Wednesday, September 16, 2009

al-Ijabah 24 - Sehari Bersama Advanced Maintenance Precision Management (AMPM)

Ahad 9 September 09, dua hari sebelum pulang ke Malaysia dari Mekah, sahabat saya Helmi dan Dato’ Yahya Jalil sampai ke Mekah.

Kami bertemu di hotel ditempat Dato’ Yahya duduk, Zam Zam Tower. Saya mula mengenali beliau ketika bersam-sama di dalam kembara Palestin, tahun ini.

Sepanjang di bilik, Dato’ Yahya selalu memasang MP3 bacaan Maulid Dibaie.

“Ini suara arwah mertua saya ustaz, dia memang mengamalkan bacaan selawat Maulid Dibaie” katanya.

“Oh ye ke!” Kata saya.

Memang, orang Johor terkenal dengan amalan bacaan selawat Maulid Dibaie dan Berzanji.

“Haa ustaz, macam mana program nak beli baju anak-anak yatim dan tahfiz ustaz” kata Dato’ Yahya.

Kami pernah membincangkannya sebelum saya bertolak ke Mekah.

“Saya balik hari Selasa 8 September, hari Sabtu 12 September bolehlah Dato’, kata saya.

“Ok, ok, nanti saya berhubung dengan Hani dan Isteri saya” kata Dato’ Yahya.

Kemudian beliau menghubungi isterinya.

“Ini nak bagitahu, pasal nak belikan baju anak-anak ustaz ni”

“Hah, ustaz masuk surat khabar hari ni, pasal apa? kahwin dua, kawin tiga, kawin empat? kata Dato’ bergurau dengan Datin.

Kebetulan hari ini, Ahad 9 Sepember, Berita Minggu membuat ulasan mengenai saya dan rumah HIV Darul Ukhwah.

Kami sebilik tergelak besar.

Sabtu 12 September, bertempat di Mydin, saya membawa anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah untuk mencari baju raya mereka.

Di Mydin, staf Dato’ Yahya, En. Shaharom Mohd Syarif, Puan Maizurah Idris dan Hani Ismayanti sudah menunggu.

“Datin kejap lagi datang ustaz” kata Hani pada saya.

Anak-anak ini beratur, pekerja Mydin membantu untuk anak-anak yang kecil membuat pilihan. Mereka dicarikan baju, seluar, kasut dan jam untuk raya.

Sedang anak-anak ini sibuk memilih, Datin Mahmudah Mat Ali, Isteri Dato’ Yahya datang.

“Maaflah ustaz, lambat sikit”

Setelah berbual dengan saya dan Ustaz Jazlan seketika, Datin berkata:-

“mana anak-anak tu, saya nak nengok kejap”

“Memang orang Johor betul, perkataan nengok ni, memang orang Johor aje guna”, kata Ustaz Jazlan.

Bukan main gembira lagi anak-anak al-Ijabah. Mereka saling membanding jam yang dibelikan.

Bermula jam 11.00 pagi, sampai 2 petang mereka berpusing-pusing di Mydin.

Di akhir pertemuan, Datin memberikan duit raya pada mereka.

Terima kasih saya ucapkan pada Dato’ Yahya dan Datin Mahmudah serta warga Advanced Maintenance Precision Management (AMPM) kerana menggembirakan anak-anak al-Ijabah. Semoga terus dirahmati Allah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

16 September 09 jam 10.15 pagi

Ustaz Jazlan, berkopiah, bersama mengelolakan warga al-Ijabah
anak Ijabah yang perempuan, sibuk memilih baju

butang baju
Bersama staf Mydin yang membantu
khusyuk memilih jam tangan
bukan main gembira lagi dapat jam
di akhir pertemuan, Datin memberikan duit raya pada mereka
Kenangan bersama warga Ijabah dan warga Advanced Maintenance Precision Management (AMPM)

1 comment:

Shahabudeen Jalil said...

Alhamdulillah, bertuah budak2 nie. Rezeki Allah.