Ketika saya mengajak para jemaah untuk mendaki gua Hira’, semua mereka teruja dan ingin memanjatnya. Ia untuk menghayati bagaimana kesungguhan Nabi saw mengorbankan masa untuk bertafaakur memikirkan masalah umat.
“Kita nak rasa, bagaimana Rasullullah ke gua ini” kata seorang ahli Jemaah.
Kami sampai ke kaki Jabar Nur jam 1.00 pagi.
Semua yang ada mula terkejut ketika melihat puncak yang ingin kami pergi. Lebih kurang 2500 kaki mendaki.
“Inilah yang dikatakan tak ada kerja cari kerja” kata Kak Jah ketika mula melangkah untuk ke tangga pertama sambil tergelak kecil.
“Ok, kita singgah beli tongkat dulu” kata saya.
Semua yang ada tergelak.
“Ustaz, kita orang muda lagilah, macam mak nenek aje” kata salah seorang ahli jemaah.
“ambil tongkat ni, walaupun muda, kita akan rasa gunanya nanti,” kata saya.
Kami membeli tongkat dengan harga 3 riyal satu.
Perlahan-lahan kami mula melangkah. Jemaah perempuan kebanyakkannya berumur 50 ke atas. Perlahan-lahan melangkah, meniti anak tangga yang ada.
“Naik dulu, saya tunggu kak Mah” kata saya pada jemaah lain. Saya menunggu seorang jemaah yang pelahan-lahan melangkah.
Setelah beberapa ketika, kami berhenti rehat, minum bekalan air yang dibawa.
Tongkat yang dibeli benar-benar membantu untuk mendaki.
Kak Mah, ketika berhenti, akan mengeluarkan biskutnya, memberikan pada kucing-kucing yang berkeliaran di Jabal Nur ini.
Saya yang menunggu Kak Mah dengan gelagatnya, duduk di satu tepi anak tangga.
Lalu sekumpulan jemaah dari Turki. Memberikan saya duit.
“Eh, saya juga pendaki seperti kamu” kata saya.
“Oh ye, maaf”, katanya
Memang di beberapa tempat untuk ke gua Hira ini, terdapat orang dari Paksitan dan India yang duduk dan meminta sumbangan.
Kami sampai ke puncak Jabal Nur jam 2.30 pagi. Ramai jemaah dari Turki di atas. Tiba-tiba, datang sekumpulan kambing meminta makanan. Kami semua mengeluarkan barang-barang makanan yang ada, berkongsi makanan dengan kambing Jabal Nur.
Yang bersama saya mula turun ke gua Hira. Di bahagian puncak Jabal Nur, orang Turki membacakan potongan ayat-ayat al-Quran dan di kawasan gua Hira, mereka bersembahyang, membangunkan malam.
Jam 3.30 pagi, suasana begitu nyaman dan tenang. Masing-masing memerhatikan keindahan bandar Mekah dari kawasan gua Hira’. Kumpulan Qiamullail baru habis solat dan kumpulan yang membaca al-Quran sedang berdoa.
Tiba-tiba, turun hujan selama lebih kurang lima minit di atas gua Hira’. Kalau ikutkan kebiasaan, dalam musim panas ini, memang jarang-jarang berlaku hujan.
“Mmm, nyamannya, semoga Allah memberkati semua yang beribadah malam ini" bisik hati saya.
Saya mula turun dari kawasan gua Hira jam 3.45 pagi. Waktu turun lebih cepat dari waktu naik. Tak sampai setengah jam, saya telah sampai ke bawah.
Di bawah kaki bukit, kedai-kedai runcit sedia terbuka. Kami sahur di bawah. Kemudian, solat subuh di Masjid Hamid Mas’udi, di kaki bukit.
Semua yang ada keletihan tetapi merasa gembira dengan pendakian ini. Tak sangka boleh sampai. Ini kerana, setelah subuh, baru Nampak sayup dan tingginya Jabal Nur yang terletak gua Hira ini.
“ustaz, nanti buatkan sijil” kata salah seorang dari jemaah.
Apa pun, di sinilah segala-galanya bermula, ketika Nabi diutus wahyu pertama.
Semoga, kita terus di bimbing Allah dalam hidup kita.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
7 September 09, jam 2.00 pagi
Keindahan bandar Mekah dari pertengahan Jabal Nur
Banyak kambing di kawasan ini
9 comments:
Salam Ustaz,
Rindu dan terharu tgk gua hira'ingat pada Nabi
Tengok Cerita 'Qamar Bani Hashim' pun terharu ingat pada Nabi
Tengok anak-anak Yatim, terharu dan terkenang pada Nabi
Sebelum tidor, bila ingat nabi salawat dan hadiah al-Fatihah buat nabi.
Maha suci Allah dan Segala Puji untuk NYA...
alhamdulillah, orang yang mencintai Nabi akan bersama Nabi di akhirat
alhamdulillah, orang yang mencintai Nabi akan bersama Nabi di akhirat
bestnya dapat naik gua hira!....
berdoa agar dpat join ustaz for your next visit... Amin
Salam Ustaz. Minta Ustaz doakan agar saya bertemu jodoh yang telah ditentukan kepada saya. Sekarang ni saya berusia 30 tahun(huhu) berpendidikan dan berkerjaya tetap tetapi masih belum bertemu jodoh.
Nurrrrr
Assalamualaikum sahabat...
Teruskan menulis dan mencatat diari2mu. Boleh menjadi iktibar bagi yang membacanya insyaALLAH...
Seronoknya dapat mendaki ke gua Hira'... Bila kembali ke tanah air?
Anonymous.... Jgn la sedih umo 30 tak kawin lagi.... cuba utk hiburkan hati.. pergi la diving ke.. pergi climbing ke... pergi rafting ke.. jgn risau.... :) jodoh awak ada... yg penting COOL :)
salam Ustaz amin
BHS, anak BHS, anak saudara BHS dan adik bongsu suami BHS dah sampai
pergi bulan april 2010 pukul 10 malam sampai kul 2 pagi..Alhamdulillah..hamba bersyukur...
assalamualaikum ustaz,
saya nk tanye skit ni...gua hira ni dalam tanah halal ke tanah haram..
Post a Comment