Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
Mizan Salam Ustaz, Dkatakn dlm bln Ramadhan Syaitan "di rantai", Tapi knpa solat masih lg tdak boleh khusyuk. Adakh ia di sbbkan diri kt sendiri. TQ 2009-09-06 2:57 AM
Nafsu yang tidak terdidik
doraemon salam ustz, apakah boleh jika melicinkan bulu kaki utk suami? 2009-09-06 2:33 AM
Boleh
zul utz, ape beza air mazi dgn air mani? adakah kedua2nye najis? 2009-09-06 1:53 AM
mani keluar dengan syahwat, mazi tidak. Air mazi biasanya kerana terlalu letih
zul jika sy terlewat solat zohor cth pukul 3 dgn bersebab,boleh ke sy solat sunat sebelum zohor atau terus solat zohor? 2009-09-06 1:52 AM
boleh sebab waktu panjang lagi
alghari85@yahoo.com salam ustaz..sy mohon pandangan untaz tentang pelaksanaan solat atas keretapi. pengalaman solat dan pengabaian solat penumpang lain 2009-09-06 1:46 AM
Yang perlu menghadap kiblat, hanya ketika takbir. Penumpang lain, dia jawab sendiri, kalau mampu tegur, kita tegur dan ajak.
morazas: Apakah hukum si isteri mengunakan duit suami diberi tiap-tiap bulan, lalu di kumpulkan duit tersebut dan digunakan menunaikan ibadah korban untuk si suami? 2009-09-06 1:25 AM
boleh
osman assalamualaikum Ustaz saya nak no hp ada sedikit soalan nak tanya mengenai yayasan al-ijabah 2009-09-06 1:15 AM
Hubungi PA saya, Ustaz Muhamad Zamhari 012 3018369
salam saye ade bace artikel fiqh perubatan mengatekan pap smear tak batal puase (nur izaiti yg tnye sblum ni) 2009-09-06 7:38 AM
balik pada perkara yang membatalkan puasa. Salah satunya ialah masuk Sesuatu pada rongga termasuk kemaluan hadapan dan belakang.
Jadi, kalau memasukkan itu hingga ke bahagian dalam, maka batal puasa. Cuba lihat prosedur pap smear ini, kalau hanya diluar, maka tak batal, tapi kalau hingga dalam, maka batal.
Mengenai tulisan yang mengatakan tak batal, boleh puan kongsikan dengan saya. Boleh saya perdalamkan isu ini lagi.
UDIN Salam Ustaz, ketika khutbah jumaat sedang dibaca, antara solat sunat dulu atau terus duduk dengar khutbah yg mana lebih utama? TQ 2009-09-06 7:29 AM
Solat sunat
Guest adakah salah perempuan keluar makan bersama dengan kawan lelaki..bukan berseorangan,tetapi beramai-ramai.. 2009-09-06 6:43 AM
Paling rendah makruh dan boleh sampai haram kalau saja-saja
aida salam. ustaz, nape masa terawih rakaat akhir imam baca tahiyat x abis. sampai selawat je dah beri salam 2009-09-06 6:27 AM
bacaaan wajib tahyat akhir hingga selawat. Yang baki itu adalah bacaan sunat
aha salam ustaz,Rasulullah semasa bangun malm baginda medongak kelangit&berdoa apakah doa&hikmahnya 2009-09-06 4:43 AM
lebih khusyuk
aha salam ustz,ingin kepastian telaga zam2 dkt dgn tangga lampu hijau saie kah ustaz 2009-09-06 4:39 AM
Ye, tapi sekarang dah tutup, dah tak Nampak dah..
A'bdullah salam ustaz,mudah2an sihat disana.minta tolong ustz tlg doakan utk sy sbb ada urusan yg trtanggh,th wassalam 2009-09-06 4:36 AM
Semoga Allah memberimu kelapangan
Guest salam ustz,sy ingin paduan dr ustz,apkh aktivit siang dmekah,umrah dlkukan waktu bila,lps umrah terus teraweh ka,sahur pkul, hotel sdkn jdh brbka 2009-09-06 4:29 AM
Aktiviti ibadah, ibadah dan ibadah. Nak berbelanja dan tidur pun boleh, biasanya pakej penganjur akan bawa melawat ke tempat bersejarah sekitar.
Sahur disediakan oleh hotel, untuk pertanyan lanjut boleh hubungi Hj. Arshad (boss hotel kat sini) d_rshad@yahoo.com atau lawat http://hjarshad.blogspot.com
a'bdul salam uatz,sseorg itu mmg rajin jemaah dmsjd,baca quran dll,mmg lama dah,tiba2 dia jadi berat utk laksnkan,apkah puncanya 2009-09-06 4:14 AM
Banyak sebab, tension dengan imam, tension dengan ajk, bergaduh berebut jawatan, kurang kipas, banyak kerja, balik lambat dan lain-lain.
Tapi hakikatnya, Allah telah beratkan hatinya untuk menjadi tetamunya di masjid. Jadi, taubat dan doa banyak-banyak supaya Allah beri kekuatan.
nur salam ustaz, saya ingin tanya..jika kita solat istikharah btol ke x bole bckp lps solat trsebut?kne trus tdo utk dpt ptunjuk? 2009-09-06 4:09 AM
afdhalnya begitu
lida salam.Boleh ustaz terangkan fadholat khatam Al Quran 2009-09-06 3:11 PM
mustajab doa
Albairaha.... Syeikh rajin2lah komen penulisan ana biar ada pengawasan kekadang takut rasa riyak pulak bila tulis tentang ceramah yang kita sampaikan.... 2009-09-06 3:11 PM
Allah terus beri kekuatan dan keikhlasan padamu. (blog ustaz ini http://www.albairaha.blogspot.com )
aha salam ustaz,moga utz dberkatiNya ,kebenaran dpihak ustz,berita ustz peyelamat HIB/Aids terpmpang dlm berita minggu,sy terharu lihat gambr petikan akhbar,jika mereka brakhir djln yg dredha miasal sdg baca alquran,brsembhyg,bljr agama lbh baik mati dlorong hitam smpt brtaubat lagi petikan berita minggu,ustaz muda ambil nisiatif tubuhkn Rmh Darul Ukhwah utk pengidap penyakit maut d PJ 2009-09-06 2:15 PM
Allah, berikanlah keikhlasan pada semua
Guest salam.bile ustaz balik ke malaysia.ustaz raye kat mekah ke 2009-09-06 2:06 PM
Esok 7 September 09 bertolak balik
sraphl salam ustaz, sy ade ambil artikel usataz letak kat blog sy... minta izin yee 2009-09-06 1:12 PM
semoga memberi manfaat pada semua
AZA adakah doa bole mengubah sesuatu takdir? 2009-09-06 9:42 AM
Boleh, berdasarkan hadith
tiadanama SJ> Subahanallah..sy manusia biase bknnye hantu 2009-09-06 8:38 AM
alif ustaz..sy nk ty waktu bile sesuai solat istikharah? bole x dillakukan slps solat isyak slps pkul 12 mlm? 2009-09-06 8:36 AM
boleh
SJ hehe.. Ustaz nie kaunter pertanyaan ke ? 2009-09-06 10:12 PM
KeranaMu Allah..
Ummi Zakirah Kolej-kolej Swasta Islam di Malaysia...Ustaz ada senarainya ? 2009-09-06 10:07 PM
Banyak tu, cari dalam internetlah ye..
Mohd usaha ustaz tentang rumah HIV dpt perhatian BH...jgn lupa Doakan kami semua di YI dan ALC ustaz. Amin ya Illahi. 2009-09-06 4:04 PM
Amin… Allah bersama kita semua
Mohd Semalam dan hari ni bersama anak-anak yatim mencari pakaian dan keperluan untuk program bersama sultan 9.9.09 nie. 2009-09-06 4:02 PM
insyaAllah, saya akan berada sekali dalam program
Mohd 14.9.09 sy dah atur majlis maulid dan iftar di darul ukhuwwah. anak yatim akan diajak sekali bersama penghuni darul ukhuwwah. 2009-09-06 4:00 PM
Alhamdulillah, terima kasih
Mohd Salama ustaz. Slmt beramal di Makkah. InsyaAllah 11.9.09 prog. iftar dgn KPJ buat di kompleks 3C, KPJ minta buat maulid sekali. 2009-09-06 3:59 PM
insyaAllah.
zuby tahniah. usaha murni ustaz dpt perhatian dlm surat kabau BH 2009-09-06 3:25 PM
semoga mendapat perhatian Allah juga, terima kasih padaMu Allah dan terima kasih pada sahabat dari Berita Harian
lida majlis ilmu yang dinaungi malaikat itu adakah majlis ilmu yg melibatkan agama sahaja atau merangkumi semua majlis ilmu cthnya belajar menjahit. 2009-09-06 3:16 PM
semua asalkan majlis ilmu yang bermanfaat
lida saya sdg mencari agama dan diri saya sendiri.doakan saya istiqomah dalam apa yg saya lakukan. 2009-09-06 3:13 PM
semoga Allah terus membimbingmu,
lida salam..saya sdg dalam proses cuba utk menghafaz al quran..adakah maksiat yg dilakukan membuatkan ayat yg dihafaz selalu terlupa 2009-09-06 3:12 PM
benar
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
7 September 09, jam 2.00 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment