Lama saya tidak menulis mengenai perjalanan Universiti Kehidupan.
Hari ini Selasa 24 November 2015, saya bersama 80 jemaah bertolak ke Palestin melalui Oman. Penerbangan kami bermula jam 9.30 pagi menuju ke Muscat, Oman.
Kami sampai di Muscat Oman jam 2.30 petang waktu tempatan. Beza jam Oman dan Malaysia hanya 4 jam. Transit selama 10 jam di Oman ini memberi peluang saya dan jemaah untuk keluar dari lapangan terbang berjalan sekitar bandar Muscat.Untuk keluar, kami dikehendaki membayar visa sebanyak 5 riyal.
Lapangan terbang di sini tidak besar, barang kali seperti lapangan terbang Senai Johor. Urusan Imigresen juga mudah.
Dua buah bas menunggu kami untuk membawa kami jalan di sekitar Muscat. Muscat tidak banyak beza dengan bandar dari negara-negara Arab lainnya kecuali ia agak lebih bersih. Rakyat di sini hanya 4 juta orang dan 2 juta adalah pendatang asing yang bekerja di sini.
Sana sini kelihatan orang-orang dari India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Mereka datang ke sini untuk bekerja.
Apa yang menarik di tidak jauh dari Muscat ini, lebih kurang dalam 80 KM terdapat satu tempat bernama Majlis al-Jin.
Majlis al-Jin adalah satu kawasan gua yang besar ruangannya, boleh memuatkan kapal gerbang Boing 747.
Orang di sini menamakannya dengan Majlis al-Jin kerana mengikut orang tua-tua di sini, satu ketika dahulu, ia menjadi tempat tinggal Jin.
Kalau bagi Melayu, istilah tempat yang ceruk akan dipanggil dengan "tempat jin bertendang"..
Barang kali, begitulah maksudnya Majlis al-Jin ini, ia sebagai tepat ceruk yang dalam. Dahulunya, jarang - jarang ada orang berkunjung ke sini.
Penerbangan saya ke Amman pada jam 11 malam waktu tempatan. Agak penat juga menunggu. Benarlah kata Nabi SAW, musafir adalah sebahagian dari azab. Tapi yang menariknya, walaupun penat, macam-macam perkara yang dapat dipelajari. Itulah Universiti Kehidupan.
Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Zaman
Muhamad Abdullah
Muscat Amman
24 November 2015