Saya dengan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jaffar Abdul, yang meninggal dunia, petang kelmarin akibat pendarahan usus.
Begitu juga untuk keluarga pengasas perniagaan sos dan kicap terkemuka keluaran Bumiputera jenama Aminah Hassan, Aminah Othman meninggal dunia, pagi semalam.
Juga kepada keluarga kakak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah yang meninggal dunia malam kelmarin
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menggolongkan mereka bersama orang-orang yang soleh, amin…
Mereka yang pergi telah bertemu Tuhannya. Kita yang tinggal pasti akan menyusul. Jadikan setiap takziah itu sebagai ingatan untuk diri kita, agar setiap hari, semakin kita mendekatkan diri padaNya.
“Sisiapan Mengumumkan Peristiwa”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
3 September 09, jam 7.30 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment