Showing posts with label Jom Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Jom Kongsi. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Jom Kongsi Pengalaman 102 – Bertemu Dengan Keturunan Sahabat Tamim ad-Dari r.a

“Nama saya ialah Nasir at-Tamimi” kata Imam Nasir seorang Imam di masjid Nabi Yusak.

Nabi Yusak adalah seorang Nabi yang merupakan anak murid Nabi Musa.

Beliaulah yang menemankan Nabi Musa ketika Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir di Majma’al Bahrain. (Kisah dalam surah Kahfi).

Imam Nasir at-Tamimi menerangkan kisah Nabi Musa. Di akhir penerangan beliau berkata..

“Saya adalah keturuanan Tamim ad-Dari”

Ahli jemaah saya tidak memberikan apa-apa respons, tapi saya terus memalingkan muka saya padanya.

Tamim ad-Dari adalah seorang sahabat. Beliau adalah seorang nelayan. Satu ketika beliau dan kawan-kawannya yang lain telah tersesat di lautan dan terdampar di satu pulau. Di sana, beliau telah bertemu dengan Dajjal.

Setelah terlepas dari pulau ini, beliau menemui Nabi SAW menceritakan kisahya bertemu Dajjal .

Saya pernah menulis mengenai kisah Tamim ad-Dari ini.

http://www.ustazamin.com/2010/09/universiti-kehidupan-164-danau-phi-phi.html

Tak sangka, keturunannya ada di sini dan menjadi penjaga kepada makan Nabi Yusak.

IMG_2221

Imam Nasir at-Tamimi, keturunan sahabat Tamim ad-Dari

IMG_2228

Kenangan di makam Nabi Yusak

IMG_2226

Nabi Yusak, anak murid Nabi Musa a.s

Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 8.15  pagi

Jom Kongsi Pengalaman 101 – “Al-Aqsa Di Gali..”

8 April 2012, saya membawa ahli rombongan melihat al-Aqsa dari satu sudut di bahagian tembok ratapan Yahudi.

Di sini ramai pelancongan. Ada pelancong Kristian dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Kristian, ada rombongan Yahudi dari US dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Yahudi.

Ketika ahli rombongan saya sibuk mengambil gambar, saya duduk hampir dengan pemandu pelancong Yahudi yang membawa rombongannya dan dia menceritakan mengenani al-Aqsa.

Memang secara terang-terangan, mereka beranggapaan bahawa al-Aqsa adalah kuil ibadah mereka. Dan memang mereka bercita-cita untuk membangunkannya kuil mereka di atas al-Aqsa.

IMG_2208

Saya saja mendengar penerangan orang Yahudi pada rombongan mereka

6mr14

memang mereka bercita-cita membangunkan kuil mereka di atas al-Aqsa. (gambar adalah kuil idaman Yahudi di atas al-Aqsa)

IMG_2202

Kawasan galian di al-Aqsa

IMG_2204

Betul-betul di tengah adalah tembok ratapan dan kita boleh lihat kawasan galian di belakangnya.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.50 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 100 – “Ropol-Ropol Jubah Yahudi..”

“Jubah Yahudi mabuk mana dia ni pakai..”

Saya teringat skrip cerita P.Ramlee..

Memang pakaiana orang Yahudi ada ropol-ropol di pinggangnyaa

IMG_2157

Cubaa kita lihat dipinggang budah Yahudi ini, ada ropol-ropol tali

IMG_2184

Tali itu berasal dari kain yang dipakai di dalam baju mereka. Dia dijadikan macam baju singlet.

IMG_2182

Ada juga yang memakai kain itu di luar baju mereka.

“Ilmu Asas Pengalaman”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.40 pagi

Jom Kongsi Pengalaman 98 – “Bagaimana Membudayakan Masjid Pada Anak-Anak? Satu Kaedah Dari Hebron..”

Sabtu 7 April 2012, saya dan rombongan bertolak ke Hebron, perkampungan Nabi Ibrahim a.s

IMG_2112

Masjid di mana Nabi Ibrahim di makamkan

IMG_2114

Kawalan tentera Israel

IMG_2116

Saya melihat beberapa kelas di buat di sini

IMG_2117

Saya bertanya guru mereka, “Mereka tidak ada sekolah ke?”

IMG_2127

Jawab guru mereka, “Ada, tetapi dalam seminggu, beberapa kali kami akan bawa anak murid kami belajar di masjid, untuk membiasakan mereka dengan masjid”

IMG_2131

Begitulah budaya membiasakan diri dengan masjid di kalangan masyarakat Arab di Hebron ini.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.30  pagi

Jom Kongsi Pengalaman 98 – “Sambutan Easter di Jerusalem..”

Ahad 8 April, di Jerusalem, bagi Kristian Eropah, mereka menyabut hari Easter pada tarikh ini manakala Kristian aliran Timur, mereka akan menyambut Easter pada Ahad 15 April.

IMG_2191

Kristian Etophia, mereka menganyam daun untuk diletakkan di kepala

IMG_2189

Di gereja holy sepulchre Jerusalem, ramai yang bertolak-tolak hingga pasukan keselamatan di hantar untuk menenangkan keadaan

IMG_2193

Seorang paderi Orthodox, membawa tongkat ular, kononnya seperti Nabi Musa

IMG_2194

Orang Yahudi tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai Nabi dan Rasul, mereka menganggap. Saya pernah menulis bab ini satu ketika dahulu.

http://www.ustazamin.com/2009/06/universiti-kehidupan-82-kenapa-yahudi.html

IMG_2195

Orang Kristian disebut sebagai orang Nasrani dalam bahasa Arab,

Kita boleh membacanya dari tulisan saya yang lepas

http://www.ustazamin.com/2009/06/universiti-kehidupan-80-dari-mana-asal.html

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 April 2012 jam 7.30 pagi

Wednesday, April 11, 2012

Jom Kongsi Pengalaman 97 – “Majlis Ilmu Bersama Ulama Jerusalem..”

8 April 2012 jam 9.00 malam, hari ini hari terakhir saya di al-Aqsa bagi perjalanan kali ini. Setelah menguruskan semua jemaah, malam ini saya menghadiri majlis ilmu di al-Aqsa di Zawiyah al-Afghani.

Syeikh Abdul Karim, ulama al-Quds menyampai ceramahnya. Majlis ilmu dan zikir ini selalu diadakan.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan dari Syeikh Abdul Karim..

“Isilah hatimu dengan cintakan Allah dan Rasul kerana hati yang ada cinta tidak akan masuk ke dalamnya azab penderitaan, lihatlah bagaimana jika seorang sedang bercinta dengan makhluk, walaupun orang lain melihatnya menderita membuat sesuatu, tetapi dia tetapi tenang dan senang membuat perkara itu pada orang yang dicintainya. Itu baru cinta pada makhluk, banyangkan jika orang telah jatuh cinta pada Allah, tidak ada lagi rasa penderitaan yang akan ada di hatinya, dia akan sentiasa tenang dan senang di atas apa yang Allah takdirkan padanya…”

Ayat ini cukup menyentuh hati saya, dan sebab itulah saya suka duduk di majlis-majlis ilmu kerana perkataan orang Alim selalunya menjadi ubat bagi jiwa kita..

Setelah habis majlis, kami semua bersalaman, Syeikh Abdul Karim memegang tangan saya sambil melihat pada anak muridnya.

“Hidupkanlah al-Aqsa, kerana jika kamu semua tidak menghidupkannya, Allah akan datangkan orang lain yang akan menghidupkannya, lihat saudara kita ini, datang dari jauh untuk sama-sama memakmurkan al-Aqsa..”

Semoga Allah datangkan orang muslimin dari mana sahaja ke al-Aqsa untuk memakmurkannya, kerana al-Aqsa bukan milik orang Arab, tetapi milik semua orang Islam…

IMG_2215

Majlis ilmu bersama Syeikh Abdul Karim, ulama’ al-Quds

IMG_2216

Sebab itulah Rasullullah selalu menyuruh kita duduk di majlis ilmu kerana kata-kata orang Alim, menjadi penyembuh buat kita

IMG_2217

Kenangan bersama Ustaz Sharhan, penyampai bagi program al-Hidayah TV3 kali ini.

Jom Kongsi Pengalaman 96 – “Yahudi Di Nusantara...”

7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena dengan nama orang yang menyusun kembali bahasa Hebrew era moden.


Kami ke sini untuk melihat kehidupan orang Yahudi, ada peminta sedekah, ada orang “homeless” (yang tiada rumah). Tidaklah hebat seperti yang selalu digambarkan.


Kebetulan sekarang, orang Yahudi sedang menyambut Passover, jadi kami boleh melihat apa yang mereka buat.


Saya rasa ada keperluan untuk mengkaji bangsa-bangsa barat ini seperti mana mereka mengkaji bangsa timur.


Sedang berjalan sambil berbual-bual, tiba-tiba ada orang menyapa kami di dalam bahasa Melayu.


“Dari mana tuan semua?”


“Hah..” kami semua berpaling melihat seorang pemuda tegap, dengan memakai Kippah (songkok kecil yahudi) di atas kepalanya.


“Kami dari Malaysia” jawab salah seorang dari rombongan kami.


“Kamu dari mana?” tanya kami pula.


“Dari Indonesia” jawabnya.


“Di Indonesia ada orang Yahudi ke?” tanya saya sebab melihat dia memakai Kippah.


“Ada, sekitar 20 orang, kami duduk di Jakarta” jawabnya lagi.


Semua kami agak hairan dan terkejut, tak sangka di kalangan Nustantara ada orang Yahudi.


“Di Malaysia ada tak?” tanya saya lagi.


“Di Malaysia ada” jawabnya lagi.


"Di mana?" tanya saya


"Di Penang, David Mordecai"..


“Boleh saya bergambar dengan kamu semua” pintanya.


“Boleh"..” jawab ahli rombongan.


Saya dan beberapa orang lagi terus mengeluarkan kamera kami.


“Kami juga ingin bergambar dengan kamu, boleh ye..”


“Boleh..” jawabnya.


Kami juga mahu menyimpan gambarnya seperti dia ingin menyimpan gambar kami.


“Inilah pertama kali dalam hidup, saya mendengar ada orang Yahudi di Nusantara..” kata Dato’ Mokhtar Dahlan yang bersama di dalam rombongan kami.


Mmm, satu fakta yang menarik untuk dikongsikan..


IMG_2171


Satu fakta yang menarik, di Indonesia ada lebih kurang orang Yahudi yang duduk di Jakarta (Empat dari kiri)


IMG_2170


Sama ada dia lahir di sana atau dari sini duduk di sana, wallahualam, kami tidak berkesempatan untuk bertanya


IMG_2173


orang yahudi bermain rebana


IMG_2176


Menaiki “tram” untuk ke Ben Yehuda St.

Jom Kongsi Pengalaman 95 – “Passover dan Easter..”

Kala ini, 1 April 2012a hingga 15 April 2012, kota Jerusalem agak padat kerana bagi orang Kristian mereka menyabut Easter (menurut fahaman kristian, hari kebangkitan semula Nabi Isa) dan bagi Yahudi mereka menyambut Passover. Hari mereka tidak mendapat apa-apa bekalan makanan zaman Nabi Musa dahulu. Ketika ini mereka tidak boleh makan roti bersama cheese dan hanya boleh makan seperti roti kering.

Selepas seminggu baru mereka boleh makan seperti sediakala.

Jarang-jarang hari Easter jatuh tarikhnya bersama dengan Passover.

Kami dapat lihat berbagai ritual dibuat sama ada dari kristian mahupun Yahudi.

Apapun, dengan melihat ritual mereka menjadikan kita lebih menghargai cahaya Islam yang Allah berikan pada kita.

IMG_2111

Kala ini, di Israel banyak roadblock, pemeriksaan lebih rapi kerana terlalu ramai orang luar di sini.

IMG_2135

Banyak orang beratur untuk melihat tempat Nabi Isa dilahirkan di Bethlahem

IMG_2136

Bagi Kristian barat, mereka menyambut Easter pada Ahad 8 April, dan bagi Kristian Timur, mereka menyambut Easter pada Ahad 15 April.

IMG_2137

Paderi-paderi membuat upacara di gereja tempat Nabi Isa dilahirkan

IMG_2140

Bagi Kristian mereka menganggap Nabi Isa sebagai Tuhan dan Bagi Islam, kita mengimani bahawa Nabi Isa adalah Nabi

IMG_2142

Paderi sedang memberikan ucapan

IMG_2144

IMG_2146

Berbagai aliran kristian, berbagai cara sambutan

IMG_2161

Bagi Yahudi pula, mereka menyambut Passover iaitu hari orang Yahudi bersama Nabi Musa tiada makanan. Mereka mula membuat ritual bermula  Sabtu 7 April dan merayakannya pada Sabtu 14 April. Selepas 14 April baru mereka boleh makan seperti biasa.

IMG_2164

Ia seakan puasa

IMG_2169

Bagi restoran, mereka perlu meminta lesen kohser (macam lesen halal) ketika Passover.

Jom Kongsi Pengalaman 94 – “Pagi di al-Aqsa..”

Sabtu 7 April 2012, saya menemankan krew al-Hidayah membuat rakaman di al-Aqsa.

Ingin saya kongsikan beberapa kenangan..

IMG_2049

Askar Yahudi yang melintasi al-Aqsa waktu pagi

IMG_2063

Pelajar sekolah melintasi al-Aqsa

IMG_2039

Kucing mencari rezki pagi

IMG_2068

walaupun tempang, tetapi mahu memakmurkan al-Aqsa  

IMG_2078

Pengacara baru al-Aqsa

IMG_2089

Tiga pengacara al-Hidayah yang saya kenal, kak YM Raja Mazian, Nazrah dan kini Wardina 

IMG_2100

Krew al-Hidayah TV3

IMG_2105

Kenangan Dome of Rock

Jom Kongsi Pengalaman 93– “Tambatan Buraq..”

al-Aqsa punyai 2 masjid di atas tanah dan 3 masjid di bawah tanah.

Tiga masjid di atas tanah ialah masjid al-Aqsa dan Masjid Batu Tergantung sedangkan tiga yang ada dibawah tanah ialah masjid Buraq, masjid Marwani dan Masjid al-Aqsa lama.

Di masjid Buraq ada satu gelang besi besar seolah-olah tempat menambat kuda.

Masjid buraq adalah sebuah tempat di mana Rasullullah menambat buraq baginda.

Di zaman kerajaan Uthmaniah, diletakkan gelang besi sebagai simbol tempat Rasullullah menambat Buraq baginda.

“Pengamalan Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

10 April 2012 jam 6.15 petang

IMG_1994

Gelang besi simbol tempat baginda menambat buraq ketika peristiwa Israk dan Mikraj

Tuesday, April 10, 2012

Jom Kongsi Pengalaman 92 – “Penyandar di Masjid Salman al-Farisi..”

Saya banyak kali berada di masjid Salman ala-Farisi, tetapi baru kali ini terperasan tempat penyandar di tiang masjid ini.

Kadang kala, ustaz kita akan marah jika bersandar di dinding tetapi di masjid ini, disediakan kusyen untuk orang menyandar.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

10 April 2012 jam 6.20 petang

IMG_1990

Penyandar di tiang masjid Salman al-Farisi

IMG_1991

Penyandar di dinding masjid

IMG_1992

Tiang untuk sandar

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...