Friday, May 28, 2010

al-Ijabah 58 – Perancangan Program Kesedaran Rumah HIV

26 Mei 2010 jam 8.00 pagi, saya dan rombongan al-Ijabah bermesyuarat dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Kuala Lumpur mengenai program kesedaran HIV yang akan dianjurkan bersama Universiti Malaya pada 31 Julai 2010 ini.

Program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat agar tidak meminggirkan golongan ini. Sudah lama kita melupakan golongan ini hinggakan apabila pihak gereja mengambil berat pada mereka, kita terlupa akan kesan buruk jangka panjang pada generasi Islam.

Kertas kerja cadangan disambut baik oleh Pengarah Akademi Islam dan beliau terus bersetuju untuk bekerja sama di dalam menjayakan program ini.

Jam 10.30 malam, selepsa mengendalikan program bersama World Wide Holdings, saya mengendalikan mesyuarat dengan sahabat seperjuangan dari Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah bagi program ini.

InsyaAllah ini kali kedua kita menganjurkan program kesedaran ini. Kita merancang untuk membuatnya di peringkat kebangsaan pada awal tahun 2011.

Di Selangor, Fatwa mengkategorikan golongan HIV ini sebagai golongan Riqab (orang yang terhamba). Di dalam hadis, Nabi saw bersabda:-

“Barang siapa membantu memebebaskan golonga riqab, Allah akan membebaskan seluruh sendinya dari api Neraka”

Jadi, membantu mereka bukan sahaja tuntutan kemanusiaan, tetapi juga tuntutan agama lebih-lebih lagi ia menjadi fardhu Ain untuk dilaksanakan apabila gereja membuatnya sedangkan dari pihak Islam tidak ada.

Mesyuarat malam ini juga mencadangkan agar diadakan ceramah amal bagi seluruh Malaysia bagi membantu menjana kewangan yang diperlukan untuk membangunkan rumah HIV muslim ini.

Kalau gereja telah lama memulakannya, ia tidak bermakna kita terlalu terlewat untuk membangunkannya.

Apa yang penting adalah bantuan dari Allah di dalam perkara ini.

Rumah HIV muslim yang dibangunkan oleh Yayasan al-Ijabah telah mula dibangunkan. Rumah yang ada kini disewa.

Walaupun masih kekurangan dana, saya yakin, jika masing-masing yang bersama sentiasa menjaga keikhlasan, ia akan berjaya juga akhirnya nanti.

“Dari mana kewangan itu ustaz?” tanya salah seorang sahabat.

“InsyaAllah, pasti ada jika kita usahakan dan jika dibantu Allah” terang saya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

14 Jamadil Akhir 1431/ 28 Mei 2010 jam 11.20 pagi

Mesyuarat Darul Ukhwan Yayasan al-Ijabah

Ia juga mencadangkan agar ceramah amal diadakan bagi membantu menjana kewangan

Semoga ia dibantu Allah, amin…

Diari 223 – Majlis Bersama World Wide Holdings

Rabu 26 Mei 2010 jam 6.00 petang, saya dijemput untuk mengendalikan majlis sempena 20 tahun World Wide Holdings, anak syarikat PKNS.

Majlis dibuat di kawasan rumah exco seksyen 7 Shah Alam.

Saya tidak menjangka majlis petang ini besar. Ingatkan, seperti kenduri doa selamat sahaja. Rupanya, dari Dato’ Arif (Pegawai kewangan Negeri), Dato’ Azib (Pengerusi MAIS), Pengerusi PKNS dan beberapa lagi yang saya kurang kenal.

Majlis petang ini di mulakan dengan sumbangan pusat Zakat kepada Pusat Dialisis, kepada rumah anak Yatim dari Banting dan sumbangan kewangan kepada beberapa pelajar perubatan Mesir.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk kesyukuran. Saya diminta untuk membawa tajuk ini.

Apabila kita membicarakan kesyukuran, kita akan bicarakan dari sudut orang yang menderma dan orang yang menerima.

Orang yang menderma hendakah merasa syukur kerana Allah memberikan kelebihan harta untuk menderma.

Orang yang menerima pula perlu bersyukur di atas pemberian yang diberikan.

Kami solat magrhib berjemaah dan majlis diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil ringkas dan doa kesyukuran.

Selepas itu, kami sama-sama mendirikan solat hajat dan selepas isyak bersama-sama dalam jamuan makan.

Syabas dan tahniah kepada World Wide Holdings. Kini, ia sebuah syarikat yang dapat hak mengedarkan benang yang digunakan ketika pembedahan yang halal.

Kini, perkembangan kaedah perubatan sudah mula diselaraskan dengan syarak dan semoga, ubatan dari barang yang haram satu ketika dahulu akan dapat digantikan dengan semua barang yang halal satu hari nanti insyaAllah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

14 Jamadil Akhir 1431/ 28 Mei 2010 jam 11.00 pagi

Majlis sempena ulang tahun ke 20 World Wide Holdings

Bersama Dato’ Arif, pengerusi World Wide Holdings

Bantuan dari Pusat Zakat kepada pusat Dialisis

Jamuan selepas program

Thursday, May 27, 2010

Diari 222 – Perjalanan Universiti Kehidupan

InsyaAllah, jam 3.15 pagi 28 Mei 2010, saya dan rombongan akan ke Mesir.

Semoga semua dipermudahkan Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heigths

13 Jamadil Akhir 1431/ 27 Mei 2010 jam 11.53 malam

Tuesday, May 25, 2010

al-Ijabah 222 – Ubat Penyakit Aids?

Isnin 24 Mei 2010 jam 6.00 petang, saya menghadiri mesyuarat khas di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, rumah HIV kita, mengenai cadangan dari seseorang, Ustaz Shamsuddin Yusuf, berkenaan dengan ubat Aids yang dikatakan telah ditemui di Yaman.

Ketika Ustaz Shamsuddin masuk, saya memerhatikannya.

“Ustaz belajar Yaman ye? Kata saya.

“Ye Ustaz” jawab Ustaz Shamsuddin ringkas.

“ Di San’a kan?”

“Ye, Ye, Saya belajar di Universiti Iman ustaz, dan Prof. Syeikh Abdul Majid Zindani telah menemui ubat AIDS” kata ustaz Shamsuddin.

Kemudian beliau terus menceritakan mengenai kelebihan Syeikh Abdul Majid Zindani yang mengasaskan ilmu Sains al-Quran dan telah banyak mengIslamkan saintis dunia dengan kajiannya.

“Saya kenal Syeikh Zindani” kata saya.

Ustaz Sham tiba-tiba agar tersentak.

“Ustaz kenal macam mana?” tanyanya ringkas.

Saya pernah ke Universiti Iman dan menjadi tetamu di sana.

“Ah, kalau macam, tu, saya tak perlu cerita panjang lagi lah…” kata Ustaz Sham.

Syeikh Abdul Majid Zindani adalah Saintis Islam dan antara yang mengasaskan Universiti Iman di San’a , Yaman, Unviersiti yang mempunyai pelajar dari 52 buah negara.

Amerika melabelkan Universiti Iman sebagai tempat melahirkan pengganas sedangkan Syeikh Abdul Majid Zindani sendiri menjadi 10 orang yang paling dikehendaki oleh Amerika.

Banyak ulama besar yang mengajar dan berada di sini seperti Syeikh Qasim Bahr dan Syeikh Abdul Karim Zaidan.

Jika kita menghadiri kelas Syeikh Abdul Majid Zindani ini, dia akan duduk di depan dengan dikawal oleh dua orang di kanan kirinya siap dengan M-16. Pengawal yang lain akan duduk di setiap penjuru dewan kuliah.

Beliau di jaga rapi kerana ramai yang ingin membunuhnya.

“Kita tak ada masalah dengan cadangan ini, cuma kita akan kaji dari sudut persediaan dan prosedur untuk merealisasikannya” kata saya.

“Saya tidak sangsi dengan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, dan kalau benar formula itu telah ditemui, maka akan lebih ramai nanti saintis yang akan Islam” kata saya lagi.

“InsyaAllah, lepas saya balik dari Mesir awal bulan depan, kita panjangkan perbincangan ini” kata saya lagi.

Sebelum berpisah, ustaz Shamsuddin bertanya saya.

“Macam mana ustaz tahu saya belajar di San’a?” tanyanya.

“Mmm, kalau orang belajar Yaman, kalau pakai cincin jari kelingking, itu dari aliran Hadramaut, tapi kalau pakai cincin jari manis, maknanya belajar di San’a” jawab saya sambil tertawa kecil, walaupun gurau, tapi memang begitu.

Semua yang ada juga tergelak.

Aliran Hadramaut dan San’a biasanya tidak sependapat. Tapi perbezaan pendapat tidak bermakna kita bergaduh, kalau kita mempunyai adab di dalam ilmu.

Yang penting, ilmu yang ada semakin menghampirkan kita pada Allah. Kerana ilmu bukan untuk nak tunjuk siapa hebat, tapi untuk menjadikan kita, siapa yang lebih bertaqwa.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Selasa 11 Rabiul Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 1.15 tengah hari

Ustaz Shamsuddin menerangkan sesuatu

“saya pernah menjadi tetamu di Universiti Iman” kata saya.

P5090025

Kenangan di San’a Yaman, Ia terletak di atas bukit, jadi suasananya sentiasa sejuk

P5090031

Di kawasan bekas Kabah yang dibina oleh Abrahah, orang yang dihancurkan oleh burung Ababil seperti yang disebut di dalam al-Quran

P5100037

Sarapan pagi di Universiti Iman, San’a Yaman

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kenangan bersama Syeikh Qasim Bahr

P5250378

Kenangan bersama pelajar di Universiti Iman, San’ a Yaman

al-Ijabah 56 – Majlis Selawat Bersama Anak Ijabah

Ahad 23 Mei 2010, jam 5.30 petang, seperti biasa anak-anak Ijabah berkumpul untuk membaca selawat dari kitab ad-Dibaie.

Beza hari ini, mereka, diserikan lagi dengan masjlis Aqiqah seorang sahabat En. Amir Suhaimi. Hari ini juga, Yayasan Raja Muda datang untuk membuatkan baju bagi anak-anak Ijabah.

Hadir hari ini tetamu dari Masjid al-Falah dan juga beberapa ustaz dan ustazah yang sama-sama mengamalkan selawat.

“Selawat menyatukan umat” kata saya.

Sebenarnya, ketika anak-anak Ijabah bersama saya di dalam program Umrah pada 2 bulan lepas, mereka diraikan oleh Ulama Mekah yang juga mengamalkan selawat-selawat.

Kami diraikan di sana dan dijemput untuk menghadiri majlis selawat yang dibuat di kota Mekah.

Inilah kelebihan selawat. Kita membuat sesuatu yang Allah dan para Malaikat juga membuatnya.

Allah juga menyuruh seluruh orang beriman untuk melaksanakannya. Jadi, kalau kita selalu berselawat pada Nabi, nanti Allah akan datangkan dan kenalkan kita dengan orang yang juga selalu berselawat pada Nabi SAW. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya

Surah Ahzab ayat 56

"Bershalawat" artinya: kalau dari Allah berarti memberi rahmat: dari malaikat berarti memintakan ampunan dan kalau dari orang-orang mu'min berarti berdo'a supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan:"Allahuma shalli ala Muhammad".

Semoga, kita menjadi orang yang sentiasa berselawat pada Nabi SAW.

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Selasa 11 Rabiul Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 12.20 tengah hari

IMG_9885

Hari ini, Yayasan Raja Muda Selangor mengukur anak Ijabah untuk dibuatkan baju

IMG_9882

Majlis bacaan selawat bersama bersama anak Ijabah

IMG_9910

Hari ini juga, ia dibuat bersama majlis Aqiqah

Diari 221 – Majlis Di Teater Shah Alam

Jumaat 21 Mei 2010 jam 11.00 pagi, saya dijemput untuk menghadiri majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena hari ulang tahun Dato’ Mazlan, Dato’ Bandar Shah Alam.

Majlis dibuat di Teater Shah Alam.

Teater Shah Alam telah siap dibina dalam setahun lepas tetapi belum digunakan lagi kerana belum dirasmikan lagi.

“Baguslah Dato’, majlis pertama di tempat ini kita mulakan majlis agama, bacaan Yasin, Tahlil dan kuliah ringkas” kata saya.

Dato’ Mazlan merupakan salah seorang jemaah Haji yang bersama saya pada tahun lepas. Orangnya baik hati dan simple.

Teater ini boleh memuatkan seramai 800 orang dan ia akan menjadi pusat kebudayaan di Shah Alam nanti. Semoga kesenian dan kebudayaan Melayu bercirikan Islam dapat disemarakkan di tempat ini nanti.

Selepas habis bacaan Yasin, saya diminta untuk memberikan ceramah kepada warga MBSA mengenai “Pekerja Yang Amanah”.

Mudah dan ringkas,

Amanah adalah menunaikan tanggung jawab dengan sempurna.

Janji Allah pada orang yang amanah ialah, Allah akan sempurnakan hak kita di dalam hidup kita.

Setelah kita tahu kepentingan amanah, bagaimana ingin menjadi orang yang amanah.

Untuk menjadi orang yang amanah perlulah

1. kena ada niat.

Niat sangat penting. Habis Anis di dalam kitab An-Niyyat menekankan “ajarkan anak kamu berniat sebagaimana kamu mengajar anak kamu sembahyang.

Berniat menjadi orang yang soleh akan menjadikan kita sentiasa ingat. Ini kerana, manusia memang selalu lupa.

2. Kurangkan pilihan

Manusia kalau diberi pilihan, mereka akan memilih perkara yang ringan dalam diri mereka. Kalau diberi pilihan untuk amanah atau mengambil hak orang dalam keadaan orang tidak tahu, maka manusia akan memilih perkara yang sesuai dengan nafsunya.

Sebab itu, untuk menjadi orang baik, kena kurangkan pilihan, nak solat, solat terus, nak baca al-Quran, baca terus. Kena kurangkan pilihan dalam hidup kita untuk menjadi orang baik.

3. Kena doa.

Menjadi baik susah terutama di akhir zaman ini. Kita memerlukan bantuan Allah untuk menjadi orang yang baik. Sedikit cita-cita menjadi baik insyaAllah akan terus diperbaiki Allah.

Majlis hari ini diakhiri dengan jamuan.

Selamat panjang Umur dalam kesihatan dan ketaatan pada Allah untuk kita semua dan khusus untuk Dato’ Bandar Shah Alam. Semoga Allah bersama kita semua, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

11 Jamadil Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 12 tengah hari

IMG_9848

Teater Shah Alam

IMG_9857

Saya difahamkan , inilah majlis pertama yang di adakan di Teater ini

IMG_9871

Selepas Yasin, tahlil dan Ceramah ringkas, kami semua meraikan Dato’ Mazlan

IMG_9877

Semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan diberikan kesihatan untuk terus menjadi orang yang taat, amin…

Thursday, May 20, 2010

Diari 220 – My Sifu & I

Hari ini, 19 Mei 2010, jam 12 tengah hari, saya bertemu Prof Dr. Ahmad Hidayat Buang membincangkan mengenai penulisan tesis saya.

“Anta fikir Mad, kalau dah sedia nanti ana uruskan”

Satu cadangan untuk menghantar saya ke Mesir selama beberapa bulan dan UK selama setahun bagi mengikuti pengajian yang disusun untuk memperkasakan ilmu dan kajian yang diamanahkan.

Apa yang terus saya fikirkan?….

Kalau fikir tentang diri sahaja, sudah tentu akan terus diterima cadangan ini.

“Tapi, anak-anak yatim Ijabah dan rumah HIV muslim Darul Ukhwah bagaimana ye…….?” Bisik hati saya.

Tengoklah nanti, kalau Allah kehendaki yang terbaik, maka sudah tentu Dia akan aturkan yang terbaik.

Saya mengenali Prof. Dr. Ahmad Hidayat sejak beliau hanya pensyarah biasa. Seorang yang tekun membuat kajian dan banyak melahirkan tulisan ilmiah. Beliau seorang Ahli Sunnah yang cukup menjaga agar UM tidak diserapi doktrin Wahabi mahupun Syiah.

Beliau yang membimbing saya menjadi penulis bahan ilmiah. Sekarang beliau adalah Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Satu pembaharuan yang beliau buat untuk Mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam yang tidak ada sebelum ini ialah beliau mengadakan kerjasama pendidikan dengan Mesir, Qatar, Bahrain dan negara Arab lain agar Mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dapat mengikuti pengajian jangka pendek di negara Arab pada ketika cuti.

Ini pun baru pulang dari negara Arab menguruskan pelajar Akademi Pengajian Islam UM di ke sana.

“Untung dia orang Prof, waktu saya tak ada peluang begini” kata saya memikirkan betapa untungnya generasi Mahasiswa/i sekarang.

“Tapi atas diri juga Mad, yang tak nak ambil peluang, tak nampak juga”.. jelas Prof Dr. Ahmad Hidayat

Semoga Allah terus memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita dan beliau, agar terus dapat menjaga tradisi keilmuan di negara ini, amin…

Di akhir pertemuan, beliau mengingatkan pada saya:-

“Mad, siapkan dalam tiga tahun ye”

“InsyaAllah Prof, minta di doakan” jawab saya sambil tersenyum…….

Dalam hati dengan nakal berbisik…

“Alamak, boleh ke……..InsyaAllah……….”

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Jamadil Akhir 1431/ 20 Mei 2010 jam 9.30 pagi

IMG_9795

My Sifu & I, Prof. Dr. Ahmad Hidyat Buang

Jawapan Pada Persoalan 107

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan

ibu solat snat kifaratul bauli adakh dituntut buat sbb kesilpn diri terkena najis kncing yg kita sdr or x sdr?Buknkah seksaan kubur sgt azab utz? 2010-04-28 12:33 AM

sebenarnya ia adalah solat taubat, boleh dibuat

Zainol_Brunei Salam semuanya. Terima kasih sekali lagi Ustaz kerna meluangkn masa utk memberikan ceramah di masjid tersayang kita, masjid kg bunut. Insya Allah minggu saya akan mengkongsikan ceramah ustaz yg telah saya rakam yg bertajuk 'Pengurusan Akhirat'2010-04-27 11:29 PM

Sama-sama

sora Assalamualaikum ust. Saya pernah bermimpi memberi salam As-salamualaika ya Rasulullah kpd individu yg dlm mimpi dianggap sebagai baginda S.A.W tetapi wajahnya kurang jelas dan perkara ini berlaku di dalam dapur rumah saya(dlm mimpi tersebut) saya berkesempatan untuk meyalaminya . Apakah maksudnya? Bagaimana hendak menentukan bahawa individu tersebut ialah Rasulullah S.A.W 2010-04-27 8:41 PM

Jika dia mengatakan bahawa, dialah Rasullullah, maka benar mimpi itu kerana syaitan tidak boleh menyerupa nabi walaupun di dalam mimpi

ummusarah Bismillah. Saya bakal mengeluarkan wang kwsp. Adakah dividen kwsp itu halalan toyyiban? 2010-05-01 2:16 PM

Lihat fatwa……

ADAN teruskan ust amin.... 2010-05-01 6:33 AM

Terima kasih, amin..

safwan boleh ke saya qhada solat fardu slepas solat subuh dan solat asar? 2010-04-30 2:43 PM

Boleh

Guest ustaz, jika kita sedekahkan wang dan berniat sampaikan pahala tu pd arwah bapa, adakah pahala sedekah tu dapat jugak kt kita? 2010-04-30 10:43 AM

dapat

Aida salam uztaz, bolekah ibu saya gunakan duit pencen ayah saya untuk menunaikan haji bagi pihak ayah saya? 2010-04-30 9:50 AM

Boleh

jijul salam ust. bagaimanakah status bin atau binti bagi anak luar nikah yang penzinanya telah bernikah semasa kandungan sblm 4 bulan? 2010-04-30 7:16 AM

Tidak boleh dibinkan dengan ayah itu

`Ain salm ustz,menahan kentut adalah makruh,bgamana ketika dlm solat,perlu dperbaharui ketika iktikaf smasa kuliah atau solat sunat 2010-04-30 3:36 AM

Maaf soalan ini kurang jelas, sila tanya semula

Isyraf Ustaz, boleh ke saya nak menderma ke yayasan al ijabah walaupun hanya rm10

2010-04-30 1:06 AM

Boleh yang penting ikhlas

Guest bagaimana kita patut melayan seorg kwn yg tak ikhlas dlm berkawan?.. saya cuba utk jauhkan diri dr dia tp lama kelamaan saya rasa spt membenci dia.. 2010-04-29 12:04 PM

Itu ujian hati namanya, membenci tanpa sebab, doa supaya Allah terus memperbaiki diri kita

faisal salam ustaz, bolehkah kita bertayamum dgn debu drp process (cthnya kilang simen yg menghancurkan batu menjadi debu, atau adakah hanya debu semulajadi? 2010-04-29 5:17 AM

Debu tayammum adalah debu dari tanah yang suci

Guest Slm ustaz. Sy selalu mimpi pergi sambung belajar ke luar negara dgn kwn baik tanpa suami n anak2. Apakh maknanya? 2010-05-03 7:06 AM

Kadang kala, kita agak mementingkan diri sendiri

Seorang hamba Assalamualaikum. 5 tahun kami bkapel & akhirnya ats psetujuan bsame,kami berpisah krn Allah. Moga Allah sentiasa bersama dgn hati yg hina & lemah ini.

2010-05-02 4:06 PM

Amin…

umi slpas solat frdu(zohor,mgrib,isyk) kita cuma istifr sj,pastu trus buat solat sunat ba'diah,kmudian bru lah kita zikir n berdoa sepuas2nya.boleh x utz? 2010-05-02 4:01 PM

Boleh

ibu bolehkh kite bgi drma kpd ank yatim yg bukan islam,krn mereka adalah ank murid kat sek.setiap thun budya ni diteruskn bgi semua ank2 yatim,ikhlas 2010-05-02 3:55 PM

Boleh menderma Cuma selitkan dakwah yang Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam

Guest aruah ayah sya ada meningalkan sedikit wang abg dan kakak sya menyerahkan kpd sya..sya dah mengupah haji untk ayh dan mak tp masih berbaki apakah yg terbaik sya lakukan supaya aruah disna turut mendapat pahalanya 2010-05-02 1:35 PM

Belikan al-quran, kipas, sejadah atau sebagainya untuk diwakafkan kepada masjid

mr. m assamualaikum ustaz, apakah hukum bg org yg mlkukan onani adkh ia hram??sy arap ustaz jwb soalan sya 2010-05-02 4:08 AM

Haram

Umi Azrini 123 Assalamualaikum Ustaz, semoga dalam limpahan rahmat Allah selalu hendaknya. Soalan saya: Apakah tafsir bagi sering bermimpi gigi patah? Terima kasih.2010-05-02 1:46 AM

Ada orang nak meninggal

Guest Salam, ustaz, mcana caranya untuk menjaga hati agar tidak menjadi marah dgn suami kerana selalu sorok bagi duit kat adik Saya rasa marah seb. adik tk kerja, dan punya abg lain tapi dgn suami saya selalu meminta sdgkan kami ada 4 anak yg msh blajr 2010-05-04 1:39 AM

Sebenarnya sedekah menggandakan harta. Mana tahu, dengan suami banyak sedekah itu membuatkan Allah redha akhirnya anak semua berjaya. Mana puan mahu pilih, harta suami banyak sebab simpan dan anak tak berjaya dengan duit tak ada dalam simpanan, tapi anak berjaya. Sudah tentu yang kedua.

Sesungguhnya, perbuatan baik itu pasti akan dibalas, Cuma kadang kala kita tidak mengetahuinya

aqil salam ziarah 2010-05-04 1:32 AM

Salam…

najla ustaz, kalau kita kasi duit pada ibu, anak2 dan org2 yg nak pergi mekah dpt pahala sedekah sama mcm sedekah pada fakir miskin ke? 2010-05-04 12:53 AM

sedekah semua sama pahala, janji ikhlas

Guest Salam Ustaz, boleh ke kita doa utk mati (cepat)? 2010-05-03 4:42 PM

Tak boleh lagi bid’ah

Guest salam.ustaz adakah berdosa jika sedekahkan alfatihah kpd is mati yg bukan islam2010-05-03 3:12 PM

Tiada syariat yang menuntut kita bersedakah al-fatihah kepada yang bukan Islam

Guest apakah emel ustaz?? 2010-05-03 2:37 PM

muhammadbinabdullah@gmail.com

Guest salam uataz.Mcmana jika lps solat,imam menyedari ada getah pd tapak kaki.Dia solat semula,tapi makmun tak perlu katanya? 2010-05-03 2:29 PM

Ya, jemaah tidak batal hanya imam yang perlu mengulang solat kecuali solat jumaat, kerana syarat jumaat adalah dengan berjemaah

ella terima kasih ustaz...walaupun hanya bentuk tulisan tapi saya merasa seperti di majlis ilmu~ semoga usaha mulia kita dirdhai Ilahi~ 2010-05-03 12:47 PM

Amin…

Guest ustaz, berikanlah satu nasihat... moga saya akan ingat sampai bila2.2010-05-03 12:42 PM

Ingatalah akan kematian yang tidak tahu bila dia datang

Wardah Salam. Seorg wanita mnutup aurat dgn niat istiqamah(tudung labuh,pakaian longgar)tp slps kahwin suaminya suka dia ikut fesyen terkini.Apa prlu dibuat? 2010-05-04 2:12 PM

Tidak perlu ikutkan arahan yang menyuruh membuat kemaksiatan kepada Allah

Umi Sy guru sek ren baru bsara.sy dah pulagkn smua brg2 kpyaan sek,sprt krts2 A4,alt2 tulis,bku2,gunting,dll,tpi x sy sedri ada lgi yg cicir,brdosakh sy? 2010-05-04 2:09 PM

Tak sengaja tak apa, dah sedar, usaha pulangkan

ibu leh ke slt jmk n qsr klu kite g tmpat tu jauhnya lbih 2 marhalah,sbnarnnya klu ikut jln pntas mmag x ckup,tpi ats sbb kselmtn jln mlm trpksa ikut jauh 2010-05-04 1:55 PM

boleh

ceramah "kuliah penjelasan ajaran sesat Wahabi di Malaysia, sebarkan:link2010-05-04 10:01 AM

Guest salam ustaz..saya dah berkahwin tp baru2 ini hati saya terpikat dgn seorg lelaki bujang,mcmana nak buat ye agar hati ini sentiasa dgn suam?clip_image001 2010-05-04 7:42 AM

Ingatkan Allah dan suami, serta tanggungjawab sebagai seorang isteri

AL-HAFIZ salam..ustazm klau smbhyg ngan imam klau x bce thyat awal bleh x?? adkh sah2010-05-04 6:33 AM

boleh

nur Salam, sy pnh istikharh bbrp kali n yg mncul adalh org yg sm..adkh mmg jdh sy dgn die ustaz?dan sy bole yakin dgn mimpi sy?sy tkut utk brharap.. 2010-05-04 4:52 AM

Bermakna orang itu terbaik buat kita, tetapi belum tentu dia jodoh kita.

safwan prlukah kita tngalkn tali pgang kulit utk solat,sbb tk tau binatg itu disembelih @ tak? perlu basuh tali pingang dulu atau mcmana? 2010-05-04 3:48 AM

perlu

Guest Kami selau ikat perut untk mencukupkan badjet sampai gaji yg akan dtg, tapi adik ipar lelaki ni pandai tiap bulan akan dtg mta duit bila abg dpt gaji saya kesian suami saya. tlg beri pendapat ustaz. 2010-05-04 1:41 AM

Suami orang baik kerana pemurah, kakak orang baik kerana mempunyai belas kasihan pada suami, yakinlah, semua itu tidak sia-sia, pasti dibalas Allah

embun ustaz,knp byk halangan utk mnubuhkan rmh kebajikan.adakah rm2ribu ckp buat pmulaan.atau kerana masaalah kewangan itu Tuhan x izinkan 2010-05-05 7:28 AM

Dia perlukan jemaah (team) yang ikhlas untuk buat

Guestagb salam ustaz, ada kemuskilan, adakah batal wudhuk jika angin keluar dari qubul? solalan kedua, sekiranya saya yakin angin keluar bukan dari ronga qubul tetapi dari pergeseran kulit adakah batal wudhuk tersebut? apakah maksud jika sy bermimpi kwn perempuan sy bersenggama dgn lelaki lain sdgkan dia sudah bersuami. 2010-05-05 5:11 AM

1. Tidak sebab angin dari faraj bukan dari dalam, tapi terkedap dari luar

2. tidak batal

3. Kawan itu ada keaiban yang kita tahu, kena bantu betulkan dia

guest ustaz, blh ke solat sunat wuduk & taubat dibuat semasa waktu dhuha atau selepas asar? apa hukum seseorg yg pernah mencuri sewaktu belum baligh? perlukan dia membyr kembali stlh kini dia baligh 2010-05-05 3:18 AM

1. sunat wudhuk boleh dibuat waktu dhuha dan lepas asar, taubat tak boleh lepas asar

2. ganti balik

Guest Ustaz, bagaimana nak buat dengan al-Quran yang dah reput di makan anai-anai? Adakah perlu di simpan? Boleh ke di bakar??? Apa perlu di buat?? 2010-05-05 1:38 AM

Dibakar dan abunya buang dengan hormat

Guest adakah perlu melayani isteri baru ayah seperti ibu kandung sendiri? Emak dan Ayah sudah bercerai. 2010-05-07 12:37 AM

Ya perlu dilayan seperti mak

guest ustaz, apabila seseorg tu dah meninggal dunia,blhke kita membyr fidyah puasa & solat mengikut usia simati? 2010-05-07 12:12 AM

Boleh,

amieyrlza soslan sy, apa hukumnya kalau sembelih lembu 2 kali? maksudnya kali pertama x mati dan dilakukan kali kedua. kemudian dijamukan orang... 2010-05-06 7:23 AM

Tak sah, tapi yang dah lepas tu nak buat macam mana, taubat lah..

bard ust,jika ssorg tak habis baca alquran dari juz1-30 boleh tak dia sertai dan buatkan majlis&doa khatam quran?atau mesti betul-btul khatam baru boleh? 2010-05-06 3:02 AM

Boleh

mimi assalammualikum ustaz..adakah mangsa di rogol berhak mendapat pampasan @ganti rugi..2010-05-06 2:32 AM

Ya, berhak mendapat

Perihatin.. Salam Ustaz Refer pada Diari 215, elok kiranya ustaz membuat laporan polis. Dikhuatiri perkara sebegini berleluasa dan wajar dibendung diperingkat awal.2010-05-06 12:18 AM

Insyallah

ungu salam ustaz.bolehke kalau nak bayar zakat ke yayasan al-ijabah? 2010-05-05 8:28 PM

Boleh

KCJ Salam Ustaz, apakah maknanya jika mimpi dikejar penjahat kemudian ditikam olehnya? Malam kedua pula. mimpi lagi dikepung satu kumpulan manusia, tujuannya utk membunuh saya2010-05-05 10:20 AM

Tuan ada masalah yang mengganggu tetapi tidak dapat dipastikan masalah apa…

mus73 Assalamualaikum ustaz. Perlukah saya menunaikan hajat seorang bukan Islam yang berminat dengan Islam untuk mengadakan kenduri yang akan ditaja oleh be2010-05-05 7:45 AM

Boleh dan niatkan dakwah

remaja salam ustaz. sy pelajar kolej. blh tk klu sy nak sedikit surah utk bersihkan aty dna juga pendinding dri dr makhluk halus? sy sering tganggu. Tq 2010-05-07 10:47 AM

Amalkan baca ayat kursi untuk pendinding

serba salah salam. saya serba salah dgn ayh sy. ayh sy sorg prkok tegar. di blog ustaz kate haram. tp ayh sy x mempercayainya. bagaimana nak meyakinkannya. Tq 2010-05-07 10:45 AM

Suruh dia tengok sendiri fatwa kebangsaan tentang rokok

`Ain salam,bolihkah ustaz tolong jelaskan apakh yg dmaksudkn dgn 'redhaNya mndahului murkaNYA' sbb apabila kjta dlm rdNya semuanya dbrkat tp tiba2 dmurkhai akibat yakin dgn redaNya tanpa kita sangka pun ianyat trjadii cuma disini sy sangat2 mengharap agar ustaz tolong doaan agar dredhaiNya harapan kpd ustaz yg soleh yg slalu ku damping 2010-05-07 6:49 AM

Bermakna rahmat Allah itu lebih besar dari murkaNya. Saya doakan kita semua dan Ain sentiasa di dalam redhaNya

farina assalamualaikum ustaz, sy nak bertanya jika suami tidak solat, wajibkah kita patuhi kata2nya? 2010-05-07 5:21 AM

Ya, tetap wajib

ibu knape dah 2 kli sy try nak g umrah tpi ada je halgan?1.masalh surt brank kwn sy warga spore,ssh nak wat,dah brjaya dia dikesan kena kenser usus besar beru je operet major dah teruk.pnerbngan 1 bul lgi,terpksa batal.Sy terjejas gak,x de mahrm n x leh nak arrge dgn yg lain,sbb diaorg smuanya ada famly adada hikmah atau kifarah utz? 2010-05-07 4:33 AM

Kalau kita diuji dengan seribu kesusahan, berjuta lagi nikmat sebenarnya sedang kita kecapi, Cuma kadang kala, kesusahan itu yang sering kita besarkan lantaran kurangnya kita mendampingi Allah

Hanim Salam. Apa no. account Maybank utk Al Ijabah? Senang nak tranfer sumbangan dr ATM saja. 2010-05-07 4:16 AM

Ada dekat tepi blog

Cik Nadiah Salam ya Ustaz...sekadar menambahkan ilmu dgn melayari blog ini.Alhamdulillah.2010-05-09 3:38 PM

rohayu boleh ke duit asb(duit pokok da abis) yg dikatakan haram digunakn utk diri sendiri digunakan utk membayar duit upah tebang pokok depan rumah? 2010-05-09 10:29 AM

ASB harus menurut fatwa

ctzahra ustaz apa beza bermukim dan bermastautin? 2010-05-09 9:53 AM

mukim tempat tinggal asal, mustautin tempat menetap yang lama

Razifembi Assalamualaikum Ustaz, sekian lama saya tidak ziarah di sini sejak2 dikurniakan anak. Semoga Ustaz sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Bacaan Quran oleh Tuan menenangkan dan menusuk kalbu, boleh Tuan keluarkan CD bacaan Quran Tuan di masa hadapan... 2010-05-08 2:56 PM

insyaAllah..

ibu utz,camne nak solat klu pesakit tu ada kantung najis besar n kecil disisinya,slps operet?boleh ke jmk n dqasarkn krn kesulitnnya itu? 2010-05-08 9:24 AM

jamak sahaja tidak boleh qasar, jamak qasar hanya diberikan untuk musafir

mencari salam.ustaz, ada tak link utk hantar remaja berumur 16 thn yg kurang didikan agama ke sekolah2 agama/ pusat2 tarbiyah. 2010-05-08 6:38 AM

Banyak sebenarnya

Guest.Assalamualaikum ustaz.apa maknanya kalau saya mimpi saya mengandung. terima kasih ustaz. 2010-05-07 6:18 PM

rezki

Manusia Salam Jumaat Penuh Berkat & Salam Selamat Kaya Manfaat. 2010-05-07 2:54 PM

salam

Guest saya nk tahu ape tanda klu mimpi baby dtg kat kita srh kita angkat dia.sbb dlm al-kuliah tv3 hr tu ckp klu mimpi mace tu bahaya,saya pernah bermimpi 2010-05-10 9:11 AM

Ada orang nak bebankan kita

Guest apa makna mimpi saya, mula mimpi suami meninggal, selang beberapa hari mimpi saya pulak meninggal....tq 2010-05-10 8:23 AM

Panjang umur

Guest Salam Ustaz, Byk juga entri ustaz ini menyentuh hati saja. Semuga ustaz sentiasa mendapat rahmat Allah. 2010-05-10 6:26 AM

Amin.

Guest Salam Ustaz, boleh tak ustaz war-war kan jika ada majlis ilmu dgn org-org alim. Teringat nak pergi. Nak rasa pengalaman berjumpa dgn org alim di Malay 2010-05-10 6:24 AM

Insyallah, biasanya dalam jadual saya di blog ini ada…

Gadis Assalammualaikum ustaz. Apakah jodoh. mengapa ada yang tiada jodoh?2010-05-10 5:25 AM

Jodoh adalah pertemuan, ada yang tak ada jodoh sebab pertemuan itu pada benda lain

Cik Nadiah Salam ya Ustaz...sekadar menambahkan ilmu dgn melayari blog ini.Alhamdulillah.2010-05-09 3:38 PM

zakina salam ustz..tlg brikan apa mkna nama nur qaireen syadia? 2010-05-09 9:59 AM

Nur – cahaya

Qaireen sebenarnya Khairin – kebaikan

Syadia - ketinggian

Guest.Assalamualaikum ustaz.apa maksud mimpi saya ni, dlm mimpi tu saya tak pakai baju,di khalayak ramai. saya rasa malu sgt.saya perempuan. 2010-05-11 4:04 AM

Memang ada perkara yang kita takuti sedang menghantui kita

Guest Ustaz, apa maksud bermimpi berpisah dengan suami kerana angkara org ketiga?2010-05-11 2:44 AM

Terlalu sayang

muskil 10 th yg lalu,seorg suami ada brkata"klu abg ulngi kerja menagih,jatuh talak".skrg ni dia buat balik,adakah jatuh talak utz? skrg ni siisteri turun naik pej agama menntut pasah.istri mrah2,kuar kata2 kasar n ungkit mcm2.suami x nak lpaskn n mahu brubah.bdosakh isteri? cara istri bertindk?mcmana cara yg baik nak slesaikn?usia pkhwinn hmpir 28th. 2010-05-10 3:04 PM

kalau benar perkataan itu, maka jatuh talak, Cuma ia akan disahkan oleh hakim di mahkamah syariah

zaimah saya dibesarkan oleh ibubapa angkat@ibubapa saudara. adakah doa yg dibaca utk ibubapa merangkumi ibubapa kandung & ibubapa angkat sekali? atau perlukah saya meyebut nama ibu&bapa angkat saya 2010-05-10 12:08 PM

termasuk sekali

zaimah salam. ustaz, ngape yek time imam nak start solat, time tu le perut meragam, rasa nak terkentut le, memulas le... itu mainan syaitan ke? 2010-05-10 12:06 PM

janganlah makan banyak sebelum solat, memang akan jadi macam tu…

fda salam...ustaz ape maksud mimpi ...lelaki pakai kopiah berbaju putih tgh pandang ke arah kita...syukran 2010-05-10 11:29 AM

sedang mengharap sesuatu

seorg isteri mace ne cara utk seandainya suami malas utk menunaikan solat.2010-05-10 9:15 AM

Tegurlah dengan hikmah, doakan

wan salam.ustaz, apekah hukum nye sesorg yg menerima duit dr kwn yg berhutang dgnnya, tetapi kwn nye itu membayar hutang dr sumber yg tdk halal 2010-05-12 7:38 AM

Kalau dah tau dan nyata tidak halal harus jauhkan

ingin tahu ustaz,salam.saya bermimpi seorang kawan perempuan yang saya ada simpan perasaan dalam diam kepadanya, saya mimipi dia telah berkhawin dgn seorang lelaki yang saya kenal, dalam mimpi tu dia telah mendapat dua org anak, dan dia menangis dan mengatakan kepada saya dia tidak bahagia dgn perkhawinan yang ditempuhinya..dia betul2 menangis macam tak happy la..camne ustaz? tapi saya pun tak pernah ckp yang saya suka dia, sbb nak jaga juga lah syariat,so pendamkan jer... 2010-05-12 7:12 AM

perasaan itu semakin kuat sebenarnya

Guest Ustaz... kdg2 rasa malu. tak syok la Ustaz b'coz amalan tak seberapa ttpii slalu doa minta Allah makbul mcm2 permintaan.. boleh ka cam tu Ustaz? 2010-05-12 1:17 AM

Boleh…

Guest Salam....apa yg sewajarnya dibuat untuk membuang baju2 lama terpakai yg mmg telah lusuh, buang saja spt sampah, bolehkah dibakar or eloknya di tanam? 2010-05-12 12:54 AM

Kalau masih elok, lebih bagus disedekahkan pada mereka yang memerlukan

Guest ustaz,suami saya mimpi bilik tidur kami terbakar. apa maknanya???2010-05-11 5:37 PM

ujian

ctzahra ustaz..orang kafir boleh masuk masjid tak sbb nak ziarah jenazah yang diletakkan sementara di masjid! 2010-05-11 4:23 AM

Boleh dalam keadaan darurat

Guest salam bole x tuan doakan saya berjaya di dunia dan akhirat. terima kasih2010-05-11 4:07 AM

Amin…..

Guest Ustaz, ibu sy dpt pencen arwah abah skrang ibu tnggung c bongsu. Duit pencen perlu d zakat x. Abah dpt x pahala sb ibu belanja duit pencen abah @ ktorang (anak2) guna 1/3 drp pencen untuk sedekah bg pihak abah biar abah dpt pahala. Mana lebih baik? tolong, ustaz. TQ 2010-05-13 4:05 AM

Sedekah setelah ada lebihan nafkah, pencen kalau melebihi nisab, maka kena zakat

Abdullah@ella Ada khilaf dlm bab2 gambar ni. ada yg membolehkan rasanya. Wallahu'alam2010-05-13 3:51 AM

Siti Adakah bersanggul didlm tudung haram krn org luar boleh tahu rambut kita pjg @ pendek.2010-05-13 3:34 AM

Jika menimbulkan fitnah boleh jatuh haram

izan salam.ustaz berdosa ke memutuskan silaturahim dgn 1org jiran yang suka mengadu domba dan memfinah org..saya cuba berbaik..tapi dia x mau berubah 2010-05-13 2:21 AM

Menjauhkan diri lebih baik dari dekat dan timbul mudharat lebih besar

Guest Sy bermimpi berada dlm majlis perkahwinan di mana kedua-dua kaki suami adalah besi. Namun sy seperti menyukainya.Tlg ustaz jelaskan 2010-05-13 2:19 AM

Perlakuan suami ada yang ganjil tapi kita biarkan

ella ustaz..saya nak tanya,saya suka melukis n Alhamdulillah ramai yg puji..tapi saya baru tau yg Allah dan RasulNya melarang kita melukis gambar bernyawa persoalannya..saya kena mintak semua gambar yg pernah sy potret n bg kat kawan2x ke?n apa hukum ambil gambar guna kamera n dijadikan koleksi peribadi? 2010-05-12 4:43 PM

Yang dinyatakan larangan dalam hadis itu, adalah gambar yang berbentuk dan timbul. Apabila kita menyentuh gambar itu terasa timbul maka ia ditakrifkan sebagai patung dan tidak boleh disimpan. Bagii kes foto, boleh menyimpan gambar peribadi

safwan Ustaz, boleh ke saya Qhada Solat fardu selepas solat Subuh dan solat Asar? tolong bantu ustaz..terima kasih.. 2010-05-12 7:41 AM

Boleh

anisah ustaz,ada ustaz kata keluar rumah kaki kanan dan ada yg kata macam masjid keluar kaki kiri, mana yg betul.tlg ustaz nasihatkan saya ni 2010-05-14 5:05 AM

kaki kanan

Guest saya bsama bberapa kawan sepejabat diarahkan ke satu rumah cina atas urusan keja. Cina tu ada bela anjing yang kluar masuk dlm rumah. saya terpaksa masuk atas urusan keja. Pastu stokin dan baju kurung saya terlekat bulu2 anjing sedangkan sy blom solat zohor. Nk singgah masjid, baju ada najis. nak jamak, x cukup marhalah, jd kawan suruh qadha saja sbb tak sempat. sy rasa sgt berdosa kerana tertinggal waktu zuhur. Dan tiba2 teringat tentang solat menghormati waktu. saya ni jahil, menyesal x belajar... solat menghormati waktu. saya ni jahil, menyesal x belajar... 2010-05-14 3:29 AM

Soalannya apa?

zakina salam ustaz..saya nk tahu apa hukumnya siram air & tabur bunga atas kubur?2010-05-13 11:49 AM

Siram air untuk padatkan tanah, bunga untuk haruman. Kalau sebab itu harus, kalau sebab ada pemujaan tak boleh…

Guest USTAZ, APE HUKUMNYE JIKA SEORANG MUSLIM ATAU MUSLIMAH BERKERJA SEBAGAI PELUKIS TATOO?.. 2010-05-13 6:25 AM

Benda yang haram, upannya juga haram

Guest ceramah kesesatan wahabi menolak keharuskan tawassul, baca dan sebarkan: link2010-05-13 4:41 AM

Guest.Assalamualaikum ustaz.sronok baca kisah ust. kat Turkey.kisah org sombong.kesian utz. ustaz ni sabar orgnya.jangan la kita tergolong dalam org sombong macam tu ye ustaz.2010-05-13 4:25 AM

Amin…..

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

6 Jamadil Akhir 1431/ 20 Mei 2010 jam 1.50 pagi

Tuesday, May 18, 2010

Jom Kongsi Pengalaman 56 – Pengalaman Pertama Ke Turki 2006 – Isteri Yang Solehah

Ramai orang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik, ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk

-al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah-

Kami telah menjadi tetamu di tempat Khalid, pada waktu malam Khalid akan masak untuk kami. Khalid memasakkan kami nasi dan kari. Dia tahu, antara masakan orang Malaysia adalah kari.

Orang Turki tidak biasa dengan masakan kari. Khalid pun boleh makan kari kerana lama duduk di Paksitan.

Dari pemerhatian saya, Khalid seorang arkitek yang hebat dan baik, tetapi, jodohnya belum sampai. Dia masih bujang. Dia pernah bercinta dengan perempuan Jepun, tetapi tidak direstui oleh keluarganya. 

Di dalam kesempatan bersama Khalid, kami dikenalkan dengan beberapa tokoh-tokoh agama di sekitar Istanbul. Kami sempat beramah dengan Imam Hafiz Uthman, imam masjid Al-Fateh. Dia pernah datang ke Malaysia menjadi pengiring peserta Turki di dalam majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Pada waktu pagi khalid akan belanja kami sarapan. Kami banyak berbicara mengenai Turki.

Waktu pagi, saya akan bersarapan pagi dengan Khalid di kedai sekitar masjid al-Fateh ini.

Menurut Khalid, Turki adalah tempat yang baik melahirkan pahlawan-pahlawan. Bukan sahaja manusia, binatang-binatang yang jantan juga hebat-hebat.

Tetapi Turki tidak melahirkan srikandi-srikandi yang baik. Bukan sahaja manusia, malahan binatang-binatangnya yang betina juga tidak hebat.

Menurut Khalid, hingga ayam betina pun tidak banyak mengeluarkan telurnya sendiri di sini. Keperluan telur pun terpaksa diimport dari luar.

Menurut Khalid lagi, perempuan Turki garang-garang. Perempuan Turki tidak pernah dididik untuk menjadi isteri yang baik. Tetapi perempuan Turki adalah ibu yang hebat.

Menurut Khalid, perempuan Turki akan bermati-matian untuk menjadikan anaknya hebat, tetapi sering kali mengabaikan suami mereka.

Patutlah pada malam sebelumnya kami bertemu dengan seorang ahli perniagaan yang hebat. Daripada gaya dan lagaknya orang ini memang hebat. Dengan rambutnya yang botak, cara perbualan cara makan. Tiba-tiba dia meminta diri untuk pulang walaupun sebenarnya masih awal. Sebelum pulang dia menyatakan :-

“Sorry, I must go now, actually, I am a lion, but my wife is a dragon”

(maaf, saya terpaksa pergi sekarang, sebenarnya, saya adalah singa, tetapi isteri saya adalah naga)

Kami yang ada semua tergelak besar melihat gelagatnya.

Setiap kali saya teringatkan ayat ini, saya pasti tersenyum. Tetapi, beberapa hari di Turki, Saya banyak juga menyaksikan peristiwa-peristiwa yang membenarkan kata-kata Khalid ini.

Satu masa, kami berjalan dengan seorang pengamal kuat tariqat. Kira tahap ustaz juga, tiba-tiba, isterinya telifon. Punya kuat suaranya membentak suaminya itu sehingga kami boleh mendengar bentakkannya di luar telifon.

Suara garangnya sampai keluar dari telifon.

Apa yang boleh kita belajar? Tidak semestinya orang yang cantik rupanya itu akan menyenangkan hati kita. 

Sebenarnya, solehah atau tidak seseorang itu adalah terletak pada penghayatan agama seseorang itu. Bukankah Rasullullah S.A.W telah bersabda :-[1]

Sesungguhnya, perempuan itu biasanya dinikahi kerana agamanya dan hartanya dan kecantikannya, maka hendaklah kamu memilih dari agamanya maka sejuklah tanganmu

Menjadi wanita solehah akhir zaman ini satu perkara yang tidak mudah, tetapi ia bukan satu yang mustahil.

Untuk menjadi isteri yang soleh, seorang mesti ada tujuh syaratnya :-

1. Mesti ada hidayah dari Allah

Hidayah merupakan anugerah Allah. Sekali pun seorang yang duduk di samping suami yang soleh, jika tidak ada hidayah maka seorang itu tidak akan menjadi orang yang baik. Jika seorang itu diberi hidayah oleh Allah, sekalipun dia duduk di samping suami yang jahat, dia tetap baik seperti Siti Asiah. Di dalam al-Quran Allah telah menceritakan hal ini [2]:-

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".

2. Mesti ada niat untuk menjadi isteri yang solehah

Niat memainkan peranan yang penting di dalam menjadikan seeorang itu baik atau tidak. Jika seorang itu tidak pernah berniat menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan bahawa :-[3]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

3. Mesti taat kepada suami

Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Di dala hadith Rasullullah S.A.W telah menyatakan [4]

Dari Ibnu Umar R.A dari Nabi S.A.W dia telah berkata, mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat

4. Mesti ada sifat-sifat isteri yang solehah

Isteri yang soleh mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan berada di sisinya seolah-olah telah cukup segala yang ada. Rasullullah menggambarkan keadaan isteri yang sebegini dengan hadithnya yang berbunyi :[5]-

Dari Abdullah bin Amru bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda, dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah

5. Mesti ada amalan-amalan isteri yang solehah

Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Di dalam satu haditu Rasullullah S.A.W telah bersabda [6] :-

Dari Abi Ummah dari Nabi S.A.W bahawasanya baginda bersabda, tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang mukmin selepas taqwa yang lebih baik dari seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya isteri itu akan mentaatinya jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia memberi isterinya itu akan menghargai dan jika dia tiada isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya.

6. Mesti meletakkan Allah s.w.t dan Rasul sebagai sebagai cinta pertama

Perkara ini perlu kerana jika seseorang mencintai suaminya lebih, jika tiba-tiba suaminya itu berbuat sesuatu kesalahan atau kekurangan, maka dia boleh melawan dan derhaka kepada suaminya itu, sedangkan dia taatkan suami bukan kerana suami tetapi kerana Allah yang menyuruhnya. Banyak orang yang menderhakai suami di atas alasan jahatnya suami.

Yang kita mahu adalah keredhaan Allah. Oleh yang demikian kita taat suami kerana mahukan kasih sayang Allah, nanti Allah akan anugerahkan kasih sayang suami itu sampai akhirat. Di dalam al-Quran Allah ada menyatakan [7]:-

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

7. Berdoa

Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa menjadi orang yang baik amat perlu. Ia perlu dipohon setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita bersembahyang. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah sembahyang kita. Doa itu berbunyi :-[8]

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi seorang suami pula, mereka perlulah mendoakan isteri mereka agar menjadi isteri yang solehah.

Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, maka saya ingin menambah, sayangkan isteri doa-doakan.

Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.


[1] hadith riwayat Muslim

[2] Surah at-Tahrim ayat 10

[3] Surah ar-Ra’du ayat 11

[4] Hadith riwayat al-Bukhari

[5] Hadith riwayat Muslim

[6] Hadith riwayat Ibnu Majah

[7] Surah Ali-Imran ayat 31

[8] Surah al-fatihah ayat 6

 

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Isnin 4 Jamadil Akhir 1431/ 18 Mei 2010 jam 11.50 malam

P6120035

Menurut Khalid, perempuan Turki adalah ibu yang hebat tetapi agak mengabaikan suami

P6120020

Kenangan di Masjid Biru

P6120031

Di dalam Masjid Biru

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Aya Sofya

P6130101

Makam lama di Aya Sufya

P6130110

Pintu raja di dalam Aya Sofya

P6130116

Mar-Mar seperti botol di Aya Sofya

Monday, May 17, 2010

Jom Kongsi Pengalaman 55 – Pengalaman Pertama Ke Turki 2006 – Kawan-Kawan Di Sekeliling Kita

Ketika di dalam perjalaan dari stesyen bas Antakiya ke Istanbul, saya berkenalan dengan orang Palestin yang duduk di Syria. Namanya Abu Ibrahim. Dia telah beberapa kali ke Istanbul.

Abu Ibarhim seorang yang agak teliti di dalam hidupnya. Dia menunjukkan kepada saya mengenai cara dia menyimpan duit, sedikit di dalam poket tepi, sedikit di dalam poket belakang, sedikit di dalam stokin kanan dan sedikit di dalam stokin kiri.

Ketika berhenti makan, dia akan mengajak saya makan sekali. Di dalam begnya ada roti, jem sehinggalah kepada pemanas air dan teh segera. Semuanya ada di dalam beg musafirnya. Di dalam perjalanan yang jauh itu, saya sekali-sekala berbual dengannya. Dia tidak henti-henti menasihati saya mengenai keadaan di Istanbul.

“Muhamad, kamu macam adik saya, saya nak pesan pada kamu” kata Abu Ibrahim.

“Jika ada perempuan ajak ke sana ke mari jangan ikut, nanti dia cuba goda kamu dan akhirnya akan rompak semua barang kamu, jika ada orang bagi rokok jangan ambil, sebab rokok tersebut mungkin telah diletak dengan perkara yang memabukkan sehingga kamu tidak sedar dan akhirnya kita akan dirompak semuanya, jika ada orang beri air pun begitu, jangan minum, nanti dia letakkan benda yang buat kamu mabuk dan tak sedar diri dan dia akan rompak kamu” kata Abu Ibrahim pada saya.

Saya terkebil-kebil sambil menelan air liur pada keadaan Istanbul yang digambarkan.

“Duit hendaklah diletakkkan diberbagai tempat, itu lebih selamat, letakkan dekat stokin sikit, poket seluar sikit” pesannya lagi.

Itulah di antara nasihat Abu Ibrahim pada saya. Dari nasihat-nasihatnya sepanjang perjalanan menggambarkan kekalutan keadaan di bandar Istanbul. Itulah gambaran pertama yang diberikan kepada saya ketika perjalanan pertama saya ke Istanbul.

Sampai di Istanbul, Abu Ibrahim mencarikan untuk saya hotel yang bagus, selamat dan murah. Kami sampai disebuah hotel. Hanya 24 dolar sahaja sebilik.

Kami berpisah sebaik sahaja dia merasakan saya selamat di hotel tersebut. Saya sangat berterima kasih kepadnya yang banyak membantu mengenai gambaran tentang keadaan di Istanbul.

Setelah meletakkan beg dan berehat maka saya dan Sha (pelajar Melayu di Syria yang menemankan perjalanan saya) mula meninjau kota Istanbul.

Kami berjalan mencari Masjid Biru dan Aya Sofea.

Pada waktu hampir maghrib kira-kira pukul 8.00 malam(waktu Maghrib kala ini agak lewat kerana musim panas), saya sampai ke Masjid Sultan Muhamad al-Fateh.

Makam Sultan Muhammad telah tutup. Jadi saya hanya berada di luar makam. Tiba-tiba, ada seorang lelaki menyapa saya dan Sha. Dia memakai baju tebal lengan panjang dengan terdapat kulit yang berjahit di bahagian siku.

Jika di Pakistan, itu pakaian seorang polis, jadi dari pakaiannya itu, saya mengagak dia adalah polis. Dia mengenalkan dirinya dengan nama Khalid.

Khalid bertanyakan kami dari mana, dan kemudiannya mengajak kami berjalan-jalan sekitar makam Sultan Muhamad al-Fateh itu, dia juga mengajak kami berjalan sekitar masjid sambil menceritakan perihal Turki. Ketika hampir masuk waktu Maghrib, kami pun masuk ke dalam masjid dan menunaikan sembahyang maghrib secara berjemaah.

Setelah selesai solat maghrib, Khalid mengajak kami pergi ke pejabatnya. Rupanya dia menyatakan bahawa dia adalah seorang arkitek.

Sha terus setuju dan kami berjalan menuju ke pejabatnya. Sha yang sedang rancak berbual dengan Khalid tidak perasan yang saya melambatkan langkah saya kerana agak bimbang dan sangsi dengan kejujuran Khalid. Kami sampai dipejabat Khalid ditingkat tiga di kawasan Fateh, Istanbul.

Seribu satu perasaan di hati saya. Bertambah risau apabila teringatkan pesanan Abu Ibrahim pada saya. Sampai di pejabatnya, Khalid terus menuangkan segelas air pada kami. Sha tanpa ragu terus minum air tersebut.

Saya meminta izin untuk menggunakan tandas. Di dalam tandas, semua duit-duit yang ada saya pecah-pecahkan, sebahagian di stokin kanan, sebahagian di stokin kiri, sebahagian di poket seluar dan sebahagian di beg kecil yang saya bawa.

Saya tidak menyentuh pun air tersebut, bimbang jika ada campuran yang mungkin tidak diingini. Teringat pesanan Abu Ibrahim. Khalid menyuruh kami rehat dan dia akan masak makan malam untuk kami.

Di pejabatnya, ada bilik rehat kecil dan ada juga dapur untuk memasak.

Khalid membukakan komputernya kepada kami dan mempelawa jika kami ingin menggunakan internet sementara beliau sibuk mengeluarkan ayam untuk dimasak dari peti aisnya. 

Sha yang memang suka melayari internet terus duduk dan melayari internet. Saya duduk diam dan setelah setengah jam, melihat Sha ok dan tidak ada pening-pening minum air yang diminum itu, barulah saya berani meneguk air yang dihidangkan.

“Emm..lega rasanya, tak de pening pun? Haa..air sebenar ni” saya tersenyum sendirian.

Saya merasa hairan dengan kebaikan Khalid. Tak pernah kenal tapi baik semacam aje. Boleh percaya ke ni?.

Sambil masak diruang dapur di pejabatnya, saya sekali-sekala menjeguk dan berbual dengan Khalid. Sha sibuk melayari internet.

Saya bertanyakan mengenai persembahan tarian sufi yang ada disekitar Istanbul. Khalid memberi tahu kami bahawa pesembahan sufi yang ada itu tidak real, itu untuk komersial, dia akan menjemput kawannya yang benar-benar sufi.

Khalid menelifon kawannya dan bercakap mengenai sesuatu di dalam bahasa Turki. Tidak lama kemudian beberapa orang kawan Khalid datang, semua memperkenalkan bahawa mereka adalah orang sufi. Kami makan malam bersama-sama.

Perbualan kami menjadi lebih mesra apabila Khalid memberitahu kami bahawa dia teribat dengan sukarelawan pada kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005.

Rupanya, Khalid fasih berbahasa Urdu kerana dia pernah di Pakistan selama enam tahun. Dia merupakan arkitek lulusan Pakistan. Dia ke Pakistan pada gempa bumi lepas kerana menjadi juru bahasa kepada pasukan penyelamat Turki.

Saya menyatakan bahawa saya juga telah pergi ke sana sebagai sukarelwan. Dan kami bercerita dengan topik yang sama. Kadang-kala kami bercakap di dalam bahasa Urdu dan ia membuatkan lagi perbualan itu semakin ramah.

Setelah selesai, semua mereka mengajak kami minum teh di luar. Kami semua menaiki kereta. Kami diajak menziarahi makam Sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari.

Aik!..mengeteh macam kat Malaysialah pulak.

Setelah habis berbual, akhirnya mereka menghantar kami balik ke hotel dan mempelawa kami untuk duduk di tempat mereka.

“Tak payah sewa hotel lagi dah, tidur di pejabat saya sahaja” kata Khalid.

Esok mereka akan membawa kami ke Konya, berjumpa dengan seorang ulama di sana iaitu Syeikh Muhammad Konyave, di Konya, lebih kurang 400 km perjalanan dari Istanbul. Saya tidak terus membuat keputusan.

“Insyaallah, esok kami akan call” kata saya.

Khalid tiba-tiba memberitahu kami, “Sebenarnya kamu adalah tetamu Muhammad al-Fateh dan kamilah yang menyambut kamu”.

Saya dengan spontan menjawab,

“Jika begitu kamu adalah wakil-wakil al-Fateh!.. Khalid tidak menjawab dan hanya tersenyum sahaja.

Ketika di hotel, saya termenung sendiri. Benarlah kata Allah di dalam firmanya :-

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُدْخِلَنَّهُمْ فِي الصَّالِحِينَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh

(surah al-Ankabut ayat 9)

Sebenarnya, kita akan bertemu dengan orang macam kita di mana pun kita pergi. Jika seseorang itu kaki maksiat, pergi ke negara Arab pun kita akan bertemu dengan orang ahli maksiat. Tetapi jika seseorang itu orang yang baik, Allah akan aturkannya untuk bertemu dengan orang yang baik-baik.

Bukankah Nabi S.A.W telah bersabda :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Dari Abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, seseorang itu akan mengikut agama sahabatnya, maka hendaklah seorang kamu memerhatikan dengan siapa dia berkawan

(Hadis riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

Oleh yang demikian, jika kita mahu di kelilingi dengan kawan-kawan yang baik, maka hendaklah kita memperbaiki diri kita dahulu, insyaallah, Allah akan mendatangkan kepada kita, di sekeliling kita, orang-orang yang baik.

“Pengalaman Guru Tanpa Bicara”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Jamadil Akhir 1431/ 17 Mei 2010 jam 9.15 malam

P6110008

Kenangan bersama Abu Ibrahim

P6130077

Masjid al-Fateh

P6130078

Sejarah masjid al-Fateh

P6130084

Di dalam masjid al-Fateh

P6130090

Khalid, empat dari kiri

P6130091

Di hadapan makam Saidina Abu Ayub al-Ansari

P6130096

Di hadapan Aya Sofya, sekarang telah menjadi muzium

P6130100

Di hadapan Aya Sofya

P6130123

Di dalam Aya Sofya

P6130164

Makam Sultan al-Fateh

P6140167

Khalid bersalaman dengan Sha

Diari 219 – Di sebalik Tabir Rancangan Halaqah “Orang Muda”

Sekitar Subang Jaya, Shah Alam dan Damansara malam ini hujan. Saya telah bersiap-siap dari waktu Maghrib lagi. Tapi akan bertolak ke Sri Pentas selepas menunaikan solat Isyak.

Masuk sahaja waktu Isyak, saya terus bersolat bersama keluarga. Selepas itu, dengan perlahan-lahan, kami bertolak ke Sri Pentas melalui lebuh raya ELITE. Hujan turun agak lebat juga malam ini.

Sampai jam 9.00 malam dan ahli panel lain belum tiba. Halaqah malam ini dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin dari Pekan Pahang. Beliau menggantikan sementara Ustaz Syukri yang sekarang berada di Mekah.

Saya berbual dengan penerbit, Haji Ahmad Noor Sulaiman.

“Ramai ke anak-anak muda tengok Halaqah Haji” tanya saya.

“Alhamdulillah ustaz, dah semakin ramai” jawab Haji Ahmad Noor ringkas.

“Kalau tengok Facebook Halaqah dan semakin ramai anak muda menyertainya” jelas Haji Ahmad Noor lagi.

“Pernah ada seorang Mat Rock hubungi kita, dia memang tak pernah tengok program agama sebelum ini. Tempat yang selalu dikunjungi hanyalah kelab-kelab malam” Haji Ahmad Noor memulakan kisah pengalaman mengendalikan program agama ini.

“Tapi, dia mula tengok Halaqah, kalau dah mula tengok Halaqah, bermakna, dah mula tengok program agama lain, alhamdulillah” kata Haji Ahmad Noor lagi.

“Apa faktor dia mula tengok Halaqah?” tanya saya ingin tahu.

“Faktor tajuk Ustaz, tajuk memang memainkan peranan penting. Kadang-kala, tajuk tu rapat dengan dia, sebab itu mereka nak tengok” jelas Haji Ahmad Noor lagi.

Satu pengajaran yang dapat kita kongsikan malam ini, rupanya tajuk sesuatu itu juga memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu program. Jika mana-mana masjid, surau, persatuan ingin membuat program bersama anak muda, maka tajuk kena pilih betul-betul. Tajuk hendaklah yang rapat dengan jiwa anak-anak muda.

Kami mula berada di Studio C jam 9.45 malam. Rakan ahli panel malam ini ialah Ustaz Syed Norhisham al-Idrus.

Malam ini, Halaqah mempunyai penonton iaitu dari kumpulan Nurnisa’ Pangsapuri Sri Raya Ukay Perdana.

Antara ahli panel, Ustaz Badli Shah yang duduk paling jauh. Beliau dari Kuantan dan malam ini, selepas program, beliau akan terus pulang ke Kuantan.

“Berapa jam ustaz dari sini ke Kuantan” tanya saya pada ustaz Badli.

“Nak kira cara bawa orang muda ke atau orang tua” Ustaz Badli bergurau.

Apa pun, tahniah pada penerbit dan semua krew yang bertugas. Malam ini, tajuk sangat baik untuk sempena hari Belia Negara pada 15 Mei.

Di harap, orang muda di negara ini dapat menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara pada masa akan datang, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Jamadil Akhir 1431/17 Mei 2010 jam 9.00 pagi.

IMG_9676

Santai bersama penerbit, Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman

IMG_9684

IMG_9686

dari kanan Ustaz Badli Shah dan ustaz Syed Norhisham

IMG_9690

Penonton dari Ukay Perdana

IMG_9691

IMG_9694

IMG_9704

IMG_9710

tajuk berdasarkan surah al-Hadid ayat 20

IMG_9728

IMG_9738

Halaqah di celahi dengan keputusan pilihan raya malam ini

IMG_9743

IMG_9758

IMG_9770

IMG_9775

Kenangan bersama penonton studio

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...