Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
tonet 1-Ust, dlm th nie sy ada tgk seorg ustazah mkafankan jenazah ibu kpd jiran seblh rmh sy d surau. Persoalannya, cara yg d gunakan tdk sempurna spt mn yg pernah sy baca n lihat seblm nie. Sy ada menegur, tp ustazah tu buat x tahu je.... Apakah hukumnya, Ust? 2009-09-10 12:52 AM
Kaedah kafan yang digunakan di Malaysia adalah sempurna yang diajarkan oleh para Ulama kita. Asalkan ia tertutup dengan sempurna yang tidak mendedahkan keaibannya, maka boleh.
Hidup. Boleh ker kita berdoa untuk kaya raya. Kalau boleh apa doa yang mustajab. 2009-09-10 12:52 AM
Boleh, doa bahasa Melayu pun tak apa
tonet Salam Ust. Puasa Enam tu kena buat pd hari ke 2 dlm bln Syawal / pd bila2 masa dlm bln tsbt / blh d selang-selikan dlm bln tu? 2009-09-10 12:48 AM
bila-bila masa selagi dalam bulan syawal
doraemon Salam ustaz, apakah aurat sorg wanita dgn abang ipar nya? dan bolehkah ia bersalaman dgn nya? TQ 2009-09-10 3:58 AM
macam aurat dengan perempuan lain. Ini kerana, abang ipar boleh mengahwini adik iparnya setelah dia bercerai dengan kakak ipar.
Salam, elakkan
culatupai Assalamualaikum ! IBU/BAPA Pengamal ILMU HITAM , menasihati kedua ibu/bapa supaya bertaubat tapi enggan Salah seorang Anak Lelaki kesal lalu keluar meninggalkan keluarga Adakah Berdosa ? 2009-09-10 3:30 AM
Tinggalkan dalam erti menjauhkan diri dari di kelilingi perkara dosa itu tak apa. Tinggalkan dalam erti membiarkan langsung ibu bapa itu, tidak boleh
alimaz salam ziarah ustaz...timba ilmu sikit.. 2009-09-10 2:45 AM
silakan...
triani assalamualaikum buat semua pengunjung.. 2009-09-10 2:39 AM
waalaikum salam
a'ib ustaz,kadng2 perjalnan yg kita harapkan baik kepenghujngnya &sentisa berdoa agar dtetapkan iman tpi tiba2iman kita tersentap apa pndpt ust 2009-09-10 1:34 AM
untuk mengekalkan iman, ada 5 cara
1. Menjaga kepercayaan
2. menjaga perkara yang membatalkan iman
3. menjaga perkara yang melemahkan iman iaitu maksiat dan akhlak yang buruk
4. membuat perkara yang menguatkan iman iaitu ibadah dan akhlak yang baik
5. istiqamah dan doa
Kak Yong Salam ustaz, apakah adabnya sekiranya ketika sedang membaca ayat2 suci al-Quran, azan mula berkumandang? 2009-09-10 1:27 AM
Jawab azan
sa80 Ust, apa hukumnya lelaki & perempuan yang bukan muhrim berbual kosong di telefon (perbualan tidak mejurus kepada perkara2 ma'siat)? 2009-09-10 1:15 AM
paling rendah makruh
Nur Salam Ustaz, adakah salah seorang isteri sering mengingatkan suami berkenaan solat. Mohon ustaz bagi panduan. 2009-09-10 5:26 AM
Tak salah, Cuma kaedah cakap kena up gred
Nur Salam Ustza, apa hukum menngunting rambut di kedai bukan islam walaupun tukang gunting wanita. 2009-09-10 5:25 AM
Cari kedai gunting Islam dulu, kalau tak ada pilihan maka ada keringanan. Aurat perempuan muslim perlu dijaga di hadapan perempuan kafir seperti mana dia menjaga terhadap lelaki
Guest salam ustaz. saya ada nampak jemaah wanita solat dengan melapikkan muka mereka dgn telekung mereka waktu sujud. sah ke solat? 2009-09-10 5:14 AM
Pendapat yang kuat, tak sah
Guest salam ustaz. waktu sujud dalam solat, tangan saya berlapik dengan kain telekung. sah ke solat saya? 2009-09-10 5:12 AM
Tangan kalau dua-dua tak apa, tetapi tidak afdal
miza salam..ustaz, klu makmum xnak sbyg traweh 20 rakaat boleh ke imamnya tinggalkn makmum untuk buat smbyg 20 rakaat ditmpt lain.apa yg lbh afdal?
Boleh
Drew saya selalu berbuka dimasjid dan mengikuti tazkirah serta solat dan taraweh sekali. Mana yang kita patut dahulukan, majlis berbuka puasa jemputan ofis atau jemputan saudara berbuka dirumah berbanding dengan berbuka dimasjid dan solat 2009-09-10 4:27 AM
Yang paling besar yang paling terjalinnya ukhwah
Drew kiranya ada orang menegur kita selepas solat mengatakan dia ternampak kaki kita, adakah kena ulang solat tadi? 2009-09-10 4:24 AM
Kalau kita yakin dengan perkhabarannya, kena ulang
Drew Salam ustaz, saya sarat mengandung dan ingin bersolat tarawih berjemaah sambil duduk dikerusi. Adakah rukun dan wajib saya qiam dulu semasa takbiratul takbiratul ihram, dan selepas itu baru duduk dikerusi. 2009-09-10 4:20 AM
Berdiri bukan rukun bagi solat sunat
Fida, salam ustaz berapa umur mummaiz bg vseorg knk2 perempuan, ank ppuan sy umur 8thn, slhkah sy sebgi ibu mrhkannya kalau dia buat silap krn sy anggap dia patut ta tau yg mana salah dan betul, bila dah marah kesian dan menyesal, mungkin salah saya tak ajar betul2.... 2009-09-10 6:13 AM
Mumayyiz tak tentu umur, kalau sudah boleh membezkan yang baik dan yang buruk, maka kira mumayyiz
tonet Ust, bg mn pula semasa dlm ikhram kita pakai minyak angin sbb sakit kepala / pening? 2009-09-10 6:08 AM
tak boleh, kecuali dalam keadaan darurat yang tak ada pilihan
tonet 1-Ust, Semasa dlm ihram, sy tsentuh sabun mandi dgn tdk sengaja n Pak Imam yg mbawa rombongan kami ke Meca tlh m'arahkan sy mbayar DAM 1kg kurma yg b'harga ±RM60.00 n sy telah mberi wang tsbt kpd mutawif. Btl ke Ust cara tu? 2009-09-10 6:03 AM
pandangan lain tu...
Guest diri sy xtrurus smnjak dpt anak dn msih belaja smbil kerja,sy sering kpenatn.suami slalu marah sbb xdpt uruskn hal rumahtangga dgn baik trmasuk melaya layan suami.apa perlu sy lakukn,sy xbleh hidup dlm keadaan sentiasa dimarahi, blehkh sy benarkn dia utk brkahwin lg satu sbg 1cara mselamatkn rumahtan2009-09-10 5:41 AM
Boleh
Nur Salam,Sy ada terfikir mungkin ada hikmah Allah temukn sy&suami. tp kdng2 sy lemah ustaz utk kuatkan diri hadapi keadaan suami yg on off dlm solat. 2009-09-10 5:35 AM
Dah jodoh, ada hikmah. Barangkali, didatangkan puan untuk mengingatkan dia mengenai solat
Nur Salam Ustaz, akhir sekali apa hukum seorang isteri bertanyakan soalan mengenai suami dlm ruangan seperti ini. Salahkah ustaz? 2009-09-10 5:37 AM
Tak
Nur Ustaz, apa yang dikatakan IMAN dan apa yang dikatakan TAQWA. tq 2009-09-10 5:30 AM
Iman kepercayaan, ia akan membentuk taqwa. Taqwa ialah buah yang lahir dari iman seperti semakin sayang pada Allah, semakin berakhlak dan sebagainya
Nur Salam Ustaz. Apa pandangan islam jika diajukan pada seseorg muslim itu apa perasaannya apabila meninggalkan solat. Jwbnye tiada apa2 perasaan. 2009-09-10 5:28 AM
Kena dakwah pada dia
Guest 1. t salam. Ustaz, saya dah 3 tahun diganggu jin. hari2 dok dengar suara dia di telinga. Jin kafir ustaz. Soalan saya ialah: Bleh ke saya baca "3 Qul" sebagai zikir sblm tido semasa haid? Kalu x baca dia ganggu tido saya. camna dgn ayat kursi. Bleh niat zikir ke? Ustaz, doakan saya sembuh, sbb jin ni mengganggu kesemua amal ibadah saya. Doakan juga agar Allah sentiasa memberi bimbingan dan kesabaran pd saya. 2009-09-10 10:07 AM
Boleh
Saya doakan semoga Allah bersamamu
orang salam.apa hukumnya kerja bermajikan dengan orang kafir.ada pendapat kata makruh untuk lelaki 2009-09-10 9:22 AM
kalau ada alternatif, memang makruh
zuri salam ustaz..saya tertarik dgn doa akhir kuliah subuh di tv.boleh tak ustaz emailkan pada saya jika tak keberatan : mail. t/kasih 2009-09-10 8:50 AM
insyaAllah, saya akan bersiaran lagi di TV 9 pada 12-14 September ini, nanti rakam
karma apakah sebb doa x dimakbulkn 2009-09-10 8:34 AM
dosa dan putus asa
ct salam..jika kita hanya keluar darah istihadhah ketika membuang air kecil sahaja,boleh kah kita solat jamak dengan hanya satu wuduk sahaja? 2009-09-10 6:30 AM
boleh
ct salam ustaz..apakah hukum solat sunat selepas solat jamak taqdim zohor dan asar 2009-09-10 6:19 AM
tak ada solat selepas solat asar
Fida, salam ustaz apa cara terbaik nak maafkan seseorang, bila saya kecil hati, mulut kata maaf tp dihati sukar nk lupa.. boleh ke mcm tu? 2009-09-10 6:17 AM
Hati Allah punya, minta Allah ubah hati tu..
tonet Ust, seorg jemaah yg bsama2 rombongan kami tu x npk Kaabah yg b'ada d dpn mata dia. Mengapa, ek Ust blh jadi mcm tu ?2009-09-10 6:14 AM
Rabun kot?
Kalau memang tak ada masalah penglihatan, maka kena taubat banyak-banyak
Haslin salam uzt.. klu kita solat bsama2 anak yg belum baligh, bole kah niat solat kita tu menjadi imam? 2009-09-10 3:56 PM
Boleh
sejahtera ust, kalau kte solat tamam boleh jd makmum org yg solat sunat kan? so mcm tu solat isyak boleh la ikut jd makmum org yg solat terawih kan? tp sblum ni ust kate, taraf solat tu tak same, jd xbole..mcmane tu ye? tq atas pnjelasan.. doakan kami pljar prubatn um. smoge murah rzki ustaz 2009-09-10 2:53 PM
pandangan yang saya pegang tak boleh sebab taraf solat tak sama. Kalau tarawikh dan witir tak apa.
Aida Salam ustaz, zakat pendapatan wajib dibayar ke hukumnya sama mcm zakat fitrah. saya tengok sekeliling ramai je orang x bayar zakat pdapatan 2009-09-10 2:00 PM
Wajib kalau cukup nisab
jihad_ekonomi salam, bersama tgktkan kesedaran m'jaga kesihatan dgn memakai face mask.Lawati link utk facemask yg mnrk. insyaAllah. 2009-09-10 12:34 PM
Guest ustaz, orang yang masih ada hutang dgn PTPTN (bayar setiap bulan) kena keluar jugak ke zakat pendapatan? 2009-09-10 10:20 AM
Kalau pendapatan besar dan melebihi nisab, maka kena
syura' Pd umr brapakah seorg ank llki n p'puan akn mula mnanggung sndiri dosa2 mreka? 2009-09-10 10:16 AM
ketika dah baligh, umur baligh tak sama antara satu sama lain
blue ocean Slm ustz.Sy ada t'dgr pndpt mngatakn xprlu wat solat sunat isyra' krn solat dhuha sdh mcukupi..btl ke ustz? 2009-09-10 10:12 AM
waktu lain, isyrak ketika matahari terbit, dhuha ketika matahari segalah.
Guest 2. Bleh ke baca bismillah masa ambil wuduk sedangkan kat tepi kita ada toilet? 2009-09-10 10:10 AM
Tak boleh
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
11 September 09, jam 3.00 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
2 comments:
salam ustaz,
saya mngidap penyakit asthma (lelah). adakah batal puasa bagi saya jika saya menggunakan inhaler untuk melegakan sesak nafas (dgn cara menyedut gas ke dalam mulut).
terima kasih
tmbul kekeliruan disini..
bersetubuh disiang hari - batal puasa & dikenakan kifarah
i) aper pula hukum jika pasangan itu memang tidak berpuasa & melakukan persetubuhan?? adakah dikenakan kifarah juga??
ii) ape kah hukum mengeluarkan air mani secara sedar di siang hari pada bulan ramadhan dengan cara menggunakan tangan atau seumpanya? adakah dia juga akan dikenakan kifarah?
Post a Comment