Satu hari sebelum bertolak, saya dimaklumkan oleh Dr. Tatiana bahawa beliau tidak ada di
27 Mac 09 jam 11 malam, saya, Helmi, Afiq dan Azam bertolak ke St. Petersburg dengan menaiki kereta api. Perjalanan ke
Kami merentasi gunung dan kawasan berbukit. Susana di luar sangat sejuk tetapi di dalam gerabak suhunya ialah 22 darjah celcius.
Pelayan yang memakai baju seragam berwarna biru tua melimparkan senyuman kepada kami. Teh di dalam kereta api ini berharga 20 Rubel bersamaan kurang lebih dua ringgit.
Sesampainya di sini, kami di sambut oleh dua pelajar kejuruteraan kapal iaitu Nasir dan Amin.
Malam ini, saya sempat berkuliah bersama pelajar-pelajar kejuruteraan kapal di sini. Malam ini setelah kuliah, saya menghubungi Dr. Tatiana.
Tidak lama selepas itu, Dr. Tatiana menghatar mesej kepada saya.
“Tadi x dengar. Untk ape nak nbr fone dr Alexander? I dah cakap dn die sehari lalu, katanya sdng sibuk susun kamus x ade masa unk kerja lain”
Saya berbisik di hati saya,
“aik..! semalam kata tak ada, hari ini kata tak nak jumpa pula. Mmm.. jangan jangan memang tidak sudi jumpa kot..”
Selang beberapa ketika, Dr.Tatiana menghantar sebuah mesej lagi,
“Handphone Alexander - **** **** ***, boleh hubungi dia unk dapat tahu ttng manuskrip melayu kuno”
* no saya tidak nyatakan atas tujuan menjaga hak peribadinya
Keesokkannya harinya, Ahad 29 Mac, saya
“kamu sekarang di mana ni?”
Saya menyatakan bahawa saya berada di penempatan pelajar Malaysia di St. Petersburg.
Kemudian dia berkata,
“baiklah, bolehkah bertemu saya di….”
Cepat-cepat saya memberi telifon kepada salah seorang pelajar Melayu di sini.
“Okey Ustaz, saya tahu tempatnya,” Kata Zack pada saya.
Jam menunjukkan pukul 10.30, kami mula bertolak ke tempat yang diberitahu.
Ketika melangkah masuk, Dr. Alexandra mengambilkan baju sejuk saya dan menyangkutkannya. Gayanya seperti ayah-ayah.
Beliau menunjukkan saya kajian-kajiannya dan sekarang memang beliau sedang sibuk menyiapakan kamus Bahasa
Kami memulakan perbualan mengenai bahasa Melayu. Dr Alexandra menyatakan mengenai keindahan bahasa Melayu yang tinggi maknanya.
Saya teringat mengenai kisah seorang sahabat yang dipesan oleh datuknya. Jika hendak merantau maka jagalah pisang sesikat dan jarum di dalam diri kamu.
Setelah cuti semester pertama, maka dia bertanya pada datuknya, apakah makna pisang sesikat dan apakah makna jarum dalam diri.
Jarum dalam diri ialah lidah kerana lidah sebenararnya lebih tajam dari jarum. Di tempat orang, hendaklah sentiasa menjaga lidah.
Dr Alexandra berbual dengan saya mengenai sejarah dan kebudayaan di Nusantara.
Dia menunjukan kitab Sulalatus Salatin yang telah diterjemahkan dan diterbitkan di dalam bahasa Rusia. Mereka mempunyai manuskrip asal kitab ini.
Saya berbual dengannya dan dia memberitahu saya mengenai tulisan Aksara, tulisan Melayu kuno sebelum wujudnya tulisan jawi. Ia penemuan lama, sudah lebih sepuluh tahun.
Dia menerangkan kepada saya mengenai penemuan barunya iaitu satu undang-undang bertulis Melayu yang baru ditemui di dalam bahasa Aksara. Ia undang-undang Melayu lama.
Jika ia dapat dikaji dengan baik, ia akan mengetepikan bahawa orang Melayu tidak menulis undang-undang. Manuskrip ini mempunyai lebih dari 100 helai.
Jika ini terdedah, maka akan berubahlah fakta sebelum ini yang mengatakan orang Melayu tidak mempunyai undang-undang bertulis. Hanya adat yang diturunkan dari generasi ke generasi. Setakat yang ditunjukkan kepada saya, undang-undang bertulis itu mirip dengan ajaran Islam.
Contohnya seperti, sesiapa yang menendang orang lain maka dia perlu membawakan makan dan minum.
Jika sesebuah bangsa telah mempunyai tulisannya sendiri, telah mempunyai undang-undangnya sendiri, bermakna, bangsa itu adalah satu bangsa yang mempunyai tamadun yang tinggi.
Tetapi kenapa kita tidak tahu semua ini? Kenapa manuskrip-manuskrip ini berada di luar Nusantara? Kenapa seolah-olah ada konspirasi menyembunyikan sejarah bangsa ini? Kenapa hindu dan budha yang pernah ditonjolkan sedangkan Melayu mempunyai jatidirinya. Kenapa Islam dikatakan lambat datang ke sini? Lambat atau sejarahnya dihilangkan? Kenapa dihilangkan? Apakah yang sangat ditakuti pada bangsa ini? Adakah benar bahawa Islam itu akan bangkit dan ia bermula dari timur jauh ini? Jika benar, adakah itu tujuan utama dihilangkan sejarah bangsa kita, agar bangsa ini dipisahkan dari Islam atau hilang jatinya?
Persoalan-persoalan itu bermain di benak pemikiran saya. Saya sudah menemui titik-titik penyambung sejarah bangsa Melayu.
Saya yakin, Islam bermula lebih awal dari apa yang diberitahu kepada kita. Dan saya yakin, jati diri bangsa ini, tidak boleh dipisahkan dari Islam.
Jika kita menerima bahawa Islam lambat ke Nusantara, maka jatidiri Islam dalam darah orang
Melayu tidak akan dipedulikan.
Sesungguhnya, Islam menguatkan semua bangsa. Nilai dan jatidiri orang Melayu dibentuk dari ajaran Islam yang syumul. Orang Melayu yang menolak Islam akan menyaksikan hilangnya jatidiri dalam hatinya. Bermula dengan mempertikai, akhirnya akan memaki bangsa sendiri.
Sesungguhnya Salman al-Farisi, Abu Huzaifah al-Yamani, Saad al-Ghifari dan lain-lain para sahabat berasal dari suku dan bangsa yang berbagai. Tetapi, mereka disatukan dengan satu nama. Mereka adalah muslim, mereka menyembah Allah Yang Satu dan mereka menurut syariat yang satu.
Jika semua bangsa menjadikan Islam sebagai keutamaan, kita akan melihat lahirnya sebuah bangsa besar. Bangsa Muslim yang sentiasa mahu kebaikan dan mengcegah kemungkaran.
Perkara ini yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran :-
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran 110)
Inilah Bangsa besar hamba Allah dari Ummat Rasullullah.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
308, Hostel Kahovskaya Moscow Medical Akademi
30 Mac 09 jam 11.15 malam
Menerangkan kepada kami yang hadir mengenai Melayu dan Nusantara
Menunjukkan kepada saya kajian-kajiannya mengenai Nusantara
Kitab sejarah Melayu yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia
Senarai kajian-kajian bermula tahun 1950an lagi
Manuskrip Melayu terkini yang dikaji, undang-undang bertulis bangsa Melayu di dalam tulisan Aksara
Mereka telah terjemahkan tulisan ini
63 comments:
la ilaha illalloh..
keterujaan saya terhadap sejarah makin membuak-buak.
Sungguh, ini subjek yang paling saya suka.
Duduk di sini tidak tahu tersimpannya sejarah bangsa kita di sini.
begitulah resam kehidupan, besi perlu diberikan pada tukang besi, emas perlu diberikan pada tukang emas.
terima kasih ustaz diatas perkongsian ini.
Jazakallahu khairan, ya ustaz atas pencerahan ini! Terbaik! Islam sistem hidup kita, Islam bangsa kita! =P wallahualam..
sewaktu orang Melayu guna aksara tu (jika macam yg ustaz kata), orang melayu masih agama Hindu lagi pada waktu itu.
Orang Melayu masuk islam dan guna tulisan jawi... bukan aksara.
Aksara ini asalnya dari sanskrit dan tamil.
toksah buang masa kaji benda alah nie la.. kaji cara nak kembangkan ajaran islam dan cara meningkatkan kualiti pengamalan islam dalam masyarakat islam.
dok kaji bila sampai islam.. bila sampai islam.. memang tak ada faedah yg banyak.
lagipun penemuaan makam atau kubur bukan bukti kukuh islam tu sampai dan tersebar. Benda ini bukan kerja 2-3 hari.. ini kerja bertahun-tahun lamanya.
Kalau ustaz tahu sekalipun.. apa sangat yang ustaz nak buat ??? syok sendiri ?? membuang masa.
Kalau betul sekalipun, tamadun Melayu adalah sama hebat dengan tamadun Parsi atau Rom (sesuatu yang mustahil).. jadi apa masalahnya sekarang?
Kalau ustaz nak berkeras juga, ada beberapa kaedah
1. Teruskan mencari dan menghabiskan masa dan duit.
2. Reka cipta sendiri manuskrip palsu atau sebarkan penemuan2 yg tak ada.
3. Ini mungkin kaedah yg lebih baik.. buat perkaitan dengan benda yang tak ada kaitan. contohnya macam ustaz kata hukuman Islam iaitu kalau kena tendang, bawakan orang lain makanan pastu benda ini seolah2 macam kifarah dan sedekah...
kaitkan tiga titik yg jauh menjadi satu.. he he he.
Secara tak langsung, ustaz dah cuba buat sesuatu yang org tak buat atas asas yang rapuh..
memang ramai orang suka berpegang pada asas yang rapuh, sebab benda macam ini lebih menarik untuk dipercayai.
Cuba fikir-fikirkan..
(lepas nie ramai la badut2 kat sini yang akan memulakan hujah2 tin kosong dan serangan peribadi. sekadar ramalan)
Saya akan menulis tajuk khas mengenai kedatangan Islam di Nusantara.
Tulisan jawi hanyalah setelah Islam membina pemerintahan di Nusantara. Sebelum itu, Aksara digunakan. Buktinya, undang-undang bertulis Melayu yang saya lihat ada pengarauh Islam dan tidak ada pengaruh hindu.
Penjajah berjaya memesongkan fakta bahawa ketika zaman Sriwijaya dan Majapahit, seolah-olah semua Melayu adalah hindu dan budha. Padahal ramai komuniti Islam telah wujud cuma belum sampai pembentukan negara Islam.
Tulisan Undang-undang yang baru didedahkan membuktikan bahawa Islam telah ada di zaman Sriwijaya lagi.
Ketika saya belajar undang-undang Islam di UIAM, kami masih membincangkan "melayu tidak pernah ada undang-undang bertulis, bangsa kurang tamadun sebab tidak ada undang bertulisnya sendiri.
"Barat berjaya serapkan undang-undangnya kerana undang2 mereka lebih hebat." Ini dalam pembelajaran peringkat Sarjana.
Implikasinya, kita seolah-olah patut menerima undang-undang barat dari Islam yang ada pada Melayu.
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap hal ini tidak penting, saya tetap mengatakan ia penting kerana ia berkaitan dengan penipuan sebuah tamadun bangsa.
Ustaz Amin boleh masuk
www.sejarahnagarakedah.blogspot.com
p/s Bangsa Cina hebat sebab mereka bangga dengan sejarah Ketamadunan mereka yang berusia 2000 tahun, bangsa Arab digeruni oleh barat sehingga sanggup melalaikan mereka dengan duniawi kerana barat tahu akan kehebatan Arab dalam menyebarkan Syariat Islam..
Orang Melayu lemah sebab tak tahu dari mana asal usul mereka..sekadar sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang tumbang kerana lawan meriam pakai keris (tu pun kalau betol)
salam..
sokong ustaz mgkaji tentang tajuk tersebut..
kepade shahabudeen jalil..
mgkaji sejarah membantu mengelakkan drpd melakukan pekare sama berulang.. ok la drpde ustaz kaji akademi fantasia ke, one in a million ke,.. malaysian idol ke.
stiap pekare msti ad baik dn buruknye..
(ta kesa la na kate org badut.. kje halal gak tu..)
salam ustaz amin n semua
saya sokong usaha ustaz untuk mengkaji tulisan aksara ini. ini menunjukkan orang melayu sudah maju dan bertamadun. walaupun mungkin tulisan aksara ini diambil dari tulisan tamil dan tulisan jawi dari tulisan arab. tapi orang melayu telahpun mempunyai kehidupan yang mengikut undang2. itulah sejarah yang patut kita cari,gali n jaga supaya semua orang tahu yang orang melayu adalah bangsa yang berpendidikan.
salam,
jika kita ke selatan thailand, masih terdapat pengajian Islam di mesjid2 didalam bahasa dan tulisan thai. Begitulah juga dengan bangsa2 terpilih yang lain di serata dunia. Itu tidak hairanlah kerana itu bahasa pada bangsa mereka.
Pasti lah bangsa melayu mempelajari islam awalnya dengan bahasa yang mereka faham dan kemudian menerima jawi sebagai bahasa kepada bangsa mereka. Tetapi sayangnya kejawian yang ada pada bangsa melayu ini telah semakin terhakis malah hampir padam buat selamanya.
Apa sebabnya ya? Mungkinkah bangsa ini tidak pernah mahu mengkaji sedalamnya akan bangsanya sendiri dan selalu percaya bahawa bangsa melayu ini adalah bangsa terhina.
Saya tidak percaya itu! cuba kaji berapa banyak bangsakah di bumi ini yang ada tanah milik bangsa itu? Cina, India, Arab, Jepun dll termasuk Melayu... tetapi sekali lagi sayang...tanah melayu itu telah dibedak-bedak melalui tangan orang putih...
Saya sokong sangat akan kebangkitan semangat dari kesedaran diri untuk mengkaji akan bangsa melayu ini biarpun memakan masa 1000 tahun...
Malah, kalau kita benar2 ikhlas dalam hal ini, seharusnya kita bersatu atas matlamat yang satu.
Kita himpun tenaga, usaha dan dana... dapatkan semula segala khazanah kita yang tersimpan di serata dunia agar anak bangsa dapat melihat, mengkaji atas sebenarnya keaslian melayu itu agar anak-anak kita akan terus kekal jadi melayu..... Sebab inilah satu-satunya bangsa yang kita akan berasa sungguh terkejut dan hairan kalau si melayu itu bukan Islam!
salam juang..
Salam ustaz. pohon untuk mengambil entri ini untuk dimuatkan ke blog saya zulfazlan-jumrah.blogspot.com. terima kasih.
Sebelum Islam, Melayu menjadi Umat Nabi Isa a.s. (bukan kristian sesat vatican). Melayu sudah lama mempunyai undang-undang bertulis. Malah bangsa Cina pun pernah mempelajari Undang-undang bertulis daripada Melayu (dan bukan sebaliknya).
Sebelum menjadi Umat Nabi Isa a.s., Melayu merupakan Umat Nabi Ibrahim a.s. melalui ibu kita Keturah.
Candi Budha dan kuil Hindu yg dijumpai bukan kepunyaan Melayu. Tetapi kepunyaan pedagang-pedagang Cina dan India. Contohnya Raja Chola drp India pernah menghancurkan pelabuhan-pelabuhan Melayu. Maka Kerling tersebut yg membina kuil-kuil sesat utk pedagang-pedagang mereka mensyirikkan ALLAH.
salam ustaz.
aik! tak sangka saya dalam blog ustaz ni pun ada geng Merong dgn shahabuddin jalil datang melalut.
kalah berhujah dalam blog kami dalam blog ustaz pulak depa nak kacau. tak baik betul depa ni kan ustaz. apa salahnya dibuat kajian ttg kehebatan bangsa melayu. org yg takdak jatidiri akan rasa bende2 ini tidak penting. mereka inferior dgn tamadun bangsa sendiri.
YYYYYY...:)
alhamdullilah, satu perjalanan jauh, lagi teruja telah membuahkan hasil.
when there is a will there is a way. syabas.
Hahahahahaha......
Aku tau itu sapa... YYYYYY...:)
tu maybe Cik Seri Kandi dari Mistisfiles.blogspot.com kan...?
hahahaha....
Kelakar la Cik Seri... yala saya pon terkejut gak, geng Siam Merong dah sampai ke sini...
:D
Bangsa yahudi hebat sbb dia kaji sejarah, dan mereka pakar dlm sejarah islam.. cuma mereka tgh mencari bangsa jawi, bangsa yg akan menghancurkan mereka, sebenarnya Allah sembunyi sejarah bangsa jawi ni..
Perkongsian yg sangat bermenanfaat. Terima kasih ustaz Muhammad.
kau india nak sibuk pandang rendah pada melayu kenapa... ke kau ni paria
Takkan Melayu Hilang Di Dunia..
Inilah nubuat terhadap Bangsa Israel.
Salah satu bangsa yang hilang dari 12 suku Israel. Bangsa Melayu inilah bangsa pilihan Allah. Segalanya akhir zaman akan menoleh ke timur. Sesuatu yang ditakuti Rasulullah fitnah di Timur. Bagaimana munculnya terlalu banyak Dajal sehingga manusia menyembah dan menakuti Dajal sehingga sanggup membelakangkan Allah.
Di Tanah Melayu inilah Bumi kediaman Nabi2. Atlantis bumi yang hilang dalam satu malam dengan meletusnya Gunung Berapi Volcano. Dan kajian KH Fahmi Basya candi borobudur peninggalan Nabi Sulaiman adalah amat bertepatan. Jika dilihat dari Quran dan Al Kitab, tempat ini amat berpadanan dengan Tanah Melayu.
Banyak diambil dan dirahsiakan sejarah Melayu, agar kita tidak mengenal bahawa Bangsa Melayu adalah Bangsa Pilihan Allah.
Allahualam
Bangsa yg kuat, adalah bangsa yg kenal jatidiri bansanya, samalah dgn pokok yg kuat bergantung pd akar dia.. Lainlah klu org tu kaki k-pop x yah amik tau psal bangsa dia dri mana dia dtg, celah pokok ke atau celah bedah ke.. Lntak dialah
Hati2 putarbelit shiah
Menarik
Dah meninggal dunia dah si shahbudeen ni. Innallillah
Tahniah ustaz....semestinya bangsa melayu bangga dengan penemuan ini. Sudah sekian lama sejarah kita ditipu oleh penjajah. Seharusnya bangsa melayu sedar akan hakikat ini. Ini menguatkan lagi tentang bangsa yang dirindui tetapi tidak dapat ditemui oleh Nabi saw. Satu-satunya bangsa di dunia ini yang apabila disebut bangsanya automatis beragama islam. Lembutnya lidah bangsa ini hingga fasih dalam apa jua bahasa pun di dunia ini. Amat sensitif melebihi daripada bangsa arab itu sendiri apabila islam dihina dan dipersendakan. Semoga usaha ustaz ini dipermudahkan oleh Allah swt.....
Betul ke ni ?
Assalamualaikum ustaz.. brmkna bkn bgsa malayu shaja yg dtipu sama jgk dngan bgsa india dan cina krana mreka anggap mlayu nie brcampur dri segi pdidikan dan bdaya bgsa sye skadar brtnya..��
Assalamualaikum ustaz.. brmkna bkn bgsa malayu shaja yg dtipu sama jgk dngan bgsa india dan cina krana mreka anggap mlayu nie brcampur dri segi pdidikan dan bdaya bgsa sye skadar brtnya..��
Inilah munafik. Satu jasad kufur yg menginginkan tauhid dan iman tersungkur dicelah tipudaya syaitan. Yg mana tentera syaitan itu dr kalangan jin dan manusia. Untuk memusnahkan sesuatu bangsa maka musnahkanlah sejarahnya. Jadi simunafik ini merupakan sebahagian dari kujur2 jasad kufar yg ingin melemah dan membunuh bangsa melayu. Kerana Melayu mestilah beragama Islam.
Watak2 sundal dan pemfitnah yg meletakkan nama berbaur Islam lebih cepat kita kenal sblm habis dia menulis. Apa yg perlu kita buat???...berhati2, timba ilmu, kasih dan cintailah ilmu dan ulamak. Pelihara keluarga kita dgn mendedahkan siapa jasad2 kufur, si orientalis dan simunafik. Semoga Allah memelihara, merahmati, memberkati dan meredhoi kita ...melayu islam. Amin ya rab
Ust.alamin yg d burns to.. pd bulan jum 2014 sy bersama2 ust dlm kembara university..allah telah memberikan jln merintis sbg rezki dri Nya..tepat kata2 hangtuah dlm sejarah melayu "takkan melayu hilang d dunia" inilah sbg boktinya..malangnya yg bertanggongjawab dlm soal ini tak ambil pusing sbb nya tak mendatangkan Wang... malangnya bangsa kita ni hanya ingin mencari nama, kuasa, harta, dan..popularitas jee
ustaz amin.. teruskan mengkaji.. saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang sejarah melayu di nusantara.. Kita memang minat bab sejarah islam dan melayu terutamanya..
Sy sokong ustaz kaji ja..xpyh ikt org yg rsa dia hebat bkn pakai duit dia ambik masa dia klu dia xsuka knp nak ambik peduli kn,satu ja mempunyai hasrat yg dengki cara dia tulis pon dh tau,dia rasa dia ja yg betui..tanpa sejarah hidup sekarang xda mkna...sejarah amat penting utj sesuatu pekara...sejarah yg menjdikan perjalanan kita sekarang...musuh islam banyak kn ustaz truskn mengkaji yg ada di belakanh depan kir kanan ustaz.sentiasz doakn yg trbaik tentang bngsa agama kita,sudah akhir zmn kita hrus bersedia
adakah tulisan aksara ni tulisan renchong..tulisan dr Nabi Ibrahim n Qanturah..yg dulunya nusantara beragama hanif iaitu perhambakan pd Allah yg Esa..
Assalamualaikum ustaz Amin.. sye sentiase menyokong ustaz.. sama kite berjuang Dan bersatu menegakkan Islam..
Allahu Akbar
kalau bolwh kaji juga sejarah bangsa melayu ketika era hindu bydha...dari segenting kra hingga ke seluruh nusantara.
carilah manuskrip tulisan rencong dan tulisan sanskrit dalam bahasa melayu...kerana di situ banyak ilmu atau teknologi sejarah kita ada...
Assalamualaikum, ustaz. Masa saya belajar dulu, ada seorang lecturer pernah beritahu ada seorang penakluk (saya x ingat namanya) mengatakan bahawa,
" Kebangkitan Islam akan bermula di hujung tanjung benua terbesar di dunia.."
Boleh ustaz Komen sikit?
jangan marah dia.. di mungkin daripada golongan orientalist.. ini adalah perkara biasa.. biarkan dia..
Salam...ustaz ni bkn ke tulis org jawa ustaz...???
Kemungkinan..Indonesia..sbb mereka paling bersemangat akhir zaman ni dan diikuti oleh malaysia..ini kebarangkalian shj..klu salah betulkanla.
Melayu juga sudah ada hukum kanun sebelum inggeris masuk, mungkin sama terjadi melayu diharamkan membacanya...apa yg kita baca hari ini kota melayu habis tenggelam dan dibakar oleh penjajah.
Askara kuno itu dari Pallava script (hindu) kemudian ke javanese script di dalam syair jawa ada ust.
ALLAHUAKBAR. Saya ke sini selepas tonton Tanyalah Ustaz 2020 "Salahuddin Al-Ayubi"
Sejarah melayu sama nasib dengan sistem islam yang telah dikebumikan.. contoh orang islam lebih sayang ekonomi kapitalis sebab Tak kenal sistem ekonomi islam. Belajar ijazah ekonomi tapi dia kata ekonomi islam ni campuran kapitalis dan sosialis walhal islam ada ekonominya sendiri. Belajar tinggi untuk jadi penipu. Begitu Juga dengan sistem islam yg lain semua dipesongkan. Tahniah ustaz
Terbaik, bangsa Ku !!!
Untuk menjayakan matlamat bahagi pecan dan hacurkan Islam. bangs dan suku adalah senjata yang sangatlah berbahaya yang digunakan oleh orientalis.
alhamdulillah.tahniah ustaz atas kajiannya.mohon doakan anak-anak saya juga sehebat ustaz untuk teruskan uasah ustaz mengkaji sejarah kita.
Assalamu alaikum Ustaz Muhammad Amin yang dirahmati Allah. Syukur ke hadrat Illahi saya dilorongkan ke YouTUbe Kisah Yang Jarang Kita Dengar ..
Masya Allah...kesinambungan daripada Sejarah Melayu yang saya dengar sepanjang hidup saya. Kesinambungan dan kesempurnaan daripada pengetahuan yang sedikit di sana, sesdikit di sini. Kecintaan terhadap bangsa dan agama. Saya belum pernah berhenti mencintai sejarah kita sendiri. Terima kasih Ustaz dengan segala kajian dan usaha mengumpulkan Sejarah Melayu dan Islam.
Tidak terkata. Betapa pentingnya kita mengetahui dari mana asal kita dan cara hidup nenek moyang kita yang pastinya terlalu banyak lagi kita belum ketahui kerana kita berada di penghujung nafas bumi ini.
Jazak Allah khairan kathiro
SANISAH SALAMUN
teruskan kaji.. saya awal dulu ada juga membaca pasal tamadun melayu dulu ini hebat, tapi tidak disertakan bukti, saya anggap ini semua cerita mitos semata, hingga uts memceritakan ada manuskrip melayu.. maka disini ada hujah n bukti yg agak kukuh... teruskan kajian, sebab sesebuah bangsa itu lemah apabila sejarah nya hilang..
Betapa dangkalnya komen Shahabudeen Jalil.
Namun ia bukanlah pelik juga kerana dia hanyalah Melayu jadi-jadian. Maka memanglah dia tak suka jika Melayu tahu tentang sejarah Melayu.
Agak kelakar juga apabila membaca profil peribadinya, dia kata sukakan sejarah. Tetapi apabila ada yang berkongsi tentang kajian sejarah Melayu dia tak suka pula.
Tak sedar diri tu jadi kaya pun dengan duit Melayu!
Alhamdulillah semoga lebih ramai orang2 seperti ustaz Allah hadiah kan kepada kami... setelah lebih 500 tahun dijajah kita terlalu bergantung dgn undang2 sekular barat...
In sya Allah dgn ade nye manuskrip2 lama in sya Allah kita akan tahu cara kita cara kita mentadbir negara... cara nusantara maju tanpa bergantung dgn barat... lebih harmoni dan lebih menghargai...
kita hebat dgn cara kita org melayu bukan cara barat... sbb kita dibesar kan bukan cara susur galur melayu maka setiap perkara nmpak kita xsehebat dan sepakar barat...
semoga pendedahan ini boleh membantu umat melayu agar lebih hebat dari sebelumnya...
Hebatnya...moga dipermudahkan usaha memartabatkan bangsa Melayu
Ilmu sejarah sangat2 penting..berapa ramai org melayu y masih lalai & tidak sedar tentang perkara ini.Apabila sejarah diubah & dipesongkan,maka kita sebenarnya masih dijajah & belum merdeka dalam xsedar. Ini 1 penipuan terbesar didunia, yang membuatkan kejatuhan satu bangsa & ank2 bangsa itu merempat di buminya sendiri.semoga dengan penemuan ustaz,dapat membuka mata kesemua orang melayu di dunia ini.Bak kata pepatah melayu,sepandai2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.sepandai2 musuh Islam ini temberang menipu,akhirnya terbongkar juga. Inshaallah ustaz,allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang benar..Amin. -anak melayu ZULHILMI ZAKARIA -
Ramai yang takut sejarah melayu dicungkil semula..
betapa gerunnya tamadaun Melayu dulu..
Hebat sungguh bangsa melayu..
Ramai yang iri dan takut kebangkitan bangsa Melayu itu sendiri..
Bangsa Islam Melayu itu sendiri bangsa yang akan menghancurkan kezaliman akhir zaman...
Realiti dan ramalan mereka dari dulu sampai 2023 hari ini masih lagi dibelenggu mimpi siang hari oleh golongan kafir..
Maka bersedia lah kita dari fizikal dan intelek bagi menangkis pembohongan serta auta oriental barat...
Melayu akan bangkit apabila mengenal jati dirinya semula. Jika generasi hari ini tidak faham sejarah bangsa sendiri kelak sejarah juga akan mengajar mereka menjadi bangsa yang hina.
Ini mirip pada aksara jawa ,tulisan melayu
itu adalah aksara ranting
Terima kasih atas perkongsian ustaz yg kami dpt percuma. Teruskan menggali sejarah bangsa kita setidak2nya ada sesuatu yg blh kita banggakan.
Terima kasih ustaz Amin...
Teruskan usaha murni ini...
Sekarang prof Solehah@Nik Najah Fadilah Bt Hj Yaacob pun sedang berusaha perkara yang sama...sangat baik rasanya jika dapat berganding bahu...pasti akan lebih hebat.. wallahu a'lam...
MasyaAllah Tabarakallah ustaz Amin..love u❤️✨
Allahuma Solli Ala Muhammad.❤️
Tahniah ust Amin. Teruskan usaha dgn membuat pengkajian. Niat dan usaha murni ustaz InsyaAllah membuahkan hasil yg bermanfaat.
Biasalah klu nak buat perkara baik ada halangannya, ujian dan cabaran mendalanginya. Abaikan orang yg 'negative thinking' dan suka komen dan mengkritik tanpa asas.
Dalam AlQuran sendiri byk kisah2 yg diceritakan oleh Allah SWT. Utk apa???...supaya kita mengkajinya utk memperoleh ilmu dan pengetahuan dan ambil iktibar drpdnya.
Kesian kpd orang yg bersikap negatif, suka komen dan kritik terhdp usaha murni org lain.
Teruskan usaha ustaz. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah Taala dan dibalas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.
Perkataan Kapal berasal dari bahas Arab.
Sila terbalikkan فلك
Perkataan عرب ...menjadi غرب ... Arab di nisbahkan kpd Timur..manakala غرب dinisbahka⅚n kpd Barat . Huruf Ain ditambah titik..معرب
مشرف ...مغرب
Ship...سفينة....huruf sin ditambah 3 titik...شيف dan dicincang manusia x perasan. Dibaca terbalik
Perkataan bag drpd حقيبة dibaca terbalik dari kiri ke kanan... بيق
dengar kat youtube, terus cari.. 👍👍👍
Post a Comment