Friday, September 25, 2009

Diari 119 - Budaya Bertaman Di Isfahan

Malam ini 22 September 09 jam 9.00 malam, saya berjalan di Medan Imam di Isfahan. Ketika ini ialah 3 Syawal. Iran berhari raya sama seperti Malaysia iaitu hari Ahad.

Di sini, mereka masih bercuti kerana hari raya.

Medan Imam di Isfahan ini menjadi tempat tumpuan orang Iran bersantai bersama keluarga. Mereka mambawa makanan, selimut dan blanket ke sini.

Ada yang sudah berselimut dan tidur.

Kita nak kongsi sikit mengenai budaya bertaman.

Budaya bertaman seperti ini tidak terdapat di Malaysia. Orang Malaysia tidak mempunyai budaya berehat dengan keluarga di taman.

Bagi orang Iran, mereka mempunyai budaya bertaman. Kalau tidak jumpa taman, mereka akan berkelah di mana-mana yang mereka rasa sesuai.

Mereka duduk di taman ini kerana merasa gembira cuaca bagi mereka terbaik ketika ini.

Kita di Malaysia, cuaca kita memang sentiasa baik, maka kita tidak menghargai cuaca yang baik.

Malahan kita sering mendengar orang merungut apabila terdapat cuaca yang kurang baik seperti terlalu panas atau selalu hujan.

Sesungguhnya, kita akan lebih menghargai apa yang ada pada kita jika kita mengambil iktibar apa yang tiada pada orang lain.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Siraz, Iran

25 September 09 jam 7.45 malam

Medan Imam, Isfahan
Ada orang yang tidur di medan ini, menghargai cuaca nyaman pada waktu malam
Yang menghisap shisa pun ada, di sini dipanggil Kalyan
Mat rempet Isfahan
Jika tidak ada taman, tepi jalan pun jadi

2 comments:

sot said...

seronok jugak aktiviti bertaman ni...kita kat malaysia ni asyik terperap kat umah je.

Anis Hartini Haron said...

ustaz... jgn lupa jalan² carik makan sekali kat sana...