7 Julai 09, saya, Kak Liza, Mak Esah dan dua orang lagi hari ini ke gereja, tempat meletakkan pesakit HIV yang muslim ini.
Alhamdulillah, hari ini, dapat diusahakan untuk mengeluarkan seorang lagi pesakit dari gereja dan ditempatkan dirumah yang telah diusahakan.
Kami sampai lebih kurang pukul 12.30. Kebanyakkan penghuni waktu ini sedang tidur kerana kebiasaannya, mereka akan berehat setelah makan ubat.
Kami memasuki kawasan gereja. Hati saya tidak putus-putus mengharapakan terbaik dari Allah.
Sesampainya kami disana, kami disambut oleh Razak, salah seorang penghuni di sini. Dia memang suka berceloteh.
"Hah, ni kawan sorang ni, dah tahu nak keluar hari ini, pun tidur lagi kat atas" katanya.
Saya naik ke tingkat atas. Di katil-katil, saya melihat saudara seIslam kita sedang berehat.
Saya bersalaman dengan yang terjaga. Mereka melemparkan senyuman pada saya.
"Kenapa orang Islam belum membuat rumah perlindungan seperti ini di sini? Adakan terlalu susah, atau kita semua sedang sibukkan perkara lain hingga terlepas pandangan hal-hal besar seperti ini" bisik hati saya.
Di tingkat atas, saya merenung jauh ke kawasan belakang gereja ini. Di sana terdapat kebun orang menanam sayuran.
Adakah, sayur ketika ditanam, terus besar dan terus boleh dipetik?. Sudah tentu tidak, ketika ia ditanam, petani harus bersabar menjaganya, menyiramnya setiap hari, membuang siput yang ingin merosakkan tanaman, membajanya dan seterusnya. Begitulah resam petani dan sayurnya.
Kenapa setelah beberapa ketika, petani boleh menuai hasil sayur. Kerana kesabaran mereka. Kenapa ada sayur yang gemuk-gemuk. Kerana ada langkah permulaan iaitu menanamnya.
Ya, langkah permulaan.
Apa yang kurang kita sekarang bukannya tenaga kerja, bukannya modal, bukannya tempat, tetapi usaha membuat langkah permulaan.
Penempatan HIV yang saya sedang berpijak sekarang, bukan dari sebuah gereja yang besar, mereka bermula dengan sebuah rumah kecil. Dengan tujuan memberi perlindungan kepada pesakit kemudian akhirnya, di sebuah gereja untuk penempatan mereka.
"Apa langkah permulaan yang perlu dibuat? Ya, carikan alternatif segera," bisik hati saya.
Saya turun kembali ke tingkat bawah. Melihat, Razali yang sudah siap untuk bersama kami.
Di hati kecil setiap penghuni, mereka mahu keluar dari sini. Tetapi ke mana?
Wajah ceria Razali menggembirakan hati saya. Saya bukakan bahagian belakang van untuk barang-barangnya. Kami semua menaiki van. Alhamdulillah, hari ini, kita dapat keluarkan seorang lagi dari gereja ini.
Semoga, Allah terus membantu untuk tujuan ini. Satu yang kita cita-citakan. Islam sebagai agama kasih sayang bukan sahaja pada lisan. Tetapi dapat diterjemahkan di dalam tindakan.
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
8 Julai 09 jam 10.15 pagi
Kedatangan kami disambut oleh Penghuni Islam
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
18 comments:
MAIS dok mesyuarat lagi.
Moga Allah permudahkan tugas ustaz
ha ah..apalah MAIS ni..dok mesyuarat smpi x bgn2 dr kerusi empuk tu..tu yg smpai x leh nak kuarkan penghuni tu..x nmpak plak kelibat hang sheikh budin dlm gmbr tu??
x join sekali ke dgn ustaz nye team?x silap hang yg beriya2 nak tubhkan j/kuasa bertindak..Masya Allah..mulianya hasrat..moga2 Allah membantu kita suma..
semoga usaha ustaz sebagai pendakwah dipermudahkan oleh allah..mari kita jalankan tanggungjawab masing2 sebagai hamba allah..saya pasti mais juga telah berbuat sesuatu.. =)
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah usaha pemindahan pesakit ke tempat yang sesuai dengan fitrah manusia telah dilaksanakan. Saya amat tertarik dengan pernyataan ustaz;
"Apa yang kurang kita sekarang bukannya tenaga kerja, bukannya modal, bukannya tempat, tetapi usaha membuat langkah permulaan."
Ya, langkah yang paling susah adalah ketika langkah permulaan. Apabila hati kita terdetik untuk memulakan langkah, ketika itulah syaitan membisik pelbagai perkara ke dalam hati kita. "Kalau saya tiada sokongan bagaimana?", "Cukup ke duit nak tampung nanti?", "Ada masa ke nanti?".
TETAPI, apabila bisikan itu diatasi dengan bantuan Allah swt dan keimanan sekeras batu, insya'allah langkah2 seterusnya tidak begitu membebankan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua (dan saya terutamanya) untuk sentiasa melaksanakan tanggungjawab sbg muslim baik kpd diri, keluarga, masyarakat dan negara. Saya akhiri dengan Al-Ankabut, ayat 69 :)
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(29:69)
Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz..aminn
Di mana lokasi ni? Boleh ustaz jelaskan. Bagaimana kami boleh membantu ustaz @ mereka? Saya rasa ramai antara kami yang ingin sangat membantu? Harap penjelasan segera....
salam ustaz...
semoga rahmat Allah mengiringi perjuangan ustaz..sy bangga dgn ustaz...menyelamatkan akidah org islam kita...sebesar zarah ustaz usahakan atas nama ISLAM..Allah tetap bersama ustaz...amin..
Astaghfirullah..
Ingatkan Kat Luar Negara rupanya kat Malaysia..
Uataz... kenapa tak nak try guna TV3 bagi permudahkan lagi kerjaⁿ mengeluarkan pesakit nie dari Gereja....
kalau dah keluar TV3 cepat sikit MAIS hulur bantuan...
semoga apa yang ustaz buat ni mendapat keredhaan dariNya insyaAllah..
salam.semoga Allah permudahkan segara urusan baik ustaz dan kita semua...bagaimana cara menyumbang derma sekadarnya utk membantu usaha ustaz?
kalau report kt tv3..mesti kena reject.alangkan Lina Joy punya kes pun xkeluar berita.
semoga Allah swt memberkati usaha ustaz.kalo perlu bantuan kewangan bagitau je.
ALHAMDULILLAH.....
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN LAGI TUGAS ORG YANG BEHATI MULIA...
assalamualaikum ustaz
saya tertarik untuk membantu
mungkin secara sukarela
sebagai sukarelawan di penempatan baru yang akan menempatkan mereka ini semua setelah pindah dari gereja
boleh berikan saya maklumbalas
terima kasih
semoga Allah memudahkan pekerjaan dan niat yang baik
Usaha ustaz amin perlu disokong. kerana JAKIM tak cukup kakitangan nak wat keja nie, kita saudara muslim perlu bantu Ustaz amin.. Semoga Allah S.w.t melindungi dan menjayakan usaha ustaz amin.
jangan masukan dalam media massa. nnti ramai NGO kat luar tentang usaha ustaz ini. Jalankan macam biasa . Kita umat islam perlu bantu usaha ustaz amin.
betul ke mamat ni ikhlas nak keluar? atau nak bebas,harap university kehidupan mamat ni mendapat redha allah senantiasa,bukan nya nak bebas atau mencari kesenangan,juga mengambil kesempatan memusnahkan sahabat lain,supply barang dan relapsed
Post a Comment