Wednesday, September 16, 2009

Diari 113 - Di Sebalik Tabir "Tanyalah Ustaz"

Alhamdulillah, syukur, pada hari ini, selesai sudah program “Tanyalah Ustaz” di TV 9 yang bertajuk Universiti Ramadhan.

Saya ingin berkongsi sedikit di sebalik tabir program ini.

Biasanya, saya akan bertolak dari rumah selepas solat subuh jam 6.00 pagi. Untuk sampai ke Sri Pentas hanya mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja.

Kadang-kala, penerbit akan menelifon saya:-

“Ustaz, kita ada 10 minit lagi ye”

Hari pertama perjalanan tidak ada masalah. Hari kedua, perjalanan di limpah dengan hujan. Pagi ini, saya menempuh hujan renyai di beberapa tempat.

Program “Tanyalah Ustaz” kali ini tidaklah seberat hari lain. Ini kerana, tajuk berkaitan Ramadhan memang telah tiap-tiap tahun di bahaskan.

Kalau bulan-bulan biasa, kebiasaanya, saya mengambil masa berhari-hari untuk mengulangkaji tajuk yang akan dibahaskan.

Cuma, kali ini, berat dari sudut kesibukan. Dengan program-program bersama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah dan juga dengan rumah HIV Darul Ukhwah.

InsyaAllah, hari Jumaat ini, saya akan bersama lagi di dalam program al-Kuliyyah TV 3 jam 5 petang.

Semoga Allah terus membantu sedikit usaha mencari keredaannya ini, amin..

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

16 September 09 jam 8.44 pagi

Semoga terus dirahmati Allah

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...