“Siapa yang bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi masjid Quba’, dan bersembahyang satu sembahyang, maka baginya pahala umrah”
Semua jemaah yang ada masuk ke masjid menunaikan solat. Habis solat, saya terus keluar, menunggu jemaah yang lain. Tiba-tiba datang kepada saya seorang budak kecil berumur sekitar enam tahun.
Dia fasih berbahasa Arab. Dia mendekati saya, memegang tangan saya, bertanyakan nama saya. Dia menjual tasbih kepada jemaah yang lalu lalang di sini. Tak tahu kenapa memang macam terlalu manja dengan saya. Tidak dengan orang lain.
Saya bertanya kepadanya:-
“Siapa nama awak?”
“Abdul Rahman” jawabnya ringkas.
“Abdul Rahman, awak duduk mana?” tanya saya lagi.
“Dekat sahaja, di sana,” katanya sambil menunjukkan tangannya ke satu arah.
Kemudian dia berlari ke sana ke mari, menjual tasbihnya kepada jemaah yang lalu lalang.
Datang kepada saya pula, beberapa orang menjual minyak wangi. Saya bertanya kepada mereka:-
“Abdul Rahman itu adik kamu ke?”
“Taklah, dia tumpang rumah makcik saya, dia anak yatim” kata penjual minyak wangi yang berumur awal belasan tahun ini.
Kemudian Abdul Rahman datang lagi pada saya. Memegang tangan saya. Saya teringatkan anak-anak yatim al-Ijabah. Rasa terharu pula. Kalau di Malaysia, sudah tentu akan saya ambil anak ini.
Jemaah yang saya bawa, keluar dari masjid. Mereka semua menghapiri saya.
“Wah ustaz, dapat anak angkat nampak” sapa seorang kakak pada saya.
“Ye lah, tiba-tiba aje bermanja-manja dengan saya ni, tapi dia ni anak yatim” jawab saya.
“Oh ye ke, kasihan.. ustaz ada aura penjaga anak yatim ni” kata salah seorang dari mereka.
Kami mula ingin bergerak. Abdul Rahman menghantar kami ke van. Saya duduk di hadapan van. Melambainya. Tiba-tiba, Abdul Rahman menangis, dia menangis teresak-esak.
“Ya, Allah.. kasihani dan belalah anak ini” bisik hati saya. Saya membuka pintu van, memegang tangan Abdul Rahman.
Kakak ahli jemaah juga membuka pintu van, memberikan Abdul Rahman beberapa riyal. Abdul Rahman mengesat air matanya.
Saya memegang tangannya,
“Ok, jaga diri ye..” saya melambai Abdul Rahman dan dia melambai kami kembali.
“Ya Allah, kasihanilah anak ini ya Allah” doa ini dipohon ketika van kami semakin jauh meninggalkan Abdul Rahman. Dia memerhatikan kami hingga hilang dari penglihatan.
Terasa rindu di hati dengan anak-anak yatim al-Ijabah. Rupanya, Allah datangkan sekejap seorang anak yatim dari masjid Quba’ untuk mengingatkan saya pada anak-anak di al-Ijabah.
Semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk dihati untuk membela anak-anak yatim, dan semoga sidang pembaca satu hari nanti akan dapat bersama-sama dengan kita, di dalam menjaga anak-anak yatim ini.
Sesungguhnya Nabi saw bersabda:-
“Aku dan pemelihara anak yatim begini disyurga, sembil Nabi menunjukkan jari telunjuk dan jari tangahnya”
Sedikit amalan, semoga menyelamatkan kita di akhirat dengan rahmatnya.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Fairuz Shattah
Madinah al-Munawwarah
30 Ogos 09, jam 9.00 pagi
Di post dari al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah 2 September 09, jam 11.30 pagi
bersama-sama pelajar dan anak Yatim al-Ijabah sebelum pemergian saya ke Mekah
Sedikit nasihat yang ditinggalkan
di akhiri dengan doa yang dibacakan oleh salah seorang anak yatim al-Ijabah
Ketika mula sampai di Masjid Quba'. Abdul Rahman sejak awal lagi memang tangan saya
9 comments:
Salam Ustaz,
Moga Allah merahmatimu dan Abdul Rahman..
Abd Rahman tu mcm muka melayu, tak mcm Arab
menitis air mata membaca posting ustaz..semoga Allah merahmati semua anak2 yatim di dunia ini
salam ustaz..ada tak akaun maybank utk rumah anak yatim n hiv ni?
Aku buka thread nie buka ats sebb sifat
assabiyah.tp aku rasa byk yang berlaku
kepada umat Islam sekarang terutamanya
melayu kita berkait rapat juga dengan
aper itu melayu.siapa itu melayu.dari
mana asalnya.betulkah asal dr champa
seperti yang kita belajar di skola
dlu.Melayu tak kenal jati diri mereka.aku
bukan bijak pandai agama tp ini yang
menjadikan kpla aku terpikir,
[B]
Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh
Allah dalam hadits qudsi :
Man arafa nafsahu, paqat arafa rabbahu.
Artinya : barang siapa mengenal dirinya
maka ia mengenal Tuhannya[/B]
untuk kenali sejarah melayu versi
kontroversi sila klik
[URL="http://sangtawal.blogspot.com/2009/
06/siapakah-members-of-royal-families-yan
g.html"]sini[/URL].
dan ini link untuk korang tengok kajian
diorgn
(peringatan klau dlm forum diorng korang
jgn komen, juz baca sbb benda nie mungkin
ada kaitan dgn NWO/freemason/iluminati)
[url]http://mormonmatters.org/2009/04/20/
unconventional-book-of-mormon-geography-t
heories/[/url]
[url]http://timesandseasons.org/index.php
/2004/04/the-malaysian-model/[/url]
[url]http://mormoninquiry.typepad.com/mor
mon_inquiry/2004/04/with_friends_li.html#
more[/url]
[B]Manuskrip kajian DR Ralph A. Olsen
ikut.[/B]
[url]http://www.mormonheretic.org/share/n
other/Olsen_Complete_Manuscript.pdf[/url]
[B]atlantis[/B]
[url]http://www.atlan.org/[/url]
KAJIAN ORG KITA
http://www.4shared.com/file/129648238/d43
c9450/3305320-Menjejak-asalusul-Bangsa-Me
layu.html
SAYA NK TANYA KOT USTAZ BLH TANYA MMBR YG BLAJA PERBANDINGAN AGAMA,SAYA TAK LAYAK NAK KAJI KITAB MORMON TUE
maaf pkai letak sini
memang best...
Salam ustaz.... Semoga ustaz dirahmati Allah... Tahniah ustaz,dengan pengalaman ustaz tu, dapat menambah ilmu kami... Ustaz doakan saya dan kawan2, hari jumaat ni last kuliah... insyallah lepas tu kita orang akan terus buat tesis...
Wassalam....
Beruntung kita yg hidup di Malaysia nie... serba serbi mencukupi... Moga Allah melindungi anak2 yatim nie... aminnn..
Salam. Berlinang airmata..sebak tak terhingga mbaca kisah abdul rahman dan mengenang nasibnya.. Semoga Ustaz dan Abdul Rahman dalam limpahan rahmat Allah hingga akhir hayat. Ameen..
Post a Comment