“Assalamualaikum Ustaz, boleh tak kita jumpa” kata En Mohd Azis, wartawan Berita Minggu pada 4 Ogos.
Beliau berminat untuk mengetahui mengenai perjalanan rumah penempatan HIV.
“Boleh-boleh, esok insyaAllah, kita jumpa dekat rumah tu terus” kata saya.
5 Ogos, pagi-pagi saya dihubungi oleh unit Naziran JAIS. Pihak unit Naziran JAIS mahu melawat MASAA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) yang saya kendalikan.
Jadi, sedari pagi telah bersiap sedia di sekolah. Tak lama selepas itu, Nurhani Salwa, Pegawai Undang-Undang MAIS memaklumkan pada saya bahawa pihak Hospital Pakar KPJ Selangor yang mahu menyumbangkan katil untuk pesakit HIV mahu menghantar katilnya hari ini.
“Alamak, tak cukup kaki ni, kereta pun tak ada” bisik hati saya.
Hari ini juga, saya menghantar kereta saya ke pusat servis kerana malam ini, insyaAllah, saya akan ke Universiti Darul Iman Terengganu, ada program di sana.
“Tak ada pilihan ni”, bisik hati saya.
Saya menghubungi Nurhani:-
“Hani, awak akan pergi sekali kan ke rumah HIV tu untuk tengok katil-katil, boleh tak saya dan Ustaz Muhammad tumpang sekali” kata saya.
Kebetulan, hari ini, Ustaz Muhamad, bekas kaki tangan MAIS ada sekali bersama saya.
Ok, saya akan bawa Kak Nomi (puan Noraini) dari Audit MAIS.
Kami sampai di rumah penempatan HIV jam 3.30 petang. Katil dari Hospital Pakar KPJ Selangor pun baru sampai.
“Alhamdulillah” bisik hati saya.
Semua katil ada 10, beserta tilam sekali. Paling kurang, tak lah tidur atas lantai simen lagi.
Wartawan Berita Minggu sibuk mengambil gambar sekitar rumah. Dia juga menemuramah dengan beberapa penghuni di sini.
Paling kurang, dia dapat kongsikan bersama usaha ini kepada masyarakat. Semoga semua dapat kongsikan perkara ini.
“Assalamualaikum Abang Amin, bas kita, minyak hitam bocor, tak boleh jalan langsung”, kata pemandu bas al-Ijabah. Satu kes lagi timbul pada petang ini.
Sepatutnya, malam ini, saya dan anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah akan bersama-sama berprogram di Seksyen 4 Shah Alam bagi majlis Nisfu Sya’ban.
“Mmm, tak apa, nanti saya telifonkan pomen” kata saya.
Saya menghubungi pengurus bengkel bas.
“ustaz, boleh tak ambil pomen saya, sebab saya ada dekat Kuala Lumpur sekarang” kata pengurus bengkel.
“Satu kerja lagi ni,” bisik hati saya.
Saya menghubungi pemandu bas al-Ijabah dan memintanya menaiki sebuah kenderaan mengambil pomen di bengkelnya di Shah Alam.
Sesampainya saya di Shah Alam, telah ada orang menunggu untuk berbincang sesuatu.
“Ada lagi..” bisik hati saya.
Setelah selesai, saya bersiap-siap untuk ke Progam pada malam ini.
Di Seksyen 4 Shah Alam, semua anak yatim dan tahfiz al-Ijabah dan penduduk setempat bersama-sama membaca al-Quran dan berdoa.
Di dalam kitab “Lataif al-Ma’arif, Imam as-Syafie menyatakan:-
Hendaklah kami membangunkan 5 malam ini, kerana padanya terdapat waktu yang dimustajabkan doa. Mustajab bermakna Allah akan beri tunaikan terus hajat kita. Lima malam itu ialah:-
1. Malam awal Rejab’
2. Malam Nisfu Syaban
3. Malam Hari Raya Idul Fitri
4. Malam Hari Raya Idul Adha
5. Setiap Malam Jumaat.
“Ustaz, baca Quran malam ni, kan bid’ah” kata seorang kakak ketika menghubungi saya petang ini.
“Tak apalah kak, kalau akak tak nak baca, akak boleh tengok Buliten Utama” kata saya.
“Kalau tengok berita, makin mendekatkan kita pada Allah, itu pun bagus” kata saya lagi.
“He.. he..” gelak kakak ni.
Letih saya nak menerangkan. Kalau tengah saya buat majlis ilmu, tak datang. Lepas tu, telifon, nak kondem sana, kondem sini.
Apa pun, selamat bersedia menyambut Ramadhan. Semoga sempat sampai dan beribadah dengan sempurna.
Yang paling saya syukurkan ialah, cita-cita membawa keluar saudara seIslam kita dari gereja sebelum Ramadhan telah diizinkan Allah. Walaupun belum semua, tetapi telah mula ia dikeluarkan.
InsyaAllah, pada 11 Ogos 09, pukul 2.00 petang, akan di adakan majlis kesyukuran. Majlis akan diisi dengan bacaan yasin. Sesiapa yang nak bersama-sama di dalam majlis ini, bolehlah hadir di alamat seperti di bawah:-
No. 11, Lorong 4/48 C, Seksyen 4 Petaling Jaya Selangor
Bagi, perasmian rumah ini, isyaAllah, akan diadakan sebelum Ramadhan. Semoga, sedikit yang kita usahakan mengundang keredhaan Allah pada kita.
“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu
6 Ogos 09, jam 2.45 petang
Katil Pesakit Sumbangan Hospital Pakar KPJ Selangor
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
3 comments:
alhamdullillah
semoga usaha murni ini memberi kebaikan untuk semua
insya allah
taceh
Salam..Ust Amin,
Saya telah mengikuti perkembangan "isu Muslim di Gereja" dengan penuh perhatian dan saya secara peribadi tersentuh dengan suasana yg di alami oleh suadara seagama kita yg menghuni di gereja tersebut. Dan yg paling saya tersentuh...adalah sikap prihatain dan pengorbanan yg ust Amin tunjukkan dalam usaha membebaskan saudara seislam kita dari terus menghuni gereja tersebut.
Di sini...saya memohon jasa baik ustaz, kalau bleh saya nak no.contact untuk saya mudah menghubungi ustaz dalam usaha membantu bersama-sama saudara seagama kita...
wassalam
Assalammualaikum ustaz,
Boleh beri alamat & no.tel Mahaad Sains al-quran Al-amin.berminat nk hantar anak saya utk mendalami ilmu dunia & akhirat..
Post a Comment