Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Diari 419 – Perjalanan Universiti Kehidupan Palestin ke 17

29 Mei 2012, perjalanan Universiti Kehidupan bermula lagi. Seramai 59 menyertai rombongan.

Saya memang memilih tarikh ini kerana ia bersempena dengan israk dan Mikraj, jadi penghayatan kisah mulia ini sudah tentu dapat dirasakan lebih mendalam bagi peserta.

IMG_9862

Rombongan kali ini berada di Baitul Maqdis tidak lama kerana kami akan meneruskan perjalanan ke Mekah dan Madinah pula

IMG_9823

Seperti biasa, perjalanan masuk ke al-Aqsa di kawal ketat. Rombongan kali ini ramai anak muda, jadi banyak juga yang kena periksa betul-betul ketika nak masuk.

IMG_9837

Suasana di dalam batu tergantung saat ini

IMG_9872

Suasana di dalam masjid Marwani, masjid bawah tanah di al-Aqsa

IMG_9904

Santai bersama jemaah sambil berkongsi kisah dan pengalaman di al-aqsa

IMG_9925

Berjalanan di Old City Of Jerusalem, terdapat 1001 sejarah di dalam kota lama ini.

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

2 Jun 2013 jam 8 pagi

Thursday, April 18, 2013

Diari 418– Temasya Sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin

“Hari ini saya berkumpul dengan anak murid saya ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, satu hari nanti saya ingin berkumpul dengan kamu semua di tempat lebih hebat, di dewan Parlimen, di Dewan Perniagaan yang hebat, dan majlis perbentangan kertas kerja peringkat Antarabangsa, kamu adalah pelapis kepimpinan akan datang…”

Inilah antara petikan ucapan yang saya berikan pada anak murid saya dari Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) di majlis Temasya sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) kali ke lima.

13 April 2013, bermula jam 9.00, pagi, temasya sukan telah diadakan. Saya memang tidak sempat untuk mengikutinya sejak awal, hanya sempat untuk merasmikan majlis penutup temasya sukan ini.

Ia melibatkan juga ibu dan ayah pelajar. Semoga anak-anak pelajar ini terus cemerlang di dalam hidup mereka, insyaAllah.

IMG_7788

Allah menyukai orang mukmin yang kuat tubuh badan mereka.

IMG_7813

Walau di tengah terikan panas, tapi anak murid saya ini tetap bersemangat

IMG_7842

Sama-sama melaungkan Asmaul Husan

IMG_7844 

IMG_7854

Ucapan perasmina penutup

IMG_7861

Unit fotografi

IMG_7922 

IMG_7976

ini adalah dari Maahad Rendah Sains al-Quran al-Amin (MARSAA). KIta memulakan MARSAA bermula darjah 4, ia adalah sekolah rendah yang menggabungkan hafalan al-Quran dan Akademik

IMG_7982

IMG_8019

IMG_8064

Pemenang keseluruahan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

18  April 2013

Wednesday, February 6, 2013

Diari 418 – Kembara Maulid 2013 (3) Majlis Daerah Kuala Langat

IMG_0946 

29 Febuari 2013 jam 9.00 malam, saya memenuhi undangan forum anjuran Majlis Daerah Kuala Langat di lapangan Majlis Daerah.

IMG_0975

Malam ini sebenarnya saya mula demam, mungkin pertukaran cuaca dari terlalu sejuk di Palestin ke panas di Malaysia.

 IMG_0982

Rakan Ahli panel malam ini ialah ustaz Halim Din. Forum di hadiri juga oleh YB bagi DUN kawasan sini.

Macam ini yang kita mahu, kalau YB datang forum, anak masyarakat pun insyaAllah akan minat pada majlis ilmu, tapi kalau YB kaki dangdut, anak buat dua kali ganda kakinya nanti.

Diari 416 – Kembara Maulid 2013 (1) Perumahan PDRM

Isnin 28 Januari 2013

Sekembalinya saya dari Palestin, bermulalah kembara Maulid Nabi SAW. Ini kerana waktu ini ialah bulan sambutan Maulid Nabi SAW

IMG_0858

Ingin saya kongsikan program saya di  Perumahan PDRM Sri Wilayah Barek Polis Jalan Sentul

 IMG_0859

Perumahan PDRM ini telah dibina sejak tahun 1975

 IMG_0863

Bersama dengan anggota Polis yang menjadi AJK majlis malam ini.

 IMG_0828

Di sini, ada kumpulan marhaban, sebelum majlis bermula, AJK program telah memulakan dengan membaca marhaban

 IMG_0832

 

 IMG_0834

 IMG_0843

 IMG_0846

Sempena dengan majlsi maulid, saya juga memulakan dengan bacaan selawat pada Nabi saw

 IMG_0848

Jemaah yang hadir sama berselawat

 IMG_0853

Semoga, kecintaan pada Nabi menjadikan kita sentiasa berusaha menjadi umatnya yang baik.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

6 Febuari 2013 jam 12.30 tengah malam

Saturday, December 1, 2012

Diari 415 - Makam Nabi Samuel

Kenapa saya sangat suka bumi Palestin ini?

Ya, ia satu bumi yang disebut di dalam al-Quran, bumi para Nabi, banyak perkara yang dapat kita pelajari di sini dan sebab itu saya namakan ia sebagai perjalanan "Universiti Kehidupan"
Kesempatan kali ini, saya menzirahi makam Nabi Samuel, seorang Nabi yang menjadi hakim di zaman Talut dan zaman Nabi Daud a.s
 Nabi Samuel adalah antara Nabi yang berusaha menghakimi pesalah pada zaman Talut dan Nabi Daud dengan adil dan saksama. Selain dari menjalankan tugas baginda sebagai hakim, baginda juga giat berdakwah untuk kaumnya.
 Pada waktu ini, makam Nabi Samuel telah di ambil sebahagianya oleh orang Yahudi. Mereka bersembahyang dan berdoa di dalam makam ini.

Orang Yahudi akan menggunakan lilin di dalam meminta hajat mereka.Gambar di atas adalah gambar tempat lilin yang terdapat di hadapan makam Nabi Sameul.
 Orang Yahudi bersembahyang di sini dengan berbagai cara, ada yang membaca kitab, ada yang berdoa dan ada yang meniupkan trompet dari tanduk binatang (insyaAllah kita akan kongsikan di Youtube nanti)
 Banyak makam para Ambiya di sini telah dibagi dua, sebahagian untuk orang Islam dan sebahagian untuk orang Yahudi, antaranya makam Nabi Ibrahim di Hebron, makam Nabi Daud di Jerusalem dan lain-lain lagi.
Di atas makam ini adalah masjid, dan oleh kerana makan di bahagian bawah ini telah diambil oleh orang Yahudi maka orang Islam membuat altar dibahagian atas sebagai tanda makam Nabi Samuel di bawahnya.
Satu lagi yang saya suka menjejaki makam para Nabi ini ialah kitab-kitab sejarah setempat yang tidak terdapat di negara kita.  Saya sempat merujuk kitab sejarah yang menukilkan sejarah Nabi Sameul di sini.
Makam Nabi Samuel ini terletak di atas bukit dan ketika tentera Salib datang ke sini, mereka menamakan kawasan ini sebagai "Mountain Of Joy". Ini kerana Baitul Maqdis dapat dilihat dari atas bukit ini. Ia hanya berjarak 4 kilometer sahaja.

Dari atas bukit ini juga, tentera Salib merancang untuk menawan Baitul Maqdis.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
30 November 2012 jam 10.30 malam

Diari 414 - "Perjalanan Universiti Kehidupan Ke 10 al-Aqsa"

26 November 2012, bermulalah perjalanan Universiti Kehidupan ke 10 al-Aqsa. Perjalanan kami kali ini agak mencabar tetapi menarik dengan pengalamana baru kerana dua sebab, 

Pertama,  kala ini tentera Israel sedang asyik mengebom Gaza, kami akan dapat melihat reaksi orang Palestin dan orang Israel di Jerusalem.

Keduanya ialah kerana kehangatan kempen Israel untuk menolak permohonan Palestin menjadi status  dari "non-member observer entity" kepada non-member obsever state" seperti yang diperolehi oleh Vatican City di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Kala ini, orang Palestin di Bethlahem mengibarkan bendera Palestin di banyak tempat, mereka keluar ke jalan raya memberikan bendera kepada orang ramai sambil menyanyi dan melaungkan takbir. 

Kami sampai di lapangan terbang Queen Alia di Amman pada jam 5.50 pagi waktu tempatan. Kala ini, perbezaan jam Malaysia dengan Jordan adalah lima jam sedangkan dengan jam di Palestin adalah 6 jam.


Rombongan kali ini agak cepat juga, dalam sejam lebih kami telah selesai berurusan dengan imigresen. Kami terus ke Jericho, sebuah kota yang digelar dengan "City Of The Moon"
 Menikmati makanan di Jericho memang mengasyikkan terutama pada musim sejuk kerana perut mudah merasa lapar kala ini.
 Waktu Subuh kala ini di al-Aqsa ialah jam 4.52 pagi, jam 4.00 pagi, saya dan rombonga telah ke masjid. Setelah semua jemaah masuk ke Masjid, saya duduk sebentar menikmati suasana sejuk di pagi hari di masjid  di kawasan al-Aqsa, masjid yang penuh barakah.
 Waktu solat di Jerusalem
Gambar kenangan rombongan UK 10 (Universiti Kehidupan ke 10) di Yafa, pantai tempat Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan.
 Suasana di Bethlahem ketika mereka menunggu jawapan dari undian status Palestin sebagai  "non-member obsever state"
 Anak-anak mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk.
Ramai yang keluar di jalan untuk meraikan keputusan yang akhirnya usul yang dibenangkan oleh Mahmood Abbas di terima di PBB.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
30 November 2012 jam 9.00 malam

Saturday, November 3, 2012

Diari 413 - "Takbir Raya Korban Di al-Aqsa.."

Alhamdulillah, dapat saya kongsikan pengalaman bertakbir hari raya Aidil Adha di dalam Masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan buat kita, amin...

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 November 2012 jam 3.15 pagi

Thursday, November 1, 2012

Diari 412 - Semanis Kurma TV9 "Tiada Cinta Tiada Nafkah"

1 November 2012 jam 9.30 malam.

Pulang dari Palestin sehari sebelumnya, saya memenuhi program "Semanis Kurma" TV9. Walaupun agak letih, tapi saya cuba mengupas dengan sebaiknya soalan yang diajukan. Dengan izin Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan.

Tajuk malam ini adalah "Tiada Cinta Tiada Nafkah" satu tajuk yang menarik. Ini kerana pada saya, persoalan nafkah adalah persoalan yang agak banyak berlaku di tengah masyarakat kita.

Kesimpulan yang dapat dibuat malam ini ialah masing-masing pasangan perlu meningkatkan ilmu mengenai kekeluargaan. Ini kerana manusia dibentuk apa yang ada pada akal dan hati mereka.

Jika akal kosong dengan ilmu, bagaimana ingin mengharungi rumahtangga dengan sebaiknya. Selepas akal diisi dengan ilmu, maka hati perlu diisi dengan tarbiah pula, kerana tanpa tarbiah, ilmu yang ada di akal hanya tinggal sebagai teori semata-mata tanpa ada kekuatan untuk diamalkan.

InsyaAllah, perkongsian malam ini akan kita kongsikan di Youtube nanti.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 November 2012 jam 11.45 malam

 Suasana dalam studio
Tajuk perbincangan malam ini agak menarik kerana ia rapat dengan keadaan semasa masyarakat

Wednesday, October 31, 2012

Diari 411 - "Korban Dan Masyarakat Sekitar al-Quds.."

26 Oktober 2012...

Hari raya pertama di sini sangat meriah.

Selepas Asar saya menguruskan korban yang dirancang dan dianjurkan di Ramallah.

Berhari raya di rumah orang di sini, saya dihidangkan dengan buah-buahan dan berbagai manisan. Ia seperti jamuan kuih raya di Malaysia. 


Di sini, kebanyakkan dan kebiasaannya, sembelihan lembu di buat di rumah penyembelihan.
Berbeza dengan budaya di Malaysia, kita membuat korban dengan melihat harga lembu, mungkin sesetengah masjid satu bahagian RM 400, dan masjid yang lain RM 430 atau RM 450 dan sesetengah kita akan terus memandang serong pada masjid yang mahal tanpa kita mengambil kira saiz lembu dan kos pengangkutan. 
Di sini, mereka bukan mengutamakan harga lembu, mereka mengutamakan kegemukkan lembu, semakin gemuk semakin bagus tanpa mengira soal harga, pada mereka ibadah kurban hanya setahun sekali dan ia perlu dibuat dengan terbaik. 

 Kemudian, setiap sembelihan, imam atau orang yang dihormati di sesuatu tempat itu terus menyenaraikan orang miskin yang ingin diberikan daging korban.
 Selepas selesai urusan korban, saya dijemput berhari raya di rumah Syeikh Ali, seorang pengamal perubatan Islam di kota Jerusalem ini. Beliau menghidangkan saya nasi "Mansaf" iaitu nasi kambing yang dimasak ala Arab.

Menurut beliau, banyak sihir dan gangguan jin kafir di sekitar Jerusalem dan beliau antara yang terlibat di dalam membantu orang yang disihir atau terdapat gangguan mahkluk halus.

"Mana datang pengamal sihir ini"tanya saya.

"Banyak, dari orang Arab ada dan dari orang Yahudi pun ada" kata Syeikh Ali.

"Gangguan jin pun ada di sini" kata Syeikh Ali lagi.

Saya sempat mempelajari beberapa perkara mengenai alam jin dan sihir dari beliau terutama dalam konteks kota Jerusalem dan tanah di Timur Tengah ini.

Ini kerana karenah jin di setiap tempat berbeza, di Nusantara golongan jin ada karenah dan angkaranya tersendiri, di negara Arab juga begitu, ada yang terjadi di negara Arab tidak ada di Nusantara dan begitu juga sebaliknya.

Setelah beberapa kali ke al-Quds ini, banyak yang dapat dipelajari dari kota penuh barakah ini. Sesungguhnya, ilmu Allah itu sangat luas dan tidak berpenghujung.

Cuma...

Adakah budaya ilmu menjadi budaya orang Islam...?

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
30 Oktober 2012 jam 9.45 malam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...