Habis solat Maghrib 29 Ogos 09, saya berjalan pulang ke hotel Fairuz Shattah untuk makan malam. Saya melalui lorong-lorong untuk ke hotel. Memang banyak orang yang menjual tudung, baju, jubah, jam dan sebagainya.
Seperti biasa, mereka akan menyapa setiap orang yang lalu lalang di situ hingga ada antara mereka yang boleh bertutur serba sedikit di dalam bahasa Melayu.
“Murah-murah, sepuluuh, sepuluuh” kata mereka dengan pelat Arab.
Hari ini, tiba-tiba mereka semua bekemas dengan pantas, membawa lari barang dagangan. Rupanya sekumpulan polis datang.
Mereka semua lari lintang pukang, hingga kadang-kala tidak menghiraukan barang yang terjatuh.
Jatuh di hadapan saya ialah sehelai kain tudung. Saya mengambilnya dan mengejar mereka untuk memberikan kembali kepada mereka.
Saya pula seperti mereka, mengejar mereka seolah-olah ingin lari dari polis.
Sampai pada mereka, saya terdengar mereka berbual sesama sendiri:-
“Khalas, ba’id… ba’id…” (dah-dah, dah jauh, dah jauh..)
Begitulah keadaan para peniaga tanpa lesen di sini, keadaannya akan-akan sama dengan peniaga kaki lima di jalan masjid India di Kuala Lumpur.
Berniaga, dikejar dan lari, kalau nasib tidak menyebelahi, ditangkap dan diangkut barang-barang sekali.
Tapi, kasih sayang Allah, rezki tetap ada dan dicukupkan. Sebab itu, dalam mengharungi hidup ini, tidak perlu kita risau percaturan rezki dari Allah.
Ia akan tetap ada dan ia akan sentiasa dicukupkan. Yang membuatkan kita tidak rasa cukup ialah rasa tamak di dalam diri kita.
Jika keperluan sebenar, makan, pakai dan tempat tinggal, akan sentiasa dicukupkan oleh Allah. Kita mungkin tidak sesusah peniaga di sini, tapi keluhan menyebab kita rasa lebih susah dari sesiapa yang susah di dunia ini.
Sebab apa?
Sebab apabila susah itu, melupakan kita pada Allah. Kita rasa, susah itu menjadi sial di dalam hidup. Kita lupa bahawa, susah kita, ada kesenangan yang tidak kita perasan.
Susah harta, tapi kesihatan bagus, kesihatan tidak bagus, keluarga bagus.
Kenapa susah jadi besar?
Kerana kita yang membesarkannya.
Besarnya susah hingga lupa kebesaran Allah.
Akhirnya, susah itu menyebabkan kita terhina. Hina bukan susah, tapi hina kerana semakin jauh dari Allah.
Semoga, Allah memberikan kesenangan hati di samping kesenangan lahiriah yang kita ada. Agar senang dengan iman, susah dengan iman, akhirnya bahagia kita dengan iman.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
29 Ogos 09, jam 11.00 malam
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 2 September 09, jam 9.30 pagi
Para peniaga yang lari di kejar penguat kuasa
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment