Thursday, July 16, 2009

Diari 89 - “Mahal juga katil dia orang ni, lebih mahal dari katil orang sihat,”

Rabu 15 Julai 09, jam 1.30 tengah hari. Saya, dan sahabat dari MAIS bersama-sama menemui En. Mohd Johar, Pengurus Besar Hospital KPJ Selangor, dahulu dikenali sebagai SMC. Pertemuan ini bagi membincangkan mengenai katil bagi pesakit HIV.

Sebagai seorang Islam, dia juga terpanggil dengan isu ini untuk sama-sama membantu. Apa yang boleh diusahakannya ialah memberikan katil-katil pesakit kepada rumah yang bakal didirikan nanti.

“Ini yang boleh saya bantu ustaz” katanya.

“Alhamdulillah, terima kasih. Sekurang-kurangnya, kos membeli katil dah selesai,” kata saya.

“Kita makan dulu ustaz,” kata En Johar.

Kami semua makan tengah hari bersama-sama. Selepas makan, En Johar mengajak kami melihat katil yang akan disumbangkan.

“Banyaknya katil.” Kata Nurhani.

“Berapa ustaz perlukan?” Tanya En Johar lagi.

“Untuk memulakan, saya perlukan 10,” kata saya.

“Ok, nanti ustaz buat surat,” katanya lagi

Hari ini, saya menghadiri satu mesyuarat dengan MAIS.

“Berapa ye, kos sebuah katil?” Kata Dato’ Khusrin ketika pertemuan hari ini.

“Mmm, mahal juga Dato’, dekat RM 2000 juga tu”, kata salah seorang ahli mesyuarat.

“Mahal juga katil dia orang ni, lebih mahal dari katil orang sihat,” Dato' menambah dengan sedikit senyuman.

Di dalam usaha membangunkan rumah HIV ini, saya menemui ramai tenaga-tenaga di luar sana.

Jika ada orang yang mahu menggerakkan, maka ramai sebenarnya orang Islam kita mahu bersama-sama berusaha untuk Islam.

Semoga, Allah yang Maha Pengasih terus menganugerahkan keikhlasan pada sesiapa juga yang membantu membangunkan usaha ini.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Shah Alam
Khamis 16 Julai 09, jam 9.00 malam Kami dijemput makan tengah hari di kafe hospital ini Bilik yang menyimpan banyak katil. Terima kasih diucapkan untuk tujuan amal ini. Semoga terus dikurniakan keikhlasan, amin..

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...