Tuesday, September 29, 2009

Universiti Kehidupan 115 - “Ternyatalah, Hanya Islam Dapat Mendidik Diri”

Hari ini 29 September 09, hari kedua saya di Mashad, salah satu kota suci orang Syiah. Di tempat ini terdapat Makam Imam Reza, cicit ke lapan Nabi saw. Di tepi makam Imam Reza terdapat makam Khalifah Harun al-Rashid.

Pagi ini, saya rombongan bersarapan di sekitar Bazaar al-Reza, bazaar tempat menjual barang-barang lama dan baru.

Oleh kerana di sini tidak mempunyai banyak tempat sejarah, kami hanya berjalan sekitar masjid dan bazaar.

Salah seorang ahli rombongan memang suka menghisap Shisa (paip Arab, di sini dipanggil Kalyan), jadi, setelah sarapan pagi, kami pergi mencari kedai Kalyan.

Kami berbual di sini sambil bertukar-tukar fikiran.

Ramai orang keluar dan masuk. Budaya Kalyan di sini tidak seperti di Isfahan, Shiraz, Yazd dan Kerman. Di sini ia seperti kedai kopi biasa. Tidak seperti di tempat lain yang kedudukan kedai Kalyan seperti kedai rahsia dan sembunyi-sembunyi.

Ada beberapa orang yang keluar masuk menyapa kami, bertanyakan kami dari mana. Mereka semua gembira bertemu dengan orang luar.

Saya disapa dengan seseorang yang meminati kamera Canon 450D saya. Dia mengatakan dia juga suka akan kamera-kamera seperti ini dan dia juga mempunyainya.

Dia membelek kamera saya dan mencubanya beberapa kali.

Saya dan lain sedang asyik berbual.

Ibu Hasyim yang bersama rombongan (www.ibnuhasyim.com) melayan orang ini. Orang ini mula menunjukkan gambar-gambar di di dalam telifonnya.

Bermula dengan gambar-gambar bina badan orang Iran. Tidak lama selepas itu, dia menunjukkan gambar-gambar gereja dan memberitahu bahawa dia bukan orang Islam.

Tidak lama selepas itu, dia mula menunjukkan gambar-gambar perempuan Iran. Semakin
lama semakin yang tidak senonoh.

Setelah kami beredar, saya mencuit lengan Ibnu Hasyim.

“Pelik, jangan-jangan ini satu sindeket untuk merosakkan nama Republik Islam ini” kata saya.

“Boleh jadi, mungkin juga ejen Amerika yang dibayar untuk kerja itu” kata Ibu Hasyim.

Kami meninggalkan kedai Kalyan.

Cuba kita lihat dan bayangkan. Memang, semua manusia suka berhibur. Tetapi Islam menetapkan garis panduan untuk berhibur. Kenapa kalau perkara yang berunsur nafsu dan maksiat, biasanya bukan orang Islam

Sesungguhnya, Islam itu mengajak umatnya mendidik diri dan nafsu. Jika hendak berhibur, maka berhiburlah dengan yang selaras syarak.

Orang yang tidak berpegang dengan agama akan mencari hiburan yang hanya mengenyangkan nafsu.

Berapa ramai orang yang rasa senang sesaat kemudian menyesal sepanjang hidupnya kerana berhibur dengan nafsu.

Menurut nafsu memang menyenangkan, tetapi ia tidak memberi ketenangan.

Dan di dalam Islam, kita disuruh mendidik nafsu itu. Agama lain, ada yang mendoktrinkan agar dibunuh langsung nafsu itu.

Sebab itu, ada agama yang mengharamkan perkahwinan bagi sesetengah golongan.

Dan terbukti, apabila disebut sebagai Islam, ia akan mendidik nafsu kita hingga kita akan hidup denga nafsu yang tidak rakus dan serakah.

Sesungguhnya, nafus yang mutamainnah (tenang) itu, lebih membahagiakan hidup ini. Kehidupan yang bahagia di dunia ini, menjadi tanda bahawa, kita akan bahagia di akhirat nanti.

Allah memanggil, orang yang mempunyai jiwa yang mutmainnah (tenang) sebagai orang yang di seru ke syurga.

Oleh itu, dengan Islam kita bahagia, asalkan, nafsu dididik dengan sempurna.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mashad, Iran
Selasa 29 September 09
Jam 12.15 tengah hari

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...