Tuesday, July 14, 2009

Universiti Kehidupan 95 - Kenapa Kita Membantu Orang Lain?

Berbagai-bagai pendapat saya terima ketika mula berusaha membantu sahabat-sahabat kita yang kena HIV, terutamanya yang ditempatkan di gereja ini.

“Ustaz kenapa nak tolong dia orang, dia orang tu memang asal teruk, biarkan sahajalah mereka tu, padan muka dia orang”

Ada juga yang memberi pandangan:-

“Tak perlulah keluarkan mereka dari sini, kita bukan mampu buat pun.”

Malahan, ada seorang ustazah yang memberitahu pada pesakit HIV ini:-

“Tak payahlah keluar dari sini, nak buat apa keluar ke tempat lain, kat sinikan lebih bagus”

Razali, pesakit di sini, meluahkan perasaan kepada saya:-

"Ustaz, cuba bayangkan perasaan saya. Perkataan ini keluar dari seorang ustazah. Kalau dia duduk di gereja ini, agak-agak apa perasaan dia?"

Ada juga yang mengatakan:-

“Alah, apa nak bising, banyak lagi perkara nak buat”, padahal, yang mengucapkannya, tidak juga berbuat apa-apa.

"Ada yang tertekan:-

"Ini ustaz punya pasallah ni, dah orang kata kami tak buat kerja. Apasal ustaz tulis dalam blog.."

Ada yang marah-marah:-

"Apalah dia orang ni, tak buat kerja ke? Ustaz-ustaz ni pun satu, ceramah aje pandai, buat kerja, hampeh..."

Ini reaksi yang berbagai. Tapi semuanya tak akan memberi apa-apa makna kalau kita tidak bergerak untuk membantu.

Cuma, apa yang perlu kita faham ialah :-

“Kenapa kita mahu menolong orang lain?”

Kita tolong orang lain bukan kerana kasihankan dia. Kalau kita menolong orang lain kerana kita kasihan dekat kita, pertolongan kita tidak akan tahan lama.

Pernah tak kita mendengar seorang berkata:-

“Dia tu dulu, anak nak sekolah pun tak mampu, saya yang tolong dia tu,dah berjaya sombong bukan main. Menyesal aku tolong”

Ini yang akan jadi apabila seorang itu menolong kerana kasihan.

Kita tolong orang lain bukan kerana nak nama. Kalau nak nama, nanti tak dapat nama, kita akan tinggalkan usaha ini.

nanti kita akan berkata:-

"ah, malaslah nak buat, orang bukan hargai pun"

Kita tolong orang bukan kerana kita hebat. Kalau kerana hebat, apabila tidak ada orang rasa kagum dekat kita, kita akan tinggalkan usaha ini.

Jadi kenapa kita menolong orang lain?

Kita menolong orang lain kerana Allah yang menyuruh kita membantu orang lain. Allah suruh kita tolong orang susah. Allah suruh kita ambil berat orang sakit, ziarahi mereka, iringi jenazah mereka. Allah yang suruh kita menyalurkan sedekah jika kita mampu.

Ye, kita membantu orang lain bukan kerana kasihankan dia, kita bantu mereka kerana Allah suruh kita bantu orang lain.

Jika perkara ini kita faham, kita akan membantu orang lain kerana Allah. Sama ada orang tahu atau tidak, kita akan tetap bantu orang, sama ada orang hargai atau tidak, kita akan tetap membantu orang, sama ada orang sangka baik atau tidak, kita akan tetap membantu orang lain.

Orang yang membantu orang lain keran Allah, akan dianugerahkan:-

1. Diganti pemberiannya dengan yang lebih baik

2. Diberikan pemberiannya dengan sepuluh kali kebaikan

3. Di beri perlindungan Arasy ketika di padang mahsyar nanti

4. Dan lain-lain lagi.

Kita boleh menyenaraikan ratusan hadith dan ayat al-Quran untuk kelebihan ini. Tetapi yang paling besar ialah, kita membantu orang lain untuk mencari keredhaan Allah. Ia yang terlebih besar.

Kita tidak ke syurga dengan kehebatan amalan kita. Amalan kita terlalu sedikit di bandingkan dengan syurga itu. Kita ke syurga kerana keredahaan Allah kepada kita lantaran usaha mentaati perintahNya.

Jadi, jangan rasa hebat dalam amalan, jangan rasa ragu-ragu nak membantu, jangan membantu dengan rasa terpaksa, jangan membantu dengan rasa tak puas hati.

Sesungguhnya, kita membantu, kerana Allah suruh kita bantu orang lain.

Semoga, usaha mentaati Allah ini menjadikan kita terus dibimbingNya. Kita mengharapkan agar, ketika mata kita tertutup bertemu denganNya, terdapat kasih sayangNya pada kita kerana kita cuba mengasihi saudara seIslam kita di dunia.

“Kasihilah sesiapa yang berada di bumi, nanti akan mengasihi kamu, sesiapa yang berada di langit” – hadith riwayat at-Tarmizi.

Semoga, Allah terus membimbing kita dan memberi keselamatan hidup di dunia dan di akhirat, amin...

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
Putra Heights
Selasa 14 Julai 09, jam 8.25 pagi

4 comments:

Nizarman said...

Alhamdulillah ustaz hebat.....apa Kahabar ustaz..lama ana cari ustaz punye contact..Tak sangka ustaz punye bolg tetiba masuk dalam email ana,kalau ada masa sudi2 la hubungi ana bekas anak murid rajawali ustaz di Islamabad dulu nie Contact no ana -0193748185..rindunye dengan bekas sifu dan teman rapat ana nie...walauapapun ana selalu mengikuti perkembangan ustaz melalui siaran2 tv..tahniah ustaz dpt teruskan perjuangan walaupun bak kata kita dulu..kononnye dah terkeluar dari bahtera ..he..he..he,kalau ustaz nak tanye khabar ana..ana dah x dpt cam ustaz dah terkeluar dari bidang2 kite dedulu..ok la ust t.kasih atas sumbangan ustaz pada islam..dan jgn lupa contact ana..
wassalam

Mas said...

Ustaz, saya merasa terpanggil untuk menolong, jika khidmat saya diperlukan, bolehla ustz email pada sy, insyaAllah saya akn membantu setakat yg boleh.
TQ

Tajjawad said...

Saya di maklumkan ada beberapa budak remaja melayu/indon pergi ke pejabat Gereja:
No.5, Jalan Bunga Nagasari 2/9,
Seksyen 2, Shah Alam.
Tel: 03-5519 6966

Alamat Gereja:
No.6, Jalan persiaran Petaling,
Seksyen 28, Shaha Alam.

Hunny said...

To Taj,

Sila lapor pada Pegawai Penguatkuasa JAIS

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...