Friday, March 30, 2012

Bicara Ilmu 56 – Behind The Scene “ Warisan Perubatan..”

Pengembaraan Usrah TV9 kali ini membuat perkongsian di Pusat Perubatan al-Raudah yang terletak di Pertama Kompleks.



Ramai yang bertanya pada saya mengenai no telifon tempat ini. Ia boleh dihubungi di talian 012 3362609.



Di sini, saya bertemu dengan Tabib Ghafar seorang yang mahir di dalam menyusun kembali urat-urat yang bermasalah.



Urutannya bukan urutan “SPA” atau “Thai Massage” tetapi membetulkan urat.



Yang menarik juga, Tabib Ghafar juga menyusun 7 urat bagi tenaga batin. Jadi tidak perlu Viagra atau ubat kuat yang lain pada yang bermasalah. Ia membetulkan balik urat-urat yang sudah kurang berfungsi.



Selepas dari Pusat al-Raudhah, kami terus ke Darul Syifaa di Bangi dan melihat bagaimana pula keadaan pengubatan bagi makhluk halus.



Kebetulan yang memberi penerangan ialah Ustaz Fauzi (Pengacara al-Kuliyyah TV3)



Saya mencuit Ustaz Fauzi,



“Biasanya anta tanya orang soalan, kami ini ana pulak tanya anta”



Walaupun ustaz Fauzi wataknya bersahaja ketika mengendalikan Program al-Kuliyyah, tetapi ketika menjadi ahli panel, beliau menjadi lebih serius.



Dengan tumbuhnya banyak pusat perubatan seperti ini, ia menunjukkan semakin ramai orang yang sakit dalam lingkungan ganguan jin dan mahluk halus.



Mereka benar-benar wujud dan sebab itulah Rasullullah wariskan pada kita ayat-ayat al-Quran bagi mengatasi gejala gangguan ini. Cuma kebanyakkan manusia tidak mahu beramal…



“Ilmu Asas Amal”



al-Faqir Ila Rabbihi



Muhamad bin Abdullah



Putra Heights



30 Mac 2012 jam 12.25 tengah malam






Bicara Ilmu 55 – Doa Bahasa Melayu

Khamis 15 Mac 2012, saya dijemput untuk menyampaikan satu kuliah di Masjid Bukit Jelutong.
Masjid ini di antara masjid yang hidup sekitar Shah Alam, banyak majlis aktiviti yang dijalankan.
Alhamdulillah, malam ini, kuliah dapat dirakamkan dan di hujung kuliah, saya membaca doa di dalam bahasa Melayu.
Ramai yang sebelum ini mahu berkongsikan doa ini dan saya tidak berkesempatan untuk kongsikan di dalam bentuk tulisan.
Semoga rakaman ini dapat memberi manfaat dan perkongsian terutama yang lama meminta untuk saya tuliskan doa ini di dalam bentuk tulisan.
“Ilmu Asas Amal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
30 Mac 2012 jam 12.05 tengah malam.


Thursday, March 22, 2012

Diari 356 – “al-Quran ditongsampahkan..”

20 Mac 2012, saya menyarungkan pakaian seragam pekerja Alam Flora di Putrajaya.

Pada hari ini, saya bersama krew TV9 membuat pengambaran bersama pekerja Alam Flora.

Kami sama-sama mengutip sampah sekitar Putrajaya dan saya membahaskan di dalam program Usrah ini mengenai “Manusia Dan Alam” dan saya menyentuh bab kebersihan di dalam Islam.

Saya bersama-sama pekerja Alam Flora menaiki lori sampah dan menghayati bagaimana perjalanan pekerjaan yang mulia ini, pekerjaan untuk menjadikan sekitara bandar Putrajaya bersih.

Saya berbual-bual dengan pemandu lori mengenai pengalamannya mengutip sampah.

Satu perkara yang mengejutkan saya ialah apabila pemandu ini mengeluarkan surah Yasin, kitab pelajaran membaca al-Quran “Iqra”, dan juga kitab Ubat Hati.

Ayat-ayat suci al-Quran ini dikutip dari tong sampah yang dibuang oleh penduduk.

Saya beristighfar panjang sambail menggelengkan kepala. Tiga sudut boleh kita pandang.

1. Memang yang membuang adalah orang yang cukup biadab

2. Mungkin yang buang tidak perasan atau tidak tahu

3. Mungkin yang buang jahil dan tidak tahu bagaimana ingin melupuskan ayat suci ini.

 

Bagi golongan yang pertama, mereka perlu perbaiki adab dan bagi pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakkan pada tindakan ini.

Bagi golongan kedua perlu meningkatkan kepekaan terhadap buku-buku agama

Bagi golongan yang jahil, perlu tingkatkan ilmu. Untuk membuang ayat suci al-Quran yang telah lama hendaklah kita bakar dan abu-abunya buang di sungai dengan cara yang hormat atau boleh tanam abu itu di tempat yang hormat juga.

Kita tidak boleh membuang ayat suci al-Quran dengan cara tidak sopan lebih-lebih lagi di dalam tong sampah yang terdapat pampers anak, lauk basi dan sebagainya.

Semoga kita tidak tergolong orang yang biadab pada kesucian agama, Dan semoga Allah beri kesedaran pada orang yang membuang ayat suci al-Quran ini.

Kalaulah yang buang itu orang bukan Islam, ia boleh menimbulkan masalah yang cukup besar kerana mencarik kesuciaan Islam.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan’

al-faqir ila rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

22 Mac 2012 jam 3.20 petang

479979_396078397086192_100000521060856_1462875_103249368_n[1]

Bersama krew ketika pengambaran di Putrajaya bersama Alam Flora

374544_396193250408040_100000521060856_1463060_1042761519_n[1]

Sebahagian ayat suci al-Quran yang ditongsampahkan.. Astagfirullahal Azim Wa Iyyahum

Diari 353 – Kolej Wakaf al-Amin

21 Mac 2012, saya bertemu dengan Dato' Dr Syed Ahmad Hussein, CEO Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi membincangkan penubuhan Kolej Wakaf al-Amin.

Beliau yang berasal dari Johor begitu bersemangat apabila saya menceritakan konsep penubuhan Kolej Wakaf ini.

“Kalau di negara Arab ia sudah banyak tetapi di Nusantara ini belum ada yang betul-betul di bangunkan di atas nama wakaf”

InsyaAllah, tapak sebenar akan dibuat di Puchong dan sementara ini ia akan dimulakan di Kelana Jaya.

22 Mac 2012, hari ini, saya melihat tapak sementara untuk Kolej Wakaf al-Amin. Mudah-mudahan ia dibantu dan permudahkan Allah di dalam memberikan pendidikan pada anak-anak Melayu Islam kita secara percuma.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Mac 2012 jam 2.45 petang.

IMG_1587

InsyaAllah, peringkat awal ia akan dimulakan di Kelana Jaya dahulu

IMG_1588

Sudut sisi bangunan yang akan digunakan (InsyaAllah)

IMG_1591

Minta di doakan bagi usaha ini…

Saturday, March 17, 2012

al-Ijabah 106 – “Fasa Pertama Rumah HIV telah siap…”

Selepas berada di Palestin sehingga 8 Febuari 2012, saya terus ke Mesir untuk pengambaran program Usrah TV9.

Saya berada di Mesir sehingga 20 Febuari 2012.

Pulang ke tanahair, terlalu banyak tugasan sehingga lebih sebulan tidak sempat untuk menulis di blog ini. Inilah kali pertama semenjak tahun 2008 blog ini di tinggal selama sebulan lebih.

Di antara yang amat mengambil masa saya sekarang ialah pengurusan rumah HIV muslim yang sedang diusahakan di Puchong.

Rumah yang ada sekarang adalah sewa dan di sini adalah rumah yang dibina sendiri di atas tanah Yayasan al-Ijabah.

Terima kasih saya ucapkan di atas jariah semua yang akhirnya fasa pertama rumah ini berjaya di siapkan.

InsyaAllaha dalam bulan Mac 2012 ini, penghuni rumah HIV Darul Ukhwah akan berpindah ke sini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

17 Mac 2012 jam 12.10 tengah malam.

IMG_1200

Alhamdulillah, fasa pertama rumah HIV ini telah siap di bina

IMG_1205

barang-barang yang telah mula dipindahkan

IMG_1209

Sekarang ini, saya sedang berusaha menyiapkan fasa kedua pula

IMG_1211

InsyaAllah, pada hujung Mac 2012 ini, penghuni HIV muslim ini akan mula berpindah

IMG_1419

Lawatan Yayasan Bursa Malaysia ke rumah baru Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_1420

Terima kasih pada semua yang bersama-sama di dalam perjuangan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung, semoga tertubuhnya rumah ini menjadi jariah buat kita semua, amin…

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...