Sunday, September 20, 2009

Jawapan Bagi Persoalan 67 – Soalan Dari email

Alhamdulillah, dapat saya menjawab soalan dari email, semoga memberi manfaat untuk kita semua.

assalamualaikum..

ustaz boleh terangkan hukum lelaki memakai cincin suasa?jika tidak boleh bleh tak ustaz nyatakan sebab2 nya

ada khilaf, pandangan yang mengatakan boleh kerana bilangan emas lebih sedikit dari perak. Pandangan yang mengatakan tidak boleh kerana emas walaupun sikit tidak boleh dipakai.

Sebabnya, Wallahualam, tetapi mengikut kajian perubatan akupuntur, emas dapat memberi kekuatan pada yang organ lemah. Jika ia digunakan pada organ yang memang dah kuat, maka ia akan menyebabkan ketidak seimbangan.

Orang lelaki memang sudah sedia dijadikan sifatnya kuat, maka jika memakai emas akan menjadikan mereka bersifat lebih agresif.

Wallahu alam

Salam ustaz.

Saya Haniff. Umur 29 tahun. Saya baru berkahwin dalam 8 bulan. Sebelum berkahwin, rezeki dan kehidupan saya memang amat baik. Dan demi menjaga/menolong agama Allah, saya berkahwin untuk mengelakkan maksiat. Sehingga kan sebelum akad, saya pasang niat sedemikian. Walaubagaimanapun, kehidupan sya berubah. malang bertimpa. Rezeki biasa-biasa ajer. Saya mula berfikir2, dimana janji-janji tuhan yang berfirman sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolong hambanya. Dari satu hari ke satu hari saya bersabar..tapi tiada perubahan....

Saya membandingkan dengan pasangan yang sesama agama. Saya tahu mereka tidak solat, tidak pergi solat jumaat, xngaki, xhadir cerah agama dll tetapi saya lakukan solat 5 waktu, puasa, mengaji, tetapi mengapa saya tidak dianugerahkan nikmat yang lebih..Mengapa ini terjadi....

Kesabaran saya yang ada sekarang ini tidak tahu sampai biler boleh bertahan...saya khuatir pada satu hari nanti saya hanya menjadi sorang yang beragama Islam dan precaya kepada tuhan tetapi 'langgar' semua peraturan hidup...Dan jika ini terjadi adakah saya yang bersalah? Doa telah dipohon, usaha telah dilakukan...

Minta Ustaz beri pendapat tentang masalh saya ini.

Sekian, terima kasih.

1. Pertamanya, jangan bandingkan kebahagian kita dengan orang lain. Orang lain ada kelebihan rezki, dia juga ada masalah yang kita tidak tahu.

2. Jika kita selalu membanding kebahagiaan dengan orang lain, nanti kita kurang bersyukur pada Allah.

3. Kadang kala, kita tak perasan Allah senangkan kita. Ini kerana fokus kita, hanya memikirkan kesusahan. Kita lupa, Allah berikan kesihatan, isteri yang baik, fikiran yang waras. Jika kita fokus pada perkara yang kita tidak dapat, maka kita akan sentiasa mengeluh nanti.

4. Amalkan ayat

“hasbiyallah wa nik mal wakil, nik mal maula wa nikman nasir”

Ayat ini untuk Allah sentiasa bantu kita.

boleh rujuk artikel Motivasi Imam - Kenapa hati tidak tenang

Asalamualaikum

Ustaz, sy ada sedikit perkara yg nk ditanya..harap pandangan dari ustaz

Keluarga saya menjaga seorang sepupu saya lelaki berumur 8 tahun yang kebetulan kematian ayahnya dan ibunya khabarnya telah balik ke agama asal(budha).

So, sy dh rasa dia betol2 mcm adik kandung. Masalahnya ialah perangai dia teruk sangat. Degil, keras kepala, bila kita marah dia melawan, hyperaktive. Selalu buat benda yg boleh bagi orang marah pada dia. Contohnya mencarut, kadang2 mencurik jugak. saya serba salah nak marah or pukul rasa macam tak baik sbb dia anak yatim. Setahu saya anak yatim ni kita nak tinggi suara dengan dia pun tak boleh. Tapi kalau biar rasa macam tak bertanggungjawab pulak. Kadang2 tak boleh nk sabar sy pukul or marah2 jugak. Pastu rasa diri ni berdosa sangat…

Mintak pandangan ustaz. Apa respon sy yg sepatutnya terhadap anak yatim yang macam ni..

Terima kasih banyak….

Lembutkan hatinya dengan ajar dia berselawat

Salam,


Maaf menganggu ustaz, saya ingin bertanya bagaimana kalau seorang perempuan itu beristihadah tapi ingin melakukan solat sunat terawih dan solat sunat yang lain seperti tahajud, tasbih dan sebagainya, perlukan dia mengambil wudhuk seperti solat fardhu dimana hanya 1 wudhuk sah untuk 1 solat fardhu atau hanya sekali sahaja untuk semua solat sunat nya atau ada syarat2 lain? Terima kasih.

Kalau solat itu berterusan, cukup sekali

Assalammualaikum USTAZ,

Doa & harapan sy agar ustaz,saya & semua umat islam stiasa dlm Rahmat & Perlindungan ALLAH SWT.

Sy musykil beberapa per & minta ust dpt membantu[menjawab]nya melalui dlm email ini juga dgn kadar yg segera. Jazakallah hu khoran kasiro.

1] Tiada masalah utk sy membayar zakat -apa2 zakat pun cuma pendapatan saya melalui penjualan kebun getah kepunyaan arwah ayah sy yg telah setelah di bahagi2kan ,bahagian saya yg telah di jual itu adakah wajib sy keluarkan zakat ?

Jika bukan tujuan untuk berniaga, maka tidak perlu

2] Isteri sy mengambil upah menjahit baju & lagsir [di rumah] ,pendapatannya wajib kah dikluarkan zakat ?

kena

3] Baru2 ini sy kluarkan duit KWSP kira2 RM42 ribu bagi tujuan byr /kurangkan pinjaman perumahan dgn sebuah bank.[dah byr pun kpd bank tersebut]. Baki rumah setelah byr RM42 ribu itu kini ada kira2 RM20 ribu lagi.

a] Adakah 42 ribu itu sy wajib kluarkan zakat ?

kena keluarkan sebaik sahaja dicairkan wang itu

b] Manakala duit KWSP isteri saya [dia reda] sebyk 8 ribu dlm membantu sy byr kpd bank tersebut,adakah 8 ribu itu juga wajib isteri sy kluarkan zakat ?

kena

4] Baru2 in isteri sy bernazar nak sedekah/sumbangkan beberapa ringgit utk buat kenduri di mana2 masjid. Boleh tak dia beri wang pd masjid2 tertentu utk masjid itu gunakan bagi jamuan berbuka puasa ? Adakah jamuan buka puasa dikira sbg kenduri juga ? [kami tahu bhw adakan jamuan buka puasa utk org berpuasa diberi pahala yg besar oleh ALLAH SWT].

Boleh

TK USTAZ.

1. Bila saya solat tarawih dimasjid saya dapati jemaah wanita 2 saff (buat 8 rakaat) tetapi bila masuk solat tarawih yg seterusnya x sampai 1 saff dan saffnya terdapat kosong sana kosong sini. sy pun minta saff disambung...tapi xada respone..yg kanan xmahu kekiri (bermula dari belakang imam) dan yg kiri xmahu kekanan habis tu yg tengah kosong.Persoalannya ustaz..saff wanita sepatutnya macam mana yang afdalnya dan apa hukumnya.

Saf wanita dibelakang saf kanak-kanak, sunat merapatkan saf itu dan kelebihannya, Allah akan satukan hati-hati ahli jemaah

2. Nak tanya tafsiran anak yatim - anak yang kematian ibu dan anak yang kematian bapa.

Persoalannya....anak yang kematian bapa dipanggil anak yatim boleh mohon zakat manakala anak yang kematian ibu dipanggil apa ya ustaz....sebab sy nak mohon zakat anak jiran yg kematian ibu pada ramadhan yg lepas xdapt mohon zakat. minta penjelasan ustaz.

Yatim adalah kematian ayah. Ia tidak ada bahagian dalam zakat. Jika nak agih zakat bukan asnaf yatim tapi asnaf fi sabillillah (jika dia belajar) atau asnaf fakir miskin (jika dia susah)

Salam ustz........saya disyorkan kawan untuk bersama isteri melalui jalan belakang.....iaitu melakukan setubuh melalui lubang dubur....katanya tiada hadis yg betul2 melarang melakukan antara suami isteri , janji isteri pun suker....lagipun kata nyer boleh menjadikan sebagai kaedah merancang keluarga iaitu memancutkan air mani pada isteri tetapi isteri tak mengandung...apa pendapat ustz....sekian....

Hindarkan kawan yang jahil lagi menjahilkan. Perkara itu dilarang dalam hadith


Sy merasa amat brsyukur sekali ustaz sudi luang kn masa utk mmberi sdkit pandangan dan nasihat brhubung mslh sy. Sbg panduan,pgjaran dan rujukan kpd pasangan yg lain,sy mmberi ustaz kebebasan utk brkongsi jawapan ustaz di dalam blog selagi idntiti sy tdk dikenali. Mslh rmhtangga sy dah lama ust,bercmpur aduk dgn sikap baran bapa dan suami sy,rasa rendah diri suami trhadap status sy,campur tgn keluarga sy,mslh meletakkan anak dibwh pnjagaan ibubapa sy dan mcm2 lg.

Semua brmula bila ibu ingin jaga anak sulung sy swktu abis pntang di kg sy, thn 2000. Suami sy ketika itu hny mndiamkn diri tdk nyata hasrat sungguh2 nak jaga anak. Hnya sy yg brkeras,ttp akhrnya ibu anggp suami setuju dan anak ditingglkn di kg sy. Sejk itu kami berulg-alik blk kg sy jenguk anak. Thn 2001,suami brtgkar dgn sy krn tdk tahan brulg-alik ke kg sy shj nk jenguk anak. Dlm satu peristiwa kami bergaduh hgga dia melakukan kekasaran pd sy. Sy dgn tdk fikir pjg terus lari pulang ke kg ,mgadu dgn ibubapa dn keluarga. Ibubapa dtg cmpur bertanya sbb kami brgaduh dan ibu yg tdk tahan lihat sikap mndiamkn diri suami,tlh trlepas ckp - "kalau rasa tak blh lembut lg dgn isteri,elok lepaskn cara baik" .

Suami sy benci diprlakukan begitu dan terus mmbenci seluruh keluarga sy. Sy blk kpd suami,ttp suami dingin dan tdk jejak kg sy lg sejak itu. Hya sy yg blk jenguk anak. Sejak itu kami sering bertengkar krn suami rindu anak ttp enggan blk kg sy. Prnah sy cuba ambil anak krn nk tlg suami,ttp mslh lain pula tmbul-sy tiada kenderaan,anak sy dah mgenal org dn tk rapat dgn sy,dan org tua sy pula dah keberatan berpisah dgn anak krn sudah syg. Keadaan sy dgn suami terus tk tnteram. Dlm pada itu,sy lahirkn anak ke-2 (2002) dan Ke-3 (2004),sy trtekan sbb suami tk izin sy pantang di kg dan x izin ahli keluarga sy dtg tgk atau jaga sy. Suami juga ada sifat rendah diri krn sy seorg guru dan dia pekerja biasa di sebuah hosp. Jadi setiap prbuatan atau kata2 sy yg brcanggah dgn dia akn dianggap sperti hdk brlagak atau tinggi diri dan tdk hormat suami. Dia rasa terancam lbh2 lg bila sy dpt tawaran smbung belajar lg.


Spjg sy belajar brbg-bgai ragam dan kerenah suami sy buat utk ganggu tumpuan sy dlm belajar walaupun dia ada juga mmbntu dr segi kwgn. Stlh tamat belajar sy ditmpatkan di sek men di segambut,dkt dgn rmh kami. Thn 2008,sy brjaya mmujuk anak sulung sy utk jmpa suami di kl. Ank itu dah umur 8 thn baru nk kenal ayah. Spjg 8 thn suami hya desak sy ambil ank trsebut tanpa mmbantu lgsung. Sy yg hulu-hilir jmpa orgtua,mnta izin nk amik anak,pujuk anak sy tu smpai brjaya. Ayah sy tdk setuju sebenarnya krn anggap suami sy kurang ajar tdk tau kenang budi ank dah dijaga. Dia paksa sy mntk suami blk jmpa dia mntk maaf utk amik anak,tp suami anggap ayah sy jahat dan kurang ajar krn brlagak begitu dan pernah suruh sy mntk cerai dari suami. Suami suruh sy amik anak sy terus tggal dgn kami di kl dan daftarkn sekolah disini. Adik-beradik sy pula ingatkn sy ayah ada sakit jntung kronik dan hya anak sulung sy itu penawarnya,jika sy terus amik begitu sj,mgkin mudaratkn kesihatan ayah. Lama juga sy fikirkn arahan suami dan peringatan adik-beradik akhirnya sy mgmbil jalan salah iaitu mohon tukar ke kg brsama 3 anak itu tanpa pgetahuan suami.

Sy dpt tukar dan sekarang kerja di kg,ttp tdk tggal sama dgn orgtua ttp suami sy lgsung tdk dpt terima prbuatan sy. Sy cuba terangkn sbb2 sy buat demikian utk kesihatan ayah sy dan akan mohon tukar semula ke kl setelah ayah sy boleh berenggang dgn ank sulung sy,suami tetap tak blh terima dan kata sy nusyuz dan drhaka. Mulai bln 2 (2009) sy beranikan diri blk bw anak2 jmpa suami,mula2 suami marah dan sy tepaksa mnumpang di rmh jiran. Lama2 suami izin sy masuk rmh dan sy ambil peluang mohon ampun dan maaf,dia pun maafkn sy. Sy dan ank2 mula ulg-alik kl-melaka jika ada cuti. Bulan julai(2009) suami suruh sy buat pnjaman krn ada mslh dan janji nk selesaikan hutang lama sy. Sy menurut utk amik hati dia kmbali dan nk tukar semula ke kl. Sy buat pnjaman 75,000. dan serah pd suami 42,000. Tp malang,suami mgaku abiskn duit tu utk belanja rkn2 pg enjoy. Dia tk pernah "enjoy" sblm ni,tp mgaku dah masuk dangdut dan karaoke sejak sy tkde.

Sejak itu dia tak benarkan sy blk kl. Hya jka dia benarkn baru sy blh blk. 8.8.09,sy merayu 3 kali utk blk jmpa suami ttp suami x benarkn krn H1N1. Kali ketiga merayu,suami hilang kawalan dan lafaz taklik "jika kau terus blk sini(kl) tanpa izin aku,gugur talak 3. (termasuk lain2 kali)" . Dia terus tdk benarkan sy mohon tukar keja di kl lg dan terus2 tdk izin sy blk spt biasa. yg trbaru dia beri syarat spjg bulan ramadan ini doakan supaya dia dpt rezeki (duit) sebyk-byknya dan dpt beli kereta sendiri,baru sy blh blk jmpa dia. Selagi doa tdk makbul,dia anggap sy tdk ikhlas dan x izin blk. Satu lg syarat,carikan isteri kedua yg sanggup kongsi dia dgn saya. Sy nk jmpa bincang tp dia x izin,klau pg jgk,gugur talak 3...Anak2 rindu ayahnya dan dia hubungi mereka berbual,ttp tk bg blk jgk...Dia asyik ingatkn sy yg ramadan hmpir tamat ttp tdk nmpak hasil doa sy..mknanya tipis harapan utk blk beraya,mohon maaf dan hidup bersama spt biasa. Kalau diizinkan Allah,sy yakin sy blh hidup bahagia dgn suami krn telah brjaya satukan anak2 dan kami semula,tiada apa yg hdk digaduhkn lg,ttp yg trjadi sebaliknya. Sy puas merayu ,menangis ttp tdk diendahkn.

Suami sy tuduh sy berat sebelah kpd ayah sy,walaupun sy dah mgaku salah sy dan ingin brtaubat. Sekarang hya solat dan doa jd teman sy. Sy tdk boleh terus begini krn mulai bln ini gaji bersih sy hnya tinggal 500.00 (dr jmlah asal 2,700.00) krn mmbyr hutang pnjaman2 yg dibuat. Kalau sy masih tggal berasingan begini sy tdk akan mmpu menanggung prbelanjaan diri,rumah,kereta,dan 3 anak2 sekolah, apalagi ulang-alik ke kl andainya suami izinkan. Jika sy diizinkan tukar ke kl semula, sy akan dpt semula wang elaun perumahan 250.00 + cola 300.00 = 550.00 (jika tggal brsama suami) dan tdk prlu menyewa(jika sy redah ke kl dan gugur talak 3).

Tolonglah sy ustaz, apa yg perlu sy lakukan. Sy masih berusaha memenuhi arahan suami ttp blm nmpak hasilnya lg. Bolehkah dia menilai keikhlasan saya bertaubat dan sayang padanya dgn hasil doa kpd AllahSWT? Saya trlalu bingung dgn keperluan hidup lahir batin diperlakukan begini krn kesalahan sy sendiri... Bantulah sy ustaz..Raya dah trlalu hampir,sy benar2 harap ramadan akan bersambung lg supaya blh terus berdoa kpd Allah. Suami sy benar2 keras Hati ustaz... Akhir Kata sy mohon maaf sekiranya mslh sy yg pjg lebar ini mengganggu ketenteraman ustaz. Segala pandangan dan nasihat yg ustaz bakal berikan dan masa yg ustaz luangkan disini saya benar2 hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.

1. Puan jangan letakkan harapan terlalu tinggi untuk dapat menyelesaikan masalah ini segera. Masalah bertahun tidak akan dapat diselesaikan dalam sehari melainkan dengan izin Allah.

2. Puan telah banyak tersilap di dalam membuat keputusan di dalam hidup. Untuk akan datang, buat semua keputusan dengan solat istikharah. Jangan buat dengan nafsu dan perasaan.

3. Solat hajat untuk lembutkan hati suami

4. sedekahkan fatihah banyak-banyak untuk suami

5. banyakkan baca selawat tafrijiyyah

Saya ada satu persoalan, saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Namun kami suami isteri selalu bergaduh. Di antara sebabnya adalah kerana saya selalu diajak oleh kakak saya untuk menemaninya jika dia ingin keluar. Kakak saya ini ibu tunggal, anak-anaknya sudah besar dan tinggal bersama ibu saya di kampung. Jadi dia seorang sahaja tinggal di sini. Macam sekarang bulan ramadhan kakak saya setiap hari akan ajak saya ke pasar ramadhan sedangkan suami saya hendak membawa saya juga ke pasar ramadhan, bila saya ajak suami saya sekali, suami saya tidak mahu pula dan jika saya balik lewat,dalam pukul 6.30 petang suami saya akan marah saya, macam-macam dia akan kata dan ungkit. Saya pernah duduk berbincang dengan suami saya namun, dia tidak boleh terima penjelasan saya, kerana saya kata berasa kasihan dengan kakak saya. Kakak saya ini pula segan/malu untuk pergi ke mana-mana seorang diri. Dia tidak yakin berjalan sendiri. Jadi saya tersepit di sini kakak dan di sini suami. Kakak saya pula tak boleh terima kalau saya menolak ajakannya. Dia akan merajuk. Suami saya pernah kata suruh kakak saya hubungi dia, kalau kakak saya marah jika saya tolakan ajakan dia. Tapi saya tidak mahu perkara itu berlaku, kerana saya mahu perhubungan kami adik beradik harmoni dan perhubungan kami suami isteri bahagia. Tolonglah ustaz, beri saya pendapat apa yang patut saya buat, kalau boleh saya mahu jaga hubungan kami adik beradik dan keharmonian rumah tangga saya. Bagaimanakah cara yang terbaik yang saya patut lakukan.

Wassalam,

1. kadang kala, di dalam membuat keputusan hidup, kita memang akan menyentuh pihak-pihak di sekeliling kita. Tetapi, hidup adalah membuat keputusan di dalam masalah.

2. jika puan nak dulukan kakak, maka suami akan marah, dan jika dulukan suami maka kakak akan merajuk. Nasihat saya, dahulukan suami.

3. Tolong kakak tak salah, Cuma jangan sampai kita membantu dengan mengetepian hak suami yang perlu di dahulukan.

4. Selalu sembahyang hajat dan sedekahkan fatihah pada kedua-dua, suami dan kakak, semoga Allah berikan jalan keluar.

Salam ustaz,


Sy ni jenis sentiasa berkahak dari dulu lg kdg2 dr pangkal hidung terpaksa kena suck ke tekak dan keluarkan melalui mulut. Kdg2 dr tekak sendiri terpaksa juga kena buang melalu mulut.

Bila bulan puasa ni makin kerap pulak kahak tu ada. Saya x tau apa penyakit sy ni ustaz, sekarang saya cuba istiqamah dengan minum kopi habbatus sauda+madu, tp kahak tu masih ada lagi. Ada soalan dlm ruangan web ustaz tanya psl sendawa makanan masa posa, adakah sama hukumnya (kaedah keluarkan makanan/kahak) semasa posa dengan masalah sy? adakah cara lain kaedah khusus utk masalah ini? apa status posa saya yg sentiasa keluarkan'nya' tak tentu masa ketika berpuasa?

Terima kasih.

1. Keluarkan tidak membatalkan puasa, kalau telan baru batal.

2. teruskan amalkan habbatus sauda dan madu itu, Cuma tambahkan selawat syifa’

Wallahu Alam,


Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Selayang

20 September 09 jam 11.25 malam

3 comments:

Anonymous said...

salam, ustaz, saya nak tanya adakah wang simpanan ASB yang tak di keluarkan selama setahun wajib bayar zakat.. adakah sama wang simpanan wang di kwsp.

Anonymous said...

Salam ustaz..saya nak tanye mengenai solat jamak..

Anonymous said...

Salam Ustaz, Saya nak tanya berkenaan zakat fitrah bagi anak-anak yang kematian bapa.mereka tinggal bersama ibu yang berpendapatan melebihi 4 ribu sebulan.Ada pendapat mengatakan bahawa zakat fitrah anak yatim perlu dibayar oleh waris iaitu bapa saudara sebelah bapa.minta komen ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...