Wednesday, March 31, 2010

Jawapan Pada Persoalan 102

Alhamdulillah, kesempatan, masa yang ada ini, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan.

najla ustaz, masa haid selalu rasa 'kosong' jiwa & raga. Zikir apa paling afdal utk diamalkan masa haid ustaz?2010-03-28 12:48 PM

Apa-apa pun boleh, paling kurang Ya Allah

suesofieyya@Mesir Salam ukhwah semua..boleh layari laman web..mungkin ada yg manfaat di sana 2010-03-28 10:58 AM

Keliru ustaz,sy baru putus hbgn dgn org yg bakal sy kawini atas alasan x de jodoh krn dia curang,adkh sy di aniayai2010-03-28 10:11 AM

Mungkin

Guest bagaimana cara untuk hantar surat pada ustaz untuk selesaikan beberapa masalah saya. Tq2010-03-28 8:48 AM

Alamat ofis saya, No. 14 Jalan Tengku Ampuan Zabedah, K9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam Selangor

amin assalamualaikum..ustaz apakah bacaan ketika sujud sejadah?2010-03-28 7:13 AM

Buka kitab fiqh, panjang nak tuliskan di sini

ibu contoh,kata ank"Ibu pinjmkn sy duit sbnyk 5rb utk buat bisnes,klu berjya sy bgi lebih 5rtus sbb brjya & dpt untung"cmnatu ustz sy trima riba ke?2010-03-28 2:49 AM

Kalau tidak dijanjikan ketika akad hutang tak apa

yon salam,setelah iqamah diserukan,wktu bila sebaik2nya kami perlu bangun nak meluruskan saf,sbb diorg ni suka dah habis betul2 baru nak bangun,so lmbt la2010-03-28 2:36 AM

Qad Qamatis Solah

Guest No telefon rujukan apa yg sy boleh letak utk buat sumbangan melalui maybank2u2010-03-29 4:02 AM

019-6003643

Guest ustaz tlg senaraikan e-code brpa hinga brpa yg xhalal betul kah dr 100 keatas hinga 600 2010-03-29 12:02 AM

Boleh rujuk pada kawalan halal JAKIM atau negeri-negeri, saya pun tak ingat.

Guest salam ustaz selamat berumrah semua doakan supaya sya sekluarga dpt pergi kesana amin.. 2010-03-28 11:58 PM

Amin...

Ibnu Nordin al-Jauhari Salam ziarah2010-03-28 11:32 PM

Salam...

Klik Ke Kedai Buku Ilmiah Buku terlaris sekarang bertajuk 'Indahnya Hidup Bersyariat' .Buku berbentuk Fardu Ain ini lengkap bergambar.Ia adalah buku yg mesti milik utk semua...2010-03-28 9:42 PM

siti ustaz, bolehkah kita membetulkn gigi supaya nmpk teratur & cantik. Adakah itu dikira mengubah ciptaan ALLAH??? Sya bkn jongang.Hanya nk betulkn sikit.2010-03-28 3:12 PM

boleh

orang salam ustaz...hari tu sy ada beli walkie talkie tapi was2 plak sama ada yg original atau tak...leaps dapat baru tau yang tu tiruan punya.. walkie talkie tu plak dah diberi pada kawan...apa yg perlu saya buat sebab kalau tak silap saya harta intelek pun dikira sebagai hak orang2010-03-28 2:54 PM

Bukan salah tuan, salah penjual, yang lepas, lepaslah..

jaja ustaz..knpe bila sy suka kat seseorg org tu lak x kenan kat sy tp bila org suka kat sy..sy lak x kenan org tu..inikah yg dinamakn tiada jodoh diantara saya dgn mereka?2010-03-28 2:01 PM

Ye..

Hamba dhaif Assalamualaikum ustaz.Apa maksud mimpi,duit dirompak tapi diselamatkn oleh seseorg yg menyanyikan syair bkaitan perasaan rasulullah terhadap... terhadap pencuri dan slepas dselamatkn,si penyelamat itu memberi amaran ular dkat kaki,tp x sempat,sudah kena patuk pd kaki kanan,dan dia bgegas utk..2010-03-29 10:07 PM

Rezki, dan disenangi orang, cuma kena rahmati orang lain.

Fatah Salam..sy folow ustaz-(475)..sy ad persoalan, apakah hukum kalau accident langgar org smpi mati-ianya termasuk dalam pembunuhan sengaja@x?..2010-03-29 11:31 AM

Tidak

anonymous salam ustaz..saya musykil dgn hukum sisha? bleyh ustaz trnagkn..2010-03-29 7:47 AM

Ada berbagai pendapat, pada saya elakkan,

Guest Dulu saya pernah berjanji pada diri dan pada Allah taknak kerja jual kereta ..tapi sekarang kerja balik! macamana nak tebus kesalahan berjanji tu ustz2010-03-29 7:45 AM

Untuk nafkah tidak mengapa, batalkan sahaja janji itu dengan pernyataan ia sebagai usaha mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Kerana, mencari nafkah lebih wajib

Guest Kerja jual kereta ni bersangkut paut dengan loan dan interest...apa pendapat ustaz?2010-03-29 7:44 AM

Akhir zaman ini, memang susah untuk mencari kerja yang tidak ada syubhat, kerjalah dengan baik dan selalulah minta ampun pada Allah

anisah ustz,majlis kemuncak pertunangan di rumah ibu,masa yg sama sahutan azan berkumandang,yg mana sy dahulukan2010-03-29 7:04 AM

Kalau dapat, dulukan azan, tapi kalau dengan ketiadaan kita, boleh rosak majlis, dulukan majlis jika masa solat masih panjang. Tergantung pada siapa diri kita dalam majlis itu

hafifi assalamualaikum...ustaz......dnia skrng dh hmpr dngn akhr zman....ade x wsiat yg ditngglkn oleh nabi muhmmad trhdpt umat.....???2010-03-29 6:28 AM

Berpeganglah pada al-Quran dan Hadis dan tafsiran ulama muktabar

sara SALAM, dlm. program Tanyalah Ustaz, bukan Ustaz Amin : Ketika di alam kubur, roh yg baik boleh berhubung (bercakap) dgn roh baik yg. lain. Betul ke?2010-03-29 5:31 AM

Wallahualam, kena tanya ustaz tu...

sas1507 Ust, tolong doakan agar adik saya diberi hidayah dan kekuatan utk berubah. dia seorg gay yg mengamalkan seks songsang2010-03-29 5:18 AM

Semoga Allah berikan hidayah pada semua kita dan adik itu, amin..

pn.su.slm.ustz betukh kita tidak boleh solat sunat tepat jam 12 thghari...krn waktu itu adalh waktu api neraka dihidupkan2010-03-30 5:14 AM

Tak boleh solat itu betul, tapi sebab api neraka dihidupkan tak betul

suri KL slm ustz..mitak tolong ustaz doakan agar ank2 saya n keluarga menjadi ahli al-quran seperti ustaz ya..2010-03-30 5:09 AM

amin...

suri KL slm ustz.saya berniaga tudung..tp kebykkan fesyen tudung skg tidk btul2 mengikut syriat iaitu tdk sampai menutup bhgn dada.apakh saya berdosa apakah saya berdosa dan dikira bersubahahat krn seolah menggalakkn org memakai pakaian yg tidak btul2 mengikut syariat islam2010-03-30 5:01 AM

letakkan di kedai tu poster aurat sebenar, niatkan jual untuk orang yang baru berjinak dari jauh kepada nak rapat pada agama.

ibu adakah sy ggal utz..sy mmg teringin nak jdikan ank seorg utz or pndakwh.mereka solat InsyaAllah.ibu slalu pantau n ingt2kn ank2 pntingnya ingat Allah2010-03-30 2:30 AM

insyaAllah

ibu 3 dr 5 ank llelaki sy sek agma smpai tg 5 tpi x sorg pun yg nak habiskn pngjian dlm bdg agma tpi jdi bdg sains n MA.yg 2 lgi bdg akaun n Mc Eng....2010-03-30 2:23 AM

Tak apa, orang ada kelulusan ilmu agama tak semesti menghayati agama. Kalau anak ibu dalam bidang sains tapi menghayati hidup beragama, itu lagi baik dari kelulusan agama tapi tak hayati kehidupan agama

ibu ank sy lelaki skrg tg 5 sek agma sy teringin nak dia truskn pngjian dlm bdg agma tpi dia ada cite2 sndri.cmna tu ustz?x leh paksa kn!2010-03-30 2:17 AM

tak boleh paksa, tapi kena aturkan

Rinie ustaz, kenapa lepas bersalin baru2 ni (dlm 3 bln) sy asyik ingat pasal kematian..slalu sedih dan takut..byk sgt dosa..adakah sbb baru ade baby.. atau itu tanda2 dah dekat nak mati...2010-03-30 2:09 AM

Berkat kelahiran, Allah sedang berikan hidayah pada puan

Musafir_Islam Salam ustz...apa kabar? seronok lihat blog ustz ketika berada di Mekkah.2010-03-30 3:57 PM

Alhamdulillah….

Guest ustaz tolonglah saya, saya nak lunaskan masalah dam ihsar, bolehkah saya serahkan pada ustaz utk laksanakannya, bagaimana caranya. terima kasih ustaz2010-03-30 3:11 PM

Saya dah kat sini, nantilah atau kirim pada ustaz lain

tonet,Salam Ustaz... Apa makna nama 'Adi Rahman' dan 'Anis Fariha'. Syukran2010-03-30 9:47 AM

Adi Rahman -Kebiasaan Yang penyayang, Anis Fariha – Gadis yang Gembira

tonet,Salam Ustaz... Sy pernah jumpa Ust depan mata. Blh ke klu kami sekelurga nak bgambar bsama2 Ust sebg kenang2an.......2010-03-30 9:30 AM

InsyaAllah

Guest salam,ustaz apakah doa yg perlu dibaca apabila tulang di angota badab kita patah2010-03-30 9:27 AM

Selawat syifa

tonet,Salam Ustaz... Sedih memikirkan suami yg x pernah Solat 5 waktu... Hya mampu bdoa agar keajaiban akan blaku 1 hr nanT............2010-03-30 9:27 AM

Amin..

tonet,Salam Ustaz... Nasihat cara lembut & bhikmah sudah, bdoa pun sudah, pyudahnya tpaksa btegas krn tiada perubahan. Bdosa/di'kira derhaka x Ust?2010-03-30 9:25 AM

Tidak dikatakan derhaka jika kita menyebutkan 3 perkara

1. soal akidah dan keimanan

2. soal hukum hakam

3. soal akhlak islamiyyah

zi ustaz,apkh ditrma taubat seorg wanita yg pnh berzina dgn suami org,plukah dia mnta ampun pd isteri lelaki itu?bgaimnkah kdudukannya skrnya tdk mhn mf?2010-03-30 9:13 AM

taubat tetap Allah buka pintu, dan tak perlu minta maaf dengan isteri orang itu

tonet,Salam Ustaz... Blh x kita pakai sarung kaki/tgn bg m'elakkan dr t'nampak aurat sewaktu Solat?2010-03-30 8:51 AM

Boleh

pn.su betul atau tidak waktu dhuha itu luput 1/2 jam sblm masuk waktu zohor..2010-03-30 5:17 AM

betul

Wallahualam bis Sawab

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

15 Rabiul Akhir 1431/31 Mac 2010 jam dua petang

Diari 191 – Habib Umar al-Jailani (2)

Pada malam 29 Mac 2010 lepas, saya telah mengajak anak-anak yatim al-Ijabah menziarahi dan dan menghadiri majlis ilmu oleh Habib Umar bin Hamid al-Jailani di Suuq Hijaz Makkah Mukarramah.

Setelah Allahyarham, Syeikh Alwi Maliki kembali kerahmatullah, beliau antara yang menjadi rujukan bagi Ahli Sunnah di bumi Mekah ini. Beliau pernah ke Malaysia ketika majlis Maulid Nabi beberapa tahun lepas.

Ketika ingin pulang, beliau berpesan kepada saya,

“Malam esok, kamu datang di Syari’ Mansur pula ye, kamu jadi tetamu saya” pesan Habib Umar al-Jailani kepada saya.

“InsyaAllah Syeikh” jawab saya penuh takzim.

“Tapi macam mana nak pergi?” bisik hati saya.

Tiba-tiba, Habib Umar memandang saya.

“Nanti saya akan hantar orang untuk menjemput kamu semua”

“InsyaAllah-InsyaAllah” jawab saya kembali tanpa apa-apa lagi komen sekalipun di dalam hati….

30 Mac 2010, saya dan anak-anak Yatim al-Ijabah telah bersiap. Pulang dari Masjidil Haram selepas Maghrib, pembantu Habib Umar , Abdul Hamid menghubungi saya:-

“Kamu semua tunggu saya di hadapan hotel Darul Tauhid ye, dalam 10 minit lagi saya sampai”.

Seperti yang dijanjikan, Abdul Hamid datang dengan sebuah kereta dan sebuah van. Kami semua dibawa ke sebuah rumah di Syari’ Mansur.

Kami dialu-alukan dengan minuman teh Arab bersama dengan kurma. Anak-anak al-Ijabah masing-masing berkerut ketika cuba menghabiskan teh Arab ini. Maklumlah, rasanya agak lain dari di Malaysia.

Kami kemudian masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada. Tidak lama selepas itu, Habib Umar keluar dan semua orang bersalaman dengan beliau.

Setelah azan dikumandangkan, semua jemaah yang hadir menunaikan solat Isyak berjemaah.

Selepas solat, kami semua duduk untuk memulakan majlis. Pengajian malam ini ialah kitab Bulughul Maram, oleh Ibnu Hajar, kitab hadis hukum bagi rujukan mazhab Syafie.

Budaya ilmu di sini, jika ada mana-mana majlis ilmu, ia bukan sahaja di hadiri oleh para penuntut, para tuan-tuan guru dari tempat-tempat lain juga akan duduk bersama untuk mendapatkan fadhilat majlis ilmu.

Subhanallah, kagum saya dengan budaya ilmu seperti ini.

Kita kalau di Malaysia, jarang sangat seorang ustaz duduk di majlis ilmu ustaz lain. Malahan, ramai antara ustaz akan cuba mencari pengaruh dengan merendahkan ustaz-ustaz lain.

Saya berkenalan lagi dengan ramai tuan-tuan guru di Mekah ini. Dan yang paling saya syukurkan ialah, anak-anak yatim al-Ijabah ini, dapat di dedahkan dengan program talaqqi seperti ini, agar satu hari nanti, mereka boleh membiasakan untuk menziarahi orang-orang alim dan orang soleh.

Ketika majlis ingin dimulakan, tiba-tiba Habib Umar meminta saya duduk di hadapan bersama para tuan-tuan guru lain.

Berderau darah saya, agak pucat juga. Tetapi, setelah dua tiga orang di situ meminta juga saya ke hadapan, dengan langkah yang berat saya melangkah ke hadapan.

Majlis di mulakan dengan doa dan zikir.

Setiap seorang dari tetamu membawa kitab. Yang tidak membawa kitab, akan ada seorang yang berkhidmat memberikan kitab yang disediakan. Setiap orang memegang kitab.

Berbeza dengan budaya di Malaysia, dalam pengajian di masjid atau surau, ustaz sahaja yang pengang kitab, para pendengar duduk sambil menyandar di tiang sambil berbisik

“ Apalah yang ustaz nak membebel malam ni….”

Kadang-kala tersengguk-senguk kerana ustaz tak kelakar. Kalau ustaz kelakar baru best dengar.

Rupanya majlis ilmu bukan majlis ilmu, tetapi majlis halwa telinga kerana nak dengar cerita kelakar.

Di sini, majlis ilmu adalah majlis ilmu dan memang penuh dengan butiran hikmah dan tarbiah.

Beberapa orang akan membacakan kitab dan ia kemudian disyarahkan oleh Habib Umar.

Di hujung-hujung majlis, pembesar suara diberikan pada saya.

“Alamak, apahal pula ni…” bisik hati saya sambil memaparkan senyuman pucat di hadapat ratusan hadirin termasuk para tuan-tuan guru yang hadir.

“Bacakan untuk kami”, kata Habib Taha Hassan Fada’ak, seorang Alim dari Rusaifah Mekah yang mempunyai pengajiannya sendiri pada saya.

Saya memerhatikan sekeliling, semua pendengar memegang kitab masing-masing bersedia menyemak, yang mempunyai pen telah bersedia untuk mencatatkan sesuatu. Tuan-tuan guru yang ada di sekeliling saya memerhatikan.

Saya melemparkan senyuman pucat pada mereka.

Dengan lafaz bismillah, saya mula membacakannya. Sesekali saya mengangkat mata, menjeling, semua khusyuk memandang kitab yang dibacakan. Beza sungguh budaya ilmu di sini, subhanallah….

Kemudian, Habib Umar mensyarahkan isi yang telah dibacakan.

Walapun kitab ini memang biasa saya baca, tapi membacanya di hadapan tuan-tuan guru, satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Tapi saya bersyukur, kerana Allah memberikan peluang untuk saya duduk di majlis ilmu di Mekah al-Mukarramah ini.

Pengajian tamat jam 10.30 malam. Ia diakhiri dengan doa dan zikir.

Malam ini, kami dijamu dengan nasi mandy ayam. Bukan main selera lagi anak-anak Ijabah sambil berbual dengan orang-orang arab yang makan bersama mereka. Entah apa yang dibualkan, saya pun tidak tahu.

Semua tetamu telah mula beransur, Habib Umar juga telah beransur. Anak-anak yatim al-Ijabah belum lagi pulang, mereka menjadi tetamu khas tuan rumah ini.

Kami di perdengarkan dengan qasidah-qasidah selawat dan munajat yang disampaikan oleh keluarga tuan rumah.

Tamat bacaan qasidah dari tuan rumah, anak-anak yatim al-Ijabah pula di minta untuk membacakan selawat. Kami berselawat bersama-sama.

Habis selawat terus saya meminta diri. Malam ini, ada satu lagi program, saya mahu membawa anak-anak Ijabah mendaki gua Hira’.

Kami dihantar pulang ke hotel. InsyaAllah, panjang umur, murah rezki, kita jumpa lagi.

Salam perpisahan diakhiri dengan pelukan ukhwah dari mereka.

Inilah persaudaraan Islam, ke mana kita pergi, kita adalah bersaudara.

Anak-anak Ijabah menghampri saya:-

“Ustaz, esok ada lagi tak pengajian macam ni?”

“Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rasa seronok ke majlis ilmu pada mereka” bisik hati saya…..

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

15 Rabiul Akhir 1431/31 Mac 2010 jam 10.00 pagi

IMG_4993

Mengambil wuduk di Syari’ Mansur

IMG_5007

Kami dihidangkan dengan teh Arab dan kurma

IMG_5005

berkerut anak Ijabah menghabiskan teh Arab ini

IMG_5022

Para tetamu dan tuan-tuan guru yang hadir

IMG_5025

Habib Umar bin Hamid menyampaikan kuliahnya

IMG_5026

Saya dipersilakan untuk duduk bersama tuan-tuan guru di sini.

IMG_5032

Yang lebih mendebarkan apabila diminta untuk membacakan kitab pada semua.

IMG_5033

Syukran Ya Syeikh. Kesempatan yang ada saya minta didoakan agar pembinaan kompleks Yayasan al-Ijabah dibantu Allah.

Alhamdulillah, Pemulaan pembelian tanah di doakan oleh Ulama dari Maghribi, pembinaan pembangunannya di doakan oleh Ulama dari Mekkah.

IMG_5035

Antara anak Ijabah yang bersalaman dengan Syeikh Habib

IMG_5052

Malam ini, kami dihidangkan dengan nasi Mandy ayam

IMG_5053

anak-anak Ijabah dengan orang Arab, entah apa yang dibualkan saya pun tak tahu….

IMG_5054

Selera menjamu nasi Mandy

IMG_5058

Samsul bersama salah seorang tuan guru di sini

IMG_5070

Kenangan bersama tetamu lain yang hadir

IMG_5081

Di sebelah kanan gambar, Habib Taha Hassan Fada’ak, seorang Alim dari Rusaifah Mekah

IMG_5086

Ole-ole istimewa untuk anak Ijabah. Replika  cincin Nabi saw

IMG_5100

Setiap seorang dihadiahkan dengan kitab Bulughul Maram

IMG_5095

Qasidah dari tuan rumah

IMG_5115

Anak-anak Ijabah pula membacakan selawat

IMG_5147

Salam perpisahan, panjang umur jumpa lagi…

Tuesday, March 30, 2010

Diari 190 – Ziarah Sekitar Mekah

Alhamdulillah, hari ini 30 Mac 2010, saya dan anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah menziarahi sekitar kota Mekah

IMG_4814

Kami keluar seawal jam 8 pagi. Perjalanan di sulamkan dengan kuliah dan selawat pada baginda Nabi saw.

IMG_4834

Kenangan di kaki bukit Thur, tempat di mana Nabi saw berlindung ketika peristiwa hijrah

IMG_4840

Di dalam bas, anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di latih untuk menyampaikan kuliah

IMG_4851

Di padang Arafah

IMG_4855

Kami sama-sama menaiki Jabal Rahmah dan berdoa untuk kebaikan semua di sini

IMG_4866

Kenangan di atas Jabal Rahmah

IMG_4921

Kesempatan yang ada juga, kami ke Hudaibiyyah, menghayati peristiwa perjanjian Hudaybiyyah antara Nabi saw dan orang kafir Quraish

IMG_4940

Di Hudaybiyyah, tidak lupa untuk singgah di ladang unta

IMG_4939

Kalau di Malaysia, unta di lihat di zoo, tapi di sini mereka boleh duduk, pegang dan bergambar sekali

IMG_4927

Acara paling mencabar, minum susu unta di ladang unta ini, fresh di perah dari unta, dengan berbuih lagi itu, kita minum.

Ada orang bertanya rasa macam apa ye? Pada saya macam susu ala-ala vanila… :)

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

14 Rabiul Akhir 1431/30 Mac 2010 jam 5.00 petang

Diari 189 – Majlis Ilmu Bersama Habib Umar bin Hamid al-Jailani

“Assalamualaikum Syeikh, saya Muhamad dari Malaysia, ingin menziarahi Syeikh” kata saya pada Habib Umar bin Hamid al-Jailani.

“Selamat datang- selamat datang semua, malam nanti selepas Isyak kamu ambil kereta sewa ke Suuq Hijaz. Nanti dari sana telefon saya” katanya pada saya.

“InsyaAllah, insyaAllah, jumpa malam nanti ye” saya memberikan respons.

Malam ini, 29 Mac 2010, selepas Isyak, jam 9.00 malam, semua anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah telah bersiap. Saya memang ingin membawa sekali anak-anak Ijabah ini untuk membiasakan mereka menziarahi orang-orang alim.

Saya mengajak semua yang ada ke syari’ Misfalah, menahan sebuah van dan menuju ke Suuq Hijaz. Dalam perjalanan, wakil Syeikh, Ustaz Ahmad menghubungi saya:-

“Sudah sampai di mana?, tolong berikan telefon pada driver, nanti saya nak cakap di mana tempat yang ingin dituju”

Saya memberikan telefon ini kepada driver berketurunan Saudi ini. Tidak tahu apa yang diperbualkan, hanya yang keluar dari mulutnya :-

“Aiwah… Aiwah…. Aiwah….”

Kami tidak berhenti di Suuq Hijaz, kami berhenti di satu tempat dan di sana terdapat sebuah kereta telah menunggu kami. Kami mengekori kereta ini, menaiki kawasan berbukit hinggalah sampai ke sebuah banglow besar di atas puncak bukit ini. Kelihatan, inilah banglow tunggal yang tersergam di puncak tertinggi bukit ini.

Kami dialu-alukan masuk. Ibu dan adik perempuan saya serta anak-anak Ijabah perempuan dipersilakan ke tingkat atas.

Dari jauh kami telah mendengar selawat di alunkan.

Di kawasan rumah ini terdapat lebih kurang hampir 500 tetamu. Masing-masing membawa kitab Sahih al-Bukhari.

Rupanya, malam ini, Habib Umar bin Hamid al-Jailani mengadakan pengajian hadis bersanad kitab Sahih al-Bukhari. Pengajian ini merupakan pengajian mingguan di tempat ini.

Saya dan anak-anak Ijabah dipersilakan duduk. Kami semua duduk mendengar pengajarannya. Saya begitu khusyuk dan teruja mendengar patah-patah ilmu yang keluar dari mulut beliau, anak-anak ijabah pula kebanyakkannya khusyuk tersengguk-sengguk, terlelap kerana setakat ini belum memahami lagi.

Sejam kemudian, pengajian di akhiri dengan dua jenis doa, pertama, doa beramai-ramai dan yang kedua, Habib Umar sendiri membacakan dan yang lain mengaminkan.

Selepas semua selesai, majlis ditutup dengan alunan selawat kepada junjugan besar Nabi saw.

Semua yang hadir bersalaman. Selepas majlis malam ini rupanya, terdapat jamuan Nasi Mandy Kambing.

Setelah tetamu agak reda, barulah Habib Umar bin Hamid al-Jailani menghampiri kami, berbual dengan kami.

Dia begitu senang dengan kehadiran kami dan anak-anak Ijabah.

“Esok kita ada satu majlis lagi, kamu semua datang ye, nanti saya akan aturkan kenderaan mengambil kami” kata Habib Umar bin Hamid.

“Terima kasih” kata saya pada Habib Umar. Beliau terus memanggil pembantunya, Abdul Hamid untuk menguruskan perjalanan pulang kami.

Anak-anak Ijabah begitu gembira. Saya juga turut gembira melihat mereka. Semoga dengan pendedahan begini akan dapat membiasakan mereka menziarahi orang alim dan soleh satu hari nanti.

Berdamping dengan orang soleh akan menyebabkan kita sentiasa diingatkan dengan kebenaran dan kesabaran.

Ia diibaratkan kita mendampingi penjual minyak wangi, jika kita tidak diberikan sebotol minyak wangi sekalipun, paling kurang duduk di kawasan mereka, bau wangi itu akan melekat di baju kita.

Berkawan dengan orang jahat ibarat berdamping dengan tukang besi. Kalau tidak percikian api itu melobangi baju kita, paling kurang, bau asap itu akan melekat di baju kita.

Dan percayalah satu perkara, kita akan bertemu dengan orang macam kita walau di mana kita berada…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

14 Rabiul Akhir 1431/30 Mac 2010 jam 7.45 pagi

IMG_4705

Kami mengambil sebuah van untuk ke tempat pengajian ini

IMG_4744

Habib Umar bin Hamid al-Jailani

IMG_4745

Khusyuk….

IMG_4748

Selepas pengajian, masing-masing berpusu-pusu bersalaman dengan Habib

IMG_4760

Berbual dengan orang-orang soleh di sini

IMG_4767

Malam ini, kami dihidangkan  dengan Nasi Mandy kambing

IMG_4784

Pembantu Habib, Abdul Hamid

IMG_4788

warga Ijabah, bergambar kenangan dengan Habib Umar bin Hamid al-Jailani

Monday, March 29, 2010

Diari 188 – Jemputan Ke D’Saji

Sejak dari Madinah lagi, sahabat saya, Hj. Arshad telah menghubungi saya.

Malam tadi, 28 Mac 2010, selepas Isyak, saya dan seluruh anak-anak Yatim al-Ijabah telah dijemput oleh beliau (http://hjarshad.blogspot.com/) untuk menjamu selera di D’Saji.

Malam ini, kami solat di Masjid Abu Bakar Hilton. Walaupun bagunan Hilton terpisah dengan Majid al-Haram, tetapi di dalam menunaikan solat, jemaah di sini berimamkan imam di Masjid al-Haram.

Selesai solat di sini, kami mula bergerak ke D’Saji, restoran yang dikendalikan oleh Felda yang terletak di al-Safwah Royale Orchid Hotel.

Restoran D’Saji tempat berkumpulnya orang Melayu. Di sini terdapat makanan Melayu.

Ada Nasi Lemak, Satey, Mee Bandung, Nasi Goreng dan sebagainya,

Ada juga orang Arab yang datang untuk merasakan resipi orang Melayu.

Sesampainya kami di sini, Hj. Arshad dan Isterinya telah menanti dengan meja yang telah disambungkan dan makanan yang telah siap di tempah.

Kami semua bersalaman dan duduk menjamu selera sambil berbual mengenai keadaan di Mekah.

Alhamdulillah, anak-anak yatim al-Ijabah telah dapat mencium Hajar al-Aswad. Hanya dua orang sahaja yang belum. Yang perempuan pun sudah. Rezki mereka.

Masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Ada yang melucukan, ada yang mendebarkan, ada yang mencuit hati dan ada yang mengkagumkan.

Ada anak Ijabah yang kena gigit ketika sibuk nak mencium Hajar Aswad.

Yang berbekas lengan kena cakar pun ada.

“Muslimah Arab tu minat tengok awak tu, badan kiut-kiut, tu yang kena gigit tu” saya mengusik.

Haji Arshad, pengusaha hotel di sini. Ramai  peminat yang mencari beliau untuk urusan hotel. Sesiapa yang berminat menghubungi beliu boleh terus ke blog beliau.

Apa pun, saya berterima kasih kepada Hj. Arshad sekeluarga yang sudi menjemput dan meluangkan masa untuk anak-anak al-Ijabah ini. Semoga terus dirahmati Allah. Amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

29 Mac 2010 jam 3 petang

IMG_4620

D’Saji

IMG_4624

Haji Arshad

IMG_4634

Bersama sahabatnya Hj Mohd Azli Abdul Aziz

IMG_4653

Sesekali, ada yang menyapa kami…

Universiti Kehidupan 148 – “HasbunAllah Wa Nik Mal Wakil” (Cukuplah Allah Bagi Kita Sebagai Pembela)

Kalau sebut tanah suci, kita pasti akan rasakan bahawa tempat ini adalah tempat yang berkat, manusianya pun, telah bersikap ala-ala malaikat.

Tetapi Mekah, adalah tempat penyuci dosa bagi manusia. Berbagai perangai dapat dilihat di sini.

Orang Jerusalem menggelar tanah dan tempat ini dengan ungkapan:-

“Khirul Kubbah’ah wa sarrun nas” (sebaik-baik bonjolan (kaabah) dalam waktu yang sama masyaratnya ada yang paling teruk)

Tapi saya lebih suka ungkapan orang Mesir:-

An-Nas kal Maadin (manusia itu seperti galian).

Di dalam perut bumi ada macam-macam galian, ada yang berguna dan ada yang tidak. Macam tu juga manusia, ada yang berguna, ada yang tidak.

Tidak kira di mana-mana tempat sekalipun, yang baik dan yang kurang baik pasti ada.

Bak kata pepatah Melayu:-

“Dalam Setandan Pisang, Tidak Semuanya Baik”

Di bumi Mekah ini, sering kita melihat orang bertengkar, di kedai, di dataran, di tandas, di dalam masjid hingga di hadapan Kaabah pun ada juga yang bergaduh.

Semalam 28 Mac 2010, sewaktu pulang dari Masjid al-Haram selepas solat Asar, saya mendengar dari jauh orang terpekik dan menjerit.

Di satu sudut orang berkumpul.

Satu pergaduhan berlaku antara penguatkuasa dengan peniaga haram kaki lima.

Penguatkuasa yang datang cuba merampas barang seorang lelaki penjual hadiah, lelaki ini cuba mempertahankan barang-barangnya agar tidak dirampas. Kereta sorong barang-barang ini telah diangkut naik ke atas pacuan empat roda, tinggal barang-barang sahaja belum lagi.

Penguatkuasa muda ini sungguh keras, dia seboleh-boleh ingin menyita barang-barang ini.

Tetapi, jemaah yang pulang dari masjid, ramai-ramai menghalang daripada barang-barang ini diangkut ke dalam kenderaan penguatkuasa.

Orang Turki membebel dengan bahasa Turkinya, orang Pakistan dengan bahasa Urdunya, orang Arab dengan loghat Arab pasarnya.

Semua berkumpul dan tidak membenarkan penguatkuasa ini merampas barang peniaga ini.

Hinggalah penguatkuasa ini memanggil dengan Walke Talkie nya pegawai yang lebih tinggi. Tidak lama selepas itu, datang seorang yang agak berumur.

Dia menghampiri pergaduhan dan tolak menolak ini. Setelah mendengar beberapa penjelasan peniaga ini, dia mengarahkan agar dilepaskan peniaga ini.

Rakan peniaga ini terus membawa barang perniagaan ini pergi jauh dari penguatkuasa. Tetapi peniaga kaki lima ini masih terus tidak puas hati dan terus menjerit-jerit melepaskan perasaannya.

Penguatkuasa muda yang memang telah marah, mula bertindak kasar. Tetapi kedua-dua dileraikan oleh orang ramai.

Tiba-tiba seseorang memekik:-

“Hasbunallah Wa Nik Mal Wakil…..”, “Hasbunallah Wa Nik Mal Wakil…..”, “Hasbunallah Wa Nik Mal Wakil…..”

(Cukuplah Allah bagi kita sebaik-baik pembela)

Seperti brek pada kereta. Semua terus diam dan tenang.

“Ya, Allah, hebatnya namaMu” bisik hati saya.

Terus masing-masing reda dan perlahan-perlahan bersurai.

Begitulah mansia, jika masih ada iman, disebutkan nama Allah, pasti terasa perlunya kembali kepada ajaranNya. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat- ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Surah al-Anfal ayat 2)

Bagaimana kita? Bagaimana jika kita bertengkar dengan suami atau isteri kita, atau dengan rakan sekerja, atau rakan sekelas, atau jiran, atau orang yang kita berurusan?

Agak-agak kalau disebut nama Allah, boleh terus sejuk tak?

Atau ketika diingatkan pada kita:-

“Sabar, Sabar, InnaAllaha Maas Sabirin…”

Ini jawapan kita…

“Apa birin- birin….”

Aduh, jauh lagi kita dari menjadi orang yang soleh.

Tapi, apapun keadaan kita, kita baikilah diri kita, supaya ia semakin hampir kepada sunnah yang diajarkan oleh Nabi.

Mungkin hari ini kita kurang berjaya, tapi dengan usaha yang berterusan, mudah-mudahan, Allah bantu kita memperbaiki diri kita.

Sesungguhnya, Allah tidak melihat di mana kita bermula, tetapi Dia mahu melihat di mana penghujung kita.

Ini kerana, penghujung yang baik adalah permulaan yang baik…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

13 Rabiul Akhir 1431/29 Mac 2010 jam 9.00 pagi

Penguatkuasa muda yang begitu tegas untuk merampas barang peniaga kaki lima

Troli peniaga ini telah dinaikkan di atas pacuan empat rodanya

Peniaga ini mempertahankan barangannya sambil dibantu oleh jemaah dari masjid.

Barangan ini berselerak di bumi

Datang pegawai kepada penguat kuasa dan melepaskannya

Tetapi keadaan menjadi tenang apabila nama Allah disebutkan…. Maha Agungnya Engkau Ya Allah…..

Universiti Kehidupan 147 - “Lima Riyal Ya Jawa….”

Hari ini 29 Mac 2010, selepas solat Subuh, seperti biasa, saya akan duduk sebentar, beriktikaf di dalam Masjidil Haram.

“Mmm, tenangnya, patutlah Nabi cukup menggalakkan beriktikaf” bisik hati saya.

Siapa yang berikan ketenangan? Bukan manusia, kerana sekaya mana manusia, dia tidak mampu membeli ketenangan.

Kalau tidak, masakan firaun itu cukup gundah hatinya, padahal dia merupakan orang paling kaya, berpengaruh dan cukup hebat berkuasa di zamannya.

Tetapi yang memberikan ketenangan adalah Allah. Dialah yang empunya ketenangan dan Dialah yang menitiskan ketenangan pada siapa yang Dia kehendaki. Allah berfirman:-

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah al-Fath ayat 4)

Ketika matahari mula menyinsing, saya melangkah keluar dari Masjidil Haram.

Di jalan pulang ke Hotel, terdapat ramai penjual-penjual kaki lima.

“Ya Jawa, Ya Jawa, Lima Riyal, Lima Riyal ya Jawa…”

Saya dikejutkan dengan panggilan seorang wanita penjual makanan burung. Memanggil saya dengan nama Jawa, dengan pelat Arab cuba bercakap bahasa Melayu.

Dengan wajah bertutup dengan kain purdah hitam, hanya kelihatan dua biji matanya, dia berusaha menjual makanan burung tersebut pada saya.

Pagi ini, burung merpati Mekah banyak berkumpul di dataran masjid, dan beberapa orang menaburkan makanan burung yang dibeli.

Saya memerhati burung ini. Rezkinya Allah datangkan melalui tangan manusia yang menderma.

Begitulah Allah menjadikan kitaran rezki makhluknya. Selagi mana ada nyawa, selagi itulah rezki tetap ada. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh) (Surah Hud ayat 6)

Melihat burung yang selesa makan dan kemudian terbang ke sana ke mari, menjadikan hati ini mengkagumi kebesaran Allah.

Dialah yang menciptakan makhlukNya, dan Dialah yang menciptakan rezki bagi mereka.

Kita manusia, selalu risaukan mengenai rezki kita sedangkan ia memang telah disediakan oleh Allah selagi mana kita ada nyawa.

Selagi mana kita memerlukan sesuatu keperluan, pasti ia akan dicukupkan oleh Allah.

Yang menyebabkan kita rasa kurang bukan kerana tidak cukup, tetapi kerana rasa tamak kita.

Dengan rasa tamak, kita cuba memiliki sesuatu, walaupun caranya salah, walaupun sumbernya salah, walaupun hasilnya salah.

Akhirnya, keghairahan untuk memiliki  menghilangkan rasa tenang pada diri.

Kita akan merasa sentiasa cemas dan takut.

Mencari rezki, takut tak dapat, dah dapat, takut tak cukup, membelanjakan, takut habis.

Akhirnya, rezki yang sepatutnya menjadi hamba pada kita, kita pula menjadi hamba pada rezki.

Inilah kebanyakkan manusia. Hilang kebahagiaan hidupnya kerana rasa tamak untuk memiliki.

Satu yang perlu kita faham adalah, mintalah pada Allah yang Maha Memiliki, dan fahamilah bahawa, sesungguhnya kita ini tidak memiliki dan tidak dimiliki.

Tenangkan hati, usaha semaksima mampu, serahkan pada yang Maha Memberi, nanti, kita tidak akan kecewa, hati akan sentiasa bahagia.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

13 Rabiul Akhir 1431/29 Mac 2010 jam 7.45 pagi

“Lima Riyak Ya Jawa….”

Penjual makanan burung di dataran masjid

anak-anak peminta sedekah di Mekah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...