Sunday, September 20, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 68 – Soalan Dari email

Alhamdulillah, dapat saya menjawab soalan dari email, semoga memberi manfaat untuk kita semua.


assalamualaikum ustaz................


saya ada masalah rumahtangga tapi sebelum tu saya akan beritahu semunya tentang diri saya dan saya ingin minta jawapan dari ustaz.

saya berumur 25thn.suami saya 26 thn.sebelum kawin kami dah kenal lama.dan saya telah mengandung dulu sebelum kawin..sekarang kiranya dah 6 tahun kami berkahwin...mula2 kami kahwin tak ada apa2 masalah tapi lama-lama saya rasa macam dah tak tahan sangat.suami saya jenis kuat tidur.kadang2 kerja tak pergi...sampaikan nak bayar umah tak ada nak bayar api air nak makan pun xada..apatah lagi nafkah saya....suami saya ni hanya tahu memasak je...dia tukang masak..nasib baiklah ibu bapa saya ada bagi pendidkan dan sijil dapatlah saya cari kerja sebagai kerani....

dari bulan ke bulan duit gaji saya mesti habis di guna untuk buat belanja bulanan termasuk sewa rumah..nak beli sehelai baju pun saya tak pernah merasa....suami saya jenis pentingkan keluarga dia daripada anak dan istri.saya tahu itu tanggungjawab dia tapi setahu saya dia mesti melaksanakan tanggungjawab seperti menyediakan makan dan minum yg secukupnya kepada anak2 dan isteri serta nafkah kepada isteri tapi semenjak kami kahwin sampai sekarang saya tak pernah merasakan nafkah daripadanya..kadang2 saya tegur juga supaya dia lebih bekerja keras unutk mencari rezeki lebih.tapi dia sering kali marahkan saya..dia cakap dah mmg rezeki yg di beri setakat tu apa lagi....terkedu saya mendengarnya....apabila saya mengadu dgn mak mertua mesti mak mertua saya akan membela suami saya..ibu bapa saya tak pernah masuk campur masalha kami malahan takkan ambil tahu pun sbb itu adalah pilihan saya..saya terima dg nredha sampai sekarang saya bersabar..hari2 saya ken sumpah..suami saya dia sembahyang tapi dia tak pandai mengaji..banyak kali saya tawarkan diri unutk mengajarnya mengaji tapi dia menolak.dia sering menyalahkan kemiskinan keluarganya membuatkan dia sampai sekarang dia tak pandai mengaji.peliklah.jkalau difikir2kan diri sendiri lah yang bersalah sbb tak pernah nak berusaha...dia suka berputus asa,..sering kali dia ucapkan pada saya kalau saya tak ada dia tak kisah.....pedih hati saya...bila ada duit sikit dia asyik bagi kat mak dia....sedangkan nafkah saya tak pernah dia bagi....klau tak ada duit dia mengamuk saya yg jadi mangsa berhutang kat sana sini...bapak mertua saya masih sihat dan muda..dia mmg orang yg kuat agama...anak2 mesti kena solat masuk waktu kalau tak mesti kena membebel..yang saya hairan dia tak pernah tunggu atau bertanya kenapa anak2 nya apa yg telah di baca ketika sembahyang?kadang2 saya melihat 1minit sembahyang dah siap...peliklah saya...bapak mertua saya pun saya tengok jenis yang tak bagi nafkah pada isteri..samapikan mak mertua saya menoreh getah unutk membayar bil api & air..kadang2 lauk pun di beli 2 atau 3 kali seminggu yang lain2. kadang2 saya tak faham apa itu erti perkahwinan...tolonglah ustaz jelaskan pada saya...suami saya sering menyalahkan saya....saya dah penat,,berdosakah saya sekiranya saya ingin meminta perpisahan dari pada suami saya?

1. dari apa yang puan ceritakan, puan telah mengalami mudharat mental dan fizikal kerana nafkah tidak diberi. Jadi kalau nak mintak cerai secara fasakh sudah boleh, Cuma mulakan setiap keputusan dengan solat istikharah.

2. bagi suami, jika itu sikap dia, memang payah nak ubah. Kalau bukan sikap dia, cuma berlaku kerana sebab tertentu, mudah untuk diubah.

3. Doakan suami agar Allah ubah dia, Doakan diri agarAllah terus berikan kecukupan dan doakan keluarga agar Allah terus beri berkat.

4. Amalkan selawat tafrijiyyah

Assalamualaikum ustaz,

Terima kasih ustaz kerana telah membalas email saya. Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya izinkan utk dijadikan pengajaran dan iktibar utk semua muslimin dan muslimat.

Selepas mengirim email pada ustaz, saya memang terasa down sangat bila mengimbas kembali dosa- dosa lalu dan masalah yg saya hadapi sekarang. Saya cuba sedaya upaya agar tidak mengaku kalah dan senantiasa mengharapkan pertolongan dan perlindungan Allah.

Maaflah saya bertanya lagi, 1. apakah penggunaan kad kredit yg bukan Islamic dikira melibatkan diri dgn riba apabila kita tidak menjelaskan keseluruhan bil sebelum tempoh matang. Utk makluman ustaz, saya menggunakannya dgn niat menggantikan wang tunai yg tidak dibawa bukan niat utk berhutang dan sentiasa membayar penuh sebelum due. Adakah saya perlu menukarkannya kpd kad kredit Islamic?

Semampu boleh, tukarkan.

2. Ustaz, kenapa pembiayaan rumah secara islamic lebih tinggi jumlah hutangnya berbanding dgn konvensional. Contohnya pinjaman 450k, jumlah hutang yg perlu dibayar hampir 1 juta. Terasa terbeban sgt, sedangkan apabila kita jual, harga nya jauh lebih rendah berbanding jumlah hutang keseluruhan.

Sebenarnya, jika dikira dengan konvensional, harganya lebih kurang. Cuma kalau terbeban dan memang tak mampu, minta ampun pada Allah banyak-banyak sebab terpaksa ambil konvensional.

3. Ustaz, semasa mengerjakan tawaf dan saie, saya berada dibelakang mutawif tetapi jemaah lain di belakang tidak dapat mendengar dgn jelas bacaannya menyebabkan kami terkial-kial. Oleh itu, saya telah menguatkan sedikit bacaan-bacaan doa dgn niat agar jemaah dpt sama-sama mengikut bacaan mutawif. Adakah saya telah melakukan kesalahan dgn bacaan saya yg agak kuat itu?

Tidak

4. Orang perempuan adalah dilarang berpergian tanpa ditemani mahramnya. Bolehkah saya berziarah @ melawat ke luar negara tanpa mahram tetapi mengikut rombongan yg dibawa oleh agensi-agensi pelancungan? Saya teringin sangat utk berziarah ke Masjid Al Aqsa tetapi suami tidak dpt menemani atas sebab-sebab imegresen.

Jika tiada mahram, kena keizinan suami dan berpergian hendaklah dengan beramai-ramai.

Apakah hukum mengantung gambar kartun mickey mouse, pooh, ultraman, power ranjers, spiderman di dlm bilik anak2. Dan menggunakan cadar dan langsir yg ada gambar batman. Bolehkan saya mengantung gambar kami diambil dgn maskot2 kartun disneyland?

Barang yang dibuat permainan tidak mengapa, jangan gantung untuk hormat.

Assalamualaikum Ustaz,

Untuk makluman ustaz, Allah SWT telah memberikan rezekinya untuk saya mengerjakan Umrah Fardhu pada Mac/April 2009 setelah 3-4 kali hajat saya tertunda semenjak dari tahun 2002 atas beberapa sebab seperti kandungan yg tidak kuat (walaupun telah membayar wang) dan tiada mendapat panggilan Ilahi.

Saya bercadang membawa kakak saya bersama-sama mengerjakan umrah sebagai penghargaan kepadanya yg banyak membantu saya. Setelah saya selesai membayar deposit dgn Andalusia, airmata jatuh bercucur dengan penuh syukrur kepada Allah SWT dan saya berdoa agar kali ini Allah SWT memberi saya peluang utk ke tanah suci.

Selepas berziarah di Cairo, kami menuju ke Madinah. Rasa kagum melihat kebesaran Allah SWT dan melihat ramainya umat mengunjugi Masjid Nabawi dan semasa keluar dari Masjid Nabawi, hati saya berdetik, ini baru Masjid Nabawi manusia bersesak-sesak keluar dari masjid. Tergambar di fikiran bagaimana keadaan di Padang Mashyar nanti dengan lautan manusia menunggu utk dihisap dgn berbagai keadaan. Subahanallah.

Kami berangkat ke Makkah dan sampai ke hotel dan bergegas ke Masjidil Haram bagi menyempurnakan Umrah. Ketika itu pertama kali melihat Masjidil Haram, saya rasa terpegun dan terdiam. Alhamdulillah ya Allah, sampai juga hajat saya ke sini. Kami masuk melalui pintu 1 iaiti pintu King Abdul Aziz, jemaah telah mula memenuhi Masjidil Haram. Mutawif memberi sedikit penerangan agar kami mengerjakan tawaf umrah dan berkumpul semula di tempat asal bagi menyermpurnakan solat maghrib dan seterusnya saie.

Rasa terpegun memandang Kaabah dan melihat ramainya jemaah, saya terngatkan pesanan sahabat saya agar seboleh-bolehnya berada sedekat mungkin dengan mutawif memandangkan ini merupakan Umrah pertama saya. Setelah selesai berniat tawaf, saya terus berjalan beberapa langkah, malangnya saya telah tidak dapat mengikuti mutawif kerana terlalu ramai jemaah. Dengan keadaan yang panik seorang diri, saya hanya dapat melihat jemaah beristilam pada pusingan ke 2. Masa itu saya tidak nampak dimana Hajaral Aswad, cuma mengikut jemaah lain mengangkat tangan.

Dalam hati, saya berdoa, Ya Allah, aku tidak pandai bagaimana untuk mengerjakan tawaf ini kerana tiada pengalaman. Dalam keadaan panik itu, tiba-tiba rasa kekyakinan hati untuk terus bertawaf seolah-seolah rasa dibimbing dan akhirnya bertemu dgn kakak saya


pada pusingan ke 6. Kami sempat berbincang untuk menambahkan pusingat tawaf sebab kurang yakin di awal pusingan tadi. Selesai pusingan ke 7, kami tidak dibenarkan tawaf bagi menyempurnakan solat maghrib dulu. Selesai solat, kami mencukupkan bilangan pusingan dan melakukan solat sunat tawaf dan seterusnya saie berdua.

Dibukit Safa, dengan tiada pengalaman kami hanya mengikut jemaah lain melambai tangan ke Kaabah dan berdoa. Habis saei kira-kiranya jam 11 malam. Kami berdoa agar Umrah Fardhu kami berdua itu diterima Allah SWT dengan tiada pengalaman dan bantuan mutawif, hanya berpandukan kpd Kursus Umrah yd 2 kali kami hadiri, buku panduan dan pengalaman org lain.

Masalah saya telah timbul pada hari-hari berikutnya. Saya sangat bingung, kerana semasa saya mengerjakan tawaf sunat, hati saya mula mempersoalkan kewajaran melakukan tawaf, seolah-olah macam orang bodoh mengelilingi Kaabah - nauzubillah. Bila tersedar, saya terus beristifar bersungguh-sungguh. Kenapa hati saya berdetik seperti itu?

Ketika saya berdoa samada di dalam Masjid dan juga di depan Multazam, saya berdoa bersungguh-sungguh mengakui terlalu banyak dosa-dosa besar yg saya lakukan dan sangat-sangat berharap Allah SWT mengampunkan dan menerima taubat-taubat saya. Malangnya, apabila saya memohon kepada Allah agar saya dimasukkan ke Syurga, tiba-tiba doa saya menjadi - Ya Allah, masukanlah aku ke dalam Neraka tanpa hisab. Saya tersentak dan terus beristifar berulang-ulang kali? Bingung, sebingung-bingungnya. Dan keadaan ini berlaku beberapa kali dan tidak putus-putus saya beristifar mengharapkan agar dengan sifat Allah SWT yg Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat, bukanlah Neraka yang saya pohon. Kalau Neraka yg saya pinta, tak perlulah saya ke tanah suci.

Semasa di hotel, saya sukar utk melelapkan mata kerana di ganggu dengan berbagai bisikan demi bisikan. Saya sedar akan larangan yg kita tidak boleh berniat apa-apa kerana peringatan Allah akan jaminan azabnya. Saya terus beristifar sehingga terlelap dan jika saya tersentap dari tidur, perkataan pertama yang keluar adalah istifar. Namun ketika 2 hari sebelum pulang ke Malaysia, sewaktu tengah tidur, saya tersentap dan hati saya berkata - aku keluar Islam. Saya terus terbangun dan mengucap kembali kalimah syahadah berkali-kali dan beristifar tak henti-henti. Perkara ini tidak disedari oleh kakak saya. Kenapa terjadinya keadaan seperti itu, ustaz? Apakah kesalahan saya? Saya telah bertaubat nasuha atas dosa-dosa besar yg berlaku semenjak 10-12 tahun yg lalu dengan menyesal, berhenti melakukan dosa, menangis, bersolat taubat, bertahajud, menjaga ibu, bersedekah, cuba sedaya upaya menolong orang-orang yg memerlukan bantuan, membayar kesemua zakat-zakat, bermuhasabah dan memperbaiki amalan dan meninggalkan yg dilarang. Apakah ini ujian bagi saya atau adakah ini menunjukan taubat saya tidak diterima?

Kata-kata hati yg terpacul dgn menggalakkan saya mengambil buah-buahan yg dijual ditepi jalan atau barangan di kedai-kedai walaupun kekadang harganya cuma 2 riyal dgn alasan tiada siapa yg nampak. Saya melawannya dgn istifar sehingga saya terpaksa duduk di luar kedai menunggu kakak saya membeli barang-barang. Diwaktu malam sebelum berangkat pulang, keadaan itu berlaku lagi dan saya duduk di luar kedai dan merasakan gerimis hujan dan berharap agar kakak saya cepat-cepat membeli belah kerana bimbang hujan akan lebat. Pada masa itu, saya tidak teringat bahawa hujan jarang tutun diMakkah. Apakah hikmahnya ustaz?

3 hari sebelum berangkat pulang, ketika saya hendak mengambil wuduk utk solat Maghrib di bhgn bawah tangga Masjid iaitu dekat tempat paip air zam-zam, saya didatangi oleh seseorang yg seolah-olah meminta diambilkan air zam-zam walaupun keadaan ketika itu saya berpendapat beliau boleh mengambilnya sendiri keran jaraknya dalm1-1.5 langkah aje dari paip air. Saya pun tak fikir panjang lalu saya memberikan segelas air zam-zam kepadanya yg berdiri bersebelahan tiang dan saya mengemaskan telekung di muka dan apabila saya menoleh semula, saya terkejut orang tersebut telah menghilangkan diri, puas saya memerhatikan di sekitarnya dan berlari ke arah anak tangga namun gagal dikesan. Siapakah orang yg saya jumpa itu yg berpakaian jubah warna kelabu, berserban dan tenang airmukanya?

3 hari itu juga, saya mendapat berita anak ke 2 saya demam panas sehingga mencecah 40 darjah, hati saya makin tidak tenteram dan kalau boleh mahu pulang disebabkan kata-kata hati yg terus menerus menganggu saya. Ketika majlis tahlil diadakan, saya minta bantuan ketua mutawaf iaitu Ustaz Ridhuan membaca doa utk anak saya. Alhamdulillah, keesokanya, demam beransur pulih tapi saya tidak berkesempatan berbincang masalah saya dgn mutawif. Tak sabar hendak segera keluar dari tanah haram kerana takutkan ancaman azab yg pedih disebabkan kata-kata hati tersebut.

Sampai di Jeddah saya bersyukur kerana hilang pantang larang tanah haram. Namun, dalam penerbangan kembali, hati saya terus berkata agar kapal terbang itu jatuh. Tak tahu apa lagi nak buat, dah la tak boleh nak lelap mata keran takut gangguan antara sedar dan jaga dari tidur, cuma istifar sahajalah yg dpt saya buat.

Beberapa hari kembali dari Makkah, saya menceritakan kepada suami saya apa yg terjadi dan suami saya yg telah 2 kali mengerjakan haji terkejut dan membawa saya berubat di Darul Syifa Bangi 2 kali. Pertama dgn anak murid Ustaz Dato Harun Din dan ustaz tersebut mengatakan ada gangguan Iblis dari Gereja menganggu saya, kerana selain dari kejadian di atas, saya juga sering terbayang tanda Salib semasa mengerjakan solat yg telah belasan tahun saya alami. Saya juga berharap dgn mengerjakan umrah dan beribadat di Masjid Haram dapat mengatasi masalah Salib ini juga. Kali kedua saya dpt menemui Ustaz Dato Harun Din dan sedikit sebanyak dpt menghilangkan bayangan Salib semasa solat dan menenangkan hati tapi saya tidak berpeluang utk menceritakan secara detail kepada tuan guru Dato mengenai kata-kata hati tersebut.

Saya mohon sangat-sangat agar Ustaz dapat memberi panduan dan nasihat terhadap masalah di atas. Kadang-kadang saya rasa putus asa kerana kata-kata hati ini masih lagi berleluasa namun saya teringatkan ayat Allah yg mengatakan orang-orang kafir sahaja yg berputus asa dari rahmat Allah SWT. Bila berdoa, seringkali tertukar Syurga kpd Neraka, Neraka kpd Syurga. Begitu juga berdoa untuk anak-anak, juga terjadi sejak 2 minggu ini. Saya berzikir dan beristifar setiap kali kata-kata hati yg membingungkan. Saya mengerjakan solat-solat malam dan membaca Al Quran bersama-sama tafsirannya ayat demi ayat namun ketika membaca tafsiran, hati saya mempersoal dan membahaskan terjemahannya. Sebelum membaca saya berdoa agar Allah SWT melindungi saya dari Iblis dan syaitan yg durhaka. Saya istifar dan menasihati diri sendiri agar berhenti berbahas kerana saya kurang ilmu dan perlu berguru. Saya akan menangis bila mambaca ayat-ayat mengenai azab yg dijanjikan Allah.

Saya ingatkan di bulan Ramadhan ini, syaitan-syaitan dibelenggu, jadi apakah nafsu jahat yg ada dalam diri membuat saya masih begitu atau Allah SWT sedang benar-benar menguji keimanan saya.

Saya hanyalah manusia biasa yg pernah melakukan dosa-dosa besar dan berhenti melakukannya sejak hampir 10 tahun lalu. Adakah ini tandanya Allah SWT menyayangi saya atau balasan atas dosa-dosa lalu, ustaz?

Saya sangat bimbang ustaz keadaan saya dan sering terfikir Allah tidak mengampunkan dosa-dosa saya kerana Allah akan mengampunkan, memberi rahmat dan keredhaan Nya kepada sesiapa yg dikehendakiNya, adakah saya tergolong dalam golongan tersebut?

Saya merujuk kepada Ayat 201-202 surah Al-A'raaf, adakah kata-kata hati saya itu terlahir disebabkan oleh didikan syaitan? Setiap kali terdetik kata-kata yg hina itu, saya terus ingatkan Allah SWT dan mohon perlindungan dari Kejahatan dan gangguan iblis dan syaitan dan anak pinaknya serta memohon agar dihapuskan nafsu-nafsu jahat yg ada dlm diri. Tapi bagaimana pengaruh syaitan di bulan Ramadhan ini?

Tolonglah ustaz, apakah saya harus saya buat. Saya takut teramat sangat dengan diri saya kekadang rasa nak hantuk kepala ke dinding dan menumbuk-numbuk hati saya agar berhentikan lintasan-lintasan itu.

Sejak pulang dari Umrah, saya mahu menghabiskan hari-hari dgn menambahkan amalan dgn cuba sedaya upaya menqadakan sembahyang fardhu yg ditinggalkan waktu menjadi pelajar dan melakukan solat sunat rawatib 17 rakaat setiap hari dan amalan-amalan lain.

Tapi amalan-amalan tersebut tidak dpt mengawal lintasan-lintasan hati tersebut dan kekadang hampir tewas, saya cuba kuatkan juga dan berjihad menentang iblis dan syaitan. Saya amat takutkan Allah dan azab yg dijanjikan. Takut sangat-sangat api Neraka sampaikan saya ambil keputusan tidak mahu mencari pekerjaan bagi membantu ekonomi keluarga kerana apabila bekerja, banyak dosa secara tidak langsung akan terlibat dan saya merasakan waktu utk beribadat sangat singkat. Saya sangat takut mati ustaz sedangkan saya tidak tahu posisi saya di sisi Allah SWT lebih-lebih lagi mendengar lagu Pergi Tak Kembali dendengan Ustaz Asri.

Panggilan Kaabah Lai baikalalllah yg meruntun hati saya sebelum umrah, kini walaupun berniat utk mengerjakan haji tahun depan diizinkan oleh, saya merasa sangat fobia dgn kejadian yg menimpa saya di Makkah dan sedikit sebanyak mengurangkan keinginan menyempurnakan haji. Bagaimana caranya ustaz?

Setiap hari saya keletihan melawan kata-kata hati saya ini dan takut betul utk melelapkan mata. Akhir-akhir ini, sering kali terjaga dari tidur, hati saya terdetik - aku keluar Islam la, aku murtad la. Saya ada berbincang dgn suami, suami memberitahu jangan dilayan kerana saya tiada niat (nauzubillah) begitu dan saya masih menunai dan memperbaiki solat dan menjaga puasa dan menambahbaik amalan-amalan lain. Pada pendapat ustaz, apakah kedudukan saya, adakah saya tidak perlu melayannya? Tapi, adakah perkara tersebut membatalkan Islam seseorng, walau tidak dgn perbuatan tapi lintasan atau terbitan kata-kata hati, yg juga mengutuk Allah dgn Maha Hina, dan Maha Celaka sewaktu dlm solat iaitu masa rukuk dan sujud (ditukar dari maha suci Allah) dan ada juga menghina Nabi Muhammad dlm hati. Ya Allah Ampunkan aku yg sangat hina, penuh dosa, penuh keaiban dan keburukan. Janganlah engkau hina aku di hari Kiamat nanti.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Maaflah bertanya lagi. Saya pernah sebelum ini berubat dengan bomoh yg merawat penyakit dgn menggunakan kain kuning, telur ayam dan air jampi . Ada juga saya mendengar macam bacaan ayat-ayat Al Quran tapi tak jelas, adakah itu saya terjebak dgn syirik?

Saya pernah berjumpa seorang bomoh perempuan atas cadangan arwah kakak saya bagi melancarkan kenduri kahwin saya dari diganggu oleh isteri pertama suami. Bomoh itu menggunakan asap kemenyan dan bercakap-cakap tapi tak tahu dgn siapa sambil merokok. Saya tak ingat apa samada saya yakin atau buat bodoh aje masa bomoh tersebut mengatakan jangan risau, isteri pertama suami saya tak ganggu.

Adakah saya terjebak dgn unsur syirik?

Sambung lagi. Saya juga pernah menanam kemenyan dan apa lagi brg yg saya tak ingat dgn jampi serapah apa entah di depan pintu pagar rumah kononnya mencegah org-org yg berniat jahat yg ketika itu mengejar hutang perniagaan suami hingga ke rumah. Saya sgt risau akan gangguan org yg minta hutang suami. Ada ini juga bermaksud saya terlibat dlm unsur syirik? Saya tak jemu-jemu minta ampun dan bertaubat kpd Allah SWT. Adakah taubat saya diterima kerana setahu saya dosa yg tidak terampun ialah dosa-dosa Syirik? Saya jahil dan tidak faham bgmn modus operandi tok-tok bomoh tapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya akan mengutuk tok-tok bomoh dan amalan org tua-tua yg khurafat dan byk bidaah yg kadang kala sampai menyinggung perasaan ibu tapi saya selalu minta ampun dgn ibu mungkin cara saya agak keras kerana sesalan yg teramat sgt terhadap bomoh-bomoh tersebut.

Pada pandangan saya puan sedang kena ujian hati. Ujian hati ialah bisikan-bisikan pelik yang selalu terdetik di hati.

Sebenarnya, bukan sahaja kita sekarang yang kena, para sahabat juga pernah kena hingga Nabi saw pernah mengajarkan:-

“jika ada persoalan yang mengganggu, dan kamu tidak menemui jawapannya, ucapkanlah “amantu billah” (aku beriman pada Allah)

Ujian hati memang berat kerana hanya kita yang rasa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, memang kita perlu banyak bertemu orang alim dan minta tolong sama-sama mendoakan kesejahteraan kita.

Sebab itu, ketika puan bertemu dengan Dato’ Harun Din, puan agak tenang. Selalu ziarah orang alim dan minta sama-sama tolong doakan puan.

Seterusnya, banyakkan membaca selawat, apa-apa selawat sekalipun. Selawat penuh kebaikan.

Saya pernah di datangi oleh seseorang yang sama masalah dengan puan. Semua orang yang ditemui mengatakan dia ada jin melainkan dua orang , iaitu saya dan Tuan Guru Lubuk Tapah, yang mengatakan dia sedang kena ujian hati.

Selama hampir 6 bulan dia berulang ke rumah saya, untuk meluahkan masalah hatinya. Kadang kala, sebelum subuh telah ada di hadapan rumah saya.Atas syor yang diberikan, dia menziarahi ramai orang alim untuk sama-sama mendoakan permasalahannya ini, akhirnya, sekarang Allah memberinya kesembuhan.

Semoga Allah bersama puan dan membantu puan di dalam masalah ini.

Assalamualaikum ustaz,

Saya telah berhenti kerja sejak Okt 2008 tapi majikan masih berhutang dgn saya ex gratia sebyk RM60k dan berjanji akan membayar pada akhir Jun 09 dgn syarat saya mesti dtg ke pejabat bila perlu dan dibayar elaun 5k setiap bulan dari Okt 08 - Jun 09. Majikan saya seorg bekas menteri kabinet, telah menutup syarikat dantelah membayar 30k dari 60k pada Jun & Aug 09. Bakinya 30k. Saya masih lagi memegang wang sayrikat sebyk 30k tanpa pengetahuan majikan kerana saya rasakan majikan akan mhabiskan wang syarikat sebelum sempat menunaikan janji kpd saya. Bolehke saya kontra kan dan mebelanjakan wang yg masih saya pegang itu jika majikan sengaja tak mahu bayar ataupun saya memulangkan wang tersebut. Utk makluman ustaz, wang tersebut saya pegang seolah-olah sbg cagaran jika majikan mungkir janji.

Boleh tetapi perlu diakadkan bersama dengan majikan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah menghibahkan beberapa harta kepada 3 anak saya melalui deklarasi hibah yg dibuat dgn As Solihin Trustee kerana anak-anak saya berumur 2, 5 dan 7 tahun sebelum menunaikan umrah. Bolehkah saya membatalkan hibah tersebut kerana saya akan menjual harta-harta tersebut utk menyara keluarga..

Boleh

Saya telah membuat wasiat tapi wasiat tersebut saya menamakan anak-anak saya secara sama rata dan ibu sebagai penerima wasiat, adakah sah wasiat itu kerana saya tidak mahu harta itu jatuh ke tangan suami kerana suami masih behutang nafkah sebyk 120k dan saya juga berpesan jika suami mahu menuntut haknya, maka bahagiannya itu mesti ditolak hutang-hutang nafkahnya kpd saya. hutang2 nafkah ini termsk bayar rumah, kereta, makan minum, belanja anak, utiliti dsbg. Apakah saya perlu mengubah wasiat tersebut?

Wasiat tertakluk pada 3 syarat :-

1. tidak boleh pada orang kafir

2. tidak boleh pada ahli waris

3. tidak boleh lebih 1/3

Dalam kes puan, wasiat ini tidak sah kerana ia pada waris. Jadi, saya cadangkan, buat hibah iaitu pemberian semasa hidup.


Sambung ttg wasiat, ustaz. Bgmn dgn rumah yg suami masih bhutang dgn bank tapi pinjaman rumah atas nama saya dan kebykan ansuaran rumah saya yg bayar, adakah apabila saya mati, harta sepencarian rumah dikira sebelum membahagi2 bahagian kpd waris.

Ya, harta sepencarian boleh dikira dan dihibahkan pada sesiapa yang kita kehendaki

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Selayang

20 September 09 jam 11.45 malam

5 comments:

Norhaizan Mustapha said...

try and error

fida said...

ustaz, saya mohon untuk menyalin jawapan ustaz untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat saya. terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya. Tempoh hari saya lihat adik kawan saya memakai telekung yang mumpunya kartun Dora di explorer. Ianya dipanggil 'Dora The Explorer Telekung Set'' Sekali dengna sejadah yang mempunya gambar kaabah. tetapi mempunyai gmbr dora juga pada sejadah itu. adakah ini haram? tolong lah jawab ustaz.

Anonymous said...

Saya ingin bertanya sedikit.. ibu bapa suami saya sudah bercerai.. bapa nya sudah berkahwin lagi dan sudah ada keluarga sendiri di batam. Ibu suami saya sudah meninggal dunia. Saya ada satu masalah.. Suami saya ade dua orang kakak. Yg sulung sudah berkahwin. Yang nombor dua pula belum lagi berkahwin. Kakak dia yg nombor dua ni pemalas sangat and suke bergadoh dgn sedara mara dia sendiri. Kakak nya pon suka bagi duit dia kat matair dia.. patotkah suami saya penting kakak dia dari isteri dia? Mana yg penting? Kakak yg belom kahwin ke atau isteri dia... Barangkali bapa nya masih hidop? Adakah jaga kakak dia tanggungjawab suami saya?

Anonymous said...

Nama saya Pamela Durell, saya tidak fikir saya akan tersenyum lagi, suami saya meninggalkan saya dengan dua kanak-kanak perempuan lain, apa-apa usaha untuk mengembalikannya tidak fikir saya tidak akan melihat lagi sehingga saya bertemu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Emilly yang memberitahu saya mengenai ahli sihir yang dinamakan e-mel Dr.OMOFUMA omofumaspiritualtemple@gmail.com, Dia memberikan saya alamat e-mel beliau dan nombor telefon mudah alih dan saya menghubungi beliau dan dia meyakinkan saya bahawa dalam tempoh 48 jam suami saya akan kembali Bagi saya, kurang daripada 48 jam suami saya kembali dan mula meminta maaf dengan berkata ia adalah syaitan bekerja, jadi saya masih terkejut setakat ini kira-kira mukjizat ini, jika anda memerlukan apa-apa bantuan
ia boleh menghubunginya melalui: email omofumaspiritualtemple@gmail.com. Dear Dr. Allahku memberkati anda untuk kerja-kerja baik yang telah melakukan dalam kehidupan ramai orang, saya tidak akan melupakan anda.

(1) Jika anda ingin kembali bekas anda.
(2) jika anda pernah mempunyai mimpi ngeri.
(3) Ingin untuk dipromosikan di pejabatnya.
(4) Adakah anda mahu wanita / lelaki untuk menjalankan selepas anda.
(5) Jika anda mahu kanak-kanak.
(6) MAHKAMAH KES KERJA DAN KESELAMATAN mantra:
(7) Anda mahu suami / isteri anda adalah
milik anda selama-lamanya.
(8) Jika anda memerlukan bantuan kewangan.
(9) Adakah anda pernah ditipu dan mahu mendapatkan kembali wang yang hilang lagi.
(10) Anda perlu mantra untuk menghentikan perceraian?
(11) telah sakit atau mundur kuasa dan memerlukan penyembuhan?
hubungi e-mel anda sekarang ....


E-mel: omofumaspiritualtemple@gmail.com
MAN INI SO BESAR TERIMA KASIH DILAKUKAN UNTUK INI me.I terus Ricih SAKSI KEPADA AWAM PADA INTERNET.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...