Thursday, December 31, 2009

Diari 141 – Terima Kasih Warga Panasonic Senai Johor

30 Disember 09, pagi ini, seperti biasa, saya mengendalikan kelas di hadis bersanad di Yayasan Restu. Seperti hari-hari sebelumnya, agak sibuk juga menerima panggilan untuk kemasukan anak-anak yatim dan pelajar baru.

Kadang kala, nak tolak tak sampai hati.

Hinggalah jam 2.30 apabila bahagian rumah HIV Darul Ukhwah pula bersama saya untuk urusan penggajian, maklumlah, sekarang sudah hujung bulan, kenalah menguruskan segala penggajian petugas di Darul Ukhwah.

Tetamu yang ada terpaksa saya tinggalkan kerana bergegas ke Johor. Saya bertolak ke Johor jam 2.45 petang. Hari ini saya memenuhi undangan dari Panasonic Senai Johor untuk ceramah mengenai hijrah.

Sampai di Senai Johor jam 5.30 petang dan kami berehat sekejap di restoran sebelum ke tempat program yang akan bermula jam 6.00 petang.

Ceramah hijrah hari ini, saya kongsikan mengenai kelebihan berhijrah seperti mana yang terdapat di dalam al-Quran.

Allah menjanjikan orang yang berhijrah dengan keampunan, peningkatan darjat, pahala, keredhaa dan sebagainya.

Kemudian, bagi kita umat akhir zaman ini, bagaimana kita ingin berhijrah kerana hijrah perpindahan dari Mekah ke Madinah sudah tidak ada lagi.

Saya membincangkan cara untuk kita berhijrah dari keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik menurut al-Quran.

Di akhir ceramah, apa yang mengharukan saya ialah, warga Panasonic di sini telah menyumbangkan sebanyak RM 250 kepada al-Ijabah hasil dari jualan CD rakaman ceramah saya yang mereka buat ketika saya membahaskan tajuk Falsafah Isra dan Mikraj 30 Julai 2009 lalu.

Di pintu keluar, ada lagi yang bertemu saya dan menyumbang untuk anak al-Ijabah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang bersama-sama menyumbang. Bukan jumlahnya yang penting, tetapi rasa bersama membahu perjuangan ini.

Terima kasih juga pada semua yang bersama membantu dan menyumbang sama ada secara langsung mahu pun melalui akaun di dalam blog.

Memang keperluan kemasukkan anak-anak yatim baru ke al-Ijabah agak banyak dan tinggi. Sesiapa sahaja yang bersama diucapkan jutaan terima kasih.

Tamat program jam 9.45 malam dan saya terpaksa bergegas pulang ke Selangor. Esok masih banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Sesungguhnya, kehidupan adalah perpindahan dari satu masa ke satu masa. Pagi kita di satu tempat lain, petang berada di tempat lain, pagi bersama orang lain, petang bersama orang lain. Yang penting bukanlah perpindahan itu, yang penting, adakah setiap perpindahan mendapat keredhaan Allah? Ini kerana, tidak semua perpindahan menjadi amal.

Itu baru perpindahan tempat di dunia, bagaimana dengan perpindahan kita ke alam yang lain? Adakah di dalam keredhaan Allah atau sebaliknya.

Semoga saya dan pembaca sekalian terus dirahmati dan dibimbing oleh Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

31 Disember 09 jam 12.20 tengah malam

- Sepulang dari program di Johor -

IMG_3659

Kami sampai senai jam 5.30, berhenti sebentar untuk minum dan jam 6.00 baru bergerak ke tempat program

IMG_3671

Siaraya program petang ini.

IMG_3692

Di mulakan dengan bacaan  Yasin dan doa selamat

IMG_3745

peta perjalanan Nabi semasa hijrah

IMG_3770

berkongsi, bagaimana ingin berhijrah

IMG_3772

Azan isyak dan solat bersama-sama

IMG_3784

Sumbangan hasil jualan CD rakaman mereka sendiri, terima kasih pada warga Panasonic Senai Johor

IMG_3786 

CD ceramah yang mereka buat

Diari 140 – “Sebenarnya, cabarannya sangat besar….”

Dua minggu akhir ini, selain penuh menguruskan kemasukkan anak-anak yatim dan pelajar MASSA, program saya dipadatkan lagi dengan mesyuarat-mesyuarat bagi penyusunan rumah HIV Darul Ukhwah.

Selain perkara dalaman yang macam-macam nak diuruskan, ia juga membabitkan agensi lain seperti Majlis AIDS, MAIS dan hospital.

Selasa 29 Disember 09 jam 9.00 malam, saya menghadiri pertemuan ukhwah bersama beberapa jemaah muslimah dari Subang Jaya dan Taman Dato’ Haron. Mereka yang ingin bersama-sama membantu di dalam perjalanan rumah HIV Darul Ukhwah bersama-sama memberikan buah fikiran mengenai program yang boleh dibuat bagi membantu saudara-saudara seIslam kita di dalam rumah HIV Darul Ukhwah ini.

Bagi saya, semua orang yang ingin bersama-sama, saya mengalu-alukan.

Rumah perlindungan HIV Darul Ukhwah milik semua orang Islam yang ingin bersama-sama menjaga saudara seIslam kita, asalkan sahaja benih cita-cita itu disemai bersama keikhlasan.

Saya tidak nafikan, ujian membuat rumah kebajikan HIV ini 10 kali ganda lebih hebat dari mengendalikan rumah anak-anak yatim.

Saya menghadapi ujian dari berbagai sudut dan kadang-kala, terasa amat berat untuk dipikul.

Mungkin kerana kita menyelamatkan pesakit ini dari gereja menyebabkan syaitan ingin sangat melihat program ini gagal dan terkubur.

Hanya satu sahaja yang ku pinta ya Allah,

Jika dengan menjalankan rumah HIV ini menyebabkan aku semakin jauh darimu, aku pohon, agar Engkau keluarkan aku dari usaha ini dalam waktu dekat ini.

Tetapi, jika ia semakin menjadikan aku rapat kepadaMu, kekalkanlah aku di dalam usaha ini dengan bantuanMu.

Sesungguhnya, bukan usaha ini yang penting, tetapi keredhaanMu lah aku buru ya Allah.

Hari ini, 30 Disember 09, hari penghabisan seorang penjaga di Darul Ukhwah, Ustaz Fatoni bekhidmat di sana. Dari luahan hatinya, beliau sudah habis tabah menghadapi karenah saudara HIV kita.

Saya sangat faham perasaannya dan cukup berterima kasih di atas khidmatnya. Kalaulah, gelaran wali milik manusia dan ia boleh dicadangkan, sudah tentu saya ingin mencadangkan namanya.

Saya mendoakan yang terbaik untuk semua. Dan semoga 2010 menjadi tahun yang lebih baik untuk seluruh penghuni HIV Darul Ukhwah, seluruh ahli jawatan kuasanya dan semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Semoga Allah terus meredhai kita, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

31 Disember 09 jam

- Sepulang dari program Senai Johor-

IMG_3597

Bersama jemaah Muslimah dari Subang Jaya

IMG_3611 

Semoga yang terbaik untuk semua, amin…

Tuesday, December 29, 2009

Universiti Kehidupan 133 – “Walau Di Ceruk Dunia…”

Sabtu 26 Disember 09, jam 3.30 petang, saya menghadiri satu perbincangan di Pontian Johor. Kali ini bersama sahabat-sahabat di dalam bidang penulisan.

Selepas mesyuarat jam 5.00 petang, saya berkata :-

“Apa makan istimewa kat Pontian ni?”

“Hah, hari ini, kita ajak ustaz makan di sebuah restoran terkenal di Kukup. Ramai orang ke sana” jawab salah seorang memberikan respons pada soalan saya.

“Ok, tunggu kejap, saya sembahyang dahulu”. Kata yang lain.

Saya menunggu ahli mustautin menunaikan sembahyang Asar. Rombongan yang dari Kuala Lumpur telah bersolat jamak pada waktu zuhur tadi.

Kami mula bergerak dari Pontian ke Kukup.

Sampai di satu tempat, terdapat papan tanda,

“Mandella”

Ia nama restoran yang dimaksudkan.

Kami berjalan dan melalui satu lorong kecil yang memuatkan hanya sebuah kenderaan. Jika datang sebuah kenderaan lagi dari arah bertentangan, maka masing-masing akan masuk sedikit ke dalam semak di tepi jalan ini.

Hampir-hampir sahaja saya mengajak yang ada berpatah balik:-

“Takkan dalam kebun sawit ni ada restoran sedap” bisik hati saya.

Agak jauh ke dalam, melalui pohon-pohon sawit yang rendang, akhirnya kami sampai ke sebuah rumah yang ditukar menjadi sebuah restoran. Saya suka menamakannya sebagai rumah makan kerana ia seperti kita bertamu di rumah orang.

Saya melihat parit yang berwarna hitam di hadapan rumah makan ini. Ia bukan kerana parit itu kotor, tapi air hitam ini berasal dari tanah gambut yang mendominasi kawasan di sini. Kalau diceduk dengan tangan, air ini kelihatan jernih, tetapi bersatu di dalam kumpulannya, ia kelihatan berwarna hitam.

Kami mula menempah makanan.

“Emm, biasa sahaja, tapi istimewanya ialah ikan dan udang disini baru” salah seorang dari kami memberi ulasan mengenai masakan di rumah makan ini.

“Tapi pelek, ramai orang di sini, ada dari Singapura dan Kuala Lumpur” yang lain mengulas mengenai restoran ini.

Beginilah, jika sesuatu itu istimewa, walaupun diceruk dunia, pasti orang akan mencarinya.

Itu baru restoran, bagaimana dengan peribadi seseorang?

Orang kalau berilmu lagi berakhlak, di ceruk mana tinggal sekalipun, akan dikunjungi oleh orang lain.

Ketika saya di Hadramaut Yaman, ada seorang Syeikh yang meminta saya menziarahi seseorang di Malaysia ini.

“Anta kena ziarah orang ini sebelum dia meninggal” Kata Habib Abdullah bin Syihab kepada saya ketika saya menziarahinya di kediamannya di Tarim, Hadramaut.

Sepulangnya saya ke Malaysia, saya berusaha mencari lelaki yang disebutkan oleh Habib Abdullah bin Syibah ini.

Hinggalah saya bertemu dengannya dirumahnya. Rumah yang usang, buruk dan sangat daif. Tetapi, masyaAllah, rumahnya penuh dengan tetamu dari berbagai Negara. Ketika saya sampai, terdapat tetamu dari German dan Singapura.

Dengan muka yang tenang dan bercahaya, dia meraikan kedatangan saya.

Begitulah, orang yang berilmu dan berakhlak, diceruk mana pun akan dicari orang, untuk berkongsi manfaat ilmunya.

Kalau peminat makanan akan mencari restoran di mana sahaja ia berada, peminat ilmu, akan mencari siapa sahaja ilmuan untuk berkongsi.

Yang penting bukannya ziarah orang lain pada kita, yang penting, apabila kita berilmu, kita dapat berkongsi dan ilmu yang kita kongsikan pada orang lain inilah, salah satu amalan yang Nabi saw anjurkan kerana ia merupakan amalan yang kekal pahalanya walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Seperti restoran terpencil ini, tetapi penuh dan meriah, begitulah juga orang berilmu, akan sentiasa meriah dengan amalan dan pengajian mereka.

Bercita-citalah untuk memiliki ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama. Kerana perkongsian itu, semakin mencambahkan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Disember 09 jam 3.00 pagi

IMG_3275

Jalan masuk yang membelah kawasan sawit

IMG_3276

KLCC dari botol minyak masak

IMG_3277

Walaupun diceruk, tapi dicari

IMG_3281

Begitulah juga manusia, jika berilmu dan berakhlak, pasti akan dicari orang untuk berkongsi

Friday, December 25, 2009

Jawapan Pada Persoalan 89

Alhamdulillah, pada kesempatan ini, dapat kita berkongi jawapan pada persoalan yang diajukan

Mata B Ustaz, tanya lg pasal hibah. Cam ne nk akad dgn anak2 pasal duit 2 sbb umur anak2 itu 2,5 & 7 thn. 2009-12-16 4:22 PM

Wakilkan pada emaknya (isteri tuan), jadi, emaknya yang menerima hibah bagi pihak anak

Guest Salam. Confuse. Tanda org yg hampir dgn Allah itu wajahnya bcahaya hasil dr byk bsunyi dgnNya..berseri-seri. Bgmana tanda gelap tp wajah x bcahaya? 2009-12-16 3:59 PM

Wallahualam, jangan susah hati melihat wajah orang tak bercahaya, tapi risaulah jika wajah sendiri yang kurang seri

Guest Salam. Ustaz, sy mahu berkongsi dgn Aida berkenaan tanda hitam didahi - Tanda hitam pada dahi adalah beza bg setiap individu. Org yg kulit sensitif & ada penyakit terutamanya diabetes & alergi mmg cepat meninggalkan kesan w'pun dgn hanya solat fardhu shj. Yg penting ikhlas dlm ibadat. TQ & Wsalm 2009-12-17 5:19 AM

Jopun Ustaz, bolehkah kita myimpan gambar org yg tlh meninggal 2009-12-16 3:28 PM

Boleh asalkan bukan untuk dipuja

Jopun Ustaz, adakah wanita haid perlu memeriksa samada haidnya tlh kering setiap kali waktu solat tiba. Bgmn jk haid tsebut hy setitik shj klua pd waktu zohor hari tsebut & akan klua setitk pd waktu zohor esoknya & kdgkala benti 1-2 hari. So, bila patut mandi wajib 2009-12-16 3:25 PM

Maknanya tu belum bersih betul, mandi setelah benar-benar bersih

Jopun Ustaz, benarkah roh org yg br meninggal akan balik ke rumah dlm tempoh tertentu. Kdg kala, isteri arwah & keluarganya akan thidu minyak wangi kasturi yg sering dipakai arwah sms hayatnya diwaktu tengah mlm sms mrk duduk bsembang2 2009-12-16 3:21 PM

Wallahualam, alam roh amat rumit membincangkannya, tetapi apa yang tiada di dalam al-Quran dan Hadis, janganlah dipercayai. Cuba baca kitab Roh karangan Imam Ibn Qayyim

Jopun Ustaz, seseorg yg tlh meninggal dunia tlh dtg dlm mimpi & beritahu yg dia dah bahagia sekarang. Adakah berita itu benar @ adakah itu mainan mimpi 2009-12-16 3:18 PM

Mungkin benar

amin ustaz, sseorg ni mengalami penyakit gatal kulit yg terjadi di merata tmpt yg menyebabkn keluarnya air bisa.air bisa kn najis.jadi air bisa tersebut 2009-12-16 5:42 PM

Air bisa tidak, nanah yang najis

amin ijma' ulama hanya ditujukan kpd ulama2 mujtahid kn...bagaimana dgn ulama2 biasa yg bukan brtaraf mujtahid, adakah boleh dikira ijma' jugak? 2009-12-16 5:36 PM

Ulama yang boleh berfatwa

husna salam ustaz, klau boleh sya tahu...Allah berada di mana? 2009-12-16 5:32 PM

Menurut akidah ahli sunnah wal Jemaah, kewujudan Allah tidak bertempat, janganlah terpengaruh dengan perbahasan yang menggunakan akal

amin adakah boleh dikatakan ikhlas jika sserg itu melakukn sesuatu kebajikan utk mgharapkn syurga dn pahala? 2009-12-16 5:28 PM

ikhlas tahap rendah

amin ustaz, bagaimana caranya nk mmbuatkn hati kita betul2 brlaku ihsan ketika sdg solat..krn ketika solat hati sya selalu fikir mcm2.. 2009-12-16 5:23 PM

minta pada Allah, sebab ihsan tidak datang tanpa bantuan Allah

amin salam ustaz, kadang2 lepas kencing sya merasakn ada bbrapa titik lagi yg keluar, adakah sya perlu mmbasuh semula kemaluan sya? 2009-12-16 5:19 PM

Kalau yakin, perlu

Mata B ustaz, adakah kita perlu lafaz & berakad bila nak bg zakat pd seseorang & myebutnya jenis zakat yg nak diberi 2009-12-16 4:39 PM

Tidak kecuali pada amil

Mamypoko Ustaz, bolehkah sy wasiatkn keseluruhan wang dividen KWSP sejak sy mula keje diberikn kpd Yayasan Al-Ijarah krn dgn ilmu yg sy ada, sy bpendapat dividen KWSP itu subahah. Jadi sy nak selamat di akhirat dgn mhindarinya. Bdsrkn pengamatan juga, sy dpti kebykan kenalan yg telah guna dividen 2, simpanannya cepat habis, cam x berkat wpun byr zakat 2009-12-16 4:29 PM

Wasiat hanya terpakai 1/3 sahaja

NURUL USTAZ APA HUKUM MAIN GITAR? 2009-12-17 2:47 AM

Ada perbahasan dan khilaf

H.Amin Salam, Ust. Boleh kh doakn smoga anak saya menjadi ulama atau menjadi anak yg soleh. Selain saya dan isteri berdoa sama. 2009-12-17 2:32 AM

Amin…

H.Amin Assalamualaikum Ust, Saya Fokus kpd kemahuan utk jadikan anak sebagai ulama suatu hari nanti. Boleh kh kita angan-angankan perkara itu? 2009-12-17 2:08 AM

Boleh, tapi ingatlah kerana cita-cita yang baik seperti ini pasti cabarannya besar

Guest salam ustaz,adakah insuran yang kita dapat selepas suami meninggal dikira harta pusaka2009-12-17 12:04 AM

Tidak sebab ia bukan simpanan suami, tapi hadiah syarikat

Lin Salam, keliru ttg sbhyg sunat fajar. adakah dilakukn selepas solat witir sebelum msk subuh atau pun sblm solat witir. 2009-12-16 9:59 PM

Mana-mana boleh tetapi witir adalah penutup solat

Guest Slm Ust. Bolehkah kita melakukan qada' solat fardhu mana2 waktu slps kita solat subuh? 2009-12-17 5:17 AM

Boleh

Azlan. Salam ustaz. Cara yang terbaik untuk membayar balik harga barangan di pasaraya besar yang dibayar kurang dari harga asal.2009-12-17 4:33 AM

Berikan pada pengurus dengan bersurat

Guest air mineral yg ustaz usahakan dah smpai keutara ka kat perlis ada ka 2009-12-17 3:26 AM

Belum, insyaAllah nanti

Guest bagaimana hendak menghapuskan dosa besar menjadi saksi palsu sekadar bertaubat saja ka atau perlu memohon maaf kpd yg berkenaan/ saya menyesal ustaz kerana telah menjadi saksi palsu2009-12-17 3:15 AM

Taubat dan mohon maaf

NURUL USTAZ BOLEH TAK CERITAKAN SELENGKAPNYA APAKAH KEHIDUPAN ROH SELEPAS IA KELUAR DARI TUBUH? ADAKAH IA MELIHAT KELUARGANYA ATAU IA TIADA KAHITAN LAGI?2009-12-17 2:54 AM

Wallahualam

NURUL USTAZ BOLEHKAH KITA TERUSKAN BACA AL-QURAN WALAUPUN TIDAK MEMAHAMINYA ERTINYA? 2009-12-17 2:52 AM

Boleh

Guest ustaz..rasa da nk gila dah cari jodoh, tp sume gagal..tlg carikan utk sy..sy girl 2009-12-17 1:02 PM

Saya biasa bertemu dengan perempuan yang menyesali perkahwinannya, katanya pada saya : “kalau macam ni, baik tak payah ada suami”, Jadi, lambat dapat jodoh ada hikmah yang Allah sahaja tahu. Sabar dan teruskan usaha

Guest apakah fadilat membaca doa awal dan akhir tahun? 2009-12-17 12:54 PM

Berdoa bagus mana-mana waktu pun,

ibu salam maal hijrah ustaz 2009-12-17 10:51 AM

salam

Guest Aslmkum, ustaz dulu saya pernah hutang dengan singer lepas pindah merata-rata dah lupa jumlahnya nak bayar macamana 2009-12-17 6:47 AM

Rujuk pada mereka, tentu mereka ada rekod

GuestAGB salam ustaz,apa pdapat ustaz jika seseorang itu solat kerana dia terasa seperti ibu dan bapa yg telah meninggal dunia memerhatikannya. adakah syirik? 2009-12-17 6:12 AM

Tak apa, asalkan ingat Allah

mawarkota salam. bolehkah kita meraikn perayaan agama lain? mawar pnh bertanya dgn bebrapa org n pendpt agak berbeza. ada yg kata boleh untuk menghormati agama ada yg mengata tidak boleh. jadi apa pandangan ustaz jika kita meraikn perayaan agama lain?eg menukar2 hadiah ketika krismas? 2009-12-17 5:55 AM

Islam tidak melarang kita merayakan apa-apa hari raya dengan tiga syarat:-

1. bukan perayaan keagamaan

2. tidak ada unsur syirik

3. tidak ada symbol maksiat

Krismas adalah perayaan agama

Guest Slm Ustaz. Kenapa SJ tu selalu ikut Ustaz? 2009-12-17 5:31 AM

Tak tahulah, kena tanya dia

Guest Slm. Seorg peniaga mknan pegang telur yg ada tahi lps tu pegang sayur & mi. Sy dh nmpk tp mkn jg krn malu sbb org belanja. Dosakah? Halalkah mknn itu? 2009-12-17 5:26 AM

Kalau dah nampak maknanya yakin, maka tak boleh

Guest Slm Ust. Bolehkh byr zakat dgn belikn brg skolah bagi ank saudara yg bapa penagih tegar? 2009-12-18 6:24 AM

Boleh jika dia kategori orang miskin

manjeamusyuk Salam Maal Hijrah 1431 ustaz & kpd semua.. 2009-12-18 4:41 AM

Salam

Minah Bangkok Salam ustaz n slmt menyambut maal hijrah 2009-12-18 4:09 AM

Ziema Ass'kum,Ustz nak tahu edah isteri yang suaminya meninggal dunia. 2009-12-18 2:52 AM

4 bulan 10 hari jika biasa, hingga melahirkan anak jika mengandung

mieza Ingin mgeluarkan zakat dgn cr mbeli keperluan sekolah sepupu2 yg ibu/bapa entah kemana @ mnetap dgn nenek yg br kmalangan @ hilang pndapatan. Blh tk? 2009-12-18 12:01 AM

Jika tergolong fakir miskin, boleh

guest ustz, klu tepijak tahi cicak x batal wudu', camne klu pegang tahi cicak, kena basuh tgn je ke?habis tu, ape kjdn yg sbbkn wudu' batal? boleh bagitau? 2009-12-18 3:32 PM

Rujuk kitab fikah

guest salam ustz, solat snt yg digalakkan dbuat stp hari apa? maksd sy solat snt apa?2009-12-18 3:30 PM

Dhuha, tahajjud dll

nur slm ustz, ms mngaji sy trdgr org lain mgaji sm pdhl sy sorg2. mlm sy bmmpi seorg wnta brtdg mgaku dia yg mgaji brsama sy.dh 2x,ms posa n lpsnya sapa 2 2009-12-18 3:28 PM

wallahualam, Waktu tu kenapa tak tanya terus sapa dia?

Guest slm ustz,adkh brdosa jk kt brpndidikan tinggi ttpi tdk bkrja. adkh ilmu itu disia2kn sbb mrasakn tggjwb pd ank n suami lg bsr..apkh cr utk sebr ilmu? 2009-12-18 3:23 PM

Tak, cara sebar ilmu sekarang dah banyak cara, melalui blog pun boleh

guest ustaz, saya suka mmbaca buku2 agama dan buku2 untuk perbaiki diri sy tp sy masih tinggalkan solat wajib,bagaimana nak atasi masalah ini? 2009-12-18 2:43 PM

Baca buku mengenai “azab meninggalkan solat fardu”

Mohd Salam ustz, kalau buat mufarakah solat jumaat, nak solat teruskan niat jumaat&buat 2 rakaat @ buat 4 rakaat?...tq 2009-12-18 1:36 PM

4

Citratus Salam ustaz..sy cuba2 menghafal ayat quran setiap hari. Bagaimana jika sy dlm haid bolehkah saya membacanya? nak elakkan lupa sbb beberapa hari X baca 2009-12-18 12:40 PM

Niatkan zikir atau belajar, jika senang beli MP3 dan dengar

cikgu aiman salam alaik ustaz.kaifa halak...salam maal hijrah... 2009-12-18 7:22 AM

Guest ustaz..mintk tlg sgt2..sy keliru bila bt istikharah samada lelaki ini jodoh sy, sy dpt petunjuk dan merasa ketenangan,redha dan menerima dia. Mslhnya 2009-12-19 12:26 PM

Dia baik untuk kita tapi belum tentu dia jodoh kita

arif Jika imam lupa terus sujud tanpa rukuk dan ditegur oleh makmum, dia bangun semula untuk rukuk, boleh ke terus ikut imam atau mufarakah? 2009-12-19 8:21 AM

Jika pergerakkan itu belum sempurna, maka imam boleh naik balik

Tetamu 6 Disember Assalamua'laikum w.b.t. Salam Maal Hijrah, apa penjelasan ustaz mengenai pengertian darurat? Bilakah waktunya darurat tersebut? Insha Allah, T/k. 2009-12-19 6:13 AM

Darurat apa ni, perang? Makan? Sakit?

DR azmi salam ziarah dari bumi manipal india...bila khabarnya nk dtg india 2009-12-19 5:15 AM

InsyaAllah

Guest Ada kah doa doa utk hilangkan ketagihan dadah dan di mna boleh dptkn bantuan 2009-12-19 3:03 AM

Baca selawat syifa

KAKAK Salam Ustaz, apa nama selawat yg ustaz minta anak2 yatim tu amalkan tuk lmbutkan hati mrk? tk 2009-12-18 11:32 PM

Selawat dari kitab Dibaie

KAKAK Salam Ustaz, Macaman cara nak besarkan akhirat? tk 2009-12-18 10:47 PM

Kecilkan pandangan kita pada dunia

aiman abd alim kalau imam tahyat akhir, sy takbir, pastu ms nak duduk,imam bg slm sblm sy smpt duduk dgn smprna, adakah sy dkira bjemaah? perlu ke sy baca tahyat? 2009-12-18 4:11 PM

Jika sempurna takbir sebelum imam salam, maka dapat pahala jemaah

aiman abd alim ustaz, kalau slt bjemaah,sy sempat takbir sms imam ruku', tapi ms nak ruku', imam bangun, jadi sy x sempat ruku' bsama imam,adakah sy mndpt rakaat? 2009-12-18 3:52 PM

Jika berselisih, maka tak dapat

akmal sallam perkongsian ilmu 2009-12-20 4:04 AM

Guest ms slt subuh imam rukuk rakaat 1 sy terus rukuk tanpa bc fatihah,pd rakaat ke2 sy lupa bc fatihah jd lps imam bg slm sy tmbh 1 rakaat lg,btl k sy buat 2009-12-20 3:20 AM

Betul

qamarguyz salam ziarah.. 2009-12-19 10:36 PM

fariza Perjalanan melebihi 96 km membolehkan kita menjamak solat. Berapa km keluar dari rumah baru kita boleh buat jamak? 2009-12-19 5:16 PM

keluar dari tempat mukin, seperti, duduk sek 10, keluar ke sek 11 dah boleh

Guest bile sy usaha..nmpk jln sukar..dia mendiamkn dri. da istikharah byk kali, penah dpt mimpi melihat dia dlm gmbr..dan yg sy prsaan slalu mimpi air, sama . berada d sungai, i tgh lauk, dan juga ditepi pantai. apa mksdnya? bila sy berusaha dan istikhrah petunjuk lelaki lain slain dr dia sume jwpn -ve tetap hasil istikharah ke arah dia. sbrnya sy da putus asa terhdp dia,sbb bila usaha dia xde respon..sy kliru. sy da istikharah byk kali, lbh 20x.. sblm istikharah hati sy da x dpt trima dia, tp slps istikhsrsh hati terima cuma jln sukar, dia diam shj. sbrnya lelaki ni penah melamar sy dlu, cuma sy je x percyakan dia btl2 ikhlas,dan penah sy ungkpkn perkataan melukakn hati dia 2009-12-19 12:28 PM

Istikharah adalah untuk memohon petunjuk adakah lelaki tersebut baik untuk kita. Dia bukan solat hajat yang meminta kita dijodohkan padanya

abdul rahim salam ustaz..ada tak ayat utk kita amal bg hadapi org yg panas baran.bg dia cool ckit. 2009-12-20 4:46 PM

banyakkan selawat

abdullah ustaz..bagaimana nak menhadapi org yg punya akhlak buruk dan suka maki hamun.ada x ayat utk hadapi org camni.t/kasih 2009-12-20 4:44 PM

Surah Taha ayat 1-5

Risau Utz mcam mana nak tau/rasa Allah dah ampun kan segala dosa besar dan kecil yg pernah kita lakukan? Kalau dah terampun, di akhirat nanti masih dihukum? 2009-12-20 2:35 PM

Kalau dah diampun, akhirat terlepas, tanda taubat diterima ialah kita semakin baik

Kak Ros Bahrudin Sya suka pakai jubah, utk solat sya pakai stokin, tp belakang tangan terdedah boleh tak? (Klu pkai telukung mmg tertutup). Sah solat dua tngan nmpk? 2009-12-20 2:32 PM

Lain kali, labuhkan lengan dan tutup tangan, ia sebahagian anggota yang perlu ditutup ketika solat

Mak Bee, KL Assalamualaikum.Adakah saya perlu melakukan aqiqah bagi anak -anak saya yang telah dewasa(20 thn keatas)?Apakah hukum berAqiqah? 2009-12-20 11:49 AM

Sunat melainkan jika nazar, jadi wajib

Guest Saya dianiaya oleh orang, sekiranya saya minta doa dan pertolongan dari Allah supaya Allah membalas segala perbuatan org itu pada saya...boleh x ustaz 2009-12-20 11:45 AM

Boleh

Guest Assalamu'Alaikum Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai hukum ber"aqiqah". Adakah ianya wajib atau sunat? Jika saya tidak mampu untuk membuat aqiaqh sem 2009-12-20 11:44 AM

Sunat, tak mampu tak apa

rosli salam ustaz,berapakah fidyah puasa yg perlu dibayar bg mereka yg x mampu qada puasa? tQ 2009-12-20 10:37 AM

700 gram beras yang biasa di makan

Guest Salam Ustaz.. boleh tak wang zakat kita agihkan pada anak2 yatim. Bagaimana kalau kita sendiri mempunyai anak yatim? boleh tak kita beri pada nya 2009-12-20 10:01 AM

Anak yatim bukan asnaf, nak bagi atas asnaf fakir miskin atau fisabilillah

mamafaiz Ustaz, apa hukum menjarakkan kelahiran dgn kaedah urut (mgkn ade jampi) utk bbrp thn? Kalo tukg urut tu meninggal mcmana? sebenarnya boleh ke tidak? 2009-12-20 5:41 AM

boleh asalkan jangan syirik, tukang urut tu meninggal, doakanlah dia…

Anwar ustaz, apa hukum fidyah solat masa dulu, untuk bayar fidyah.. untuk mengurangkan fidyah mereka bagi sedekah olok2 letakkan kampit beras atas kayu...orang pertama tolak dan sedekahkan kepada orang kedua dan orang kedua tolak balik untuk orang pertama sebagai sedeka 2009-12-21 1:53 AM

Fidayah solat tidak ada di dalam mazhab syafie, hanya ada di dalam hanafi, fidyah hanya dibayar pada fakir dan miskin

iskandar Salam ziarah abang mat. Syukran atas doa. Alhamdulillah mertua semakin pulih 2009-12-21 1:11 AM

Salam

Guest Salam Ustaz, kalau rumah arwah ayah saya di sewakan pada orang ada kah saya harus bagikan duit sewaan itu pada adik beradik mengikut hukum faraid? 2009-12-21 1:03 AM

Tengok lafaz adik beradik bagaimana, jika mereka minta dibahagikan, maka kena bahagi

lan kk stakat mna yg d kata thap sabar tu.klau org hina dan kutuk makbapa kita bolehkah kita trus brsabar.mcmana nk hadapi smua ni ustaz 2009-12-20 4:56 PM

boleh sabar, sabarlah, itu yang terbaik. Tak boleh sabar, marahlah tapi jangan melampaui batas

azam ustaz..tarikat ahmadiah yg kat p.putih klantan tu klau kita nk ikut ok ker..pndapat ustaz?t/kasih 2009-12-20 4:53 PM

selagi tidak melanggar syariat, boleh

azam ustaz..tipudaya setan tu kita buleh kesan/tahu atau tidak 2009-12-20 4:51 PM

hanya dengan izin Allah

abdul kluarga sya agk kacau skit ustaz..boleh tak kita nk lari drp mreka smua tp bkn nk putus silratulrahim. 2009-12-20 4:48 PM

itu dipanggil uzlah bukan lari..

Sym A'kum.. Solat Jama’ Taqdim Beserta Qasar, Berapa salam? (menunaikan 2 rakaat zuhur dan asar atau 2 rakaat shj digabungkan untuk zuhur dan asar)?2009-12-21 4:02 AM

Dua zuhor dan salam lepas tu dan dua asar dan salam

Guest Salam, Ustaz, ada hadith sebut baca 3 x surah AlIkhlas umpama katham Al-Quran. Ada yg ambil advantage xyah baca Al-Quran cukup baca surah Al Ikhlas jr sebab dia kata kalau baca al-Quran bacaan x betul nanti brdosa so dia baca AlIkhlas jr la.. Minta pandangan ustz. TQ 2009-12-21 3:18 AM

Sudut pahala memang betul, sudut kelebihan takkan sama yang khatam sungguh 30 juzuk dengan khatam 3 Qul, adakah sama orang yang kenyang makan ubi dengan orang yang kenyang makan nasi Baryani? Kenyang sama kenyang, tapi keadannya tetap berbeza

Guest Salam, Ustaz apa maksud ustaz, besarkan akhirat? saya kurang faham la.. Terima kasih. 2009-12-21 3:14 AM

Mengutamakan akhirat

Suhana Masukkanlah aku dalam pintu kebenaran dan keluarkan aku dari pintu kebenaran.dan kurniakanlah aku drpdMU pembantu...bolehkah ustaz ulas doa tsebut.TQ 2009-12-21 2:37 AM

Ayat sufi tu, perbahasan juga perlu melalui caranya

Guest Ustaz, seandainya seorang itu bermimpi berjumpa dengan seorang soleh di Mekah dan beliau ditanya oleh org soleh itu "kau ganti tempat aku ye" dan kemudian beliau di bawa berjumpa dengan Rasulullah di Hijir Ismail untuk bersalaman dengan Rasulullah. Adakah mimpi itu membawa makna tertentu? jika ya, pada pendapat ustaz apakah makna soalan yang di berikan itu? 2009-12-21 1:55 AM

Mimpi bertemu Nabi adalah mimpi yang benar

Wallahualam, Semoga menepati kehendak soalan.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

25 Disember 09 jam 11.00 malam

Universiti Kehidupan 132 – Rancanglah Amal Seperti Orang Merancang Untuk Berniaga

“Ustaz, untuk mewar-warkan kebaikan ni, kita kena susun secara sistematik” kata En. Abd Azizi Atan, Head, Public Sector Payment Solution Payment Systems Maybank pada saya.

Hari ini, Khamis 24 Disember 09, jam 10 pagi, saya telah bermesyuarat dengan pegawai Maybank di Menara Maybank Kuala Lumpur mengenai sistem pemberian sumbangan dan derma yang akan dibangunkan bersama di antara Yayasan al-Ijabah dan Maybank.

Untuk tahun hadapan, mana-mana orang yang ingin bersama-sama berbakti bersama al-Ijabah, akan lebih mudah berbuat demikian apabila sahabat dari Maybank ini, sama-sama mahu membantu membangunkan sistem sumbangan dan derma melalui Auto Debit, Maybank2U dan juga melalui ATM.

“Setakat ini, banyak pertubuhan orang bukan Islam yang buat, pertubuhan orang Islam tidak banyak membangunkan system derma secara online dan sistematik” kata En. Razali Jurjani dari Bahagian yang sama, Maybank.

“Kadang-kala saya sedih juga ustaz, tengok orang yang mengutip derma di tepi jalan, orang kita nak menderma, tapi kadang-kala kurang yakin dengan pendekatan demikian, jadi, kalau kita bangunkan betul-betul dengan cara sistematik, maka orang akan lebih yakin dan lebih mudah. Waktu malam pun dia boleh online dan menderma” kata Puan Sharifah Hanum dari bahagian Business Development Payment Syetems kumpulan Maybank.

Saya merenung mereka dan saya teringatkan teringatkan firman Allah swt di dalam surah al-saff ayat 10-11 yang bermaksud :-

10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Seorang sahabat r.a bertanyakan kepada Rasullullah mengenai amalan yang paling dicintai Allah, maka turunlah ayat ini (Tafsir al-Azim li Ibn Kathir)

Uthman bin Mathum bertanyakan pada Nabi mengenai perniagaan yang paling dicintai Allah, maka turunlah ayat ini, Allah juga menyatakan tentang perkara ini di dalam surah at-Taubah ayat 111 (tafsir at-Tabari).

Kenapa Allah mengibaratkan menyelamatkan diri dari azab yang pedih sebagai sebuah perniagaan?

Ini kerana, seorang yang ingin berniaga, sudah tentu kena ada minat, kena ada ilmu, kena ada perancangan, kena bersungguh-sungguh, kena sistematik, kena telus dan jujur, kena tabah dan jangan putus asa.

Di ibaratkan menyelamatkan diri dari api neraka seperti perniagaan kerana, untuk selamat dari api neraka, sudah tentu juga kena ada minat, kena ada ilmu, kena ada perancangan, kena bersungguh-sungguh, kena sistematik, kena telus dan jujur, kena tabah dan jangan putus asa.

Jadi, beriman pada Allah dan Rasulnya serta berjihad perlu ada kesungguhan, perancangan, kena ada ilmu, kena sistematik, jangan putus asa dan kena lebih hebat dari kita menjaga dan merancang perniagaan.

Bermula dengan ibadah solat, kena ada ilmu dan kesungguhan, kena ada perancangan waktu, perancangan membina masjid dan sebagainya.

Hinggalah dalam konteks membina rumah kebajikan, kena ada perancangan yang baik, pengurusan yang baik, sistem yang baik dan aturan yang baik.

Dalam konteks pembangunan dana juga memerlukan perancangan yang baik, sistematik dan meyakinkan.

Jadi, beramal tanpa perancangan seperti kita berniaga tanpa perancangan. Hujungnya, amalan itu kurang sempurna atau gagal mendapat keredhaan Allah.

Katakan orang sembahyang tanpa perancangan. Tak ambil wudhuk, tak ikhlas, tak tahu arah kiblat, baju bernajis tidak diganti, maka amalan itu boleh tertolak.

Orang bersedekah tanpa perancangan, jadilah sedekah yang diberi terasa banyak, akan terjadi ungkit mengungkit, tuduh menuduh dan menyakiti hati penerima.

Membuat rumah kebajikan tanpa perancangan. Maka akan terjadi nanti ungkit mengungkit, fitnah memfitnah, kata orang itu tak amanah, ini tidak amanah, tuduh menuduh dan sebagainya.

Akhirnya, berlakulah kegagalan di dalam usaha di dunia dan kegagalan di dalam mengekalkan pahala di dalam beramal.

Sesungguhnya, Islam mengajar kita untuk sentiasa berdisiplin di dalam hidup ini. Dan apabila disebut mengenai kehidupan, maka kita akan membicarakan mengenai kehidupan di dunia dan di akhirat. Jadi, apabila disebut mengenai perancangan hidup, maka sudah tentu ia termasuk di dalam perancangan hidup di dunia dan perancangan hidup di akhirat.

Semoga, kita terus merancang di dalam hidup ini, agar selamat kita di dunia, selamat kita di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

25 Disember 09 jam 6.00 petang

IMG_3229

Bersama pegawai Maybank, – dari kiri gambar, saya En. Razali, En. Abd Aziz dan Puan Sharifah Hanum

Thursday, December 24, 2009

al-Ijabah 41 – Perancangan Rumah HIV Darul Ukhwah 2010

Rabu 23 Disember 09, jam 8.00 malam, saya menziarahi salah seorang tuan guru saya, Prof.Dr Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di rumah beliau di Subang.

Agak lama tidak bertemu dengan beliau sejak hampir dua bulan lalu. Bertemu dengan ahli akademi begini, lebih banyak membincangkan mengenai perjalanan dunia ilmu.

Beliau menceritakan program yang dibuat antara UM dan pusat pengajian di Mesir dan Qatar.

Saya sempat mencelah mengenai perkembangan penulisan Phd yang sedang diusahakan di bawah penyeliaan beliau. Semoga Allah terus membantu usaha ini.

Jam 9.30 malam, saya bergegas diri Subang terus ke Shah Alam kerana ada satu mesyuarat yang melibatkan perjalanan rumah HIV Darul Ukhwah.

Hadir di dalam mesyuarat ini ialah penasihat Undang-Undang MAIS, Nurhani Salwa sebagai pemerhati.

Untuk tahun 2010, kami semua bercadang untuk meluaskan lagi program kemasyarakatan Darul Ukhwah.

Ini kerana, ada di kalangan penghuni rumah yang sudah agak sihat dan boleh diaturkan untuk berkerja.

Dalam seminggu ini, saya bersama beberapa sahabat ada menemui beberapa syarikat, membincangkan mengenai kerjaya yang boleh diberikan kepada pesakit kita yang telah sihat. Biar mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa dan tidak terasa disisihkan.

Satu cabaran yang agak besar bagi pesakit HIV ini ialah, mereka dianggap asing oleh masyarakat. Masih kurang lagi program-program kesedaran yang dibuat di institusi pengajian mengenai HIV ini lebih-lebih lagi kesedaran agar tidak meminggirkan golongan ini.

Mereka juga manusia seperti kita yang memerlukan keperluan rohani, kasih sayang, dihargai, dan dihormati.

Memang kita tidak menafikan bahawa, ada di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang yang buruk sebelum ini, tetapi alangkah baiknya jika mereka dapat dibentuk untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Sesungguhnya, Allah tidak melihat di mana kita bermula, Allah melihat di mana hujung kita. Jika hujung mereka lebih bertaqwa, mereka lebih mulia dari orang yang hujungnya penuh dengan penyakit hati dan mazmumah.

Semoga, siapa pun kita, biarlah penghujung kita di dalam husnul khatimah, amin…

“Mengharap Kepulangan Yang diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Disember 09 jam 2.45 pagi

IMG_3220

Mesyuarat di adakan di seksyen 9 Shah Alam

IMG_3221

Ia membincangkan perjalanan Darul Ukhwah tahun 2010

IMG_3222

Semoga terus mendapat sokongan dari semua dan bantuan dari Ilahi, amin…

al-Ijabah 40 – Cawangan rumah al-Ijabah

Selasa 22 Disember 09, jam 4.00 petang, saya dan sahabat-sahabat dari al-Ijabah berkumpul di Damansara membincangkan pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah.

Semoga, cita-cita tahun depan untuk memulakan pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah ini mendapat izin dari Ilahi, amin…

Malam ini, jam 9.00 malam, saya dan beberapa sahabat dari al-Ijabah pergi ke Kuala Selangor untuk melihat dan membincangkan penubuhan cawangan rumah anak yatim dan tahfiz al-Ijabah. Pada peringkat awalnya, ia dijangka akan beroperasi pada Januari ini, tetapi pembangunan yang agak lambat menyebabkan ia tertangguh.

Saya melihat batu-bata yang mula tersusun membentuk sebuah bangunan. Walaupun belum beratap, tapi perkembangannya telah ada.

Harap semua dapat mendoakan agar cawangan rumah anak Yatim al-Ijabah ini akan dapat disempurnakan.

Sistem yang sama akan dilaksanakan seperti di Subang Jaya iaitu ia sebuah rumah yang menekankan pembangunan akademi dan syahsiah anak-anak ini. Kebanyakkan rumah anak-anak yatim menjaga makan dan minum sahaja, tetapi kita menekankan pendidikan dan pembelajaran mereka dan mereka akan diaturkan untuk menghafal al-Quran.

Kita mengharapkan agar al-Quran ini yang dapat menjaga mereka di ketika anak tanpa ayah ini tiada siapa yang dapat menegur dan menjaga mereka.

Bukankah Allah telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa:-

Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (surah al-Baqarah ayat 2)

Ketika kita kecil, ibu kita dan ayah kita yang menjaga kita, tetapi, setelah kita dewasa, imanlah yang menjaga diri kita.

Anak-anak ini, siapa yang dapat membela mereka jika bukan diri mereka sendiri. Ingin harapkan orang lain, banyak yang hanya suka melihat dan mencari kelemahan, tidak ramai yang ingin sama-sama mendidik dan membimbing.

Nabi saw bersabda:-

“Aku dan anak yatim, begini di syurga” sambil baginda menunjukkan dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah, ingin menyatakan rapatnya baginda dengan pembela anak pilihan ini.

Tetapi percayalah, jika ia berkaitan dengan syurga, ia bukan perkara mudah. Cabarannya cukup besar. Hanya dari Allah sahaja kekuatan itu datang dan hanya dari Allah sahaja segala permasalahan dapat diselesaikan.

Yang penting, di dalam hati, biarlah ada rasa kasih sesama muslim, kerana ia salah satu cara untuk mendapat keredhaan Allah.

“Mencari Kepulangan Yang Diredahi”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putera Heights

24 Disember 09 jam 2.10 pagi

IMG_3118

Pembangunan cawangan rumah al-Ijabah

IMG_3126

IMG_3128

IMG_3134

Semoga mendapat bantuan dari ilahi, amin…

Tuesday, December 22, 2009

al-Ijabah 39 – Kompleks Yayasan al-Ijabah

Biasanya, tiada masa terhadap sesuatu itu sebenarnya tidak mengutamakan perkara itu. Dan ramai yang tidak mengutamakan akhirat, sebab itu, ramai yang tidak ada masa membuat amalan akhirat

-al-Fakir Ila Rabbihi Penulis-

Isnin, 21 Disember 09, jam 2.00 petang, saya menghadiri mesyuarat pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah.

Jam 8.00 malam pula, saya bersama warga HIV Darul Ukhwah bagi membincangkan mengenai perjalanan rumah ini.

Berbalik pada mesyuarat pembangunan komples Yayasan al-Ijabah ini.

Dua tahun lepas, saya dan sahabat-sahabat dari al-Ijabah telah mengusahakan sebuah tanah seluas 2 ekar terletak di Puchong. Dengan izin Allah, pada Ramadhan tahun ini, kita dapat membayar kesemua harga tanah bernilai RM 500 ribu ini.

“Dari mana sumber dapat bayar tu ustaz” ramai yang bertanya sedemikian.

“Dari Allah” jawab saya ringkas.

Walaupun jawapan itu nampaknya agak seakan kesufian, tetapi itulah hakikatnya. Saya yang memang mengelakkan dari mewar-warkan untuk mengutip derma, agak berat juga untuk menghabiskan baki hutang tanah yang diusahakan, tetapi, setiap kali di hadapan Kaabah di Mekah, itulah yang saya minta pada Allah:-

“Ya Allah, bagilah kemampuan untuk membayar tanah untuk Yayasan al-Ijabah ini”

Sejurus selepas balik dari Umrah, Ramadhan lepas, Alhamdulillah, semua baki tanah dapat diselesaikan dengan izin Allah. Terima kasih pada semua yang bersama-sama di dalam usaha ini.

Kita membawa pendekatan:-

“Jom bersama-sama” bukannya “bantulah kami”, ini kerana, kita telah memulakan, mari bersama-sama menyempurnakan.

Kalau pendekatan “bantulah kami”, ramai orang akan berkata:-

“Asal ustaz aje derma, asal derma aje ustaz”, sambil mencebekkan bibir pada sang Ustaz yang sedang mewar-warkan rayuan derma.

Kalau ustaz, tiba-tiba beli jubah baru, nanti akan ada yang berkata:-

“hah, tu beli jubah dengan duit dermalah tu”…

Kalau ustaz, tiba-tiba tukar kereta dari Nissan buruk kepada Proton dengan harga promosi, nanti akan ada yang berkata :-

“hah, tu tukar kereta pakai duit dermalah tu”…

Kalau ustaz ada sedikit kelebihan, mula fitnah menjalar kepadanya. Itulah yang banyak terjadi apabila sang Ustaz apabila membawa pendekatan “bantulah kami”.

Dan orang yang selalu mengata, biasanya orang yang tidak menyumbang apa-apa.

Bersama al-Ijabah, kita usahakan semaksima yang kita mampu, yang nak sama-sama, silakan, tetapi, kita tidak akan membawa pendekatan, “tolonglah, bantulah kami”…

Kita buat kek, buat air mineral, buat perniagaan itu dan ini, satu yang kita mahu,

“jom sama-sama beramal, kita telah memulakan tapaknya”

Alhamdulillah, pada hari ini, kita telah menubuhkan jawatankuasa pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah yang akan menelan belanja sebanyak 15 juta. Bangunan setinggi 4 tingkat ini akan memuatkan 500 orang anak yatim dan bakinya ialah anak orang susah.

Dan mudah-mudahan, cita-cita ingin membina Universiti Wakaf, universiti percuma bagi umat Islam di Malaysia ini, akan bermula dari sini, amin…

“Mahalnya ustaz, dari mana dana tu”…

Jawapan yang sama akan saya berikan ketika ditanya mengenai pembayaran tanah di Puchong,

“InsyaAllah, dari Allah”…

Allah akan datangkan dari sumber yang kita tidak tahu, tapi, kewajipan bagi kita mengusahakan dahulu tapaknya. Jika kita mengadu dengan Allah, Dia sentiasa prihatin terhadap segala hajat kita.

Jika kita mengadu dengan manusia, belum tentu manusia boleh menolong, malahan banyak terjadi, mereka pula menjadi ejen menyebarkan keaiban kita kepada orang lain.

Secara jujurnya, saya tidak pernah risau kompleks ini tidak terbangun. Yang saya risaukan ialah, ketika saya, sidang pembaca dan orang-orang yang bersama menyumbang di dalam pembangunan kompleks ini, sudah tidak ada di dunia ini, apakah ia terus berjalan sebagai amal jariah.

Kerana banyak terjadi, apabila generasi pertamanya sudah tiada, maka sekolah agama tersebut tutup, pondok itu dan ini tutup, institusi itu tutup, kerana ia menjadi rebutan orang yang inginkan nama.

Sebab itu dari awal, saya telah berpesan kepada anak-anak al-Ijabah ini, kompleks ini hanya akan diwariskan kepada anak-anak yang pernah belajar bersama kita di dalam ijabah ini. Ini kerana, biarlah mereka yang pernah bersama kita, yang pernah melihat senyum dan tangis kita, yang meneruskan jariah ini.

Kehebatan sebuah perjuangan bukanlah pada besarnya, kehebatan sebuah perjuangan ialah apabila ia tetap bersambung walaupun generasi pertama sudah tiada lagi.

Semoga Allah yang maha pemurah, memberi kita semua kemampuan untuk membuat amal jariah yang kekal pahalanya. Dan jika Allah memberi kita kemampuan untuk itu, kita bermohon pada Allah agar Dia juga memberikan kepada kita keikhlasan di dalam membuat amalan ini.

Semoga ia menjadi bekalan kita di akhirat.

“Mengharap Kepulangan Yang Diredai”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights 22 Disember 09

Jam 2.30 pagi,

Sepulang dari Mesyuarat Bahagian Pembangunan Ekonomi Yayasan al-Ijabah di Kuala Lumpur.

IMG_3059

Mesyuarat Pembangunan Kompleks Yayasan al-Ijabah di Puchong

IMG_3061

Semoga dibantu dan dimudahkan Allah, amin…

Saturday, December 19, 2009

al-Ijabah 38 – Sambutan Maal Hijrah bersama Yayasan al-Ijabah

Jumaat 18 Disember 09, jam 4.00 petang, kala ini, warga HIV Darul Ukhwah menyambut Maal Hijrah bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, Dato’ Zaman Khan dari Yayasan AIDS Malaysia, warga syarikat T-Nest dan sahabat-sahabat Media di Darul Ukhwah Petaling Jaya.

Majlis petang ini, lebih kepada majlis ramah mesra di antara Dato’ Zaman Khan dan warga HIV Darul Ukhwah sempena Maal Hijrah ini.

Majlis dimulakan pada jam 4.00 petang dengan bacaan selawat dan zikir munajat dari anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah.

Semua mereka melaungkan selawat bersama-sama menggemakan Darul Ukhwah. Alhamdulillah, sedari kecil lagi, mereka telah didedahkan dengan melihat kerja amal begini dan mereka sedari kecil sudah di didik agar tidak memandang rendah dan memencilkan diri dari pesakit HIV.

Bagi pesakit HIV Darul Ukhwah pula, mereka dapat merasakan bahawa mereka tidak terpinggir dengan keadaan mereka. Ia lebih menyuntik semangat dan motivasi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Dato’ Zaman Khan sampai ke Darul UKhwah pada jam 4.30 petang, bersama Pengarah T-Nest En. Mohd Nazri, orang yang menaja majlis pada petang ini.

Majlis di teruskan dengan doa memohon keselamatan dari Allah untuk seluruh yang hadir sempena dengan Maal Hijrah ini, semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi kebaikan kepada seluruh yang hadir pada hari ini.

Selepas bacaan doa, pengerusi majlis menjemput En. Nazri dari T.Nest untuk berucap. Selepas itu, pengerusi majlis meminta saya menyampaikan sedikit ucapan.

Di dalam ucapan, saya lebih menekankan mengenai kasih sayang sesama Islam.

“Islam tidak membezakan sesiapapun, warna kulit, yang sakit dan sihat, yang kaya dan miskin, berketurunan atau tidak, yang penting ialah siapa di antara kita yang paling baik taqwanya” kata saya.

“Perbahasan mengenai kasih sayang bukan sahaja perbahasan lisan, tapi ia patut diterjemahkan melalui perbuatan”. Saya menambah.

Selepas saya, Dato’ Zaman Khan yang mewakili Majlis Aids pula berucap. Beliau banyak menyentuh mengenai pengurusan pesakit Aids di Malaysia.

Sidang Media dibuat kira-kira jam 5.15 petang.

Hadir kala ini ialah wartawan dari Utusan Malaysia, Sinar Harian, TV3, TV1, dan Astro Awani.

Apapun saya berterima kasih kepada sahabat saya, Syahril Kadir (syahrilkadir.wordpress.com) yang berusaha menjayakan majlis pada petang ini. Tidak lupa juga kepada seluruh sahabat yang bersama-sama berjuang di dalam Darul Ukhwah dan juga kepada sahabat dari MAIS yang sentiasa bersama.

Majlis seperti ini sememangnya baik terutama kepada pesakit HIV sendiri sebagai usaha menerima mereka di tengah masyarakat.

Semoga, Islam agama kasih sayang, bukan sahaja di sebut di mulut di dalam ceramah dan pentas-pentas forum, tapi ia diterjemahkan melalui usaha membela orang yang terbela ini.

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Disember 09 jam 8.45 pagi

IMG_2720

4.00 petang, majlis dimulakan dengan membaca selawat pada Nabi saw

IMG_2757

ketibaan Dato’ Zaman Khan dari Majlis Aids jam 4.30 petang, memegang buku hijau, Syahril Kadir.

IMG_2765

Ustaz Muhamad Abdullah Zamhari, pengerusi majlis petang ini

IMG_2771

Sahabat Media

IMG_2783

Ucapan Dato’ Zaman Khan

IMG_2806

Dato’ Zaman Khan beramah mesra dengan penghuni

IMG_2827

Sidang media selepas majlis dari RTM, TV3 dan Astro Awani

IMG_2839

Temuramah dari Astro Awani

IMG_2852

Temuramah penghuni

IMG_2892

Bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah

Friday, December 18, 2009

Sekilas 31 – Maal Hijrah

“Yeeh.. cuti,”

Ada di antara kita yang memandang Maal Hijrah begitu.

“Ahhh, kena kerja…”

Ada di antara kita pula yang mengeluh di pagi Maal Hijrah

“Yahoo, tidur…”

Ada juga yang tidak ada perancangan masa cuti Maal Hijrah ini.

“Baaaaalikkk kampong”

Ada juga yang demikian…

Walauapa pun keadaan kita, ia tidak mengapa selagi segala perancangan bertepatan dengan syarak.

Tapi, berbeza dengan perkataan para sahabat 1431 tahun yang silam.

Pagi ini, keluarga Amar bin Yasir sedang dikebumikan kerana dibunuh oleh kafir laknatullah.

Pagi ini, ada yang sedang dirampas bekalan makanan mereka ditengah jalan untuk berhijrah.

Pagi ini, ada yang sedang merentasi padang pasir sejauh 400 km dari Mekah ke Madinah dalam keadaan lapar.

Apapun keadaan mereka, di dalam dada mereka telah ditanamkan lapan perkara oleh Nabi saw.

1. Peningkatan kecintaan kepada Allah

2. Peningkatan kecintaan kepada Rasullullah

3. Peningkatan kecintaan kepada Agama

4. Peningkatan kecintaan kepada Muslimin

5. Peningkatan kecintaan kepada ilmu

6. Peningkatan kecintaan kepada iman

7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak

8. Peningkatan kecintaan kepada Amar Makruf Nahi Mungkar

Kelapan perkara ini yang menjadikan mereka begitu luar biasa mengharungi padang pasir dengan keadaan lapar.

Lapan perkara ini yang menjadikan mereka begitu gagah disakiti dan dihina oleh masyarakat setempat.

Dan lapan perkara ini yang menjadikan mereka yang pernah diibaratkan seperti belalang padang pasir menjadi singa-singa hebat.

15 tahun selepas hijrah, kuasa besar Parsi telah jatuh ke tangan Muslimin

16 tahun selepas hijrah, istana putih di Mesir jatuh ke tangan Muslimin

17 tahun selepas hijrah, satu persatu kota Rom timur jatuh ke tangan Muslim

20 tahun seleps hijrah, mereka telah mula bertebaran ke muka bumi membawa risalah agung “lailaha illallah”

40 tahun selepas hijrah, Islam telah sampai ke Barus Indonesia dan Guangzhou China, satu perjalana jauh merentasi badai dengan satu tujuan, menyampaikan risalah tauhid kepada manusia.

Hari ini, manusia menjadi lemah dan tidak berdaya, kerana umur mereka meningkat, tetapi ilmu dan keimanan mereka masih ditahap lama.

Umur meningkat, tapi ilmu agama dan iman masih ditahap tadika dan sekolah rendah, sembahyang tidak ditingkatkan, akhlak tidak diperbaiki, ilmu tidak ditambah, iman tidak dijaga, orang susah tidak dibela, anak yatim dibiarkan, orang sakit tidak dihiraukan.

Sebab itu, saban tahun menyambut Maal Hijrah, saban tahun juga kita mendengar perkataan:-

“Yee, cuti..

“Aaaah, kena kerja..”

“Yahoo, tidur…”

“Baaaaalikkk kampong”

Dan lebih parah, “Yee, cuti..” diisi dengan pertemuan dengan boy friend dan girl friend yang akhirnya berpegang tangan, bergurau senda, berdua-duaan dan maksiat yang lain.

“Aaaah, kena kerja..” dipenuhi dengan hati yang mendongkol sedangkan sebelum ini telah banyak waktu kerja yang sebenarnya ponteng, curi tulang dan rehat lebih dari masa rehat sebenarnya.

‘Yahoo, tidur” telajak hingga solat subuh pun lewat, zuhur tertinggal, asar baru bangun.

“baaaalikkk kampong” diputuskan setelah betengkar dengan suami dengan kata “kali ini balik kampong saya, asyik abang aje betul”..

Bagaimana kita memandang Maal Hijrah sebenarnya mencerminkan, bagaimana keadaan diri kita. Jika kita memandangnya dengan dunia, maka dunialah yang akan kita dahulukan.

Tetapi, jika kita memandangkan dengan keadaan untuk terus memperbaiki diri sebagai persediaan bertemu Allah, maka kita akan menanamkan lapan perkara yang telah ditanamkan oleh para sahabat ke dalam diri mereka.

Akhirnya, mereka menjadi orang-orang yang luar biasa hebatnya.

“Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga Allah memelihara saya dan pembaca sekalian dan terus kita dibimbing untuk mengabdikan diri kepadaNya.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Selepas Kuliah Subuh Di Baitul Rahman Putra Heights

18 Disember 09 jam 8.00 pagi.

IMG_2652

Petang akhir Zulhijjah 1430 diakhiri dengan berdoa memohon agar diampun dosa yang lepas bersama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di Subang Jaya

IMG_2658

Majlis dimulakan dengan Asmaul Husna

IMG_2665

Bersama berbuka bagi yang berpuasa sunat khamis

IMG_2666

Antara Jemaah sekitar Subang Jaya yang hadir

IMG_2684

Selepas solat Maghrib, doa awal tahun memohon Allah membimbing kita ke arah kebaikan, biasanya, saya akan membawa para jemaah membaca Selawat dan kitab sirah Dibaie di dalam bahasa Melayu

IMG_2686

Selepas Isyak, jamuan bersama anak yatim dan hafiz al-Ijabah

IMG_2687

Bahagian muslimah

Wednesday, December 16, 2009

Diari 139 – Anak Yatim, Yang Nak Masuk Dan Yang Nak Keluar

Beberapa hari ini, saya agak sibuk dengan kemasukkan pelajar di MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) dan juga kemasukkan anak-anak yatim baru ke dalam al-Ijabah.

Seorang ibu yang datang dari jauh, dengan hanya dihantar oleh saudaranya, membuat dua keping surat, merayu untuk masuk ke dalam al-Ijabah.

“ustaz, saya tahu, keputusan anak saya tidak berapa baik, tapi saya harap sangat dia dapat diterima masuk ke tempat ustaz. Semoga nanti dia jadi ustaz” kata ibu kepada seorang anak yatim yang benar-benar berharap agar anaknya diterima masuk.

Saya memerhatikan ibu ini. Matanya penuh harapan.

“Baiklah kak, tapi akak kena istikharah dulu ye, apa jawapan untuk anak akak ni, nanti akak bagitahu saya ye dari pihak saya pun, saya akan istikharahkan dulu” kata saya setiap kali mengakhiri temuduga kemasukkan pelajar MASSA ataupun anak yatim.

Selesai semua temuduga, saya terus ke Kuala Lumpur untuk melawat tapak kedai baru di AXIS Pandan, semoga ia menjadi salah satu sumber ekonomi bagi Ijabah nanti, amin..

Telifon saya bordering,

“Ustaz, boleh jumpa tak, ada hal sikit lah”, suara ini saya kenal, salah seorang ibu pada anak yatim kita.

“Ok kak, pukul 6 ye” jawab saya ringkas.

Pukul 6 petang, saya sudah sudah berada di asrama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di Subang Jaya. Ibu ini sudah mengunggu saya. Di dalam asrama, kami berbual:-

“Ustaz anak saya nak pindahlah”

Saya memegang tangan anak yatim ini. Dengan suara yang rendah saya katakan padanya,

“Ustaz tahu kenapa awak nak pindah, awak kena marah dengan Ustaz Jazlan kan?”

Anak ini mengangguk. Dia yang ditangkap kerana mengambil barang orang, pernah didenda dengan abang saya, Ustaz Jazlan yang juga saya menjaga rumah anak yatim ini.

“Agak-agak awak, patut tak awak kena hukum” tanya saya.

“Patut” jawabnya ringkas.

“Agak-agak awak, ustaz Jazlan marah sebab nak didik awak atau saja nak marak”

“Nak didik” jawabnya agak matang walaupun baru berumur 9 tahun.

Agak lama bertanya dengan nada yang rendah, akhirnya anak ini menangis.

“Kak” saya berkata dengan ibunya.

“Kita tak sama dengan rumah anak yatim lain, rumah lain menjaga makan dan minum sahaja, tapi di sini, kita jaga pelajaran, tarbiah, akhlak dan pembentukan syaksiah”

“Kak, kalau umurnya 9 tahun pun, kak tak sanggup nak bertegas dengan dia, cuba banyangkan kalau dia umur 15 tahun, 18 tahun, 25 tahun. Kalau tak ada didikan agama, agak-agak, senang ke nak bentuk.”

“kak, kalau kerusi rosak kita boleh buang, tapi kalau manusia rosak, kita tak boleh nak buang, sebab itu memang kena sabar dan perlu ada ketegasan” terang saya pada kakak ini.

“Memang, sejak dia duduk sini banyak dah perubahan saya lihat” kakak ini mengakui perkembangan anaknya berbanding dengan sebelum ini yang tinggal di rumah anak yatim lain.

Beginilah antara rencam anak-anak al-Ijabah. Saya lebih senang mengambil anak-anak yang tidak pernah tinggal di mana-mana rumah anak yatim sebelumnya dari anak-anak yang pernah tinggal di mana-mana rumah.

Anak-anak yang pernah tinggal di rumah-rumah lain, biasanya agak keras dibanding yang langsung dari keluarganya.

Apapun, satu yang saya harapkan dari mereka,

“Semoga mereka berjaya seperti mana orang yang ada ayah berjaya”.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Disember 09 jam 11.15 malam

IMG_2578

Axis Pandan

IMG_2581

tapak kedai di Axis Pandan

IMG_2589

Semoga menjadi tapak pembiyaan al-Ijabah

Jawapan Pada Persoalan 88

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang ditanya

hanim salam Ustaz. Sy solat Tahjud & sunat yg lain skitar jam 4.30 pg. Adakah waktu tsebut antara waktu yg afdhal krna sy teruskn solat subuh. 2009-12-15 2:18 AM

ya

Guest salam..hubungan saya dan suami hampir2 hancur berkecai d sebeb kan campur tangan family belah suami yang selalu memandang serong pada saya dan family. 2009-12-14 11:40 PM

Sabarlah, Semoga Allah bersama puan

Bella Mula mengenali dan meminati Ustaz selepas tgk TV9-"pASANGAN iLMU" Semoga ustaz dilindungiNya di negara orang~~ 2009-12-14 7:32 PM

Tk

Adeq pangkal jln? walhal rasuah itu akn ttp berlaku walau di pihak atasan sekalipun??dh tak dpt dibendung...kerna skop kerja yang melibatkan sivil engineer adakah perlu berhenti kerja or cara lain???kalu sprm check, knfem kena....tp sume akan kena, dr kerani smpaila ketua jbtn..pgarah ntahla... 2009-12-14 7:29 PM

Mmm, ntanhlah

Azizah Kalau bangun jam 9pagi terlepas Subuh, kena qadha' Subuh xboleh niat Subuh lagi kan?

Terus sembahyang dengan niat qada’

Azizah Apakah tujuan kita menyiram air dan menabur bunga diperkuburan? 2009-12-15 9:05 AM

Biar wangi dan memendapkan tanah yang baru digembur

Aini Kalau suami kita seorang penagih/pengedar dadah, boleh ke laporan hal ni kepada polis? 2009-12-15 9:04 AM

Boleh

Guest Apa hukum solat kl baru mula solat azan berkumandang? 2009-12-15 8:09 AM

Detailkan soalan, solat apa, sunat ke fardhu, keadaan bagaimana?

Guest Slm Ustaz. Kalau tersolat lewat sgt sampai nk abis waktu, i.e. 1-2 minit sblm masuk waktu, perlu solat juga ke? @ lebih baik buat qada'? 2009-12-15 8:06 AM

Kalau dapat satu rakaat di dalam waktu, maka kita dikira dapat solat itu dalam waktu

konfiuses slm.. ustz, nk tnya bagaimanakah cara sujud syukur? adakah perlu beri slm ke kiri n kanan lepas bangun dari sujud tersebut? dan apakah bacaannya? terima kasih keran sudi menjawab soalan saya, hamba allah yg confius ini.. 2009-12-15 6:43 AM

takbir, sujud, ucapkan hamdallah banyak-banyak kemudian bangun dan beri salam

liza salam ustaz,abah saya ke luar negara atas urusan dakwah,dh smggu ke sana tp xde berita lg.Risau sebenarnya, ada x doa semoga dia selamat di sana? 2009-12-15 5:56 AM

baca selawat munjiyyat

Azlan. Salam ustaz. Berapakah rakaat solat sunat selepas solat jumaat? Ada yang kata empat dan ada kata dua rakaat. 2009-12-15 4:40 AM

Dua

rokiah musa memberkati perjalanan ustaz 2009-12-15 4:10 AM

amin..

Tetamu 6 Disember Assalamua'laikum w.b.t. Apakah yang dimaksudkan dengan suasa menimbulkan fitnah? Boleh diperjelaskan lagi..? Insha Allah, t/k. 2009-12-15 3:03 PM

Jika sesuatu itu membahayakan keselamatan atau mengundang maksiat

eiyta salam, sy nak tau tentang selawat fateh. ada seorang ust bgtau sy, selawat tu elok diamalkan oleh seorang guru lg satu, selawat fateh tu bacaannya camana? 2009-12-15 12:43 PM

selawat memang banyak kelebihan, macam mana bentuknya, boleh beli dikedai-kedai buku

Guest ibu saya umur 68thn.sethn lepas koma 15 hari d icu akibat asma yg teruk .skrg ambil ubat utk darah tinggi,jantung dll. akhir2 ini dia mcm hlg ingatans asyik bagitau brg kemasnya hlg walhal tdk.apa harus saya buat 2009-12-15 10:54 AM

Banyakkan baca yasin padanya, semoga Allah beri kesembuhan pada ibu

Azizah Ada lelaki yang faham jika x solat Jumaat lebih dari 3 kali akan jadi Kafir tetapi xtakut pula kalau tak solat fardhu. Apa hukumnya ustaz? 2009-12-15 9:09 AM

Tak solat fardhu hukumnya haram

mnshahrizal Ustas, Blh tragkan dengan jelas, syarat utk jamak Qasar, takdim, dan takhir ketika musafir? Brp hr? musafir yg bgmn? 2009-12-16 12:13 AM

3 hari, musafir yang bukan tujuan maksiat

Antoi ustaz, kalau sebelum ini kita telah mberi makanan dr sumber yg haram kpd anak2 & keluarga, bagaimana kita dpt selamatkn daging2 mrk yg tumbuh dr di sambar api mereka.sdgkn kami tlh btaubat & berusaha pulangkn sumber2 tsebut kpd asalnya2009-12-16 12:08 AM

Taubat dan tukar pada yang halal, semoga Allah ampunkan

Antoi Ustaz, jk kita dah ambil brg/duit org, adakah kita perlu jumpa & bterus terang dgn mrk & pulangkn. Atau kita x payah ceritakn sebaliknya pulangkn saja brg tsebut atau bank in ke dlm akaun mrk tanpa bgtau mrk utk elakkan pgaduhan serta minta maaf kpd mrk atas dosa kita yg tidak mrk ketahuan sambil kita btaubat nasuha 2009-12-16 12:00 AM

Tak perlu bagitahu, minta maaf dan pulangkan

lydia adakah sesetengah orang dianugerahkan untuk melihat perkara-perkara ghaib seperti pontianak,langsuir dan sebagainya? 2009-12-16 12:00 AM

ada

Antoi Ustaz, sy tbaca 1 hadis HR Musim ttg kedatangan Imam Mahadi & kan bperang dgn jazirah Arab, Persia, Ruum & Dajjal. Nape perang dgn Persia? 2009-12-15 11:58 PM

Sana banyak orang yahudi

Guest salam,ms kecil,pmborong cina x sedar tlh jatuhkn coklat dr vannya,ramai org ambil,mak sy ambil 3 botol,halal ke coklat tu?klu x,mcm mane sy nak bayar? 2009-12-16 3:23 AM

Ambil hak orang tak halal, ganti balik jika mampu berbuat demkian

Guest slm ustz, apa maksud sbnr was-was, semasa sujud, sy rasa ada angin keluar tapi sy rasa bukan kentut, batalkah solat sy ustz? 2009-12-16 3:14 AM

Tak

H.Amin Assalamualaikum Ust, Mcmana nak menmbahkn rezeki berupa wang. Ada ayat-ayat yang nak diamalkan. Harap penjelasan Ust. 2009-12-16 2:37 AM

Amalannya, kerja keras, berdoa dan berzakat

lynn_azka salam ustaz...ade x doa tertentu supaya suami saya melupakan perempuan lain....die suka bersms ngan pompuan lain.... 2009-12-16 2:28 AM

doa dalam bahasa Melayu pun bagus

H.Amin Assalamualaikum utz, Zikir camana yang bauk utk diamalkan? 2009-12-16 2:14 AM

Mathurat

zul adakah minum susu isteri same seperti anak susuan? apekah hukum nye? 2009-12-16 1:11 AM

tidak, cuma jangan sampai menzalimi anak,

Antoi Ustaz, sy br mdpt tahu bhw susu tepungi yg sy berikn kpd anak2 sy beberapa thn lalu mgandungi bahan yg x halal / ada hormon manusia. Sy x dpt myusukn anak2 sy krn ketiadaan air susu & cuba perahnya tp darah yg klua. Apa yg perlu sy lakukn sdgkn susu tepung 2 dah jadi darah daging mrk utk makluman ustaz, sy sempat mgupah teman utk myusukn anak ke 2 tp x dpt lakukn utk anak 1 & 3 2009-12-16 12:15 AM

Yang lepas tu, tak dikira sebab kita memang tak tahu, minta ampun dan baiki akan datang

Hjh Zarina Salam. Setiap kali sy membaca kisah haji sy cpt rasa sedih dan sayu. Terlalu rindu utk ke sana. Apa pendapat ustz? 2009-12-16 5:34 AM

Alhamdulillah

Zarina Salam. Adakah sy ni riak dgn menceritakan kisah sy g hj, itu pun org b'tanya? 2009-12-16 5:33 AM

Riya maknanya untuk dipandang orang, jika tidak ada perasan itu, maka tidak mengapa

mau tau Apa pendapat ustaz berkenaan berfikiran positif sehingga melakukan apa saja. 2009-12-16 5:13 AM

ok, asalkan didasarkan iman

guest sbesar manakah dosa org yg melihat wajah wanita yg bukan mahramnya? 2009-12-16 4:34 AM

Besar atau tidak sebenarnya perkara kedua, yang utama ialah kita telah melakukan kesalahan yang Allah larang, bukankah kemurkaan Allah itu lebih menggerunkan dari takut pada nilaian dosa?

aiman abd alim ustaz, tlg doakan agar insan ini dpt bertaubat dr dosanya yg telah lalu, n x buat lg dosa trsebut n dosa2 lain... 2009-12-16 4:32 AM

amin, semoga Allah memeliharanya

Guest ustz, haramkah membaca komik lucah?bgmn cara nak kawal nafsu? 2009-12-16 4:29 AM

Haram dan nak kawal nafsu dengan banyak puasa

Guest "Jika alcohol dibuat dari barang yang suci, tidak mengapa" apa maksud ustz dgn bhn yg suci?nak tau camne? 2009-12-16 4:22 AM

Rujuk sains, alcohol adalah tindak balas kimia, jika bahannya halal, maka alcohol itu halal digunakan, jika bahan haram, maka haram digunakan. (ini bukan perbahasan bagi perkara yang menjadi minuman)

atuk salam ust, byk bgnan2 zaman ni yg mengunakan simbol2 kristian purba dan yahudi tanpa di sedari.apa pendapat ust? 2009-12-16 3:37 AM

MasyaAllah… arkitek Islam kena buat alternatif

Guest smbg yg tnya kmbli saksi dalam makamah syariah kes pencerian yg sya maksud kan sya jd saksi bg pihak prempuan adakah sya perlu memohon kpd pehak lelak 2009-12-16 3:45 AM

Soalan ini saya tak faham

Guest tnya kmbali maksud sya tentang keseksian sya beritahu yg lain dr yg sabenarnya berlaku apakah sya termasuk dlm golongan org yg telah melakukan dosa bs 2009-12-16 3:28

AM

Saksi palsu adalah dosa besar

amin salam ustaz..sya dulu byk tingaal puasa hingga x ingat brapa jumlahnya.sya kna ganti atau byar fidyah?klau nk byar mcmana tu?klau skali gus x mmpu.t/k 2009-12-16 11:25 AM

satu hari RM 1.75 diberi pada fakir miskin

GuestAGB Salam,ustaz.ada tak doa untuk mengelakkan lintasan jahat dalam fikiran kita? 2009-12-16 9:34 AM

Doa dalam bahasa Melayu, lagi faham lagi bagus

awan salam yaa ustaz.. adakah memberi ucapan selamat sempena perayaan keagamaan orang kafir dgn niat utk mggembirakan hati mereka sahaja dibenarkan? 2009-12-16 8:52 AM

perbahasan ini panjang, rujuk tulisan yang pernah membahaskan

khair salam ust ana ada saolan nak tanya,, macam ne nak lawan hawa nafsu? 2009-12-16 7:43 AM

mujahadah

wanaz ustaz, antara masjid dan surau yg mana lebih awla pergi, sbb umh sy dekat dgn surau dan masjid. terima kasih 2009-12-16 7:38 AM

masjid

Zailani salam. orang tengh sembahyang, sedang rukuk, macam mana nak bagi tau kita nak jadi makmum? 2009-12-16 7:15 AM

Takbir kuat sikit

Haslina Mohamed Assalamualaikum ustaz, sy benar2 ingin tahu apakh hukumnya seorg wanita brnyanyi dikhalayak ramai bg tujuan mencari rezeki. tq atas jwpan yg sblmnya. 2009-12-16 2:08 PM

Paling rendah makruh, boleh jatuh sampai haram

Ziema Ustz,betul ke balu yang baru kematian suami tidak boleh pergi menziarahi kubur suaminya. 2009-12-16 11:51 AM

Tak betul

Ziema Ass'kum.ustz nak tahu betull ke org mninggal akan balik rmh dlm 3h/3m utk melihat anak cucunya dan ktl tmpt dia mninggal x blh diubah kedudukannya. 2009-12-16 11:49 AM

Tak betul

atie boleh ke menunaikan umrah tanpa muhrim dengan izin suami 2009-12-16 11:46 AM

kena mahram, biasanya pengurus travel akan uruskan

abu. sya rsa cam terkena sihir ustaz sbb bla tiba wktu maghrib bdn jd lemah dan mls solat.utk kesanya boleh tak jumpa bomoh.atau klau nk atasi mcmana tu us 2009-12-16 11:43 AM

amal ayat kursi

abu. usia smkin meningkat tp nk kawen x de jdoh lg..nk than nafsu x mmpu..sya onani utk jga nafsu spya x kelain.bolehkah ustaz 2009-12-16 11:40 AM

paling rendah makruh boleh jatuh sampai haram. Dalam hadis nabi ajarkan untuk jaga nafsu banyakkan puasa, bukan onani

hazmin sya ada azam thun bru ni nk tinggal mksiat,rokok.tp msih lemah.nk wat camna tu ustaz.smakin ada niat smakin kuat nafsu sya.tlg ustaz doa utk sya jgak 2009-12-16 11:39 AM

doa, dan bergaullah dengan orang yang sentiasa memperingatkan kita mengenai kebaikan

mamut atuk sya ada ank kndung yg dia x bela.mak plak ank angkat..smua harta dia bg pd mak.apa hukumnya ustaz 2009-12-16 11:36 AM

kalau hibah ketika hidup, boleh

ali sya ada sedara tiri yg suka burukan sya dan bapa sya.tlalu lama pendam rsa n trlitas nk buat yg x elok pd dia..camna sya nk atasi smua ni.tlonglah ust 2009-12-16 11:33 AM

besarkan akhirat

Abdullah ustaz.sya nk kawen tp tkut x mmpu dptkan jdoh yg baik.utk buang kerisauan itu apa yg ptut sya amalkan. 2009-12-16 11:28 AM

Doa dan selawat

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Disember 09 jam 11.00 malam

Jawapan Pada Persoalan 87

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang ditanya

238 ustaz, sy telah gunakan loan konvensional pd 1995 utk beli tanah & sekarang sy nak jual tanah tsebut yg nilainya > 10x ganda. Apakah haram duit jual duit jual tanah sbb kalau x silap sy ms 2 susah nak dpt pinjaman islamic atau belum ada ( x ingat), yg sy dpt cuma pinjaman peribadi saja krn tanah x dicagar krn belum milik sy lagi 2009-12-14 4:48 AM

Kalau waktu tu memang tidak ada pilihan, maka boleh, semoga diampun Allah perkara lepas

238 Slps jlni pembedahan lutut di ke 2 kaki, sy x boleh bsujud selama1 tahun & sy solat gunakn kerusi. Msslahnya, sy duduk dr mula hingga selesai krn sy x tahu yg sy kena bdiri pada rakaat pertama. Adakah solat sy diterima ustaz 2009-12-14 4:45 AM

Yang lepas, lepaslah, semoga Allah ampunkan, yang sekarang, buat yang betul

238 Ustaz, sms di luar negara ikut rombongan yg bukan muslim, sy telah lakukn solat jamak & qasar dlm bas tanpa tahu arah kiblat & juga x bawa kompas. adakah solat 2 diterima 2009-12-14 4:42 AM

Kalau memang tak tahu, solatlah ikut ijtihad, maka solat itu sah

238 Perlukah sy lakukan solat mhormati waktu tika dlm kapal terbang. Salahkah sy lakukn solat jamak & qasar sbb sy masih dpt bsuci & bwuduk 2009-12-14 4:40 AM

Buatlah solat semaksima yang mampu dengan usaha mengambil wudhuk. Jika dari awal dah niat untuk hormat waktu dan tidak sempurnakan yang patut, takut kita meremehkan waktu kita boleh buat dengan sempurna dengan hasrat akan buat yang lain nanti, tiba-tiba, mati. Payah nak jawab depat tuhan nanti

Jopun Ustaz, baru2 ni sy juga telah didatangi seseorg & memberitahu kpd sy bhw doa sy tlh dimakbulkan. Boleh percaya ke makluman org yg x dikenali cuma 2009-12-14 5:44 AM

Wallahualam

Jopun Sy tlh bmimpi bjumpa dgn Siti Aisyah RA. Beliau memakai jubah hitam tp x nampak mukanya & x bkata2. Apa maksudnya ustaz 2009-12-14 5:42 AM

Mimpi selain dari mimpi nabi tidak ada jaminan ia adalah betul-betul orang itu

Jiran Pening Ustaz, jiran sy sgt suka mbakar tahi kucing di hadapan rumah sy hingga mykitkan kepala bila thidu. Kami dah tegur supaya jgn bakar tp org tua x faham2 kdg2 kami myumpah2 doakn dia & kucing2nya cepat mati. Kami sakit hati betul. tp kendurinya kami tetap perg sbb bjiran tp x lalu makan sbb bau tahi ki tahi kucing di rumahnya. Cam ne nak buat dgn org tua tahi kucing 2. Dah puas tegur, dah doa tapi x benti2 myakitkn hati & hidung kami 2009-12-14 5:03 AM

Barangkali, Allah nak beri kebaikan pada tuan di akhirat dengan ujian tahi kucing ni

Ceby Ustaz, sy sering melarang suami bawa anak2 sy ke rumah madu sy krn nak jaga hati madu sy yg mmg x suka anak2 sy dtg. Tp suami suka bwa mrk & anak2 ikut saja. Adakah anak2 yg berumur 6-8 thn dikira x taat pd ibu jk bdegil nak ikut pujukan ayahnya ke rumah madu sy. Krn sy skrg sgt kecil hati dgn anak2. Alasan suami sy x sanggup nak jaga anak2 sdgkn sy maksudkn x sanggup jaga anak2 jk dibawa ke pasaraya krn tlalu nakal & takut hilang 2009-12-14 4:55 AM

Jangan buruk sangka pada suami dan madu, mungkin suami ada perancangannya untuk menjaga keluarganya. Sokong dia walaupun agak pernah terasa sebab dia kahwin lagi, saya doakan semoga keluarga kak dilindungi Allah..

peminatketam apakah hukum makan ketam batu atau ketam nipah.Apakah jenis-jenis ketam yang boleh dimakan. 2009-12-14 7:23 AM

ketam batu tak boleh sebab dua alam

Jopun Ustaz, sy bcadang utk bziarah ke Baitulmaqdis,Syria & Jordan pd Feb 2010. Adakah Masjid Al Aqsa 2 selamat utk sy ziarahi krn sy pergi x ditemani mahram cuma mengikut rombongan travel agensi. Teringin bsolat di Al Aqsa & melihat peristiwa yg diceritakn dlm Al Quran 2009-12-14 5:58 AM

Selamat dan semoga Allah berikan keselamatan

mamypoko Bagaimana sy boleh mbantu Yaysaan Al-Ijabah selain dari mberi bantuan kewangan. Sy juga ingin bbakti sprt Ustaz & telah usulkn kpd JKKK Kg utk mhidupk kan generasi Al_Quran di kalangan kanak2 hingga remaja tp x dpt kerjasama sdgkn sy sudah bsedia menyediakn kewangan bg bayran elaun Ustaz/Ustazah bg 2 hingga 3 tahun program. Kdg kala byk birokrasi di kg utk gerakkn program agama. Niat di hati ingin mereformasikn surau di kg sbg tempat menuntu ilmu 2009-12-14 5:49 AM

Surau di mana?

mamypoko Ustaz, boleh tak sy myalin soalan2 serta jawaban yg ada dlm blog ini utk rujkan di masa depan 2009-12-14 5:46 AM

boleh

Skinny Ustaz, bolehkah seorg wanita mjalani pbedahan buang lemak (potong sebhgn perut bawah) utk nampak kempis di mata suami 2009-12-14 12:27 PM

Boleh dengan niat menjaga kesihatan

Jiash Adakah si mati mendapat pahala amal jariah atas sedekah yg dibuat oleh waris2nya dari harta si mati tsebut 2009-12-14 12:24 PM

Dapat

benabdoh pasal tawaf nie , kalo wanita kali pertama dia buat tawaf kan , tiba2 aja dia datang haid , so mcm mn ya dgn tawaf dia ? 2009-12-14 9:00 AM

tangguhkan, buat balik ketika suci

Aida salam. ustaz nak tanya perempuan kalau banyak semyang sunat dahi boleh bertanda lebam ke. budak sebelah opis saya ada tanda kat dahi dia. yang ... ...sedihnya saya yang ajak dia semayang sunat x sangka dia buat dpt tanda hitam, malu nak cakap tpi saya yang buat belum dapat lagi saya saje je bertanya bukanla niat buat tu nak dapat tanda tapi sekadar bertanya ustaz jangan pandang serong pada saya pula 2009-12-14 8:25 AM

Banykkan lagi solat, tingkatkan ikhlas

Adeq Ustaz, apa pendapat ustaz jika sesebuah jabatan pekerjaan itu, hampir 90% melibatkan rasuah, apayang perlu dilakukan oleh pekerja itu utk kembali ke 2009-12-14 7:27 PM

Uzlah, sama ada badan atau paling kurang hati

AL-MUHAMI Salam ziarah Ya Akhi. Teruskan usaha dakwahmu... 2009-12-14 2:44 PM

naktau Slm.Sy blk kg yg jauhnya bratus km dlm kdaan haid.Ktakan pd hr ke 3-4 d kg sy tlh b'suci.Leh x sy jmak solat fardhu slm 3hr? 2009-12-14 12:59 PM

tak

Jiash Ustaz, slps mgerjakan Umrah beberapa bulan lalu, sy sgt tkejut apabila mdpti kalimah Allah ttulis di pipi sy. Sy juga meminta suami melihatnya, mulany agak sukar kerana kalimah Allah itu sebesar 0.5cm & ttulis secara myerong 45 darjah. Pd mulanya, sy rasa takut & cuba myental kalimah tsebut tp x bjay bjaya. Jd sy biarkn sbg peringatan kebesaran Allah SWT. hal ini sy rahsiakn dr keluarga & kwn2. Apa hikmahnya disebaliknya Ustaz 2009-12-14 12:52 PM

Tanda kebesaran Allah, semoga iman juga meningkat

Skinny Ustaz, wanita yg kering dar haid, perlu menqadhakan 2 solat fardu sebelumnya. Cth, mandi kul 5pm, so kena qadha solat zohor & subuh 2009-12-14 12:36 PM

Sebaiknya jika mahu jaga kerana kadang kala kita ingat baru bersih padahal dah lama

Skinny Ustaz, betulkah wanita yg kering dr haid cthnya dia mandi wajib pukul 9am, dia hya boleh btawaf pukul 9am esoknya. Tp dia tetap bsolat di hotelnya. 2009-12-14 12:34 PM

Untuk menjaga sahaja

rokiah musa semuga ustaz dilindongi Allah memberkati 2009-12-15 4:09 AM

AinZ Ustaz, kalau boleh mintak sebut ayat mana doa2 yg selalu ustaz sebut utk kegunaan amalan. Mudah sket bole rujuk, sbb nk salin tak sempat selalu 2009-12-15 4:09 AM

Jadikan bacaan al-Quran itu sendiri sebagai zikirmu

Guest Salam Ustaz, bgmn utk lembutkan suami dgn majlis ilmu? 2009-12-15 3:31 AM

Selalu ajak, hati yang keras tidak sekelip mata menjadi lembut

Wallahualam

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bandar Baru Sunway

Minum petang, 16 Disember 09 jam 5.45 petang

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...