Hari ini 18 September 09, saya memenuhi program al-Kuliyyah TV 3.
Rakan ahli Panel saya pada hari ini ialah Ustaz Halim Din dari Pusat Zakat Selangor.
Saya bertolak dari Shah Alam kurang lebih jam 4, dan al-Kuliyyah akan ke udara jam 5 petang.
Saya melalui Highway NKVE. Keluar sahaja dari tol Shah Alam, jalan mulai jem. Kereta sesak dan berjalan sangat perlahan.
Jam 4.30, saya masih lagi di susur Tol Subang Jaya. Saya mula menghubungi Shadiya Abbas, krew al-Kuliyyah pada petang ni.
“Adi, abang Mad mungkin lambat sikit, jalan jem teruk ni” kata saya.
“Oh, ye ke.., tak apa, kalau lambat nanti Abang Mad terus ke studio C, kita mula dengan Ustaz Halim Din” katanya.
Beginilah jika program bersiaran secara langsung. Antara risiko yang perlu di hadapi ialah jika terjadi perkara-perkara di luar jangka.
Jadi, biasanya, penerbit akan menyediakan plan B. Biasanya, kalau ahli panel terlambat, maka mereka akan memainkan clip video mana-mana nasyid dulu.
4. 45, saya sudah menghampiri tol Damansara/ Petaling Jaya. Rupanya, terdapat kemalangan kereta di betul-betul jalan susur untuk ke tol. Jalan bukan sahaja jem disebelah kiri, malahan di sebelah kanan pun teruk jem.
Orang yang nak tengok sama sibuk dengan orang yang mengurus kemalangan.
Selepas kemalangan tersebut, saya terus memecut ke Sri Pentas.
Saya sampai 4.55 petang, lagi lima minit program nak bermula.
Al-Kuliyyah petang ini membincangkan mengenai zakat. Ia perkara terpenting selepas solat.
Saya membahaskan mengenai konsep zakat dan pembangunan ekonomi sedangkan ustaz Halim Din membahaskan mengenai praktikal kutipan zakat di negeri Selangor.
Pada hari ini, Pusat Zakat Selangor menyampaikan sumbangan zakat bagi kos perubatan 2 buah keluarga yang anaknya mempunyai sakit jantung.
Seorang mendapat bantuan sebanyak 12 ribu dan seorang lagi sebanyak 50 ribu.
Semoga anak kecil ini selamat di dalam membuat pembedahan jantungnya dan semoga satu hari nanti menjadi anak yang soleh serta pejuang kepada agama ini.
Nama anak ini Hafiz bin Rosli, sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan anak ini dan semua kita, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Subang Jaya
18 September 09 jam 7.00 malam
terdapat kemalangan di susur Damasara/Petaling Jaya
Alhamdulillah, saya sampai lima minit sebelum program bermula
tajuk perbincangan hari ini ialah mengenai zakat
hari ini, penonton di Studio tidak berapa ramai, agaknya, semua dah mulai pulang ke kampung
Ustaz Halim Din, rakan ahli panel
Mendengar celoteh pengerusi, Ustaz Fauzi
3 comments:
Assalamualaikum Ustaz Amin, saya baru masukkan duit zakat simpanan dan zakat pendapatan saya ke dalam akaun CIMB Yayasan Al-Ijabah sebanyak RM 2000. Semoga usaha ustaz yang mulia ini, diberkati tuhan.
Semoga Allah terus memberkati hidup tuan sekeluarga
assalamualaikum ustaz..saya mahu bertanyakan sesuatu pada ustaz.. saya betul2 buntu..kawan saya ada mengikuti satu program, Ikhwanul Muslim..saya nak tahu sama ada program itu diiktiraf atau pn tidak..sebab saya ada baca 1 blog yang mengatakan Ajaran Pemuda Khafi telah bergiat d Malaysia 10 tahun yang lalu..saya tidak boleh cakap bahawa ajaran tersebut sesat kerana saya tidak tahu kebenarannya..saya minta ustaz serta pihak ustaz yang lainnya tolong saya untuk menyelesaikan persoalan ini...saya merayu..http://www.facebook.com/l.php?u=http%253A%252F%252Fjejakitinggalanrasul.blogspot.com%252F2010%252F05%252Fajaran-pemuda-kahfi-siapa.html%253FshowComment%253D1285000934406_AIe9_BH79IA-DUTzAVlbGKEk_oMbjwSH3obpn1DvAMaCMjVr_PTGWnC-mQt106t2duDIDY4uL_XKRbbyI4noohPeykMixvc0vq6JoGJ-xKXCzHQ3-rXdFAY6sIfmPUp4_ewLCSecewfM8Z1P7BaFtn-bI7YOuk3-SIAWyfnqLN6a-1wuhP_0-sUOxdeqpB6cRXsuRIJkkZuklYo75cZKc0m35Qbf8IYG2yKBTPhb2MD3bjeifwA956Dzr-uRJ2xdJ53FkTADCy2Zl7aSaBRkVX5Z9h8imTXrvIoRa2OJDHEtcFTeoa_SOk8SVBFqUSHU1UqPHVvJiu0ypcJl_df3vpwPWW-L0nBArW5clDuxDzRHPvYRaifxYWtI__nkSqXUStiR1wRt4H_fFlkPH979RY-9Y_OtJaizDLoAhC7Nn6Hgh6gVHR74efZLI7URg6__nn3gF2v32OL_SHfaWToFNCWGOkrc5BaJbAoptXbE0ze4zR4E1_kRajfAsoJcfxn4NyM8ZpjR4-O_ok6t67VNFtT8vqIrZXmG5m_en_ZTmtPCFHVthPSHbXNpAY19FYCnX5g9lf3rHZAEzNfTeHopD7eG_MNjp6QsvY_e7xOkbxBuGeXthmBdxWk7mk5s4Vqsx_d8iGDKJRAxIDnFje9yjTIycXfe2sB68bss7VO5TSqafeHwXYsbMoFPIibe2L2LsOM77i2dYZwaU1O2ns1L_imrphPZuLo6EFDyC_Z_4yAvEzFYQBnQJm4J5ixn_lRvL4nH8lXKzDH14XUuTkUCl1mg0cq6JtfDUtVLIW_bnYxm4mr8Qa5vNmj4ISvjDh5nmkfvRQdfalsXDP1ozujSGo0ENE_2qBOyo69rKHa0YOK6DJiftpTdlXOeqvqxj-DBEpH4apZRXavKEEEgiiNbQ1LHWZ52s8J9u9-Pk8hPYKpjToBd61vzCYFZsZqKAkIKdRCwvRLx7ITzUCZVuMmeXHRXHOwTtsMLlX_c7iOsNNxPLNPqi1tZkGmtG7Kie7hDgTcNAP5sI7ErFpAwVFR_RneQVYW0CzmPyFG0gp2OVafQMiDIJsR73PT8P1W6DekjPY37IT0eC4_mllA9X33aUgyL7GPgz4XDiKqRD1MGHVzuj4E4F-jK0A0%2523c3905588661519787757&h=88ca8&ref=nf
Post a Comment