Showing posts with label Sisipan. Show all posts
Showing posts with label Sisipan. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Sisipan 19 – Ucapan Terima Kasih

Terima kasih pada semua ahli keluarga, para sahabat, staf dan anak murid dan siapa sahaja yang bersama-sama meraikan kesyukuran sempena ulang tahun saya.

Walaupun semuanya majlis yang dirancang diam-diam untuk satu kejutan, tapi Allhamdulillah, kita dapat terus berukhwah di dalam suasana yang harmoni. Semoga Allah terus kekalkan ukhwah sesama kita dan terutama pada rakan maya sekelian, amjn…

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Height

24 Rabuiyl Akhir 1432/ 29 Mac 2011 jam 6.00 petang

IMG_7471

Bersama ustaz Kamal yang membacakan doa untuk saya

IMG_7490

Bersama anak murid dari kursus Fiqh Pergigian UiTM

IMG_7544

Bersama Abang Rosli, Hajah Safiah dan Keluarga

Monday, March 28, 2011

Sisipan 18 – Program Hak Wanita Di IKIM

InsyaAllah, dengan izinNya, pagi ini, 28 Mac 2011 jam 10.00 pagi, saya akan bersama para pendengar di radio IKIM.fm membincangkan hak-hak  wanita.

Pagi ini, insyaAllah, kita akan bincangkan jenis-jenis komunikasi di dalam keluarga.

Semoga memberi manfaat untuk kita semua…

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Height

23 Rabuiyl Akhir 1432/ 28 Mac 2011 jam 7.30 pagi

Thursday, January 13, 2011

Sisipan 17 – Tanyalah Ustaz “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

InsyaAllah, dengan izinNya, esok saya akan bersama kita semua di dalam program “Tanyalah Ustaz” di TV9 jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi.

Tajuk perbincangan adalah “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

Semoga memberi manfaat untuk kita semua…

 

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 7.00 petang

Monday, December 27, 2010

Sisipan - Program Sejarah Islam Nusantara (SINAR)

InsyaAllah, dengan izinnya, sambutan tahun baru 2011 dengan persembahan Multimedia “Sejarah Islam Nusantara” (SINAR) akan di adakan De Palma In Shah Alam.
Persembahan Multimedia ini mengajak kita mengembara mengenai Sejarah Islam di Nusantara agar kita mengetahui asal usul Islam di tanah Melayu ini.
Ia sangat bagus untuk kita semua terutama di dalam pembinaan jatidiri asal orang Melayu Islam.
Untuk keterangan lanjut, bolehlah pembaca menghubungi 0193407113/0196003643/019/6993643/03-58804586

“Sispan Mengwarkan Peristiwa”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Sri Pentas
27 Disember 2010 jam 8.30 malam

Thursday, December 9, 2010

Sisipan 15 – Program Rain Forest Challenge Bersama DYMM Sultan Johor

Ketika artikel ini ditulis, saya telah berada di Johor untuk program Rain forest challenge bersama DYMM Sultan Johor.

Selama beberapa hari di hutan, agak sukar untuk berhubung dengan pihak luar, semoga program ini memberi manfaat yang dapat dikongsikan kelak.

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

The Puteri Pacific Johor Bharu, Johor

3 Muharam 1432/9 Disember 2010 jam 5.00 pagi

Sisipan 14 – Program SINAR (Sejarah Islam Nusantara)

InsyaAllah, dengan izinnya, saya akan mengadakan sambutan tahun baru 2011 dengan persembahan Multimedia “Sejarah Islam Nusantara di De Palma In Shah Alam.

Persembahan Multimedia ini mengajak kita mengembara mengenai Sejarah Islam di Nusantara agar kita mengetahui asal usul Islam di tanah Melayu ini.

Ia sangat bagus untuk kita semua terutama untuk anak-anak muda yang mungkin terlupa jatidiri asal mereka.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah pembaca menghubungi 019 6993643/ 03 5880 4586

 

“Sispan Mengwarkan Peristiwa”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

The Puteri Pacific Johor Bharu, Johor

3 Muharam 1432/9 Disember 2010 jam 4.20 pagi

POSTER A3

Program Multimedia Sejarah Islam Nusantara

BUNTING

Ia bermula jam 8.00 malam 31 Disember 2010

a5 back

Semoga memberi manfaat pada kita semua…

Wednesday, November 17, 2010

Sisipan 13 – Program GEMPAQ 2010

Saya mungkin terlambat untuk memberi tahu, tetapi rasanya masih boleh dan berkesempatan.

InsyaAllah, pada 26 November 2010 hingga 27 Disember 2010, saya akan bersama-sama Ustaz Zamri (mari mengaji) mengendalikan kursus GEMPAQ (Gerakan Membinca Generasi Pencinta al-Quran).

Peserta terbaik akan menerima hadiah pakej Umrah tajaan al-Mukminin Travel

Pada waktu pagi, anak-anak ini akan bersama menghafal al-Quran, hadis pilihan dan doa dan pada waktu petang pula, mereka akan bersama di dalam program-program motivasi.

Kos sebenar program GEMPAQ selasa sebulan ini ialah RM 750 tetapi ia telah ditaja oleh Yayasan Selangor dan peserta hanya perlu membayar RM 250 sahaja.

Ia akan diadakan di Masjid Jamik Tun Uda Seksyen 16 Shah Alam.

Bagi yang ingin bertanya, bolehlah menghubungi PA saya Alia 019-600 3643 atau SMS 017-29 288 29 atau email pada “gempaq2010@gmail.com

"Sisipan Mengumumkan Peristiwa"

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Zulhijah 1431/ 17 November 2010 jam 11.30 pagi

GempakPCBanner

PhamphletDpnGEMPAQ

Saya akan mengendalikannya bersama Ustaz Zamri (mari mengaji)

Sunday, October 10, 2010

Sisipan 12 - Program Sempena 10 Tahun Bandaraya Shah Alam

InsyaAllah, pada malam ini, saya akan bersama penduduk Shah Alam menjayakan ceramah Multimedia di Dataran Shah Alam (bersebelahan dengan Muzium Shah Alam)

Program Multimedia Show Time ini akan bermula jam 9.00 malam. Saya akan bersama beberapa artis lagi bagi menjayakan "dakwah medan" ini.

Bagi yang mempunyai kelapangan, di jemput untuk hadir.

"Sisipan Mengumumkan Peristiwa"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
2 Zulkaedah 1431/10 Oktober 2010 jam 8.10 pagi

Saturday, September 11, 2010

Sisipan 11 – Selamat Hari Raya Idul Fitri 1431

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ..

Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua pembaca blog, semoga kita terus dirahmati Allah amin…

Kemaafan juga dipohon jika terdapat kesilapan dan kekhilafan, semoga saling memaafkan menjadikan kita terus bersaudara di dalam Islam, amin…

“Sekilas mengumumkan peristiwa”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

2 Syawal 1431/11 September 2010 jam 12.30 tengah hari

Thursday, June 17, 2010

Sisipan 10 – Program Tanyalah Ustaz “Hak-Hak Wanita”

InsyaAllah, saya akan bersama di dalam program Tanyalah Ustaz TV9 di dalam tajuk “Hak-Hak Wanita.

Semoga memberi manfaat pada diri saya dan semua penonton sekelian.

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

5 Rejab 1431/17 Jun 2010 jam 4.00 petang

Sunday, May 16, 2010

Sisipan 9 – Program Halaqah “Orang Muda”

InsyaAllah, malam ini, Ahad 16 Mei  2010, saya akan bersama dengan kita semua di rancangan Halaqah di TV9.

Tajuk perbincangan kali ini ialah”Orang Muda” membahaskan mengenai keadaan orang muda

Semoga memberi kebaikan dan manfaat pada diri saya dan kita semua insyaAllah, amin…

“Sisipan Mengumumkan Peristiwa”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

2 Jamadil Akhir 1431/ 30 Mei 16  2010 jam 2.00 petang

Friday, April 30, 2010

Sisipan 8 – Program al-Kuliyyah TV3 – Cari Makan

InsyaAllah, petang ini, Jumaat 30 April 2010 jam 5.00 petang-6.00 petang, saya akan bersama dengan kita semua di rancangan al-Kuliyyah TV3.

Tajuk perbincangan kali ini ialah”Cari Makan” iaitu membincangkan mengenai rezki yang halal.

Semoga memberi kebaikan dan manfaat pada diri saya dan kita semua insyaAllah, amin…

“Sisipan Mengumumkan Peristiwa”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

16 Jamadil Awal 1431/ 30 April 2010 jam 12.00 tengah hari

Saturday, September 19, 2009

Sisipan 7 - Selamat Hari Raya

Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya pada seluruh pembaca blog ini, semoga hari raya kali ini semakin menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Sesungguhnya, hari raya merupakan hari yang sunat kita melahirkan kegembiraan. Asalkan sahaja kaedah bergembira kita selaraskan dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Bagi orang beriman, ada lima hari raya bagi dirinya

1. ketika mereka mati dengan membawa keimanan, itulah hari raya sebenar buat mereka


2. ketika mereka selamat dari fitnah kubur dan dapat berehat di dalamnya, itulah hari raya buat mereka


3. ketika orang lain sibuk dengan sengsara padang Mahsyar, maka dia diberi perlindungan oleh Allah di bawah arasy, maka itulah hari raya buatnya.


4. Ketika orang sibuk dengan dihisab dan dikira amalan mereka, tetapi orang beriman dihisab dengan hisab yang ringan, maka, itulah hari raya buatnya


5. ketika mereka selamat meniti titian sirat al-Mustaqim dan selamat memasuki syurga, maka itulah hari raya buatnya.

Adapun hari raya kita sekarang ini, hanyalah hari kegembiraan dan bagaimana kita mahu jadikan gembira kita, mendatangkan redha Allah kepada kita. Semoga semua kita terus di bimbingnya, amin..

Sekali lagi, selamat menyambut hari raya Aidul Fitri dan doakan agar Allah terus memberikan keselamatan kepada kita di dunia dan di akhirat.

“Sekilas Mengumumkan Peristiwa”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 September 09 jam 4.45 petang.

Saturday, September 5, 2009

Sisipan 6 – Takziah Kepada Keluarga Allahyarham

Saya dengan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga ADUN Bagan Pinang, Allayarham Azman Mohd Noor, 55 tahun yang meninggal dunia pada 2:30 petang tadi di Hospital Seremban Specialist Center akibat serangan jantung .

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menggolongkan beliau bersama orang-orang yang soleh, amin…

Satu lagi hamba Allah dijemput bertemuNya. Kuasa dan pangkat ditinggalkan. Yang dibawa hanyalah amalan.

Setiap kita juga pasti akan bertemuNya. Iktibar kematian iktibar terbaik untuk meningkatkan amalan.

Semoga Allah terus membimbing kita ke arahNya.

“Sisipan Mengumumkan Peristiwa”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
5 September 09, jam 2.30 pagi

Thursday, September 3, 2009

Sisipan 5 - Takziah Kepada Keluarga Allahyarham

Saya dengan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jaffar Abdul, yang meninggal dunia, petang kelmarin akibat pendarahan usus.

Begitu juga untuk keluarga pengasas perniagaan sos dan kicap terkemuka keluaran Bumiputera jenama Aminah Hassan, Aminah Othman meninggal dunia, pagi semalam.

Juga kepada keluarga kakak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah yang meninggal dunia malam kelmarin

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menggolongkan mereka bersama orang-orang yang soleh, amin…

Mereka yang pergi telah bertemu Tuhannya. Kita yang tinggal pasti akan menyusul. Jadikan setiap takziah itu sebagai ingatan untuk diri kita, agar setiap hari, semakin kita mendekatkan diri padaNya.

“Sisiapan Mengumumkan Peristiwa”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
3 September 09, jam 7.30 pagi

Monday, August 31, 2009

Sisipan 4 - Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh

Sesampainya saya di Jeddah tempohari, gempar orang Melayu di Mekah dengan berita Ustaz Ismail Kamus meninggal. Ustaz Ismail Kamus yang berada di Mekah ketika ini bersama jemaah dari Singapura.

Ketika saya berada di Madinah, saya masih tertanya-tanya mengenainya, hinggalah semalam 30 Ogos 09, sesampainya saya di Mekah, barulah saya mendapat berita bahawa yang meninggal ialah Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh.

Saya dengan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menggolongkan beliau bersama orang-orang yang soleh, amin…

"Sisipan Mengumumkan Peristiwa"

al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
31 Ogos 09, jam 12.30 tengah hari Semoga tuan berehat dari kepenatan dunia ini menuju kerehatan abadi, amin...

Sunday, August 30, 2009

Sisipan 3 - Selamat Hari Merdeka

Saya memerhatikan jam.

“Hah.. malam ni merdeka ni” kata saya pada Mejar (B) Abdul Aziz dan Azim.

“Oh ye, malam ni 31 Ogos” kata Mejar (B) Abdul Aziz.

“Kena buat bendera ni, kita bawa waktu masuk bas” tambahnya lagi sambil tertawa kecil.

“Aah.. kita bawa bendera, bawa waktu tawaf, lepas tu laungkan Merdeka, lepas tu mesti kena tangkap” Azim menambah.

Kami bertiga ketawa.

Walau apapun, saya mengucapkan selamat hari Merdeka kepada seluruh pembaca blog ini dan kepada seluruh penduduk Malaysia.

Sesungguhnya mencintai tanah air juga sebahagian dari ajaran Islam, lebih-lebih lagi jika, membangunkannya selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.

Semoga tahun ini, Kemerdekan lebih bermakna.

Selamat Menyambut Hari Merdeka….

Aku doakan di hadapan Kaabah, agar seluruh Muslim di tanah air ini terus sejahtera dan semakin kuat pengamalan Islamnya, yang susah diberi bantuan, yang sakit disembuhkan dan yang berpecah disatukan. Agar, hari ini dikumpulkan di Negara ini, satu hari nanti, mudah-mudahan kita akan dikumpulkan di syurga bersama junjungan tercinta, Muhammad saw. Amin…..

“Sesipan, Mengenang Peristiwa”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
30 Ogos 09, jam 5.15 petang

Friday, August 21, 2009

Sisipan 2 - Selamat Menyambut Ramadhan

Saya mengucapkan kepada seluruh pembaca dan pengunjung blog saya, Selamat Berpuasa dan Beribadah di Bulan Ramadhan, semoga terus dirahmati Allah.

Sesungguhnya, Ramadhan boleh menyebabkan kita dirahmati, Ramadhan juga boleh menyebabkan kita dilaknat

Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui

"Sekilas Mengumumkan Peristiwa"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Shah Alam
21 Ogos 09 jam 2.15 petang

Thursday, January 1, 2009

Sisipan 1 - al-Kuliyyah TV 3

Insyallah, esok Jumaat 2 Januari 2009 jam lima petang, saya akan bersama-sama penonton TV 3 di dalam rancangan al-Kuliyyah.

Perbincangan kita esok ialah mengenai hijrah, amalan-amalannya dan pengajaran-pengajarannya. Sesungghnya, hijrah mengajak kita meningkatkan lapan perkara.

1. Peningkatan kecintaan pada Allah
2. Peningkatan kecintaan pada Rasul
3. Peningkatan kecintaan pada agama
4. Peningkatan kecintaan kepada sesama Muslim
5. Peningkatan kecintaan kepada ilmu
6. Peningkatan kecintaan kepada amalan
7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak
8. Peningkatan kecintaan kepada amar makruf nahi mungkar.

Jika kita menjadikan maal hijrah ini sebagai titik perubahan di dalam hidup kita, maka setiap tahun kita akan muhasabah akan lapan peningkatan ini. Jika setiap tahun kita semakin meningkatkan lapan perkara ini maka kita akan terus sentiasa membuat peningkatan pada diri.

Semoga kita semua menjadi orang yang meningkatkan diri kita dari semasa ke semasa, insyaAllah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...