Monday, September 21, 2009

al-Ijabah 28 – Kisah Mercun

Antara perkara yang agak mencabar bagi saya untuk menguruskan, ialah menguruskan duit sedekah pada anak-anak yatim yang diberi sendiri pada tangan anak-anak ini ketika Ramadhan.

Memang ada orang yang rasa puas memberikan sedekah pada anak-anak yatim, tetapi kadang kala, anak-anak ini kurang matang di dalam menguruskan duit sedekah mereka.

Kadang kala, boleh merosakkan mereka.

Pernah satu ketika, mereka mendapat duit sedekah begitu banyak, ketika balik dari cuti hari raya, macam-macam yang dibelinya.

Anak-anak Ijabah, insyaAllah dijaga dengan menekankan pendidikan dan akhlak mereka.

Baru-baru ini, ada di antara mereka yang membeli mercun dan bunga api. Kadang kala, ada juga orang yang, dengan niat menggembirakan anak-anak yatim, membelikan mereka bunga api.

Oleh kerana memang telah ada, jadi saya telah membuat peraturan, jika mahu main, hendaklah ditempat lapang dan waktu-waktu tertentu sahaja secara beramai-ramai dengan pengawasan warden. Yang meletup dan berbahaya, tidak dibenarkan sama sekali.

Semua para warden pun dipesankan untuk menjaga hal ini.

Tapi fitrah budak yang memang nak banyak bermain. Secara sembunyi-sembunyi, main juga.

Kadang-kala tergelak juga saya melihat gelagat mereka.

Satu hari, oleh kerana nak bermain sangat, dan biar tak diketahui warden, mereka diam-diam membakar bunga Api yang ada pada mereka secara sembunyi-sembunyi.

Untuk tidak dilihat, setelah membakar, mereka menyampakkan bungi api itu ke bawah kereta warden.

Bagi mereka, kononnya, itulah cara paling selamat bermain bunga api tanpa diketahui oleh warden.

Ya Allah, nasib baik, perkara ini dilihat oleh Ibu saya.

Memang itulah cabaran menjaga anak-anak ini. Walau apapun, saya gembira melihat mereka sentiasa gembira bersama al-Ijabah.

Cita-cita saya dan seluruh sahabat yang bersama-sama, agar mereka berjaya di dalam pelajaran dan hidup seperti mana orang yang mempunyai ayah berjaya.

Saya selalu ulangkan pada mereka:-

“Hari ini, kita dikumpulkan di rumah al-Ijabah ini, saya harap 15 tahun, 20 tahun dari sekarang, saya akan berkumpul dengan kamu semua di Dewan Parlimen, di Dewan Perniagaan Antarabangsa, di Dewan Pembentangan Antrabangsa. InsyaAllah, asalakan kamu semua berusaha bersama-sama saya untuk meningkatkan diri kamu, semoga Allah tetap bersama kita semua”

Saya doakan seluruh mereka berjaya, sama ada anak yatim mahupun tahfiz al-ijabah. Semoga kegembiraan mereka akan menjadi kegembiraan kita di dunia dan lebih-lebih di akhirat nanti.

“Mencari Kepulangan Yang Diredahi’

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Selayang

21 September 09 jam 12.30 tengah hari

IMG_4414

IMG_4415

IMG_4416

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...