih baik? 2009-10-18 12:36 PM


Ujrah lebih baik

Nafis Saya nk bertanyakan tentang hukum membayar zakat melalui sms..apakah hukumnya..?dan harap ustaz dapat mengeluarkan hujah-hujahnya dengan terperinci 2009-10-18 11:11 AM


Dah ada fatwa mengharuskan

Guest Sya kan ke luar negara selama 10 hari untuk melancung,boleh kah saya jamak sembahyang saya selama saya disana?kerana saya akan berada diluar kebanyaka2009-10-18 7:37 AM

Kalau memang sentiasa di dalam perjalanan, maka boleh

ribuanceramah Salam. Koleksi kuliah dan ceramah ASWJ link 2009-10-18 5:28 AM

terima kasih

insan musykil-part1 as'kum ustz.Mcmna jika seseorang pernah mengiyakan bhwa dia anut kristian apabila ada org tnya dia"Islam@Kristian"?Tpi,lps tu dia tunai solatJumaat. 2009-10-19 8:06 AM


Taubat balik. Solat itu sendiri akan memperbaharui iman. Di dalam solat ada syahadah

Guest Ustaz, apa hukum berpelukan/cium antara adik beradik lain jantina, pd yg dah kahwin & belum kahwin. Yg dah kahwin kadang2 pasangan tak selesa lihat peluk/cium yg dimaksudkan ni selalunya pada masa bertemu & berpisah 2009-10-19 6:30 AM


Adik beradik tak apa


Muhamad Hanis Bin Haji Mat Safar askum,ustaz.betulkah tnda2 awl kiamat dah muncul pda wktu skrg nie.timer kasih.askum. 2009-10-19 3:16 AM


Yang kecil dah, yang besar belum

BARD ust,adakah memotong kuku boleh hanya pada hari tertentu sahaja@bila bila dari segi hukum 2009-10-19 2:16 AM

Bila masa boleh, Cuma dari sudut adab dianjurkan hari tertentu seperti jumaat


BARD semasa dalam pejalanan (>90km)saya jamak tkdim dan saya sampai ditempat tinggal saya waktu isyak belum masuk lagi.apa perlu saya lakukan? 2009-10-19 1:25 AM


Kalau waktu belum masuk kena sembahyang balik

BARD apa beza MASTAUTIN dan MUKIM? 2009-10-19 1:20 AM


Mukim tempat tinggal asal, mustautin tempat tinggal yang melebihi tiga hari

a'in ustaz,ap beza antara 'subhanallahiwabihamdik' dgn 'wabihamdih' 2009-10-19 12:36 AM


dengan pujian kamu, dengan pujian dia


Guest ...saya batalkan niat untuk berpuasa , jadi adakah saya berdosa ? apa patut saya lakukan ? InshaAllah , terima kasih . ( Kiranya saya teruskan makan sahur kerana makanan sudah tersedia ) 2009-10-18 10:34 PM

Kalau puasa sunat tak apa, kalau puasa wajib, tak boleh


riah akum, ust sy alami gangguan makluk halus. ust boleh merawat ker? bolleh cadangkan sesape yang boleh? tolong ye ustaz 2009-10-20 1:11 AM


Darul Syifa'


Zara Slm, sy terharu Ustaz sabar mendidik anak2 yatim. Sy rasa sungguh kecewa bila anak lelaki,13thn asyik memberontak 2009-10-19 11:49 PM


Sabar dan terus doakan


suhaimi ramly saya cadangkan iklan al-ijabah di atas ni, biar boleh klik ke website al-ijabah 2009-10-19 2:38 PM


insyaAllah


aiman at jb salam ustaz.camna nak pandai 2009-10-19 2:28 PM


banyakkan membaca dan berimanlah

hr assalamualaikum ustaz.. bolehkah seseorang memohon zakat bagi asnaf fakir maskin sedangkan dia mempunyai tenaga dan mampu mencari rejeki? dan minta zakat bagi al-gharimin untuk membayar hutang kereta?


Kalau ada tenaga dan dah berusaha tetapi memang tak cukup maka layak zakat. Orang yang berhutang yang layak mendapat zakat ialah hutang kerana agama seperti berhutang untuk membina masjid

Guest salam ustaz..perlukah rumah yg pernah diduduki oleh kaum china di samak terlebih dahulu sebelum diduduki oleh penyewa Islam?? 2009-10-19 8:14 AM


sebaiknya


usykil-part2 SlmUstz.Psl masa sekolah rndah,dia bljr kat skolah yg adabudakKristian.Wktu tu,dia selalu t'dgr bisikan hasut masukKristian.Lgpun,culas solat Selain mengiyakan bhwa dia anut kristian td,dia pernah berhds besar,tp lupa mndi wajib.Lps tu,dia akad nikah.Sah tak?Dlm Islam lg ke dia?tq. 2009-10-19 8:10 AM


bisikan memang sentiasa wujud, jangan mengiyakan, kena banyak istighfar, orang yang berakad dengan keadan berhadas besar, sah nikahnya


Siddiq Ustaz, ape crite trbaru psl umah anak yatim kt sungai buluh tu? 2009-10-20 5:24 AM


Nanti saya ceritakan waktu dekat ini


Guest ustaz, ingin bertanya apakah hukum membentuk kening samada, cukur, cabut atau threading. 2009-10-20 4:17 AM


Boleh jatuh haram


salam cerita dn gmbr ustaz bersama-sama anak2 yatim, adakah uztz belum bekelurga 2009-10-20 2:49 AM


sudah, alhamdulillah


Darling05 Saya terjumpa dlm dalam pencarian saya mengenai doa2 dan ayat al waqiah. Boleh kah kita mengamalkannya 2009-10-20 1:55 AM


Boleh

Darling05 Salam, Ustaz, saya nak tahu pendapat ustaz tentang mengamalkan doa nurun nubuwwah. 2009-10-20 1:54 AM

Boleh, itukan doa


rindu rasanya sebab wajah ustaz menyejukan mata salam ustaz dah lama tak tengok wajah ustaz kat tv 2009-10-20 2:38 PM


tak kena time kot…


khalidalwalid sah kah sembahyang saya jika tgh baca tahiyat awal saya teringat dah baca dah tadi tp saya teruskan sembahyang dan sujud syahwi 2009-10-20 2:31 PM


sah, bacaan tahyat awal itu sunat hukumnya


khalidalwalid ada ustaz diradio dlm rncgn soaljawab agama sering naik angin kalau ada pendengar yang membahas jawapannya seolah olah tak mahu dengar pendapat org l 2009-10-20 2:26 PM


ustaz ada macam-macam


mohdfirdaus asalam ustaz.. kalau boleh, minta ustaz uploadkan video adik2 ijabah berselawat. boleh ikut skali.. tq 2009-10-20 12:58 PM


insyaAllah


Ingintahu salam ustaz, apakah doa yg dapat mencegah hati dari perasaan hasad dengki atau cemburu apabila mendengar cerita atau lihat org yg berjaya ? 2009-10-20 9:28 AM


Selawat syifa'


Ingintahu salam ustaz, bolehkah buku2 yg ada ayat al-quran seperti buku teks sekolah agama di buang kerana dah terlalu uzur ? 2009-10-20 9:22 AM


bakar dan buang abunya dengan hormat


Guest assalam ustaz, bolehkah saya basuh rambut yg gugur sblm saya suci dr uzur krn ditakuti rambut itu x sempat dibasuh semasa mandi hadas 2009-10-20 9:15 AM


Sebaiknya bersama ketika mandi


Guest Ustaz, jika ke masjid & waktu subuh hampir masuk, solat mana yg patut buat, tahiyatulmasjid atau tahajjud, nak buat dua2 x sempat? 2009-10-21 4:33 AM


Tahajjud dan akan terangkat tahyatul masjid


khalidalwalid betulkah org kata kalau kita hilang tabiat tu tandanya nak mati 2009-10-21 4:16 AM


wallahu alam


morazas Hukum Akaun Pelaburan Emas d PublicBank@Maybank?FYI, Akaun Pelaburan Emas tidak diletakkan di bawah perbankan Islam.Jawapan Ustaz Zaharuddin tak jelas 2009-10-21 4:12 AM


Tanya sendiri di blog beliau, saya belum kaji secara detail lagi bab ini


Guest apakah hukumnya sembahyang suboh anak saya diabangun pagi ambil wudu dan terus sembahyang tanpa mandi dan bersuci bukankah air liur basi itu najis 2009-10-21 4:05 AM


Air liur yang najis ialah yang keluar dari perut, sebab itu jika tidur duduk, air liur itu tidak najis, jika berbaring ada kemungkinan ia najis. Jika najis tak dibasuh maka tak sah solat

Darling05 Betapa Islam di Malaysia telah di perkotak katikkan oleh bangsa lain dengan begitu mudah dan apakah peranan kita sebagai orang "Islam" Ustaz, bagaimana cara kita untuk membantu membentras gejala ini 2009-10-21 1:58 AM


Bukan orang kafir sahaja, orang Islam sendiri…

Darling05 Salam Ustaz. Hari ini jiwa saya amat tersentuh bila mana saya mendapat email mengenai Lina Joy yg telah merjaya dalam mendapatkan perintah mahkamah. 2009-10-21 1:57 AM


Cek balik berita itu sebab dia sebenarnya gagal


Guest Salam ustaz,adkh dikira mmutuskan siratulrahim jk sy prnh bgaduh ms di IPTA dl n tdk brbaik n x jmpa dh sbb dh hbs bljr. sy elk sbb dia brk akhlak. 2009-10-21 1:48 AM


Niatkan untuk menyapanya jika bertemu


Ancak salam ust bole x klau kte smbhyg sunat rawatib dn qada secara duduk kerana penat tapi bila sbyg fardhu kte brdiri mcm biasa. apa hukumnya ustaz. tksh. 2009-10-20 10:20 PM


Solat sunat boleh duduk, solat yang wajib termasuk qada kena berdiri


fareez macamana nak buat hibah adakah perlukan saksi kalaudah hibah faraid dah terbatal duit epf boleh dihibah ko 2009-10-20 2:44 PM


sebaiknya ada saksi, jika dah hibah, maka tak adalah harta itu untuk difaraidkan

Wallahu alam

Semoga menepati kehendak soalan

"Pertanyaan Kunci Pengetahuan"

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam 21 Oktober 09 jam 7.45 malam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...