Sunday, September 20, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 66 – Soalan Dari email

Alhamdulillah, dapat saya menjawab soalan dari email, semoga memberi manfaat untuk kita semua.

salam ustaz,

saya nk tumpang bertanya 1 soalan yg agak berat saya bk bertanya dgn ustaz..sekadar meminta pendapat drpd ustaz..

ustaz,

ayah saya merupakan seorg yg berilmu dlm bidang agama..ramai yg selalu meminta pendapat drpd ayah saya.. malah ayah juga seorg yg tahfiz Al-Qura'an.. tapi kami adik beradik x pandai membaca Al- Qura'an sbb faktor ayah x selalu berada dirumah kemudian mungkin kami adik beradik jugak x bersungguh utk membacanya..dlm keluarga alhamdullilah saya boleh membaca jawi dan juga mengaji sedikit sebanyak..

ayah mmg baik, penyayang, x boleh berpisah dr ank2nya.. tp masalhnya ayah saya x mempunyai 1 pekerjaan yg tetap.. ayah selalu wat kerja2 kampung dan selama ni mak yg menyara kami adik beradik tp mak x merunggut bila ayah minta duit dr mak..cume sekarang ni mak de mempertikaikan ke mana duit hasil setiap pekerjaan ayah...tp x meminta pn dibalas kembali semua duit2 tersebut..tp mungkin ayah terasa kemudian ayah selalu menengking mak tp x sampai memukul mak..tp sejak 2 menjak ni ayah dh kurang sikit panas baranya..

soalan saya :

masa sy sekolah menengah dlm subjek pendidikan islam ustazah de memberitahu bahawa jika ayah kita masih hidup ayah akan menikahkan kita andaikata ayah melaksanakan semua tanggungjawabnya selaku ayah dan juga ketua keluarga..bereti dalam kata len memberikan semua pendidikan dunia dan akhirat, menjaga maruah keluarganya, menjaga pergaulan anak2nya, memberi nafkah kpd anak2 dan isteri, meydiakan keperluaan anaknya..ustazah juga ckp andai ayah x melaksanakan atau gagal melaksanakannya ayah x dpt menikahkan kita nt..mst digantikan dgn org len..jika x perkahwinan 2 dikra x sah..setahu sy sahnya sesebuah perkahwinan 2 mesti de:

a. pengatin lelaki

b. pengantin perempuan

c. wali

d. 3 org saksi

e. ijab dan kabul

jadi boleh x ustaz jelaskan dgn lebih jelas maksud ustazah saya tntg hal ni..sy kurang faham..dalam keadaan saya ini adakah ayah boleh menikakan saya nt?sah ke nt perkahwinan sy?boleh ke ayah menikahkan saya?

Wali nikah Cik tetap ayah. Perwalian dari ayah hanya gugur jika:-

1. ayah enggan menikahkan

2. ayah hilang

3. ayah mati

4. di dalam tahanan yang tidak boleh ditemui

5. ayah tidak punyai kelayakan seperti seseorang itu anak luar nikah

Jika ayah telah gugur kelayakan, maka yang mewalikan adalah datuk atau saudara lelaki terdekat, atau wali hakim yang dipohon pada mahkamah

ustaz,

saya sejak sekolah menengah saya merupan seorg anak yg aktive berpasukan..masa sy bnyknya habis dirumah lps asar kecuali jumaat..saya menjadi pengawas pusat sumber sekolah, konstobel kadet polis, aya juga selalu wakil sekolah utk pertandingan sajak, syair, pidato, perbahasan dan mcm2 lagi..menyebabkan kdg2 sy xde dirumah kecuali selepasa asar..

selepas sekolah menengah saya sambung belajar dipoliteknik di JB. sy duduk asrama.. saya hny balik ble cuti semesta..

selapas itu saya bekerja di shooping complex sbg customer service.. tahun pertama sy bekerja sy duduk di rumah tp atas sbb kenderaan yg kami ada hanya la sebuah motor membuatkan kdg2 sy lambat sampai ke tempat kerja.. tahun ke-2 saya meminta izin utk tgl di rumah sewa yg lbh dekat dgn tmpt kerja..

sekarang sy duduk di putrajaya sbb dpt peluang kerja dlm sektor awam. sy hanya balik sebulan sekali dan balik bila perlu dgn lbh kerap..

masalahnya ustaz, sy sekarang merasakan sy mengabaikan mak dan ayah serta adik2 sejak dr sekolah menengah..sy x berniat utk mengabaikan family tp sy x mampu menolak ketentuan Allah.. bile balik rumah mak ayah..adik2 de mengadu dgn sy pe yg terjadi kt rumah kdg2 pe2 yg berlaku di rumah banyak yg sy x tau sbb mungkin sy jauh dr mereka menyebabkan mereka sulit utk memaklumkan kpd saya2 x kecik ht cume sy merasakan semakin menjauh dr family sbb sy keadaan sy yg selalu aktive ke sana ke sini.. ustaz mcm ner sy nk wat utk menghilangkan ketidaksedapan hati saya ini?

1. sekarang ada telifon, selalulah ambil perhatian dengan bertanyakan khabar

2. kadang kala kita tidak mampu untuk membuat semua perkara, minta ampun pada Allah

3. Jika ada kemampuan, bantu keluarga dari segi kewangan

Assalamualaikum

Saya sentiasa mengikuti ustazamin.com.

Say begitu tertarik dgn persoalan dari Jawapan Persoalan 65, iaitu

sallehaman Bolehkan diamalkan cara bertapa di gua untuk menambah ilmu?. Adakah ia selari dengan ajaran Islam? ataupun ianya menyesat akidah Islam?2009-09-15 3:14 PMJawapan dari ustaz ialah elakkan.

Saya ingin tahu apakah hukumnya. Ini kerana saya mengenali seorg ustaz yg berpengetahuan luas dlm agama serta memiliki sarjana dlm bidang agama sering pergi bertapa di gua bersama2 rakan2 dari jabatan agama yg terkenal.

Kemusykilan saya yg lain, ustaz ini sanggup mengahwini isteri kedua(juga dari jabatan agama) di Thailand tanpa memberitahu isteri no.1 dengan alasan untuk mendapatkan anak lelaki.

Nafkah isteri no.1 selalu diabaikan dgn alasan bekerja dan bergaji besar. Ustaz ini juga membiarkan isteri no.1 dia pergi pregnancy checkup sendiri dan keluar masuk hospital sendiri(kencing manis) dgn alasan isteri hendak sgt mengandung dan pergi ke hospital swasta kerana ustaz tersebut tidak setuju isteri ke hospital swasta.

Serta ustaz ini juga membenarkan isteri no.2 dia memanggil isteri no.1 serta ibu isteri no.1 adalah jalang serta pernah sms no.1 suruh bunuh diri jika tak dapat accept bermadu!.Saya ada bukti sms2 yg dihantar oleh isteri no.2 ke isteri no.1!. Apa yg perlu di lakukan oleh isteri no.1 ini kerana beliau begitu tertekan dng suami dan madunya. Isteri no.1 pergi mengadu dgn Pengarah kepada suaminya tetapi dinasihati bersabar.

Terimakasih.

1. Bertapa, kenapa saya katakan elok hindarkan. Ini kerana, asal hukum sesuatu harus, tetapi keadaan bertapa ini, boleh membawa kepada kita kepada kepercayaan yang bertentangan dengan agama. Benangnya sangat nipis.

2. Mengenai ustaz yang kahwin lagi itu, perkahwinannya sah dan tidak ada masalah dengan perkahwinan itu. Cuma masalahnya adalah segi adab dia menangani isu keluarga. Dia memang kena baiki cara dan keadaannya

3. Permasalahan antara isteri pertama dengan ustaz itu, kena dengar dua belah pihak.

4. Mengenai kedua menghantar massage begitu memang tidak patut. Kenapa isteri kedua tidak hormat isteri pertama? Kerana ustaz itu kurang mendidiknya. Itu pandangan saya.

5. Isteri pertama mengadu pada pengarah, sebenarnya tidak patut. Sebetulnya, dia hanya boleh mengadu pada kadi dan bukan sesiapa sahaja yang dia jumpa.

6. jawapan pengarah itu jawapan yang matang kerana tidak memanaskan lagi keadaan

Nasihata saya utk kak isteri pertama:-

1. untuk kak isteri pertama, sabarlah. Sabar bukan pasrah. Sabar ialah memahami bahawa setiap perkara pasti ada hikmah. Kadang kala, kita rasa, kita telah lama bersabar, tetapi rupanya kita tidak pernah bersabar, kita hanya pasrah selama ini.

2. Memang poligami sangat menghiris perasaan. Tapi mungkin Allah jadikannya untuk memberi kemuliaan kepada kita ketika kematian kita. Kita tak tahu, mungkin ibadah kita belum cukup menyelamatkan kita di akhirat, maka Allah datangkan pada kita pahala dengan jalan ini.

Adukan pada Allah masalah ini, insyaAllah, Allah akan berikan ketenangan pada kita.

Sekian..

Salam Ustaz,

Saya bercadang untuk tukar nama. Kalau nak tukar nama macammana prosesnya?

Tq

Pergi jabatan pendaftaran isi borang. Dari segi Islam, buat pengisytiharan pada keluarga dan rakan terdekat

assalammualaikum Ustaz

saya ada sedikit masalah peribadi..moga2 Allah mengampuni saya di atas kesilapan saya yang telah lalu

saya telah banyak meninggalkan puasa dan tidak sempat mengqadakannya sehingga Ramadhan tahun berikutnya...

Bolehkah sekiranya, saya bayarkan fidyah itu kepada Yayasan Al Ijabah, sekiranya boleh di sini, saya ingin meminta Ustaz membuat pengiraan bayaran fidyah yang perlu saya bayar..

1994 - 10 hari

1995 - 14 hari

1996 - 14 hari

1997 - 14 hari

1998 - 14 hari

1999 - 14 hari

2000 - 20 hari

2001 - 20 hari

2002 - 31 hari

2003 - 31 hari

2004 - 31 hari

2005 - 14 hari

2006 - 31 hari

2007 - 14 hari

Buat pengetahuan ustaz, saya sudah tidak ingat dengan tepat berapa jumlah hari yang saya tinggalkan puasa..pengiraan di atas adalah anggaran dengan melebihkan bilangan hari, supaya tidak ada `berhutang' lagi dengan Allah..

harap Ustaz boleh tolong beritahu saya jumlah yg sepatutnya saya bayar kepada Yayasan Al Ijabah (kerana saya lebih percayakan ustaz dari pihak yang lain)..

dan bolehkah sekiranya saya bayar fidyah itu secara ansuran dalam tempoh setahun sebelum Ramadhan akan datang..harap ustaz dapat membantu

SALAM

1. Jumlahkan hari yang tak puasa, kalikan dengan RM 1.75 (mengikut kiraan negeri Selangor) sehari.

2. bayaran ikut kemampuan

Salam ustaz;

Saya ada beberapa soalan, mohon pandangan ustaz:

a)saya dalam musafir dan solat jamak taqdim (isya' dijamakkan dalam waktu maghrib) di hotel. Boleh tak saya terus buat solat tarawih selepas itu sedangkan waktu itu masih dalam waktu maghrib?

Boleh kerana waktu tarawikh adalah selepas isyak

b)saya akan balik ke kampung berhariraya dalam beberapa hari lagi dan bercadang untuk tinggal di sana dalam 6 hari. Boleh ke saya jamak dan qasar dalam tempoh 3 hari semasa berada di kampung?

Jamak tanpa qasar dalam 3 hari

c)pada tahun 2003, ada perselisihan faham di antara saya dengan seorang staf lelaki yang berkaitan dengan kerja. Saya maklum bahawa adalah berdosa sekiranya tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari. Sebelum saya bertukar, saya ada membuat permohonan maaf kepada semua staf (secara umum) semasa mesyuarat dan juga pada kad hari raya dan pada masa saya menulis kad itu saya niatkan permohonan maaf (dalam hati) kepada staf tadi. Untuk memohon maaf secara lisan saya tidak ada kekuatan itu kerana tindakan beliau kepada saya sangat mengguriskan hati saya. Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang dan apa yang saya lakukan sekarang ini ialah dengan berdoa dan memohon semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Betul ke tindakan saya ini?

Betul dan jika bersedekah, niatkan untuk orang yang mempunyai hak atas kita.

d)saya mempunyai hajat yang terlalu banyak, oleh itu semasa solat hajat saya sebutkan kesemua hajat saya itu dan memohon kepada Allah. boleh ke ustaz? saya difahamkan biasanya solat hajat ni khusus untuk satu-satu perkara sahaja. doa apa yang biasa kita baca semasa solat tahajud? boleh ke sama dengan doa semasa solat hajat tadi?

1. solat hajat boleh mohon banyak hajat

2. doa, apa-apa pun boleh

e)saya difahamkan batal solat apabila keluar angin di hadapan atau di belakang? masalah saya, apabila sujud saya dapat rasakan di bahagian laluan depan terbuka seolah-olah memerangkap udara dan apabila bangun untuk rakaat seterusnya saya dapat rasakan macam ada gelembung udara keluar. dulu saya akan ambil wudhu' semula, tapi kalau dah kerap sangat saya dah rasa letih. adakah batal wudhu' saya sebenarnya?

Tidak batal kerana angin yang keluar dari faraj bukan dari dalam, dia adalah kedapan angin dari luar yang terperangkap pada lubang faraj

Ustaz

Jenis solat yang tidak diterima oleh Allah adalah antaranya

Orang Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu

Orang Lelaki yang melarikan diri

Bolehkah ustaz jelaskan maksud “Orang Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu”

Bolehkah ustaz jelaskan maksud “Orang Lelaki yang melarikan diri “

Wassalam

Orang Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu bermakna tidak sah solat tanpa membaca rukun qawli (rukun bacaan)

Orang Lelaki yang melarikan diri bermakna seorang hamba yang lari dari tuannya, solat sah tetapi pahalanya tergantung hinggalah dia kembali kepada tuannya

Assalammu’alaikum Ustaz, selamat berpuasa.

Maafkan saya,kerana saya ambil E-mail ustaz tanpa izin.Saya ambil dari web ustaz.

Izinkan saya bertanya beberapa soalan berkenaan Solat Jama’ / Qasar

1) Masa bila kita boleh lakukan solat sunat sebelum/selepas solat waktu yang diJama’ dan diQasar

Mana-mana boleh keculi kalau melibatkan solat asar. Tapi ada pendapat yang mengatakan tidak ada sunat ketika jamak berdasarkan hadith “tidak ada tasbih ketika musafir”

2) Sebelum sampai rumah kita buat Jama’ Zohor dan Asar dijalanan,adakah perlu kita ulang sembahyang Asar jika sampai rumah waktu Asar belum masuk

Perlu ulang

3) Bagaimana pula jika sampai rumah waktu Asar masih ada lagi,perlu ulang sembahyang Asar yang diJama’ tadi

Tak perlu

4) Musafir dibulan puasa ni boleh ke kita sembahyang sunat Terawih dan bila waktu yang sesuai dilakukan jika sembahyang Maghrib dan ‘Isyak diJama’ takdimkan

Selepas isyak boleh buat

Ini saja soalan saya buat masa ini, jika ustaz izinkan mungkin jika ada persoalan saya akan E-mail lagi Insyaallah

Terima kasih,

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz tentang perkara yang berkaitan dengan aqidah dan saya amat berharap agar ustaz boleh membantu. Kisahnya begini:

Ibu saya berusia 66 tahun. Dia mengalami penyakit kemurungan sejak 8 tahun yang lalu. Syukur alhamdulillah dalam sakitnya, ibu saya masih boleh melakukan amal ibadatnya seperti solat wajib dan berpuasa sekadar kemampuannya. Ibu saya sangat berharap dia boleh melakukan amal lain seperti membaca kitab suci alquran. Tetapi dia tidak dapat berbuat demikian kerana pemikirannya sering diganggu oleh iblis dengan kata-kata hasutan seprti `kafir, kafir` secara berulang-ulang. ibu saya cuba mempertahankan aqidahnya dengan beristighfar dan berzikir namun hilang sekejap kemudian diganggu lagi sehingga dia letih dan stress. Untuk pengetahuan ustaz sebelum sakitnya ibu saya seorang yang tidak pernah melalaikan amal ibadatnya dan dia sering membaca kitab alquran. Setelah mengalami keadaan ini dia tidak mampu lagi melakukannya seperti dahulu sedangkan dia terlalu berkeinginan utk melakukan dengan penuh kenikmatan. Sebagai anak-anak kami telah mencuba berbagai-bagai cara rawatan sama ada tradisional , perubatan Islam mahupun moden untuk mengubatinya namun masih belum berhasil. Jadi, saya ingin meminta pendapat ustaz tentang cara menghilangkan gangguan ini. Mungkin ustaz ada petua dan doa-doa tertentu drpd alquran yang boleh dijadikan amalan.

Saya amat berharap dapat jawapan drpd ustaz. terima kasih. Wasalam.

Assalamualaikum Ustaz,

Ibu puan sedang menghadapai ujian hati. Antara cara terbaik ialah banyakkan berdoa dan minta orang lain terutamanya orang yang alim juga turun mendoakannya

Sebenarnya saya ada beberapa soalan yang masih menghantui minda dan belum ditemui jawapannya.

Saya berharap dengan keizinan Allah e-mail ini akan merungkai semua yang bersarang dan memerlukan jawapan yang pasti.

1.) Apakah benar ada sesetengah orang yang diizinkan berkomunikasi dengan roh orang yang telah meninggal dunia dan melihatnya?

Alam roh adalah alam yang luas, kita tidak mampu membahaskannya. Jika kita baca mengenai kisah orang terdahulu seperti di dalam kisah wali-wali, ada kejadian seperti ini, tetapi, ia bukan untuk diceritakan dengan mudah.

Untuk itu, jika ada orang yang mudah-mudah mengaku, maka elok hindarkan orang itu, ditakuti sebenarnya jin yang membohonginya

2.) Beberapa tahun dulu ketika berbuka puasa ada seorang hamba Allah menyuruh kami adik beradik menyediakan makanan kegemaran kedua ibubapa kami yang telah meninggal dunia. Hidangan tersebut diletakkan disatu sudut di atas sejadah. Sesudah berbuka kami disuruh menjamah makanan tersebut dengan alasan mengambil berkat kehadiran ibu ayah semasa berbuka tadi. Bagi tidak mengecilkan hatinya saya mengambil makanan tersebut tetapi tanpa pengetahuannya saya tidak menjamahnya kerana timbulnya was-was dalam diri ini di samping suami tak mengizinkannya juga.Yang menghairankan saya di sini dia boleh menyatakan akan kehadiran kedua orang tua saya di dalam majlis ini.

Keperluan roh adalah sedekah amalan, bukannya makanan zahir.

3) Akhir sekali adakah manusia diizinkan Allah memasuki alam yang lain (maksud saya alam ghaib yang tak dapat dilihat oleh orang lain). Dan sekiranya tidak bagaimana dengan kehadiran makhluk lain yang dikatakan menyampaikan ilmu-ilmu keagamaan buat seseorang yang tak dapat dilihat orang lain? Apakah ianya "Jin" , maka bagaimanakah akidah orang itu sebenarnya?

Memang, ada manusia yang dibuka hijab matanya untuk melihat alam lain. Ia bukan masuk ke dalam alam itu tetapi dibukakan hijab matanya.

Belajar hendaklah dengan berguru, dan ia dinamakan sanad. Kalau belajar dengan makhluk ghaib, tidak sunnah dan takut tertipu dengan angkara iblis sebenarnya.

Saya berharap memperoleh jawapan bagi semua persoalan di atas memandangkan kami ada mempunyai pertalian.Di samping itu saya berharapdapat berhadapan dengannya dengan berhemah dan memperbetulkan yang salah dengan cara yang tak menyinggung mana-mana pihak.

Terima kasih atas jawapan serta nasihat yang bakal ustaz berikan.

Yang masih belajar mengenali Allah,

Salam Ustaz,

Saya ingin meminta pandangan dan nasihat daripada ustaz. Saya mempunyai dua orang abang yang mementingkan isteri mereka lebih daripada mak saya. Malah, mereka sanggup bergaduh dan mengecilkan hati mak saya semata-mata untuk mempertahankan dan membela isteri mereka walaupun isteri mereka melakukan kesilapan. Untuk pengetahuan Ustaz, mak saya insya-Allah seorang ibu mertua yang baik. Cuma mak saya akan menegur apa yang tidak berkenan di hatinya. Tetapi teguran-teguran beliau telah disalah ertikan. Abang-abang saya menganggap teguran2 tersebut sebagai tanda mak saya tidak suka kepada isteri2 mereka. Saya perhatikan kakak-kakak ipar saya berkahwin dengan abang-abang saya hanya berkehendakkan suami mereka dan tidak mempedulikan keluarga saya. Abang saya yang sulong alhamdulillah, amat mengambil berat tentang kebajikan keluarga saya. Malah, setelah ayah saya tidak bekerja, dia lah yang menanggung nafkah mak dan ayah saya. Tetapi dia sangat tidak menjaga hati mak saya terutamanya bila mak saya menyentuh atau menegur tentang sikap isterinya. Dalam 2 tahun lepas, isterinya telah berselisih faham dengan adik saya. Akibatnya, mak saya tidak dapat bertemu dengan cucu-cucunya pada tahun lepas kerana isteri abang saya tidak mahu balik ke rumah saya. Abang saya cakap dekat mak saya kalau nak jumpa anak-anaknya kena lah berbaik-baik dengan isterinya. Tahun ini abang saya akan pulang beraya di kampung saya tetapi isterinya tidak ikut sama. Malah abang saya meletakkan syarat. Kalau nak isteri dia balik, adik saya (yang bergaduh dengan isterinya) perlu tinggal di tempat lain. Ini bermakna sekali lagi mak saya tidak dapat berjumpa dengan cucu-cucunya. Sudah la abang saya pulang ke Malaysia setahun sekali. Saya dapat rasakan kesedihan mak saya yang teramat sangat tapi saya tidak berdaya untuk menolong beliau. Abang saya yang ketiga juga begitu. Malah dia seperti melupakan tanggungjawab kepada keluarga sendiri dan lebih mementingkan isterinya sekeluarga. Isterinya langsung tidak mahu bergaul dengan baik dengan keluarga saya sehingga mak saya sudah tawar hati dengannya. Mak saya juga sudah berpesan dengan abang saya agar tidak lagi membawa isterinya ke rumah kerana sikap isterinya yang sering mengundang kemarahan keluarga saya. Ustaz, apa yang perlu saya lakukan? Saya pernah menasihati mak saya agar mengikut saranan Ustaz agar memperbanyakkan bacaan al-fatihah dan menyedekahkan kepada abang-abang saya agar dengan izin Allah dilembutkan hati mereka. Saya sedih dan bimbang dengan sikap abang-abang saya tehadap mak saya kerana saya tau syurga mereka bergantung kepada redha mak saya. Tetapi untuk pengetahuan Ustaz, abang-abang saya adalah lulusan dari Al-Azhar dan mereka lebih mengetahui tentang hal tersebut.Saya kasihan kepada mak saya kerana dia sangat rindukan cucu-cucunya. Ustaz, adakah mak saya berdosa dengan tidak membenarkan menantu-menantunya pulang ke rumah kerana terlalu sakit hati dengan sikap mereka? Minta ustaz berikan sedikt pandangan dan nasihat dalam hal ini. Terima kasih.

Terus doakan abang. Jangan putus asa. Ilmu dan tarbiah dua yang berbeza. Ramai orang yang tahu tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk amalkan.

Bagi ibu, nasihatkan selalu maafkan abang, takut abang hilang keberkataan di dalam hidup.

Salam ustaz...

Soalan saya...

1. Imam sembahyang tarawikh terlalu cepat membaca tahiyat akhir..saya baru baca asalamualaika, imam dah salam. Yang hairannya kebanyakkan makmum pun ikut salam seolah-olah mereka memutuskan bacaan atau tak baca tahiyat akhir tersebut. Adakah bacaan fatihah dan tahiyat akhir tak wajib dibaca habis kerana mengikut imam bagi sembahyang sunat, bagaimana pula sembahyang fardu? Jika ustazlah...bagaimana ustaz sembahyang berimamkan orang sebegini?

Bacaan kedua-dua itu wajib dibaca. Kalau saya, saya akan biarakan dia habis dan saya akan habiskan bacaan saya dengan tenang. Kalau kemudian, saya memulakan solat dan dia telah rukuk, maka saya akan ikut rukuk kerana ketika itu saya sudah dikira masbuk. Orang masbuk, fatihahnya ditanggung iman.

2. saya seorang suami...biasalah bila bersama isteri air mazi (najis) dan air mani tu kena lah kat tilam. Adakah saya kira bernajis jika saya baring dalam keadaan basah oleh peluhkah atau lepas mandi walaupun najis tersebut dah kering. Bagaimana jika tak kelihatan lagi najis tersebut?

Air mazi tetap najis, maka kena basuh walau telah kering. Tapi biasanya, kalau bersama dengan isteri, hanya air mani yang keluar. Mazi akan keluar jika terlalu letih atau terangsang dengan tanpa sentuhan

3. anak saya pakai pampers. bila saya pegang ada bau kencing lekat kat tangan saya walaupun kering. jika dia duduk atas saya adakah saya bernajis. perlukah saya basuh atau tukar pakaian jika nak solat? bagaimana jika bau tersebut dengan sendirinya hilang?

Kalau duduk ada bekas basah maka pakaian kita dah kira bernajis lah tu, tapi kalau sekadar bau sahaja, tidak mengapa

Terima Kasih. Semoga Allah merahmati ustaz atas ilmu ini.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Selayang

20 September 09 jam 8.45 malam

6 comments:

hawa said...

Salaam ustaz, sy ingin bertanya sejauh manakah seorang isteri harus mentaati suami. Sy mempunyai masaalh yang terlalu panjang utk di ceritakan. Berdosakah jika sy meminta di ceraikan dari suami yg tidak bertanggung jawab. Beliau selalu berbohong dgn semua org termasuk saya dan anak-anak. Setelah 13 tahun bersama, sy rasa sudah tidak tahan lagi. Utk pengetahuan ustaz, selama 13 perkahwinan kami, sy lah yg menanggung semua expenses sbb dia tak punya pekerjaan tetap. Jika dpt duit sesekali akn di belanjakan utk dirinya. Jika beliau dpt jadi suami dan ayah yg bertanggung jwb, sebenarnya sy tak kisah menyara keluarga sbb Allah melapangkan rezeki pd sy. Semasa kahwin dulu pun sy tertipu dr segala hal termasuk keluarganya, pekerjaannya, perangainya yg sebenarnya opposite dr apa yg ditunjukan semasa belum kahwin. belaiu juga sebenarnya sudah berkeluarga tapi sanggup bersumpah bujang dan menipu seluruh keluarga saya. Tapi sbb dah kahwin sy sabar dan teruskan kekalkan perkahwinan. Dan perkahwinan kami seperti org lain jugak, kdg2 happy tapi selalu bergaduh. Kami dikurniakan 2 cahaya mata dan merekalah penyebab utama sy sentiasa bersabar dgn perangai suami. Beberapa bulan kebelakangan ini sy mensyaki beliau sudah berkahwin lagi. Dgn alasan business beliau akan pergi outstation sekali atau dua kali setiap bulan selama 5-7 hari. Sy juga pernah terdengar perbualan telefon dan terbaca sms.Yg menyedihkan ini terjadi ketika sy baru di diagnoskan kanser payudara dan menjalani treatment chemotherapy. Kdg2 sy merasa terlalu tertekan, kecewa dan terguris dgn perangai nya. Hanya Allah tempat sy mengadu. Sy takutkan kemurkaan Allah utk meminta di ceraikan, tapi sy sudah tak sanggup lagi diperbodohkan oleh suami sendiri. Dlm beberapa bulan ini jugak sy telah meminjamkan sejumlah wang simpanan sy kepada dia atas alasan utk bisnes (RM 45,000). Tolong beri pandangan ustaz, sy amat tertekan.

Batrisyia said...

assalamualaikum
ustaz..saya nak tanya pendapat ustaz,saya mengasuh anak org,ttp anak tersebut adalah anak luar nikah yg baru saya ketahui...adakah jika saya menjaga n mencium anak tersebut,kelak muka atau dahi akan hitam di akhirat.

Anonymous said...

Salam..sekadar berkongsi..utk kurangkn angin dr faraj..berat badan kena dikurangkn dnn amalkn pil bawang putih utk badan kurang angin..insyaallah.

Hafeez.R said...

Salam Ustaz, saya nak tanya sekiranya kita terpijak najis yg tdk diketahui samaada najis tersebut adalah najis kucing atau najis anjing.So,mcm mn cara basuhannya?

Unknown said...

Salam ustaz saya nak bertanya..saya risau tengok keadaan kwan saya y kebingungan..saya harap ustaz dapt membantu.kwn saya dia mengenal seorang lelaki dah berkenalan selama 3 tahun mcm uh ,lelaki uh dah mengambil kesucian kwan sy ni .n lelaki itu orang y pertama.dia sering melakukan zina selagi hubungan mereka tidak putus. Kwn sy bingung sama ad nak putuskan hubungan dengan lelaki itu ataupun tidak? Sebab laki uh oag y pertama menyentuhnya n mengambil kesucian kwn cy .aptah lg lelaki itu setia oagnya..dia takut menyesal klw ptskan hubungan dgn lelaki itu.ap y perlu kwn cy lakukan? Umur mereka bru 18 thun..

Apkah dosa y mereka lakukan ayh n ibunya tanggung..sdgkn ayh n ibunya sering memberi nasihat cuma dia je y terpengaruh dengan cinta.
Harap ustaz dapat menolong kwn sy.y sedang kebingungan jasa ustaz amat saya hargai .terima kasih assalamualaikum.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz... Masih update tak blog ni ? Ke dah ade FB? Sy nak tny...adatak turutan ( step by step) untuk menjadi suami yang matang? Sy dah lbih 5 tahun berkahwin, bergadoh sahaja sebab saya ni macam banyak silapnya dek kerana tidak berfikiran matang, isteri saya tiap kali bergado minta cerai, saya paham kenapa. Tp selepas bergado saya sedar saya silap dan cuba berubah, tp paling lama jadi baik 3 bulan. Pastu mesti bergado...kasihan isteri sehingga terbalik semua meja kerusi mengamuk. Anak dah ada umur 4 tahun. Mcmn sy nak mengubah diri saya? Seronok lihat suami yg mcm ahli masjid tu, nampak macam pandai mengurusje. Sy kahwin sejurus sahaja tamat belajar. Tlg ustaz...bagaimana...nak istiqamah tu satu...setan banyak sangat dlm diu sy ustaz, lepas dipukul dan dimaki hamun, baru boleh fikir secara clear tp dah terlambatla sebab dah menyakitkan hati isteri sekian lama. Sekarangni saya tak tahu dah nak yakinkan isteri...kalau ade penyelesaian mohon ustaz cadangkan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...