Wednesday, September 16, 2009

Diari 114 - Program Solat "Panggilan Agung"

Hari Khamis 10 Spetember 09, saya dihubungi oleh staf dari Layar Consult:-

“Ustaz, rakaman hari tu kita tak boleh nak guna, kita kena buat baru”

Baru-baru ini, Layar Consult ada membuat satu program mengenai sembahyang. Saya terlibat dengan program ini. Praktis solat dibuat melalui buku yang saya susun bertajuk :-

“Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie”

Sebelum ini, kami membuat rakaman di Yayasan Restu. Kali ini, di Masjid al-Ghufran, Damansara.

“Hari sabtu boleh tak ustaz?”

“Mmm, sabtu saya sibuk, Ahad lah ye” jawab saya ringkas.

Hari jumaat dan dan sabtu program agak penuh. Pagi Ahad pula, saya ada memimpin Qiamullail di Wangsa Maju kemudian kuliah subuh di Shah Alam.

Ketika saya ke lokasi pengambaran, saya bertanya pada pengarah program:-

“Kenapa tak buat dekat Yayasan Restu balik”

“Tak sempat nak tempahlah ustaz” jawabnya.

Memang agak letih, Cuma program perlu dihantar minggu depan, jadi memang tidak ada masa untuk dibuat minggu depan.

Ketika berhenti solat zohor, saya mengambil peluang untuk melelapkan mata sekejap selepas solat.

“Lima minit pun cukup sebenarnya kalau betul-betul letih” kata Hussain, Staf Layar Consult.

Saya memandangnya dan tersenyum sambil bergurau:-

“Rabak biji mata, siapalah yang tahu…”

“Mari ustaz, saya picit sikit” kata Hussain.

Program ini akan membincangkan mengenai solat dan praktikalnya. Ia di susun dengan penerangan dari beberapa tokoh agamawan tanah air. Saya hanya terlibat dalam menunjukkan praktik solat. Ia akan ditanyangkan di Astro Oasis pada Oktober ini insyaAllah.

Semoga, ia memberi manfaat kepada semua.

Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

16 September 09 jam 9.10 pagi

lokasi pengambaran di Masjid Ghufran Damansara

melihat kedudukan kamera yang akan diletakkan
krew pengambaran
Ia membincangkan mengenai praktikal solat
Bersama saya ialah Siddiq

2 comments:

Freelance Docu Director said...

Assalamualaikum wr wbh.
InsyaAllah program ini akan disiarkan di saluran Astro Oasis bermula pada 4hb Oktober 2009.
JazakaAllah, atas kesudian ustaz bersama kami, semoga usaha kita akan menjadi jariah di akhirat, amiin!. Abg AL, Penerbit.

Freelance Docu Director said...

Assalamualaikum wr wbh.

Maaf Pembetulan : Program ini akan mula disiarkan pada hari Jummat 2hb Oktober jam 7.30 malam.
Selamat bermusafir, fii amanillah!!.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...