Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan
nor salam uztaz.adakah benar kita xboleh mengamalkan slwt yg tidak dicontohkan oleh Rasulullah spt slwt syifa,fateh,tafrijiah dll.dikatakan bidaah. telah lama mengamalkan selawat2 trsbt.saya keliru skrg. 2009-09-01 2:03 AM
Perbahasan ini bukan sahaja pada kita yang kecil-kecil di Malaysia, hingga ulama’-ulama’ besar peringkat dunia. Dua-dua ada dalil. Oleh kerana dua-dua ada dalil, bermakna, perkara ini terdapat banyak pandangan.
Jika orang yang berpengang pada pandangan tak boleh baca, terpulanglah pada dia. Bacalah selawat lain.
Jangan tak selawat, sudah le…
bob Assalamu alaikum, ustaz. Tolong ajar saya ayat/amalan untuk melupakan org yang bukan muhrim, sehingga ianya menjejaskan fikiran saya. Kdg2 saya rasa 2009-09-01 12:24 AM
ingat itu fitrah, ingatan dengan nafsu itu yang salah. Nak lupakan, doa banyak-banyak pada Allah. Dalam bahasa Melayu pun tak apa.
nur_izaiti ustaz boleh x sy nk minta tolong ustaz doakan sy di Mekah agar ditetapkan iman sy n semoga sy dpt bw mak ayah sy menunaikan ibadah disana 1 hari nanti tq ustaz sbb sudi jwp soalan2 saya. jasa baik ustaz x dpt sy bls. semoga Allah je dpt memblsnye.. 2009-08-31 11:42 PM
amin.. Allah tunaikan hajatmu
salehudin ayyubi ustaz.camne kalau tgh sahur tibe2 azan walhal kite tahu waktu sahur dah nak habis. 2009-08-31 9:50 PM
yang dalam mulut telan, yang ada ditangan tinggalkan
kasih ustaz..sy rasa seperti ade ganguan jin pd sy, sy dpt rasa apabila klu sy tido slps subuh, swktu tu sprti di tindih sesuatu, pd msa yg sama sy bermimpi melihat ular putih ats bdn sy, mimpi knk2 mati di tanam, ade juge seolah2 terjatuh dr tingkat tetapi dlm keadan sdr x sdr itu kbyknnya sy nmpk ular. slps di baca ayt kursi bru la "mende' tu lpskn..waktu tu sy separuh sdr. apakh maksud semua tu ustaz..da lama sy alami, klu tdo waktu mlm sy slalu bca ayt kursi tp jika sy slps subuh perkra spti ini akn berlaku walaupun pd bln puasa
2009-09-01 6:18 AM
Jangan-jangan itu malaikat yang tak bagi tidur selepas subuh, sebab Nabi tak galakan tidur lepas subuh.
Kak Sue Salam ustaz, cek email ye 2009-09-01 5:35 AM
insyaAllah, semoga Allah memberikan rahmat dan keberkataan kak sekeluarga
Guest Salam Ustaz. Apakah amalan untuk malam lailatul qadar bagi wanita yg sedang haid?
2009-09-01 5:18 AM
Amalan ni luas.
Ada bentuk diri seperti berzikir
Ada bentuk keluarga, seperti menyiapkan berbuka
Ada bentuk masyarakat, seperti membantu orang, bersedekah, menyapaikan hajat orang.
Jadi, amalan bukan khusus bentuk diri sahaja. Macam-macam boleh buat bagi perempuan yang haid.
Siti Ustaz, saya sudah bekerja tapi belum berkahwin. Adakah saya boleh bayar zakat fitrah keatas diri sendiri atau bapa yang wajib membayarnya? 2009-09-01 3:53 AM
Kalau dah mampu, bayar sendiri
inas sy jmpa jwpn sy di sini. mekasih ustaz. 2009-09-01 3:36 AM
sama-sama, jika Allah kehendaki kebaikan pada seseorang, akan difahamkannya pada agama
HambaAllah(AHBA) apakah tanda2 akan berlaku&utk ramadhan tahun ini mlm kebrapa,utk makluman pembaca semua,wallahua'lam 2009-09-01 3:06 AM
Buru 10 malam akhir
HambaAllah(AHBA) APAKAH AMALAN YG PERLU DKERJAKAN PADA MALAM LAILATUQADAR 2009-09-01 3:05 AM
Amalan banyak ada bentuk diri, keluarga, masyarakat. Malam lailatul Qadar dulukan amalan bentuk diri.
HambaAllah(AHBA) Ustaz moga sihat dMakkah&tolong dokan saya disini ,ketika manakah yg dikatakan bermulanya lailatulqadar,adkh lepas magrib?@sepetiga mlm 2009-09-01 3:03 AM
Lepas maghrib sampai subuh. 2/3 malam itu yang afdal beribadah
Ani Salam, sy sedih membaca blog "link" dimana dia mengaku sebagai rasul. pendapat ustaz,apa yang kita boleh lakukan? 2009-09-01 9:37 AM
Nak buat macam mana, kalau budak kecil boleh rotan. Kita doakan saja lah..
nur_izaiti salam kak ani, sy pn dh htsalam kak ani sy pn dh baca link sy gase pengertian surah yasin ayat 1 - 6 x betul..maknanya sama tp menyeleweng.. 2009-09-01 11:35 PM
ros salam ustaz, jika air masuk telinga ketika mandi, batal x posa tersebut? 2009-09-01 9:30 AM
batal jika kita mandi dengan keadaan yang memang dari segi adatnya, ia akan masuk telinga. Kalau mandi yang dalam keadaan adatnya, tidak akan masuk ke telinga, kemudian entah macam mana, termasuk, maka tidak batal.
Tapi, afdalnya, ganti balik, sebagai menjaga agama.
azli salam..sekiranya kita memasak di siang hari pada bulan ramadan(utk juadah bebuka)boleh x kita merasa makanan tersbut di hujung lidah..ape hukum nya? l 2009-09-01 9:17 AM
harus, jangan telan, keluarkan balik
mamadeeba Slm, membaca pengalaman ustaz membuatkan sye teramat rindu utk ke Tanah Suci. Allahuakbar ...... 2009-09-01 9:00 AM
Rindu itu adalah fitrah
nur Salam..Saya nak tanya..sy seorg pelajar U..perlu x sy bayr zakat jika smpanan sy 45k..tp itu sume duit drpd pinjaman pelajaran.. 2009-09-01 7:56 AM
jika telah genap setahun ia disimpan, maka perlu.
Guest salam ustaz Bani israel berasal dari negeri mana dan golongan manakah yang termasuk dalam bangsa bani israel selain dari yahudi 2009-09-01 7:38 AM
Bani Israel satu bangsa, macam Melayu, Cina India. Keturunan mereka dikira dari susur galur perempuan. Jika, seorang perempuan Bani Israel, kahwin dengan lelaki jawa, maka anak itu mereka akan anggap, anak orang Israel.
Mereka satu bangsa yang tidak ada Negara, Cuma pernah duduk di Mesir bersama bangsa Qibti dan pernah duduk di Palestin bersama-sama bangsa Arab Kan’an ketika zaman Nabi Musa.
guest Assalammualaikum ustaz,doa qunut dalam sembahyang subuh wajib atau sunat ? 2009-09-01 6:55 AM
Sunat
Guest macam mane nak buat website ni? kena byr ke? 2009-09-01 4:47 PM
Kena tanya agen, kalau dia baik hati, dia buatkan tanpa bayaran.
Guest Assalamualaikum Ustaz. Perlukah seseorang qada semula puasa dan solat yang dilakukan semasa mengalami gangguan fikiran akibat gangguan jin? Malah selepas 3 tahun gangguan masih ada hingga ketika solat, syaitan masih mengganggu dengan suara dan pergerakkan fizikal yang diluar kawalan. Cuma konfius, dalam 1-2 tahun yang pertama saya masih tidak dapat mengawal fikiran berbanding sekarang dengan kekuatan yang Allah beri. Maksudnya, solat ketika sy sedang sakit itu banyak yang tak betul kerana jin tersebut mengajar saya macam2. Lagipun fikiran pada masa itu tidak dapat membezakan betul atau salah. Adakah saya terlepas dari kewajipan solat dan puasa ketika itu? Tapi saya tak pernah tinggalpun puasa dan solat, cuma takut tak sah. 2009-09-01 1:42 PM
Jika perbuatan yang dibuat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat, maka tak batal. Seperti makan ketika solat, bergerak tiga kali berturut-turut, bercakap dan sebagainya. Rujuk perkara yang membatalkan solat…
ROKIAH MUSA Assalammualaikum .ustaz doakan kak murah rezeki .baca kisah ustaz berbuka puasa di Masjid an-Nabawi kak rasa sayu sgt2. Teramat rindu ktnh suci Allah. 2009-09-01 10:49 AM
Amin.. Allah bersama kak sekeluarga…
Mizan Salam Ustaz, rakan prnah tgur agar saya lipatkan kaki seluar sedikit di atas buku lali sblm solat. Ada ke nas yang suruh kt buat pkra tsebut. TQ 2009-09-01 10:30 AM
Dia bacakan hadith yang mengatakan nabi Melarang melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali.
mama salam. bagaimana klu tersebut perkataan ALLAH atau terzikir di dalam bilik air. Berdosa ke ustaz. Tolong jelaskan cara terbaik. tk 2009-09-02 6:44 AM
ter.. maknanya tak sengaja. Tak sengaja perkara di luar kawalan kita. Tak berdosa..
Azmi salam ust, sy mohon ust doakan sy agar dapat ketenangan jiwa utk menjawab final exam dengan baik ust tolong doakan sy. selamat berpuasa 2009-09-02 6:34 AM
Amin.. Allah bersama mu
Guest salam ustaz. kalau tertelan kahak, batal ke tak puasa? 2009-09-02 5:30 AM
Jika kahak berada di dalam tekak tak batal. Jika telah keluar ke pangkal lidah, maka batal.
NOR SAFINAR ISMAIL a.k.a Aina_Zulaikha, kesejahteraan bagi Ustaz dan sahabat handal di bumi Mekah.. Amin 2009-09-02 5:11 AM
Kesejahteraan juga buatmu
aina_zulaikha assalamualaikum ustaz, sy mohon ustaz doakan ketenangan jiwa utk saya, terlalu banyak ujian yang datang pd bulan Rmdhn ini, Moga Allah tetapkn IMAN. 2009-09-02 5:09 AM
amin.. Allah bersama mu Aina…
guest salam ustaz boleh tolong paparkan gambar pekarangan masjidilharam yang terbaru bahagian yg telah direnovate sebelumnya ada htl mekah dan lain2 untuk tatapan kami 2009-09-02 4:33 AM
isyaAllah…
ummi salam ustaz,nak mintak tlg ustaz doakan sy cepat dapat zuriat yang ke-2 ni.sempena ramadhan dan berkat ustaz kat tanah suci..syukran 2009-09-02 3:10 AM
amin.. Allah bersama kak sekeluarga
sa80 Ust, ada tak nas atau hadis yg menyebut tentang sunat atau haram untuk memotong kuku pd hari2 tertentu? 2009-09-02 2:57 AM
saya tak jumpa, tapi perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tak ada, rujuk ustaz lain setakat ini..
Anuar b. Ahmad Salam ustaz. nak minta tlg ustaz doakan kesembuhan mata knn sy ni. minta berkat ustaz, bulan ramadhan & Mekah, insyaAllah. Tq 2009-09-02 2:30 AM
Amin… Allah berikan kesembuhan padamu
Guest ustaz,kalu mimpi buat sex time pose,batal tak?bile sedar tak basah pn.sy pempuan.mohon jwpn ustaz.tq 2009-09-02 12:19 AM
Tak batal
twin salam ustaz,saya nak tanya,tentang pembinaan Saya akan membina sebuah rumah.apakah faktor2 yang patu saya patuhi agar rumah yg bakal dibina selamat,aman dan berkah. satu lagi ustaz,adakah mendatangkan mudarat jika pintu masuk rumah saya menghadap matahari petang? 2009-09-02 6:57 AM
1. untuk selamat, usaha kena tingkatkan, cari arkitek yang bagus dan kontraktor yang bagus. Untuk berkat, ketika pindah, bacakan surah al-Baqarah dalam rumah.
2. Jamu orang makan dan berdoa banyak-banyak. Biasakan beri salam masuk rumah dan baca surah ikhlas setiap kali pulang dari kejauhan.
3. Jaga isteri dan anak baik-baik selaras dengan agama.
4. Yang memudharatkan adalah Allah, matahari tak beri mudharat. Cuma segi kebiasaannya, panaslah rumah waktu petang…
Wallahu Alam,
Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
2 September 09, jam 10.45 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
zairy; ustaz saya nak tanya apakah hukum mandi wajib di siang hari pada bulan puasa? adakah puasa itu batal atau macamana?
Post a Comment