Thursday, July 16, 2009

Coretan Santai 8 - Ikan Keli

14 Julai 09, saya dan semua sahabat-sahabat mengadakan perjumpaan mengenai perjalanan rumah HIV yang telah diusahakan. Hari ini, dengan rasminya, ia dinamakan Darul Ukhwah

Berbagai perkara dibincangkan. Malam ini, sahabat dari akhbar Sinar ada bersama-sama. Mereka memerhatikan dan sekali sekala mencatat sesuatu.

Alhamdulillah, perjalanan rumah ini semuanya baik dan semoga ia terus dibantu Allah.

Dalam seminggu ini, saya dan beberapa orang sahabat, sibuk mencari rumah untuk mereka. Kebanyakan rumah, ketika kita memberi tahu bahawa ia adalah untuk membuat rumah kebajikan, tuan rumah tidak jadi menyewakan kepada kami.

Hinggalah saya bertemu dengan seorang Melayu Islam yang mempunyai dua biji bunglow di sekitar Kampung Melayu Subang.

Saya berterus terang sahaja dengannya sebab saya yakin, bagi orang Melayu Islam, sensitiviti terhadap Islam tetap kuat.

Alhamdulillah, sangkaan saya betul. Dia begitu semangat dan akan membenarkan kita menyewa kedua-dua bunglownya dengan sewa yang rendah.

Mesyuarat pada malam lebih tertumpu pada perjalanan Darul Ukhwah. Di akhir perbincangan, termasuk sikit bab pembangunan ekonomi.

“Ustaz, saya cadangkan, nanti kita bela ikan keli dan ia boleh menjamin pendapatan rumah kebajikan ini” kata salah seorang dari ahli mesyuarat.

“Mmm, boleh, boleh,” kata saya.

Tiba-tiba, salah seorang penghuni rumah ini menyampuk,

“Tapi ustaz, kami ni, Nampak aje sihat, badan kami ni dah rosak. Mana kami larat nak jaga ikan keli” kata salah seorang penghuni di rumah ini dengan muka yang agak sedih.

Saya tergelak kecil.

“Tak, bukan suruh anda semua yang jaga, orang yang sihat antara kamilah”. Kata saya.

Kami semua tergelak.

Inilah corat coret rumah Darul Ukhwah ini. Semoga ia terus dibantu Allah. Semoga cita-cita untuk mengeluarkan mereka dari gereja mendapat sokongan dari semua. Amin..

“Santai Itu Menghiburkan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Shah Alam
Khamsi 16 Julai 09, jam 1.48 tengah hari

Antara yang hadir
Kami semua tergelak membincangkan mengenai ikan keli
En. Abbas membincangkan perjalanan Darul Ukhwah

2 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Saya harap ustaz jgn terpedaya dengan penipuan kontrak farming ikan keli yang banyak di pasaran sekarang.

sekadar memberi pendapat.

Harap dikajiselidik dahulu sebelum buat apa2 keputusan.

Anonymous said...

ustaz...
Kenapa team ustaz ni walaupun terdiri dari ramai wanita...tetapi agak agresif "attack" team MAIS..DIAORANG dtg nak bincang..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...