Bandar Isfahan dan Shiraz, meriah dengan kedai-kedai, tetapi, pada jam 10 malam, kedai-kedai semuanya akan tutup.
Tidak ada kedai-kedai makan yang buka sampai jam 2-3 pagi.
Saya memerhatikan budaya lepak anak-anak muda di sini. Jika di Isfahan, mereka akan menemui kawan-kawan mereka di taman-taman. Mereka akan duduk sambil berbual-bual, ada yang menghisap shisa (paip Arab) bermain daun trup dan sebagainya.
Sekali sekala ada juga pemuda menunggang motosikal lama dan memecut yang tidak berapa laju (tapi mereka rasa macam dah laju dah) seakan mat rempet di Malaysia.
Berbeza dengan kita di Malaysia, budaya lepak adalah di kedai-kedai makan. Sebab itu, walaupun sudah makan malam, tapi jika jumpa kawan selepas itu, kebiasaannya akan makan lagi atau paling kurang, minum teh tarik.
Itu yang menyebabkan badan orang Malaysia, kebanyakkannya gempal-gempal belaka.
Di sini, jarang terlihat orang yang gemuk. Ada, tetapi amat jarang.
Salah seorang ahli rombongan saya, biasanya dengan budaya Shisa (paip Arab, kebiasaannya banyak di kedai-kedai Arab di KL).
Dia mengajak kami semua serombongan untuk mencari kedai Shisa di sini. Di sini, ia disebut sebagai Kalyan.
Ketika melangkah masuk ke dalam kedai Kalyan di Medan Imam di Isfahan, saya melihat, yang duduk di kedai seperti ini, kebanyakkannya, lagaknya bukan macam orang baik. Semua muka mereka ganas-ganas macam gengster. Itupun, jam 9 malam, pintu masuk sudah ditutup dan jam 10 malam, semua pengunjung sudah disuruh keluar.
Ketika di Shiraz, saya diajak sekali lagi ke kedai Kalyan, tetapi saya menolak. Lebih selesa berada di kedai burger di bandar Shiraz.
Setelah ahli rombongan yang pergi ke kedai Kalyan ini balik, mereka menceritakan keadaan kedai Kalyan di Shiraz ini. Memang lebih ganas dari di Isfahan. Bukan sahaja pengunjung, malahan tuan kedai juga lagaknya macam gengster.
Di Shiraz, kedai kopi yang buka sampai jam 12 hanya ada beberapa kedai, itupun di tempat orang-orang kaya dan tempat yang mempunyai klas yang tinggi. Yang datang semua dengan kereta-kereta besar.
Bagaimana budaya berkumpul ini menurut pendapat Islam.
Jika kita melihat sejarah, maka kita akan mendapati juga para sahabat dan tabi’in, mengadakan perkumpulan hingga larut malam.
Tapi, bezanya, mereka akan berkumpul untuk membincangkan mengenai ilmu atau bermesyuarat membincangkan mengenai sesuatu masalah.
Ada juga perkumpulan zikir dan juga qiamul lail.
Bermakna, budaya berkumpul ini juga wujud di kalangan sahabat dan para tabi’in, tetapi cara dan perjalanannya berbeza.
Jika kita boleh tukarkan, budaya lepak menjadi medan perbincangan anak-anak muda untuk membangunkan negara, membangunkan ekonomi keluarga dan negara, menyelesaikan masalah sosial di tengah masyarakat, maka kita akan melihat, ia menjadi medan untuk tempat membina orang-orang hebat.
Ini kerana, manusia yang selalu berbincang, akan hidup hatinya dengan ilmu.
Dari Sunan ad-Darimi, kitab Muqaddimah bab Muzakarah al-Ilmi menyebutkan
Hendaklah kamu saling memperingatkan hadith maka sesungguhnya, hidupnya (hadith ini) dengan membincangkannya)
Di dalam hadith yang lain, ada menyebutkan:-
Lenyapnya ilmu itu dengan lupa dan meninggalkan muzakarah (riwayat ad-Darimi)
Melihat budaya lepak di Iran dan di Malaysia, kedua-duanya tidak bagus, Cuma di Iran, budaya ini tidak sebanyak di Malaysia.
Walau apapun, jika kita boleh menukar budaya ini kepada budaya perbincangan ilmu yang bermanfaat, maka ia akan menjadikan berkumpul itu satu perkara terpuji.
Semoga, kita sentiasa membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.
‘Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Hafiz, Shiraz Iran
25 September 09, jam 7.55 pagi
*** Di post dari bandar Yazd 26 September 09 jam 8.45 pagi
Mereka melepak di taman
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
assalamualaikum ustaz.
saya ingin bertanye, adakah shisha itu sama seperti rokok? dan shisha itu halal atau haram? harap ustaz boleh kupaskan lebih lanjut berkenaan isu ini di blog ustaz yang akan datang.
:D
Post a Comment