Thursday, September 10, 2009

al-Ijabah 22 - Catatan Darul Ukhwah

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke tanah air pada jam 9.00 pagi 8 September 09. Hari pertama sampai kali ini, hanya berehat hinggalah berbuka.

Malam ini, saya bersolat tarawih dengan anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di USJ 4 Subang Jaya. Alhamdulillah, melihat saya datang, mereka semua ramai-ramai bangun dan bersalam. Semuanya ceria.

Oleh kerana siang hari ini telah banyak berehat, malam ini saya tidak dapat tidur. Saya bertemu dengan rombongan sahabat yang akan bersama-sama saya ke Iran/ Uzbekistan pada 22 September ini.

Pada solat subuh 9 September 09, saya bersolat di rumah HIV Darul Ukhwah. Saya sampai 5 minit sebelum waktu subuh masuk.

Alhamdulillah, kami bersolat bersama-sama.

Selepas solat Subuh, kami berbual-bual mengenai perjalanan Darul Ukhwah.

Selama dua minggu saya ke Mekah, jarang pengisian rohani yang dibuat, maka terdapat permasalahan itu dan ini. Saya mendengarkan permasalahan yang diutarakan.

Memang manusia, perlu selalu diingatkan. Jika tidak, maka mereka akan sentiasa lupa. Yang paling membimbangkan, apabila lupa berterusan.

Jam 2 petang 9 September 09, saya, pihak pentadbiran Darul Ukhwah, dan semua penghuni sekali lagi berkumpul.

Perkumpulan dimulakan dengan ingatan agar semua warga Darul Ukhwah sama-sama bahu membahu di dalam menjalanan kehiduapan seharian.

Memang terdapat banyak kekangan di sini. Ia bermula dengan kenderaan yang belum lagi diperolehi. Ia menyebabkan kandang kala, penghantaraan penghuni yang sakit ke hospital agak sukar.

Ada yang kita mampu untuk hantar ketika pergi ke hospital, tetapi balik, mereka terpaksa balik sendiri.

Walaupun peruntukan dari MAIS telah ada sejak hampir 3 bulan lepas, tetapi ia belum disalurkan lagi.

“saya harap kita semua bersabar terutamanya pembantu yang kita janjikan elaun untuk bersama-sama di sini” kata saya.

Apabila telah diwar-warkan bahawa peruntukan telah diberikan oleh MAIS, ramai yang tidak lagi bersama-sama untuk membantu rumah HIV ini.

“Alah.., kan peruntukan dari MAIS hari tu banyak, tak perlulah sumbangan dari orang lagi” kata salah seorang yang saya temui.

Tetapi hakikatnya, telah masuk ke tiga bulan, ia belum disalurkan. Jadi memang terdapat banyak yang agak tersangkut untuk setakat ini.

“Bersatulah, ada orang yang sedang menunggu-nunggu untuk memperbesarkan kelemahan yang ada, cuma Allah itu lebih berkuasa” saya mengakhiri tazkirah saya sebelum membuka kepada semua warga Darul Ukhwah untuk menceritakan permasaalahan masing-masing.

Saya menghubungi puan Noraini dari Audit MAIS dan Nurhani dari Bahagian Undang-Undang.

“Memang ada banyak lagi yang belum diuruskan ustaz, tapi tak apa ustaz, bagi saya dua tiga hari untuk usahakan” kata puan Noraini dari Audit MAIS.

Di akhir pertemuan, salah seorang warga Darul Ukhwah bertanyakan:-

“Abis ustaz, duit makan minggu ni macam mana ye” katanya.

“Minggu lepas, duit makan dia orang, Hani sumbangkan” kak Liza memberitahu.

Nurhani yang memang tahu peruntukan dari MAIS belum dapat, telah menyumbangkan RM 500 untuk minggu lepas. Terima kasih saya ucapkan.

“InsyaAllah, saya usahakan” kata saya.

Ada tiga perkara yang paling penting di sini.

1. Kenderaan untuk mereka ke hospital
2. penggajian orang yang bekerja di sini
3. keperluan harian mereka.

Bagi sewa rumah, setakat ini telah dapat diusahakan.

Walauapa pun, saya tetap yakin, usaha mengeluarkan mereka dari gereja telah diizinkan Allah, takkan Allah nak biarkan pula, ketika mereka berada bersama kita orang Islam.

Cuma sedikit usaha dan kesabaran akan mencambahkan lagi keredhaannya, jika kita sentiasa bertawakkal kepadaNya.

“Diari, Mencatat Sejarah Merakam Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 September 09, jam 6.30 pagi
Saya sampai ke sini, lima minit sebelum subuh dan mereka semua telah bangun dan bersedia untuk solat
Kami bersolat bersama-sama
Jam 2 petang, tazkirah dan mesyuarat di adakan
Di akhiri dengan doa. Semoga Allah terus membantu usaha ini, amin...

4 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,

selamat kembali ke malaysia. setiap perkara yg dibuat pasti ada cabarannya namun saya percaya masalah utama yg membelenggu darul ukhwah akan selesai juga. Sumber itu pasti ada yg kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dari mana datangnya. saya harap usaha ini akan terus berjaya

Shahabudeen Jalil said...

cuba tengok berita MAIS dari website MAIS.

http://202.75.48.108/~portalma/index.php?option=com_content&view=article&id=268:pesakit-hiv-di-gereja-dibantu&catid=16:bertamais&Itemid=31

"Bagi memastikan perjalanan kedua-dua rumah ini lancar, MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor akan memperuntukkan bantuan bulanan sebanyak RM25,000 di samping kos permulaan penubuhan kedua-dua rumah ini berjumlah RM 140,000 bagi kerja-kerja pemindahan pesakit, pengubahsuaian dan pembelian peralatan."


Tunggu dan tunggu.

Anonymous said...

syaitan suke tgk orang yg bersyak wasangka buruk...

org zaman sekrg..wat to do... dah berlagak bagus

black said...

Salam Ustas.

Pelajar perubatan UiTM sekarang sedang mengikuti program tentang pesakit AIDS,

Kerana masih wujud penyakit stigma dikalangan masyarakat termasuk doktor sendiri dan mereka enggan merawat pesakit AIDS.

dalam 80,000 pesakit hanya 45 orang doktor yang sanggup menjadi pakar dalam bidang penyakit berjangkit untuk merawat pesakit ini.

Harap Uztaz dapat beri cadangan untuk kesedaran dari tahap semasa menjadi pelajar perubatan lagi.

Wallahualam.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...