Monday, August 30, 2010

Diari 238 – Behind The Scenes - Semanis Kurma “Suami Teraju Ibadah”

“Salam ustaz, jgn lupa mlm esok live 10pm@ semanis kurma stud C Sri Pentas, Dtg awal by 9.30 pm.Tq” massage yang dihantar oleh Kak Azizah, penerbit program “Semanis Kurma” TV9.

“InsyaAllah :)” jawab saya ringkas.

Khamis 26 Ogos 2010 jam 10 malam, saya akan di dalam rancangan Semanis Kurma di bawah tajuk “Suami Teraju Ibadah”.

Khamis ini, saya tidak pulang ke rumah sejak pagi, berbagai urusan yang dibuat dan kebetulan, petang ini juga, saya berbuka dengan staf saya dari bahagian optical. Kami semua berbuka puasa di JM Baryani di Seksyen 7 Shah Alam.

Selesai berbuka, kami terus sembahyang di ruangan sembahyang di restoran ini. Saya terus ke ofis dan mandi di sana. Bersiap-siap dengan baju Melayu berwarna coklat cair yang dibawakan oleh isteri saya, dan terus ke Sri Pentas.

Sampai jam 9.10 malam.  terus ke surau di tingkat 3 di Sri Pentas. Di surau tidak ada orang, barangkali, bulan puasa sebegini, semua staf pulang awal berbuka dan solat tarawikh bersama keluarga.

Saya menunaikan solat isyak dan tarawikh bersendirian di surau ini.

9.40 malam, saya turun ke Studio C dan di sana Nazri Raihan dan isterinya, Ustazah Bahiyah dan Ustaz Wan Akasyah sedang bersiap-siap.

Penerbit memberikan saya kertas mengandungi bayangan soalan dan topik yang akan diperbincangkan.

Kalau nak kenal penerbit “Semanis Kurma” sekarang ini, kita boleh perhatikan iklan “teh” ketika program “Semanis Kurma” ini.

Secara peribadi, program Semanis Kurma ini sangat bagus untuk kekeluargaan. Ia program yang santai.

Ia tidak seperti program “Tanyalah Ustaz” yang lebih serius dan lebih mencabar.

Yang paling saya tak tahan sekali ialah apabila Ustazah Bahiyah memanggil ustaz Wan Akasyah..

“Ling ling,….”

Teringat kata kekanda saya ustaz Jazlan dengan nada bergurau..

“Kalau saya panggil isteri saya macam tu, dia pengsan, saya pun pengsan…..”

Walau apa pun, program ini amat bagus di dalam membincangkan perkara dalaman rumah tangga. Kala ini, krisis rumah tangga begitu luar biasa hebat. Kadar perceraian meningkat, kadar stress antara suami isteri meningkat.

Sekurang-kurangnya, program ini memberikan satu input di dalam menjawab persoalan sekitar rumah tangga.

Sesebuah rumah tangga tidak lari dari ujian. Yang paling penting ialah seseorang itu perlu tahu, apakah yang perlu dilakukannya ketika melalui ujian rumah tangga.

Di akhir rancangan, saya ingin kongsikan beberapa doa untuk pasangan di dalam rumah tangga.

Antaranya ialah, jika ingin melembutkan hati pasangan, selalulah sedekahkan fatihah dan ayat 1-5 surah Taha. Jadikan amalan dan jangan berputus asa berdoa, memohon keharmonian rumah tangga.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita dan ahli keluarga kita dari api neraka. Ia berdasarkan firmah Allah:-

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan (surah at-Tahrim ayat 6)

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

20 Ramdhan 1431/ 30 Ogos 2010 jam 1.00 pagi

IMG_0151

Pasangan ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Bahiyah, hos bagi rancangan semanis kurman ini.

IMG_0152

Membuat promo untuk rancangan akan datang

IMG_0156

Saya digandingkan dengan Nazri Raihan dan Isterinya

IMG_0159

Suami ibarat tangkai kurma, Isteri ibarat buah kurma. Tangkai kurma bukan sahaja memegang buah kurma itu dengan erat dan kuat, bahkan dari tangkai ini disalurkan segala makanan, zat baja untuk kebaikan buah kurma.

IMG_0164

Jadi ibarat tangkai kurma, suami bukan sahaja memegang isteri, tetapi perlu menyalurkan pada isteri segala keperluan termasuk usaha meningkatkan kefahaman agama isteri

IMG_0168

Program ini sangat bagus untuk kekeluargaan

IMG_0171

Kenangan bersama ahli panel dan hos malam ini

Sunday, August 29, 2010

Jawapan Pada Persoalan 118

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersama di dalam jawapan ada persoalan

safiyah selepas 40 thn, terjd satu mslh keluarga yg memerlukan belanja besar, ttapi suami dan ank2 cucu tadi berkata itu harta kami. soalannya 1/3 drp tanah telah dijual tanpa pengetahuan saudara lain. halalkah mereka memakan duit tersebut tanpa izin yg lain?adakah ini harta pusaka atau hak penama sahaja? 2010-08-04 9:23 AM

harta si mati adalah harta pusaka

Mizan Salam Ustaz, sy rujuk semula jwp ustz b'kaitan dividen kwsp yg menyarankan utk "infaqkan sebahagiannya". Soalannya berapa byk harus sy infaqkan? sdngkan kita tidak tahu berapa peratus pelaburan halal dan yg haram. Mohon penjelasan ustaz 2010-08-08 8:38 AM

Sekadar hingga hati tenang, mungkin 5%, 10%

siti hawa salam.perlukah kita mengantikan puasa sekiranya kita beraya awal di sesuatu tempat(singapore) 2010-08-08 1:04 AM

tidak jika memang pergi ke tempat itu bukan kerana helah

Guest Salam ustaz, ape makna mimpi melihat tsunami? Tq 2010-08-07 10:52 AM

rezki

Guest ustaz,saya dah byr fidyah puasa utk thn ni, nak ganti, hr x bergandakan ustaz? ttp jika belum habis ganti ramadhan dah tiba, yg thn lps bergandakah? 2010-08-06 11:54 PM

Puasa tak ganda, fidyah ada pendapat yang mengatakan tidak ganda ada yang mengatakan ganda

insankeliru salam ustaz, sekiranya x sempat byr dam gugur rambut semasa ihram, sudah balik malaysia, bagaimana ingin byr kembali? bolehkah org lain yg byrkan dam utk kita (berada di malaysia) di mekah atau diri kita yg perlu berada di mekah dan membyrnya?2010-08-06 11:29 PM

Kirim orang

mama salam... ustaz kat facebook skrg sibuk ttg gambar malaikat di mekah. Boleh percaya ke tu. Tolong beri pendapat tau komen ustaz. 2010-08-06 11:16 AM

wallahualam

tonet,Salam Ustaz... Th dpn ada lg x rombongan Ust ke Meca? Nak daftar nie.. 2010-08-06 9:39 AM

insyaAllah, nanti saya maklumkan di blog ini

Guest, Salam.. Ustaz, arwah abah ada duit kt asb RM10k. adik bradik ada 5 3l 2p, mak saya kata bahagi sama bnyk sorg dpt rm2k. semua adikbradik ok jr tp bole ke ustz sebab klau sebetulnya kene kira farait kn? duit tu kitorg dah byar zakat dh dn dh abis digunakan. nak tau bole @ kene ikut farait? TQ 2010-08-09 7:01 AM

Jika masing-masing setuju, tidak menjadi masalah

Guest ust,saya ada saham bernilai +-60k,setlh berhent krj saya guna dividen +-2k 1 thn utk tampung hdp,yg manakh yg kena zkt div@saham 2010-08-09 6:16 AM

Yang tersimpan

veneer Adakah benang yang digunakan untuk menjahit luka yang diperbuat daripada usus haiwan conntohnya lembu atau kambing boleh digunakan? Status halal haiwan tersebut meragukan 2010-08-08 3:00 PM

boleh untuk perubatan, jika perkara haram dan kita tidak ada pilihan, juga diharuskan bagi keadaan itu

veneer Adakh cabut gigi dibolehkan ketika berpuasa.Ubat bius akan diberikan(injection) dan kemungkinan pesakit akan tertelan ubat bius. 2010-08-08 2:58 PM

jika ada kemungkinan tertelan maka batal puasa, sebaiknya, gantikan balik puasa

zalina salam,ustz sekiranya kita mndpt duit sumbangan bg org yg tlh meninggal dunia,apa kah yg harus sya buat byr hutang kereta&rumah/ buat upah umrah/haji. 2010-08-08 1:19 PM

sebaiknya gunakan untuk kepentingan si mati seperti buatkan wakaf untuk dia

zar Mohon ustaz adakan slot cara membuat tuntutan kepada bekas suami dlm tanyalah ustaz bincangkan juga apa yang perlu dan apa yang menjadi hak bekas isteri Betulkah mutaah@saguhati hanya boleh dituntut oleh isteri yang telah berkahwin lebih dari 5 tahun & sekiranya kurang ia tidak layak 2010-08-08 10:17 AM

mut’ah boleh dituntut jika ada pernikahan tanpa ada had tahun

Ina ustaz,jika ada cecair kuning yg keluar selepas kering darah haid,tu masih dikira belum bersih n x blh mndi wajib lg yer?TQ 2010-08-10 1:30 AM

Jika ia keluar pada waktu kebiasaan haidh, maka dia dianggap haidh. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya suci, maka ia tidak dianggap sebagai haidh.

Istisyhad kalau kita keluarkan KWSP 8k untuk membayar ansuran perumahan, berapa yang saya perlu bayar zakat? 2010-08-09 11:40 PM

2.5%

Guest apa hukum anak saya berumur 2thn2bln meminum susu saya sedangkan saya mmpunyai bayi berumur 3bln.dan bolehkah saya menyusui bayi saya ketika pregnant 2010-08-09 3:31 PM

boleh

siti soaln ttg mndi wjb leps subh kerna proses penyucian najis perlu mmaskkn jari yg blh mmbatalkn puasa 2010-08-09 12:24 PM

mandi wajib, kita membasuh anggota luaran dan tidak perlu korek ke dalam, sebagai contoh dubur, apabila kita cangkung, maka bahagian zahir akan terbuka, dan bahagian itu yang perlu dibasuh

sickchild72 slmustd.ank sya pth tngn dan dsmin. mcm mna mdi hadas bsar dia bolh tlg sya.2010-08-09 8:13 AM

Tayammum

insan ingin tahu salam ustaz, sy nk tanya adakah sah cerainya sekira seorg wanita itu d'ceraikn oleh suaminya, sedangkn dia masih datang haid? apakh hukum menceraikn isteri ketika haid?2010-08-10 4:59 PM

Cerai sah cuma keadaan menceraikan bid’ah

afeqa ustaz, perlukah saya m'bayar zakat keuntungan atas angin yg belum sampai setahun & zakat perniagaan, mengikut statement bank 31 Dec akhir thn 2010-08-10 8:41 AM

perlu

tanya apa hukum pakai stokin kaki bagi perempuan? 2010-08-10 2:47 AM

Ada pendapat yang mengatakan kaki anggota bagi solat yang perlu ditutup tetap terdapat keringanan di dalam kehidupan seharian, dan pandangan yang agak keras, kaki juga perlu ditutup sebagaimana di dalam solat

Guest Salam, Sewaktusembahyang Tarawih pada rakaat kdua , imam baca Surah al Ikhlas selepas Fatihah Sahkh sembahyang kalau makmum x smpat habiskan Fatihah Sbb rasa cnfrm x smpat habis Fatihah, bleh ka mkmum baca Fatihah dibelkang imam. Klau boleh masa imam baca Amin mkmum patut jwb Amin @ teruskn 2010-08-11 6:49 AM

Kalau kita tidak masbuk, maka kena habiskan fatihah, mendengar fatihah imam hanya sunat, jika memang imam baca laju, maka kita boleh baca fatihah ketika imam membacanya

srie raudhah salam ustaz..nk bertanya berapa hari maksimum darah lepas bersalin dikira darah nifas? 2010-08-11 5:43 AM

60 hari

Guest assalamualaikum ustaz.... sy nak tanya apa hukumnya suami tidak memberi nafkah batin pd isteri adakah dikira nusyuz? setelah 6 bulan berkahwin. 2010-08-11 5:27 AM

Bukan nusyuz cuma lebih tepat si suami fasiq kerana menyeksa kehendak batin isteri

ftyn salam,klu seorng perempuan mengandung muntah2 mase bulan pose.bagaimana dgn pose dia batal k.terima kasih. 2010-08-11 2:06 AM

Muntah yang membatalkan puasa ialah muntah dengan sengaja, tetapi dalam kes ini, ibu tadi, harus tidak berpuasa

Guest salam. 6-7 tahun lepas, puasa telah batal krn dgn sengaja mengeluarkan air mani 9(wnta).skrg baru tahu kena bayar kaffarah. bgmana kiraannya ustaz? 2010-08-11 2:04 AM

Jika keluar mani dengan bersetubuh kena puasa 2 bulan berturut. Atau beri fakir miskin makan, jika keluar mani tanpa setubuh, hanya membatalkan puasa sahaja

Azian Salam. Sekiranya kita telah mendirikan Solat Witir selepas Tarawikh, pada malamnya saya bangun mengerjakan tahajjud dan hajat adakah saya perlu 2010-08-10 11:28 PM

Kalau nak buat witir lagi pun boleh, tak buat pun tak apa

Azlan salam ustz. Sendawa yang mengakibat makanan terasa naik ke tekak. Batal atau tidak puasa tersebut. 2010-08-12 4:09 AM

Tidak batal

BARD ust,amalan membaca yasin mlm jumaat di malaysia berdasarkan dalil apa?hadis sohih ke?mazhab syafie atau uruf? 2010-08-12 1:28 AM

Baca quran itu sunat, tak kira yasin atau apa-apa surah, tak kira apa-apa hari pun,tetapi dibiasakan yasin oleh tok-tok guru kita kerana ia banyak kelebihan.

Jika tak nak baca yasin malam jumaat, tak mengapa, tapi jangan sampai langsung tak baca al-Quran dalam minggu itu

yanti salam.ustaz,adakah jumlah fidyah ttp sama wpun puasa gnti sudah dibuat dahulu ttp fidyahnyer blom dibyr pd thun yg sama dgn puasa gnti dilakukan? 2010-08-12 1:26 AM

kalau puasa telah diganti, maka fidyah tidak berganda

BARD ust,jika kita solat dan terbatal..kemudian cara nak keluar terus keluar atau kena bagi salam kanan&kiri dhulu? 2010-08-12 1:22 AM

Keluar terus sahaja

BARD ust,jika solat rakaat pertama berdiri..rakaat 2 duduk krn tak larat...rakaat 3 larat pula dan berdiri...sah tak solat? 2010-08-12 1:19 AM

Sah

BARD ust,jika slps solat kita dapati telah tsalah kiblat ...lari lbh kurang 45darjah....perlu ulang balik tak? 2010-08-12 1:18 AM

Jika yakin tersilap, kena ulang

Zaleha Abd Aziz ustaz, kami berhajat nk tunaikan haji thn depan. Betul ke, selepas umrah ramadhan ini, selepas syawal kami tidak blh berumrah selepas itu? 2010-08-11 4:29 PM

Masih boleh buat umrah…

Guest Salam Ustaz, saya sedang keliru samada masalah yg saya hadapi ni adakah ujian atau balasan dr Allah? 2010-08-12 5:57 PM

Tak kisah apa pun, asalkan dengan ujian semakin merapatkan kita dengan Allah

eizan0406 salam kalu nak jemput ustaz ceramah bagaimana prosedurnya? boleh dapatkan number cntct? 2010-08-12 8:39 AM

hubungi P.A saya Aleeya 0196003643

ss ustaz, kalau keluar ketulan spt jeli ketika kencing perlu mandi wajib x? ia kerap berlaku terutama jika lama x keluar air mani. 2010-08-12 8:22 AM

tak perlu melainkan jika yakin itu mani

Guest salam. ustz, sya seorg istri. suami sya tdk bkrja bbrpa thun ini, ksn kemlstan ekomi n kesihatn diri yg tdk baik. sya menanggung sara hidup kmi 3 brnak. sya mnghlalkan smua wang yg diblnjakn & sya redha kedaan kmi. d untuk byrn futrah nnti n thun2 sdh sya yg keluarkn n mmnta suami yg mnyrhkn / mmbyrkan kpd amil di masjid. bolehkah begitu, bgimana hukumnya, boleh x ustz huraikan ... terimakasih. slmt mnjlni ibadah puasa... 2010-08-12 6:54 AM

Boleh, puan seorang isteri yang baik, semoga Allah terus beri kekuatan pada puan

ina ustz, saya ingin bertanya, adakah boleh seseorang isteri cium suami nya ketika bulan puasa?

2010-08-12 6:27 AM

Kalau puan masih muda, makruh, kalau dah berumur, harus kerana orang tua dapat menjaga dirinya (al-Hadis)

Insan Assalamualaikum ustaz, saya berhajat sangat untuk melakukan umrah bersama anak perempuan saya pd thn dpn, tp sy takut dengan ujian Allah di sana ke atas dosa2 yg lalu.

2010-08-12 5:17 AM

Taubat banyak-banyak, insyaAllah, rahmat Allah sentiasa bersama hambaNya

mummy Salam Ustaz : saya buat sembahyang terawih sendiri di rumah sebab suami saya tak buat & tak pergi masjid saya takut timbul fitnah . boleh ke ustaz? saya sembahyang terawih baca surah pilihan sendiri boleh ke ustaz . terima kasih 2010-08-13 3:13 AM

Boleh buat dirumah dan boleh baca surah pilihan

sas1501 Salam Ramadhan.. Ust, apa hukumnya solat berjemaah berimamkan seorang gay yg mengamalkan seks bebas? 2010-08-13 2:21 AM

Tidak harus berimamkan orang yang diketahui kefasiqannya

tonet,Salam Ustaz... Mlm tadi (11/8) merupakan ptama kali sy lihat suami sy Solat Maghrib di rmh (stlh 5 th menanti, x pernah Solat 5 waktu).. Alhamdulillah.... 2010-08-13 1:08 AM

Alhamdulilah, hidayah Allah diberikan pada siapa yang dikehendaki…

Guest Saya cuba bsabar dgn bykkan solat mlm & munajat. Tapi kegagalan jugak yg saya dapat. Apakah doa saya x diterima? 2010-08-12 6:00 PM

Doa, usaha, itkhtiar dan tawakal. Berusaha dan berdoa itu harus, kejayaan itu bonus dari Allah

Amalkan “lahaula wala quwwa illa billah” untuk Allah beri kekuatan hati dalam hidup

adamin salam, utz, sy b'mimpi yg ada sekor ular besar ats umah sy.. ketika tu, family say asdg berusaha utk menghalau ular itu..slps ular tu takde 2010-08-14 9:29 AM

mimpi ular ada dua petanda, sama ada rezki, atau sihir

Wan apakah sunnah2 nabi yang boleh diamalkan ketika berbuka puasa selain daripa memakan buah tamar? 2010-08-14 3:06 AM

Bersegera solat Maghrib

Wan ustaz, apakah maksud witir dan apakah kelebihan solat witir itu? 2010-08-14 3:03 AM

Witir maksudnya ganjil dan kelebihannya untuk menghampirkan diri pada Allah yang Esa

Wan ustaz.kita ada kerja luar di suatu tempat jauh melebihi 2 marhalah pd hari jumaat.bolehkah kita buat hanya jamak zohor & asar dan tidak solat jumaat?. 2010-08-14 2:59 AM

Boleh

Guest Assalamulaikum.. saya ada terbaca mengenai fadilat sembahyang terawih yg sebenarnya tiada pon dlm hadis soheh.. boleh ustaz tolong ulas 2010-08-13 12:09 PM

Hadis daif boleh digunakan untuk fadhail amal tetapi tidak boleh digunakan untuk hujah hukum dan akidah

Guest Salam Ramadhan, Maaf ustaz mohon penjelasan ttg menggabungkan niat puasa qada' & puasa 6 bulan syawal(disekalikan),blh ke? 2010-08-13 8:20 AM

Boleh, bezanya, jika puasa sunat semata-mata, kita boleh batalkan sesuka hati, tetapi jika niat qada, tak boleh nak batalkan sesuka hati

mak tam salam ustaz..bagaimanakah untuk kita menghadapai..suami yang pandai bercakap tapi tidak buat apa pun sebagaimana yg di perkatakannya. 2010-08-13 5:43 AM

kita kurangkan cakap pada dia dan tunjukkan amalan

tonet,Salam Ustaz... Seorg isteri 'tpaksa' membuang keluarganya demi suami (x nak derhaka). Apa hukumny? Adakah tindakan ini betul? Patut ke dia taat smpi mcm tu sekali sdg kan suaminya bkn org yg m'amalkan agama... 2010-08-16 6:59 AM

setelah kahwin, suami adalah yang utama tanpa mensifarkan keluarga yang sedia ada

ida slm ustaz.Saya ada berdetik berazam dihati tidak mahu ambil loan utk beli rmh,ttp kemudian saya ambil juga loan kerana suami suruh.apa kifarah nya 2010-08-16 1:21 AM

tak ada kifarah

riahld salam ustaz,bleh ke sorang istri yg bkrja mmbyar zakat fitrah utk suami,anak2 dan 2 orng mrtuanya?suami dbrhentikan krja. 2010-08-15 11:36 PM

boleh

khar ustaz,kita tau dan selalu dengar prog ilmu, masalahnya bil nak mempraktikkannya agak susah.bagaimana na menguatkan hati agar buat? 2010-08-15 11:29 PM

baca “lahaula wala quwwata illa billah”

khar ustaz, apa pndangan ttg walaupun beriman,masih lagi byk kucar kacir dlm r/tangganya?2010-08-15 11:08 PM

Rumah tangga memang satu medan pahala dan ujian, ada antara para Nabi pun, isterinya tidak beriman seperti isteri Nabi Lut.

khar ustaz, kalau kita berteraweh tanpa imam adakah pahalanya berkurangan?saya masih sibuk dengan anak kecil dan kadangkala sgt penat balik dari kerja 2010-08-15 10:59 PM

Kalau berjemaah mendapat 27 pahala, jika seorang diri hanya mendapat 1 pahala

Guest betul ke klu mgacau kuah or pape ikut lwn jam tu sunnah nabi? 2010-08-14 1:55 PM

Wallahuaalam, saya tak pula jumpa hadis mengenainya, walaubagaimana pun, perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tidak ada, rujuk ustaz lain…

mariam janis salam ustaz, saya cuba baiki diri dari pakai tudung singkat, skrg pakai tudung labuh, rakan2 sekerj herdik saya pakai skrg, apa sy perlu buat? 2010-08-16 4:03 PM

Biarkan herdikkan mereka dalam mencari keredhaan Allah

shizuka ustaz , kalo sya tak solat isya ke ape ke saye mesti mimpi psal kematian , tapi klo sya solat tak de pulak mimpi mcam tuhh . apakah makneye ustaz ? tq 2010-08-16 3:24 PM

hidup tanpa solat seperti orang dah mati, orang mati tak dapat buat manfaat untuk diri dan orang lain

shiro salam , saya ada bermimpi kakak saya meninggal , tapi dia sebernye blom meninggal . apakah maksudye ustaz ...... 2010-08-16 3:08 PM

panjang umur atau ada kebaikan pada umurnya

alif aizad slm ustaz pe hukum klau kita putus kn silaturrahim antara guru n ustaz .....2010-08-16 1:55 PM

Putus silaturrahim pada sesiapa pun berdosa

muhd slm ustaz..apakah hukum asb dan asn?? 2010-08-16 11:17 AM

Sila rujuk fatwa kebangsaan

warrdina sy kerap bermimipi ular 2, 3 hari ni, ular senduk berwarna hitam..selalu kejar tp sy sempt mnegelak, tp ada 1 mlm sy bermimpi ular tu mematuk dilengan apa mksudnya ustaz?2010-08-16 9:06 AM

Jodoh baik atau tanda sihir

Kirana Slm ustaz, sya brmimpi trdgr bunyi bayi menangis yg kuat, rupanya bayi trsbut anak saya. Dia menangis sbb sya lupa memberi dia makan seharian, kerna seingat saya, saya tdk mmpunyai anak. Stlah itu, saya ingin menyusukn dia tp dia ttp menangis hingga saya mmbaca Ayat Kursi bbrpa kali bru diam. 2010-08-16 7:15 AM

Soalannya?

Pasha saya dah tak sanggup lagi kerana suami saya tak mahu solat. perlukan saya tendang dia dari tidur bersama dengan saya atau saya mintak cerai shj.. 2010-08-17 7:04 AM

Nak tendang dosa, nak minta cerai kalau tidak memudaratkan pun tak boleh. Buatlah apa saja untuk sedarkan dia, tapi jangan sampai langgar syariat, jika terbabas, mintalah ampun pada Allah

zul salam...apa hukum kita minitis air mata ktika solat?? 2010-08-17 6:45 AM

Boleh

zul salam..pada bulan ramadhn semasa bgun pagi kita sedar kita dalam hadas besar..adakah puasa kita batal buat hari itu??? 2010-08-17 6:26 AM

Tidak batal

aida salam ust,nk tya kalu bli saham guna wang pinjaman dan potng gaji kena byr zakat ke?2010-08-17 1:51 AM

Kira yang memang milik mutlak kita

khar ustaz.waktu imsak mesti dah stop makan atau kita boleh makan sebelum azan subuh?tq ustaz 2010-08-17 10:53 PM

Waktu imsak itu bermakna waktu berjaga-jaga hampir subuh, sunahnya berhentilah makan walaupun masih boleh makan

nur salam ramadhan almubarak.ustaz, perempuan di datangi haid adakah boleh membaca alquran atau tafsir? 2010-08-17 11:43 AM

tafsir

Rid Saya ade masalah kesihatan yang menyebabkan pada masa tertentu terpaksa solat tarawih ketakat 4 rakaat shj. Bolehlah tarawih kurang dari 8 rakaat? 2010-08-17 8:55 AM

Boleh,janji buat tarawih

sha kebelakangan ni saya selalu buat solat isktikharah..1 mlm saya mimpi ular hitam, ular hitam tersebut lilit kaki kanan saya & saya cuba utk lepaskn tp x boleh. Saya dpt mimpi ke2 pun sama berkaitan dgn ular. ular tersebut memang ingin mematuk saya..n terkena pada saya kali ke3 saya bermimpi labah2 hitam berada dibelakang badan saya, boleh ustaz jelaskn maksud mimpi saya...kawan baik saya bg tahu.. sya terkena sihir..tp saya kurang percaya..sbb keadaan saya mcm biasa.. 2010-08-17 7:06 AM

ular ada dua maksud, sama ada rezki atau sihir

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Ramadhan 1431/29 Ogos 2010 jam 7.40 pagi

Saturday, August 28, 2010

Jawapan Pada Persoalan 117

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan.

beri petunjuk Asalamualaikum ustad saya nak tanya, waktu afdhal utk kita solat tahajud..sepertia malam tu waktu malaysia pukul berapa? Kalau saya solat start pukul2010-08-03 1:18 AM

3 pagi

zalina ustz kalau kte nak sedekahkan bacaan kte kepada arwah,kte perlu niat sebelum atau selepas bacaan ayat suci tadi.. 2010-08-02 7:48 AM

Dua-dua boleh, Niat diawal terbaik

zalina salam, ustz apakah ada ayat lain selain surah yassin untuk disedekahkan kepada arwah.boleh ustaz beritahu... 2010-08-02 7:45 AM

Semua ayat al-Quran boleh, Al-fatihah  antara yang terbaik

AA Apa pendapat ustaz nama anak Nur Damia Batrisyia? TQ 2010-08-02 6:47 AM

Bagus, biar panggil nur untuk kekalkan makna

azah Saya ingin mdpt sedikit pengetahuan. Ustaz, negara mana dlm dunia ini yg mengamalkan hukum hudud. Tkasih 2010-08-02 5:42 AM

Arab Saudi

nizaa suami suka balik lewat pg.pantang ditegur,penting kwn dari isteri. 2010-08-02 5:27 AM

Tegurlah dengan hikmah dan teruskan teguran

Guest Aslkm. Sy keliru buat kputusn ttg bisns.Dh solt istikhrh brp x, tp ptnjuk x clear. Slalu mimpi dlm toilet, buang air & sinki pecah, air kotor. Makna? 2010-08-02 4:17 AM

Hajat yang nak dibuat itu agak mencabar

razana (kota bharu) berhajat nak jemput ust menjadi penceramah...macamana caranya ya..2010-08-03 11:29 AM

Hubungi P.A saya Aleeya 0196003643

Ana Salam Ustaz, saya tidak membuat akikah untuk 2 anak saya, keduanya telah berumur 21 dan 17, bagaimanakah caranya saya mahu membuat akikah tersebut? 2010-08-03 8:21 AM

Sembelih kambing dan niatkan untuk itu

nur bole tak ustaz buat entry psl jin & perubatan islam?sbb saya lihat ada umat islam yg pertikai cara perubatan islam & tak yakin dgn ayat quran, berapakah had umur jin?bolehkah jin dibunuh?2010-08-03 7:35 AM

insyaAllah

Guest apa yang dimaksudkan dengan qarin?setiap orang ada satu qarin atau lebih dari satu? betul ke makanan jin itu asap atau kiasan sahaja? azazil dan iblis tu makhluk yang sama atau lain2?

Qarin adalah jin, ia dilahirkan sepasang dengan manusia, maka setiap manusia mempunyai qarin dan qarin ada yang kafir dan ada yang Islam. Qarin Rasullah adalah Islam. Makanan jin memang asap. Azazil adalah ketua iblis dan ia adalah sama. Wallahualam

Guest salam.bagaimana cara kita nak membayar sumpah yg telah dilafazkan dan kita melanggarnya. 2010-08-03 4:38 AM

Atas niat mula-mula sumpah itu, kalau langgar satu sumpah dan kita berjanji akan beri orang makan, maka kita kena beri

nor as salam ustaz. saya nak tanya bagaimana caranya untuk saya kukuhkan iman saya. ada tak doa yg khas untuk merawat hati yg sentiasa berbolak balik ni. 2010-08-03 1:56 AM

kukuhkan iman dengan 5 perkara

1. jaga keyakinan

2. buat perkara yang menguatkan iman iaitu amal dan akhlak

3, jaga perkara yang melemahkan iman iaitu dosa dan akhlak buruk

4. jaga perkara yang membatalkan iman

5, istiqamah

beri petunjuk pukul 4.30 dan ngam habis witir pukul 5.30...afdhal ke ustad?? ker kena start pukul 2.30 pagi atau pukul 3 pagi.. 2010-08-03 1:19 AM

Habis witir jam 5.30 pun dah bagus dah tu, jangan tak sempat sahur sudah le…

ftyn sala,ustaz boleh seseorg tu pose qada sehari sebelum Ramadan 2010-08-04 2:23 AM

boleh

Guest salam, betulkh ada ustaz ckp nama Allah 100 bukan 99, tp yg satu lagi tu Allah sembunyikan dlm al Quran hikmahnya agar kita khatam Quran. Jazakallah 2010-08-04 2:04 AM

Allahualam

Guest salam ustaz. adik sy lelaki umur 19thn blaja kt u iman,yaman. ckp nk kawin sdgkn die xd sumber pendptn lg.camne ustaz? nk izin ke x die kawin?2010-08-04 1:47 AM

Izinkan, rezki insyaAllah ada

ROZI NACO Sy mimpi alam bunian mempunyai rumah/bagunan & tumbuh-tumbuhan semuanya dari emas... cantik.. terdapat juga pokok jarum emas... apa maknanya tu yer?2010-08-04 1:42 AM

Diperlihatkan alam itu

khar ustaz..mcmmana kalau kita senyum/menegur orang tapi tak dipedulikan malahan org itu berpaling?.adakah saya patut teruskan menegur ataupun elakkn dir 2010-08-03 11:33 PM

Teruskanlah menegur dan senyum kerana kita berseyum bukan untuk dibalas tetapi untuk mengikut apa yang Allah suruh

azira sy bgaduh dgn pkcik n makcik sy krana slalu susahkan ibu sy yg bstatus ibu tunggal. rasa bersalah, tp xthb hati tgk ibu sy dibuat cm tu. 2010-08-03 4:05 PM

jangan gaduh, tegur

guest Salam Uztad, Saya telah membela adik saya selama 8 tahun. Adik lelaki saya ini tidak bekerja dan saya menanggung segala perbelanjaan dan makan minum beliau. 2 hari yang lepas saya teleh meyuruh dia keluar rumah saya atas supaya dia dapat berdikari dan bekerja dan jangan berharap pada saya sahaja. Saya merasa bersalah hingga ke hari ini . Adakah tindak saya ini betul? 2010-08-03 12:38 PM

Betul jika niat asal itu tercapai, tetapi kurang betul jika memudaratkan adik kerana tindakan terlalu drastic hingga dia tidak bersedia

safiyah seorg nenek telah memberi salah seorng cucu perempuanya harta pusaka(2 bidang tanah), dia berkata' aku ber pd kamu utk menjg mak dan adik-adik'. 2010-08-04 9:21 AM

sah, jika harta itu memang milik nenek dan jika ada penerimaan dari pihak cucu (ada ijab qabul) dan kes ini,  ia dianggap hibah

NS Salam, ustaz knp ceramah ustaz bnyk kat Shah Alam je, pls lah dtg kat Setiawangsa...kat KL pun perlukan ustaz gak! 2010-08-04 8:28 AM

Ceramah saya ada di mana-mana, ikutilah blog saya dan di mana sahaja kita akan berkuliah bersama

aida ustaz, saya ada bank in tru cimbclick rm 150 ke cimb acc al ijabah, nak mintak ustaz tolong bya fidyah sya ustaz-tq baru bank in kejap td ustaz, terima kasih ye ustaz 2010-08-04 8:10 AM

Terima kasih dan insyaAllah akan diuruskan sebaiknya

Lia salam, seorg kwn, akn m'ceraikn isterinya (isteri curang), mrka ada ank agkt lelaki, tlg emelkan penjelasan dgn jelas.TQ Kwn sy nk tau siapa yg berhak menjaga anak tersebut.2010-08-04 7:37 AM

Jika dibuktikan isteri curang, suami berhak

ckin Apa hukumnya sy meminta cerai dari suami jika xrela dimadu?2010-08-04 3:34 AM

haram melainkan jika dalam perkahwinan itu telah timbul kemudharatan

Guest Salam Ustaz... Kenapa lagi berhajat kita ingin lebih dkt dgn Allah... lebih byk ujian yg Allah berikan? 2010-08-04 2:49 AM

Allah mahu menguji sanggup atau tidak jika mahu menjadi kekasih-Nya

anna salam ustad,saye nak tnye..saye selalu mimpi perkare yang bkl berlaku..mule2 ingtkan mimpi je..lepas beberape hari mesti berlaku..ape maksudnye ustad? 2010-08-06 5:10 AM

Kelebihan buat puan

Sara Salam, masa solat subuh kalau t'lupa baca qunut kena sujud sahawi, kalau sengaja x baca krn ikut sunnah, x perlu sujud sahawi, mohon penjelasan ustaz. 2010-08-05 10:34 AM

Baca qunut juga ikut sunnah

Guest salam,ustaz saya nk tnya, ape maksud kalau kita slalu mimpi buang air besar.2010-08-05 6:02 AM

Kena jaga dan baiki diri, ada keaiban

ana salam ustaz, bolehkah akikah anak yang tidak dilakukan masa kecil diganti dengan ibadah korban? 2010-08-05 1:30 AM

boleh

Guest hari syak iaitu 30 syaban diharamkan berpuasa, bagaimana pula dengan puasa sunat 3 hari terakhir bulan syaaban..adakah dibolehkan?? 2010-08-04 1:43 PM

Haram puasa melainkan ahli puasa iaitu ahli Isnin Khamis atau ahli puasa penuh sya’ban atau memang telah amalan puasa tiga hari akhir setiap bulan Islam atau ahli puasa Nabi Daud iaitu sehari puasa sehari berbuka

Wallahualam, Sekian, semoga menepati kehendak soalan

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Ramadhan 1431/28 Ogos 2010 jam 11.15 malam

Thursday, August 26, 2010

Sekilas 35 - “Apa nak jadi…………”

Saya tertarik untuk mengajak kita bincangkan isu ini. Ia saya dapati dari FB sahabat saya. Dan jika fakta tempat dan orang yang diberikan ini betul, maka inilah faktanya.

Pada 20 Ogos 2010 jam 9.30 malam, Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) memberikan sumbanganya di Surau al-Huda Kajang, dan dia berucap di hadapan Jemaah muslimin dan muslimat sekalian.

Saya ingin bahaskan dari 3 sudut.

1. Sebaiknya, AJK setempat perlu memberi tahu etika aurat untuk berada di kalangan muslimin dan muslimat terutamanya di dalam ruangan ibadah seperti di Surau ini. Kita perlu tegaskan adab dan keperluan menghormati Islam sebagai agama rasmi. Kalau kita orang Islam sendiri yang longgarkan ketegasan ini, nanti jangan terkejut jika ada orang kafir yang rendahkan Islam.

2. Saya cadangkan pada sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk meletakkan garis panduan kepada masjid dan surau. Dan saya yakin ia telah ada, maka seeloknya bahagian masjid dan surau JAIS memanggil AJK surau ini untuk dinasihati agar ia tidak berulang lagi.

3. Pernah di dalam satu majlis, Kekanda saya ustaz Jazlan di marah oleh penganjur yang juga mempunyai latar belakang agama kerana tidak bersalaman dengan seorang perempuan bukan Islam kerana perempuan ini orang besar.

“Ustaz takkan tak tahu perbahasannya, kan ada khilaf dan dibolehkan untuk menjaga keharmonian” kata ustaz ini.

Apa jawapan kekanda saya ustaz Jazlan.

“Syeikh, ilmu anta kata boleh, anta buatlah, ilmu yang ana belajar kata tak boleh…”

Dalam hal ini, kita boleh beri apa saja dalil yang membenarkan, kita boleh berikan apa sahaja hujah untuk membolehkan, tapi bagi saya yang jahil lagi daif ini, saya tidak bersetuju jika perkara ini berulang lagi.

Terpulanglah pada sesiapa sahaja yang membenarkannya. Bagi yang membolehkan, nanti di hadapan Allah, berhujahlah dengan keyakinan itu, jika memang ikhlas, semoga hujah itu mendapat keredhaanNya.

‘Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Ramadhan 1431/26 Ogos 2010 jam 9.20 pagi

45605_1453525429622_1577892724_1066913_5761084_n

Apakah ini kemulian bagi sesebuah surau di atas nama dakwah atau dari hakikatnya sedang Allah lakukan sebaliknya…. samalah kita fikirkan….

Diari 237 - “Kini, semua mampu untuk berkuda…”

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kuda. Ia satu tunggangan sunnah yang digalakkan untuk kita mempelajarinya. Di dalam hadis Nabi SAW telah bersabda:-

" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)

Galakan baginda tersebut hingga baginda mengatakan bahawa :-

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda"

Di zaman Rasulullah lagi, baginda telah menggalakkan untuk membiakkan kuda sebagai tunggangan.

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Mengikut riwayat Darul Qutni, antara nama kuda Nabi ialah “Sanjah”. Ia sering ditunggangi baginda.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Di leher baka kuda Nabi ini terdapat, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya.

Jika kita memerhatikan kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut dileher kuda.

Di zaman Rasullullah juga, bagi meningkatkan kemahiran berkuda, Nabi pernah mengajurkan beberapa pertandingan berkuda.

Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

Ketika zaman Saidina Umar R.A, Islam telah berkembang di serata dunia. Ketika inilah Saidina Umar telah memulakan era baru dalam dunia kuda atau equestrian. Banyak taktik dan teknik baru dipelajari dan di cipta dalam peperangan berkuda. Ketika itu juga, kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan.

Waktu ini, menunggang kuda adalah satu yang eksklusif hingga tidak ramai orang yang mampu untuk berbuat demikian.

19 Ogos 2010 jam 6.00 petang, saya telah dijemput di dalam majlis berbuka puasa sempena Ramadhan yang dianjurkan oleh MBSA bersama anak-anak Yatim sekitar Shah Alam di DIRC (Denai Alam Recreation and Riding Club) Shah Alam, sebuah kelab berkuda.

Melaui lebuh raya Guthrie, terdapat papan tanda ke DIRC ini. Saya sampai bersama dengan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mazalan Md Noor. Majlis berbuka puasa petang ini juga dihadiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan warga MBSA.

Saya melangkah masuk ke dalam khemah majlis. Di sebelah kanan saya ialah kawasan kuda. Masakan di sini adalah masakan Nasi Padang dan tempat ini bersih dan menarik.

Apa yang lebih menarik lagi, kelab ini menawarkan sukan berkuda dengan bayaran yang mampu iaitu RM 30 sekali sesi.

“Kenapa murah dibandingkan dengan tempat lain, dan saya rasa yurannya sangat jauh berbanding tempat lain” tanya saya pada Aidi, pengurus di DIRC ini.

“Kita nak beri peluang kepada orang biasa untuk merasai sukan ini” kata Aidi pada saya.

Apa yang saya terus fikirkan?

“Mmm… ini bawa anak-anak Ijabah dan pesakit HIV yang dah ok sikit, bersukan di sini pun bagus ni” kata saya.

“Aaaa, kalau bilangannya ramai, boleh kira lain ustaz” kata Aidi.

Petang ini, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, berbuka  dan kemudian solat berjemaah.

Selepas solat Maghrib, kami semua berjamuan. Di ketika sedang makan, beberapa ahli Kelab termasuk anak Datuk Bandar Shah Alam mempersembahkan aktiviti berkuda dengan berbagai teknik. Memang menarik.

Anak-anak kecil yang berada bersama kami ternganga mulut melihat aksi sukan kuda ini. Majlis diriuhkan lagi dengan sekumpulan “Red Indian” yang keluar dengan permainan api.

Kali ini, anak-anak kecil kurang terhibur, mereka semua lari ke pangkuan penjaga kerana takut.

Kami semua kemudian solat isyak dan tarawih bersama dan selepas itu, saya diminta menyampaikan sedikit tazkirah. Saya menyampaikan tazkirah multi media sempena Nuzul Quran.

Banyak jemputan berbuka pada bulan Ramadhan ini, tapi di DIRC ini, memang agak unik sikit. Apa pun, kini, umat Islam sekitar Selangor berkemampuan untuk menyertai sukan sunnah ini dengan bayaran yang mampu.

Ia bukan sahaja baik dari segi agama, tetapi juga dari sudut kesihatan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Ramadhan 1431/26 Ogos 2010 jam 8.50 pagi

IMG_9882

Majis berbuka puasa anjuran MBSA bersama anak-anak yatim sekitar Shah Alam

IMG_9885

aksi Ahli Kelab

IMG_9890

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil ringkas

IMG_9904

Solat jemaah di kawasan yang disediakan

IMG_9897

Red Indian Malaysia….

IMG_9910

Ceramah Mutimedia Nuzul Quran

IMG_9924

Seperti biasa, di dalam ceramah saya, ia akan disudahi dengan sama-sama berselawat kepada Nabi SAW..

Monday, August 23, 2010

Jawapan Pada Persoalan 116

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi persoalan yang diajukan

ain ustz kalu saya bcer yasin dikubur,padahal saya x pernah solatpun apakah hukumnyaustaz..adakah saya diaggap berdosa. 2010-07-26 9:35 AM

Baca yasin tak dosa, tinggalkan solat itu yang berdosa

ain ustz saya dah lama tinggai solat dlm 8 bln, hati saya sering berkata pergi solat tp hati jerberkata..sy nak solat tp sy x buatpun mcm maner ustz ada x doa atau cre utk sy betul2 brsolat..synak hny dihati tdk ada perbuatanya..tolong beritahu saya ustz 2010-07-26 9:30 AM

Bacalah “la haula wala Quwwata illa billahil Aliyyil Azim” barang siapa yang membaca ayat ini akan diberikan kekuatan membuat amalan

zalina ustaz apa hukumnya tabur bunga dan tanam pokok di atas kubur.terima kasih utz.2010-07-26 9:14 AM

Boleh, pernah Nabi meletakkan pelepah kurma di atas kuburan dan kemudian baginda bersabda, semoga orang di bawah kubur ini diringankan siksanya selagi daun ini masih basah (belum kering).

Guest ustaz,blh ke saya guna duit peninggalan arwah suami utk anak saya bg membeli rumah?Dia adalah satu-satunya anak/waris saya 2010-07-26 7:03 AM

Pastikan duit peninggalan itu telah dibahagiakan sebagai faraid, kemudian barulah nak belanja ke mana pun tidak ada masalah

SAYA SALAM USTAZ.. BOLEH KE KITE BERKAWAN DGN BUNIAN?2010-07-26 2:56 AM

Boleh tetapi tidak digalakan, Sebaiknya berkawanlah dengan manusia yang lebih jelas

A'in sementara menunggu keluarga utk solat brjemaah magrib bolihkah sy baca quran dulu,masadambil agak lama juga 2010-07-26 2:33 AM

Boleh

A'in utz seorg istri bermipi arwah suaminya pulang tanpa sapa mengambil beg lalu terus pergi drrumah trseut 2010-07-26 2:28 AM

ada perkara yang perlu diselesaikan oleh waris

sukie slam ustaz..soalan lttg lailatul qadar andaikata 27 ramadhan brlakuny a dnegara kita.dAmrika sianghari bagaimana ?..... 2010-07-27 12:08 AM

Maknanya Amerika belum lagi lailatul qadar, tunggu sana malam barulah lailatul qadar

syaaban apa maksud mimpi amik wuduk n solat berjemaah di surau, selalu sgt bermimpi mcm tu2010-07-26 4:47 PM

Maknanya telah sampailah masanya untuk istiqamah berjemaah di surau tersebut

afeqa perang jamal 38 hijrah, tlg jelaskan perang ini 2010-07-26 2:04 PM

Baca buku sejarah umat Islam…

Guest mcm mana nak ajk ustaz dan anak yatim dtg rumah, kena bayar ke?2010-07-26 11:14 AM

Jemput aje lah, kalau ada kelapangan insyaAllah boleh dipenuhi

aira assalamualaikum ustaz..kalau seseorg tu mimpi die mninggal..da lbh 5 kali die mimpi camtu..ape mksudnye? 2010-07-27 12:44 PM

Panjang umur

insan ingin tahu salam..saya ingin tahu tentang hukum orang yang melambatkan berbuka puasa.kerana kawan saya melewatkan waktu berbuka selama 10 minit. 2010-07-27 10:52 AM

Makruh

Guest Utz tak salah ke Utz mengiklankan Lambang Bank konvensional yg mengamalkan ribasedangkan Allah pesan jgn tolong menolong didalam perkara mungkar 2010-07-27 8:12 AM

Semampunya, elakkan

ain ustaz dr segi islam onani halal atau haram terutama bg mereka yg blm berkahwin.tq ustaz.2010-07-27 6:28 AM

Asal hukum adalah haram,

whiteraven salam, ustaz klw pihk asrama x bnarkn pelajar msk di hostl, tapi kami msk juga w/pn bayar bill letrik tahunan, adkh berkat makann yg kami mkn? 2010-07-27 4:53 AM

syubhat

khadijah salam ustraz, betul ke arah kiblat asalnyer Kaabah, kemudian bertukar ker Al Aqsa dankemudian bertukar semula ke Kaabah? 2010-07-28 3:51 AM

Dalam perkhabaran yang sahih, asalnya aqsa dan dialih ke kaabah,

HAMBA ALLAH sALAM USTAZ..PER MAKSUD MIMPI DIGIGIT ANJINGHITAM..BETUL KER JIKA KITA MIMPI ANJING ATAU BINANTANG SEWAKTUDGNNYA KITA AKAN DISANTAU ATA UDISIHIR.TQ 2010-07-28 2:09 AM

Salah satu tafsiran

Guest SALAM UST, SETIAP ARI SAYE MEMBACA AL-MATHURAT,SAJADAH,AL-MULK,YASIN & AL-WAQIAH. BLH KE SAYE BACA KETIKA UZUR(HAID) DGNMANGGAP SBAGAI ZIKIR 2010-07-28 2:03 AM

Boleh

SJ Hebat la ustaz nie.. boleh tafsir mimpi... 2010-07-27 6:26 PM

SJ ilmu itu dari Allah, apa yang ada saya tidak lain hanyalah sedikit sahaja

guest salam ustaz...semua dosa besar telah dilakukan kecuali syirik dan bunuh org.bagaimanacara taubat yg. paling baik ..sudah insaf dan menyesal skrg. 2010-07-27 3:49 PM

menyesal sungguh-sungguh, tinggalkan amalan dosa itu dan bertekad jangan ulang,

Guest doa khusus utk menghilangkan ingatan pd org yg bukan jodoh kita?pls2010-07-27 12:51 PM

Dalam Bahasa Melayu pun bagus

Guest Salam ustaz, anak saya 2 tahun dan perlu dikhatankan awal atas sebab kesihatan. Keranaumurnya masih kecil, bolehkah pakar bedah bukan Islam khatankan 2010-07-28 6:50 AM

Seeloknya cari yang Islam, kalau dah tak ada, tak apa

Mika salam ustaz,saya seorang isteri yng mempunyai seorang suami yng x nak b'ckp bnykdgn saya.Tetapi kalau dgn anak & kwn2 blh bercakap dan ceria.Saya rasa mcm diri saya mcmx guna.Tp bila waktu mlm bila bersama bukan manis ringan mulut bila bersama.Bila ditanyasepatah sepatah yng dijawb. 2010-07-28 6:41 AM

jadi puan telah pun tahu cara nak buat suami bercakap dengan mesra….

ida salam ustaz,apakah hukum jika sekiranya kita berprasangka perkara yg kita x ketahuilg...sedangkan perkara yg kita lalui x selesai d bincangkn. kdg2 blh mendatangkanpertelingkahan 2010-07-28 6:31 AM

paling rendah makruh dan boleh jatuh haram

guest salam ustaz. boleh tak kita puasa penuh di bulan sya'ban. ada tak hari yg haram bulansha'ban 2010-07-28 5:52 AM

jika puasa penuh, boleh terus puasa walaupun pada hari syak

Guest Assalamualaikum ustaz, boleh ke seorang perempuan memasukkan ubat2anke dlm kemaluannya utk tujuan perubatan? Boleh bawa solat dan perlu mandi wajib?2010-07-28 5:52 AM

Boleh, tak perlu mandi wajib

Guestsalam ustaz. di mekkah, boleh tak suami isteri duduksebelan waktu solat.2010-07-28 5:48 AM

Tengok kawasan, ada kawasan yang tidak dibenarkan orang perempuan berada di situ

MFuad Assalamualaikum, Apakah perbuatan yg menyebabkan amalan kita tidak diterima 40hari40mlm, bersama hadis dan dalilnya. Wassalam. 2010-07-30 12:28 AM

Solat selama 40 hari dengan cara yang tak betul

mariam assalamualaikum ustaz. saya ada tgk di facebook 1 video yg kononnya malaikat telahturun dan duduk di atas kaabah. apa pandangan usta ttg perkara ni. 2010-07-29 7:40 AM

Allahualam, saya tak tengok lagi…

Ijat salam ustaz, betul ke wang kwsp jika penama nama anak tak boleh keluarkan sehingga anakberusia 18 tahun? 2010-07-29 5:51 AM

kena cek kat kwsp tu,

mariam assalamualaikum buat Ijat. Psl prosedur KWSP kn bagus tanya KWSP sendiri, tak perlu

la tanya ustaz amin, tp kalo berkaitan hukum baru tanya ustaz2010-07-29 8:27 AM

riahld salam,saya ada trbaca dlm blog ustaz ni,bleh tngok kiblat mllui bintang,tlng ajarustaz,klau ada video btau lman webnya.tq 2010-07-29 4:53 AM

tu kena talaqqi dan praktikal terus, nak ajar dalam blog susah sikit

shah salam ustaz, kalau saya ada buat pinjaman, tapi duit tu belum digunakan, adakah wajibzakat? Tq 2010-07-29 1:47 AM

tidak

Annur Salam, ustaz.. sy pernah dengar bhw air liur basi itu najis. Betul ker ustaz?2010-07-28 2:28 PM

Ada dua jenis, jika seseorang itu tidur baring, ada kemungkinan ia najis kerana air yang keluar itu dari bahagian usus, tapi kalau tidur duduk dan memang pasti hanya keluar dari mulut sahaja, maka tidak najis

Nur Salam ustaz.. sy nak tny, sedang sy solat fardhu mahgrib..azan solat 'isyak berkumandang.Sah ker solat maghrib sy ustaz? 2010-07-28 2:23 PM

Sah, tapi berdosa jika ditangguhkan solat sehingga habis waktu tu

Az-Zahrah Salam ustaz..apa hukumnya membaca Al-Qur'an menggunakan terjemahan Al-Qur'an dalam keadaan berhadas kecil? 2010-07-28 2:20 PM

Tak apa

Ijat Melihat kepada konsep dan kepentingan ini, maka fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal EhwalAgama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000, menjelaskan Wang KWSP dan wangsimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid; Penama KWSP adalahwasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati)mengikut hukum faraid; Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)hendaklah menasihatkan KWSP menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia adaberhu oleh itu sy ingin tanya semula, jika simatii letak nama anak, kena tunggu umur 18 tahun kebaru boleh faraid sebab penama hanyalah wasi sahaja. 2010-07-30 7:14 AM

Jika syarat KWSP bahawa 18 baru boleh keluar, maknanya, memang kena tunggu 18

intan salam ustaz. Kalau kita nak qada solat, boleh ke ke solat dlm waktu Duha? terima kasihustaz 2010-07-30 4:14 AM

Boleh

Akmal Assalamualaikum.disini saya ingin bertanya diamanakan letaknaya Darul UkhwahYayasan al-Ijabah di Petaling Jaya, Selangor? saya memerlukan alamat serta no telefon utk kamibuat temu janji dan kunjungan kami utk buat kaji selidik disana nnt jikalau ada,sila emailkanpada saya di mail. pertolongan dan jasa baik tuan/puan amat kami hargai.terima-kasih.2010-07-30 3:08 AM

Berhubung dengan PA saya 019 600 3643, jika mahu kajian hantar kertas kerja dahulu dan jika diluluskan barulah boleh buat kaji selidik

Wallahualan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

13 Ramadhan 1431/ 23 Ogos 2010 jam 11.50 malam

Universiti Kehidupan 160 - Ucapan Yang Baik Mengundang Yang Baik….

Jam 8 pagi, Jumaat 20 Ogos 2010, saya baru sahaja menamatkan amanah program “Tanyalah Ustaz” di Sri Pentas. Tajuk kali ini ialah Tanah Haram dan Ramadhan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ketika sedang membuka peralatan suara dari badan saya, juru kamera pagi ini melihat ke arah skrin tv. Dia memerhatikan nasyid penutup bagi rancangan “Tanyalah Ustaz” pagi ini.

Dia kemudian menyapa saya,

“Ini saja nasyid yang paling sesuai dengan Ramadhan ustaz”.

Kemudian, dia melontarkan pengalamannya.

“Ustaz, saya nak kongsikan satu perkaralah ustaz” katanya.

“Apa dia” kata saya berminat.

“Saya dah kerja di dalam bidang penyiaran ini lama dah ustaz. Saya perhatikan, kehidupan para penyanyi “ dia memulakan pengalamannya.

“Seorang penyanyi akan menyanyi mengikut kehidupan dia, saya perhatikan lama dah ustaz, ia menggambarkan kehidupan seseorang penyanyi tu” dia menyambung lagi.

“Macam mana tu?” kata saya ingin tahu lebih lanjut lagi.

“Saya perhatikan, orang yang menyanyi lagu yang baik dan positif, biasanya hidupnya positif, orang yang menyanyi lagu sedih, biasanya, kehidupan dia sedih dan jika dia menyayi lagu yang huru hara, biasanya, hidupnya huru hara” dia menambah.

“Oh ye ke” fikiran saya terus menerawang cuba mengingat beberapa kehidupan artis.

“Mmm, ada kebenarannya” kata saya.

Saya teringat kata-kata Allahyarham Zubir Ali ketika saya mengambil subjek “asas puisi” di Universiti Malaya yang beliau kendalikan.

“Seni adalah cermin kepada kehidupan” kata Allahyarham.

Pernah satu hari, Allahyarham meminta kami membuat sebuah puisi mengenai seorang ibu bernama Hamidah Tomok yang menyembelih anaknya kerana tidak sanggup melihat anaknya berterusan menagis kerana inginkan susu. Sudah beberapa hari anaknya menginginkan susu sedangkan ketika itu Hamdiah tidak mempunyai wang untuk membelinya. Wang hasil jualan nasi lemaknya habis diambil oleh suaminya dan suami Hamidah seorang yang tidak mengambil tahu urusan keluarganya.

Setiap kami di dalam kelas mula membuat puisi masing-masing. Dan setiap puisi yang kami bacakan, Allahyarham akan mentafsirkan peribadi kami.

“Haa.. yang ini Hamidah marah-marah, yang ini pula Hamidah yang sedih” kami semua tergelak melihat setiap tafsiran beliau kepada setiap kami.

“Ha.. awak pula bacakan puisi awak, kata Allahyarham kepada seorang mahasiswi”

“Nak… maafkan ibu nak….” Pelajar ini memulakan puisinya.

Sambil mendengar, tiba-tiba Allahyarham meminta pelajar ini berhenti dan Allahyarham ketika itu tiba-tiba menangis.

Begitu penghayatan Allahyarham pada bait-bait puisi mahasisiwi ini.

Saya belajar beberapa perkara dalam kelas tersebut. Pertama bagaimana, setiap perkataan kita sebenarnya menggambarkan siapa diri kita.

Kedua, bagaimana, orang “empathy” lebih menghayati dari orang  yang simpati.

Simpati hanya melihat kesusahan dengan mati tetapi empathy, kita merasakan dengan hati.

Berbalik kepada pandangan jurukamera ini, ada kebenaranya. Sesebuah lagu yang digubal dan kesesuaian penyanyi melagukannya, adalah gambaran bagi peribadi orang itu.

Dan juga, setiap perkataan yang kita ucapkan merupakan doa buat kita. Jika kita selalu menyebut perkara yang baik, maka kebaikan itu yang kita akan dapat, begitu juga sebaliknya.

Apa pengajaran dalam kisah ini? Selalulah kita menyebut perkara-perkara yang baik, agar kita Allah anugerahkan kebaikan pada kita.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Ramadhan 1431/ 23 Ogos 2010 jam 7.45 pagi

IMG_9934

Kenangan hari pertama “Tanyalah Ustaz” bertajuk Tanah Haram dan Ramadhan.

IMG_9945

Hikmah datangnya dari sesiapa sahaja, oleh itu, lihatlah pada apa yang dikata dan jangan lihat siapa yang berkata – Saidina Ali Karamallahu wajhah -

Thursday, August 19, 2010

Diari 236 – Kenangan Maktab PDRM KL

“Iskh, takkan nak bawa tajuk “Jihad Akbar”, kata saya pada PA saya ketika memberitahu saya bahawa saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di Maktab PDRM KL pada Jumaat 13 Ogos 2010 jam 9.30 pagi. Saya diminta untuk membawa tajuk itu.

“Kita bawa tajuk Sejarah Islam Nusantara” kata saya pada PA saya dan meminta agar tajuk diubah.

Ketika saya sampai ke Maktab PDRM ini, saya berbual dengan sahabat saya Helmee yang bersama-sama datang ke sini.

“Mmm, macam mana nak mohon masuk ke sini ye” kata saya.

“Entahlah ustaz, saya pun tak tahu” kata Helmee.

Kenapa saya bertanya begitu?

Kerana, sungguh saya sangkakan Maktab PDRM ini adalah sekolah menengah untuk pelajar menjadi polis seperti Maktab tentera.

Rupanya, di sini tempat untuk kursus pegawai-pegawai kanan dan ada kursus yang bertaraf Master.

Patutlah saya diminta untuk bawa tajuk “Jihad Akbar” bisik hati saya.

Saya melangkah masuk. Dewan besar Sultan Ahmad Shah di sini memang cantik dan sejuk. Saya memerhatikan pegawai-pegawai kanan memenuhi dewan.

Terkedu saya sekejap sebab dah set kat fikiran ni, ceramah untuk pelajar menengah.

Kena cari mood balik sebab memberikan ceramah pada pelajar dan orang dewasa tak sama, dari segi intonasi dan cara penyampaian.

Walaubagaimana pun, ceramah dapat disempurnakan dan terima kasih saya ucapkan untuk warga Maktab PDRM yang memberi sumbangan kepada Yayasan al-Ijabah.

Nak tahu apa komen sahabat saya Helmee…

“Ustaz, tak bestlah, tak semangat langsung….”

Saya hanya terseyum sendiri. Benarlah kata guru saya, “kenali pendengar kita dulu sebelum berceramah”.

Kalau dah set kat fikiran nak ceramah pada pelajar menengah, sekali pegawai-pegawai kanan yang ada di hadapan kita, memanglah agak lambat sikit nak naikkan cara penyampaian.

Macam tu juga kalau kita dah set nak ceramah pada orang dewasa, rupanya anak pelajar yang datang, agak lambat untuk turunkan cara penyampaian.

Itulah rencam ceramah, itu belum lagi tiba-tiba kena berikan ceramah tanpa dirancang dalam bahasa lain seperti saya kena di Turki.

http://www.ustazamin.com/2009/05/diari-ukhwah-antara-benua.html

Apa pun, seorang pendakwah memang perlu bersedia apa keadaan sekalipun. Kerana, pekerjaan dakwah adalah pekerjaan sepanjang masa dalam apa keadaan sekalipun.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

9 Ramadhan 1431/19 Ogos 2010 jam 1.00 tengah hari.

IMG_1790

Sejarah Islam Nusantara di Maktab PDRM KL

IMG_1792

Dewan Sultan Ahmad Shah

IMG_1793

Seperti biasa, di akhir ceramah semua akan saya ajak untuk berselawat pada Nabi SAW

IMG_1796

Terima kasih pada warga Maktab PDRM yang memberi sumbangan RM 2000 kepada Yayasan al-Ijabah

Jawapan Pada Persoalan 115

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan

ibuzahra, PJ Salam. Saya terasa seolah mungkin ada berhutang di antara kawan2 skolah dulu.

Bolehkah dilangsaikn dgn membuat sumbangan ke sekolah tersebut dgn niat melangsaikn hutang

jika ada yg berlaku berbelas tahun dahulu? 2010-07-17 9:50 AM

Boleh diniatkan begitu, tetapi jika terjumpa atau teringat dengan siapa kita berhutang itu

maka wajib dibayar semula

Lin Skrg ni ada pakej haji yg memudahkn plaksanaan haji, iatu bermabit hya seketika di Mina,tidak sampai 1/2 mlm. Sahke hajinya? 2010-07-17 8:40 AM

saya rasa jika dah pakej haji dari Malaysia yang buat, insyaAllah mereka akan jaga sah dan batal tu, sebab, semua perjalanan dipantau.

Lin Salam, org kafir nyata tempatnya dineraka. Adakh mereka menghadapi azab kubur sebelumke neraka? 2010-07-17 8:36 AM

Menurut hadis, azab kubur itu ada tanpa menafikan orang kafir terlepas

zaza apa hukum menjual makanan ringan kedapa kanak2 yg dtg ke masjid.orang ygmenjual perempuan dan miskin.menjual b'hampiran masjid.apa hukumnya? terima k2010-07-16 7:51 AM

Boleh tapi jangan sampai menganggu jemaah yang ingin menunaikan ibadah, jangan sampai bersepah masjid dan kenalah minta izin dengan AJK masjid dulu.

NUR Salam ustaz.. sy nak tny, kekadang bila tengah sapu lantai,ada tahi cicak kering danmelekat kat lantai, jadi bila masa mop lantai.. tahi cicak tersebut ada lagi. Adakah kesan tahicicak tersebut tersebar ke seluruh lantai menggunakan mop yg sama? 2010-07-19 12:21 PM

Ya, najis itu boleh tersebar dengan mop itu tadi. Caranya, bersihkan dulu tahi cicak tu dengan cara membersihkan najis, kemudian baru mop.

Zaleha Abd Aziz Salam. Ustaz, saya anak murid Ustaz dr kuliah, Mesjid Tengku Klana. Bgmnsaya nk dptkan artikel yg Ustaz paparkan bertajuk Isra' Mikraj pd 15/7/102010-07-19 10:48 AM

Ada dalam artikel terdahulu, cuba cari, kalau tak ada, insyaAllah nanti saya tuliskan balik

Guest ustaz, di manakah Maahad Sains al-Quran al-Amin? boleh bagi contact details. Saya tanyakelayakan untuk masuk ke Maahad Sains Al-Quran? Umur murid dari berapa tahun ke berapa keberapa tahun? 2010-07-19 5:58 AM

MASAA sekolah menengah di Sunway Selangor, kemasukkan temuduga. Yang penting quran lancar dan lulus temuduga. Kita tak ambil ramai sebab tempat terhad.

asranaziz Bagaimana cara mencuci dan menanam uri bayi mengikut islam. Mohon penjelasaustaz 2010-07-19 4:05 AM

bersihkan darah dan tanam di tempat selamat agar tidak digali oleh binatang.

Guest, Salam.. Ust, kita dh berniat solat jamaq takhir (zhr/asar) tp sampai kmpung pkul 2.30wktu ada lg so adakh kita perlu ikut niat @ bole buat jamaq taqdim? 2010-07-19 2:43 AM

boleh

Guest salam ustaz apekah hukum dua imam dlm 1 masjid dan 1 ruang yg same..1 imammengimamkan solat mgrib 1 lg imam mengimamkan solat musafir?? 2010-07-19 8:02 PM

segi adab, kena tunggu yang satu habis baru boleh mula yang satu lagi

Guest assamulaikum ustaz bleh x sy nk tanya solat jumaat dilakukan bersama2 solat zohor syharap ustaz dpt jawab sy punya pertanyaan ye. 2010-07-19 6:30 PM

saya tak faham soalan ini. Tapi saya cuba andaikan soalan ini.

Jika yang bertanya perempuan, maka, kalau dah ikut solat jumaat, maka tak perlu lagi zohor

missy salam ustaz..betul ke bulu kucing yg terpisah dr badannya najis? jika ya, bagaimana carautk sucikan? sy mmg slalu m'dukung kcng, n bulu melekat d bj. 2010-07-19 6:26 PM

Memang ada beberapa pendapat, kibaskan bulu kucing itu semampu yang dapat, kalau memang susah nak jaga, maka dimaafkan

syaznaim ustaz...nape org slalu tggalkan slat?? kenapa ustaz??? 2010-07-19 4:36 PM

kena tanya orang tu, saya tak tahu apa alasan dia, mungkin pasal malas, pasal nak rasa api neraka. Pasal tak tahu solat dll….

Akiell Salam ustaz, mohon izin utk sebarkan ilmu y terdpt dlm blog nie tuk tujuandakwah..jazkallahu khairan kathira 2010-07-19 3:02 PM

Silakan

Akiell Assalamualaikum ustaz apa maksud mimpi mengimamkan solat? 2010-07-19 1:30 PM

Dah kena jadi imam betul tu.., paling kurang pada anak

az-zahrah salam ustaz.. mohon link ustaz nye bolg ke fb sy yer? 2010-07-19 12:33 PM

Silakan

az-zahrah salam.. ustaz bila masa nya mimpi itu mempunyai maksud2 tertentu?2010-07-19 12:24 PM

tidur dalam keadaan berwuduk

Guest Ustaz,apkh maksud mimpi ank di perkosa? 2010-07-22 3:57 AM

Ada kerisauan

Guest salam, ustz sy bemimpi becumbu dgn istri org bla tejaga sy trus megucap 2kalimat apamaksud mmpi sy,sy x nk mimpi ni jd kenyataan 2010-07-21 11:01 PM

ada salah yang kita tak perasan

hamba allah salam ustaz sy nk dah wt slh yg pling besr dlm hdup.saya wt mak ngn ayah sytluka,sy sktkn hti mrka.apa yg ptt sy lkukn skrng, 2010-07-21 5:11 AM

Minta maaf dengan mereka dan taubat jangan ulangi lagi

Guest salam ustaz .. saya selalu mendgr bisikan yg mengatakan yg sy akan mati semasa solat..adakah itu gangguan syaitan 2010-07-20 3:37 AM

Allahualam

Guest.salam ustaz ustz adakah, bila kita nak ssuatu tapi byk sgt dugaan yg kita tempuh, adakahini tandanya Allah tak mengizinkan kita utk mendptkannya? atau memang Allah nak kita usaha/duga kita utk mendptkannya. 2010-07-20 3:33 AM

teruskan usaha, hikmah akan ditunjukkan pada kita nanti

NS Salam, ustaz, kalau kita download lagu dlm internet, apakah hukumnya?2010-07-23 3:58 AM

Dengar lagu itu pun suatu perbuatan yang melalaikan dah..

rumah razak salam ustz...btui kea owg yg tinggl slat jumaat tiga kli berturut2 x tampa uzur...blhjdi murtad...dan klau blh ustaz tlng bgi dalil sekli.... 2010-07-22 10:47 AM

ye, boleh jadi kafir. Nak dalil, beli kitab hadis dan feqh, belajar rujuk kitab..

Guest assalamualaikum.saya seorg surirumah yg tiada pendapatan. saya tersangat inginbersedekah.bolehkah saya menggunakan duit pemberian suami utk bersdekah2010-07-22 7:24 AM

Boleh

ummu zaid salam ust, apa hukum beli barang secara ansuran yang bayarannya melebihi denganharga secara tunai? 2010-07-24 1:39 AM

jika lebihan itu sebagai bunga, maka haram sebab riba

Jen Apa mkna hdis 'ssgghny aku d larang mbaca Al-Quran wktu rkuk ktka sdg rkuk, agungknlhRabb sdgkn wktu sjd bsggh2 dlm bdoa mka doamu lyk dkbulkn utkmu 2010-07-23 5:34 PM

Jelas dah tu maksudnya..

Guest salam,ustaz pernah dengar hadis al ifki? 2010-07-23 8:38 AM

Kisah Aisyah difitnah

Guest mimpi suami kahwin di mekah tanpa plan.suami balik n sy kena siapkn bilik smentara utkisteri ke2 itu dn tgu dia smpai..sy sgt sedih..apa maksud ustz? 2010-07-23 8:31 AM

terlalu sayang suami le tu. Jangan terlalu sayang, lebihkan sayang Allah, sayang manusia itu rapuh..

guest ustaz,blh ke ambil gambar dengan orang bukan mahram 2010-07-23 8:25 AM

kalau mendatangkan fitnah elok jauhkan

missy salam ustaz..adakah duit yg disedekahkn kpd si mati ketika org dtg melawat jenazah dikira duit wasiat? 2010-07-23 6:10 AM

tidak

Guest ustaz...apa faktor kemajuan sains & teknologi islam dlm zmn andalus2010-07-23 4:08 AM

Iman

nuranie... apekah petua2 ustaz untuk yg sering hilang daya tumpuan dalam kelas????2010-07-25 2:32 PM

Tidur kena cukup, makan kena jaga, dan kalau kelas aircond, memang jadi faktor mengantuk.

SJ bagi perhatian dlm klas la.. 2010-07-25 5:50 PM

nur adakah sah nikah (secara rahsia) di kelantan dgn berwalikan ustaz dari ng thai,tetapi siwanita masih mempunyai wali? 2010-07-25 1:47 PM

1. tengok adakah tempat tinggal pengantin lebih dua marhalan 2. Tengok, adakah ustaz dari Thailand itu ada kelayakan untuk menjadi wali hakim.

Takut dia tidak ada kelayakan, maka nikah tak sah

nur arina apakah hukum-hukum dan cara mandi hadas mengikut hukum islam2010-07-25 11:24 AM

Niat dan ratakan air seluruh badan, jaga dan masukkan air pada 7 lubang

1. hidung,

2. mulut

3. telinga

4. pusat

5. qubul dan dubur

6. kuku

7. daging yang berlipat

syahira salam ustaz.. apa yg perlu dilakukan dgn duit dari hasil sedekah org kg semasa haripengkebumian arwah opah saya... boleh kah digunakan utuk sedekah pd penggali kubur, nkenduri tahlil arwah 2010-07-25 7:16 AM

Boleh

adriana apa hukumnya memakai purdah kemudian membukanya...adakah sampai di tahapharam?? 2010-07-24 11:24 PM

hukum asal tidak, tapi lihat pada suasana

Guest apa hukum seorg isteri minta fasakh setelah suami meninggalkan isteri dan anak tanpasebarang duit dan melarang berkerja yg kurang dr 3 bln? 2010-07-24 4:46 PM

fasakh boleh diminta jika perkahwinan ada mudharat, kalau suami tinggalkan isteri, mohon taklik

Wallahualan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

9 Ramadhan 1431/ 19 Ogos 2010 jam 12.15 tengah hari

Sunday, August 15, 2010

Bicara Ilmu 21 – Setiap Orang Ada Perkara Yang Dikaguminya….

Setiap orang mempunyai perkara yang dikagumi di dalam hidupnya. Ia berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu.

Dalam banyak majis ilmu, antara yang saya suka adalah forum. Ini kerana, di dalam forum, kita akan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Ketika saya menjadi panel di dalam majlis Simposium Jangan Tinggal Daku di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 31 Julai 2010,  ahli panel yang bersama saya ialah seorang penghuni Darul Ukhwah dan Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman.

Menurut Prof. Dr. Adeeba, dalam bidang perubatan, perkara ajaib yang Allah telah kurniakan kepada manusia ialah dua perkara.

1. Ubat sakit jantung, seseorang yang diserang sakit jantung terus menelan ubat, dengan izinNya, dapat meredakan sakit itu.

2. Ubat HIV yang dapat meredakan pengaktifan virus HIV di dalam badan seseorang.

Itulah kebesaran ilahi. Setiap permasalahan pasti diberi jalan keluar jika sampai masanya.

Bagi saya pula kala itu, yang mengkagumkan saya ialah betapa luasnya ilmu Allah. Setiap orang diberi ilmu dan tidak pernah habis ilmu itu dikaji.

Benarlah kata Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 109

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh akan habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, (dan ia tidak akan mampu ditulis semua) meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (lagi)".

Sebab itulah kita disuruh untuk menuntut ilmu sepanjang umur kita. Ini kerana, banyak yang telah kita tahu, sebenarnya banyak lagi yang kita tidak mengetahuinya.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

5 Ramadhan 1431/ 15 Ogos 2010 jam 12.30 tengah malam

IMG_1336

Simposium Jangan Tinggal Daku di Universiti Malaya

IMG_1340

IMG_1365

IMG_1368

Ubat HIV adalah antara keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia.

IMG_1385

Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman

al-Ijabah 68 - Setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

1 Ogos 2009, satu tarikh yang tidak mungkin akan saya lupakan kerana tarikh itulah, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah mendapat rumahnya di Petaling Jaya. Satu usaha membuat sebuah rumah perlindungan HIV muslim yang dicita-citakan tercapai.

Walaupun dari tarikh itu, ujian demi ujian ditempuhi, berkata doa semua, rumah ini dapat terus berkhidmat untuk masyarakat.

Pejam celik, pejam celik, sudah setahun rumah ini diusahakan. Alhamdulillah, terima kasih padaMu ya Allah yang telah mengizinkan ia terus berjalan.

Sabtu 7.8.2010, jam 3.00 petang. Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini meraikan kesyukuran dengan kehadiran anak-anak yatim al-Ijabah.

Majlis kesyukuran ulang tahun pertama, dibuat dengan bacaan yasin, selawat dan doa.

Mengimbau setahun perjalanannya, ia dipenuhi dengan berbagai peristiwa sama ada yang pernah saya ceritakan mahupun yang tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa.

Dalam ucapan saya pada anak-anak yatim al-Ijabah yang hadir ke Darul Ukhwah kala ini, saya mengatakan….

“Kehebatan sesebuah perjuangan bukanlah pada hebat kisah dan ceritanya, tetapi kehebatan sesebuah perjuangan apabila ia terus bersambung apabila generasi pertama sudah tiada, saya berpesan pada anak-anak semua, agar satu hari nanti, sambunglah apa yang telah kita bina ini”…

Anak-anak Ijabah terkebil-kebil memandang saya, entah faham atau tidak saya pun tak tahu. Yang penting, kita harapkan, usaha berkasih sayang sesama muslim perlu terus disemarakkan dan diwariskan.

Di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:-

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”.

Majlis diakhiri dengan jamuan.

Gembira rasanya melihat saudara HIV di Darul Ukhwah ini. Mereka sudah tidak merasa asing lagi di tengah masyarakat. Itu yang kita harapkan. Biar siapa pun mereka, mereka tetap berpeluang untuk menjadi orang yang soleh.

Sesungguhnya, Allah tidak pernah melihat di mana kita bermula, Allah mahu melihat di mana kita berakhir.

Semoga usaha ini terus dibantu oleh Allah, amin…

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putera Heights

5 Ramadhan 1431/ 14 Ogos 2010 jam 11.50 malam

IMG_1669

Sambutan setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_1693

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, selawat dan doa

IMG_1702

Setahun telah berlalu, semoga terus dibantu oleh Allah

IMG_1672

Pulut kuning bersama rendang, macam majlis orang tua-tua kita dulu….

IMG_1716 

Jamuan yang dimasak sendiri oleh AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

Friday, August 13, 2010

Diari 235 – Pun Ramai Orang Datang….

Sejak saya bergelar Mahasiswa lagi, saya dan beberapa orang sahabat memang suka pergi ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur ketika majlis sambutan hari Merdeka ataupun sambutan tahun baru.

Di samping melihat bunga api, kami suka menyampaikan kertas kecil berisi tazkirah kepada sesiapa yang kami temui.

Itu hujung tahun 90an di mana waktu itu, sambutan hari kebesaran tidak banyak di tempat-tempat lain.

Di abad baru ini, banyak sambutan hari kebesaran dibuat. Ada di KLCC, ada di Sunway Pyramid dan di tempat-tempat lain,

Walaupun banyak sambutan keraian di tempat-tempat lain, ia tidak mengurangkan bilangan pengunjung di Dataran Merdeka. Di tempat baru pun penuh orang, di tempat lama pun tidak kurang.

Ini bermakna, semakin banyak konsert hiburan dianjurkan, maka semakin banyak orang yang menghadirinya.

Kala ini Sabtu, 7.8.2010, saya dijemput untuk memberikan ceramah di Muzium Selangor. Saya dijemput oleh sahabat-sahabat dari JAIS.

Kehadiran pagi ini amat baik. Setiap pagi sabtu di Muzium ini diadakan ceramah agama oleh dua orang ustaz jemputan. Dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi kemudian rehat 20 minit dan disambung lagi sejam oleh ustaz jemputan yang lain.

Saya melihat ramai yang hadir dengan membawa buku catitan, ada yang merakamnya dengan alat perakam suara dan ada yang merakam dengan video.

Ada yang datang dengan keluarga dan anak-anak dan ada yang datang dengan kawan-kawan. Pendengar pagi ini terdiri dari berbagai peringkat usia, ada yang muda dan ada yang tua.

Saya diminta untuk membawakan konsep ibadah di dalam Islam.

Apa yang membuat saya terseyum senang ialah melihat kehadiran yang ramai. Entah dari mana mereka datang saya pun tak tahu.

Sebenarnya, jika kita mengajurkan program yang baik, akan ada juga orang yang datang. Kalau kita menganjurkan program hiburan juga, akan ada orang yang datang.

Kedua-dua jenis program ini tetap akan ada pengujungnya.

Jadi, jika kita banyak menganjurkan program hiburan pun ada ramai orang, jika kita mengajurkan program ilmu pun ramai orang, kan lebih baik kita banyak menganjurkan program yang baik.

Jika selalu dibuat, akan ada orang yang menjadi semakin baik kerana bicara ilmu dan iman akan menyebabkan seseorang itu menjadi baik.

Apabila ilmu menyinari hati, iman menyinari kalbu, sudah tentu sinaranya akan memancar ke seluruh tubuh.

Jika ilmu itu menyedarkan seseorang dari kelalaiannya, ia ibarat setitis pewarna yang menitis pada segelas air jernih. Ia akan menyerap dan menukar air jernih tadi menurut warna yang dititskan.

Kala itu, segals air jernih tadi telah bertukar warna.

Itulah ibarat orang yang mendapat keimanan. Ia mendapat celupan iman dari Allah. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Shibghah Allah Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

'Shibghah' artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan. (surah al-Baqarah ayat 138)

Jadi, usaha memperbanyakkan program yang baik perlu diperhebat, kerana ia tetap ada pengunjungnya. Dan semakin banyak kita mengajurkan program baik, insyaAllah, semakin banyak orang yang akan menjadi baik, amin…..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Ramadhan 1431/ 13 Ogos 2010 jam 11.30 malam

IMG_1657

Ceramah dibuat di ruang legar di Muzium dan perpustakaan.

IMG_1653

Tajuk perbincangan hari ini ialah “konsep Ibadah”

IMG_1654

kakak dan makcik yang khusuk menyalin kuliah

IMG_1660

di satu sudut

IMG_1662

Di akhir dengan doa

IMG_1663

Buat majlis maksiat pun ramai, buat majlis agama pun ramai, lebih baik buat majlis agama, kerana ia memberi kebaikkan pada diri, keluarga dan masyarakat.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Saya dan seluruh ahli keluarga  mengucapkan selamat beribadah di dalam bulan Ramadhan ini, semoga amalan terus dilakukan dengan keikhlasan.

Sesungguhnya, segala amalan itu akan diberikan ganjaran pahala, tetapi bagi orang yang beriman, bukan pahala itu yang menjadi matlamat, tetapi keredhaan Allah itu yang diutamakan.

 

“al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Tuesday, August 10, 2010

Jawapan Pada Persoalan 114

Alhamdulillah, baru sempat melihat soalan yang diajukan

Guest Seorg suami kata tak ada mahkamah didunia ni yg bole memaksa @ suruh dia meceraikn isteri wlaupun isterinyatlh memfaikan tuntutan fasakh,bagaimana? 2010-07-07 3:22 AM

Tuntuan fasakh ada di dalam Islam dan ada di dalam undang-undang negara. Jika tuntuan itu betul, maka ia boleh diputuskan

Guest salam ustaz..setlh kematian suami, isteri telah berkawin lain. adakah d hari akhirat kelak si isteri tidak akan berjumpa lagi dgn si suami? 2010-07-07 3:14 AM

Kalau dua-dua ke syurga, jumpa insyaAllah…

Mama Adakah menonton rancangan ilmiah spt Al-kuliah & Tanyalah Ustz termasuk dlm m'dgr majlis ilmu? 2010-07-07 8:50 AM

Ya dikira mendengar majlis ilmu

Mama Perlukah sy m'byr zakat utk emas yg suami sy berikan? 2010-07-07 8:48 AM

Jika barang perhiasan yang dipakai, tak perlu

Asmah Sy telah mewarisi gelang emas drpd arwah ibu sy yg b'nilai RM 5k.Sy telah gadaikan ke dlm skim Ar-Rahnu,perlukah sy keluarkn zakat & pe hukum gadaian? 2010-07-07 8:47 AM

Barang yang dalam gadaian tidak dikenakan zakat tuan punya tidak mempunyai milikan penuh pada harta itu

Asmah Salam ustaz,suami sy akan keluarkan KWSP sbnyk RM 100k utk beli rumah.Wajib kah dia keluar zakat? 2010-07-07 8:43 AM

Wajib kerana KWSP adalah wang simpanan

asiah adakah seseorg yg hlg ingtn n tdk berfikiran waras wajib berpuasa di bln ramadhan dan perlukah membayar fidyah krn tdk b'puasa krn mslh ini? 2010-07-07 8:12 AM

Syarat wajib puasa adalah waras. Jika dari kecil memang tidak waras, tidak perlu, tetapi jika tidak waras itu kerana sakit, maka waris perlu bayarkan fidyah

ina salam ustaz..saya ada kemushkilan di sini...sekiranya suami saya tidak bertanggungjawab,tidak memberi nafkah,curang ,mengambil dadah dan x solat... perlu ke saya pergi ke jabatan agama islam untuk menuntut fasakh? terima kasih...ustaz 2010-07-07 7:12 AM

jika perkahwinan itu telah memudharatkan, perlu

khar ustaz...bolehkah mengelak untuk join makan2 yang diajak oleh org yg kita memang tau suka mengungkit dan menyalahkan org lain walaupun memberi makan kepada org lain..2010-07-07 4:43 AM

Boleh…

aza ustaz adakah berdosa jika kitaa tak mahu beri hutang pd org yg kita tdk suka wpun berkemampuan?adakah dikira bakhil? 2010-07-08 4:13 AM

tidak berdosa kerana memberi hutang itu hak kita.

rozi salam, ustaz, adakah pemakaian tudung bawal menutup aurat? 2010-07-08 3:26 AM

Tengok keadaan, jika masih menampakkan dada dan tidak menutup rambut atau terlalu nipis hingga kelihatan leher, maka tidak dikira telah menutup aurat

sham apakah zikir yang sesuai dibaca untuk mengatasi masalah kemurungan?2010-07-08 3:20 AM

Ya Latif

Guest Klau mimpi mengandung dan brsalin tu ape mksudnya? hakikatnya sy blum kwin lg.dlm mimpi tu, sy n fmily bmbang akn pdgn bruk msyrakat thdp kami. 2010-07-08 2:47 AM

rezki

Guest Keputihan tu membtakan wuduk x ustaz? 2010-07-08 2:43 AM

Tidak tapi kena bersihkan

Guest Salam ustaz.Anak2 saya tak dengar cakap&nasihat saya mengenai solat.Saya suruh solat diaorg xsolat.Macam mana saya nak buat lagi ustaz?? 2010-07-08 2:25 AM

Kalau anak tu bawah 7 tahun rotan dia, jika telah 10 tahun maka rotan, jika sudah meningkat remaja teruskan menegur dan berdoa agar mereka mendapat hidayah Allah

Hisham Al Din Saya menunggang motor diwaktu hujan, kemudian lalu sebuah lori membawa khinzir tidak bertutup memotong saya.Perlukah saya samak akibat tempias?2010-07-07 2:20 PM

Jika yakin kena tempias, maka kena. Jika masih syak, maka tak perlu. Tapi yang terlebih baik, samaklah..

Hisham Al Din Ustaz.Adakah petua atau doa untuk menahan nafsu syahwat. Pelagai cara trmasuk puasa telah dibuat tp tidak berjaya.Berkahwin tidak mampu. 2010-07-07 2:16 PM

Banyakkan aktiviti dengan masyarakat serta lazimkan diri untuk pergi ke majlis ilmu, baca lahaulawala quwaatailla billah, banyak-banyak

Hisham Al DinSalam.Ustaz.Benarkah jika berbuat maksiat, ibadah kita tidak akan diterima selama 40 hari? Adakah onani juga dikira maksiat? 2010-07-07 2:13 PM

Ya, onani juga dikira sebagai maksiat, 40 hari itu ulasan ahli tasauf

A'in ustz dpat jelskan berkenaan dgn Nazar,hukum serta tuntutnnya 2010-07-07 9:04 AM

Nazar adalah janji kita dengan Allah, sebagai contoh, ketika seseorang itu sedang sakit dan bernazar akan berpuasa jika sembuh, atau seseorang yang hendak menempuh peperiksaan dan bernazar jika banyak lulus akan berpuasa atau bersedekah dan sebagainya

Guest ustz..sbaiknya baca alquran slps sunat witir atau sblm witir. solat sunat fajar itu solat isyrak atau solat dhuha? 2010-07-08 3:00 PM

Baca quran, waktu apa-apa pun baik, Solat fajar adalah solat sunat sebelum subuh

azline Tahniah ustaz atas kejayaan perancangan membina Rumah HIV Muslim. Saya nak tau bagaimana jika ada mangsa HIV dikalangan profesional yg ingin membantu2010-07-08 10:08 AM

Hubungi 03-58804586

Guest Assalamualaikum ustaz,benarkah kalau saya bermimpi jumpa dgn arwah ibu saya bermakna saya telah pergi ke alam beliau (alam barzah)bermakna 2010-07-08 5:50 AM

Tuan telah pergi ke satu alam, bukan barzah..

faisal Salam, perlukah berakad utk bank-in ke akaun al-ijabah atas tujuan berzakat?bila pengecualian cukai utk zakat al-ijabah akan dipraktis? 2010-07-08 5:08 AM

setelah kita isytihar bahawa kita menerima, maka akad itu telah berlaku, Cuma baik maklumkan, boleh hubungi PA saya 019-6003643, pengecualian cukai sedang diurus

anisah ustz, apakah hukum bertepuk tangan samada dlm apa juga keadaan samaada dlm majlis keramaian atau lain2 2010-07-08 4:33 AM

hukum asal harus

azah ustaz apakah tips untuk menjadi isteri solehah? 2010-07-08 4:26 AM

contohi isteri Nabi

ingin tahu ustaz adakah sy yg menanggung dosa apabila tdk menbyr hutang yg dibuat oleh abg ipar menggunakan nama sy? 2010-07-08 4:23 AM

Tidak berdosa

mama ipoh salam, blhkah kk sy amik wang suaminya tnp pgetahuannya sbgi byrn mas kahwin yg berhtg n tak mahu dibyr oleh suaminya? amik sdkt tiap bln smpi abis? 2010-07-08 4:23 AM

Boleh

ana79 ustaz adakah sy berdosa kerana tdk berani utk menegur kakak dan abg yang tdk solat?2010-07-08 4:15 AM

Paling kurang doakan dalam hati, itu selemah iman, jangan langsung tak doa..

Mona Salam ustaz, saya selalu bermimpi berada di dalam bilik air samada mahu buang air atau tidak..kadang2 bilik air itu cantik dan kadang2 sebaliknya.. 2010-07-09 1:38 PM

Ada keaiban

Guest Ustaz, saya sentiasa bercita-cita menjaga solat 5 waktu tetapi kadangkala x mampu berbuat demikian terutamanya solat subuh. Saya pula ada masalah kesihatan tekanan emosi. Kadangkala badan rasa melepek je. Jadi tertinggal solat. Saya berusaha sedaya mungkin untuk jaga solat-solat tersebut Saya berusaha sedaya mungkin untuk jaga solat-solat tersebut. Bagaimana Ustaz? 2010-07-09 11:41 AM

Teruskan usaha hingga akhir hayat

niza Salam Ustaz. Solat di bilik tidur yang mempunyai bilik air. Minta pandangan ustaz? Terima kasih. 2010-07-09 9:48 AM

Tiada masalah, jangan dalam bilik air, sudah…

Guest boleh ke harra peninggalan ibu di bahagi mengikut persetujuan adik beradik tnpa ikut faraidh? 2010-07-08 6:36 PM

Boleh jika semua waris bersetuju

suu salam,mcmana nak tahu lebih lanjut rumah pelindungan hiv ini,apakah syarat kemasukan ke rumah ini 2010-07-10 2:30 PM

syaratnya orang HIV sahaja

sumarto as pk ustaz ingin brtanya ktnya doa yg plingmakbul dimuka bumi ini adlah doa ibu bapak skrang ibu dn bapak sy sudh almarhum. gmn cranya untuk mndapatkn doa mkbul itu didalam posisi seperti ini.tlg dijlskan pak ustaz. 2010-07-10 1:51 PM

doa dari guru

Aisyah Salam Ustaz, mohon nasihat. Saya rasa tak selesa utk beri salam kpd semua org jika berselisih di tmpt kerja (hospital). 2010-07-10 12:29 PM

Hukum beri salam itu sunat, kalau dah penat, tak payah pun tak apa

Ima Ass'kum ustaq saya ada seorang kwn yg memeluk agama Christian,dia tidak percaya dgn agama Islam lagi,selain berdoa,apakah yg saya bole lakukan? 2010-07-10 10:06 AM

Berhujah dengan baik

Guest Salam ustaz, bolehkah ustaz terangkan kesan negatif krn membeli nombor ekor. Tksh ustaz. 2010-07-10 2:11 AM

Membazir duit, jarang orang melayu menang setakat bertaruh 2, 3 ringgit. Dan tak berbaloi menempah neraka dengan nilaian berjudi itu kurang dari RM 10.

hamba Allah Assalamualaikum Ustaz. Ingin bertanya tafsir mimpi. Saya telah bmimpi mendukung bayi lelaki bbrp kali. Stp kali mimpi usia bayi smakin muda. 2010-07-10 1:03 AM

tuan ada cita-cita besar

husna assalamualaikum ustaz, sy bermimpi kedua ibu bapa sy mgetuk pintu rumah sy, kemudian mrk masuk & terus kebilik air u berwuduk, kemudian mrk bersolat. apa maknanyamimpi sy ustaz? ibupaba sy masih hidup tp bapa sy telah bertahun x kerumah sy krn berkecil hati dgn suami, tq 2010-07-11 7:58 PM

ibu ayah nakkan kebaikkan dari puan

peach sedih apabila mmbaca kisah kubur hiv..gereja bukan saja mmbantu pesakit hiv,mereka pergi juga melawat pesakit di hospital pd hujung minggu.pesakit yg tiada famili mesti tersentuh hati dgn mereka.elok kalau kita yg buat spti itu.alhmdlh perkara yg ustaz lakukan itu suatu perkara yg murni. pd saya NGO islam di negara kita lebih elok menangani isu2 tempatan lebih dahulu ..jgn jd kera di hutan disusukan anak di rmh mati kehausan. 2010-07-11 4:33 PM

betul tu…

sakinah ustz masa sy mgndung sy sllu solat wjib smbil duduk dr mula rakaat 1 lagi sb sakit urat.blh ke?kalau x blh,so mcmn dgn solat2 sy tu?kena qado ke? 2010-07-11 1:41 PM

kalau dah sakit, boleh

A'in ustz,kpd siapakh yg patut dberi fidyah,bolihkh dberi selain dr fakir miskin,bgmana jika dberi kpd fisabilillah atau muallaf ada pndpt x bolih 2010-07-11 8:31 AM

Fidyah hanya untuk fakir dan miskin

Shinoda Salam ustaz...apakah hukumnya kalau kita melakukan onani?..dan ustaz ade tak tips2 untuk menahan nafsu drpd mlakukn prbuatn itu..?.. 2010-07-11 3:24 AM

Haram melakukan onani, boleh jauhkan dengan rajin-rajin pergi ke majlis ilmu

Guest salam.ape pandangan ustaz tentang video the arrival yg menceritakan tentang kedatangan dajjal 2010-07-11 2:59 AM

Bagus…

rokza sy nk taye. berdosakah seorg isteri yg teraniaya dan ditinggalkan suami tanpa nafkah mendoakan hidup suami dan keluarganya supaya kucar kacir? 2010-07-12 9:06 AM

Tidak seharusnya mendoakan sebegitu, tetapi doakanlah agar si suami itu tadi mendapat hidayah

ayub berdosakah jika seorang anak menasihati ibu dan bapanya. 2010-07-12 8:29 AM

Tidak berdosa jika kena pada gaya dan caranya

NS Ustaz,sya paste Q&A ttg mjdi istri ke2, sbb tkut mghdapi msalah yg sma,utk pgetahuan utz sya akn bkhwin dgn bkas bfrnd yg tlh bkhwin,advice plss 2010-07-12 4:50 AM

Cepat-cepatlah kahwin…

Guest Utz, bagaimana cara utk wudhu jika sebahagian angota wuduk tidak boleh terkena air/di plaster. 2010-07-12 4:29 AM

Banyak pendapat, yang paling ringkas, sapukan air di tempat yang mampu sampai air dan yang tidak sampai, sapukan atasnya sebagai isyarat ke atas plaster itu tadi

bard ust,jika air jampi (dibaca ayat quran) bagaimana cara terbaik nak dibuang sekiranya tidak digunakan lagi? 2010-07-12 2:13 AM

Siram pada pokok

bard ust,adakah dikira aurat bahagian bawah dagu wanita?kbanyakan wanita pakai tudung tidak menutup sehingga tulang dagu.bolehkah begitu? 2010-07-12 2:11 AM

ada khilaf,

bard ust,pelajar yg tinggal di asrama kemudian balik hujung minggu sabtu ahad adakh blh buat jamak di kampung?dia dikira mastautin di asrama ya ust? 2010-07-12 2:09 AM

ye…

khar ada ustaz kata tak elok asyik nak cerita mimpi pada org lain 2010-07-11 11:08 PM

betul tu…

Guest ustaz apamaksud masuk ke rumah yg ada anjing..tpsblmsy masuk, anjing itu dikeluarkan dn tuan rumah cuci rumah supaya bersih..? 2010-07-13 1:50 AM

Saya tak faham kehendak soalan, nanti tanya balik..

nak tau maksud mimpi dlm tido yg'baik'..sya bermimpi lari menyelamatkan dri ular tedung berbisa 2010-07-13 1:49 AM

kebaikan

Guest salam..sy bermimpi melihat 2ekor binatang seperti kijang berpaut dipokok dengan kemaluannya kedua2nya ditambat dengan rantai besi yg besar..apa maksud 2010-07-13 1:48 AM

Ada kebimbangan dalam diri tuan

konfius.. bgmna kddkn solat makmun sah ke tidak yg imamnya tk pernah nak angkat lidah bila sampai ayat "waladholin"..dah tegur tp tk de perubah 2010-07-13 1:42 AM

banyakkan sangka baik, kalau dia tak betul, tak kan dilantik menjadi imam

Guest salam..ustaz..minta tolong ustaz komen sedikit pasal ESQ 165..banyak yg dah konfius2010-07-13 1:29 AM

Fatwa dah ulas. walaupun terdapat perbezaan antara negeri, cuba ikuti perbahasan itu…

tersilap sy nak sujud sahwi krn trlupa tahyt awl,tpi trlupa gak nak sjud sahwi.slpas salm prtama tringt n buat sjud,pastu slm knn smula n kiri.sah ke utz solt 2010-07-12 4:05 PM

tak apa, sujud sahwi juga sunat

ibu pekerja sy org indon slalu brpuasa sunat bila tiba ulangtahun klahiran ankny..Boleh ke utz?2010-07-12 3:56 PM

Nak puasa bila masa pun boleh, lebih-lebih lagi jika dia ada nazar

Guest salam ustaz..saya benar2 keliru mengenai persoalan ukhwah.apa sbenarnya yg dimksudkan dgn ukhwah?benarkh tiada ukhwah antra llaki &prmpuan bkn muhrim?2010-07-12 3:38 PM

Ukhwah adalah kasih sayang kerana Allah.

Guest slm ustaz.sy bkrja sbg meknik.nk slat cuci tgn tp msh ada lg htam minyk kt clah2 kuku.dh cuba cuci,tp ad lg yg xblh.sah x solat sy@ada pdapt dr ustz. 2010-07-12 3:35 PM

Jika telah cuba semaksima yang boleh, tak apa

riahld salam ustaz,tlong trjehmakan ayat di bwak ini ke bahasa arab...“Ya Allah, sesungguhnya pengampunanMu lebih aku harapkan daripada amalanku, 2010-07-13 8:28 AM

kan elok kalau baca aje dalam bahasa Melayu, Allah faham apa yang kita sebutkan.

Hana kalau kita masbuk solat subuh, dimana kita mengikuti imam pada rakaat kedua, perlukah kita baca doa qunut semula untuk rakaat kedua setelah imam slm? 2010-07-13 4:56 AM

Ya perlu

guest pcassalamualaikum...ustaz..saya nk tanya semua isteri saya ni anak tunngal semua lot lot tanah telah ditukar nama padanya .bapa masih ada apakah salah? 2010-07-13 3:57 AM

tidak

cadangan..tahniah ustaz..Dlm buku Sifat Solat nabi t..harapustaz letak gmbr ilustrasi cara solat yg btul2 ikut cara solat nabi sekali..moga lebih terang dan jelas.tq 2010-07-13 1:56 AM

insyaAllah

jafar aqsa ustaz, penunjuk jam dlm shout ini perlu di kemaskinikan dgn +8 dlm zon lokasi agar ianya mengikut waktu semasa 2010-07-14 8:08 AM

terima kasih Haji…

Guest salam.betul ke x elok belajar pada waktu asar? 2010-07-14 7:21 AM

Bukan tak elok, Cuma lepas asar elok untuk riadah

Jaja apa hukumnya apabila isteri melafaskan perkataan " aku haramkan kau menyentuh tubuh ku ini " kepada suami dalam keadaan marah terhadap suami. 2010-07-14 4:36 AM

Tak baik cakap macam tu, boleh jatuh derhaka

bard ust jika quran terjatuh,biasanya org akan junjung(cium dan letak atas kepala) amalan itu diajar oleh islam ke?adakah itu caranya? 2010-07-14 3:37 AM

Amalan itu adalah untuk menghormati al-quran,

bard ust,dlm bekas air ada semut mati.air tersebut perlu dibuang?atau buang semut mati shj?2010-07-14 2:14 AM

Buang semut sahaja

anisah ustz,jemaah wanita selalunya tak nampak imam di hadapan, bgmana kalau iman lambat bangun walaupun tkbir telah dibaca 2010-07-13 8:31 AM

tak apa

nan Slm..suami seorg yg agak suka brsosial menghabiskn masa dgn kkwn bujang (trmasuk lelaki perempuan),mmpunyai geng2 motor besar.suami jugak seorg yg byk hutang keliling pinggang (bila dpt bonus dia sengaja xnk selesaikn mlh boros beli brg2 mahal yg hanya utk kepentingn sendiri-cthnye,jaket kulit,stereo golf,sparepart moto mahal2,dvd,tgk wayang,dsbg)dn kerap keluar dari rumah keluar brjumpa kawan atas alasan untuk bina network utk kerjaya katanye,dn sy xnampak kwn2 smuanye mmberi sbrg faedah kpdnye krna kawan2 nmpk kaki enjoy,bujang,lepak sanesini,xsolat,mmbuang masa dn duit,dsbg.bkn nk mengungkit2010-07-16 5:25 AM

Kalau betul cerita ini, tak patut, tapi, setiap orang ada alasannya mengapa dia berbuat demikian, kadang kala alasannya kuat baginya, walaupun tidak kuat bagi kita. Selagi mana dia bertanggung jawab, hormatilah hobinya

nis ustaz,apakah hukumnyanya gambar dipapar di internet tidak memakai tudung ketika usia belum baligh? 2010-07-15 9:36 AM

belum baligh tak apa, tapi jika dengan gambar itu orang boleh gambarkan keadaan kita sekarang, lebih baik tak payah, takut jadi fitnah nanti

Guest bila solat sering menangis esp pada bacaan 'iyya kanak'budu waiyya kanasta ain" & ihdinassiraatolmustaqeem". tangisan berbaur minta petunjuk Tuhan & cont' - as tho luahan hati tntg masalah hidup yg menimpa. salah ke? 2010-07-14 4:47 PM

Tak salah

Guest Ustaz, apakah hukumnya lelaki Islam mencukur janggutnya sehingga licin (berdasarkan hadith Nabi (saw). Wsalam. 2010-07-14 3:16 PM

Jika kita ikut pendapat yang keras, tak boleh cukur.. tapi ia tetap ada perbahasannya..

Sara SALAM, Pendpt saya, sebaiknya persediaan menyambut Ramadhan sama dgn persediaan menyambut Syawal spt mengemas dan menghias rumah, kalau tukar langsir baru, pasang seblm Ramadhan, jika perlu kita cuci semula langsir tsb seblm Syawal, ika mampu beli telekung/kain pelikat baru utk solat fardu/terawih spt kita beli baju baru utk raya. Dgn persediaan awal ini dpt mengurangkan kesibukan kita ketika Ramadan nanti. Apa pendpt Ustaz? Thanks.2010-07-16 6:23 AM

Betul..

nan sy trpaksa bkerja menyara keluarga,xkisah la.asalkn suami dpt selesaikn hutang2 syukur sgt,tp yg sedih dia tidak brusaha utk selesaiknnye. Mslh ke2, setiap ujung minggu pula,mertua mpaksa kami pulang kerumah mrk ats alasan nk main dgn cucu(sy ade anak perempuan sorang),saya xmampu nk brdepan smua ni, tiada ujung minggu rehat,ruang masa dgn keluarga sendiri,rumah tunggang langgang,pakaian baju brsepah.sy 5hari bkerja ditengah2 KL,pulang (dr

pulang (drive sndiri)dh mlm dgn tekanan kerja dn keadaan jam.sgt sedih bila suami dn mertua langsung xmfhami.sy dh byk brsabar smp sy dh xde kudrat lg lg.sy trpaksa brdepan dgn semua ni seumur idup sy.sy susah nk brsuara suami dn mertua seorg yg panas baran.apakah dosa jika sy memakai perancang atas atas keadaan sy yg tidak stabil mcm ni sbb mrka susah nk bwk brbincang dn tiada yg mfhami dn sy hanye mampu berdoa? 2010-07-16 5:26 AM

sabarlah puan, bagi hal perancang, harus bagi keadaan ini

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan, jika masih kurang jelas, boleh bertanya kembali.

“PERTANYAAN KUNCI PENGETAHUAN”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Sya’ban 1431/10 Ogos 2010 jam 1.15 pagi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...