Saturday, September 26, 2009

Universiti Kehidupan 114 - Mencegah Mudharat

“Ali, berapa harga minyak kat sini” saya bertanya Ali, pemandu kami ketika kereta berhenti untuk mengambil gas.

Minyak di sini murah, gas lagi murah. Kerajaan di sini pula memberi subsidi kepada pemandu teksi. Kalau orang biasa, 1 USD akan dapat 2 liter, kalau teksi dan ada kad teksi, 1 USD akan dapat 10 liter” Ali menerangkan.

Beginilah, kerajaan di sini membantu pemandu-pemandu teksi di dalam kehidupan mereka.

Kereta yang kami naiki beratur untuk membeli gas. Istilah gas yang digunakan di sini ialah CNG. Kalau kita di Malaysia kita memanggilnya dengan NGV. Mungkin ada bezanya.

Hanya tinggal beberapa kereta di hadapan kami. Kami semua disuruh turun dari kereta dan hanya pemandu sahaja yang boleh berada di dalam kereta.

“Kenapa ye? Tanya saya pada Ali

“Oh, di sini, semua penumpang akan disuruh turun jika ingin mengisi gas. Agar selamat jika berlaku apa-apa dengan kereta” Ali menjawab.

Saya memerhatikan kereta-kereta lain, pun sama. Semua penumpang akan turun dan hanya tinggal pemandu sahaja bersama kereta.

Walaupun, kebiasaannya, ketika mengisi gas, tidak ada apa yang berlaku, tapi sebagai langkah-langkah keselamatan, maka semua penumpang di suruh untuk turun.

Berusaha mengelakkan sesuatu bahaya memang di suruh di dalam Islam. Ia disebut sebagai Saad al-Zara’ik.


Di dalam al-Quran, kita diperintahkan agar tidak mencampakkan diri kita ke arah kebinasaan. Allah swt berfirman

وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (Surah al-Baqarah ayat 195)


Suruhan menjaga diri dari perkara yang boleh memudhratkan hingga, jika kita membuat sesuatu yang boleh memudharatkan, maka hukumnya adalah haram.

Contohnya seperti:-

Jika dengan membawa kereta dengan laju itu boleh memudhratkan, maka hukum membawa laju itu haram

Jika dengan makan sesuatu itu, seperti makam masam boleh menyebabkan perut kita luka, maka, makan perkara yang masam itu haram buat kita.

Jika menghisap rokok itu memudharatkan, maka menghisap rokok itu adalah haram.

Jika kita perhatikan apa yang diajarkan oleh Allah ini, maka kita akan menemui bahawa, Islam itu membawa keselamatan kepada umatnya.

Islam agama keselamatan, di dunia, mahupun di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shiraz, Iran
25 September 09 jam 7.30 pagi

*** di post dari bandar Yazd, Iran 26 September 09 jam 8.50 pagi
teksi beratur mengisi gas

Semua penumpang diarahkan untuk turun
Hanya pemandu sahaja yang berada dekat dengan kenderaan
Selimut bagi tempat mengisi gas

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...