Pukul 8 Sabtu malam Ahad, pukul 8 malam, saya menunggu isytihar hari raya dari pemegang mohor Raja-Raja di rumah ibu saya di Subang Jaya. Sejak kecil saya mengenali wajah pemegang mohor Diraja ini.
Di Malaysia, untuk melihat anak bulan memang agak sukar, ini kerana cuaca kita yang memang sentiasa mendung. Walaubagaimana pun kedua-dua kaedah ini tetap digunakan iaitu dengan cara hisab dan rukyah.
Kebiasaan malam hari raya, ramai akan orang akan berkumpul di rumah ibu saya. Ini kerana, kebiasaannya, sahabat-sahabat terdekat akan bersama-sama bertakbir dari rumah ke rumah.
Kami memulakan rumah di Subang Jaya, kemudian ke PJ, ke Puchong, Putra Heights dan ke Meru Klang.
Pada hari raya, kita disunatkan memperbanyakkan takbir. Kalau sorang-sorang barang kali, tak larat hingga sampai ke tengah malam, jadi dengan berjemaah, paling kurang, hingga jam 2 pagi tu masih bertakbir lagi.
Di samping itu, dengan bertakbir, akan merapatkan lagi ukhwah islamiyyah antara sahabat-sahabat.
Biasanya, saya atau Ustaz Jazlan akan memimpin rombongan. Sampai di sesebuah rumah, kita akan memulakan dengan bertakbir beramai-ramai, kemudian, akan ada sedikit ucapan dan tazkirah pendek agar semua mesti terus mengingati Allah dalam apa keadaan dan semoga terus dirahmati Allah.
Kemudian, kita semua akan sama-sama memanjatkan doa agar Allah terus memberi kebaikan pada semua.
Majlis akan diteruskan dengan ucapan tuan rumah dan selepas itu, semua akan bersama-sama makan jamuan yang diberikan oleh tuan rumah.
Jamuan itu tidak penting, yang penting adalah mengambil peluang selalu menjamu makan sesama Islam.
Setiap kali selesai, maka masing-masing mengambil peluang yang ada untuk saling bermaafan.
Antara yang baik juga ialah, ahli rombongan akan membawa anak masing-masing, jadi, anak-anak akan dibiasakan dengan erti menziarahi, saling bermaafan, menjamu makan berukhwah dan menghormati orang yang lebih tua.
Tidak ada yang paling besar bagi seorang ibu dan ayah melainkan ketika mati, dia telah memberikan pelajaran akhlak pada anak-anak.
Semoga Allah terus member kebaikan pada kita semua di bulan Syawal ini. Semoga, hari saya semakin menjadikan kita terus bertaqwa.
‘Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Selayang
21 September 09, jam 11.45 pagi
Jamuan
Rombongan
Santai tuan rumah
ahli rombongan dan keluarga
di rumah saya, mereka dihidangkan dengan air zam-zam dan madu berherba istimewa dari Yaman
tengah malam, kamera pun mengantuk
di rumah taukey Insuran
ustaz Jazlan dan sahabatnya Azmi, keduanya al-Azhari
Restu Ibu dipagi raya
No comments:
Post a Comment