Sunday, September 6, 2009

Jawapan Pada Persoalan 58

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Ummi Zakirah Assalamualaikum W.B.T .Ustaz saya ada satu persoalan ,apa yang patut saya lakukan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan agama Islam, dengan belatar belakangkan bukan dari SM Agama .Jadi dalam SPM kelak tiada kepujian dalam subjek-subjek tertentu yang diperlukan .InsyaAllah ,Tk... 2009-09-04 10:01 PM

Masuk kolej swasta Islam. Nanti subjek yang berat, dia ada pra untuk subjek tersebut.

SJ tiadanama = hantu. Buang masa ckp dgn hantu. 2009-09-04 9:57 PM

Amar salam ustaz.. apa hukumnya melagukan asmaul husna diiringi/berlatar belakangkan muzik? 2009-09-04 9:56 PM

Harus jika untuk dakwah, haram jika untuk mempermainkan

lyn salam ustaz, saya telah membuat dosa besar dgn berzina dan saya telah insaf apa patut saya lakukan untuk mendapat pengampunan dari Allah ? yg kedua ustaz, pasangan saya jga turut mahu bertaubat tp tiada kekuatan dan cepat putus asa, dia anak yatim piatu sejak kecil tiada bimbingan agama? 2009-09-04 6:46 PM

1. usahakan untuk kahwin
2. Apa maksud dia mudah putus asa? Adakah dengan tak dapat tahan nafsu dan buat lagi? Anak yatim kalau perempuan mungkin orang ambil kesempatan, Kalau lelaki, sepatutnya dah dewasa boleh jaga diri sendiri.
3. Taubat sungguh dan doa Allah bimbing.

akah askum..ustaz..mcm mana ustz prgi palestin dgn isael sdangkan bukankah pasport kita mngatakan yang kita tidak boleh memasuki negara mereka(israel)? 2009-09-04 5:48 PM

ikut rombongan media.

razifembi Assalamualaikum Ustaz Amin, InsyaAllah bulan 10 kami akan menimang cahaya mata, doakan kami mendapat anak yang baik di sisi Allah dan dipermudahkan ..2009-09-05 4:17 AM

Amin, Allah kurnikan tuan anak yang soleh dan solehah

Lin Salam, sy rasa solat isyak x khusyuk tapi terus sbhyg terawih. Balik umh sbhyg isyak sekali lag. Bolehke? 2009-09-05 2:59 AM

Boleh..

Kak Yong Ustaz, sy ingin mencelah b/dgn ptyaan pn nur_izaiti.yg dimaksudkn ialah dgn memasukkn alat utk mencolek selaput/lendir yg terdpt di dalam faraj iaitu di bhg pgkl rahim utk dijadikan bahan kajian dn dikeluarkn balik. Alat tu bukanlah ditinggalkn di dlm faraj bagaimana jika dimasukkn utk seketika bagi tujuan rawatn, ustaz? Bukan ke itu yg pn nur_izaiti maksudkn...maaf ye kak yong mencelah.2009-09-05 12:41 AM

Soalannya, jika dimasukkan pada bulan puasa batal ke tak? Jadi, kalau masuk ke dalam faraj yang bahagian itu adalah bahagian dalam, maka batal puasa.

Soal, perkara itu boleh dibuat atau tidak, ia boleh dibuat.

Kak Yong Assalamualaikum ustaz, sy terus mencelah tdi tlupa beri slm trlbh dulu kerna prtama kali bekata2 di ruang ini w/pun telah lama mengikuti blog ustaz. 2009-09-05 1:38 AM

Tak ada masalah..

Alamz 2 ) Apakah taraf deposit - misalnya ada org nk menyewa rmh,sblum msuk dia dah bg deposit. duduk 3 hri, dia nk keluar. Adakah ptut kmbalikan depositnya atau bagi separu jer?? 2009-09-04 11:16 PM

Perlu bagi semua, sebab tujuan deposit hanyalah untuk jaminan jika dia tak bayar sewa atau tinggalkan bil api tidak dibayar.

Alamz Adakah boleh kita mengubh rmbut kitaa dari kerinting mnjadi lurus. Adakah haram? 2009-09-04 11:09 PM

Ada dua pendapat. Asasnya ialah adakah ia merubah ciptaan Allah atau tidak.

Pandangan yang mengatakan ia harus ialah apabila ia tidak ditakrifkan mengubah ciptaan Allah, kerana ia akan kembali kepada asal semula.

Yang mengatakan haram ialah ia ditakrifkan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Haiza Najwa Salam ramadan ustaz. Doakn sy dan anak2 srta dua ibu berjaya beramal d mlm lailatul qadar hingga k fajar. T.K 2009-09-05 10:50 AM

Amin.. Allah bersamamu

Ibu-ibu pelajar Uztaz, tlg doakan kejayaan anak2 kami di SK Taman Suria, Johor Bahru yang akan mengambil peperiksaan UPSR. 2009-09-05 7:41 AM

Amin.. Allah bersama mereka..

Ibu-ibu pelajar Ustaz, tlg doakan kejayaan anak2 kami di SK tayang akan mengambil peperiksaan UPSR 2009-09-05 7:39 AM

Amin.. Allah bersama mereka..

ummu bolehkah perempuan yang dalam haid menguruskan jenazah 2009-09-05 6:48 AM

boleh tetapi tidak afdal

neeysha ustaz,saya teringin nak join apa-apa program bersama-sama anak yatim..macam mana nak join ye?.. 2009-09-05 6:18 AM

insyaAllah, nanti saya akan maklumkan dalam blog ini.

aha salam ustz,seseorg itu terjaga tiap2 mlm&tunaikan qiamulail,adakah kebiasaanya sendiri @ drp yg Esa,ustaz tolng Doakan agar dijauhkan persn rar,riak,t 2009-09-05 4:49 AM

Allah telah memberi rezki kepadanya dengan mudah untuk beramal.

darling05 ustaz, nk tahu, mana yg lebih afdal, sunat dhuha atau sunat israq 2009-09-05 4:49 AM

dhuha

aha salam ustz,dlm menjalankan ibadt suruhanNya,kita terlupa akan zikir2@membaca tefsir alquran,apa pndpt ustz 2009-09-05 4:43 AM

Ibadah ada syarat sah, jika ditunaikan syarat itu, maka ibadah sah. Cuma, untuk penghayatan, perlu tingkatkan ilmu. Ibadah terus buat dan ilmu terus tingkatkan

hasli salam ustaz,apakah hukum meninggalkan solat eidulfitri@eiduladha,bolihkah sembhyang sendirian@jemaah dgn kelurga2009-09-05 4:40 AM

solat idul fitri itu sunat hukumnya. Jika tertinggal di masjid boleh buat di rumah

morazas Apakah hukum mengambil air sembahyang di tandas? 2009-09-05 4:36 AM

paling rendah makruh, boleh jatuh haram jika membaca doa wudhuk dalam tandas

yazihjahiri Salam, saya tertarik dngn. tawaran AirAsia, t. murah, ke Abu Dhabi, boleh Ustaz tolong bagi panduan perjalanan, nak gi umrah melalui Abu Dhabi. Maksud saya perjalanan darat atau udara. 2009-09-05 8:25 PM

kena udara. Lagi lebih kurang dua jam dengan udara.

Guest salam ustaz.apa kabar.hrp2 ustaz sihat.ustaz bolehkah seorang lelaki bela rambut panjang.adakah makruh atau haram 2009-09-05 7:19 PM

Tengok niat dan tujuan, boleh jadi harus, sunat, makruh dan haram.

amin Jom Ramai2 kita gegarkan myspacetunai!!! Mmg ssh nk percaya dgn benda..tp bila dh join, baru la tau betapa masyuk nye benda ni.add sy di ym arelal_87@ 2009-09-05 4:03 PM

lihat keabsahan syaraknya ye…

Nurkasih Saya hanya bermimpi mahu berjimak dengan suami, tetapi tidak mnegalaminya. Perlukah saya mandi wajub? 2009-09-05 2:43 PM

Tidak

Bayu Slm. Boleh ke solat witir 1 rakaat sahaja? 2009-09-05 2:42 PM

Tidak afdal. Witir paling kurang dibuat 3 rakaat sekali

Guest Saya masuk kerja lewat. Saya selalunya akan tidur semula selepas habis waktu subuh. Apakah hukumnya? 2009-09-05 2:39 PM

Hukum masuk kerja lewat atau hukum tidur subuh?

Kalau makan gaji, masuk lewat, maka haram. Kalau kerja sendiri, masuk lewat, tak ada apa-apa kecuali jika ada janji.

Tidur itu, asal hukumnya makruh, ia boleh juga jadi harus jika seorang yang kerja malam, selepas subuh, ambil masa rehat.

Guest Salam Ustaz. Apakah hukum solat jika hanya selepas solat baru tersedar ada "silotape" terlekat di tapak kaki? Sah kah solat? Perlu ke ulang semula? 2009-09-05 2:37 PM

Jika silotape terlekat ketika solat, solatnya sah. Cuma kalau yakin, silotape tu terlekat sebelum ambil wudhuk, maka tak sah solat sebab wudhuk tak sah, kena buka, hilangkan gam yang menghalang air, ambil wudhuk balik dan solat semula.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
6 September 09, jam 1.50 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...