Friday, September 4, 2009

al-Ijabah 19 - Isu Muslim Di Gereja - Mari Kembali Bersatu

Ketika saya menulis entri ini, perasaan saya bercampur baur, terharu dan syukur. Terharu kerana Allah izinkan pesakit HIV muslim keluar dari gereja, syukur kerana bermula dengan beberap orang, kini telah ratusan individu yang telibat secara aktif sama ada dari MAIS atau dari NGO.

Cuma, saya ingin mengajak seluruh sahabat dan pembaca kepada fokus awal di dalam usaha ini, iaitu mengeluarkan Muslim dari gereja untuk mencari keredhaan Allah.

Ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke gereja ini, adakah kita fikir para syaitan akan senang dengan kerja ini? Dari awal, mereka cuba menggagalkan usaha ini, melemahkan semangat, memecah belahkan setiap individu yang telibat.

Jika tidak berjaya menggagalkan, mereka akan membuatnya kucar kacir, hilang ikhlas, hilang focus, mencari nama, mencari kedudukan, mengambil kepentingan dan sebagainya.

Sebab itu dari awal, saya tidak melibatkan orang politik sama ada dari Pas, PKR, Umno dan sebagainya walaupun beberapa kali saya ada bertemu dan dihubungi dengan tokoh-tokoh parti ini.

Ini kerana, kalau mereka ingin membantu, ketepikan kepentingan politik, dahulukan kepentingan Islam.

Pada mula-mula saya berkenalan dengan unit riqab, adakah syaitan suka? Pasti mereka akan menggagalkan pertemuan ini dan pasti dia akan memporak perandakan pertemuan yang ada.

Perkara ini benar-benar berlaku apabila pertama kali Nurhani dari MAIS menyusun unit Riqab bermesyurat bersama-sama saya dan sahabat-sahabat di USJ 6 pada 7 Julai 09.

Malam ini, dari awal saya telah katakan bahawa, kita datang bukan dari mana-mana pertubuhan, kita datang sebagai orang Islam yang inginkan saudara Islam kita keluar dari gereja.

Saya yang mempengerusikan mesyuarat malam itu, menjaganya dengan baik. Hampir dua jam ia berjalan dengan baik melainkan setengah jam akhir, sahabat dari Ijabah bertanyakan apa yang Riqab sama-sama akan buat.

Panas ini bermula apabila salah seorang pegawai meminta agar setiap apa yang dibuat dilaporkan pada MAIS. Berlakulah ungkit mengungkit dan sebagainya.

Saya beristighfar panjang malam itu, syaitan telah berjaya memanaskan mesyuarat ini. Malam ini, saya tidak terus pulang, saya naik van MAIS dan sama-sama balik ke pejabat MAIS di Shah Alam. Saya cuba meredakan dari sahabat-sahabat Riqab. Saya tak mahu ketegangan ini berpanjangan hingga memecahbelahkan usaha yang cuba dibuat.

Usaha diteruskan dan sudah tentu, syaitan dengan sungguh-sungguh akan cuba menggagalkannya.

Kepanasan seterusnya bermula apabila Nurhani mengusahakan agar saya bertemu dengan Dato’ Adzib pengerusi MAIS. Dato’ begitu terkejut kerana maklumat yang beliau dapat selama ini ialah penghuni di situ tidak mahu keluar.Dato’ Adzib meluluskan RM 50 000 dan diletakkan di bawah seliaan bahagian Riqab.

Saya faham perasaan sahabat dari Riqab, sudah tentu dengan lulusnya peruntukan dari Dato’Adzib seolah-olah menggangu tugas yang diletakkan dibahu mereka. Kenapa Nurhani dan Saya yang jumpa, sepatutnya bidang tugas mereka.

Siapa ustaz Muhamad ni? Barangkali macam pertubuhan lain, hanya nak mintak dana untuk buat projek. Perkataan ini sampai ke telinga saya sedangkan kita telah memulakan sebelum ada mana-mana peruntukan

Kebetulan yang membantu saya di dalam mengusahakan rumah HIV ini ialah Kak Liza. Kak Liza sebelum ini ada membuat rumah kebajikan Baitul Fiqh, iaitu rumah perlindungan gadis yang mengandung di luar nikah. Kak Liza memang biasa berurusan dengan Riqab dan memang telah ada sedikit ketegangan dengan Riqab.

Ketegangan lama antara Kak Liza dan Riqab menjadikan saya juga tempias dengan hal ini.

Barangkali, handalnya syaitan memecah belahkan usaha ini. Mungkin dihati kecil masing-masing merasa sangsi dengan ketelusan masing-masing.

Kemudian, berlangsung mesyuarat pada 16 Julai 09 yang dipengerusikan oleh Dato’Khusrin mengenai rumah HIV ini.

Mesyurat ini disusuh oleh Nurhani, bukan unit Riqab, jadi berlaku juga ketegangan dalam hal ini. Pandai betul syaitan membisikan perkara yang tidak baik.

Pada hari ini, barulah Yayasan Budi dijemput untuk tujuan ini. Mesyurat pada hari ini, Yayasan Budi betul-betul disokong untuk melaksanakan tugas ini. Hingga lebih separuh mesyurat membincangkan mengenai perjalanan yang akan dibuat oleh Yayasan Budi. Padahal, Yayasan budi tidak tahu mengenai hal ini.

Saya telah mula rasa tak sedap hati ketika itu. Saya hanya beristghfar panjang. Ketika Yayasan Budi diminta bentang mengenai perjalanan, mereka hanya menjawab:-

“Kami hanya dijemput pagi ini, jadi tak ada apa yang nak bentang”

Semuanya berakhir dengan baik apabila Dato’ Khusrin bertanya pandangan saya:

“Apa pandanga Ustaz kalau Yayasan Budi yang buat”

Ketika itu saya menjawab:-

“saya tak kisah Dato’, tapi adakah mereka nak ikut Yayasan Budi, sedangkan Yayasan Budi, tak pernah datang pun ke gereja itu”

Dato’ Khusrin diam sejenak, kemudian, berkata:-

“Kalau macam tu, apa yang ustaz buat, teruskan, kita akan bantu”

Kematangan pertimbangan Dato’Khusrin tentu tidak menyenangkan syaitan yang menandakan usaha mengeluarkan muslim dari gereja hampir direalisasikan.

Sementara itu, saya dan sahabat yang lain terus mengeluarkan seorang demi seorang muslim dari gereja.

Usaha yang dibuat oleh Yayasan Ijabah bukan dilahirkan oleh Riqab. Ia dari izin Allah dan dengan bantuan Nurhani dan sahabat dari unit Undang-Undang MAIS.

Sudah tentu, syaitan mudah membisikkan sangka-sangka yang tidak baik.

Kelemahan dari Rumah Ijabah pula ialah pengurus rumah HIV ini ialah Kak Liza yang memang pernah panas dengan unit Riqab.

Saya sudah melihat perkara ini dari awal. Sebab, itu dari bahagian saya, saya selalu memesankan mengenai keredhaan Allah. Saya tak mahu nanti ia akan membuka ruang syaitan memecah belahkan peraka ini.

Dari al-Ijabah, sahabat selalu terasa, dengan makan yang tak cukup, dengan pembelian tilam dan katil yang perlu menunggu tempat di Yayasan Budi siap, sedangkan dari Ijabah, penghuni telah ada ketika itu.

Pada malam kak Liza menghubungi saya mengenai penghuni tidur di simen, saya terus mengusahakan tilam dari rumah anak Yatim al-Ijabah. Saya tak mahu membuka ruang rasa tak puas hati Kak Liza dengan unit Riqab. Kenapa perlu tunggu Yayasan Budi siap baru nak hantar katil dan tilam, kita kan dah ada penghuni, sana belum lagi.

Saya jumpa pegawai yang bertugas, saya tahu dia telah banyak membuat itu dan ini. Jika mensyuarat dengan rumah al-Ijabah saya memberitahu yang terbaik.

Syaitan melihat kejayaan telah hampir.

Ketegangan seterusnya berlaku apabila bahagian riqab MAIS membuat taklimat pengendalian HIV bersama Rumah Ukhwah Yayasan Ijabah, Yayasan Budi dan dari NGO, PENAWAR pada 17 Ogos 09.

Ketika itu Kak Liza memberitahu bahawa, rupanya terdapat suami pegawai ini di Yayasan Budi. Patutlah bersungguh untuk menyuruh Yayasan Budi membuat perkara ini.

Keesokkannya, Nurhani dari Bahagian Undang-Undang dan Puan Nuraini dari bahagian Audit, bertanyakan adakah perkara ini benar?. Pegawai ini mengakui kebenarannya. Maka beliau dinasihatkan agar suaminya tidak terlibat di dalam pengendalian rumah ini, takut akan dikaitkan dengan pengaruh yang tidak wajar.

Saya berhajat membuat perlancaran sebelum Ramadhan mengenai rumah ini. Semua persiapan telah dibuat, Katering telah ditempat. Khemah telah dipesan. Tetapi, last minute dikhabarkan oleh pegawai berkenaan bahawa mereka hanya akan menyusun lawatan Dato’Khusrin ke kedua-dua rumah ini.

Saya batalkan segala persiapan. Saya diberitahu, pelancaran nanti akan dibuat bersama dan akan disusun oleh Riqab. Ini kerana, tarikh ini, rumah di Yayasan Budi belum bersedia.Nanti pelancaran akan dimaklumkan pada saya dan dirancang bersama.

Kata-kata untuk merancang bersama, rupanya tidak tepat. Pelancaran diatur tanpa makluman dan sahabat dari al-Ijabah hanya diberitahu pada pagi program.

Perkara ini menjadikan syaitan mempunyai ruang untuk memanaskan keadaan.

Program pelancaran yang kurang penyeliaan menyebabkan ramai wartawan yang datang lambat. Dengan tiada press release akhirnya ramai wartawan yang tidak dapat kisah sebenar secara menyeluruh. Mereka membuat liputan tetapi banyak berlaku ketirisan maklumat.

Ketika ulasan dibuat, maka banyak yang terasa, banyak yang bersangka buruk, banyak yang tak puas hati.

“Allah…” bisik hati saya. Kita berjaya keluarkan muslim dari gereja, tapi syaitan sempat membisikan perancangan pecah belahnya sebelum mereka diikat di bulan Ramadhna.

Kesimpulannya, syaitan telah berjaya memanaskan keadaan lagi.

Tulisan ini mengajak kita kembali bersatu.

Dari Riqab, rasakan Ijabah ini sebahagian dari anda.

Dari Ijabah, buangkan sangka-sangka pada Riqab, saya saksikan mereka telah membuat yang terbaik. Tetapi selaku manusia, sedikit kekhilafan, baiki sama-sama.

Bagi Yayasan Budi, pimpinannya tidak tahu, mereka mangsa keadaan, mangsa sedikit pengurusan yang boleh disangka buruk. Jadi, saya akan tetap bersama anda untuk Islam.

Bagi pembaca sekelian, mari sama-sama melihat ke hadapan. Syaitan telah sangat kecewa dengan usaha ini. Mereka telah gagal menggagalkan usaha ini. Berkat Ramadhan, muslim telah keluar dari gereja ini.

Banyak akidah yang selamat, banyak imej yang pulih.

Adakah kita rasa selepas Ramadhan mereka tidak akan menggangu kita? Saya yakin, gelombang tentera syaitan akan lebih hebat lagi selepas Ramadhan ini. Jadi, mari bersama-sama bersatu menahan serangannya.

Mari sama-sama pandang kehadapan. Apa yang saya ingin buat?

Saya akan memperkukuhkan usaha ini. Menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Budi yang merupakan sahabat di dalam usaha ini. Kita akan membesarkan lagi kemampuan yang ada. Kita tak mahu gereja mengambil kesempatan lagi terhadap muslim di dalam hal ini.

Bagi Yayasan al-Ijabah, kita sedang berusaha membina kompleksnnya sendiri di Puchong. Kompleks ini bernilai 5 juta.

Niat asal usaha ini ialah untuk anak-anak yatim. Saya akan peruntukan sedikit bahagian bagi pesakit HIV ini di Kompleks Yayasan al-Ijabah ini.

Selain itu, saya bercita-cita untuk menubuhkan sebuah Universiti Wakaf. Sebuah universiti percuma untuk anak orang Islam. Pada saya pendidikan sangat penting. Setakat sekarang, kita hanya ada sekolah rendah dan menengah.

Di Universiti sekarang, walaupun bidang agama, keluar sahaja, hutang PTPTN telah ada 20-30 ribu. Macam mana nak jadi pendakwah yang hebat. Mesti nak fikir bayar hutang.

Kalau kita mahu melahirkan generasi hebat, ia bermula dengan pendidikan. Hari ini, kenapa ramai orang yang tidak hiraukan muslim di gereja tempoh hari, sebab tidak ada kesedaran. Sebab tidak dididik ke arah itu.

Jadi bermula sekarang, ketepikan bisikan syaitan yang ingin memecah belahkan, perbaiki diri masing-masing, Kita bersatu untuk berbakti. Semoga ia menjadikan kita disayangi Allah di dunia dan di akhirat.

Terima kasih padamu Allah. Aku mencintai Mu, semoga Kau beri juga kecintaanMu padaku dan seluruh sahabat yang bersama-sama dan juga pada pembaca blog ini. Satukan hati-hati kami untuk Mu ya Allah. Agar kami menjadi pembela agamaMu. Nanti, jemputlah aku bertemuMu dengan kasih sayangMu, amin…

"Mencari Kepulangan Yang Diredhai"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
4 September 09, jam 3.25 petang

10 comments:

Anonymous said...

marilah kita bersama-sama membuat syaitan menangis...bersatulah..InsyaAllah kita akan menemui kemanisannya...hapuskanlah prasangka, sesungguhnya syaitan akan mudah memperdayakan kita..semoga usaha ustaz dan pihak2 lain dipermudahkan dan dilancarkan urusannya demi Islam.

twistal said...

salam...
ya ALLAH, terasa susahnya nak kluarkan pesakit HIV ini...
saya harap, ALLAH permudahkan lagi jalan kita untuk melakukan kebaikan...
amin

Aisyah Ahamad said...

Tahniah ustaz, kerana berjaya melihat dugaan ini dari sudut yang sangat positif... Semoga saya dan semua pembaca dapat melawan bisikan syaitan yang selalu merosak fikiran... Walaupun tidak dapat melihat musuh kita ini, marilah kita tetapkan hati untuk melawannya atas dasar iman kita kepada Allah, Rasulullah dan al-Quran... Ya Allah, permudahkan kami...

Hunny said...

Salam Ustaz,

Sayu dan menitis air mata saya saat baca entry ini.Mudahnya kita kalah dengan syaitan.. Di saat syaitan diikat, kita masih kalah dengan syaitan, apatah lagi bila dibebaskan.. Untuk diri saya, sahabat2 saya di MAIS dan di Ijabah, dan pembaca semua yang bencikan syaitan dan mencintai Allah, marilah lupakan sengketa dan api permusuhan yang dicetuskan oleh syaitan. Kembalilah kepada objektif asal. Let's unite for the sake of Islam.

Shahabudeen Jalil said...

mudah giler.. nak lepas dari kesalahan diri sendiri, kita salahkan syaitan..

he he he..

Setahu saya, yang pertama sekali, salahkan diri sendiri.

Syaitan buat kerja dia.. kita buat la kerja kita.

Sekurang-kurangnya syaitan buat kerja dia betul2.. bukan macam kita yang buat kerja kerana nama dan glamor.

Kalau ustaz amin nak teruskan pendekatan menyalahkan syaitan ni... saya sarankan salahkan diri sendiri. Cari kelemahan diri dulu sebelum nak tuduh syaitan.

Kalau nak salahkan syaitan dalam isu ini, jangan terkejut jika ustaz akan dipatuk oleh ular buat kali kedua dari lubang yang sama.

"SESEORANG YANG BERIMAN ITU TIDAK AKAN DI PATUK ULAR UNTUK KALI KEDUA DI DALAM LUBANG YANG SAMA"

Kenapa perlu salahkan musuh ?? Ini tindakan kurang bijak.

Tapi boleh la diterima kalau nak menyedapkan hati MAIS dan Yayasan Budu.

Anonymous said...

InsyaAllah

Semoga Allah meredhai, merestui dan mengizinkan usaha ini diteruskan. Allah itu tidak pernah tidur. " Ustaz hari ni surat khabar berita harian keluar tentang rumah darul ukhuwwah"

Hunny said...

Salam,

Ingatkan bulan posa ni, semua syaitan dah kena ikat, rupanya masih ada yang terlepas..

Shahabudeen Jalil said...

Syaitan di kalangan MAIS juga ke ?

Unknown said...

kalau kita bijak serta kerja mengikut akal dan hati yang bersih, nescaya syaitan pun akan kalah...saya setuju dengan saudara shahabudeen

Anonymous said...

salam..ust boleh col blek ex-staf daul ukhwah....utk kebaikan kita sume?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...