Tuesday, July 14, 2009

Diari 88 - "Alhamdulilllah, Pasukan Ini Semakin Ramai"

“Ustaz, ada orang nak jumpa”, kata pekerja saya.

“Suruh dia masuk” kata saya.

Rupanya, wartawan dari Malay Mail datang bersama juru gambarnya.

Kemudian datang lagi tiga orang . Kali ini dari surat khabar Sinar pula.

“jemput duduk semua” kata saya.

Hari ini, 13 Julai 09, kami akan mengunjungi gereja yang menempatkan saudara seIslam kita. Ramai juga yang akan ikut hari ini, dan hari ini akan ada seorang lagi yang akan dikeluarkan dari sini.

Tak lama selepas itu datang pula, Syahril Kadir (www.syahrilkadir.wordpress.com) dengan tiga orang sahabatnya.

Kami berkumpul di Seksyen 9 Shah Alam.

Lebih kurang jam 2.00 petang, kami bertolak ke gereja ini.

Satu kumpulan lagi iaitu, Shahabudeen Jalil (www.shahabudeenjalil.com) dan Abang Mohd Hasyim (www.ibnuhasyim.com) akan bertemu terus sana.

Di dalam perjalanan hati saya tidak putus-putus mengucapkan syukur pada Allah. Alhamadulillah, ramai juga yang nak sama-sama di dalam perkara ini.

Sesampainya kami di sana, kami di sambut oleh pihak pentadbiran. Semua penghuni beragama Islam dikumpulkan dalam satu dewan. Kami semua berbual-bual dan ahli rombongan mendapatkan gambaran kehidupan mereka di sini.

“saya dulu, tak boleh bangun, tak ada orang pun nak pedulikan saya. Pihak gereja ini yang ambil kami dan jaga kami” kata salah seorang dari penghuni.

“Aduh.. satu tanggungjawab yang kita terlepas pandang” bisik hati saya.

Apa pandangan kita pada perkataan ini? Siapa yang tak patut? Pihak gereja, pengucap atau kita?.

“Kalau ada orang Islam yang buat, kami nak ikut, cuma kami harap ia dapat dibuat dengan baik” salah seorang dari penghuni meluahkan perasaannya.

Saya tak berkata walau sepatah pun. Walaupun ada antara penghuni berkata di akhir pertemuan :-

“Ustaz, bagilah tazkirah sikit”

“InsyaAllah, sabar ye, saya tak terkeluar apa perkataan di sini” kata saya.

Adakah saya nak jadi pengucap yang berdegar-degar di dalam gereja ini? InsyaAllah, setelah mereka keluar, kita susunkan program terbaik buat mereka. Pada ketika itu, barulah ada nilai setiap perkataan yang diucapkan.

Setelah pertemuan tamat, ada antara kami yang menemui pihak pentadbiran:-

“Perbelanjaan kami di sini sebanyak 473 000 setahun. Kerajaan beri 200 000, bakinya persatuan kristian beri” kata pentadbir di sini.

“Taklah banyak kalau nak usahakan” kata saya dengan sahabat dari akhbar Sinar.

“Hujung minggu ini, ada dua orang sukarelawan dari Prancis yang akan datang berkhidmat di sini,” kata pentadbir ini lagi.

Kita bukan tak ada tenaga sebenarnya. Kita orang Islam ramai tenaga. Cuma mungkin, tak ada yang nak mewar-warkan. Kalau ada, saya yakin, banyak yang akan bersama-sama.

Di akhir pertemuan, ada seorang lagi penghuni yang ikut kita. Alhamdulillah. Syukur. Setakat ini, kita memerlukan sebuah rumah.

Rumah yang kita dapat baru-baru ini, tidak jadi diambil. Tuan rumah tidak jadi menyewakan kepada kami.

“tak apalah, kita usahakan yang lain” kata saya pada Kak Liza.

Kami mula meninggalkan gereja ini jam 4 petang. InsyaAllah, hari Rabu ini, kita akan keluarkan seorang lagi. Apa yang penting ialah, tempat yang bakal disediakan perlu setaraf atau lebih baik. Ia memerlukan dana bagi tujuan tersebut.

Semoga, Allah terus membantu, dan semoga semakin ramai sahabat seIslam di luar sana yang ingin bersama-sama di dalam usaha ini.

Bukan untuk nama, tetapi untuk mencari keredhaan Allah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Selasa 14 Julai 09 jam 7.26 pagi
Kami mula berkumpul di Shah Alam bermula jam 12.00 tengah hari
Alhamdulillah, hari ini, semakin ramai yang akan bersama-sama
Semua khusyuk mendengar luahan dari penghuni
Semoga pertemuan membuahkan gerak kerja

Tidak dinafikan, pihak di sini menjaga mereka dengan baik. Gambar ialah penghuni sedang dipotongkan rambut.
Ini dia, orang paling "panas" dalam blog saya. Alhamdulillah, terima kasih kerana hadir
"Ustaz, berilah tazkirah sikit" kata penghuni ini. Tapi secara jujur, saya memang tak terkeluar apa-apa perkataan di sini.
Sahabat dari Akhbar Sinar
"Kena usahakan cepat ni", perbincangan dari dalam sampai ke luar pagar. Kalau tak ada tindakan tak tahu lah..Syahril Kadir (www.syahrilkadir.wordpress.com), dan sahabatnya. Semoga pertemuan menjalinkan ukhwah dan semoga nanti akan dikumpulkan di tempat yang lebih baik di akhirat, amin...

3 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Jika boleh saya tau rumah yg bagaimana yg diperlukan?? Adakah rumah banglo yg sedikit privacy dan besar atau rumah teres juga diterima?

wasalam.

Ustaz Amin said...

bagi pesakit seperti ini, terbaik rumah bunglow.

Anonymous said...

ustaz,kalau pegi tempat orang hormatilah tempat itu. walaupun is nya gereja tapi mereka telah sanggup menjaga orang islam.sewaktu ustaz bwak bloggers dan wartawan2 ni banyak
pihak yang tak suka cara ustaz seperti menceroboh,mengambil gambar cross/chapel,ustaz telah mengecewakan maj aids,kpwkm,kementerian kesitahan,hospital,st john church bukit nanas,nak buat sesuatu pikir lah dulu,bukan nak dapat nama

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...