Thursday, September 24, 2009

Diari 118 – Perjalanan Kuala Lumpur – Dubai - Tehran

Hari ini 21 September 09 jam 6.00 petang, saya dan berberapa sahabat bertemu di KLIA. Jam 7.30 petang kami akan bertolak ke Dubai.

Kapal terbang Emirates Boeing B 777-300 mula meninggalkan KLIA jam 7.40 petang. Kapal tidak penuh hari ini. Jadi, walaupun tempat duduk saya, bersama dengan orang lain di hadapan kapal, iaitu tempat duduk bernombor 10 E, setelah kapal bergerak dengan stabil, saya berpindah ke kerusi belakang.

Kerusi-kerusi di belakang kebanyakkannya kosong.

Dalam sejam selepas bertolak, saya membelek telifon saya:-

“Eh.. pelek kenapa ada line telifon ni, takkanlah ada line tengah-tengah langit ni” bisik hati saya.

Rupanya, ketika ini, kapal Emirates menawarkan line telifon untuk para penumpang. Saya membelek line yang ditawarkan.

“Aero Mobile”

Kita boleh menggunakan telifon dan menghubungi sesiapa sahaja dengan line yang ditawarkan. Cuma kadarnya, 5 USD seminit.

Kami sampai di lapangan terbang Dubai jam 2.00 pagi waktu Malaysia. Kami di bawa ke Dubai Flower Center dan berehat di sana.

Jam 5.45 waktu Malaysia (1.45 waktu Dubai) kami mula bergerak dari Dubai ke Tehran. Sebelum kapal terbang bertolak, saya sempat menghubungi sahabat saya di Tehran.

“Ali, Saya akan sampai lagi tiga jam” kata saya

“Oh, ye, selamat datang, nanti saya ambil di airport” katanya.

Ali bekas penjawat kerajaan ketika di zaman Shah Iran dahulu. Kini dia telah pencen. Hari-hari yang ada, dia membuat perkhidmatan teksi.

Saya mengenalinya ketika mempunyai program pengambaran di Iran tahun lepas. Dia merupakan seorang Ahli Sunnah yang kurang pengetahuan agamanya. Kadang-kala, amalannya terikut-ikut juga cara Syiah.

Di dalam kapal terbang penuh dengan warga Iran. Ketika Pilot mula mengisytiharkan kapal terbang akan mendarat di Khomeini International Airport, Tehran, kesemua warga Iran ini sibuk mengenakan tudung dan tutup kepala masing-masing. Beginilah, apabila agama diamalkan kerana takutkan undang-undang.

Perjalanan dari Dubai ke Tehran mengambil masa 1 jam 45 minit.

Kami mula beratur di Imigresen, tak sampai 20 orang, orang asing, semuanya orang Iran.

Selepas keluar dari Terminal, saya mengajak semua yang ada solat subuh dahulu.

Tak lama selepas itu, Ali datang dan dia menjemput kami bersarapan kemudian terus ke rumahnya. Kami berehat dalam 3 jam ke rumah.

Jam 11.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Isfahan.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Siraj, Iran

24 September 09 jam 7.15 petang

Kami serapan pagi dengan Kale Pochee (sup kambing)

Saya dan Rombongan bersama Ali dan keluarganya

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...