Friday, July 31, 2009

Jawapan Pada Persoalan 34

Alhamdulillah, dapat diberi kesempatan berkongsi jawapan. Semoga ada manfaatnya.

hawzi salam ustaz, saya hanya ada acc. m2u. utk transfer sy perlu bussines regis or ic..boleh tak kiranye ustaz pamerkan..atau ada acc m2u pun bagus juga..t 2009-07-29 1:56 PM

Akaun Yayasan tak ada lagi Maybank. InsyaAllah nanti kita uruskan. Terima kasih sebab mahu bersama untuk berbakti

Guest Apa hukunnya seorg suami yg tlh memberikan semua hartanya kpd anak tanpa memberi apa apa kpd isteri yg tidak mempunyai anak? 2009-07-29 1:23 PM

Kalau pemberian itu ketika dia hidup dan masih sihat, tak ada masalah. Harta dia, terpulang pada dia siapa dia nak bagi.

Cuma, janganlah sampai bagi semua hingga nafkah anak isteri yang lain terabai

Guest Apa hukumnya anak tiri yg derhaka pd emak tiri yg berkahwin dgn ayahnya selama 18 thn? 2009-07-29 1:21 PM

Dosa, mak tiri macam mak sendiri

Guest kalau org belayar dikira musafir k 2009-07-29 1:20 PM

Ye

Guest assalamualaikum.ustaz apa hukum makan sup sirip ikan jer 2009-07-29 12:59 PM

Harus, cuma tengok adakah tangan orang Islam yang masak dan juga bahan-bahan lain yang digunakan, adakah halal atau tidak

Guest sedekah fatihah utk datuk nenek yg dah meninggal.sampaikah pahala? 2009-07-29 11:38 AM

Sampai

Guest ingin melarikan diri dr org yg menmpat.tapi sentiasa dikelilingi org yg berkenaan.saya takut.dosa dgn manusia ni terlalu kompleks 2009-07-29 11:31 AM

Minta bimbingan dari Allah banyak-banyak, caranya dirikan solat banyak-banyak

lin salam..uztaz saya bekerja dgn sebuah institut pendidikan tetapi di naungi oleh bro of st gabriel.adakah haram saya bekerja di siniebagai seorg instrac 2009-07-30 3:16 AM

Niatkan untuk berdakwah

azam salam ustaz. saya nak tau kadar pendapatan yang wajib dikenakan zakat dan cara pengiraannya. 2009-07-30 3:11 AM

untuk pengiraan, saya nak cerita di sini panjang, sila rujuk e-zakat.com.my

Lin ada tetamu diumh. Masuk zohor saya sbhyg zohor saja.Lepas tetamu balik masih ada zohor lagi. Boleh x saya sbhyg rawatib zohor? Adakah di kira qada?2009-07-30 3:10 AM

Boleh

Lin Salam, bila azan berkumandg di radio/tv dan masjid serentak,yg mana satu harus dijawab. 2009-07-30 3:01 AM

Masjid

Guest Saya ditugaskan utk menghias pejabat sewaktu perayaan seperti Hari Raya,Depavali,Xmas & CNY dgn lampu kelip2,kad ucapan,pokok x’mas & dll..boleh ke? 2009-07-30 12:49 AM

Syubhat

saya ustaz ,xpe ke kalau perempuan tindik lebih dari 1 ? 2009-07-29 8:40 PM

tak apa tetapi juga lihat niat

Guest berdosa tak kalau sy mintak cerai.sy ada pekerjaan,yang geram nya suami suka pinjam duit saya,janji nak bayar,tapi dah dekat dua tahun tak bayar2. bagi sy takde suami pun takpe.ambil lah kalau no2 nak.sy pun bukan nakberebut.sy takut berdosa mintak cerai.takut tak mencium bau syurga. 2009-07-29 5:04 PM

Cerai bukan jalan terbaik dalam kes ini.

Guest sy dimadukan.bila giliran dirumah sy,suami asyik bersms dan beremail dengan isteri no2.sewaktu nak tidur pun htr sms 'gudnight..muahss" sy ada bukti apa hukum suami poligami macam tu.kalau suami disana,takde pulak nak bersms dan bg gudnight.hati saya rasa sedih dan pilu.apa patut saya buat. 2009-07-29 4:55 PM

Sabarlah, semoga air mata kesedihan ini membuatkan kita gembira di sana nanti.

Bagi suami, kena baiki diri. Bagi kita kena baiki diri juga.

Kalau sama-sama baiki diri, insyaAllah, semua diberi keberkatan

Guest salam,ustaz apa doa yang boleh mempercepatkan jodoh. 2009-07-31 6:04 AM

Banyakkan selawat fateh

Guest hukum wanita tua 80-an x mengenakan tudung (tutu aurat) pada bukan muhrim 2009-07-31 5:48 AM

Tak boleh jika penampilannya boleh menimbulkan syahwat.

Syaaban Ustaz, sunah atau bidaah amalan 3 yassin pada nisfu syaaban? 2009-07-31 4:08 AM

Sunnah baca al-Quran pada waktu apa-apa pun. Ulama kita susun amalan ini untuk orang yang selalu lupa, ada waktu mengingatinya.

Selagi ada dalil, maka ia bukan bid’ah.

Guest Assalamuailaikum,ustaz apakah yg perlu dilakukan pada orang yang suka menganiaya org lain 2009-07-31 3:36 AM

Maafkan dan doakan agar Allah ubah sikap dia

Guest ustaz bolah tak bagi doa cepat jodoh...minta bantuan ustaz..tq 2009-07-31 2:27 AM

Baca selawat banyak-banyak

darling Tahniah ustaz, ari ni surat khabar utusan malaysia dh keluar pelancaran jenama air mineral utaz tu, muga bertambah rezki ustaz untk melaksanakan segal 2009-07-31 2:24 AM

terima kasih banyak-banyak

Ingintahu salam ustaz. saya ingin tahu apakah hukum memgunakan pelaris dari ayat al-quran utk perniagaan, tk 2009-07-30 2:40 PM

Elakkan. Takut akhirnya percaya pada bentuk ayat itu, bukannya kuasa Allah

Noor Ustaz, teruskan hasrat dan tujuan ustaz untk mengeluarkan pesakit aids dari gereja, Kami akan membantu sebaik boleh, Berserah pada Allah. 2009-07-30 5:31 AM

Terima kasih puan

Guest bolejkah anak angkat dapt harta pusaka. jika keluarga angkat x ada anak lain. jika x boleh, harta itu perlu di beri kepada siapa 2009-07-30 5:12 AM

Tak boleh, jadi, sebelum meninggal, baik hibah pada anak angkat itu. Jika tak ada anak, dia akan jatuh pada pewaris lain seperti ayah, ibu, adik beradik

Guest salam.ank sy nk bkawin dgn seorg pemuda yg sy x suka krn sikapnya.adakah apa2 doa/ amln y dpt mlembutkn hati ank sy utk dgar ckp sy? 2009-07-30 3:35 AM

Doakan dapat agar dia mendapat jodoh terbaik. Terbaik bagi kita tak semestinya terbaik bagi Allah

Lebih baik doakan dia mendapat jodoh terbaik. Jika akhirnya dia kahwin dengan pemuda itu, maka artinya, ia adalah terbaik.


Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamaran, maka bolehlah diajukan kembali

"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"

al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Sya'ban 1430 / 31 Julai 09
jam 6.05 petang

Jawapan Pada Persoalan 33

Alhamdulillah, dapat saya meluangkan masa sedikit untuk berkongsi jawapan. semoga memberi manfaat untuk diri saya dan semua

Abdollah Melaka Sya difahamkan bahawa membaca alquran atau tulisan ayat yang diletakkan didepan semasa sembahyang hukumnya makroh. Mana satu yang benar? 2009-07-28 3:38 PM

Tidak makruh

morazas Salam,sy beri pinjam RM3000 kpd kawan.Dlm 1 thn,cuma bayar RM250.Jika simpan RM3K di TabungHaji sy dpt profit sbb genap 1 thn.Boleh sy kenakan profit? 2009-07-28 9:38 AM

tak boleh, mana-mana kenaikan di atas pinjaman itu Riba’

OreoCheese. Salam.Bolehkah seorg wanita mencabut bulu kening jika niat adalah supaya ia lebih terurus? T.kasih, ustaz. 2009-07-28 6:08 AM

Hukum asal tak boleh, tetapi jika mencabut kerana sesuatu darurat tak apa. Dalam bab mencabut kening untuk kelihatan terurus, kita timbangkan, adakah ia termasuk di dalam darurat?

IPOH Apakah hukumnya membela anjing sebagai haiwan kesayangan? 2009-07-28 4:25 AM

Tak boleh

esan Salam, Minta pendapat ustaz mengenai situasi di tempat kerja. semasa menghadiri meeting, saya mendengar azan zohor. Apakah tindakan yang afdal? 2009-07-29 2:28 AM

kalau mahu tindakkan afdhal, berhenti dan sembahyang dulu

Nur Salam Ustaz.. Bila kita ini Hamba dan bila kita ini khalifah disisi Allah. 2009-07-29 12:47 AM

Hamba dalam semua keadaan, khalifah beban tambahan untuk mentadbir muka bumi

Nur Salam Ustaz.TQ jwpn sblm ini. Mohon panduan cara terbaik menegur suami (dlm bab solat). Sy juga perlu baiki diri dan Moga Allah beri kekuatan pd sy.TQ 2009-07-29 12:39 AM


Ajak suami belajar sama-sama, kadang-kala, dia memerlukan orang yang dia hormati untuk menegur.

Mizan Salam Ustaz, Blhkah kt niat witir tapi ikut imam yg solat tarawikh pd raka'at ke 10, bila selesai kmudian kt buat 1 raka'at solat witir.Terima kasih. 2009-07-29 12:23 AM

Ada pendapat mengatakan tidak boleh kerana jenis sembahyang tak sama.

Yang membolehkan, mengatakan jenis itu sama dari sudut jenis sembahyang itu ialah sembahyang sunat.

Bagi saya boleh

mom salam, sy tidak bertegr sapa dgn ibu mertua sehingga dia meninggal, selpas saya tahu dia selalu memburuk2kan saya. apa harus saya buat? 2009-07-28 4:41 PM

taubat dan selalu doakan arwah ibu mertua

haz apa hkmnya mempercayai law of attraction? 2009-07-28 4:36 PM

boleh tuan terangkan lebih lanjut apa kandungan perkara ini?

zirah Sembhyg tahajud mesti dilakukan selepas tidur atau boleh dibuat sblm tidr? 2009-07-28 4:35 PM

tidur bukan syarat menunaikan tahajjud. Ia sebagai afdhal (terbaik). Jika telah berjaga hingga tengah malam, maka boleh terus buat tahajjud

mohd niza salam ustz apakah boleh kita solat qasar dan jamak tahkir zhr dlm asar stelah kita sampai dirumah tmpt kita bermukim stelah pulang dari musafir 2009-07-28 3:50 PM

telah sampai tak boleh

Misha Salam ustaz saya ingin tahu syarat untuk masuk ke Yayasan al-Ijabah dan berapa minima umur utk memasukinya. 2009-07-29 11:14 AM

1. anak yatim atau orang susah
2. lulus temuduga
3. istikharah
4. bergantung pada kekosongan

Guest salam.ade pendapat mengatakan wajib solat jumaat jika kita bermusafir selepas subuh, betul ke?kalau bermusafir sbl subuh tidak perlu solaj jumaat. 2009-07-29 11:12 AM

Ye betul, ada sebahagian pendapat dari mazhab Syafie demikian.

Kalau bertolak sebelum subuh maka jumaat gugur, boleh digantikan dengan zohor.

Guest bagaimana cara terbaik meghapuskan dosa2 termasuk dosa besar 2009-07-29 9:32 AM

Taubat nasuha

Aida sambung...di malan nisfu syaaban. mohon pandangan ustaz 2009-07-29 8:54 AM

Solat dan doa banyak-banyak. Imam Syafie berkata, lima malam yang kita tahu masanya, mesti kena bangunkan sebab banyak waktu mustajab

1. malam awal rejab
2. malam nisfu sya’ban
3. malam hari raya fitri
4. malam hari raya adha
5. malam jumaat

Aida salam. apakah amalan terbaik yang boleh dilakukan pada mlm nisfe syaaban menurut pandangan ustaz. dr asri ada mengulas byk perkara bidaah yang berlaku 2009-07-29 8:54 AM

Yang tak nak bangunkan malam, boleh tidur. Kalau tidur untuk cergas mencari nafkah pada esok hari pun baik.

Yang tak baiknya menyalahkan orang itu dan ini.

Ummu firdaus Ustaz, saya nak beli air UAdC dalam botol 5liter sebanyak 30botol sebulan. saiz yg ustaz jual tu tak ekonomik untuk saya.Boleh ustaz pack botol 5liter2009-07-29 8:31 AM

InsyaAllah, setakat ini, ini sahaja kita mampu buat, kita bertatih sendiri tanpa pinjaman mana-mana pihak.

Guest salam. Jika seorg ustaz tidak menunjukkan keperibadian seorg ustaz di mana beliau sanggup kahwin kali kedua di thailand.Kenapa ini terjadi. 2009-07-29 4:51 AM

Kahwin bagus, Cuma setiap orang ada kelemahan. Dia kahwin kat sana, itu kelemahan dia. Kita tolong baiki dia.

Orang kalau baik, tak semua tempat dia baik. Kalau dia jahat, tak semua tempat dia jahat.

Kita yang melihat, ambil iktibar dan bantu dia memperbaiki dirinya

GuestW (samb.) samada gurau/serius/kedua2. Adakah berdosa sebab MENYURUH buat perkara dilarang (salam antara tak mahram) jika masa tu belum lagi salam? tk 2009-07-29 4:44 AM

Benda haram jangan dimulakan. Ia payah nak berhenti. Mula-mula memang orang suka acah-acah dulu. Inilah kerja syaitan yang ingin kita membiasakan sesuatu perkara. Apabila dilihat, macam ok, maka dia akan naikkan lagi tahap maksiat tu.

GuestW T.kasih jawapan ustaz utk soaln lelaki suruh wanita salam sebab berikan bonus. Tapi nak tanya lagi. Wanita itu tak mahram. Adakah lelaki itu berdosa 2009-07-29 4:35 AM

Dosa

atikah salam ustaz, utk membanyakkan susu amalkan surah Al-Qasas ayat 7..bagaimana cara mengamalkan..harap ustaz dpt terangkan..ma'asalamah 2009-07-29 4:16 AM

baca dan niatkan dengan keberkatan ayat ini, semoga Allah kurniakan susu yang banyak seperti mana Allah kurniakan pada ibu Nabi Musa.

izah ustaz apakah ubat untuk penyakit mlas nak solat?? 2009-07-29 3:42 PM

kalau anak-anak kecil, rotan. Kalau dah besar kena tarbiah. Doa semoga Allah beri keringanan untuk bersolat

Abdollah Melaka Seseorang dlam musafir dan membuat embahyang jamak zohor dan asar. Tetapi sampai dirumah semula sebelum waktu asar. Adakah dia wjib smbahyg asar ll 2009-07-29 2:23 PM

wajib

Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamaran, boleh tanya kembali

"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"

al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Sya'ban 1430/ 31 Julai 09
Jam 5.50 petang

Thursday, July 30, 2009

Diari 95 - Solat Itu Tiang Agama

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)

Oleh kerana, solat itu wajib, maka mempelajarinya juga wajib. Oleh kerana mempelajarinya wajib, maka orang yang mampu untuk mengusahakan untuk mengajarnya juga wajib berbuat demikian.

Syabas saya ucapkan di atas usaha membuat program solat oleh Layar Consult Sdn Bhd, sebuah syarikat pembikinan filem dan dokumentari Islam.

Rabu 29 Julai 09, inilah pertama kali dalam hidup saya menghadiri penggambaran hampir lima jam berterusan, bermula jam dua lebih hingga mencecah jam tujuh malam. Berhenti rehat hanya untuk solat. Rakaman ini sambungan dari rakaman yang lepas yang belum siap.

"Ustaz, pastikan baju yang dipakai sama macam yang lepas ye" pesan penerbit pada saya.

Dengan berbekal 100 Plus, Alhamdulillah, tenaga terus ada, cuma kemudian, asyik ke tandas.

Saya melihat krew yang bertugas, kejap-kejap betulkan lampu, betulkan kedudukan, betulkan kamera betulkan itu, betulkan ini.

Mmm, susah juga buat sesuatu program TV ni. Selalu dengan TV 3 atau TV 9 semua dah siap.

Tapi apa yang menarik bagi semua krew dari Layar Consult ini ialah, mereka semua menjaga solat.

Alhamdulillah. Barulah betul. Buat program agama, krew juga ada pegangan agama yang baik.

Taklah buat program agama, tapi krew pun liat nak sembahyang.

Sedikit yang boleh kita kongsi ialah, isi perbincangan program ini. Ia lebih menumpukan penunaian solat secara praktikal menurut Mazhab Imam as-Syafie.

Untuk menunaikan solat dengan sempurna, seseorang perlu menjaga tujuh perkara:-

1. Syarat sah solat
Syarat sah solat ada 5 iaitu, menutup aurat, menghadap kiblat, masuk waktu, suci dari najis dan suci dari hadas

2. menunaikan sunat sebelum solat seperti, azan dan iqamat, solat berjemaah, meletakkan sutrah (penghadang solat) dan sebagainya.

3. menyempurnakan rukun solat yang 13

4. memperbanyakkan sunat-sunat di dalam solat seperti bacaan surah, mengangkat tangan ketika takbir al-ihram dan sebagainya.

5. menjaga makruh dalam solat seperti meliarkan mata ketika solat

6. menjaga perkara yang membatalkan solat seperti bergerak tiga kali berturut-turut

7. khusyuk dalam solat.

Tujuh perkara ini, jika dijaga dengan betul, kita akan memperolehi dua kelebihan.

Kelebihan di dunia, solat kita akan menjaga kita dari perkara keji dan mungkar. Kelebihan di akhirat, solat kita akan menjaga kita dari api neraka.

Yang paling penting adalah, solat menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Itu yang Allah sebut di dalam al-Quran:-

"Dirikanlah kamu solat untuk mengingatiKu"

Semoga kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukan untuk orang lain. Kebaikannya kembali pada diri kita, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Khamis 30 Julai 09 jam 8.45 pagi

Ini pelakon utama dalam program ini, Sahar

Universiti Kehidupan 99 - Isu Muslim Di Gereja - Mesyuarat di Majlis Aids Malaysia

28 Julai 09, jam 3.00 petang, saya dan yang lain menghadiri satu mesyuarat di Majlis Aids Malaysia di Sentul Boulevard.

Perbincangan lebih tertumpu mengenai perjalanan rumah yang ingin di didirikan. Mesyuarat juga dihadiri oleh wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita.

"Jika betul kamu semua boleh buat dengan baik, maka kita akan maklumkan pada hospital, pesakit muslim bolehlah ditempatkan di tempat kamu, tak payah lagi di White House (gereja) tu" kata salah seorang pegawai dari Majlis Aids Malaysia.

Untuk mendirikan rumah bagi pesakti HIV, banyak jabatan dan kementerian yang akan terlibat. Ini kerana, mereka boleh memberi tunjuk ajar dan membantu dari berbagai sudut.

"Kalau rumah tu, yang kami cadangkan sewanya tak lebih dari RM 1500 sahaja" pegawai dari Majlis Aids ini mencelah.

"Hmm, kalau di lembah Klang ni, mana nak cari rumah yang sebijik (Bunglow) yang berharga RM 1500, mesti lebih punya" kata En. Abbas, sahabat yang bersama membantu untuk rumah HIV ini.

"Yang agak membantutkan dari segi kewanganlah" kata Abang Azizi yang turut bersama di dalam mesyuarat.

"Kalau kamu tahu kewangan masalahanya, kenapa kamu nak buat rumah ini"

Salah seorang dari pegawai Majlis Aids menyampuk.

Saya agak terkejut dengan kenyataan ini.

Ye… kenapa nak buat rumah seperti ini?

Nak apa?

Nak menyusahkan diri?

Nak nama?

Nama keuntungan?

Untuk apa ye?..

Kalau nak nama, ini bukan tempatnya. Malahan ramai yang memandang serong dengan tugasan ini, malahan ramai yang tidak menyokong, malahan berlaku juga sedikit selisih faham dengan sahabat dari Jabatan-Jabatan yang ada.

Nak keuntungan? Untung apa? Masa dihabiskan, duit dihabiskan, semua sendiri kena mulakan.

Nak apa?

Terngiang kembali soalan seperti yang ditanya oleh pegawai ini,

"Kalau kamu tahu kewangan masalahanya, kenapa kamu nak buat rumah ini"

Saya membisikkan di hati saya, dan ini yang sering diucapkan dengan sahabat-sahabat yang membantu.

"Kita membuat perkara ini adalah untuk mencari keredhaan Allah, kalau dengan usaha ini mengundang redha Allah, maka teruskanlah. Tetapi jika ia menjauhkan kita dengan Allah, lahir sifat sombong, bangga, bongkak, maka carilah usaha lain yang boleh merapatkan kita pada Allah"

Satu cita-cita hanyalah, menyelamatkan saudara seIslam kita dari gereja ini. Tidak ada yang paling memilukan melainkan melihat mereka bersalaman dan membisikan,

"Kalau ada tempat yang dibuat oleh orang Islam, kami nak keluar dari sini"

Apapun latar belakang mereka, mereka tetap orang Islam. Jika mereka bertaubat dan ingin kembali pada Allah, mereka lebih mulia dari kita yang sihat dan selalu lupa Allah.

Allah tidak memandang di mana kita bermula, Allah menilai di mana kita berakhir.

Orang yang mulanya baik, tapi hujungnya lupa Allah lebih teruk dari orang yang mulanya jahat tetapi hujungnya rapat dengan Allah.

Hari ini, Alhamdulillah. Rumah telah dapat disewa, telah dibersihkan dan mula dibuat sembahyang di dalamnya.

Bermula awal Ogos, rumah ini akan mula di duduki secara rasmi sebagai rumah perlindungan Darul Ukhwah. Rumah perlindungan bagi muslim saudara kita, yang menghidap HIV.

Semoga ia terus dibantu oleh Allah, dan semoga Allah membukakan hati kita untuk terus berusaha merapatkan diri kita padaNya.

Yang penting, kita buru keredhaanNya ketika kita hidup, kita buru keredhaanNya ketika kita mati dan kita usahakan keredhaanNya ketika dibangkitkan nanti di akhirat.

Sesungguhnya, kita tidak ke syurga dengan amalan kita. Amalan kita terlalu sedikit dibandingkan dengan syurga di akhirat. Kita ke syurga kerena keredhaan Allah. Sedikit cita-cita dan usaha membuat amalan, walaupun susah dan diuji, mudahan mengundang keredhaanNya.

Semoga kita akan terus memperbaiki diri untuk selamat di dunia dan di akhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Khamis 30 Julai 09
Jam 8.00 pagi
Mesyuarat dari Majlis Aids

" Oo, kalau you all nak buat rumah perlindungan bagi orang Islam, saya nak sumbang satu set kerusi, boleh tak?" kata Dato' Zaman Khan, bekas Ketua Siasatan Jenayah
Mesyuarat di adakan di Majlis Aids Malaysia di Sentul Boulevard.
Alhamdullillah, rumah yang telah selesai di kemas. Pertama kali solat didirian di rumah ini pada hari Isnin 27 Julai 09

Tuesday, July 28, 2009

Jawapan Pada Persoalan 32

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berkongsi jawapan pada persoalan.

GuestW Ustaz, apa hukum/pendapat ustaz jika seorg lelaki islam berkata kpd pekerja wanita islam : saya dapatkan/beri bonus pd kamu, kamu kena salam & cium tgn saya. Bagaimana jika lelaki itu (1) serius (2) gurau & jika wanita itu (1) ikut cakap & salam (2) tak ikut/tak salam. Tk 2009-07-28 2:12 AM

Pertama kenal pasti wanita ini. Kalau mahram tak apa.
Kedua kalau tak mahram, maka berdosa.

Bagi perempuan ini, jangan ikut. Allah tidak menjadikan pada harta yang datang dari maksiat itu membawa keberkatan.

Guest salam ustaz.. sebagai sahabat kepada saudara baru, apakah yang harus dilakukan oleh kami ke atas saudara tersebut..ada pendapat menyatakan saudara tersebut perlu mandi hadas dan bersunat. masalahnya disini ialah jika wanita apa yg perlu dilakukan? 2009-07-27 4:03 PM

Kedua-duanya adalah sunat. Jika susah, perlahan-perlahan fahamkan.

Bagi lelaki, bersunat hukumnya sunat tetapi diberatkan, kerana jika orang tidak bersunat, maka kemaluannya akan sentiasa menanggung najis.

Bagi perempuan, kemaslahatannya lebih kepada mengawal nafsu. Ini kerana, perempuan yang tidak bersunat lebih mudah terangsang nafsunya.


esan Salam ustaz, apakah seseorang itu menggunakan duit pusaka untuk majlis makan2? terima kasih.2009-07-27 2:33 PM

Jika mahu gunakan, kena minta redha pada semua ahli waris.

Guest salam. berdosa kah isteri minta cerai dr suami yg tdk jln kan tanggungjwb memberi nafkah, makanan, pakaian , tmpt tinggal? semua isteri yg tanggung.. 2009-07-27 1:48 PM

Tidak berdosa kerana pada ketika itu suami sudah tidak mampu menanggung, ia telah memberi kemudharatan pada isteri.

Guest bagaimana kaedah terbaik berdakwah kpd bukan Islam 2009-07-27 11:49 AM

Mula-mula bina jembatan. Bina hubungan baik.
Setelah dia merasa selesa pada kita, “cabut akar rosaknya” iaitu rasa sensitive pada Islam
Ketiga, “baja hasil semaian” apa yang dia telah faham pasal Islam, terus terangkan dan pasakkan.

Guest mendapat kaedah mengubat melalui mimpi..adakah itu syaitan 2009-07-27 11:48 AM

Jika membawa kita rapat dengan Allah, maka datangnya bukan dari syaitan

Guest bagaimana hendak menjadi tawadhuk dan ikhlas 2009-07-27 11:47 AM

Kena selalu mintak pada Allah.
Keduanya besarkan akhrat lebih pada dunia.

Guest apakah dosa seorang perempuan membuat hubungan dgn suami org? 2009-07-27 11:47 AM

Ada hubungan dosa. Jika lelaki itu mampu, kahwin terus, jangan berjumpa berduaan, kerana yang ketiga adalah syaitan.

salleh Ustaz, dimana nak beli buku Syarah Rukun Iman dan Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Syafie yang ustaz tulis tu? 2009-07-27 11:12 AM

tak ada di kedai, cetakannya terhad, tetapi insyaAllah, saya akan terbitkan dengan lebih luas lagi

Aida Salam. Ustaz nak tanya kalu nak derma sikit2 ke rumah anak yatim ustaz nak bank in ke akaun mana. no akaun di atas cimb tu boleh ke2009-07-27 7:50 AM

Ye, akaun di sebelah kanan, terima kasih kerana bersama dalam berbakti

Guest aMALINA,salam ustaz.sy telah berumahtangga selama 1 thn lebih.sy masih belum dikurniakan cahaya mata.apa doa yg sesuai agar sy dpt truskan usaha. 2009-07-27 6:37 AM

Banyakkan berdoa. Ia rezki dari Allah. Saya ingin cadangkan agar membaca selawat Fateh.

Nur Salam Ustaz,suami baik pd sy.Yg m'buatkn sy sedih,kepatuhan melaksanakan solatnya kurang.(xcukup 5wktu).Mohon Panduan.TQ 2009-07-27 5:35 AM

Terus doakan. Jangan putus asa. Setiap orang ada kelemahannya. Allah datangkan puan dalam hidupnya untuk puan tegur dan bimbing dia. Semoga Allah terus memberi kekuatan pada puan.

Guest saya tinggal dgn ibu mertua, kdang2 suami tiada di rumah sahabat suami yg dianggap anak sendiri oleh mertua dtg. Buat mcm rumah sendiri.Saya x selesa 2009-07-27 5:32 AM

Ajak suami pindah rumah jika dia mampu

Nur Ustaz,Bagaimn cara paling b'hikmah utk menasihati suami spya cukupkn solat 5wktu.Suami boleh mengimamkn solat tp,suami solat apabila "terasa"nk solat. 2009-07-27 5:26 AM

Doakan terus, selalu ajak dia. Macam kita ajak dia pergi bercuti. Ajak dan terus ajak dan terus ajak, jangan putus asa

Guest adakah potong kuku selain hr isnin, khamis dan jumaat berdosa. tkut penyakit memasuki badan 2009-07-27 5:25 AM

Tidak berdosa

Nur Salam Ustaz. Mengapa solat dikatakan tiang agama & Bagaimana cara utk memperbaiki solat.TQ.Wslm 2009-07-27 5:12 AM

Sebab sesiapa yang tidak mendirikan solat seperti tidak ada agama padanya. Untuk memperbaiki solat jaga 7 perkara

1. jaga syarat sah solat (ada lima)
2. jaga sunat sebelum solat seperti azan,iqamat dan lain-lain
3. jaga rukun solat
4. jaga sunat dalam solat
5. jaga makruh dalam solat
6. jaga perkara yang membatalkan solat
7. jaga khusyuk

yusoff assalamualaikum ustaz,bolehke ustaz berikan contact no. pengeluar air mineral b'putra, skarang ni saya ambil dari yg bukan muslim 2009-07-27 5:08 AM

tolong beri email tuan..

Guest Sembahyang bagi Musafir:- Bolehkah kita terus sembahyang Jamak & Qasar setelah sampai tempat yg dituju yg kita akan bermlm tak lebih dari 4 hari. 2009-07-27 4:54 AM

boleh

Ummu firdaus saya ada tanah 1 ekar utk wakaf di nilai. jika ustaz berminat utk kompleks Ijabah email saya di mail 2009-07-27 4:50 AM

insyaAllah, terima kasih, nanti saya hubungi

Guest Sembahyang Jamak & Qasar:- Dlm keadaan musafir bolehkah kita sembahyang jamak takdim dgn sembahyang Jumaat dihimpun kpdnya Sembahyang Asar 2 rakaat. 2009-07-27 4:46 AM

Boleh

Ummu firdaus sudah kah ustaz dapat lokasi utk kompleks al ijabah? brapa keluasan tanah yg diperlukan? 2009-07-27 4:46 AM

Tanahnya di Puchong seluas 2 ekar, nak sama-sama berwakaf, bolehlah di akaun Yayasan Ijabah di sebelah kanan blog ini

Ummu firdaus Usataz, dimana saya blh beli air UAdC?Sy tinggl di SS15 Subang Jaya 2009-07-27 4:43 AM

Hubungi 03-5880 1886

zul Apakah kencing berdiri tidak dilarang,seperti kate ustad Husni didalam Alkuliah pada tajuk istinjak? 2009-07-27 2:32 AM

dilarang keculi pada ketika tertentu seperti ketika mudharat, berjaga-jaga dalam perang dan sebagainya

melur siapakah yang patut menjaga anak angkat perempuan setelah bercerai... adakah hadis-hadis atau ayat al-quran yang dpt membantu saya.. 2009-07-26 10:40 PM

Ayah angkat di atas akad mula-mula ingin mengambil anak ini. Kalau tidak, ayah sebenarnya, kalau tiada, Baitul Mal

Razifembi adakah nabi buta huruf sehingga baginda wafat? 2009-07-26 4:55 PM

Pendapat yang majoriti nabi tidak boleh membaca hingga wafat. Ada padangan terpencil yang mengatakan Nabi akhirnya boleh membaca

Razifembi Apakah hikmah dibenarkan berpuasa walaupun masih dalam keadaan berhadas, dan tentulah solat subuh juga tidak terlaksana jika berhadas. Apa hikmahnya 2009-07-26 3:27 PM

Sebab syarat sah solat adalah suci dari hadas, puasa tidak. Boleh jadi, ada orang bermimpi yang mengeluarkan mani pada waktu tengah hari ketika puasa.

Razifembi terima kasih ustaz budiman. walaupun soalan saya tentang tgn nabi yahya tiada jawapan. Semoga ustaz sabar dan tabah dalam usaha dakwah... 2009-07-26 3:25 PM

Saya tak tahu sebab apa, kerana, dalam pembacaan saya tidak ditulis kenapa ia tidak ditanam. Kenapa orang terdahulu sebelum Islam tidak menanamnya.

Lin Salam, bila fikir ttng mati & neraka,saya kesal saya telah dilahirkn di dunia. Berdosakah saya menyesal atas ketentuan Allah swt.? 2009-07-26 10:52 AM

Tidak berdosa selagi tidak diluahkan pada lisan, Cuma, hati tu kena ubat sebab, lisan akhirnya akan berkata apa yang terdapat di hati.

Guest Ustaz jawab, "babi walaupun jadi abu,tetap haram"...fine bone ustaz tak ckp haram pun,harap rujuk kembali jawapan..2009-07-26 9:54 AM

Saya pergi tempat fine bone di China, setakat ini, maklumat yang ada pada saya, ia sekadar nama sahaja. Kalau betul dari Babi maka haram

Wallahu 'Alam Bis Sawab

Semoga menepati kehendak soalan. Jika ada kesamara pada jawapan, tolong tanya kembali

"Soalan, Kunci Pengetahuan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Klang
28 Julai 09 jam 10.45

Jawapan Pada Persoalan 31

Alhamdulillah, kesempatan ini, dapat kita bincangkan mengenai persoalan yang diajukan. Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih musykil, bolehlah Tanya lagi.

Guest menggunakan facebook utk berdakwah..berkesankah?sbb tidak berdaya dari segi lisan utk berdakwah 2009-07-25 5:12 AM

Yang mengubah hati adalah Allah, kita tak akan dapat mengubah hati seseorang sehebat mana kita. Nabi sendiri tak dapat ubah hati pakciknya.

Jadi, berdakwahlah dengan apa cara sekalipun, baki, kita serahkan pada Allah. Kita berdakwah bukan sebab untuk mengubah seseorang. Kita berdakwah sebab Allah suruh kita berdakwah

Guest adakah doa utk dibaca bagi membolehkan pelajar mendengar kata ktika guru masuk ke kelas 2009-07-25 5:13 AM

Guru kena banyak berdoa pada Allah, jangan marah dengan nafsu. Marah dengan hati yang ikhlas. Perkara yang datang dari nafsu akan jatuh ke nafsu sedangkan perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Banyakkan sedekahkan fatihah pada mereka

Guest remaja semakin jauh dari Al Quran.sgt takut keadaan remaja Malaysia hari ini 2009-07-25 5:14 AM

Remaja semakin jauh dari al-Quran sebab orang tua-tuanya juga jauh dari al-Quran. Bak kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Kalau ayah lewat sembahyang, maka anak akan tinggal sembahyang, bapa tak baca al-Quran, anak akan lupa terus al-Quran.

Secara jujur, berapa ramai orang dewasa membaca al-Quran dalam seminggu?

ZUREEN Salam, bolehkah sbhyg sunat duduk wlpun dlm sihat. adakah pahala berkurangan? 2009-07-25 11:20 AM

Boleh, tetapi pahalanya kurang dibandingkan dengan berdiri.

ZUREEN Jika tersilap baca doa dlm sbhyg cth baca "AllahuAkbar" semasa bangun dari rukuk atau dlm sujud, adakah sbhyg batal? 2009-07-25 11:24 AM

Tidak

haz salam ustaz, nak minta ustaz tulis tentang pandangan islam tentang law of attraction yg heboh diperkatakan. terima kasih 2009-07-25 12:56 PM

insyaAllah, saya kena buat kajian sikit, sekarang ini agak sibuk dengan pengurusan rumah HIV

laila ustaz, perlukah seorg ibu memberitahu ank lelakinya yg telah berkahwin dan mempunyai keluarga bahawa dirinya adalah ank luar nikah. Bapa yg ibu nikahi mmg bapa kandung ank itu. ttpi bgmana hukumnya isteri dan ank ppuan ank itu terhadap datuknya? 2009-07-25 12:59 PM

Jika lelaki tak perlu. Kalau dalam mazhab Syafie, takrifan anak ialah zuriat yang dilahirkan dari pernikahan yang sah.

Jadi, anak ini tidak dikira sebagai zuriatnya. Maka isteri anak ini dianggap orang asing dan cucu anak ini juga perlu menjaga auratnya pada datuknya ini.

laila jika ibu atau bapa meninggal bagaimana pembahagian harta yg tinggal? apakah ank kedua itu sebenarnya ank pertama? krn ia ank sah nikah. terima kasih. 2009-07-25 1:00 PM

Anak luar nikah tidak mewarisi harta melainkan jika semua waris bersetuju untuk hibah pada dia

Guest Salam ustaz. Saya tidak fasih membaca Al Qur'an. Sampaikan kalau saya sedekahkan pahala bacaan itu utk aruah bapa saya? 2009-07-24 11:50 PM

pena_arif salam ustaz...dlm kehidupan fana ini,mesti ada ujian.bolehkah ustaz bgtau bgaimana caranya menghadapi ujian hidup ini yg kekadang benar2 menguji iman 2009-07-25 12:12 AM

1. jangan putus asa
2. jangan cari manusia dulu, cari Allah dulu, adukan pada Allah
3. usaha semaksima mungkin untuk mengatasinya
4. jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain
5. doa banyak-banyak

Guest Assalamualaikum Ustaz, mana yg lebih afdhal, solat tahyatul masjid atau solat kobliatan sebaik selesai azan. Mohon penjelasan Ustaz 2009-07-25 3:21 AM

Qabliatan dan akan dikira kita telah menghormati masjid

Guest adakah kita di malaysia berada dlm keadaan syirik kerana mempunyai dua mahkamah...sivil dan syariah? adakah itu dikira menyekutukan ALLAH?2009-07-25 3:26 AM

Jika ketika beramal dikedua-dua mahkamah ini, kita merasakan bahawa undang-undang Islam itu rendah, maka boleh rosak iman kita.

Syirik bermaka menyengutukan Allah. Adapun di atas adalah kes rosak iman

anis Salam Ustaz,tolong nasihat remja sekarang yg suka tidur lewat&bangun lewat 2009-07-24 10:06 AM

Itu perlu didikan berterusan, bukannya sekali cakap atau sekali tulis dah boleh berubah.

taubatan nasuhah selepas berkahwin saya pernah mengugurkan kandungan krn tekanan perasaan akibat sikapsuami yg agak panas baran juga asyik mencari salah saya sahaja. saya juga terlibat dgn hbgan sejenis semula krn sikap suami yg kurang memberi perhatian pada saya tetapi disebukkan dgn kerja. tetapi kini saya benar2 insaf dan menerima apa sahaja qada dan qadar yg di beri ALLAH swt. saya berniat mahu menunaikan umrah utk membersihkan diri. saya sgt malas menunaikan ibadah wajib apatah lagi yg sunat krn jiwa saya tidak rasa bahagia. nasihatlah saya utz. apakah saya terkena sihir? saya selalu bermimpi najis, anjing dan tmpt2 tinggi....saya perlukan nasihat utz...terima kasih2009-07-25 1:07 PM

Yang lepas, biarlah berlalu. Terus baiki diri, doa pada Allah banyak-banyak.

Hidup kita bukan di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir

haz ibu n ayh bpesan yg rmah yg diduduki jika mrka meninggal mesti djadikn pusaka, tdk bleh djual. skrng kami sdg dudk drmah. mesti kah di faraid 2009-07-25 1:08 PM

Hasrat asal ibu mungkin untuk dijadikan rumah keluarga. Jadi, rumah itu adalah wakaf ahli, iaitu wakaf untuk ahli keluarga sahaja.

Tapi, kaji balik, hasrat asal ibu.

Alesza Ustaz,,saya mahu masuk katolik 2009-07-25 2:05 PM

Kenapa?

Guest "saya tidak akan memaafkan awk dunia & akhirat" dek krn dia telah byk memaki hamun sy dgn kata2 amat kesat - apa hukumnya ustz. 2009-07-25 4:32 PM

Itu hak dia. Kita kalau dah sedar, teruslah minta maaf dengan dia.

Guest sy dah berkahwin 15thn.3thn lepas suami kawin lain senyap2.skrg sy rasa bosan hidup bermadu.berdosake jika sy minta cerai kerana suami tak adil. 2009-07-25 8:47 PM

Berdosa. Minta cerai hanya jika ada berlaku mudharat. Bosan bukan mudharat

Guest apakah ciri2 rezeki itu berkat. 2009-07-25 8:50 PM
3 ciri-cirinya

1. membawa kita kepada jalan yang lebih baik
2. mencukupi
3. menenangkan

budak baik ustaz,saya perlukan doa yang digunakan seharian 2009-07-26 4:06 AM

kena beli buku doa

budak baik adik saya berperangai buruk. minta pendapat ustaz 2009-07-26 4:08 AM

Abang dia yang baik ni, kena didiklah adik..

budak jahat uztaz saya selalu tidak solat asar . apakah hukum kalau saya tidak solat asar uztaz . 2009-07-26 4:17 AM

Berdosa

ZUREEN Mana lebih afdal,solat witir selepas tawarikh dgn dpt pahal jemaah atau solat witir selepas solat tahajjud? 2009-07-26 5:04 AM

Paling afdhal witir ialah yang last. Jika malam confirm boleh bangun maka, lepas tahajjud terbaik, jika malam tak boleh bangun maka buatlah lepas tarawikh

Wallahu Alam Bis Sawab

Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih ada kesangsian, kita bolehlah terus bertanya kembali.

"Pertanyaan, Kunci Pengetahuan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
28 Julai 09
jam 7.15 petang

Universiti Kehidupan 98 - "Pada Siapa Saya Ingin Mengadu Ustaz?"

"Ustaz, mak cik sedihlah, anak makcik ni baik, cuma kalau dia marah, dia tengking-tengking mak cik" kata seorang ibu ketika menghubungi saya pada pagi Jumaat 24 Julai 09.

Dia tinggal bersama anak perempuannya, isteri kepada seorang Dato'.

"Semalam, entah apa mood dia tak baik, dengan makcik sekali kena marah" suara ibu ini tersekat-sekat.

"Makcik tak mahu dia jadi derhaka, makcik selalu doakan dan maafkan dia, makcik rasa macam nak keluar saja dari rumah ini" dia menambah.

Spontan keluar dari mulut saya:-

"Makcik, makcik tinggal dengan saya aje lah"

Tiba-tiba, ibu ini menangis teresak-esak.

"Ustaz, dulu arwah ayah ustaz pun pernah cakap macam ni kat makcik, ustaz cakap macam ni, makcik sedih, makcik teringat pada arwah ayah ustaz" katanya sambil tangisannya semakin kuat.

Ibu yang berumur 75 tahun ini rupanya pernah berkongsi masalah dengan arwah ayah saya.

Saya terdiam. Seorang ibu yang sudah tua, disedihkan oleh anak yang dikandungkannya sendiri, mana dia nak mengadu.

Ketika arwah ayah saya masih ada, dia selalu berpesan pada saya ketika saya mengikutnya, mendengar masalah-masalah masyarakat sekeliling.

"Amin, kalau kamu ada masalah, kamu ada Abah nak mengadu, tapi kalau Abah ada masalah, mana Abah nak mengadu" katanya pada saya.

Perkataan itu berlalu begitu sahaja hinggalah arwah ayah saya meninggal pada tahun 2004.

Hari ini setelah dia tiada, saya begitu menghargai perkataannya. Hari ini, jika saya ada masalah, tiada siapa yang dapat saya mengadu, hanya pada Allah sahaja.

"Amin, ketika kamu kecil, Abah selalu dukung kamu" kata arwah ayah saya.

"Ah ah, nanti kalau Amin dah besar, Amin nak dukung Abah pulak" kata-kata ini saya ucapkan ketika umur saya tujuh tahun ini, ia terimbau, ketiaka saya mengangkat jenazahnya dan mengusungnya ke kubur.

Kali terakhir saya tatap wajahnya ialah pada 1 Muharram 1425 bersamaan 22 April 2004, seorang ayah yang membentuk hidup saya, mengajarkan pada saya arti kehidupan.

"Ustaz, apa doa yang patut saya baca ye"pertanyaan ibu ini mengembalikan lamunan saya.

Kasihan ibu ini, pada siapa dia hendak mengadu? Titisan air matanya menyebabkan saya juga merasa sedih. Perlahan-lahan, fikiran saya menukilkan bait-bait ini…

Kita kalau susah, kita cari ibu, kalau senang kita selalu lupa ibu.

Kalau kita sedih, baru kita cari ibu, tapi kalau kita gembira, selalu kita lupa ibu.

Kalau kita sedih, ibu juga tumpang sedih dengan kita, kalau ibu sedih, kita biarkan ibu keseorangan.

Kalau ibu salah, kita tengking ibu, tapi kalau kita salah, ibu selalu memaafkan kita.

Kalau kita susah hati, ibu akan belai kita, kalau ibu sedih, ada kita kongsi kesedihan ibu?

Sesibuk mana ibu, ibu tak pernah lupa dekat kita. Hari ini kita, sibuk, ada kita ingat ibu? Bila kali terakhir kita telifon ibu?

Kalau kita sakit, ibu turut tidak tidur di sisi kita, hari ini, bila kali terakhir kita bertanya mengenai kesihatan ibu?

Kita cukup susah hati kalau kekasih kita kecil hati dekat kita, kita beli bunga pada dia, kita beli hadiah pada dia, ada kita hiraukan kecil hati ibu pada kita?

Kita raikan hari jadi kita bersama kawan-kawan? Ada kita raikan hari jadi ibu dan buatkan ibu gembira?

Ibu bukan mahu banyak dari kita, cukup, hanya kita sentiasa menyenangkan hatinya. Cukup hanya kita selalu bertanya khabar padanya.

Mari kita semua hubungi ibu kita, jangan kecilkan hatinya, minta maaf padanya, senangkan hatinya, dan jika ibu telah tiada, setiap hari, mari kita sedekahkan fatihah buatnya.

Al-fatihah….

"Universiti Kehiduapan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Selasa 28 Julai 09
Jam 8.50 pagi

Monday, July 27, 2009

Diari 94 - Dari Buku Ke Udara

"Macam mana ye ustaz, saya pening le" kata seorang kakak pada saya pada pertengahan tahun 2005

Dia baru sahaja mengikuti kursus, "Sifat Solat Nabi". Banyak persoalan yang timbul kerana penceramah menyalahkan itu dan ini.

Pada tahun ini, banyak kursus-kursus sifat solat Nabi anjurkan.

Apa yang saya boleh kata? Takkan nak marah-marah pula. Tak guna kalau tak diberi alternatif.

Alhamdulillah, dengan kekeliruan yang ada, saya mula membuat ulangkaji mengenai solat. Saya buka kitab-kitab as-Syafi'iyyah. Ketika saya bermusafir dan menziarahi tuan-tuan guru di mana-mana, jika saya tahu dia Mazhab Syafie, saya akan belajar dari mereka mengenai solat.

Dari Yaman, sebuah negara yang juga mempraktikkan Mazhab Syafie hinggalah ke Konya Turki, bertemu dengan Syeikh Muhamad Konyave yang bermazhab Syafie.

Saya menulis sedikti demi sedikit kaedah sembahyang ini. Untuk mempelajari sembahyang, ada tiga kaedah

1. kita melihat orang lain bersembahyang
2. orang alim membetulkan cara kita sembahyang.
3. Kemudian. Matangkan lagi perbahasan kita dengan merujuk pada kitab-kitab yang ada.

Akhirnya, dengan izin Allah, pada awal tahun 2006, saya dapat menyiapkan sebuah buku mengenai solat.

Buku ini saya berikan tajuk, "Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Syafie"

Buku ini mengeluarkan dalil mengenai kaedah sembahyang yang digunakan oleh Iman as-Syafie serta perbahasan mengenainya.

Dari sini, Alhamdulillah, saya dapat kongsikan dengan semua melalui kursus yang dianjurkan. Bermula dari surau-surau sampailah ke Universiti.

Apa kesimpulan dari ratusan kursus yang telah dibuat? Masyarakat kita, ramai yang kurang mahir mengenai solat. Banyak soalan yang remeh-temeh yang diajukan.

Macam mana kita mahu bincangkan mengenai khilaf dari dalil-dalil yang digunakan oleh iman itu dan ini, jika mereka solat pun tak tahu?

Itu yang menjadikan mereka lebih keliru apabila penceramah solat membahaskan mengenai itu dan ini di dalam berbagai pandangan.

Akhirnya..

"Emm, susahlah solat, tak payah buatlah, pening, orang ni kata macam tu, orang tu kata macam ni" kata seorang anak muda pada saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan sahabat-sahabat yang ada, saya meneruskan kelangsungan kursus ini di mana-mana. Hinggalah pada minggu dua minggu lepas, saya dihubungi oleh pihak pentadbiran "Layar Consult" sebuah syarikat pembikinan filem dan dokumentari.

Mereka merancang untuk membuat sebuah dokumentari mengenai solat empat mazhab, tetapi pihak JAKIM mencadangkan agar, fokus diberi pada Mazhab Syafie. Ia supaya, tidak membuatkan orang awam keliru dengan perbahasan nanti.

Akhirnya, program ini dinamakan "Panggilan Agung", insyaAllah, ia akan disiarkan di ASTRO pada waktu dekat ini.

Setelah merancang dengan baik, maka bermula 26 Julai 09, saya mula terlibat di dalam pembikinan dokumentari solat ini.

Semoga ia memberi manfaat kepada diri ini, dan boleh dipanjangkan kepada semua. Semoga sedikit yang diusahakan mendapat keredhaan dari ilahi.

"Diari Merakam Sejarah, Mencatat Kenangan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
27 Julai 09 jam 7.30 pagi.
Bersama krew program Panggilan Agung
Ia dibantu oleh Sahar
Penerbit sedang membuat semakan pada program

Sunday, July 26, 2009

Universiti Kehidupan 97 - Iktibar Program Di Dua Sekolah

Saya memenuhi jemputan ceramah Israk dan Mikraj di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama Subang Jaya pada Khamis 23 Julai 09 lepas solat Maghrib.

Sebelum memulakan ceramah seorang guru bertemu dengan saya.

"Ustaz, nanti tolong sentuh masalah disiplin sikit ye, pelajar sekarang ni masalah disiplinnya beratlah, ponteng, lompat pagar, tak hormat guru bla..bla..bla…" katanya.

24 Julai 09 jam 10.00 pagi. Saya memenuhi pula undangan ceramah Israk dan Mikraj di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2.

Sebelum memulakan ceramah, perkataan yang sama diucapkan:-

Ustaz, sini masalah couple teruk sangat. Kalau telifon tu, gambar lucah penuh. Tahun lepas ustaz ada dengar tak, seorang pelajar kena rogol dalam balai polis, pelajar dari sekolah ni lah. Dia merayap sampai pukul 5 pagi, kena tangkap, kena rogol dalam balai polis" kata cikgu ini.

Saya beristighfar panjang mendengarnya.

Sekembalinya saya dari ceramah di tempat kedua ini, saya menerima hakikat bahawa, tahap disiplin para pelajar agak teruk.

Mana puncanya ye?

Ibu bapa? Ye, mungkin salah satu faktornya. Apabila ibu bapa membiarkan tugas mendidik semata-mata pada sekolah.

Guru? Mungkin juga salah satu faktor apabila watak seorang pendidik tidak dihayati dengan sebaiknya.

Murid? Pun mungkin. Ada juga ibu bapa ok, guru ok, tapi murid memang keras kepala.

Sistem pendidikan? Mmm, ada kemungkinan, tapi siapalah kita hendak membincangkan dibandingkan para Profesor yang menyusun setiap intipati mata pelajaran ini.

Media massa? Pun mungkin apabila lebih banyak waktu siaran hiburan, dibandingkan waktu membentuk rohani.

Kita boleh menuding jari ke arah mana pun, tapi sekarang ini, bukan masanya untuk saling menyalahkan.

Apa perlu kita buat?

Buat program agama banyak-banyak. Ada pula nanti segolongan ustaz yang membid'ahkan program sambutan itu dan ini, berzikir di masjid bid'ah sebab Nabi tak buat dan sebagainya.

Habis tu? Apa nak buat.

"Ah.. pening-pening tak payah buat langsunglah…"

Mungkin ada yang membuat pendekatan berfikir cara ini sebab dia berfikir bahawa membiarkan itu adalah jalan penyelesaian terbaik.

Apa kata Quran…

Apa kata Quran hah…

Mmmm, apa kata Quran mengenai perkara seperti ini…

Di dalam surah al-Isra' ayat 81, Allah menyatakan:-

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Kebenaran perlu di datangkan, kebenaran perlu dizahirkan, kebenaran perlu selalu disampaikan.

Jika ia disampaikan secara berterusan, maka telah menjadi fitrah, kebatilan itu pasti akan lenyap.

Jadi, siapa yang perlu sampaikan kebenaran dan kebaikan ini secara berterusan?

Ye, semua orang.

Ibu ayah, guru, media masa, jiran, kawan-kawan, pendakwah, orang masjid dan semua orang mesti menyampaikan kebenaran ini.

Manusia sering lupa, mereka semua perlu selalu diingat-ingatkan di atas kebaikan.

Jika setiap hari, datang teguran dari seluruh pelusuk hidupnya, maka nafsunya tidak akan menjadi buas, hatinya tidak akan buta dan akalnya tidak akan jahil.

Apabila nafsu, akal dan hati telah mula dibentuk, maka ia akan dapat ditingkatkan untuk menjadi lebih sejahtera.

Kembali dari pusat pendidikan ini, mengajarkan pada kita semua bahawa, generasi masa depan kita, memerlukan lebih perhatian rohani. Jika tidak, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk menyelesaikan jenayah di masa hadapan.

Semoga Allah terus memelihara kita dan genarasi kita, semoga kita semua diberi keselamatan di dunia dan akhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
26 Julai 09 jam 11.40 malam
Program di Subang turut dihadiri oleh ibu bapa dan penduduk setempatPelajar sedanng mendengar ceramah
Guru dan pelajar di SMK Alam Megah 2



Saturday, July 25, 2009

Jawapan Pada Persoalan 30

Alhamdulillah, kesempatan ini, dapat kita bincangkan mengenai persoalan yang diajukan. Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih musykil, bolehlah Tanya lagi.

ROKIAH MUSA salam.setiap mlm saya buat solat thajjud n berdoa agar org2 yg bhutng mbyr htng2nya.sya nk tau ustaz apa doa yg mujarab ,wassalam 2009-07-20 8:58 PM

Doa yang mujarab ialah doa tanpa putus asa. Teruskan berdoa, kita berdoa kerana tuntutan bahawa kita perlu merujuk permasalahan pada Allah. Ia bukan bermakna kita paksa Allah untuk tunaikan permintaan kita. Jika belum ditunaikan, teruskan berdoa.

jepp assalamualaikum ustaz..boleh tak klau ustaz komen tentang amalan berpuasa di bulan sya'ban 2009-07-20 10:55 PM


Selain bulan Ramadhan, bulan yang paling banyak Nabi berpuasa ialah bulan Sya'ban

Guest jika musibah minimpa apa harus seseorang itu lakukan,tolong ustaz jelaskan 2009-07-21 1:33 AM

Pertama sabar, kedua berusaha memperbaki keadaan, ketiga, jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain mungkin senang dalam bab lain, tetapi tetap diuji dalam hal lain, keempat berdoa dan kelima di dalam usaha serahkan baki yang kita tidak mampu buat pada Allah, itulah yang dinamakan tawakkal

Guest jika kita ditimpa musibah dari apa yg berlaku tanpa kita sedari apa harus kita lakukan,kita semakin jauh dariNYA dan dihina,serta keluh kesah 2009-07-21 1:43 AM

Banyakkan istighfar, kerana mungkin susah sebab dosa. Kedua banyakkan bertasbih. Orang banyak bertasbih akan diberi jalan keluar bagi permasalahannya. Allah menyebut di dalam al-Quran ketika Nabi Yunus ditelah Ikan Nun,

Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur (surah as-Saffat ayat 143-144)

zul ustad, adakah suami dikenakan kafarah jika bersetubuh pada bulan ramadhan tetapi tidak memasukan kemaluan keatas isteri dan keluar mani tanpa memasuka 2009-07-21 2:13 AM

Puasanya batal tetapi tidak kena kafarah. – lain kali jaga sikit -

su assalamualaikum ustaz.saya ada masalah gangguan bayangan salib,saya alami dari sekolah lagi.kadang-kadang mcm rasa dah murtad.saya takut la ustaz.mak 2009-07-21 2:36 AM

Teruskan istghfar dan bertasbih. Anda sebenarnya sedang mengalami ujian hati.

nor adakah berbeza keberkatan antara bacaan jasin di lakukan di kubur dengan di rumah. apakah hukum wanita menziarahi kubur. 2009-07-21 2:45 AM

1. Kelebihan sama sahaja
2. Perempuan boleh menziarahi jika tidak berlaku pergaulan bebas

jamal harap dpt jelaskan beza bila kita menyebut kalimah tauhid pd perk'taan ini-muhammadurrasullullah dgn muhammadarrasullullah.Tk. 2009-07-21 2:57 AM

Sama makna, perubahan itu berlaku disebabkan kaedah grammar bahasa Arab.

azlan salam, saya nak tanya apa hikmah kita membaca fatihah 7x. dan 3 qul 3x selepas solat jumaat. minta ustaz beri penjelasan... sekian 2009-07-21 3:13 AM

Rujuk kitab Fadhail Amal. Banyak kelebiha membaca kedua surah itu.

alwi Salam. Ustaz,saya mendengar ceramah oleh Ustaz Kazim elyas mengatakan tidak boleh menabur bunga diatas pusara. tapi Ustaz kata bole? mohon penjelasan. 2009-07-21 3:38 AM

Terpulang atas niat. Jika niat untuk memuja memang tak boleh.

ZUREEN Salam. mana lebih afdal. Puasa atau sembahyang sunat. Kdg2 letih puasa sunat kurang sbhyg sunat 2009-07-21 4:19 AM

Imam Malik mengatakan:-

Ibadah adalah rezki macam makan. Ada orang hari ini makan ikan, esok makan daging.

Ada orang puasa, kurang sembahyang sunat. Semua bagus. Yang penting, tingkatkan sehari demi sehari amalan kita.

Jika dibandingkan puasa dan sembahyang, maka sembahyang lebih utama.

Guest Sujud Sahwi - perlukah kita baca tahyat akhir sekalilagi pada selepas sujud sahwi yg ke dua atau terus beri salam saja. 2009-07-21 4:41 AM

Tak perlu dan terus beri salam

bard ustaz, jika melakukan jamak takhir perlu solat asar dahulu@ zohor? isyak dulu @maghrib? 2009-07-21 5:14 AM

Ada dua pendapat:-

Ada yang mengatakan ikut waktu dan ada yang berpendapat ikut turutan. Bagi saya, saya ikut pandangan "ikut turutan"

Zailani salam. anak saya umur 10 thn perempuan tanya, kita kata ugama lain tidak benar, macam mana kita tau ugama kita benar? 2009-07-21 7:59 AM

Rujukan kita al-Quran. Tuan kena perdalamkan lagi ilmu keimanan melaui al-Quran. Kalau kita pun masih ragu, bagaimana ingin meyakinkan orang lain. Selain itu berdoalah untuk Allah kurniakan iman.

Sesal Ada saudara diketahui minum arak ketika hidup. Bila sudah meninggal dunia, perlukah rumahnya disamak terlebih dahulu? 2009-07-21 9:35 AM

Arak bukan najis berat (mughallazah), tak perlu samak, cukup basuh sahaja

hafifi assalamualaikum, ustaz,, sye ade pnyakit bile time nk smbhyg trse nk buang air, mcm nk solat klau ade pnykit cam 2 2009-07-21 10:10 AM

kalau memang dah penyakit, maka tuan di dalam keadaan darurat, solat semampu yang boleh

Danish Boleh saya sebut ALLAH berulang-ulang di dalam hati selepas membaca al fatihah semasa imam membaca surah supaya solat bertambah kusyuk 2009-07-21 12:11 PM

Boleh

Guest salam ustaz. anak saya selalu terjaga dari tidur bila tgh mlm. tidurnya selalu terkejut2 dan mcm tak lena. setiap mlm. apa perlu saya buat? 2009-07-21 12:34 PM

Bacakan ayat kursi padanya ketika dia mula tidur

Guest salam ustaz. saya nak tanya umur berapa anak2 patut mula pisahkan dari tidur dgn ibubapa? dan mcm mana nak dpt sokongan suami 2009-07-21 12:37 PM

1. Jika dia sudah tahap cerdik (mumayyiz), pisahkan secara beransur-ansur. Mula-mula pisah katil sebelum pisah bilik.
2. Untuk mendapat sokong suami, suami perlu ada ilmu. Kefahaman menyebabkan dia akan menyokong tindakan kita

mohd niza Assalamualikum Ustaz, saya nk tanya apakah hukum jika harta pusaka mak dan ayah yang telah lama meninggal tidak lagi dibahagi dgn adik beradik 2009-07-21 2:45 PM

Haram jika sengaja dilambatkan dengan niat serong.

Danish A,kum Ustz.. sya da lama tak solat.. bagaimana sya nak tebus (kada).. da ingat jumlah.. bole tak ustz ajarkn doa supaya sya tak lalai.. 2009-07-21 5:57 PM

1. Ganti semampu yang dapat hingga tenang hati
2. Doa untuk tidak lalai ialah zikir banyak-banyak dalam hati, biar setiap nafas yang turun naik disertai nama Allah.

Guest Assalamialaikum,Ustaz...bolihkah kita mununaika solat sunat tahajjud tiap2 malam bagi menebus dosa,& waktu afdhal tahajjud serta jenis solat 2009-07-21 11:40 PM

Boleh dan waktu terbaik ialah dua pertiga malam iaitu bermula jam 2 pagi

amalina salam ustaz,ms kecil2,arwah atuk ngajar sy ngaji.dia ajar sy setiap kali habis baca al-quran baca.."'sadakallahulazim gharfillana ajmain''apa maksunya 2009-07-22 1:07 AM

Maknanya

"Benarlah Allah Yang Maha Agung, ampunkanlah kami semua

nana ustaz,mcm mana nak ilangkan rs marah,kcik hati,tak puas hati. 2009-07-22 1:09 AM

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Besarkan akhirat dan doa pada Allah banyak-banyak

Nur Salam Ustaz,mengapa perlunya Solat, dan apa hikmah disebalik bacaan dan perbuatan dalam Solat. Cth adanya takbir,rukuk,sujud dll. TQ.Wslm. 2009-07-22 1:09 AM

Solat tiang agama, orang yang tak solat maknanya tak ada agama. Hikmah perbuatan boleh beli buku-buku mengenai solat. Sekarang ini, hikmah dari sudut perbuatan pun ada dibukukan

NANA USTAZ MCM MANA NAK MELEMBUTKAN ATI SUAMI.KURANGKAN PANAS BARAN. 2009-07-22 1:10 AM

Sedekahkan fatihan banyak-banyak pada dia

melur selamt pagi ustaz...apa hukumnya menggunakan pinggan mangkuk fine bone china? Apakah tulang binatang spt babi yg dah dibakr jadi abu masih haram?2009-07-22 1:32 AM

1. Saya pernah Tanya sendiri orang di China mengenai fine bone. Dia kata, ia hanya pada nama sahaja, tak ada pun tulang dalamnya.

Walaubagaimana pun, untuk elak syubhat elok elakkan

2. babi walaupun jadi abu tetap haram.

AZALAN Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya , berapa bayaran untuk masuk maahad tahfiz ustaz kat 3C subang jaya 2009-07-22 2:34 AM

Percuma bagi anak yatim dan orang susah, RM 250 untuk orang berkemampuan

aisyah salam ustaz..saya telah membaca buku panduan umrah, dan sevara tidak sengaja saya telah berniat umrah dan berniah ihram dengannya 2009-07-22 2:52 AM

Tak di kira melainkan berada ditempat miqat.

aisyah adakah saya perlu menjaga pantang larang ihram itu.. 2009-07-22 2:52 AM

tak perlu

Drew Salam ustaz, ada kemungkinan besar gaji kita tidak bersih kerana kita tidak cukup waktu bekerja yang ditetapkan. Patutkan kita pulangkan balik? ...atau boleh tak kita sedeqahkan sebahagian gaji kita pada yang perlu utk mengelakkan syubhah 2009-07-22 5:50 AM

Boleh sedekahkan.

esan assalamualaikum ustaz, apa pendapat ustaz mengenai pendapat bahwa umat islam tidak perlu mengejar jawatan kerana semuanya hanya perhiasan dunia. 2009-07-22 6:06 AM

Perlu dan pindahkan jawatan yang ada untuk beramal. Apabila dunia dijadikan jalan untuk akhirat maka ia akan jadi akhirat.

Apabila akhirat dijadikan alat untuk mendapat dunia maka dia akan menjadi dunia

IPOH Salam Ustaz, bagaimanakah hendak menangani jiran berbangsa India yang suka mencari masalah dengan kita? 2009-07-22 9:27 AM

Kalau mampu pindah. Tak mampu sabarlah

teh salam ustaz, saya nak tya mengenai ank angkat perempuan yang disusui ibu angkat adakah batal wuduk dengan bapa angkat 2009-07-22 9:47 AM

tidak

Danish ustaz bagaiman nak kusyuk solat semasa imam baca surah sedangkan kita tak tahu makna bacaan 2009-07-22 11:06 AM

Belajar untuk tahu kemudian banyaklah berdoa. Khusyuk boleh diusahakan tetap ia adalah anugerah dari Allah.

lida Salam.tayamun diharuskan bila kita keputusan air.kalau sakit gune debu yang ada pd dinding sah ke..sebab nk tayamun kena debu tanah? 2009-07-22 11:17 AM

tak sah, melainkan jika debu di dinding itu rasa ain kewujudannya

hal salam.saya pernah berzina dan kini saya bertaubat dan menyesal.Adakah taubat saya diterima.Adakah saya layak berkahwin dgn lelaki soleh. Sedangkan dlm Al Quran lelaki yg baik utk wanita yg baik.Saya sgt menyesal apa yg saya lakukan.Al Hamdulillah kini saya syukur dgn hidayah Allah 2009-07-22 11:33 AM

1. Makna taubat ialah penyesalan (hadith) kalau dah menyesal maka taubat itu diterima.
2. Orang baik, ada dari asal, ada juga orang baik setelah bertaubat. Banyak juga ulama kita asalnya orang teruk. Kalau kita dah taubat, insyaAllah, akan dikurniakan suami soleh.

Ia bukan di mana kita bermula, ia adalah, di mana kita berakhir.

li Ayah tidak solat mak skrg dah solat.Dulu mak ngan ayah selalu bergaduh.Saya kerap membaca Al Quran utk melembutkan hati mereka dan supaya rumah saya s sentiasa dlm keadaan tenang.Adakah Al Quran yang berjaya bawa rahmat kpd keluarga saya.Tapi saya tiada kekuatan utk menyuruh ayah solat 2009-07-22 11:36 AM

Doakan, kita tak mampu ubah manusia, Allah yang merubah hati. Jika tak mampu dengan lisan, paling kurang doakan dengan hati.

guest saya andartu,kerja guru.Ingin berkahwin.Puas berdoa tetapi selalu ditemukan lelaki yang tidak dpt membawa saya mendekati Allah.Tiap2 lepas solat saya berdoa supaya ditemukan lelaki soleh.Adakah amalan saya yg membuatkan saya kahwin lambat.Saya benar2 ingin menjadi isteri solehah kepada suami soleh 2009-07-22 11:44 AM

Mudahan mendapat suami yang soleh nanti. Semua orang yang macam cik berperasaan demikian. Teruskan doa dan janga putus asa.

sedih Sy lahir dlm famili tk penting solat & aurat.Sedih lihat keluarga yg sebegitu.Saya tak berdaya utk menegur.Saya sedih.hanya mampu berdoa & bc Al quran 2009-07-22 11:49 AM

teruskan doa dan jangan putus asa.

Danish Apa hukum isteri berchating dengan bukan muhrim 2009-07-22 1:48 PM

Haram sebab ia sebagai permulaan perkara yang lebih buruk

Danish ustaz betul ke di akhirat kelak ramai orang kaya dan perempuan masuk neraka manakala ramai orang miskin masuk syurga. 2009-07-22 1:49 PM

Orang kaya yang tidak beriman dan orang perempuan yang ingkar. Orang miskin jika tidak beriman pun tak selamat.

Hadith ini disebutkan supaya orang kaya dan orang perempuan lebih beriman.

mushkil!!! ustaz..prmpuan yg mgubh pnmplanny sbg seorg lelaki srta tdk prnah tlintas untk kmbali ke pgkal jln ap yg akn tjdi kpd driny??jka dia mnggal dlm keadaan sedemikian..adakh dia akn mjadi pghuni neraka utk slmeny?? 2009-07-22 2:57 PM

Jika dia beriman, dia tidak selamanya di neraka, dan semoga ketika sebelum mati telah diampun oleh Allah

Noor Saya ada terbaca, kalau anak2 kita degil tk dgr kata, selalu sedekahkan al fatihah betul ke ustaz. dan kenapa alfatihah ye 2009-07-23 2:12 AM

Ye, kerana di dalam al-Fatihah ada doa "Ihdinas Siratal Mustaqim" (Hidayahkanlah kami ke jalan yang lurus)

siti apa pendapat anda tentang mendengar lagu? 2009-07-23 2:26 AM

Boleh jadi makruh dan boleh jadi haram

Guest Assalamualaikum.ustaz pelaburan dalam ASB halal atau haram?? 2009-07-23 6:45 AM

Kalau ikut e-fatwa diharuskan. Kalau was-was elok tinggalkan

Guest Assalamualaikum ustaz..Bagaimana dengan saham-saham yg lain spt didik dan wawasan?? 2009-07-23 6:46 AM

Saham, tengok ke mana pelaburannya dan cara pengendaliannya

Guest assalamualaikum....seblum ini sya ada terbaca tentang saat2 semasa mati ...boleh ke ustaz jelaskan secara terperinci..tk. 2009-07-23 7:27 AM

Panjang untuk jawab di sini. Teruskan membaca. InsyaAllah, saya akan menulis dalam satu tajuk khas

intan salam ukhwah. saya seorang ibu tunggal. saya nak tanya ustaz tentang kedudukan ketika solat. saya ada 3 anak perempuan yg sudah baligh dan seorang anak lelaki yg sudah bersunat berumur 8 thn. Teima kasih 2009-07-23 7:46 AM

Kak imamkan, anak lelaki di kanan dan anak perempuan di belakang

Guest salam..ustaz, mcm mane kite nkmtunjukkn Islam yg kita amalkn ni adalah yg terbaik kpd non muslim? 2009-07-23 7:54 AM

Kena amalkan syiar-syiar Islam secara keseluruahan

Guest ustaz, bleh tlg ajarkan doa utk spy kite minat utl belajar?syukran 2009-07-23 7:54 AM

Doa dalam bahasa Melayu. Minta Allah beri minat.

Asri bagaimana untuk menyakinkan orang bukan islam tentang allah dan tentang islam 2009-07-23 9:22 AM

Itu kena masuk kursus dakwah. Rujuk Bahagian Dakwah Majlis Agama Islam

wardah azira Salam Berdosakah mendirikan rumahtangga dengan suami org, padahal suami tidak pernah abaikan keluarga pertama.Ada ustazah kata berdosa? 2009-07-23 10:47 AM

Tak berdosa jika suami mampu dan tidak mengabaikan keluarga pertama

Ummu firdaus salam ustaz.ustaz ada buat kelas sanad yg ustaz perolehi dari merantau tu? saya nak ikuti kelas ustaz tu. 2009-07-23 12:54 PM

Setiap hari Rabu di Yayasan Restu Shah Alam jam 10.30 pagi

Guest salam...adakah dosa menyekutukan Allah tidak akan diampunkan oleh Allah sebab ada dlm hadis dosa syirik tidak akan diampunkan 2009-07-23 1:35 PM

Tidak diampun di akhirat di dunia tetap pintu taubat itu terbuka.

Guest ustaz,berdosakah jika saya terjawab panggilan salam dari orang yang bukan islam. 2009-07-23 3:27 PM
Tidak berdosa

Mirkhal Salam ustaz, bolehkah Innalillah dilafazkan apabila mendengar musibah terhdp orang bukan Islam? 2009-07-23 11:53 PM

Boleh

Guest Assalamualaikum, saya akan melupuskan insuran hayat konvesional & akan mendapat wang 'surrender'. Adakah wang surrender itu halal/haram. Jika haram 2009-07-24 1:25 AM

Ambil bilangan yang pernah kita labur sahaja. Kalau lebih lupuskan duit itu sebagaimana urusan duit haram

Guest bagaimana melupuskannya? 2009-07-24 1:26 AM

Untuk melupuskan duit haram, buat perkara yang umum boleh guna atau serah pada Baitul Mal negeri

Guest Ustaz, saya ada membeli rumah melalui pinjaman konvensional. Tiap bulan saya buat bayaran kpd bank & pada masa yg sama dapat duit sewa hasil sewaan 2009-07-24 1:33 AM

Syubhat, usaha tukar pada sistem Islam

Guest salam, apa hukum insurans pelajaran 2009-07-24 1:34 AM

Cari yang takaful, yang konvensional haram kerana tidak menepati syarak

Guest rumah itu. Adakah hasil sewa dikira riba sebab beli secara pinjaman konvensional. Jika riba bagaimana membersihkan pendapatan itu dari riba 2009-07-24 1:34 AM

Hasil sewa tidak riba, pinjaman itu riba. Tetapi hasil itu syubhat. Untuk bersihkan wang haram ialah buat perkara yang umum atau serah pada Baitul Mal negeri

Guest Salam, Quran online yg manakah boleh dipercayai, utk kemudahan membaca ketika waktu bkerja & perlukah ambil wudhu' utk membacanya online 2009-07-24 1:38 AM

Itu rujuk yang telah diluluskan oleh JAKIM

Guest1 Ustaz, saya buat study loan (bukan islami) untuk biayai pengajian mba saya. Study tamat tapi masih bayar loan. Transaksi ini libatkan riba, bagaimana nak membersihkannya dari riba? Bagaimana dgn ilmu yg saya perolehi melalui pembiayaan yg libatkan riba, berkat ke/tak? 2009-07-24 1:41 AM

Jika ketika itu tiada pilihan, tak apa. Tetapi taubatkan juga.

wani Salam, Ust saya ingin bertanya, solat qasar dan jamak, boleh ke kita lakukan bukan disebabkan musafir tetapi kerana kerja atau menghadiri majlis pting 2009-07-24 7:08 AM

tak boleh

wani salam, ust. ayah mentua skrang 81tahn, dlm keadaan ingat2 lupa. Wajib ke dia sembahyang dan puasa 2009-07-24 7:11 AM

Ketika waras wajib,

wani salam ustaz, apa hukum nya ibu mertua memburukkan anak menantunya. depan baik tapi dibelakang habis dikutukm sehinggakan yg tak benak dihebohkan. 2009-07-24 7:46 AM

Berdosa dan kena mintak maaf

anis Salam Ustaz,tolong nasihat remja sekarang yg suka tidur lewat&bangun lewat 2009-07-24 10:06 AM

Nasihatkan tentang keberkatan di dalam hidup terdapat pada awal pagi

ida salam...bagaimana hendak membersihkan hati yang busuk 2009-07-24 3:26 PM

Mujahadah, iaitu buangkan yang busuk itu dan gantikan dengan sifat yang baik

lid kenapa hati manusia itu ego...sentiasa mencari kesalahan orang 2009-07-24 3:27 PM

Sebab kurang ilmu dan tarbiah

Guest Assalammualaikum ustaz,apa yg perlu dilakukan jika seorang ibu memaki anak & menantunya,sedangkan mereka tidak pernah mengabaikannya,2009-07-24 3:48 PM

Bagi anak menatu sabarlah, bagi ibu mertua, ubahlah sikap. Jangan mati dengan perangai mengaibkan orang lain

Wallahu Alam Bis Sawab
Semoga menepati kehendak soalan. Jika masih ada kesangsian, kita bolehlah terus bertanya kembali.

"Pertanyaan Adalah Kunci Ilmu"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Sabtu 25 Julai 09 jam 2.30 pagi

Diari 93 - Isu Muslim Di Gereja "Rumah Oh Rumah..."

"Baiklah, saya mahu perkara ini selesai dalam dua minggu", kata Dato' Khusrin ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai rumah alternatif untuk pesakit HIV yang ditempatkan di gereja pada Khamis 16 Julai 09.

Yang hadir saling memandang antara satu sama lain. Saya hanya mengangkat kening, Hani hanya tersenyum.

"Tak kira, apa pun tarikhnya, yang penting kerja mesti berjalan" bisik hati saya.

Semenjak dari hari itu, saya dan sahabat-sahabat yang ada, ke sana dan ke mari mencari rumah.

Berbagai reaksi ketika mencari rumah ini. Ada yang pada mulanya bersetuju tetapi akhirnya tidak, ada yang bersetuju tetapi mahu tunggu kerana terpaksa membaik pulih rumah dan sebagainya.

Hinggalah pada hari Khamis 23 Julai 09 apabila pagi ini saya ada mesyuarat dengan Kak Liza di USJ 9.

"Ustaz, kak ada tengok satu rumah di PJ. Bagus, ada lapan bilik, sewanya RM 3700" kata Kak Liza pada saya.

"Cantik tu Kak, boleh tak kita tengok rumah tu pagi ni" kata saya.

"Ok, kak telifon ejen rumah tu sekarang" kata Kak Liza.

Tak lama selepas itu, ejen rumah memberikan respons.

"Ok, ustaz, pukul 9.30 di PJ" kata Kak Liza

Saya membelek jam ditangan. Sekarang menunjukkan jam 9.00 tepat.

"Kak, kita kena gerak sekarang ni, dah pukul 9.00" kata saya..

Kami dan beberapa orang lagi menaiki kereta melalui lebuh raya NKVE dan terus ke Petaling Jaya. Sesampainya di rumah ini, tuan rumah telah menunggu.

Kami diajak melihat rumah lapan bilik ini. Tempatnya memang sesuai.

"Kuranglah sikit sewa ni, kami bukan nak buat keuntungan, untuk rumah amal saja" kata saya pada tuan rumah berbangsa Cina ini.

"Ok lah, RM 3600," katanya.

"Ala, genapkan RM 3500 lah," kata saya pada tuan rumah ini.

"Oklah, oklah", katanya setelah berfikir sejenak.

Setelah selesai berbincang harga, ejen rumah sampai.

"Ok, nanti esok saya siapkan agreement," kata ejen rumah.

Jumaat 24 Julai 09, jam 5 petang. Saya menyiapkan cek bernilai RM 12 750, untuk sewa 2 + 1, deposit api air, dan pengurusan yang lain. Nilaian ini diberi pinjam oleh seorang Datin. InsyaAllah akan segera dipulangkan jika MAIS mula bersama-sama di dalam operasi ini.

Setelah menandatangani beberapa dokumen, ejen mula menyerahkan kunci pada saya.

"Alhamdulillah, di sini ia bermula" bisik hati saya.

Saya meminta Syamsul, anak buah mengambil kamera dan merakamkan detik ini.

"Ya, ia baru sahaja bermula", bisik hati saya.

Syukur pada Allah, yang telah memudahkan ia mula berjalan. Walaupun dimulakan dengan pinjaman, tak apalah, sekurang-kurangnya ia telah mula berjalan.

InsyaAllah, bermula esok, rumah akan dibersihkan. Minggu depan katil akan dimasukkan dengan izin Allah.

Cabaran seterusnya ialah, meyakinkan penghuni di gereja, kita boleh menyediakan pusat penjagaan yang baik buat mereka.

Jika semuanya berjalan lancar maka, mudah-mudahan, saudara seIslam kita akan dapat mula dikeluarkan.

Rumah ini bukan milik saya, bukan milik sahabat-sahabat yang membantu, bukan milik MAIS, tetapi milik semua orang Islam yang merasa bertanggung jawab untuk mengusahakannya.

Ia telah dimulakan, bermakna ia perlu diselesaikan. Kita tidak mahu dilebal sebagai satu umat yang hangat-hangat tahi ayam.

Kita mahu menjadi seperti umat terdahulu, satu umat yang sentiasa berjuang untuk meninggikan kalimah Allah.

Semoga, ia terus mendapat bantuan Allah dan mendapat sokongan dari semua. Yang penting, apa pun yang kita lakukan, keredhaan Allah yang diutamakan.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
25 Julai 09 jam 12.20 tengah malam
Rumah lapan bilik di PJ
Tawar menawar harga sewa
Perjanjian untuk penyerahan kunci
Semoga semuanya terus dipermudahkan

Friday, July 24, 2009

Diari 92 - Air Mineral UAdC (Ustaz Amin Dot Com)

Alhamdulillah, Rabu 22 Julai 09 jam 9.30 pagi, satu majlis sambutan Israk dan Mikraj berjaya disempurnakan di Yayasan Restu. Jika sebelum ini saya hanya memenuhi undangan orang lain, tetapi kali ini, kita sendiri yang menganjurkannya.

Perbezaan ceramah Israk Dan Mikraj pada tahun ini dibandingkan dengan tahun lepas ialah, ia memaparkan gambar-gambar dan potongan filem ketika saya dan rombongan berada di al-Aqsa baru-baru ini.

Para pendengar akan merasa lebih rapat dan lebih menghayati terutama tempat-tempat sejarah di dalam peristiwa Isra dan Mikraj.

Ceramah selama dua jam ini disulami dengan bacaan Nazam Maulid dari tiga kitab iaitu kitab Diba'i, kitab berzanji dan kitab Burdah.

Alhamdulillah, hari ini juga, saya bersyukur kerana, air mineral di atas nama UAdC (Ustaz Amin Dot Com) berjaya dilancarkan.

Ia dilancarkan oleh Ketua Bahagian Masjid, Majlis Agama Islam Selangor. Pukulan gong sebanyak tiga kali menandakan, air ini telah sempurna dilancarkan.

Menyentuh mengenai sejarah air ini, semuanya bermula ketika perjalanan saya ke Palestin. Ketika dalam perjalanan ke Jordan untuk ke Palestin, saya duduk di sebelah Hj. Othman, orang yang mengeluarkan "Air Infak" bagi membantu masjid mengumpulkan dana pembangunannya.

Hj Othman mempunyai kilang air Mineralnya sendiri. Dan menurutnya di Malaysia, hanya ada empat kilang sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu. Yang lain semuanya orang bukan Islam. Sejak dari pengenalan mengenai air ini, saya selalu melihat air-air yang berada di masjid-masjid yang diberikan kepada para penceramah, semuanya dari kilang orang bukan Islam.

"Ustaz buat apa sekarang?" tanyanya pada saya ketika di Jordan sebelum terbukanya kisah usaha pembangunan kompleks anak yatim kita di Puchong.

Saya menceritakan serba sedikit mengenai anak Yatim dan pelajar Tahfiz al-Ijabah.

Selama beberapa hari di Palestin, perbincangan dilanjutkan. Hinggalah akhirnya, kami ingin berbincang untuk membuat air mineral bagi membantu tabung pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah.

Alhamdulillah, inilah hadiah perjalanan ke al-Aqsa.

Ketika pulang, kami terus berhubung untuk menjayakan projek air ini.

"Apa nama yang paling sedap untuk dijadikan lebal air ini?" kata Abang Azizi di dalam mesyuarat untuk projek air mineral ini.

"Kita beri aje nama UAC Mineral Water, UAC bersempena dengan nama Ustaz Amin.Com", kata Haji Othman.

Semua yang hadir bersetuju untuk memberikan nama itu, tetapi pada mesyuarat ke dua, ada yang mendapati bahawa UAC telah digunakan oleh sebuah syarikat Kafe dari Jepun di Malaysia ini.

"Mmm, apa lagi ye" kami semua berfikir.

"Alah, senang aje, kita bubuh aje nama UAdC (Ustaz Amin Dot Com)" kata Haji Othman.

"Mmm, menarik juga tu" kata Abang Azizi.

Setelah nama dipersetujui, maka Haji Othman terus mendaftarkannya di bawah proses undang-undang yang ada.

Proses berterusan. Rupanya, Allah menentukan segala-galanya. Perbincangan air mineral yang dibuat di Palestin, bumi barakah yang terdapat Masjid al-Aqsa, akhirnya berjaya dilancarkan pada hari saya menganjurkan ceramah Israk Dan Mikraj di Yayasan Restu. Ketika membincangkan mengenai peristiwa Israk yang berlaku sekitar al-Aqsa, untuk pertama kalinya, saya meneguk air UAdC (Ustaz Amin Dot Com Mineral Water).

"Alhamdulillah," bisik hati saya.

Semoga usaha membangunkan kompleks Yayasan al-Ijabah berjaya diusahakan. Semoga air ini, satu hari nanti akan dapat dipasarkan di seluruh tanah air.

Terima kasih pada Hj Othman yang membantu di dalam menjayakan air mineral UAdC ini, terima kasih pada Abang Azizi yang sentiasa membantu di dalam Yayasan al-Ijabah dan terima kasih pada semua yang menjayakan usaha ini.

Paling tinggi ucapan terima kasih ini ialah padaMu Allah. Semoga UAdC menjadi pemangkin kepada pengumpulan dana bagi menubuhkan kompleks Yayasan al-Ijabah. Amin…

Yang penting, biarlah, semua ini mengundang redhaMu ya Allah..


"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Jumaat 24 Julai 09
Jam 7. 40 pagi

Thursday, July 23, 2009

Universiti Kehidupan 96 - Bolehkah Harta Wakaf Digunakan Oleh Orang Bukan Islam? Mari Bincangkan..

"Ustaz, boleh ke?," tiba-tiba sahaja ustaz Mohd Farid dari Lembaga Zakat Selangor berpaling pada saya sambil dia mengerutkan dahinya seakan-akan tidak puas hati.

Hari ini 22 Julai 09, jam 9.30 malam, saya memenuhi undangan Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Bulan Wakaf Selangor 2009 yang di adakan di Dataran al-Falah Sungai Ramal Dalam Kajang.

Majlis dirasmikan oleh YB. Dr Shafie, Adun Kawasan Bangi. Semua hadirin yang ada tiba-tiba tercengang dan berbisik-bisik sesama sendiri apabila YB menceritakan mesyuaratnya yang mencadangkan agar harta Wakaf digunakan untuk orang bukan Islam.

"Saya secara peribadi tak setuju" kata saya pada Ustaz Farid.

"Apa kata Mufti?" Tanya saya pula.

"Dato' Mufti belum beri apa-apa pandangan" kata Ustaz Farid.


Hujjah yang digunakan ialah pada zaman Abasiah, ada wang Baitul Mal digunakan untuk orang bukan Islam.

Persoalannya sekarang ialah, harta Baitul Mal ada berbentuk Khas dan ada yang berbentuk Am. Yang Khas seperti wakaf. Yang Am seperti harta jumpaan, harta rampasan, jizyah dan sebagainya.

Harta yang digunakan pada zaman Abasiah ialah harta dari sumber Am bukan dari yang Khas.

Baitul Mal sekarang, tidak ada sumber dari kategori Am. Semuanya khas. Yang Am di bawah pentadbiran kerajaan pusat.

"Jadi, adakah yang khas boleh digunakan untuk orang bukan Islam?" Ustaz Farid meneruskan perbincangan dengan saya.

"Pada pendapat saya tak boleh, tapi kita tunggu sahaja apa pendapat Mufti" kata saya.

Perbincangan kami terputus ketika kami dijemput untuk ke pentas berforum.

Malam ini, rakan ahli panel saya ialah Ustaz Ghazali Omar. Kami membincangkan mengenai peranan wakaf bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Forum tamat pada jam 11.30 malam.

"Mmm, saya nak bincangkan dalam blog," bisik hati saya. Mana tahu ada pandangan yang boleh kita kongsikan bersama untuk kebaikan umat Islam.

Jadi, mari kita bincang,

"Adakah Harta Wakaf Boleh Digunakan Oleh Orang Bukan Islam" Semoga pandangan anda boleh membantu dalam perbincangan yang lebih besar.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
23 Julai 09 jam 12.35 tengah malam.
Ahli Panel dari kanan, saya, ustaz Farid, Ustaz Ghazali dan pengerusi Am ialah seorang pegawai JAKIM yang bertugas di penjara
Sebahagian yang hadir
Istimewanya di sini ialah, ada tapak untuk orang berniaga.

Tuesday, July 21, 2009

Al-Ijabah 14 – Doakan Mereka Sembuh

Malam ini 20 Julai 09, lepas Maghrib, saya memenuhi undangan ceramah Israk dan Mikraj di Kelana Jaya.

Baru sahaja memulakan muqaddimah, telifon saya menerima sebuah message. Ia datang dari salah seorang warden asrama anak yatim al-Ijabah

"Salam, ustaz, budak2 asrama semua demam. Ramai yang balik. Ubat dah habis, minta tolong hantar ubat untuk dia orang"

Berdegup jantung saya ketika itu. Tak perasan, sibuk menguruskan usaha mengeluarkan saudara kita dari gereja, dah beberapa hari saya tak jenguk asrama al-Ijabah.

Walaupun ceramah yang disampaikan agak terarah, kerana menurut apa yang dipaparkan melalui power point, tapi kualiti penyampaian malam ini agak kurang.

Tak tahulah jemaah dapat rasa atau tidak.

"Dah lah sekarang musim Denggi" bisik hati saya.

Setelah habis semua program, saya menghubungi ibu saya.

"Mak ubat dah habis ke?

"Mmm, last tadi petang", Jawab ibu saya ringkas.

"Nanti singgahlah mana-mana farmasi belikan Panadol" tambah ibu lagi.

Saya membelek jam di tangan. Sudah hampir sepuluh setengah. Mana ada farmasi yang buka.

"Aaa, dekat USJ 18 ada kedai yang lambat tutup, cepat sikit, kita ke sana" kata saya pada Syamsul yang sedang membawa kereta.

Setelah membeli beberapa papan Panadol, saya terus ke asrama di USJ 4 ini. Ketika melangkah masuk, semua anak-anak ini sudah tidur. Hanya ada dua orang sahaja yang masih terpusing ke kanan dan ke kiri. Saya memegang dahi beberapa dari mereka.

"Mmm, memang panas" bisik hati saya.

"Nanti berikan pada anak-anak ini ye" kata saya pada warden asrama ini.

"Tapi, dia orang ni susahlah nak makan ubat", kata warden ini pada saya.

"Sabarlah, seliakan dio orang. Sebab itu Nabi katakan penjaga anak yatim akan bersamaku di syurga. Sebab apa dapat syurg?, sebab memang payah nak jaga" kata saya.

Memang, apabila disebut mengenai balasan syurga, sebenarnya ia satu perkara yang perlukan pengorbanan untuk buat.

Allah bukan minta seluruh masa kita untuk kita berikan padaNya. Bukan minta seluruh harta kita untuk diberikan pada jalanNya. Hanya sedikit harta untuk zakat dan sedekah, hanya sedikit masa untuk taat. Tapi ramai manusia yang terlalu berkira dengan Allah.

Sedangkan, sedikit yang kita korbankan untuk Allah akan diganti dengan seribu kali lebih baik.

Nabi saw pernah bersabda:-

"Peliharalah dirimu dari api neraka walaupun kamu bersedekah dengan sekoyak tamar"

Hari ini, orang lebih risaukan hari tua dari hari akhirat. Dia takut kalau tua nanti sakit itulah, sakit inilah. Dia risaukan hari tua nanti, kalau tak ada harta macam mana, dia risaukan jika hari tua nanti, anak tak hiraukan dia.

Tetapi, tidak ramai orang yang risaukan sakit di akhirat, tidak ada harta di akhirat dan tidak dihiraukan di akhirat, sedangkan, kesusahan di dunia terlalu kecil dibandingkan dengan kesusahan di akhirat.

Doakan semoga anak-anak ini sembuh dan doakan juga diri kita agar terus dibimbing oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang soleh dan solehah

'Mengharap Kepulangan Yang Diredhai"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
21 Julai 09 jam 1.12 pagi.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...